Anda di halaman 1dari 60

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Latihan Industri

Latihan industri merupakan sebahagian daripada kursus wajib yang perlu


diambil oleh semua pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Setiap
pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester. Latihan industri
dilakukan di firma atau syarikat yang telah dipilih oleh pelajar sendiri atau yang telah
ditetapkan.

Tujuan sebenar latihan industri ini adalah bagi menyediakan para graduan yang
bersedia dan berkemampuan untuk menghadapi kerjaya sama ada dalam bidang
akademik mahupun bukan akademik dengan semangat profesionalisme yang tinggi.

Selain itu, latihan industri juga merupakan medium untuk memberi pendedahan
kepada pelajar tentang situasi sebenar dunia pekerjaan di samping membantu
meningkatkan kemahiran sosial pelajar. Maka para pelajar yang belum pernah merasai
dunia pekerjaan, inilah waktu bagi mengharunginya. Dengan cara ini para pelajar telah
dapat gambaran sebenar tentang dunia pekerjaan.

Di akhir latihan industri, para pelajar diharap dapat mencapai objektif dan
memanfaatkan segala ilmu yang telah dipelajari daripada firma atau syarikat bagi
menghadapi segala cabaran yang ada dalam era globalisasi dunia hari ini.
2

1.2 Objektif Latihan Industri

Dengan adanya latihan industri di politeknik seluruh Malaysia maka pelajar-pelajar


kursus diploma dapat menjalani latihan industri di tempat yang telah mereka pilih atau
yang ditetapkan berkaitan jurusan. Oleh itu, objektif latihan industri ini adalah untuk
memberi kesan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugas yang diberi dengan
sebaik mungkin serta mahu melihat sejauh mana seseorang pelajar itu dapat
mengaplikasikan perkara-perkara yang telah dipelajari dalam setiap tugasan yang telah
diberikan. Secara amnya, objektif latihan industri boleh disenaraikan seperti berikut:

i. Mengaitkan teori, teknikal dan kemahiran dengan aspek-aspek praktikal


di tempat latihan industri.

Apabila pelajar berada di alam pekerjaan seperti menjalani latihan industri ini,
maka segala pengetahuan teknikal, kemahiran dan pengalaman yang ditimba di
politeknik dapat diperluaskan serta dapat menambah ilmu yang sedia ada dalam diri
pelajar. Di politeknik, para pelajar telah diajar banyak ilmu teori yang boleh
dihubungkaitkan dengan dunia pekerjaan apabila tamat pengajian.

Justeru itu, objektif latihan ini diwujudkan untuk melahirkan lebih ramai lagi
tenaga kerja yang mahir serta berkualiti tinggi dan mampu melakukan tugasan yang
diberikan dengan sempurna.

ii. Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan sebenar

Apabila berada dalam situasi alam pekerjaan sebenar, ianya adalah jauh berbeza
dengan keadaan dunia pembelajaran kerana pelajar hanya terlibat bersama rakan sekelas
dan pensyarah-pensyarah sahaja tanpa melibatkan kerjasama dengan orang luar.

Dalam menghadapi perubahan situasi, para pelajar perlulah mempelajari


bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan pekerjaan, ketepatan masa untuk
menghadirkan diri di tempat kerja setiap hari, kebolehan berkomunikasi dengan baik
antara kakitangan, cara mendisiplinkan diri dan juga cara menghadapi pelbagai masalah
yang mungkin timbul di tempat kerja.
3

iii. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dan disiplin

Para pelajar yang menjalani latihan industri akan terikat dengan pelbagai syarat
dan peraturan-peraturan keselamatan di sektor kerajaan mahupun swasta. Apabila
pelajar menjalani latihan di tempat tertentu, maka secara langsung pelajar akan terikat
dengan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi dan menjadi
tanggungjawab pelajar untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Begitu
juga dengan peraturan keselamatan mestilah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang
permasalahan yang tidak diingini berlaku di mana ia boleh menjejaskan reputasi
organisasi.

Oleh yang demikian, pelajar perlu mengikut dan mengingati semua peraturan
semasa menjalani latihan industri supaya tidak mengakibatkan imej dan kedudukan
organisasi tergugat hanya kerana kelalaian dan kecuaian oleh pelajar sendiri. Selain itu,
ianya juga boleh menjejaskan hubungan baik pihak industri dan pihak politeknik
sendiri.

iv. Keyakinan berkomunikasi

Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran di politeknik, para pelajar hanya akan


berkomunikasi dengan rakan-rakan, para pensyarah dan kakitangan yang ada
hubungkait dengan pihak politeknik sahaja tanpa melibatkan faktor persekitaran luaran.
Namun begitu, apabila menjalani latihan industri ini secara tidak langsung para pelajar
terdedah dengan situasi sosial yang berbeza di mana kebolehan berkomunikasi amat
dititikberatkan kerana berkomunikasi adalah salah satu cara untuk mengeratkan
hubungan baik antara kakitangan organisasi.

Selain itu, kebolehan berkomunikasi bukan sahaja dalam perbualan seharian


tetapi melibatkan keyakinan orang lain dalam melihat cara kita berkomunikasi dengan
baik contohnya pandangan mata apabila bertutur, pengetahuan tentang kerja yang
dilakukan dan juga mampu memberi keyakian terhadap seseorang apabila
berkomunikasi.
4

v. Amanah dan tanggungjawab

Apabila proses menjalani latihan industri bermula, maka secara tidak langsung
pelajar terebut telah memikul tanggungjawab dan amanah yang berat dalam apa jua
tugas yang diberikan kepada mereka. Segala amanah dan tangunggjawab tersebut
perlulah dilaksanakan dengan baik. Sekiranya terdapat tugasan yang diberikan perlulah
diselesaikan pada masa yang telah ditetapkan. Seterusnya, para pelajar perlulah
melaksanakan segala tugas yang diberikan dengan amanah dan menunjukkan komitmen
yang tinggi agar dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.

