Anda di halaman 1dari 13

HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT

SEPTEMBER / 2018

BBEK1103

TAJUK KURSUS : PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

PRINSIP MIKROEKONOMI

0
Isi kandungan
1.0 Pengenalan.......................................................................................................................................2

2.0 Rasional sistem ekonomi Malaysia mengenai pemaksimuman utiliti..............................................5

3.0 Rasional sistem ekonomi Malaysia pada mekanisme harga untuk pengagihan barang dan
perkhidmatan.........................................................................................................................................8

4.0 Rumusan........................................................................................................................................10

5.0 Rujukan:........................................................................................................................................11

1
1.0 Pengenalan
Istilah “sistem” adalah berasal dari perkataan Bahasa Yunani “systema”, yang
bermaksud keseluruhan yang terdiri daripada pelbagai bagian. Menurut Dumaicry (1996),
sebuah sistem adalah suatu organisasi besar yang menjalin berbagai subjek atau objek serta
perangkat kelembagaan dalam suatu tatanan tertentu. Sistem ini diwujudkan kerana usaha
manusia-manusia yang bekerjasama ingin memenuhi keperluan dan mencapai maklamat.
Oleh itu, demi memenuhi keperluan manusia, pelbagai jenis sistem ekonomi di dunia kita.
Sistem ekonomi bermaksud suatu cara untuk mengatur dan mengorganisasi berkaitan
dengan pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam rangka
mencapai kesejahteraan dan kemakmuran. Menurut Gilarso (1992:486) sistem ekonomi
adalah keseluruhan tata cara untuk mengoordinasikan perilaku masyarakat (para pemerintah,
bank, dan sebagainya) dalam menjalankan kegiatan ekonomi (produksi, distribusi, konsumsi,
investasi, dan sebagainya) sehingga menjadi satu kesatuan yang teratur dan dinamik, dan
kekacauan dapat dihindari. Tom Gunadi (1985: 26) pula menyatakan sistem ekonomi adalah
sistem sosial atau kemasyarakatan dilihat dalam rangka usaha keseluruhan sosial itu untuk
mencapai kemakmuran. Adam Smith (1723-1790) iaitu Bapa Ekonomi menyatakan sistem
ekonomi merupakan bahan kajian yang mempelajari usaha manusia menyelesaikan masalah
hidup di masyarakat dalam meningkatkan kesejahteraan. Dengan ini, sistem ekonomi ini
bermaksud cara sesebuah masyarakat membuat pilihan yang terbaik untuk mengagihkan
sumber untuk menghasilkan barangan yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Oleh itu,
kita difahamkan bahawa sistem ekonomi ini berbeza dari setiap masyarakat.

Sistem ekonomi di negara Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 terdiri
daripada dua bentuk iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan
kegiatan ekonomi rakyat-rakyat pada masa dahulu hanyalah menjadi petani, nelayan dan
pedagang. Ekonomi sara diri adalah setiap keluarga hanya mampu memenuhi keperluan
harian keluarga dengan cara bercucuk tanam, perikanan dan hasil hutan. Segala lebihan akan
dijadikan sebagai bahan perniagaan. Ini menunjukkan kegiatan ekonomi cuma memerlukan

2
mata wang yang sedikit. Disebabkan Malaysia dijajah oleh negara luar seperti British dan
Jepun pada abad ke-19, ekonomi komersil barulah diperkenalkan. Semasa negara Malaysia
dijajah oleh orang British, semua rakyat dipaksa untuk membayar pelbagai jenis cukai dan ini
telah menyumbang kepada ekonomi negara. Bukan itu sahaja, kemasukan pelabur asing
seperti negara India dan China, pelaburan modal, pengenalan tanaman baru dan lain-lain.
Tidak dinafikan bahawa sektor perdagangan dan perlombongan telah memberi kemajuan
yang mendadak terhadap ekonomi pada masa itu. Pada masa itu, ekonomi Malaysia telah
berubah ke sistem ekonomi kapitalis antarabangsa iaitu mengutamakan dan menguntungkan
para pelabur asing dan pengusaha tempatan. Pada masa itu, pengeluaran dan eksport terbesar
adalah bijih timah dan getah. Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan ekonomi di Malaysia
meningkat secara mendadak. Disebabkan ekonomi kapitalis ini menunjukkan prestasi yang
baik, ekonomi di masih dikekalkan sampai sekarang. Akan tetapi, Malaysia beralih ke sistem
yang lebih efektif iaitu Sistem Ekonomi Campuran.

