Anda di halaman 1dari 38

MPU3313

BACHELOR OF OCCUPATIONAL HEALTH SAFETY MANAGEMENT WITH


HONOURS

SEMESTER JANUARI / 2015

MPU3313
KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

NO. MATRIKULASI

800203

NO. KAD PENGNEALAN

800203

NO. TELEFON

017-

E-MEL

@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN PAHANG

MPU3313

BILANGAN
1

2
3
4

5
6

PERKARA
SOALAN 1
(KONSEP CARA HIDUP SIHAT DAN
STRATEGI UNTUK KEKALKAN TINGKAH
LAKU SIHAT)
SOALAN 2
(INSURAN KESIHATAN DI MALAYSIA DAN
FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN POLISI
INSURAN)
SOALAN 3
(PERANCANGAN SEUMUR HIDUP UNTUK
KENDIRI DAN KELUARGA)
SOALAN 4
(PERANCANGAN
KEWANGAN
DAN
STRATEGI
DALAM
MENGURUS
KEWANGAN
UNTUK
PENJAGAAN
KESIHATAN PERIBADI DAN KELUARGA)
SOALAN 5
(FAEDAH HOBI DAN SEBAB PEMILIHAN
HOBI TERSEBUT)
SOALAN 6
(STRATEGI
UNTUK
MENGATASI
KEHIDUPAN
DENGAN
PENDAPATAN
YANG KECIL)
SOALAN 7
(MEMBERITAHU
WARIS
BERKAITAN
PENULISAN WASIAT)

SENARAI KANDUNGAN

MUKASURAT
2-6

7-11
8-16
17-21

22-26
27-31

32-36

MPU3313

MPU3313

1.0

Pengenalan
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia semestinya mahukan tahap kesihatan

dan kesejahteraan yang baik. Pelbagai takrifan dan pemahaman telah diberikan
terhadapnya, namun hakikatnya, ia amatlah berkait-rapat dengan amalan cara hidup
sihat seseorang itu. Bagaimanapun, langkah dan pemilihan cara hidup yang sihat
sahaja yang dapat menentukan matlamat tersebut dapat dicapai atau tidak.

2.0

Konsep Cara Hidup Sihat


Konsep gaya hidup sihat adalah dengan melakukan apa-apa aktiviti dan

tugasan dengan penuh cergas, bertenaga dan kurang pendedahan kepada risiko untuk
dijangkiti sesuatu penyakit. Kesemua ini berkadar-terus dengan cara, tabiat dan
tingkah-laku seharian yang dipilih untuk dilakukan oleh seseorang itu.

3.0

Strategi Untuk Kekalkan Tingkah Laku Sihat.


3.1

Pemakanan Yang Seimbang dan Menyihatkan


Amalan pemakanan yang sihat adalah apabila kita minum dan makan

makanan yang bersih dan seimbang terutama daripada segi piramid makanan.
Memakan makanan yang berkhasiat dengan zat-zat yang secukupnya ini akan
menjadikan tubuh badan kita menjadi lebih sihat, kuat, cergas dan cerdas.

MPU3313

Rajah 1 : Piramid Makanan Yang Seimbang


3.2

Tidur Yang Mencukupi


Tidur yang tidak mencukupi dapat menggangu-gugat sistem tubuh

badan kita seterusnya memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan tubuh.
Ini kerana, badan; samada fizikal atau mental (otak), memerlukan rehat yang
mencukupi dengan tidur pada malam hari setelah keletihan dan kepenatan
bekerja sepanjang hari.
3.3

Melakukan Senaman Ringan


Pemakanan sihat tanpa melakukan senaman juga tidak akan

menjadikan seseorang itu kekal sihat. Ini kerana, tanpa senaman, badan akan
menjadi lesu dan seterusnya menjadikan tubuh tidak bermaya dan tidak
cergas. Dengan melakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan selama 30
minit, dapat membuatkan tubuh menjadi lebih sihat kerana berpeluh dan
stamina kekal terus utuh.

MPU3313

Rajah 2 : Contoh-contoh senaman dan aktiviti ringan.