Objektif latihan ini dari aspek amanah dan tanggungjawab memainkan peranan
penting untuk melancarkan perjalanan sesebuah organisasi. Jika tiada sifat amanah pada
diri pelajar, ini mungkin berlakunya penyelewengan sama ada dari segi wang syarikat
atau maklumat sulit organisasi. Begitu juga dengan tanggungjawab pelajar, jika sikap
ini tidak disemat dalam diri boleh menyebabkan seseorang itu mengambil kesempatan
untuk melakukan sesuatu tugasan secara sambil lewa dan mengambil sikap tidak acuh
terhadap masalah yang berlaku.

1.3 Objektif Laporan Akhir Latihan Industri

Laporan latihan industri ini bermaksud sesuatu perkara yang dilakukan akan
dicatatkan dan ditaip berdasarkan segala aktiviti semasa menjalani proses latihan
industri serta maklumat lain yang bersesuaian untuk dijadikan sebahagian daripada
bahan yang diperlukan dalam penghasilan buku laporan akhir latihan industri. Laporan
akhir latihan industri ini mestilah mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan oleh
institusi pengajian tinggi masing-masing supaya semua laporan kelihatan seragam,
kemas dan sistematik dalam merialisasikannya. Oleh yang demikian, untuk permulaan
membuat laporan akhir latihan industri adalah dengan merujuk segala maklumat yang
sudah tersedia dalam buku panduan latihan industri. Seterusnya, pelajar hendaklah
mencatat tentang aktiviti tugasan harian yang dilakukan ketika menjalani latihan dengan
merujuk buku laporan harian dimana buku laporan harian tersebut akan dinilai dengan
terperinci oleh pensyarah pemantau.

Bagi memperolehi gred yang cemerlang para pelajar perlu menyiapkan buku
laporan dan membuatnya sebaik mungkin di mana pensyarah akan membuat penilaian
5

terhadap segala yang tercatat di dalam buku laporan seiring dengan tugasan yang
dilakukan ketika menjalani latihan. Justeru itu, laporan akhir latihan industri dan buku
laporan harian tidak boleh bercanggah atau berlainan maklumat kerana pensyarah akan
membandingkan dan melihat sejauh mana pelajar menjalankan tugas latihan industri
mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan.

Laporan akhir latihan industri ini juga bertujuan untuk mengetahui bentuk
tugasan yang dilaksanakan sama ada tugasan yang diberikan berkaitan dengan
pengajian yang diambil atau sebaliknya. Daripada tugasan tersebut, pensyarah dapat
menilai bahawa pelajar tersebut telah menjalani latihan industri dengan baik atau tidak.
Laporan ini amat berguna untuk para pelajar untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Oleh
yang demikian, terdapat pelbagai objektif yang melibatkan latihan industri. Objektif-
objektif ini adalah sebagai garis panduan yang berkait dengan laporan latihan ini adalah
:

i. Menjadi bahan bukti

Penghasilan buku laporan akhir latihan industri adalah salah satu bahan yang
menunjukkan bahawa pelajar yang menjalani latihan industri telah melaksanakan
sebahagian tanggungjawab mereka. Ini kerana segala maklumat yang berkaitan dengan
aktiviti latihan industri akan dilaporkan di dalam laporan harian pada setiap hari dengan
tugasan yang diberikan.

Sekiranya pelajar telah melakukan kesalahan seperti ponteng waktu bertugas


atau masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan imej dan kualiti sesebuah organisasi,
secara tidak lansung laporan akhir latihan industri dan buku laporan harian akan turut
terjejas kerana segala kehadiran dan tugasan yang diberikan akan diambil rekod oleh
majikan. Masalah disiplin yang ditimbulkan oleh pelajar boleh menghalang pelajar
untuk mendapat gred yang cemerlang apabila terdapat rekod disiplin yang kurang
memuaskan daripada majikan.

ii. Sebagai bantuan temuduga

Menyiapkan laporan akhir latihan industri adalah juga untuk memudahkan para
pelajar untuk sesi temuduga yang akan di jalankan di Politeknik dimana ianya
6

memerlukan segala maklumat yang dilaporkan semasa menjalani latihan industri.


Justeru itu, laporan akhir latihan industri ini adalah sebagai bantuan temuduga antara
pelajar dengan pensyarah. Segala maklumat tersebut akan disemak, diteliti dan diingati
semula untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan semasa sesi temuduga apabila
pensyarah mengajukan pelbagai pertanyaan berpandukan tugasan yang dilaporkan
dalam laporan akhir latihan industri tersebut. Jika para pelajar tidak menghasilkan
laporan akhir latihan industri ini, para pelajar akan lebih tertekan kerana perlu meiingati
semula semua maklumat tersebut tanpa bahan rujukan sebagai bantuan dan panduan.

Laporan akhir latihan industri ini juga bertujuan untuk melaporkan segala
aktiviti atau tugas yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan semasa pelajar
menjalani latihan industri. Aktiviti atau tugas tersebut akan dijelaskan secara terperinci
dalam laporan akhir latihan industri yang akan disemak dan akan dijadikan bahan bukti
bahawa para pelajar telah melaksanakan praktikalnya dalam suatu tempoh masa yang
telah ditetapkan.

1.4 Kepentingan latihan industri kepada pelajar

Latihan industri merupakan satu cabang ilmu yang memberi peluang kepada
seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui
semasa dalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat daripada pelbagai perspektif, contohnya
secara tidak lansung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada dalam diri
seseorang pelajar itu. Di samping itu, latihan industri penting kerana dapat menambah
ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu dalam sesuatu bidang yang dilalui.
Pengalaman dan pengetahuan itu sangat penting untuk menjadikan sesorang pelajar itu
tergolong dalam golongan yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.

Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal
apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala
cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu
menjalani latihan industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri
sendiri. Secara tidak lansung ia dapat memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di
alam pekerjaan sebenarnya tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali
ketika dalam sesi pembelajaran.
7

Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar
untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dapat
dinafikan kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi di samping pengalaman bekerja yang ada.
Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk bekas pelajar
latihan industri setelah tamat pengajian kelak.

Walaubagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat


besar. Para pelajar dapat mengurangkan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi
semasa latihan industri sebagai panduan dan bekalan untuk masa akan datang. Selain
itu, segala pahit getir yang ditempuhi semasa dalam tempoh latihan industri akan
menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ke
tahap yang lebih tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang
berdedikasi dan cemerlang kelak.
8

BAB II

LATAR BELAKANG FIRMA

2.1 Pengenalan Organisasi (AAZ GLOBAL SDN BHD)

AAZ Global Sdn Bhd merupakan organisasi yang berkecimpung dalam bidang
mekanikal dan elektrikal. Syarikat ini menawarkan servis pembaikan alat panghawa
dingin, ventilation fan, cooling tower dan AHU.

2.2 Latar Belakang Organisasi

AAZ GLOBAL SDN.BHD (849358-U) telah ditubuhkan pada 10hb Mac 2009
sebagai sebuah syarikat 100 % bumiputra. Kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan
adalah kerja utama bagi syarikat ini. AAZ GLOBAL SDN.BHD telah diasaskan oleh
En. Mohd Azreen Bin Mohd Nawawi selaku Pengarah Urusan syarikat ini.

Pengarah Urusan kami, Encik Mohd Azreen mempunyai pengalaman lebih


daripada 10 tahun dalam bidang Kejuteraan Mekanikal & Elektrikal. Beliau telah
banyak berurusan dan bekerjasama dengan pelbagai syarikat mahupun Organisasi
Kerajaan, Berkanun atau swasta. Syarikat AAZ GLOBAL SDN.BHD telah menjadi
salah sebuah syarikat yang teguh. Berserta dengan kelengkapan dan kemudahan yang
dimiliki oleh syarikat ini, pihak syarikat mampu memberikan perkhimatan yang terbaik
dan kepuasan yang optimum.
9

2.3 Aktiviti Organisasi

AAZ GLOBAL AND BHD berkebolehan menjalankan setiap pekerjaan berdasarkan


kepakaran dalam bidang Mekanikal dan Elektrikal serta kerja-kerja yang berkaitan
seperti berikut:

i. Merekabentuk, memasang, servis dan menyelenggara unit penghawa dingin,


cooling tower, AHU dan kerja-kerja berkaitan penyejuk udara dan sistem
penyaman udara
ii. Merekabentuk,memasang dan menyelenggara sistem ventilasi serta memasang
alat penyaman udara
iii. Memasang, menyelenggara penampat udara, kipas Menara cooling tower, AHU
motor, kipas kondensor dan lain-lain yang berkaitan.
iv. Memasang dan menyelenggara sistem pengepam
v. Punca kerosakan dan remedy

2.4 Halatuju organisasi

MISI

i. Melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang Kejuteraan Mekanikal &


Elektrikal.
ii. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi Bumiputra.

VISI

i. Cepat
ii. Berkualiti
iii. Selenggara Proaktif
iv. Jaminan Perkhimatan
v. Keselamatan Dan Keselesaan
10

2.5 Logo syarikat

Rajah 2.1: Logo Syarikat AAZ Global Sdn. Bhd.

2.6 Carta organisasi firma

Rajah 2.2: Carta organisasi AAZ Global Sdn. B


11

BAB III

RINGKASAN MINGGUAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Pelajar yang menjalani latihan industri perlu mencatatkan segala aktiviti sepanjang
tempoh latihan industri di dalam buku jurnal refleksi yang telah dibekalkan kepada para
pelajar sebelum menjalani latihan industri. Buku jurnal refleksi perlu dicatatkan aktiviti
setiap hari oleh para pelajar. Laporan yang ditulis perlu mendapatkan tandatangan
pengarah setiap minggu untuk disahkan.

Melalui buku jurnal tersebut, pengarah atau pengurus sesebuah syarikat dapat
memberikan komen atau cadangan yang bernas dalam produktiviti yang dihasilkan
pelajar selama mereka menjalani latihan industri sekaligus dapat memberi peluang
kepada para pelajar memperbaiki hasil kerja dari hari ke hari.
12

3.2 Ringkasan Aktiviti Mingguan

Jadual 3.2.1 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 1)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Melapor diri di syarikat AAZ Global

ii. Memastikan dokumen seperti surat jawapan, kad matrik


pelajar, dan buku jurnal dibawa

iii. Berkenalan dengan staf di syarikat

iv. Mempelajari tentang skop kerja secara menyeluruh

10.12.2018 v. Tugas harian diagihkan oleh Puan Jannah


-
1 15.12.2018
vi. Menyediakan laporan bulanan

vii. Mencetak profil syarikat untuk dihantar sekali bersama


permohonan tender
13

Jadual 3.2.2 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 2)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Membantu dalam permohonan tender

ii. Menyemak helaian tender dan mengisi maklumat pada


tender tersebut
17.12.208
2 -
iii. Mengemaskini projek syarikat yang telah siap dan
23.12.2018
sedang berjalan dalam microsoft excel

iv. Membuat laporan bulanan


v. Mengira OT pekerja dengan memasukkan maklumat
daripada punch card mereka di Microsoft excel
14

Jadual 3.2.3 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 3)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Membuat laporan bulanan

24.12.2018 ii. Menyemak kesalahan pada laporan


-
3 29.12.2018
iii. Mengemaskini projek syarikat yang telah siap dan
sedang berjalan dalam microsoft excel mengikut tahun
15

