Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 1

“KOJ 4165 PERUNDANG-UNDANGAN


&
POLISI KEWARTAWANAN”

Dr. Akmar Hayati Bt Ahmad Ghazali

14 OKTOBER 2019

NO. NAMA MATRIK NO.

1 SITI FARIHAH BT MOHD ZAIN 195117

2 ARIFF HAIKAL BIN MOHD KHAIRI 195118


Isnin, 14 Oktober 2019 - 10:00AM

Tiada kompromi terhadap pihak yang


menyebarkan berita palsu
Oleh: Farihah Zain
Foto: Ariff Haikal
farihh97@gmail.com.my

KUALA LUMPUR, 14 Okt: - Negara akan terus dibelenggu permasalahan ini dan
akan hancur jika penyebaran berita palsu terus berleluasa dan tidak ditangani
dengan segera.

Media sosial yang digunakan bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat


turut berperanan menjadikan Malaysia lebih peka kepada persekitaran, namun
masyarakat harus lebih berhati-hati kerana ada berita palsu direka semata-mata
untuk menarik perhatian netizen dan menjadi isu viral.

Orang ramai menyifatkan bahawa Isu penyebaran berita palsu bukan saja memberi
impak besar kepada individu, malah juga mampu menggugat keselamatan sesebuah
negara dan mendorong ke arah perbalahan kaum.

“Kita ambil contoh apa yang terjadi kepada mangsa kes pencemaran sisa kimia di
Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang tidak mendapatkan rawatan gara-gara berita
palsu, kononnya hospital tidak menerima lagi kemasukan pesakit baharu yang
terkesan akibat pencemaran berkenaan,” jelas Azmir yang juga penuntut di sebuah
universiti awam.

"Kita mempunyai pilihan sama ada untuk menyebarkan maklumat yang diberikan
atau sebaliknya," tambah kenyataan itu lagi.

Tindakan menyebarkan berita palsu memberi kesan negatif kepada mangsa yang
terlibat, keluarga dan masyarakat setempat.
Sebarang perkongsian berita yang bersifat palsu akan di ambil tindakan tegas oleh
MCMC kepada mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu di
bawah seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998.

Seterusnya, orang ramai berpendapat bahawa tiada pihak yang terkecuali jika
didapati bersalah dalam sesuatu perkara, termasuk isu penyebaran berita palsu.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak muda mengenai
keburukan berita palsu kerana semuanya bermula dari rumah dan didikan awal
mampu membanteras jenayah ini.

Diharapkan selepas ini rakyat Malaysia akan dapat membezakan antara yang benar
dan palsu di media sosial sejajar dengan tema portal KKMM iaitu ‘Tidak Pasti,
Jangan Kongsi’.

Muhamad Azmir (kanan) ketika sedang ditemu bual di Universiti Putra Malaysia, semalam.

Anda mungkin juga menyukai