4.0

Kesimpulan
Mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa dapat menjadikan seseorang

itu terus fokus dan kekal positif baik dari segi fizikal, mental dan emosi. Ketiga-tiga
aspek ini memainkan peranan yang amat penting kepada seseorang itu untuk
mengecapi kehidupan yang bahagia di samping keluarga dan masyarakat sekeliling.
(272 p.p)

MPU3313

5.0

Rujukan

Mohd Zunaidi Ismail (2011, Oktober 1). Konsep gaya hidup sihat.
Gaya Hidup Sihat [blogspot]. Dipetik daripada
http://makan2sihat.blogspot.com/p/6541651.html
Muhamad Faiz Zakaria (2013, Oktober 3). 9 Tip mendapatkan tidur yang
sihat. Nota Kesihatan [blogspot]. Dipetik daripada
http://notahidupsihat.blogspot.com/2013/10/9-tips-mendapatkan-tidur-yangsihat.html
Zana Idsar (2012, Disember 22). Konsep kesihatan dan gaya hidup.
[FormatPDF]. Dipetik daripada
http://www.slideshare.net/zanaidsar/konsep-kesihatan-gaya-hidup

MPU3313

MPU3313

1.0

Pengenalan
Insurans Perubatan dan Kesihatan (IPK) ialah satu plan/polisi yang diambil

oleh seseorang daripada satu-satu syarikat Insuran yang berdaftar bagi melindungi kos
rawatan perubatan di hospital swasta yang memerlukan kos yang tinggi, seperti bil
kemasukan ke hospital, rawatan susulan, rawatan harian, surgeri dan juga penyakitpenyakit berbahaya seperti barah.

2.0

Insuran Kesihatan di Malaysia

MPU3313

Pembekal IPK di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis yang utama
iaitu, Insuran Konvensional dan Insuran Islamik (Takaful). Pada dasarnya kemudahan
yang ditawarkan bagi kedua-kedua jenis Insuran ini hampir sama. Di antara syarikatsyarikat yang menawarkan Polisi Insuran Kesihatan di Malaysia adalah seperti Etiqa
Insurance Berhad, Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad, Prudential
Assurance Malaysia Berhad, Takaful Ikhlas Berhad, dan lain-lain.

Rajah 1 : Contoh-contoh pembekal Insuran Kesihatan di Malaysia

3.0

Tiga (3) Faktor Dalam Pemilihan Polisi Insuran Kesihatan.


3.1

Membeli polisi yang sesuai.


Setiap orang memerlukan jenis polisi yang berbeza di antara satu sama

lain. Ini kerana, keperluan setiap individu tersebut adalah tidak sama. Ada di
antara mereka yang berkerja di dalam sektor yang berisiko manakala ada yang
mempunyai masalah kesihatan yang kurang baik. Pastikan polisi insuran yang
dipilih itu, dapat melindungi segala penyakit yang berbahaya atau penyakit
yang belum dikenal-pasti seperti penyakit H1N1 dan lain-lain.
9

MPU3313

3.2

Lakukan perbandingan antara satu syarikat dengan syarikat yang


lain.
Jangan tergopoh-gapah di dalam melakukan pemilihan syarikat yang

membekalkan polisi insuran yang kita mahu dapatkan. Sebaliknya, lakukanlah


kajian dan perbandingan di antara beberapa syarikat insuran yang telah kita
kenal-pasti terlebih dahulu samada dengan melayari laman web syarikat
berkenaan ataupun berhubung langsung dengan syarikat insuran yang
berkenaan. Dengan itu, kita dapat merumuskan mana satukah syarikat yang
terbaik dan tepat sebelum memilihnya.
3.3

Pilih polisi yang mampu dibayar.


Jangan terlalu memilih polisi insuran yang cukup lengkap sehingga

kadar premiumnya/bayarannya sangat tinggi dan tidak mampu untuk dibayar.


Perlu diingat bahawa, pemilihan polisi ini adalah sesuatu perbelanjaan bulanan
yang tetap dan ia juga bersifat simpanan atau pelaburan di hari tua.
Sebaliknya, pilihlah kadar premiumnya yang kita mampu bayar tetapi
memenuhi segala aspek perlindungan yang kita mahukan.

