Anda di halaman 1dari 26

BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOURS

SEPTEMBER 2021

BBRC4103

KAEDAH PENYELIDIKAN

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnianya dapat juga saya
menyempurnakan tugasan bagi subjek Kaedah Penyelidikan – BBRC4103 ini.

Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada E-tutor OUM


iaitu En. Irwan Bin Mustapha di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam
forum serta banyak membantu dalam usaha saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekuliah
dalam e-forum bagi memperolehi data dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk
tugasan yang diberi.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri dan anak-
anak tercinta ibu bapa dan mertua yang dikasihi yang pemudahcara dan memberi
sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sepejabat dan kepada
semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung. Segala
bantuan yang telah dihulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan
semua tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

1
TUGASAN 1

1.0 PENGENALAN PROSES PENYELIDIKAN

Terdapat beberapa definisi penyelidikan yang diberikan oleh beberapa pengkaji


sains sosial seperti Azhar dan Nawi (2004) menyatakan bahawa penyelidikan adalah satu
proses untuk mencari dan menimba ilmu. Berdasarkan Helmstadter (1970) pula,
penyelidikan adalah satu aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada
pengetahuan dan penemuan baharu menggunakan kaedah mengenal pasti dan persoalan
yang sedang digunakan oleh para sarjana dalam bidang tersebut. Selain itu, Mohd Majid
(1998) mendefinisikan bahawa penyelidikan adalah satu cara untuk memperoleh
pengetahuan baharu. Penyelidikan juga didefinisikan sebagai satu aktiviti tersusun untuk
mencari jawapan kepada persoalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah
yang telah dikenalpasti intipatinya atau sifatnya (Ahmad Mahdzan, 2000). Menurut
Salkind (2009) pula penyelidikan merupakan aktiviti intensif berdasarkan kerja yang
dilakukan oleh orang lain dan menjana idea baharu untuk diteruskan serta persoalan yang
perlu dijawab. Selain itu juga, kata kajian terdiri daripada dua suku kata iaitu kata
awalan, makna semula dan kata kerja yang bermaksud memeriksa dengan teliti untuk
menguji dan menyelidiki. Gabungan dua perkataan untuk membentuk kata nama ini
bermaksud kajian yang teliti, sistematik dan penyiasatan dalam beberapa bidang ilmu
yang dijalankan untuk mendapatkan fakta atau prinsip sesuatu kajian yang dijalankan.
Penyelidikan ialah penyiasatan atau eksperimen yang bertujuan untuk menemui dan
mentafsir fakta, menyemak teori yang diterima dalam penemuan serta amalan
mengaplikasikan teori atau undang-undang dan peraturan baharu atau guna semula fakta
tersebut. Disamping itu, daripada beberapa definisi tersebut dapat kita simpulkan bahawa
maksud atau kepentingan kajian oleh sesetengah pengkaji adalah sama tetapi ianya
berbeza dari segi pemprosesan ayat sahaja. Secara amnya, penyelidikan juga merupakan
satu aktiviti yang teratur untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah untuk
mendapatkan pengetahuan baharu. Disamping itu juga, kaedah saintifik terdiri daripada
pemerhatian sistematik, pengelasan dan tafsiran data. Ilmu yang diperoleh daripada

2
penyelidikan ialah ilmu yang telah mengetahui kesahihan maklumat dan telah
membuktikan kebenarannya. Menjalankan penyelidikan bermakna mencari maklumat
yang lebih tentang sesuatu. Penyelidikan ialah penyiasatan berstruktur menggunakan
kaedah saintifik yang sesuai untuk menyelesaikan masalah dan mencipta pengetahuan
baharu yang boleh digunakan secara umum. Oleh yang demikian, penyelidikan bukanlah
proses pemindahan maklumat dari satu tempat ke tempat lain atau dari buku kepada
bentuk kertas kerja dan sebagainya. Penyelidikan saintifik dapat memastikan bahawa
apabila kajian yang sama diulang akan dapat menghasilkan keputusan yang sama. Selain
itu juga, penyelidikan bertujuan untuk memperbaharui teori, kesimpulan atau undang-
undang sedia ada sebaik sahaja pengetahuan baharu itu diperoleh. Oleh itu, kaedah yang
sistematik dan saintifik perlu dilakukan bagi memastikan ilmu baru yang diperolehi
adalah fakta yang boleh dipercayai.