Sistem ekonomi campuran ini telah diamalkan oleh banyak negara di dunia ini.
Ekonomi ini adalah campuran sistem ekonomi kapitalisme dan ekonomi sosialisme, di mana
kerajaan pemerintah dan swasta saling berinteraksi dalam menstabilkan ekonomi dan
menjana pertumbuhan ekonomi. Disebabkan itu, sistem ekonomi campuran terdiri daripada
dua sektor ekonomi, iaitu sektor swasta dan sektor negara (Cornelis Rintuh, 1995:41). Dalam
ekonomi campuran ini juga menekankan kebebasan sepenuhnya ekonomi persendirian
termasuk permilihan industri persendirian dan campur tangan pemerintah menstabilkan
kehidupan ekonomi serta membantu golongan ekonomi yang lemah. Kerajaan juga akan
mengeluarkan arahan dan peraturan untuk mengutip cukai dan memberi subsidi. Menurut
Yearm 2006:24, sistem ekonomi campuran adalah satu sistem dimana pihak swasta dan
kerajaan bersama-sama membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan masalah asas
ekonomi. Tidak dinafikan bahawa Malaysia merupakan negara yang ke-23 pada tahun 2017
dalam Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2017 daripada 190 negara di dunia ini.
Berdasarkan laporan tersebut, Malaysia merupakan negara ASEAN yang menduduki ranking
kedua tertinggi dalam laporan. Negara Malaysia telah dijadikan sebagai contoh kepada
negara-negara lain. Oleh itu, banyak pengusaha dari pelbagai negara lain ingin menjalankan
bisnes di Malaysia. Sistem ekonomi campuran ini telah membuktikan ekonomi Malaysia
telah mengalami perubahan besar dan mempercepat pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Terdapat beberapa ciri sistem ekonomi campuran yang wajar kita ketahui, di
antaranya sebagai berikut:

3
a) Pilihan
Individu mempunyai kebebasan membuat pilihan walaupun terdapat peraturan dan
kawalan daripada kerajaan.

b) Pembuat keputusan

Pengguna dan pengeluar bebas untuk membuat keputusan dan untuk barang awam
kerajaan akan membuat keputusan.

c) Penentu Harga
Harga barang akan ditentukan oleh pihak kerajaan dan mekanisma harga. Keputusan
kerajaan adalah untuk meningkatkan kebajikan masyarakat dan pihak swasta untuk
memaksimumkan keuntungan. Segala kegiatan ekonomi akan dipantau dan dikawal
oleh pihak kerajaan.
d) Persaingan
Pengeluaran barang swasta berhak untuk bersaing sihat antara pengeluar dan untuk
barang awam kerajaan adalah pengeluar tunggal
e) Motif
Pihak swasta akan memaksimumkan keuntungan manakala pihak kerajaan akan
memaksimumkan kebajukan masyarakat.
f) Pemilikan sumber
Individu mempunyai kebebasan untuk memiliki sumber namun terdapat sumber yang
dimiliki oleh kerajaan.

Untuk menjadi sebuah negara yang maju, kebanyakkan negara telah mengamalkan
dasar ekonomi campuran, terutamanya di dalam pelbagai teknologi yang makin berkembang
pesat. Melalui ekonomi campuran ini, kerajaan akan mengenakan cukai ke atas pengguna dan
pengeluar. Cukai yang digunakan sekarang ialah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) iaitu
cukai akan dikenakan ke atas pengilang dan pengimport, bukan keseluruhan rantaian bekalan.
Selain itu, kerajaan juga akan memberi subsidi kepada pengguna dan pengeluar dan segala
kegiatan ekonomi di bawah sektor swasta akan dikawal melalui perundangan.