4.0

Kesimpulan
Dengan adanya polisi-polisi insuran kesihatan, yang menanggung segala kos

atau sebahagian daripadanya, ia secara langsung dapat meringankan beban kewangan


seseorang individu. Oleh yang demikian, pemilihan polisi insuran kesihatan
merupakan pilihan yang terbaik bagi individu yang mahu mendapatkan rawatan
perubatan terutama sekali di hospital maupun pusat-pusat perubatan swasta.
(298 p.p)

10

MPU3313

5.0

Rujukan
Persatuan Insuran Hayat Malaysia (n.d). Members of companies. Dipetik
daripada http://www.liam.org.my./index.php/life-insurance
companies/member-companies
Persatuan Insuran Hayat Malaysia (2014, Mac). Insurans Kesihatan.
[FormatPDF]. Dipetik daripada http://www.liam.org.my./pdf/series/2014Maci-SIHAT.pdf

11

MPU3313

Insurans Info (n.d). Jenis-jenis polisi utama. Dipetik daripada


http://www.insuranceinfo.com.my/choose_your_cover/insure_your_health/me
dical_health_insurance.php?intPrefLangID=2
Bank Negara Malaysia (2014, Ogos 14). Senarai Syarikat Insurans dan
Pengendali Takaful di Malaysia. Dipetik daripada
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=li&cat=insurance&type=TKF&lang=b
m

12

MPU3313

1.0

Pengenalan
Membuat perancangan seumur hidup adalah penting kerana ia merupakan

halatuju dan matlamat yang perlu dicapai pada masa akan datang berdasarkan
perbincangan bersama keluarga. Selain itu, pemilihan faktor-faktor yang hendak
dicapai itu mestilah bersifat realistik dan tepat.

2.0

Empat (4) Faktor Yang Diambil-Kira Oleh Saya Di Dalam Membuat


Perancangan Untuk Kendiri Dan Keluarga.
13

MPU3313

2.1

Tabung Simpanan Keluarga


Penyediaan tabung simpanan keluarga adalah amat penting. Tabungan

tersebut boleh disimpan di dalam akaun simpanan di bank ataupun di


Lembaga Tabung Haji. Simpanan ini, kami khususkan untuk digunakan pada
masa-masa kecemasan, kegunaan pendidikan tinggi anak-anak,

digunakan

untuk melaksanakan Ibadah Haji dan Umrah dan simpanan untuk hari tua
kelak. Kami telah memperuntukkan sebanyak 10% daripada pendapatan
bulanan bagi tujuan tersebut.
2.2

Pengambilan Polisi Insuran Perubatan, Kesihatan dan Tabung


Pendidikan Anak-Anak.
Bagi persediaan sebarang musibah dan bencana, kami telah membeli

polisi-polisi insuran perubatan dan kesihatan. Bagi saya dan isteri, kami telah
memilih polisi insuran yang menjamin simpanan kami serta melindungi semua
masalah kesihatan dan penyakit-penyakit yang berbahaya berserta dengan
faedah kematian. Anak-anak pula, kami telah memilih insuran perubatan dan
kesihatan dengan tambahan tabung pendidikan bagi mereka gunakan apabila
berumur 18 tahun kelak.

2.3

Menceburi Pelaburan
Kami tidak lupakan untuk turut melabur. Pelaburan yang kami ceburi

adalah dengan menyimpan di amanah saham bumiputera, public mutual dan


pelaburan emas. Kami memilih pelaburan-pelaburan tersebut kerana
keuntungan yang diperolehi tidak pernah susut dan berkurangan sebaliknya
terus bertambah. Kami memperuntukkan 10% daripada jumlah pendapatan
tahunan bagi tujuan tersebut.

14

MPU3313

2.4

Pembelian Aset dan Harta


Pembelian aset dan harta pada usia muda amat menguntungkan dan

sebaliknya jika pada masa tua. Pembelian terpilih juga diamalkan oleh kami
seperti pembelian pada masa-masa kegawatan ekonomi dan ketika pemberian
rebet yang tinggi oleh pemaju perumahan. Kami membelinya sebagai
pelaburan aset dan harta di masa tua dan untuk kemudahan kepada anak-anak
kami jika mereka kurang bernasib baik di dalam kehidupan mereka kelak.