1.1 PENGENALAN KAJIAN

Pengurusan adalah satu elemen penting di dalam mengendalikan sebarang


organisasi, baik organisasi perniagaan mahupun organisasi bukan perniagaan. Jatuh
bangun sesebuah organisasi, cemerlang ataupun tidak adalah bergantung kepada
pengurusan yang cekap dan berkesan. Kesemuanya mempunyai elemen-elemen yang
penting untuk diuruskan oleh manusia, organisasi dan matlamat atau tujuan kewujudan
organisasi tersebut (Sabri Hussin, 2005). Menurut Shahidan Kassim dalam Chamhuri
Siwar (1992). Berdasarkan kepada prestasi usahawan Bumiputera usahawan adalah
seorang yang sanggup mengambil risiko untuk menceburi kerjaya di dalam bidang
perniagaan. Mereka bukan sahaja mencipta kerjaya tetapi mencipta kerjaya untuk orang
lain. Usahawan merupakan pemangkin kepada kemajuan pesat ekonomi serantau.
Usahawan berjaya meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan
masyarakat setempat. Ini kerana usahawan merupakan golongan manusia yang sering kali
mencipta sesuatu produk, perkhidmatan atau proses baru demi untuk kebaikan manusia

3
sejagat. Ini dapat di capai kerana seorang usahawan sering kali berfikiran kreatif dan
inovatif di dalam mencipta sesuatu agar dapat menghasilkan sesuatu bukan sahaja
mengikut kehendak pengguna malah mencipta sesuatu yang baru di dalam pasaran.
Kelemahan usahawan Bumiputera bukan sekadar semangat juang tetapi juga tidak
mempunyai jaringan kerja yang mantap sepertimana usahawan bukan Bumiputera. Ini
sekaligus, menampakkan bahawa usahawan Bumiputera masih gagal membuang rasa
hasat dengki, sikap mementingkan diri dan prasangka yang menebal kepada orang lain.
Pada masa yang sama juga, dalam usaha untuk melahirkan usahawan yang berjaya, kita
bukannya mahu sekadar mewujudkan mereka yang bakal melahirkan wang yang banyak
dan empayar yang besar tetapi mereka yang mampu memapah dan membimbing orang
Melayu lain untuk menjadi seorang tokoh perniagaan yang mampu untuk bangun, berdiri
dan kemudian berlari dalam arus perdana perniagaan sejagat. Kuasa politik semata-mata
tidak lagi mampu membawa usahawan Bumiputera jauh kehadapan terutama dalam
pensejagatan perniagaannya yang melangkaui sempadan. Tambahan pula, pada masa ini,
kekuatan semangat mudah sekali dilerai dengan kuasa wang. Pertanyaan yang sering
timbul apabila ingin memulakan perniagaan ialah peluang-peluang perniagaan yang ada
dan boleh dilaksanakan. Pertanyaan ini sukar untuk di jawab kerana pelbagai
pertimbangan harus difikirkan. Walaubagaimanapun bagi seorang usahawan yang kreatif
dan inovatif peluang-peluang perniagaan akan wujud jika kebolehan semulajadi yang ada
pada dirinya digunakan dengan sebaik mungkin dan menyiapkan kaedah menyediakan
rancangan perniagaan dengan terlebih dahulu.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Di dalam topik kajian ini, saya memilih satu topik iaitu Kejayaan Usahawan
Bumiputera Dalam Perniagaan Peruncitan. Usahawan Bumiputera sering kali dikatakan
ketinggalan dari segi pencapaian ekonomi. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti
masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan Bumiputera dan faktor-faktor yang
mempengaruhi kejayaan usahawan Bumiputera. Kajian ini hanya tertumpu kepada

4
peniaga kedai runcit yang berbangsa Melayu di sekitar Daerah Seremban, Negeri
Sembilan. Di antara masalah yang di kaji adalah masalah peniaga yang berhubung
dengan kenaikan harga barang runcit, masalah kewangan, pembekal, pesaing, pembeli
dan juga masalah dari segi lokasi perniagaan. Soalselidik yang dijalankan dianalisis
menggunakan kaedah deskriptif dan borang soal selidik. Seramai 30 orang respondan
yang terdiri daripada peniaga-peniaga kedai runcit di sekitar Daerah Seremban telah
dipilih untuk menjawab borang set soal selidik untuk kajian ini. Hasil kajian mendapati
masalah utama yang membelenggu kebanyakan peniaga adalah berhubung masalah
kewangan. Hasil kajian mendapati faktor kejayaan usahawan bumiputera iaitu keyakinan
kepada diri sendiri merupakan faktor yang signifikan dalam mempengaruhi kejayaan
mereka dan sementara faktor-faktor lain tidak mempunyai hubungan yang signifikan.
Oleh itu, usahawan Bumiputera dalam perniagaan peruncitan ini perlu ditingkatkan lagi
untuk menjamin kekukuhan perniagaan mereka pada masa akan datang. Di akhir kajian
ini, beberapa cadangan telah diberikan untuk mempengaruhi kejayaan usahawan
bumiputera dan untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat pada pengurusan
perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit di Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