4
2.0 Rasional sistem ekonomi Malaysia mengenai pemaksimuman utiliti
Tidak dinafikan bahawa sistem ekonomi campuran di Malaysia akan memberi faedah
dan menyumbang dalam memaksimuman utiliti pengguna. Utiliti bermaksud kepuasan yang
diperoleh pengguna daripada pengguna barangan dan perkhidmatan. Terdapat dua teori utiliti
yang diperkenalkan iaitu kaedah ordinal dan kaedah kardinal. Yang pertama sekali teori utiliti
ordinal, manfaat atau kepuasan yang diperoleh pengguna tidak boleh diukur secara kuantitif.
Sebaliknya, ia diukur secara perbandingan dengan penggunaan barangan lain. Seterusnya,
teori utiliti kardinal yang diperkenalkan oleh Alfred Marshall iaitu kepuasan dan keseronokan
yang diperoleh daripada penggunaan sejumlah barang dapat diukur secara kuantitatif. Ia juga
boleh didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu barangan untuk memberi kepuasan kepada
pengguna. Utiliti juga dimaksudkan dengan kepuasan yang berperingkat. Utiliti boleh diukur
mengunakan unit util bagi jumlah utiliti. Jumlah utiliti (TU) merupakan jumlah kepuasan
yang diperoleh dari penggunaan sesuatu barangan. Utiliti sut pula adalah peningkatan jumlah
utiliti apabila penggunaan meningkat satu unit. Sebagai contoh, makan durian akan
menghasilkan 8 util, tetapi makan rambutan hanya menghasilkan 4 util. Ini membuktikan
bahawa durian menghasilkan dua kali ganda berbanding dengan rambutan. Tahap utiliti ini
akan ditunjukkan kerelaan seseorang pengguna tesebut untuk membayar berdasarkan kepada
nilai wang. Semakin mahal barang tersebut, semakin tinggi kepuasan yang diperoleh.
Berdasarkan hukum utiliti berkurangan, sekiranya tambahan utiliti daripada penggunaan
barangan akan semakin berkurangan apabila semakin banyak barang dipakai. Sebagai contoh,
bila anda menikmati buah durian yang pertama, buah durian tersebut akan memberikan anda
kepuasan. Seterusnya, buah durian yang kedua akan memberi kepuasan yang lebih tinggi.
Apabila buka buah durian yang ketiga, anda akan rasa kenyang dan kerana rasa kenyang
tersebut, rasa mengidam terhadap durian semakin hilang. Formula untuk utiliti kardinal
adalah

Utiliti sut (MU)=Perubahan jumlah utiliti (TU)

Perubahan kuantiti barang (Q)

5
Rasionaliti di ekonomi campuran Malaysia ini adalah pengguna-pengguna di dalam
negara ini akan memaksimumkan kepuasan mereka dengan barangan dibeli melalui sumber
pendapatan iaitu gaji yang terhad. Sebagai seorang pengguna yang rasional, objektif utama
yang ingin dicapai adalah untuk memaksimumkan kepuasan sendiri. Dengan gaji pengguna
yang terhad, pengguna boleh membelanjakan pendapatan mereka untuk memaksimumkan
kepuasan mereka. Contohnya, makanan-makanan sedap, barang kemas, barang elektronik
dan sebagainya. Mereka akan merasa kepuasan tersebut sekiranya keputusan tersebut dibayar
mengunakan pendapatan sendiri. Kegiatan ekonomi di antara pengguna dan pengeluar adalah
pasaran. Kedua-dua pengguna dan pengeluar ini akan bekerjasama dan berinteraksi dalam
pasaran untuk menentukan harga dan kuantiti bagi sesuatu barangan dan perkhidmatan. Dari
segi pengguna, objektif utama adalah untuk memaksimumkan utiliti dengan pendapatan yang
terhad. Dari segi pengeluar, objektif utama adalah untuk mengeluarkan barang-barang dan
perkhidmatan dengan kos yang paling minimum supaya pengeluar dapat memaksimumkan
keuntungan termasuk buruh, modal. Bukan berinteraksi di antara pengeluar dan penguna
sahaja, peranan kerajaan di Malaysia juga sangat penting. Kerajaan akan campur tangan
dalam kegiatan ekonomi campuran di Malaysia supaya untuk mengelakkan masalah
pengangguran atau masalah kemelesetan ekonomi dan masalah inflasi. Terdapat banyak dasar
yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi. Kerajaan Malaysia
menggunakan Dasar Fiskal dikenali sebagai perbelanjaan kerajaan dan cukai. Dasar ini
dilaksanakan melalui pembentangan belanjawan di Parlimen setiap tahun. Tujuan dasar ini
adalah mengutip hasil negara dan membelanjakan hasil tersebut untuk memaksimumkan
kebajikan ekonomi dan kebajikan rohani rakyat. Ini juga akan mewujudkan kepuasan yang
maksimum di kalangan rakyat. Kerajaan juga mengambil langkah konsolidasi fiskal sejak
tahun 2004. Ini adalah untuk memperbaiki kedudukan fiskal dan mengawal hutang Kerajaan
kepada Bank Dunia. Sekarang kerajaan mengambil inisiatif untuk mengurangkan hutang
negara dengan mewujudkan Tabung Harapan. Kawalan yang lebih ketat terhadap
pelaksanaan projek pembangunan supaya mematuhi siling peruntukan. Bukan itu sahaja,
kerajaan juga ingin mempertingkatkan kecekapan pengurusan projek supaya projek tersebut
boleh disiapkan mengikut jadual. Kerajaan juga akan memastikan perbelanjaan mengurus
tidak melebihi hasil kerajaan dan mencari sumber hasil baru untuk meningkatkan kutipan
hasil kerajaan.