Jadual 3.2.4 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 4)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Membuat laporan bulanan

ii. Menyemak kesalahan pada laporan

31.12.2018
4 - iii. Membuat pembetulan jika terdapat kesalahan pada
5.1.2019 laporan

iv. Mengemaskini projek syarikat yang telah siap dan


sedang berjalan dalam microsoft excel mengikut tahun
16

Jadual 3.2.5 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 5)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Melengkapkan laporan bulanan

ii. Menyediakan bahan mesyuarat dengan mencetak


dokumen yang telah diataip di slide powerpoint untuk
5
7.1.2019 pembentangan
-
12.1.2019
iii. Menjilid laporan projek. Laporan projek tersebut perlu
dicetak sebanyak 6 salinan dan scan untuk dimasukkan
ke dalam CD. Salinan tersebut akan dihantar ke kedai
untuk dijilid.
17

Jadual 3.2.6 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 6)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Membuat laporan bulanan

ii. Membantu dalam permohonan tender

iii. Menyemak helaian tender dan mengisi maklumat pada


tender tersebut

14.1.2019
6 - iv. Menaip interim di Microsoft excel untuk claim
19.1.2019
v. Menaip surat bagi pemberitahuan penghantaran
interim

vi. Mencetak dokumen untuk kegunaan laporan bulanan


18

Jadual 3.2.7 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 7)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Membuat laporan bulanan

ii. Menyemak semula laporan bulanan agar tiada


kesalahan
21.1.2019
7 -
27.1.2019 iii. Membantu dalam permohonan tender

iv. Menyemak helaian tender dan mengisi maklumat pada


tender tersebut
19

Jadual 3.2.8 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 8)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Menyiapkan laporan

ii. Menyemak tender yang lama untuk rujukan sebutharga

iii. Mencetak profil syarikat untuk dihantar sekali bersama


permohonan tender

8 28.1.2019
- iv. Mengira dan menaip inventori
2.2.2019

v. Membantu dalam permohonan tender

vi. Menyemak helaian tender dan mengisi maklumat


pada tender tersebut
20

Jadual 3.2.9 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 9)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Mengmaskini borang inventori

ii. Menyiapkan laporan

iii. Menyemak laporan yang telah siap dan membuat

4.2.2019 pemetulan jika terdapat kesalahan


9 -
9.2.2019
iv. Membantu dalam permohonan tender

v. Menyemak helaian tender dan mengisi maklumat


pada tender tersebut
21

Jadual 3.2.10 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 10)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Menyiapkan laporan

ii. Membantu dalam permohonan tender

iii. Menyemak helaian tender dan mengisi maklumat


pada tender tersebut

11.2.2019
- iv. Mengira OT pekerja mengikut data pada punch card
10 16.2.2019
v. Mengemaskini senarai inventori

vi. Memuatnaik dokumen tender di laman sesawang e-


perolehan
22

Jadual 3.2.11 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 11)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Menyiapkan laporan

ii. Membantu dalam permohonan tender

11 18.2.2019 iii. Menyemak helaian tender dan mengisi maklumat


- pada tender tersebut
22.2.2019

iv. Mencetak profil syarikat untuk dihantar sekali bersama


permohonan tender
23

Jadual 3.2.12 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 12)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Mencetak bahan untuk tender

ii. Menyiapkan laporan

iii. Menyemak laporan untuk elak kesalahan


25.2.2019
12 - iv. Membantu dalam permohonan tender
2.3.2019

v. Menyemak helaian tender dan mengisi maklumat


pada tender tersebut
24

Jadual 3.2.13 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 13)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Menyediakan laporan

ii. Menyemak laporan untuk elak kesalahan

iii. Menaip surat bagi penghantaran insurans dan bon

iv. Menyediakan dan mencetak bahan untuk mesyuarat di


Microsoft powerpoint

4.3.2019
-
13 9.3.2019 v. Mengira OT pekerja menggunakan Microsoft excel

vi. Menyediakan surat tentang penghantaran laporan


bulanan

vii. Membuat jadual servis bagi tahun 2019 untuk


merancang kerja pembaikan sepanjang tahun 2019
25

Jadual 3.2.14 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 14)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Mencetak bahan untuk tender

ii. Menyiapkan laporan

iii. Membantu dalam permohonan tender

iv. Menyemak helaian tender dan mengisi maklumat


pada tender tersebut

v. Menulis surat kepada jabatan pembangunan di


Universiti Sains Islam Malaysia untuk pemberitahuan
tentang penghantaran insurans dan surat setuju
11.3.2019 terima.
14 -
16.3.2019
vi. Memuat turun borang SKM daripada email syarikat
dan mengemaskini borang tersebut

vii. Mengemaskini gambar untuk dilampirkan bersama


laporan

viii. Membuat jadual servis di Microsoft excel

ix. Mencetak profil syarikat untuk dihantar bersama


tender.

x. Mengemaskini inventori unit di Microsoft excel


26

Jadual 3.2.15 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 15)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Mencetak bahan untuk tender

ii. Menyiapkan laporan

iii. Membantu dalam permohonan tender

18.3.2019
15 - iv. Menyemak helaian tender dan mengisi maklumat
23.3.2019 pada tender tersebut

v. Mengemaskini inventori unit di Microsoft excel

vi. Menyemak laporan yang telah siap dan membetulkan


kesalahan jika ada.
27

Jadual 3.2.16 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 16

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Menaip dokumen (summary) untuk kegunaan semasa


mesyuarat

ii. Menyiapkan laporan

25.3.2019 iii. Membuat summary unit dengan menyenaraikan semua


16 -
unit yang perlu diservis
30.3.2019

iv. Mencetak bahan untuk membuat buku servis.

v. Menyemak laporan yang telah siap dan membetulkan


kesalahan jika ada.
28

Jadual 3.2.17 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 17)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Mencetak profil syarikat untuk kegunaan


membuat tender

ii. Membantu dalam permohonan tender

iii. Menyemak helaian tender dan mengisi maklumat


pada tender tersebut
1.4.2019
17 -
iv. Menyiapkan laporan
6.4.2019

v. Menyemak laporan yang telah siap dan


membetulkan kesalahan jika ada.