1.3 PERNYATAAN MASALAH DAN PERSOALAN KAJIAN

Perniagaan memberi kesan kepada kehidupan manusia. Perniagaan kadang kala


dapat membentuk seseorang manusia untuk bekerja dan bermain. Sebagai contohnya,
penggunaan komputer telah mengubah cara manusia bekerja dan berinteraksi. Begitu
juga dengan penggunaan robot dan alat elektronik yang lain. Perniagaan runcit telah
memainkan peranan bagi mengeluar, memasar dan menjual perbagai jenis barangan dan
perkhidmatan yang memberi satu corak penghidupan kepada manusia. Dunia perniagaan
sememangnya adalah suatu bidang yang sangat mencabar. Mereka yang menceburi
bidang ini mestilah mengenali dan menempuhi pelbagai rintangan dan halangan.
Sebahagian mereka berjaya dan telah mengecapi kesenangan daripada hasil perniagaan
mereka. Kejayaan mereka tidak datang bergolek tetapi bergelumang dengan usaha dan
dugaan. Untuk mengekalkan kejayaan setiap perniagaan para peniaga atau usahawan

5
seharusnya terus mewujudkan motivasi dan disiplin diri yang tinggi untuk mencari
sebanyak mungkin pengalaman atau selok belok perniagaan dan melengkapkan diri
dengan ilmu pengurusan perniagaan. Terdapat beberapa masalah dan faktor yang
menyebakan usahawan Bumiputera tidak mampu bertahan dan tidak mampu menjadi
lebih hebat walaupun setelah begitu lama berada di alam perniagaan. Di antaranya ialah
kurang ilmu didalam perniagaan yang hendak mereka ceburi. Ini kerana usahawan perlu
bersedia untuk belajar dan mendengar komen serta nasihat walaupun daripada seorang
yang tua mahupun orang yang lebih muda dari mereka. Sesetengah syarikat yang lebih
besar berjaya mengeluarkan dan memasarkan barangan yang berkualiti setelah
mendengar komen atau nasihat yang diberikan oleh orang bawahan mereka. Faktor yang
kedua ialah konsep entiti berasingan tidak begitu mudah untuk difahami yang
menyebabkan pengurusan kewangan menjadi tidak cekap. Entiti berasingan bermaksud
keperluan perniagaan tidak dicampuradukkan dengan keperluan peribadi. Sebagai contoh
pembelian kereta dan perabot mewah didahulukan berbanding barangan dan peralatan
kedai. Malah pembayaran kepada pembekal juga dilewatkan. Ini menyebabkan para
pembekal tidak mempercayai syarikat kita dan menuju ke syarikat yang lain. Fakor yang
ketiga ialah tidak berani melabur untuk mempromosi barangan mereka. Sebagai
contohnya seseorang usahawan seharusnya berani mengambil risiko melabur untuk
mempromosikan barang jualan mereka kerana jika barang atau sesuatu produk yang
dikeluarkan tidak dipromosikan maka pembeli tidak tahu tentang kewujudan barang
tersebut dan akhirnya produk tersebut tidak laku dipasaran. Faktor yang keempat ialah
penetapan matlamat perniagaan yang tidak konsisten. Ini kerana mereka mahu menceburi
semua jenis perniagaan sebagai contoh kedai runcit, penyediaan makanan, perumahan
dan sebagainya. Faktor yang lima ialah tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang
baik dengan pelanggan dan pembekal. Faktor yang keenam ialah konsep mesra pelanggan
tidak cuba diterapkan. Persekitaran dan suasana kedai ataupun premis adalah penting
selain daripada perkhidmatan yang diberikan. Pihak kerajaan telah menggalakkan
usahawan Bumiputera yang berminat dalam bidang perniagaan untuk menyertai sektor
ini. Sejak dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada 1970 yang antara lain memiliki
matlamat menwujudkan masyarakat perdangangan Bumiputera menjelang 1990 telah
menyediakan pelbagai bantuan sama ada bantuan kewangan atau kepakaran kepada orang

