Anda di halaman 1dari 23

1 BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Latihan Industri

Latihan Industri merupakan salah satu komponen penting dalam kurikulum pembelajaran di Kolej Komuniti.Pelajar disyaratkan untuk lulus Latihan Industri sebelum diperlakukan untuk penganugerahan Sijil.Pelajar akan ditempatkan di organisasi/firma tertentu selama satu semester dan akan didedahkan dengan alam pekerjaan yang sebenar.Setiap pelajar perlu lulus untuk memasuki semester yang berikutnya.Tujuan utama Latihan Industri ini diadakan adalah untuk mempraktikkan teori yang dipelajari di Kolej Komuniti dan memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kemahiran seseorang pelajar agar dapat menyesuaikan diri di alam pekerjaan suatu hari nanti.

2 1.1.1 Objektif Latihan Industri

Latihan industri mempunyai objektif tersendiri dalam menghantar pelajar-pelajar untuk menjalani latihan industri.Selain mendedahkan para pelajar dengan suasana alam pekerjaan sebenar, latihan industri ini juga dapat membentuk seorang pelajar yang dinamik dan berilmu.Berikut adalah objektif latihan industri :

a) Menanamkan Semangat Kerja Berpasukan Pelajar yang menjalani latihan industri dapat mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat luar. Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan didedahkan dengan suasana alam pekerjaan bersama-sama rakan setugas dengan cara ini ia dapat memupuk semangat perkongsian dan sumbangan idea serta saling bantumembantu antara satu sama lain dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.Ia dapat meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar yang berguna untuk suatu hari nanti di alam pekerjaan.

b) Mendedahkan Pelajar Dengan Suasana Pekerjaan Sebenar

Latihan ini merupakan satu cabaran kepada pelajar untuk menunjukkan kebolehan dalam menjalankan tugas yang diberikan dengan baik.Pelajar-pelajar dapat mengenali peralatan-peralatan yang berkaitan dengan kursus yang diambil serta memahami secara lebih mendalam tentang tugas yang berkaitan.Ini bertujuan untuk menyesuaikan diri para pelajar fendan keadaan tugas dengan baik serta sistematik.Selain itu, para pelajar dapat mempelajari sesuatu yang baru.Dari segi kesanggupan kerja yang dilakukan, ini menjadikan sesuatu kerja itu lebih mencabar apabila tugas yang diterima perlu diselesaikan mengikut jadual yang telah yang ditetapkan.

c) Menanam sifat Amanah,bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi.

Para pelajar yang didedahkan dengan latihan industri mempunyai cabaran dalam melaksanakan tugas yang diberi.Jadi dengan adanya tugas-tugas yang perlu dilaksanakn ia akan melatih para pelajar untuk bersifat amanah terhadap tugas yang diberi, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan berkeyakinan tinggi dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.Sifat-sifat amanah dan bertanggungjawab perlulah wujud dalam diri individu tersebut supaya dapat mengelakkan diri daripada masalah-masalah seperti ponteng dan tidak menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik-baiknya.

d) Mengamalkan etika dan peraturan kerja dengan baik

Sepanjang tempoh mengikuti latihan industri di sebuah organisasi, segala peraturan yang telah ditetapkan oleh organisasi tersebut perlulah dipatuhi.Secara tidak langsung ia dapat melatih para pelajar menjadi seorang yang berdisplin. Selain itu, ia merupakan persediaan awal kepada para pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan yang penuh mencabar serta mengetahui apakah risiko yang bakal dihadapi kelak melalui tugas yang akan dilaksanakan.

e) Membolehkan para pelajar mengaitkan teori-teori yang dipelajari di kolej komuniti dan sebaliknya.

Ketika di pusat pengajian, para pelajar hanya didedahkan dengan pelbagai teori tetapi setelah didedahkan dengan latihan industri, para pelajar perlu mempraktikkan teori-teori tersebut dengan betul mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam menjalani sesuatu tugas.Hakikatnya para pelajar bukan hanya

4 didedahkan dengan segala aspek teori pembelajaran semata-mata.Oleh itu, pendedahan latihan industri ini dapat membantu para pelajar mendalami kursus yang diambil secara praktikal dalam menempuh suasana pekerjaan yang sebenar. Teori-teori yang dipelajari perlu difahami secara mendalam untuk menyesuaikan diri dengan tugas yang dijalankan.Oleh demikian, latihan industri hendaklah sesuai dengan kursus yang diambil agar teori-teori tersebut dapat dipraktikkan.

f)

Menyediakan Laporan Latihan Industri Setelah Tamat Latihan

Pelajar akan dapat menilai sejauh mana kegiatan harian yang dilakukan sama ada berkaitan dengan kursus atau tidak.Ini memberi pengalaman serta pengetahuan yang baru jika kerja yang dilakukan tidak berkaitan.Secara tidak langsung, para pelajar akan dapat menyediakan laporan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi.