Selain itu, kerajaan juga melaksanakan Dasar Kawalan Harga terutamanya kepada
barang-barang asas seperti gula, telur ayam, beras, bawang dan sebagainya. Di negara

6
Malaysia terdapat lebih daripada 100 barang-barang terutamanya barang makanan. Tidak
dinafikan bahawa dasar ini adalah untuk menjaga kebajikan pengguna. Sekiranya pengeluar
atau penjual menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, denda akan
dikeluarkan oleh KPDNKK sehingga RM10000 dan penjara tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya atau kompaun maksimum RM50000 bagi individu. Dasar ini sangat berkesan
dalam mencegah pemgambilan untung yang banyak oleh peniaga. Dasar ini merupakan satu
langkah untuk menangani kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang
melampau. Dengan dasar yang efektif ini, pengguna akan merasa kepuasan yang maksimum
dengan kos yang berpatutan. Dasar ini harus diteruskan untuk membantu rakyat terutama hari
perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, Hari Gawai dan sebagainya. Ini kerana penjual
selalu mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan semasa musim perayaan.
Penjual-penjual yang degil ini perlu dikenakan tindakan supaya meraka takut untuk
mengulangi kesalahan yang sama.

Di samping itu, kerajaan juga memperkenalkan Dasar Kewangan melalui perubahan


penawaran wang. Dasar ini akan dijalankan oleh Bank Negara Malaysia iaitu bank pusat.
Dasar ini akan mempengaruhi ekonomi Malaysia dengan mengawal bekalan wang dan
mengubah kadar bunga dalam negara. Melalui dasar ini, bank pusat boleh mengarahkan
semua institusi kewangan untuk mengubah kadar bunga supaya dapat selaras dengan
keperluan ekonomi. Bank perdagangan juga membuat pinjaman dengan bank pusat untuk
membiayai aktiviti mereka seperti memberi pinjaman rumah, kereta kepada pelanggan. Ini
menunjukkan bahawa bank pusat adalah sumber pinjaman terakhir. Setelah bank pusat
memberi pinjaman tersebut, kadar bunga akan dikenakan ke atas pinjaman tersebut. Bank
pusat yang menentukan kadar bunga selaras dengan keperluan bekalan wang dalam ekonomi.
Sebagai contoh, pada masa inflasi, bank pusat akan menyekat orang ramai daripada membeli
harta tetap secara gadai janji seperti rumah dan tanah. Oleh itu, untuk mengelakkan inflasi
daripada tercetus, lebih daripada 90 sumber pembiayaan pembangunan dibiayai oleh
pinjaman domestik. Malaysia adalah negara yang mempunyai kadar tabungan yang tinggi dan
dapat membantu membiayai keperluan domestik. Dasar ini adalah penting kerana dapat
memastikan paras harga kekal rendah dan kestabilan kadar pertukaran wang asing untuk
meningkatan ekonomi negara.