6
melayu yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan termasuklah perniagaan
peruncitan ini. Bagaimanapun menjelang tahun 1990 jumlah usahawan Bumiputera yang
terlibat aktif dalam bidang peruncitan tidak begitu menggalakan. Kerajaan pula telah
menwujudkan Program Pembangunan Peruncitan untuk Bumiputera. Antara lain
tujuannya adalah bagi menggalakkan dan memperbanyakkan penglibatan usahawan
Bumiputera dalam bidang peruncitan di negara ini. Selain itu, kerajaan juga telah
menubuhkan pelbagai tabung bantuan kepada peniaga Bumiputera melalui Kementerian
Pembangunan Usahawan. Hasil daripada kajian ini diharap dapatlah membantu mengenal
pasti cara-cara untuk membantu dan melindungi peruncit Melayu dalam menghadapi
persaingan yang wujud antaranya perniaga berbangsa bukan Melayu serta mendapatkan
maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh peruncit Melayu. Selain itu, kajian ini
juga diharap dapat membantu meningkatkan tahap motivasi dan memberi panduan
kepada golongan peruncit Melayu untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dalam
industri peruncitan Malaysia dan akhirnya kajian ini juga diharap dapat dijadikan bahan
rujukan umum mengenai sumbangan usahawan Bumiputera khususnya dalam sektor
perniagaaan runcit kepada pertumbuhan ekonomi negara yang dapat diperhatikan
sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan daripada kadar
gunatenaga buruh yang terlibat di dalam kegiatan peruncitan.

Oleh yang demikian, pertanyaan diatas telah merangsang pengkaji untuk


menjalankan kajian ini bagi menjawab persoalan di bawah:

1) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan seseorang usahawan


Bumiputera?
2) Apakah seseorang usahawan Bumiputera yang baru untuk menceburi
bidang ini sanggup untuk menghadapi risiko?
3) Apakah seseorang usahawan Bumiputera ini yakin kepada diri sendiri dan
tidak takut kepada kegagalan?
4) Apakah seseorang usahawan Bumiputera yang baru minat dalam
perniagaan yang mereka ceburi?

7
5) Apakah seseorang usahawan Bumiputera tidak takut dalam menghadapi
kekuatan pesaing dari golongan usahawan bukan Bumiputera?
6) Apakah seseorang usahawan Bumiputera itu mempunyai kemahiran yang
tinggi dalam bidang yang mereka ceburi?

1.4 OBJEKTIF-OBJEKTIF KAJIAN

Beberapa objektif kajian telah di rangka sebagai garis panduan ke atas kajian yang
dilakukan. Langkah ini perlu supaya matlamat kajian yang dirancang dapat dicapai
sepenuhnya. Objektif yang telah digariskan adalah:

i. Mengenalpasti pengurusan kewangan perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit


bumiputera dalam melaksanakan perniagaan mereka.
ii. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan Melayu
Bumiputera.
iii. Mengenalpasti pengurusan operasi perniagaan dan pengeluaran perniagaan
peniaga-peniaga kedai runcit bumiputera dalam melaksanakan perniagaan
mereka.
iv. Mengenalpasti seseorang usahawan itu sanggup menghadapi risiko didalam
bidang perniagaan yang mereka ceburi.
v. Mengenalpasti pengurusan sumber manusia perniagaan peniaga-peniaga kedai
runcit bumiputera dalam melaksanakan perniagaan mereka.
vi. Mengenalpasti sikap dan keyakinan seseorang usahawan itu kepada diri sendiri
dan tidak takut kepada kegagalan.
vii. Mengenalpasti pengurusan pemasaran perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit
bumiputera dalam melaksanakan perniagaan mereka.
viii. Mengenalpasti seseorang usahawan itu minat didalam perniagaan yang diceburi.
ix. Mengenalpasti seseorang usahawan itu tidak takut dalam menghadapi kekuatan
pesaing mereka,

8
x. Mengenalpasti seseorang usahawan itu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
bidang perniagaan yang diceburi.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini melihat kepada pengurusan perniagaan seseorang usahawan


Bumiputera disektor peruncitan dibawah peniaga-peniaga kedai runcit bumiputera
di Daerah Seremban, Negeri Sembilan dalam menjalankan perniagaan mereka.
Selain itu, hasil dan cadangan kajian ini akan dapat dimanfaatkan oleh peniaga-
peniaga kedai runcit bumiputera dalam meningkatkan perniagaan mereka dan
kepada pengkaji masa depan serta agensi yang terlibat supaya dapat
menjadikannya sebagai panduan untuk menambah bilangan usahawan
Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan pada masa akan datang.

Pengkaji Masa Depan: Kajian ini dilaksanakan bagi mempertingkatkan lagi


pengetahuan pengkaji dari segi teori tentang topik yang dibincangkan di samping
dapat membantu perkembangan ilmu akademik untuk usahawan Bumiputera yang
baru menceburi bidang ini dimana kajian ini mampu menjadi sumber ilmiah
kepada pengkaji lain mengenai kepentingan-kepentingan yang lain.