Memang tidak dinafikan bahawa objektif latihan industri amat penting kepada para pelajar kerana ia merupakan satu kompenan utama dalam kurikulum pembelajaran di kolej komuniti.Oleh demikian, objektif ini perlu difahami oleh para pelajar sebelum mengikuti latihan industri.

1.1.2

Objektif Laporan

Pelajar yang menjalani latihan industri diwajibkan untuk menyediakan laporan harian semasa menjalani latihan serta laporan rasmi apabila tamat latihan industri. Laporan ini akan mendokumentasikan aktiviti kerja para pelajar sepanjang menjalani tempoh latihan industri.Ini akan memudahkan pensyarah dan juga penyelia syarikat dapat menilai prestasi pelajar sepanjang latihan industri ini melalui buku laporan harian dan laporan rasmi.Objektif laporan boleh disenaraikan seperti berikut:

a) Sebagai bukti pelajar telah tamat dan menjalani latihan industri Penyediaan laporan rasmi industri membuktikan pelajar telah pun menyelesaikan tanggungjawab serta menamatkan tugasnya sebagai pelatih di organisasi yang tertentu yang telah ditetapkan.

b) Pengetahuan dan pengalaman Pelajar dapat memberitahu apakah subjek-subjek yang dibuat ketika praktikal dan pengalaman-pengalaman yang berguna ketika itu.

c) Penghasilan Laporan yang baik Penulisan dalam laporan bermula dari proses awal hingga terhasilnya laporan industri ini mendidik dan melatih pelajar menulis dengan baik dalam menghasilkan laporan berkualiti.

d) Membantu dalam proses mendapatkan pekerjaan Penilaian firma/organisasi yang memuaskan beserta penghasilan laporan yang baik akan dapat membantu pelajar semasa memohon sebarang pekerjaan berkaitan kursus yang di minta.

e) Penentuan tercapainya objektif latihan industri

6 Melalui laporan yang disediakan, pensyarah dapat menentukan sama ada pelajarnya telah mencapai objektif yang ditetapkan oleh politeknik yang dapat menilai sejauh mana teori yang di pelajari.

1.1.3

Kepentingan Latihan Industri

Latihan industri mempunyai kepentingan yang tersendiri. Berikut merupakan kepentingan latihan industri diadakan :

I.

Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penyesuaian diri ketika berada di alam pekerjaan.

II.

Memberi peluang kepada para pelajar untuk menambah serta memperluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar.

III.

Pelajar dapat menilai kebolehan diri dalam bidang yang diceburi sebagai persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan setelah tamat pengajian kelak.

IV.

Membina dan mengukuhkan keyakinan diri.

V.

Mendisplinkan diri dari segi masa peribadi dan perlaksanaan tugas.

VI.

Menyediakan laporan rasmi setelah tamat latihan industri.

Secara keseluruhannya, latihan industri ini patut dikekalkan kerana mempunyai banyak kepentingan kepada pelajar sendiri untuk masa hadapan.

1.2

Penubuhan Organisasi

1.2.1

Pengenalan Organisasi

Rajah 1.2.1.1

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN KAMPONG PELET

Nama organisasi ialah Pertubuhan Peladang Kawasan Kampong Pelet. Organisasi ini telah bergiat aktif menjalankan pelbagai projek-projek yang berorientasikan keuntungan dan berorientasikan perkhidmatan kepada ahli-ahli. Projek-projek yang berorientasikan keuntungan adalah seperti Projek Estet Padi, Projek Sewaan Rumah Kedai,Projek Ternakan Kambing,Perkhidmatan sewaan dewan,Projek tapak semaian, Kontrak-Kontrak Kerajaan serta Jualan Input-input Pertanian.Projek-projek dilaksanakan untuk menjana keuntungan bagi mengukuhkan kewangan Pertubuhan Peladang Kawasan Kg Pelet bagi membolehkan Pertubuhan Peladang Kawasan Kg Pelet berkhidmat untuk ahli-

8 ahlinya.Kategori produk utama Pertubuhan Peladang Kawasan Kampong Pelet adalah jentera pertanian, Industri asas tani, ternakan dan khidmat sokongan.