Kerajaan Malaysia juga sentiasa memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan


supaya dapat menwujudkan persekitaran ekonomi yang kondusif. Dengan menyediakan
ekonomi yang kondusif, kerajaan haruslah mengambil langkah untuk membanteras rasuah

7
iaitu musuh pertama di dunia, mengurangkan sistem birokrasi, mempermudahkan prosedur
untuk menjalankan perniagaan dan menyediakan kerja mahir.

3.0 Rasional sistem ekonomi Malaysia pada mekanisme harga untuk


pengagihan barang dan perkhidmatan.
Mekanisme harga untuk pengagihan barang dan perkhidmatan adalah kuasa
permintaan dan penawaran. Harga barang pengeluar swasta dan faktor pengeluaran
adalah ditentukan oleh mekanisme harga. Harga barang awam pula ditentukan oleh
kerajaan. Tidak dinafikan bahawa kuasa permintaan dan kuasa penawaran di pasaran
akan menentukan peningkatan harga sesuatu barang dan kuantiti di pasaran. Mekanisme
pasaran iaitu peningkatan harga dan kuantiti keimbangan pasaran ditentukan berasaskan
titik keseimbangan pasaran. Titik keseimbangan pasaran adalah kuantiti permintaan sama
dengan kuantiti penawaran di pasaran.
Terdapat beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi
dalam sistem ekonomi campuran di Malaysia. Cara pertama adalah menggunakan
mekanisme harga dalam sistem pasaran bebas. Sebagai contoh, sekiranya barang tersebut
dikeluarkan merupakan barangan ekonomi atau persendirian dan pengguna sanggup
untuk membayarnya, ini bermaksud barang tersebut akan dikeluarkan oleh pengeluar
dengan menggunakan mekanisme harga. Pengeluar akan mengeluarkan barang tersebut
dan memberi keuntungannya sekiranya barangan tersebut mendapat permintaan yang
tinggi daripada pengguna di Malaysia. Barang atau perkhidmatan tersebut akan menjana
untung yang banyak dan dapat membantu ekonomi negara kita. Cara kedua ialah
penglibatan pihak kerajaan dalam menawarkan barang dan perkhidmatan. Sekiranya
barang tersebut merupakan barang awam, iaitu pengguna tidak perlu mengeluarkan duit
sesen pun boleh menikmati faedah barang awam dan perkidmatan seperti jalan raya, bas
awam, keselamatan dan sebagainya, maka kerajaan haruslah menyediakan barangan dan
perkhidmatan tersebut. Kedua-dua kaedah ini adalah sangat efektif dan akan digunakan
untuk membantu meningkatkan ekonomi Malaysia.