vi. Menaip interim dia Microsoft Excel untuk


digunakan semasa membuat claim
29

Jadual 3.2.18 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 18)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Membantu dalam permohonan tender

ii. Menyemak helaian tender dan mengisi maklumat


pada tender tersebut

iii. Menaip interim dia Microsoft Excel untuk


digunakan semasa membuat claim

8.4.2019
18 - iv. Mencetak profil syarikat untuk kegunaan membuat
13.4.2019 tender

v. Menaip surat untuk menyatakan tentang kerosakan


penghawa dingin bagi bulan April

vi. Membuat rumusan tentang kerosakan unit


penghawa dingin
30

Jadual 3.2.19 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 19)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Mencetak interim yang telah ditaip

ii. Mencetak bahan untuk membuat laporan seperti


muka depan dan pemisah

iii. Mencetak profil syarikat untuk kegunaan membuat


tender

15.4.2019
19 - iv. Menyiapkan laporan
20.4.2019
v. Membantu dalam permohonan tender

vi. Menyemak helaian tender dan mengisi maklumat


pada tender tersebut

vii. Menyemak laporan yang telah siap dan


membetulkan kesalahan jika ada
31

Jadual 3.2.20 Ringkasan Mingguan Aktiviti Latihan Industri


(Minggu 20)

MINGGU TARIKH AKTIVITI

i. Membuat delivery order

ii. Melengkapkan laporan bulanan

20 22.4.2019 iii. Membantu dalam permohonan tender


-
27.4.2019
iv. Menyemak helaian tender dan mengisi
maklumat pada tender tersebut

v. Mencetak profil syarikat untuk kegunaan


membuat tender

vi. Menggunakan laman sesawang e-perolehan


untuk mengahntar tender
32

BAB IV

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PENGENALAN

Laporan bulanan adalah sangat penting bagi sesebuah organisasi dalam menguruskan
sesebuah projek. Segala dokumen dan maklumat penting syarikat perlu disimpan
dengan betul agar mudah dicari dan dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang
serta dapat mengelakkan dokumen syarikat daripada tercicir atau hilang. Pembuatan
laporan bulanan yang berkesan terhasil daripada perancangan dan pengurusan yang
teliti dan sistematik ke atas dokumen yang membawa kepentingan kepada firma.

Laporan adalah satu bentuk penyataan yang logikal dan tersusun. Ianya
mengandungi bahagian, tajuk dan subtajuk. Sebab laporan ditulis adalah seperti
berikut;

4.1.1 KEPENTINGAN PENYEDIAAN LAPORAN BULANAN

a) Menyediakan maklumat kepada pengguna pada masa yang diperlukan


b) Maklumat yang direkodkan dapat digunakan pada masa yang panjang
c) Dapat dijadikan bahan rujukan
33

4.1.2 KELEBIHAN PENYEDIAAN LAPORAN BULANAN

a) Meningkatkan kualiti pentadbiran organisasi


b) Mendapat pengetahuan tentang penyediaan sebuah laporan.
c) Dapat menguruskan pelaksanaan sistem penyediaan laporan secara sistematik
dan konsisten tanpa menimbulkan kekeliruan.

4.1.3 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

i. Rak Fail

Rak fail digunakan untuk menyimpan segala dokumen sama ada untuk rujukan firma
ataupun untuk pelanggan. Rak fail dilabel mengikut pembahagian jenis laporan tersebut
seperti laporan bulanan dan laporan projek untuk rujukan firma.

ii. Stapler

Stapler yang digunakan adalah jenis yang besar bagi menggabungkan helaian kertas
dalam kuantiti yang banyak.

iii. Selotip (Hitam/Biru)

Digunakan untuk dilekat di sekitar bahagian tepi laporan agar tidak kelihatan kesan
stapler seterusnya nampak lebih kemas.
34

4.2 PROSES PENYEDIAAN LAPORAN

Laporan servis digunakan untuk merekod kerja-kerja servis yang telah dilakukan iaitu
pembaikan sistem penghawa dingin atau sistem pencegah kebakaran setiap bulan. Job
sheet ini akan diterima daripada juruteknik yang ditugaskan pada setiap hujung bulan
setelah lengkap diisi agar dapat memudahkan urusan penyediaan laporan bulanan.

Rajah 4.1 Job Sheet untuk merekod kerja servis


35

Asas laporan seperti muka depan yang mempunyai maklumat tentang laporan tersebut
seperti tajuk dan bulan, tajuk bagi setiap subtopik dalam laporan tersebut perlu dicetak.

Rajah 4.2 Muka depan dan pemisah laporan

Jadual servis bulanan digunakan untuk dijadikan rujukan untuk mengenalpasti waktu
servis perlu dilakukan iaitu pada minggu ketiga setiap bulan. Selain itu, dapat
mengenalpasti tempoh kontrak.

Penggunaan jadual ini dapat memastikan servis dijalankan dengan sempurna pada setiap
bulan agar dapat memastikan kehendak pelanggan dicapai.

Rajah 4.3 Jadual servis bulanan 2018-2019


36

Rajah 4.4 Jadual servis bulanan 2019-2020

Aduan kerosakan oleh pelanggan perlu diambil kira dan dicatat dalam laporan bagi
tujuan rujukan firma.

Rajah 4.5 Laporan aduan


37

Segala kerosakan yang dicatat oleh juruteknik yang perlu dilakukan pembaikan akan
dicatat di laporan kerosakan untuk memudahkan pelanggan melihat kerosakan yang
perlu pembaikan di sesebuah blok.