3.0

Kesimpulan
Membuat perancangan halatuju masa depan di dalam kehidupan berkeluarga

sangatlah penting. Ini kerana, jika kita tidak bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan kesusahan dan musibah yang bakal menimpa seperti bencana banjir
maupun terlibat dengan kemalangan atau dijangkiti dengan penyakit berbahaya,
nescaya kita di dalam situasi kewangan yang amat berbahaya.
(300 p.p)

15

MPU3313

4.0

Rujukan
Hilter Yew (2012, Nivember 13). Makna kejayaan. Cikgu Yew [WordPress].
Dipetik daripada http://hilteryew.com/tag/rancangan-kejayaan/
Zana Idsar (2012, Disember 22). Konsep kesihatan dan gaya hidup.
[FormatPDF]. Dipetik daripada http://www.slideshare.net/zanaidsar/konsepkesihatan-gaya-hidup

16

MPU3313

Love Nadhmiey (2012, Jun 16). Mencari erti kejayaan hidup yang sebenar.
Tatkala hati berbicara [blogspot]. Dipetik daripada
http://lovenadhmiey.blogspot.com/2012/06/mencari-erti-kejayaan-hidupyang.html

17

MPU3313

1.0

Pengenalan
Perancangan kewangan memainkan peranan yang amat penting di dalam

sesebuah kehidupan individu samada, dia masih bujang maupun sudah bekerluarga.
Kegagalan merancang kewangan diri akan menyebabkan kita terjerumus ke dalam
masalah keberhutangan maupun muflis.

2.0

Definasi Perancangan Kewangan


18

MPU3313

Perancangan kewangan memberi maksud segala tindakan dan proses yang


melibatkan penilaian kedudukan kewangan semasa seseorang, menetapkan matlamat
kewangan yang jelas, menyediakan pelan kewangan yang berkesan, melaksanakan
pelan yang dirancangkan tersebut dan sentiasa menilai dan menambah-baik pelan
kewangan yang dilaksanakan itu dari semasa ke semasa.

Rajah 1: Menunjukkan Proses Perancangan Kewangan

3.0

Tiga (3) Strategi Ringkas Dalam Pengurusan Kewangan Berkaitan


Penjagaan Kesihatan Peribadi dan Keluarga.
3.1

Mengambil gabungan polisi insuran kesihatan dan pendidikan


bagi anak-anak.
Pada masa kini, terdapat banyak syarikat insuran yang menyediakan

perkhidmatan insuran kesihatan dan juga sebagai tabung pendidikan anakanak. Polisi ini amat berguna bagi individu yang mahukan gabungan dua (2)
19

MPU3313

faedah di dalam satu pakej bayaran. Dengan itu, kita dapat menjimatkan kos
perubatan yang tinggi di samping dapat menjamin tabungan pendidikan anakanak untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kelak disediakan.
3.2

Bilangan dan keadaan ahli keluarga


Jika sesebuah keluarga tersebut mempunyai jumlah anak yang ramai,

contohnya ;lebih daripada tujuh orang, mengambil polisi insuran secara


individu akan melibatkan kos yang tinggi. Dengan itu, pemilihan jenis polisi
insuran yang tepat amatlah diperlukan dan dalam situasi ini, pemilihan
polisi insuran kesihatan secara berkelompok adalah yang paling sesuai.
3.3

Bayaran premium bulanan


Bayaran yang mampu dibayar setiap bulan perlulah diambil kira setiap

kali pemilihan polisi insuran kesihatan dibuat. Ketidak-mampuan membayar


premium akan mengakibatkan polisi insuran keluarga kita akan terjejas dan
dikhuatiri akan menjadi luput jika tertunggak lama. Bagi mengelak perkara
tersebut berlaku, pemilihan kaedah bayaran dan jenis insuran serta
perlindungannya mestilah di perincikan.

4.0

Kesimpulan
Perancangan kewangan yang baik akan membantu seseorang itu, mengurus

dan membelajakan wangnya di samping dapat memberi manfaat kepada diri dan
keluarga.