8
Kerajaan menubuhkan Majlis Harga Negara (MHN) dan telah dipengerusikan
oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menlindungi kepentingan masyarakat
pengguna daripada terus menjadi mangsa manipulasi harga dan bekalan barangan. Tugas
utama MHN adalah untuk memantau, menasihati dan penyelia dasar harga, kecekapan
dalam skim subsidi serta pencegahan terhadap ketidakadilan bagi pihak kerajaan. Ini
kerana penjual selalu menyimpan stok supaya mahu menaikkan harga barangan
terutamanya semasa kenaikan harga minyak antarabangsa. Ini kerana semasa kenaikan
harga minyak akan mempengaruhi harga barang keperluan di pasaran termasuk barang
makanan, kos pengangkutan dan penyewaan kereta. Oleh itu, kerajaan haruslah teliti dan
peka dengan menangani isu inflasi secara komprehensif dan strategik. Tidak dinafikan
bahawa harga barangan akan melonjak setiap kali musim perayaan Tahun Baru Cina,
Hari Raya, Hari Gawai dan sebagainya atau berlaku kekurangan bekalan. MHN
memainkan peranan yang besar untuk menetapkan harga atau kenaikan mengikut garis
panduan kerajaan dan mengatasi masalah kekurangan bekalan secara lebih berkesan serta
tahu berapa jumlah barang yang menjadi permintaan. Kerajaan juga memberi subsidi
kepada semua orang sebagai contoh Kerajaan Pakatan Harapan menstabilkan harga
bahan api sebanyak RM1.4 bilion untuk subsidi petrol dan diesel sehingga hari ini.
Baru-baru ini Malaysia terus membangunkan ekonomi dengan memperkenalkan
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 September 2018. Cukai ini adalah ckai
seperingkat yang mana cukai ini hanya dikenakan sekali sahaja oleh pengilang lazimnya
di peringkat output. Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu apabila
ia ditawarkan kepada pengguna. Sebagai contoh, rantaian bekalan yang mudah yang
melibatkan satu pengilang atau pengimport yang menghasilkan atau mengimport produk
untuk RM100 dan kemudian menjualnya untuk margin keuntungan RM10. Sekiranya
tiada cukai penggunaan yang terlibat, pengguna akan membeli produk dengan harga
RM130 iaitu RM30 keuntungan daripada produk tersebut. Kerajaan juga berharap dapat
mengumpul RM21 bilion setahun melalui SST. Ini akan membantu memastikan ekonomi
negara Malaysia berkembang dan mencapai bajet berimbang untuk mencapai Wawasan
2020. Melalui hasil kutipan cukai, kerajaan akan merancang projek-projek yang manfaat
kepada seluruh rakyat Malaysia. Sebagai contoh, kutipan cukai boleh digunakan untuk
membiayai projek-projek pembangunan awam seperti sekolah, university, hospital,
klinik, jalan raya, lapangan terbang dan lain-lain. Pembangunan merupakan keperluan
asas ke arah mewujudkan sebuah negara yang maju dan berdaya saing dengan negara
luar. Tidak dinafikan bahawa ia juga akan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat

9
Malaysia. Sumber cukai ini sememangnya untuk meringankan beban rakyat melalui
bantuan subsidi-subsidi ke atas barangan dan juga Bantuan Sara Hidup 2019 kepada
golongan isi rumah berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah iaitu RM1000. Cukai
ini juga boleh digunakan oleh kerajaan kita untuk mengekalkan ketumbuhan ekonomi
negara. Ini menunjukkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan
mampu membangunkan negara. Walaubagaimanapun, terdapat lagi banyak yang perlu
dilaksanakan supaya terus meningkatkan ekonomi negara demi untuk mencapai
Wawasan 2020.

4.0 Rumusan
Konklusinya, dapat kita ketahui bahawa kebanyakkan negara telah mengamalkan
dasar eknomi campuran untuk menjadi negara yang maju termasuk negara Malaysia kerana
negara kita adalah menuju kepada pembangunan yang pesat serta mengamalkan pasaran
berioentasikan negara dan dibuat secara terbuka. Malaysia juga akan terus dilihat sebagai
negara yang membangun apabila mengamalkan sistem ekonomi terbuka lebih-lebih lagi pada
tahun 2012 dimana ekonomi Malaysia telah erjaya mencatatkan pertumbuhan yang
memberangsangkan dan lebih tinggi. Sehubungan itu, Malaysia sentiasa berusaha dengan
gigih agar dapat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Setelah 61 tahun mencapai
kemerdekaan seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia boleh merasa banga dengan kemajuan
ekonomi yang telah dicapai oleh negara. Tidak dinafikan bahawa ekonomi campuran
Malaysia mampu memberi kepuasan yang maksimum kepada rakyat Malaysia. Kerajaan
telah mengambil pelbagai jenis kaedah untuk memberi kepuasan maksimum kepada rakyat
Malaysia melalui Dasar Kawalan Harga dan Dasar Kewangan. Walaupun situasi kegawatan
ekonomi yang berlaku dalam banyak fasa, seperti era awal 1980-an, krisis kewangan 1997
dan kini kelembapan ekonomi global sehingga menyebabkan kenaikan harga barang mentah,
namun pengurusan negara mampu bertindak secara cepat, pantas dan fleksibel dengan
memberikan penekanan kepada langkah Dasar Fiskal dan Bukan Fiskal bagi mengelakkan
masalah inflasi terjadi kepada negara kita. Sistem ekonomi Malaysia juga menggunakan
mekanisme harga untuk pengagihan barang dan perkhidmatan. Antara langkah-langkah yang
dilaksanakan oleh kerajaan ialah menubuhkan Majlis Harga Negara untuk menjaga kebajikan
rakyat supaya tidak menjadi mangsa manipulasi harga dan juga mewujudkan Cukai Jualan
dan Perkhidmatan (SST) kerana cukai merupakan sumber pendapatan negara untuk kerajaan
merangka bajet tahunan. Pengiktirafan demi pengiktirafan diberikan atas usaha gigih kerajaan
membangunkan negara dan jika dibandingkan dengan negara lain yang sama seusia