Rajah 4.6 Laporan Kerosakan mengikut blok

Rumusan dapat memudahkan pelanggan mengenalpasti kerosakan atau masalah yang


memerlukan pembaikan mengikut blok. Dengan itu, sebutharga dapat dikeluarkan.

Rajah 4.7 Rumusan keseluruhan laporan


38

Dokumen yang telah lengkap dicetak dan diisi dengan maklumat berdasarkan job sheet
serta telah disemak akan di stapler dan digabung menjadi sebuah laporan.

Rajah 4.8 Laporan bulanan yang telah lengkap

Bagi penyimpanan secara ‘soft-copy’, semua kerja dilakukan secara berkomputer yang
mana segala langkah penulisan dan pengiraan akan dibuat dalam perisian Microsoft
Word dan Microsoft Excel 2010. Langkah-langkah penyimpanan adalah seperti berikut:
39

Switch on komputer

Tekan pada ‘Document’ , dan


seterusnya buka folder yang
mengandungi folder yang mempunyai
semua soft copy laporan projek syarikat.

Dalam satu folder, mengandungi


dokumen-dokumen yang diperlukan
untuk dijadikan satu laporan.

Kemaskini tarikh, kerosakan unit dan


data yang berlainan dari bulan
sebelumnya.

Cetak semua dokumen yang telah


dikemaskini dan gabungkan menjadi
satu laporan.

Rajah 4.9 Penyimpanan Laporan dalam Bentuk Soft-Copy


40

4.1.5 PENUTUP

Penyediaan laporan bulanan adalah sangat penting untuk rujukan dan disediakan dengan
teliti dan kemas. Hal ini kerana, untuk menjamin kualiti dan memastikan pelanggan
mempunyai keyakinan kepada organisasi tentang profesionalisme pengurusan
perniagaan Syarikat AAZ Global Sdn Bhd.

Pengurusan yang berkesan dapat membantu organisasi meningkatkan mutu kerja dan
servis dan memberikan nama baik kepada organisasi.

4.3 PENYEDIAAN TENDER

Tender dikeluarkan oleh klien kepada kontraktor yang berada dalam kelas kelayakan
yang dinyatakan dalam kenyataan tawaran (notis tender). Kelas kelayakan kontraktor
diperoleh semasa syarikat kontraktor didaftarkan. Kontraktor perlu mendaftarkan
syarikatnya dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau Lembaga Pembangunan
Industri Binaan (CIDB). Kelas kelayakan kontraktor berasaskan kepada had kewangan
syarikat. Kontraktor yang telah mendaftar layak memasuki tawaran projek kerajaan
berdasarkan had kewangan atau kelas kelayakan sewaktu pendaftaran ini.

4.2.1 KELEBIHAN:

i. Jumlah yang menyertai tawaran adalah terhad kepada kelas tertentu, maka proses
pemilihan lebih cepat.

ii. Memberi peluang kepada kontraktor untuk bersaing secara adil dengan kontraktor
yang sama kelas atau sama kategori dengannya.

iii. Klien akan memperoleh binaan yang berkualiti jika kontraktor yang dipilih benar-
benar berpengalaman luas.
41

4.2.2 Panduan Menulis Tender

I. PASTIKAN APA YANG DIMINTA LENGKAP


Dokumen yang wajib dan mandatory perlulah diisi dengan lengkap serta pastikan
dokumen yang diminta dilampirkan sekali bersama tender.

II. PASTIKAN DOKUMEN DITANDATANGANI


Ruangan yang disediakan untuk ditandatangan perlulah ditandatangani untuk
memastikan borang tersebut sah.

III. PATUHI KEPERLUAN DAN SPESIFIKASI YANG DINYATAKAN


Barang yang hendak ditawarkan perlulah mempunyai spesifikasi yang sama atau
lebih. Contoh jika diminta notebook dengan RAM 4GB, beri notebook dengan
RAM 4GB atau lebih seperti 8GB kalau anda boleh tawarkan harga yang tidak
jauh berbeza dengan 4GB, tapi jangan pula bagi notebook dengan RAM yang
lebih rendah seperti 2GB.
42

4.2.3 Proses Menulis Tender

Sediakan dokumen
yang diperlukan oleh
tender seperti bank
statement

Tulis butiran syarikat


berdasarkan profil
syarikat yang telah
disediakan

Tender yang telah siap


diisi perlu
ditandatangani oleh
pengurus syarikat.

Masukkan dokumen
tender ke dalam sampul

Hantar tender ke alamat


yang telah ditetapkan

Rajah 4.10 Proses Menulis Tender


43

Rajah 4.11 Helaian tender yang perlu diisi oleh syarikat

Setelah tender siap diisi dengan lengkap dan ditandatangani, borang tender perlu
dimasukkan ke dalam sampul dan dihantar ke alamat yang telah ditetapkan. Penyebut
harga perlu mematuhi arahan agar dapat menghantar borang tender tepat pada masanya.

Penyebut harga yang tidak mematuhi masa untuk menghantar borang tender, tidak akan
diterima borang tendernya.

4.2.4 PENGGUNAAN E-PEROLEHAN

Bagi tender yang perlu dimasukkan datanya ke dalam portal e-perolehan, perlu
menggunakan laman sesawang yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk memasukkan
maklumat syarikat seperti harga dan pengalaman kerja. Langkah-langkahnya adalah
seperti berikut:
44

Switch on komputer

Tekan pada ‘chrome’ dan taip di bahagian


carian ‘e-perolehan ’

Log masuk dengan memasukkan ID dan


kata laluan.

Masukkan data yang diminta oleh


penyebutharga seperti data teknikal dan
data kewangan.