1.2.2

Latar Belakang Organisasi

Pertubuhan Peladang Kawasan Kampong Pelet ditubuhkan dengan nama rasminya iaitu Pertubuhan Peladang Kawasan Utara Kampong Pelet Seberang Perai Tengah,Bukit Mertajam pada 14 September 1974. Pertubuhan Peladang Kawasan Kampong Pelet (PPK Kg Pelet) telah ditubuhkan dengan keluasan kawasan pengendalian seluas 7,356.11 hektar persegi. Sebanyak 14 unit dibawah naungannya.Pertubuhan Peladang Kawasan ini ditadbir oleh Ahli Jemaah Pengarah seramai 7 orang yang dilantik di dalam mesyuarat agung tahunan serta 8 orang kakitangan pengurusan yang dilantik oleh Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP) dan 9 orang yang dilantik oleh Pertubuhan Peladang Kawasan sendiri. Pelbagai projek telah dijalankan oleh PPK Kampong Pelet. Di antara projek-projek yang diusahakan sendiri oleh PPK adalah seperti Projek Estet Padi PPK , Projek Ternakan Kambing Beor dan Kacukan serta Projek Sewaan Bangunan Rumah Kedai. Disamping projek-projek utama tersebut, PPK ini juga menjalankan aktiviti perkhidmatan Skim Simpanan dan Kredit, Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan, Jualan Input Pertanian dan Barang Pengguna serta Projek Ladang Benih dan Projek Tapak Semaian. Selain itu, PPK juga berusaha meningkatkan pengeluaran pertanian daripada kalangan peladang dan usahawan baru bagi menggalakkan perkembangan yang lebih meluas serta mengkomersilkan pertanian dan memajukan perniagaan tani. Oleh itu, PPK menyediakan perkhidmatan pemberian seperti Skim Pemilikan Jentera dan Peralatan Kecil Peladang (Matching Gran) dan kemudahan modal permulaan dan meningkatkan pelaburan di kalangan peladang melalui ekuiti penyertaan dalam perniagaan tani dan pengkomersilan. Secara keseluruhannya, PPK adalah bermatlamat untuk pembangunan sosial dan kebajikan peladang yang terutamanya ahli PPK sendiri.

1.2.3

Aktiviti Organisasi

10

Aktiviti Utama:

A. Jualan Input Pertanian

B. Pemasaran Hasil Pertanian

C. Barang-barang pengguna

D. Mini Estet Padi

E. Estet Padi Bukit Merah dan Estet Padi Guar Jering

F. Ladang Benih

G. Projek Tapak Semaian

H. kredit dan Simpanan

I.

Pelaburan

J. Pengankutan lori

11 K. Pengedaran Baja Subsidi

L. Projek ternakan kambing

Lain-lain aktiviti:

a. Skim Projek Usahawan Peladang.

b. Skim Kredit Ladang PPK Kampong Pelet (Kadar RM 300 / ekar).

c. Skim Takaful Peladang Pelan Khairat Kematian (Pemodalan Peladang Berhad).

d. Tabungan Kebajikan Peladang (Kematian, Haji Umrah, Perkahwinan Kemalangan & Rawatan).

e. Tabungan Pelajaran Peladang (UPSR,PMR,SPM,SPMV,IPTA).

f.

Program Insentif Baja dan Racun

12

1.2.4 Rajah aktiviti organisasi

Projek Estet Padi

13

Projek ternakan kambing jenis kacuk janapari

14

1.2.5

Hala Tuju Organisasi

Pertubuhan Peladang Kampong Pelet ditubuhkan adalah untuk menjadikan pertubuhan peladang sebagai badan perniagaan peladang berasaskan pertanian yang berdaya maju dan berdaya saing serta pembangunan sosial peladang. Ia juga untuk mewujudkan peladang komersial yang menyumbang kepada industri pertanian melalui pergerakan pertubuhan peladang.Pertubuhan Peladang Kampong Pelet juga bertujuan untuk membantu petani/pesawah.

Wawasan Pertubuhan Peladang Kawasan Kg Pelet : Pertubuhan Peladang Kawasan Kampong Pelet menjadi agensi pengurusan ahli yang unggul untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi ahli-ahli.

Misi Pertubuhan Peladang Kawasan Kg Pelet : Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan berkesan kepada ahli-ahli peladang untuk melahirkan masyarakat yang maju, dinamik dan bertaraf komersial.