Kegagalan

melakukan

perancangan

kewangan

yang

baik

bakal

mengakibatkan seseorang itu akan sentiasa dibelenggu dengan bebanan kewangan


seperti hutang, tunggakan bayaran dan aktiviti ah long.
(280 p.p)

20

MPU3313

5.0

Rujukan
Rizal Arif (n.d). Bagaimana menggunakan kit perancangan peribadi.
RizalArif.com

[WordPress].Dipetik daripada

http://www.rizalarif.com/blog/bagaimana-menggunakan-kit-perancangankewangan-peribadi/
Siti Fatimah Abdul Rahman (n.d). Urus wang, keluarga tenang [Format PDF].
Dipetik daripada Bahan Ilmiah/Kertas Ilmiah eMuamalat Jakim : http://e21

MPU3313

muamalat.gov.my/sites/default/files/kertas_ilmiah/2012/04/urus_wang_jakim_
utk_portal.pdf
Nasri Nasir (2013, Julai 12). Macam mana nak urus kewangan peribadi.
Jejalan2je [blogspot]. Dipetik daripada
http://jejalan2je.blogspot.com/2013/07/macam-mana-nak-urus-kewangan.html

22

MPU3313

1.0

Pengenalan
Hobi merupakan aktiviti-aktiviti berfaedah yang dilakukan pada masa yang

terluang tanpa mengganggu rutin kerja harian kita. Pelbagai hobi yang dapat
dilakukan samada aktiviti hobi itu dibuat di dalam rumah maupun di luar rumah.

2.0

Faedah Hobi.

23

MPU3313

2.1

Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.


Apabila seseorang itu telah selesai rutin tugasan harian terutama di

hujng minggu, masa yang singkat itu, dapat digunakan sebaiknya untuk
melakukan hobi yang disukai seperti berkebun dan bersenam. Dengan itu, kita
tidak akan membazirkan masa begitu sahaja dan menggunakan dengan
sebaik- baiknya.
2.2

Mengurangkan stress dan tekanan kerja.


Stress berlaku apabila seseorang itu tidak dapat menahan tekanan dan

bebanan samada di dalam pekerjaan maupun ketika melakuan rutin harian


biasa. Dengan melakukan hobi yang disukai, kita dapat menyalurkan stress
dan tekanan tersebut dengan cara yang positif dan

berkesan di samping

menjadikan minda lebih tenang dan emosi akan kembali stabil.


2.3

Riadah bersama keluarga


Ikatan kekeluargaan akan bertambah erat apabila hobi yang dibuat itu

dilakukan bersama-sama dengan ahli keluarga. Aktiviti seperti berkelah,


memancing bersama keluarga amatlah sesuai dilakukan pada hujung minggu
dan ia akan membuatkan lagi hubungan keluarga bertambah mesra dan dapat
memupuk kasih-sayang.

3.0

Sebab pemilihan hobi yang dilakukan sekarang.


3.1

Dapat menjimatkan kos


Pada masa kini, hobi saya ialah berkebun dan menanam sayur di dalam

polybag dan pasu bunga di kawasan rumah saya. Dengan bercucuk tanam
sayur seperti cili, lada besar, serai, kacang bendi, tomato dan lain-lainya,
saya dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu lagi membelinya di kedai
ataupun pasar.
24

MPU3313

3.2

Dapat memakan sayur yang segar dan tidak beracun


Sayur-sayur yang ditanam oleh saya semuanya adalah segar-segar dan

tidak disembur dengan racun. Saya menggunakan kaedah penanaman organik


sebagai langkah memastikan sayur yang ditanam adalah bebas daripada racun
serangga. Dengan itu, keluarga saya dapat memakan sayuran yang segar dan
berkualiti.
3.3

Menjimatkan masa
Sudah semestinya masa akan dijimatkan kerana setiap kali isteri

hendak memasak, bahan ramuan seperti serai, lengkuas, daun limau purut dan
daun kunyit telah tersedia di luar rumah; hanya perlu dipetik dan
mengambilnya sahaja untuk memasak.

Rajah 1: Aktiviti berkebun bersama keluarga.


4.0

Kesimpulan
Sesetengah hobi sangat menguntungkan bukan sahaja dapat mengisi masa

yang terluang bahkan dapat mendatangkan hasil; duit jika kena caranya. Pemilihan
hobi yang bersesuai dengan diri dan berfaedah amatlah baik dan menyeronokan.
(297 p.p)

25

MPU3313

5.0

Rujukan
Zainafsiah (2013, Ogos 23). Faedah mempunyai hobi. Blog Cikgu Zainafsiah
[blogspot]. Dipetik daripada http://zaizak69.blogspot.com/2013/08/faedahmempunyai-hobi.html
Cekodokmasin (2011, Oktober 4). Faedah mempunyai hobi. [Format PDF].
Dipetik daripada http://www.scribd.com/doc/67453180/Faedah-mempunyaihobi
26