Rajah 4.12 Proses Penggunaan e-perolehan


45

Rajah 4.13 Laman Sesawang e-perolehan

4.4 KESIMPULAN

Laporan aktiviti ialah sebahagian daripada satu laporan yang sangat berguna untuk masa
hadapan kepada pelatih sebagai rujukan. Aktiviti dan tugasan yang diberikan sangat
membantu pelatih dari segi pengalaman dalam menempuh alam pekerjaan yang sebenar.
Tugasan yang diberikan juga berkaitan dengan pekerjaan yang sebenar sebagai
setiausaha. Ilmu yang diberikan tidak akan disia-siakan malah dapat membantu pelatih
menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi.

Aktiviti yang ditugaskan oleh pelatih sangat berguna bagi masa depan setiap
pelajar. Pelatih pasti memanfaatkan setiap tu (http)gasan dan ilmu yang telah diberik
46

BAB V

KESIMPULAN

Setelah menjalani Latihan Industri di AAZ Global Sdn Bhd, saya telah
mengetahui dan mempelajari alam pekerjaan dengan lebih mendalam. Hasilnya saya
amat bangga dengan apa yang saya pelajari dan saya bersyukur kerana telah berjaya
menamatkan latihan industri ini dengan pengalaman yang amat berguna untuk masa
depan.

Pengalaman ini bukan sahaja memperkenalkan saya kepada sesuatu yang baru,
malah ia memberi pendedahan awal kepada saya sebelum saya menjalani alam
pekerjaan yang sebenar.

Selain itu, program ini juga telah banyak memberi peluang kepada pelajar untuk
meluaskan pengetahuan dan kemahiran kerana mereka dapat melihat cara kehidupan
seharian seseorang pekerja dan sifat ketekunan mereka untuk menyiapkan sesuatu tugas.

Pelajar juga akan lebih menyedari bahawa pentingnya subjek yang dipelajari
sebagai pegangan dalam meneruskan cita-cita yang ingin dikehendaki walaupun teori
yang dipelajari tidak semestinya sama dengan yang dilakukan sewaktu tempoh latihan
industri namun kesungguhan dan semangat amat penting sebelum menceburi diri di
alam pekerjaan.
47

Banyak ilmu yang saya perolehi ketika menjalani program Latihan Industri ini.
Segala ilmu yang diterapkan dan dipelajari sepanjang latihan akan saya gunakan sebaik
mungkin untuk melangkah ke alam pekarjaan nanti. Di samping itu, saya dapati bahawa
sifat bertanggungjawab dan kebolehan individu dalam perancangan masa sendiri adalah
penting untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Dengan itu, saya juga mampu menyemai kepercayaan dan tanggungjawab untuk
aktiviti-aktiviti atau kerja yang telah dilakukan. Banyak perkara baru yang telah saya
pelajari, antaranya adalah dapat memahami dunia perniagaan yang banyak risiko dan
cabaran, belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan berkesan samada dengan
pelanggan ataupun kakitangan syarikat, mencari jalan penyelesaian masalah yang tepat
dan berkesan serta dapat membina hubungan baik dengan pekerja dan pelanggan yang
dating untuk berurusan.

Kesimpulannya, Latihan Industri merupakan peluang keemasan kepada pelajar


untuk mempelajari bukan sahaja dalam bidang akademik dan teknikal malahan meliputi
semua bidang keseluruhan tugas sebagai seorang pekerja serta melahirkan potensi
pelajar yang lebih berkualiti.

Semasa latihan juga, saya telah merasai bagaimana suasana sebenar di alam
pekerjaan, serta hubungan yang baik antara pekerja dengan pelajar praktikal dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
48

BAB VI

DAPATAN DAN CADANGAN

Latihan industri penting kepada pelajar sebagai pelengkap kepada


penganugerahan sijil atau diploma kepada pelajar selepas menamatkan pengajian
mereka. Pelajar dinasihatkan untuk menjalani sesi latihan industri selama tempoh masa
satu semester yang ditetapkan oleh pihak politeknik.

Sepanjang menjalani tempoh latihan industri di Syarikat AAZ Global Sdn Bhd,
pelbagai pengetahuan dan penglaman yang telah saya perolehi. Walau bagaimanapun,
tidak semua sempurna dan terdapat jurang yang boleh diperbaiki supaya kerja dibuat
lebih berkesan.

Terlalu banyak yang masih perlu dipelajari setiap hari kerana pasti ada situasi
berbeza yang memerlukan pelajar sendiri tahu bagaimana untuk berurusan dengan
pelbagai situasi. Peluang yang diberikan kepada pelajar haruslah direbut oleh pelajar
agar dapat melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang berguna yang dapat
digunakan pada suatu hari nanti.
49

Selain itu, sikap terbuka dan boleh menerima komen atau pendapat orang lain
adalah satu sikap yang menggalakkan dan membolehkan pelajar untuk memastikan
kerja yang dilakukan adalah berkualiti.

Latihan industri adalah kursus semulajadi bagi pelajar untuk membantu dan
mendedahkan pelajar kepada banyak perkara dan memberi manfaat kepada pelajar itu
sendiri.

Cadangan yang membina atau idea yang bijak akan mempunyai kesan positif
kepada organisasi mereka sendiri untuk melihat kelemahan mereka serta meningkatkan
kebolehan mereka dalam menerajui dan meneruskan perjuangan bagi organisasi itu
sendiri untuk menjadi lebih maju dalam masa depan yang kompetitif.

6.1 Pelajar

Terdapat beberapa komen dan cadangan yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar latihan
industri dalam pelbagai perkara. Antaranya ialah:

i. Membuat persediaan yang lengkap dan berkeyakinan tinggi

Sebelum pelatih menjalani latihan industri, tenagara pelajar perlu memastikan


bahawa keyakinan yang tinggi boleh dipamerkan semasa latihan industri dengan sedikit
persediaan atau peralatan yang diperlukan.