15 Matlamat/objektif :

i.

Menjadi sebuah agensi peladang yang kukuh dengan memenuhi kehendak-

kehendak seperti mana yang termaktub di dalam piagam pelanggan Pertubuhan Peladang Kawasan Kg Pelet Kampong Pelet.

ii.

Menjadi sebuah agensi yang mendukung matlamat kerajaan untuk

meningkatkan imbangan perdagangan negara serta mewujud dan memberi galakan di dalam melahirkan usahawan peladang di Seberang Perai Tengah.

iii.

Menyediakan perkhidmatan bertaraf profesional kepada masyarakat

peladang berlandaskan 10 perkhidmatan pertubuhan peladang.

iv.

Menjadi sebuah agensi peladang yang berorientasikan budaya niaga secara

komersial melalui pengembelingan sumber-sumber pengeluaran optima dan terancang.

v.

Meningkatkan tahap produktiviti masyarakat peladang di kawasan

pengendalian dan dapat memperbaiki taraf kualiti hidup serta ekonomi mereka.

vi. Menyelaraskan dan bekerjasama di dalam industri pertanian bersama-sama masyarakat setempat dan agensi-agensi kerajaan terutamanya di bawah jawatankuasa M.O.A inc (ministry of agriculture incroporated).

16

1.2.6

Logo Pertubuhan Peladang Kawasan Kg Pelet

1.2.6.1 Logo Pertubuhan Peladang Kawasan Kampong Pelet

Tafsiran Logo PPK Kg Pelet

PELADANG: Perkataan PELADANG yang berwarna merah tua membawa maksud peladang kebangsaan atau National Farmers. Manakala lingkungan warna merah tua pula melambangkan perpaduan dan perjuangan ahli-ahli di peringkat PPK.

14 Garis Tegak:

17 Maksud 14 garis tegak yang berwarna kuning keemasan yang melambangkan 13 negeri dan persekutuan manakala biji-biji kuning keemasan melambangkan penghasilan yang lumayan.

Dua Tangan: Dua tangan yang berwarna hijau tua melambangkan perusahaan yang berasaskan pertanian.

Latar Belakang: Latar belakang yang berwarna putih yang membawa maksud kesucian dan kemurnian.

18 1.2.7 Piagam Pelanggan Pertubuhan Peladang Kampong Pelet

Kami berazam akan memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti ke arah menjadikan PPK sebuah pergerakan yang kuat dan badan perniagaan yang kukuh dengan ahli peladang yang moden khususnya menjadi pengeluar makanan untuk negara menjelang tahun 2010 melalui :

Memberi keputusan permohonan menjadi ahli dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan diterima.

Mengadakan lawatan berjadual ke unit ahli sekurang-kurangnya dua bulan sekali.

Memberi keputusan permohonan kredit dan pinjaman ahli-ahli dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan diterima.

Memastikan bayaran sewa dibuat mengikut jadual seperti yang tertulis didalam surat perjanjian.

19 1.2.8 Carta Organisasi Ahli Jemaah Pengarah PPK Kampong Pelet

20 1.2.9 Carta Organisasi Pertubuhan Peladang Kawasan Kampung Pelet

21 1.2.10 Syarat-syarat untuk menjadi ahli Pertubuhan Peladang Kawasan

Berumur 18 tahun ke atas Warganegara Malaysia Bermaustatin dalam kawasan PPK Mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian/ternakan atau Menguasai mana-mana dari faktor pertanian atau penternakan

1.2.11 Proses untuk menjadi ahli PPK

Mengunjungi PPK kawasan anda Mendapatkan borang untuk menjadi ahli Mengisi boran Mengemukakan borang kepada pihak PPK Setiap permohonan hendaklah disertakan bayaran masuk dan saham sebagaimana ditetapkan mengikut perlembagaan PPK Pertimbangan dan kelulusan Jemaah Pengarah PPK Sijil atau kad keahlian dikeluarkan. Ahli boleh menikmati haknya sebagai ahli Jika sesuatu permohonan ditolak, pemohon bolehlah membuat rayuan kepada pendaftar dalam masa 14 hari pendaftar akan membuat pertimbangan samada menerima atau menolak. Sekiranya rayuan ditolak segala pembayaran akan dikembalikan semula

22 1.2.10.1 Carta Aliran Kerja Pemohonan Menjadi Ahli PPK

23

Anda mungkin juga menyukai