MPU3313

Shaiful Rizal Hj. Masrol (2012, Julai 22). Hasil tanaman 2012. My hobby
garden. [blogspot]. Dipetik daripada http://hobikebun.blogspot.com/search?
updated-min=2012-01-

01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2013-01-

01T00:00:00%2B08:00&max-results=2

27

MPU3313

1.0

Pengenalan
Tidak semua orang yang bekerja memperolehi gaji atau pendapatan yang

banyak. Rata-rata mereka yang tidak mampu membeli rumah sendiri adalah antara
golongan yang berpendapatan kecil. Berikut adalah strategi mengatasinya dengan
pendapatan yang kecil.

2.0

Strategi Untuk Mengatasi Kehidupan Dengan Pendapatan Yang Kecil.

28

MPU3313

2.1

Pembelian dan perbelanjaan yang perlu sahaja.


Perlu diingat bahawa apabila seseorang itu mempunyai pendapatan

yang kecil sahaja, maka setiap perbelanjaan dan belian perlulah disenaraikan
dan dinilaikan sebelum dilakukan. Pembelian yang tidak perlu akan
mengakibatkan pembaziran seterusnya akan mengganggu perancangan
kewangan keluarga untuk bahagian-bahagian yang lain.
2.2

Penyediaan polisi insuran keluarga


Walaupun mempunyai pendapatan yang kecil, keperluan kepada polisi

insuran tidak dapat dinafikan. Tiada siapa dapat menjangkakan apa yang akan
berlaku pada esok hari terutama yang melibatkan kesihatan diri dan keluarga.
Selain itu, polisi insuran juga dapat melindungi mereka apabila ditimpa
musibah kemalangan dan penyakit pada saat yang tidak dijangkakan.
2.3

Membuat tabung simpanan


Peratusan gaji atau pendapatan bulanan kita, perlulah diagihkan sedikit

untuk dibuat tabung simpanan. Walaupun sedikit, namun apabila simpanan itu
dilakukan sebagai rutin dengan penuh disiplin, nescaya wang simpanan
tersebut akan berganda. Pilihlah amanah saham yang memberikan pulangan
yang tinggi agar wang simpanan tersebut terus menokok-tambah.
2.4

Ubah gaya hidup


Apabila kehidupan seseorang itu berubah secara drastik samada

dibuang kerja atau kemelesatan ekonomi, gaya hidup juga harus berubah
daripada

sebelumnya.

Jika

dahulu,

sering

bermain

golf,

maka

kurangkanlah aktiviti tersebut. Mengubah gaya hidup bagi masa yang


tertentu itu akan dapat menjimatkan kos dan wang
menampung keperluan lain yang lebih mendesak.
2.5

Kerja sampingan
29

di

samping

dapat

MPU3313

Menambahkan pendapatan sedia-ada dengan melakukan kerja


sampingan adalah salah-satu cara yang dapat mengatasi masalah pendapatan
kecil. Aktiviti membuat kuih dan menjualnya kepada warong-warong
adalah antara contoh yang dapat diberi. Dengan itu, pendapatan bulanan
keluarga akan dapat dipertingkatkan sedikit demi sedikit.

Rajah 1 : Kaedah tradisional untuk menabung dan menyimpan wang.

3.0

Kesimpulan
Disiplin yang tegas dan rutin pengurusan kewangan yang baik adalah syarat

bagi golongan yang berpendapatan rendah tetapi mahu mengecapi nikmat hidup tanpa
dibebani oleh hutang. Justeru, langkah-langkah di atas adalah antara strategi yang
berkesan dalam menampung kos sara hidup dengan gaji yang minima.
(299 p.p)

30

MPU3313

4.0

Rujukan
Anonymous (n.d). Cara menguruskan kewangan rumah tangga. KedaiBaru
[WordPress]. Dipetik daripada http://kedaibaru.com/cara-menguruskankewangan-rumah-tangga/
Bernama (2014, Januari 16). Ubah cara berbelanja hadapi kenaikan kos sara
hidup. Utusan Sarawak. Dipetik daripada
http://www.utusansarawakonline.com/news/10418/Ubah-cara-berbelanjahadapi-kenaikan-kos-sara-hidup/
31

MPU3313

Pokok Manggis Depan Rumah (2014, Mac 29). Kerja sambilan di rumah.
Pokok Manggis Depan Rumah [Blogspot]. Dipetik daripada
http://pokok2u.blogspot.com/2014/03/kerja-sambilan-di-rumah.html

32

MPU3313

1.0

Pengenalan
Penulisan wasiat ketika masih sihat dan tidak terlalu tua amatlah digalakkan.