Ia juga membantu untuk memberi kesan positif kepada syarikat atau firma serta
boleh memberikan komitmen yang baik untuk latihan di seluruh industri.
50

ii. Pemilihan organisasi yang sesuai

Sebelum latihan industri pelajar perlu membuat beberapa ulasan dan memilih
organisasi yang betul untuk menjadi serasi dengan bidang semasa pengajian di
politeknik. Ia bertujuan untuk membolehkan pelajar memohon apa yang telah dipelajari
dalam pengurusan organisasi untuk mengelakkan sebarang konflik bidang masing-
masing.

iii. Semangat yang tinggi

Setiap pelajar mesti mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi untuk
mempelajari latihan industri dalam masa yang ditetapkan. Pelajar perlu menanamkan
perasaan tidak mudah berputus asa dalam melakukan aktiviti-aktiviti kajian baru serta
menunjukkan ketabahan dan juga belajar dalam bidang baru. Pelajar perlu bersedia
untuk menangani pelbagai situasi yang sering berlaku dalam pengurusan sesebuah
organisasi seperti bantahan daripada pelanggan, keuntungan dan kerugian serta banyak
lagi.

6.2 Politeknik

Sebelum latihan industri, politeknik akan memberi pengetahuan dan gambaran


kecil kepada pelajar untuk menjalani latihan industri.

Walau bagaimanapun, ia masih tidak mencukupi dan perlu diperbaiki oleh


politeknik sendiri supaya boleh berjaya dalam melengkapkan latihan industri.
Antaranya adalah seperti berikut:
51

i. Memberi penerangan yang jelas dan gambaran yang sempurna

Politeknik adalah keperluan yang jelas untuk memberi tumpuan kepada objektif
dan skop latihan industri kepada semua pelajar tanpa sebarang masalah.

Di samping itu, keadaan utama kepada pelajar untuk mengelakkan rasa janggal
semasa latihan industri mereka. Buku laporan latihan industri sering memberi masalah
kepada pelajar kerana kurang pendedahan dan penjelasan yang sepatutnya menjadi
petunjuk kepada penyediaan laporan akhir.

Oleh itu, pensyarah boleh memberikan tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara
penulisan buku latihan industri agar dapat membantu mereka dalam memahami cara
penyediaan laporan yang betul.

ii. Lawati kuliah dan mengkaji untuk latihan industri pelajar

Politeknik perlu menyimpan lawatan dan kajian untuk pelajar latihan industri.
Tujuannya adalah untuk memantau organisasi mengikut kawasan yang diambil oleh
pelajar.

Di samping itu, pensyarah boleh mengikuti perkembangan disiplin pelajar latihan


industri. Ia juga mencerminkan perhatian kepada pelajar politeknik untuk latihan
industri. Politeknik juga perlu mengetahui apa sahaja masalah yang dihadapi oleh
pelajar agar mencari jalan penyelesainnya dalam apa jua keadaan.
52

6.3 Organisasi (AAZ Global Sdn Bhd)

AAZ Global Sdn Bhd adalah satu organisasi yang mengikuti perkembangan dan
menerima pelajar industri. Semasa latihan industri, pelajar yang terlibat dalam
organisasi mempunyai banyak kerja unutk dipelajari dan pengalaman tersebut akan
dibawa ke dalam dunia pekerjaan yang sebenar selepas tamat pengajian tidak lama lagi.

Justeru itu, terdapat beberapa cadangan yang boleh digunakan oleh pihak
organisasi. Antaranya ialah:

i. Prihatin terhadap pandangan pelajar

Organisasi boleh mengadakan mesyuarat ringkas dengan pelajar yang menjalani


latihan industri dalam setiap bulan supaya pelajar boleh memberi pendapat mereka
tentang sesuatu kerja yang telah atau akan dilakukan.

Di samping itu, pelajar juga boleh mengetahui maklumat lanjut dalam sistem
organisasi dan mempelajari segala ilmu yang baru kepada mereka.

Sistem komunikasi yang baik antara pelajar dan pertubuhan-pertubuhan ini boleh
memberi banyak faedah kepada kedua-dua belah pihak.
53

ii. Teruskan pengambilan pelajar untuk latihan industri

AAZ Global Sdn Bhd perlu terus mengambil pelajar latihan industri kerana ia
adalah sebuah organisasi yang boleh memberikan banyak pengalaman dan pengetahuan
untuk pelajar latihan industri. Dengan ini, pelajar dapat menjalani latihan industri
dengan betul dan berkesan.

iii. Pendedahan yang mencabar

Organisasi adalah untuk mendedahkan pelajar bagaimana untuk menguruskan


sesebuah organisasi sebagai satu cara untuk berkomunikasi dan berkhidmat kepada
pelanggan. Ia juga melatih pelajar untuk berkomunikasi dan bersemuka dengan orang
ramai, terutamanya bagi organisasi yang menjalankan perniagaan dan melatih para
pelajar bagi memasuki rundingan dan promosi syarikat.
54

LAMPIRAN
55

LAMPIRAN A

Profil Syarikat
56

LAMPIRAN B

Job Sheet Syarikat


57

LAMPIRAN C

Laporan Bulanan Syarikat


58

LAMPIRAN D

Sijil Pendaftaran Syarikat


59

LAMPIRAN E

Rak Penyimpanan Laporan Bulanan


60

RUJUKAN

(n.d.). Retrieved from


http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/367/524
(n.d.). Retrieved from http://reportlatihanindustriptss.blogspot.com/2016/11/laporan-
akhir-latihan-industri.html
(n.d.). Retrieved from http://www.pmm.edu.my/index.php/component/content/article/9-
uncategorised/499-senarai-garis-panduan-pmm
Aiman, U. (2016). Retrieved from https://www.slideshare.net/ummu_aiman95/contoh-
report-latihan-industri-2016-politeknik-dat
Bhad, A. G. (n.d.). Profil Syarikat. Kuala Lumpur: AAZ Global Sdn Bhad.
Melaka, P. M. (2016). Jurnal Refleksi. Politeknik Merlimau Melaka.

Anda mungkin juga menyukai