Agensi-agensi terlibat: Kajian ini turut diharapkan mampu menarik minat badan-
badan yang terlibat khususnya ditujukan kepada agensi-agensi kerajaan dan
swasta untuk dijadikan garis panduan awal untuk menarik lebih ramai lagi
usahawan Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan ini. Di samping
memberi sokongan dan bantuan kepada usahawan Bumiputera yang baru
menceburi bidang perniagaan ini.

9
TUGASAN 2

2.0 ULASAN KARYA (KAJIAN LEPAS)

ULASAN KARYA

Ulasan karya ataupun (kajian lepas) mengenai usahawan Bumiputera adalah amat
penting untuk memberi gambaran awal mengenai sesuatu kajian yang hendak dilakukan
atau panduan kepada usahawan Bumiputera yang baru menceburi bidang perniagaan ini.
Di dalam kajian ini, saya telah meneliti dan mengkaji secara langsung kewujudan sumber
yang berkaitan usahawan Bumiputera melalui rujukan jurnal-jurnal, tesis, buku-buku,
kertas kerja dan sebahagiannya.

Kajian Md Mohar (2000) menunjukkan terdapat persamaan dan juga perbezaan


antara usahawan Bumiputera dan usahawan Cina serta faktor-faktor yang mempengaruhi
pembangunan usahawan di kalangan mereka. Di samping itu, dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa usahawan berjaya dari bangsa Cina dan juga bangsa Melayu
memberi markah yang tinggi dari aspek atribusi psikologi seperti kehendak pencapaian
dan kecenderungan mengambil risiko.

Terdapat juga pengkaji yang telah mengaitkan sikap keusahawanan, kemahiran


menguruskan perniagaan dan pengaruh program pendidikan dan latihan keusahawanan
dalam budaya perniagaan. Bidang perniagaan dan ekonomi memerlukan sokongan serta
bantuan bagi membentuk dan membangunkan usahawan di Malaysia (Abdul Aziz
Mahmud, 1977, Mohd Amir Sharifuddin, 1983, Humam Mohammad, 1988 Wan Liz
Ozman, 2000, Buerah Tunggak, 2007). Usaha untuk mencapai kejayaan dalam
perniagaan perlu melibatkan tiga aspek tersebut bagi mengurangkan kegagalan seseorang
usahawan. Kekuatan daya tahan dan daya saing usahawan Bumiputera berbanding
usahawan bangsa lain perlu dimantapkan lagi. Oleh yang demikian untuk mencapai
matlamat tersebut Mohd Hassan Bin Mohd. Osman (2007) mendapati faktor kemahiran

10
pengurusan dan pengkhususan di dalam membuat kerja adalah faktor penting dalam
mencapai kejayaan bagi usahawan Bumiputera.

Md Mohar (2001) juga telah dikenalpasti perbezaan antara usahawan Cina dan
usahawan Bumiputra di Malaysia dimana hasil kajian menunjukkan majoriti usahawan
Cina menceburi bidang pembuatan manakala usahawan bumiputra pula dalam bidang
perkhidmatan. Usahawan Cina mengambil berat dalam pertumbuhan berterusan dalam
perniagaan keluarga. Ini kerana usahawan Cina banyak dipengaruhi oleh keluarga.
Berbeza dengan usahawan Bumiputra yang banyak dipengaruhi oleh rakan. Dapatan
kajian juga menunjukkan purata umur bagi kedua-dua usahawan memulakan perniagaan
adalah pada umur 45 tahun. Selain itu, usahawan Bumiputra lebih bergantung kepada
agensi kerajaan dalam mendapatkan sumber modal berbanding usahawan Cina yang
mendapat kebanyakan sumber modal mereka adalah daripada simpanan sendiri.

Rahmah Ismail (2006) mendapati faktor daya saing boleh menjadi penentu kepada
kemajuan usahawan Bumiputera dalam menghadapi suasana perniagaan global yang
begitu kompetitif. Kajian beliau menunjukkan usahawan Bumiputera khususnya Melayu
kurang mampu untuk berdaya saing berikutan kegagalan memenuhi keperluan kepada
aspek kewangan, modal insan, tahap teknologi yang rendah serta akses kepada pemasaran
lemah yang menatijahkan kepada prestasi syarikat yang lemah.

Norhafizah Abdul Razak (2009) pula mengkaji masalah-masalah dan faktor-


faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan peruncitan Melayu di Daerah Hulu
Langat. Beliau cuba melihat masalah yang berhubung dengan kenaikan harga barang
runcit, masalah kewangan, pembekal, pekerja, pesaing dan pembeli dan juga masalah
lokasi perniagaan. Manakala faktor yang diukur untuk menilai kejayaan usahawan
aadalah faktor sanggup menghadapi risiko, berdikari, pengkhususan kerja, yakin diri,
minat, persaingan kemahiran dalam perniagaan dan kemahiran dalam pengurusan dan
penggunaan masa.