Ini kerana, sebagala keputusan yang dibuat kelak tidak akan dipertikaian samada di
Mahkamah ataupun lain-lain institusi perundangan.
Wasiat ialah satu deklarasi/pernyataan oleh mana-mana individu semasa
hayatnya ke atas segala aset dan hartanya untuk tujuan yang dibenarkan oleh undangundang Islam yang berkuat kuasa selepas berlakunya kematian. Wasiat diberikan ke
atas individu lain selain daripada waris keluarga dan tidak melebihi sepertiga daripada
33

MPU3313

jumlah keseluruhan harta yang dimiliki. Selain itu juga, penulisan wasiat juga adalah
bertujuan untuk melantik wasi iaitu pentadbir harta pusaka berkuatkuasa selepas
kematiannya bagi memudahkan segala urusan pembahagian dan pengurusan harta si
mati.

2.0

Pemberitahuan Waris Berkaitan Penulisan Wasiat


2.1

Membuat pengumuman dan pemakluman kepada waris.


Jika saya ingin melakukan dan membuat wasiat, saya akan

memberitahu dan memaklumkan kepada ahli keluarga, waris dan penerima


wasiat. Ini untuk menggelakkan sebarang perselisihan faham dan rasa ketidakpuasan hati terhadap pembahagian harta pusaka tersebut. Perjumpaan tersebut
saya akan lakukan di rumah ataupun di pejabat peguam atau wasi yang
akan saya lantik sebagai pemerhati atau wakil pihak ketiga.
2.2

Memberitahu dengan cara berlembut dan penuh hikmah


Saya akan cuba bercakap dengan lemah lembut dan penuh hikmah di

samping menjelaskan sebab-sebab yang konkrit kepada semua yang dipanggil.


Saya juga akan cuba menjawab segala persoalan yang timbul dengan jelas dan
jujur. Butiran dan maklumat berkaitan harta atau aset tersebut akan saya
jelaskan secara terperinci dan disokong dengan salinan atau bukti yang sahih.
2.3

Pembahagian secara adil dan tidak pilih kasih


Apabila saya selesai memaklumkan wasiat tersebut, saya akan terus

menjelaskan baki harta dan aset saya (iaitu dua-pertiga) yang akan
dibahagikan secara faraid kelak. Ini bertujuan agar, kesemua waris saya jelas
akan kedudukan dan pembahagian harta yang bakal mereka terima kelak
selepas kematian saya. Selain itu, pembahagian harta pusaka tersebut akan
saya jelaskan secara adil pembahagiannya dan tidak pilih kasih maupun
melanggar perundangan Islam yang telah ditetapkan.

34

MPU3313

3.0

Kesimpulan
Dengan menghebahkan wasiat ini lebih awal, semua waris dan penerima

wasiat akan lebih jelas dan berlapang-dada menerima segala keputusan yang telah
dibuat oleh saya tanpa sebarang pertikaian kelak.
(300 p.p)

35

MPU3313

4.0

Rujukan
Kursyi Hirdan (n.d). Buat wasiat ketika sihat. MyMetro. Dipetik daripada
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buatwasiatketikasihat/Article/
article_print
Mohd Suhelmi Azham (2009, Februari 23). Cara pembahagian harta pusaka
(wasiat, hibah, waqaf). Santai sejenak mencari ilmu lebih baik dari sejenak
mengenang nasib diri [blogspot]. Dipetik daripada

36

MPU3313

http://suhelmi.blogspot.com/2009/02/cara-pembahagian-harta-pusakawasiat.html
As-Salihin Trustee Berhad (2014, April 6). Mari membuat wasiat.
Perancangan Harta Pusaka As-Salihin Trustee Bhd [blogspot]. Dipetik
daripada http://www.as-salihin.biz/

37

Anda mungkin juga menyukai