10
kemerdekaannya dengan Malaysia banyak lagi negara yang masih dalam keadaan mundur.
Walaubagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki bagi memastikan
pembangunan ekonomi terus bertahan demi kelestarian negara Malaysia.

(2820 patah perkatann)

5.0 Rujukan:
__________. (2018). Rafizi: Kerajaan PH tanggung RM1.4 bilion subsidi minyak. Dipetik
pada Oktober 4, 2018 daripada
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/17/rafizi-kerajaan-ph-
tanggung-rm1-4-bilion-subsidi-minyak/

____________. (2012). Pengertian, Tujuan & Prinsip-Prinsip Ekonomi Islam. Dipetik pada
Oktober 4, 2018 daripada http://www.eramuslim.com.my/pengertian-tujuan-prinsip-prinsip-
ekonomi-islam

1KLIK. (2018). SISTEM-SISTEM EKONOMI. Dipetik pada Oktober 4, 2018 daripada


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/1373-ingin-tahu-ekonomi/ekonomi/5698-
sistem-sistem-ekonomi

Bernama. (2018). Dasar fiskal kerajaan Malaysia penting untuk kualiti kredit, kata Moody's.
Dipetik pada Oktober 4, 2018 daripada http://www.astroawani.com/berita-bisnes/dasar-
fiskal-kerajaan-malaysia-penting-untuk-kualiti-kredit-kata-moodys-178130

Datuk Sri Samitah.S. (2018).Hasil negara benteng keamanan. Dipetik pada Oktober 4, 2018
daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/01/381876/hasil-negara-benteng-
keamanan

Jun Lin.K . (2018). GST dan SST - Apakah perbezaannya dan mengapa ia penting?. Dipetik
pada Oktober 4, 2018 daripada https://www.malaysiakini.com/news/435234

Luqman Arif Abdul Karim. (2018). Bantuan Sara Hidup RM500 hingga RM1,000. Dipetik
pada Oktober 4, 2018 daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/493672/bantuan-sara-hidup-rm500-
hingga-rm1000

11
Maxmanroe.com. (2018). Sistem Ekonomi Campuran: Pengertian, Ciri-Ciri, Kelebihan dan
kekurangan. Dipetik pada Oktober 4, 2018 daripada
https://www.maxmanroe.com/vid/bisnis/sistem-ekonomi-campuran.html

Norvyani.D.A. (2018). Sistem Perekonomian. Dipetik pada Oktober 4, 2018 daripada


https://www.scribd.com/doc/49182384/Sistem-Ekonomi

Othman. W. (2018). Teruskan Skim Kawalan Harga. Dipetik pada Oktober 4, 2018 daripada
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/teruskan-skim-kawalan-harga-1.681840

Pentas Media 2008. (2009). Bernama : Cabaran Besar Menanti Majlis Harga Negara. Dipetik
pada Oktober 4, 2018 daripada http://www.nccc.org.my/v2/index.php/nccc-di-pentas-
media/2008/1029-bernama--cabaran-besar-menanti-majlis-harga-negara-

QONITRIADI . (2013). Sistem Ekonomi yang dianut Indonesia dan Malaysia. Dipetik pada
Oktober 4, 2018 daripada https://qonitriadi.wordpress.com/2013/03/19/sistem-ekonomi-yang-
dianut-indonesia-dan-malaysia/

Unit Perancang Ekonomi. (2018). ______________. Dipetik pada Oktober 4, 2018 daripada
www.epu.gov.my

12

Anda mungkin juga menyukai