11
Azmi Abdul Manaf & Nik hairi Omar (2012) merumuskan bahawa kemahiran
perancangan, keadaan ekonomi, pengalaman industri dan pengalaman pengurusan adalah
empat faktor yang dianggap kritikal kepada kejayaan usahawan Bumiputera. Situasi ini
menunjukkan kecekapan usahawan dari segi kemahiran, sikap dan sifat positif
membolehkan usahawan Bumiputera mengasah bakat dan kemahiran mereka dalam
memenuhi dikehendaki pelanggan.

Seterusnya, Saad, Ghani, & Ahmad (2014) pula mendapati hubungan rancangan
perniagaan strategik ke kejayaan perniagaan PKS di Malaysia adalah amat signifikan
positif. Selain itu, Zainol, Osman, Zakaria & Samsudin (2015), mengenal pasti
kecenderungan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh usahawan-usahawan Bumiputera
yang berprestasi tinggi untuk memperkembangkan sayap perniagaan. Data kajian yang
dikumpul daripada 250 usahawan Bumiputera berprestasi tinggi menunjukkan usahawan
Bumiputera berprestasi tinggi mempunyai tahap kecenderungan yang tinggi untuk
merancang pelbagai pendekatan dalam memperkembangkan perniagaan terutamanya
melibatkan pemerkasaan tingkat teknologi.

Selain itu juga, pengkaji Koe, Omar, & Sa’ari (2015) mendapati faktor sikap dan
persepsi positif memainkan peranan sebagai penggalak amalan keusahawanan dikalangan
responden terlibat. Dalam pada itu, kajian oleh Ayob, Daud & Ismail (2016) tentang
faktor pembangunan modal insan dan daya saing usahawan wanita Malaysia mendapati
hasil analisis faktor mendapati empat faktor utama yang membentuk sumber manusia
dalam diri usahawan wanita iaitu faktor pendidikan dan latihan, pengalaman perniagaan,
sokongan sosial dan kreativiti manakala bagi aspek daya saing terdapat tiga faktor utama
iaitu bantuan kewangan, iltizam perniagaan, prasarana dan infrastruktur. Sorotan literatur
menunjukkan bahawa usahawan Bumiputera khususnya masyarakat Melayu masih lagi
gagal untuk memenuhi pemacu-pemacu yang menentukan daya saing dan perkembangan
perniagaan seperti pembangunan modal insan, akses kepada pemasaran, penerapan
teknologi dan inovasi, akses sumber kewangan dan infrastruktur. Oleh yang demikian,
usahawan Bumiputera masih tidak dapat lari dari menghadapi masalah bagi memastikan
perniagaan yang dijalankan mampu untuk berdaya saing.

12
2.1 KERANGKA KONSEPTUAL DAN HIPOTESIS

Kajian ini memfokuskan kepada faktor-faktor yang mendorong kepada kejayaan


usahawan Bumiputera dalam perniagaan peruncitan. Terdapat beberapa element faktor
yang diuji dalam kajian ini antaranya ialah pengetahuan yang dimiliki, sikap dan minat
seseorang usahawan itu sendiri sanggup menghadapi risiko, motivasi diri untuk berjaya,
dan sanggup menghadapi pesaing dari kalangan usahawan bukan bumiputera.

Faktor yang dikaji dikatakan mendorong kepada usahawan Bumiputera untuk


berjaya. Justeru itu, mengenai faktor pengetahuan yang dimiliki oleh usahawan yang
dikaji oleh Azmi et al. (2012), pengkaji berpendapat bahawa kejayaan seseorang
usahawan itu bermula dengan ilmu pengetahuan iaitu mempunyai taraf Pendidikan,
pengalaman ataupun kemahiran yang dimiliki secara formal ataupun tidak formal.
Pengetahuan serta kemahiran yang dinyatakan adalah seperti kemahiran merancang,
kemahiran mengurus organisasi serta pengalaman lampau berkenaan perniagaan yang
diceburi.

Selain itu, dalam faktor kemahiran usahawan Bumiputera dalam kajian yang
dilakukan oleh Zaidatol Akmaliah Lope Pirie & Habibah Elias (2004), usahawan
Bumiputera mempunyai keupayaan yang tinggi dalam membentuk hubungan manusia
yang baik dan membentuk kemahiran komunikasi secara lisan dan tulisan. Dapatan
tersebut menyokong pandangan Fatley (1990) dan Mc Cannon et at. (2000) yang
menyarankan komunikasi berbentuk tulisan dan lisan adalah penting dan menjadi asas
kepada pembentukan kemahiran yang lain di tempat kerja. Womble et at. (2000) pula
mendapati kemahiran interpersonal dan hubungan manusia merupakan sesuatu yang amat
penting di tempat kerja hari ini. Zaidatol et al. (2000) juga telah mengenal pasti
kepentingan kemahiran komunikasi dan hubungan manusia di tempat kerja untuk
kejayaan sesuatu kerjaya seseorang usahawan.

Sikap dan minat yang ada pada usahawan itu juga memainkan peranan yang
penting di dalam kejayaan seseorang usahawan. Sikap yang positif akan menjamin

13
kepada gerak kerja yang mantap serta mendorong kepada kepercayaan individu lain
semasa berurusan. Menurut Buerah binti Tunggak & Hussin bin Salamon (2014),
berpendapat bahawa faktor sikap usahawan itu sendiri sedikit sebanyak akan mendorong
kepada kejayaan seseorang usahawan. Sikap tersebut berkaitan dengan lokus dalaman
ataupun ciri-ciri personaliti yang ada dalam usahawan itu sendiri. Lokus dalaman yang
dikatakan membawa maksud usahawan sendiri mengawal segala tindak tanduk yang
dilakukan oleh mereka serta minat yang mendalam terhadapa perniagaan yang telah
mereka ceburi merupakan satu faktor kejayaan seseorang usahawan yang berjaya.

Seterusnya, motivasi diri amat diperlukan bagi setiap individu dan juga bagi
seseorang usahawan kerana motivasi diri yang tinggi akan meningkatkan semangat dalam
diri usahawan tersebut untuk terus memajukan perniagaan yang dijalankan. Banham
(2010) memetik pandangan Miller dan Toulouse, (1986) menyatakan bahawa motivasi
seseorang usahawan merupakan penentu utama untuk kejayaan seseorang usahawan itu.
Hal ini lebih kepada amalan dan tingkahlaku usahawan tersebut dalam pengurusan
perniagaan mereka.

Persaingan yang wujud dalam perniagaan merupakan fenomena baharu pada


masakini. Namun begitu, seseorang usahawan haruslah bersedia untuk menghadapi
pesaing dalam perniaggaan mereka. Faktor ini menyentuh kepada persaing yang sihat
dalam perniagaan. Jika terdapat persaingan dalam perniagaan, seseorang usahawan mesti
bangkit untuk bersaing dan tidak patah semangat untuk berjaya dimasa yang akan datang.
Persaingan yang wujud menjana kepada perubahan seseorang usahawan untuk mencorak
perniagaan. Secara tidak langsung, persaingan yang wujud telah memberi banyak
manfaat kepada para usahawan dalam merebut peluang yang ada. Persaingan yang
komprehensif merangkumi semua fakta yang perlu seseorang usahawan ketahui supaya
pelan pemasaran dapat mengatasi pesaing yang ada. Secara umumnya seseorang
usahawan perlu mengetahui bagaimana pesaing beroperasi, bagaimana kaedah mereka
menarik pelanggan dan berapa besar pasaran mereka.

14
FAKTOR KEJAYAAN USAHAWAN
BUMIPUTERA

PENGETAHUAN

KEMAHIRAN

SIKAP DAN MINAT

MOTIVASI DIRI

PERSAINGAN

RAJAH 1: KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Sumber: Azmi et al. (2012), Zaidatol Akmaliah Lope Pirie & Habibah Elias (2004),
Fatley (1990), Mc Cannon et at. (2000), Womble et at. (2000), Zaidatol et al. (2000),
Buerah binti Tunggak & Hussin bin Salamon, (2014), Banham (2010) & Miller dan
Toulouse, (1986).

15
2.2 METOLOGI KAJIAN

i. REKA BENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian yang digunakan ini adalah berbentuk kajian tinjauan deskriptif
menggunakan soal selidik. Merujuk kepada Azizi Yahya et al (2007), tinjauan deskriptif
bertujuan mendapatkan ukuran mahupun gambaran berkaitan keadaan ataupun ciri
populasi. Merujuk kepada Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) pula, penyelidikan
dekriptif merupakan penyelidikan bermatlamat untuk menerangkan sesuatu gejala,
peristiwa atau fenomena yang sedang berlaku pada masa kini. Selain itu, Kajian ini
dilaksanakan dengan menggunakan set soal selidik yang dijawab oleh peniaga-peniaga
kedai runcit di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Reka bentuk kajian ini mengkaji
faktor-faktor kejayaan usahawan Bumiputera dalam perniagaan peruncitan.

Istilah ‘tinjauan’ dari segi makna membawa maksud melakukan kutipan data
secara sepintas lalu yang menyamai kaedah mengambil gambar. Keputusan yang
diperolehi mempunyai kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi kerana pola
perlakuan masyarakat sukar berubah dengan mendadak (Mohd. Najib Abdul Ghafar,
2003). Kajian tinjauan ini sesuai digunakan dalam penyelidikan yang dijalankan kerana
kajian ini bermatlamat untuk mengumpulkan maklumat dan data mengenai
pembolehubah yang berkenaan.

ii. REKA BENTUK PERSEMPELAN

Bagi menentukan sampel kajian, saya menggunakan persampelan jenis rawak dan
mudah. Menurut Azizi Yahaya (2007), persempelan rawak mudah adalah proses
mencabut sampel di mana unit-unit dipilih secara individu dan langsung melalui proses
yang rawak. Teknik ini digunakan supaya semua peniaga mempunyai peluang yang sama
untuk dipilih dan pemilihan satu subjek adalah bebas dan tidak bersandar dengan
pemilihan subjek lain.
Data ini diperoleh daripada satu set borang soal selidik yang telah diedarkan
secara rawak kepada 30 responden iaitu usahawan peniaga runcit di sekitar Daerah
Seremban, Negeri Sembilan. Selain itu, analisis data dijalankan dengan melakukan

16
analisis satitistik deskriptif. Menurut Chua (2006), statistik deskriptif digunakan untuk
menghuraikan ciri-ciri pembolehubah. Statistik deskriptif menggunakan petunjuk-
petunjuk seperti min, sisihan piawai dan sebagainya untuk menyatakan ciri-ciri sesuatu
pembolehubah. Statistik ini merupakan teknik yag digunakan untuk meringkaskan satu
bahan mentah dan diproses ke dalam bentuk yang lebih ringkas dan mudah difahami.
Secara keseluruhannya, jadual kekerapan (frekuensi), peratusan dan skor min digunakan
untuk menjawab keseluruhan objektif ini.
Peniaga-peniaga kedai runcit Daerah Seremban, Negeri Sembilan merupakan
subjek kajian. Justeru itu, satu set borang soal selidik telah disediakan untuk diedarkan
kepada peniaga-peniaga kedai runcit di dalam Daereh Seremban, Negeri Sembilan bagi
mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor kejayaan seseorang usahawan Bumiputera
dalam bidang perniagaan peruncitan mereka. Soal selidik merupakan salah satu alat atau
instrumen yang digunakan untuk mengukur tingkah laku seseorang responden dan produk
dalam penggunaan alat pengukur ini adalah data (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2003).
Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat pengukuran dalam
pengumpulan maklumat. Ianya merupakan instrumen kajian yang lazim digunakan dalam
kajian deskriptif. Selain itu juga, soal selidik tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A adalah berkaitan dengan
demografi atau maklumat latar belakang responden. Manakala Bahagian B pula
menyentuh mengenai latar belakang perniagaan mereka dan Bahagian C pula berkenaan
item-item yang menjurus untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan. Disamping
itu, pemilihan item serta borang soal selidik yang dibuat oleh saya sebagai penyelidik
kajian adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria berikut:
i) Memudahkan saya sebagai penyelidik untuk menganalisis data-data yang
diperolehi.
ii) Membantu saya sebagai penyelidik memperolehi data yang lebih tepat
daripada responden terhadap aspek yang dikaji.
iii) Memudahkan saya sebagai penyelidik dalam mentadbir responden yang
ramai semasa kajian dijalankan.
iv) Responden yang dikaji melibatkan bilangan orang yang ramai.

17
v) Selain itu, dengan menggunakan borong soal selidik ini dapatlah
menjimatkan kos, masa dan tenaga saya sebagai seorang pekerja, seorang
pelajar Oum Seremban Negeri Sembilan dan sebagai seorang penyelidik
untuk mengkaji serta menyiapkan tugasan ini.

Bahagian A merangkumi soalan-soalan yang berkisar tentang latar belakang diri


responden atau maklumat demografi responden. Maklumat-maklumat dalam bahagian ini
memainkan peranan yang penting kerana ianya saling berkait rapat dengan jawapan yang
akan diberikan oleh responden dalam Bahagian B dan Bahagian C. Dalam bahagian ini
mempunyai empat item iaitu:
i) Umur peruncit
ii) Jantina.
iii) Status perkahwinan
iv) Tahap pendidikan

Bahagian B pula mengandungi 6 soalan yang berkisar tentang latar belakang


perniagaan responden. Maklumat-maklumat ini juga memainkan peranan yang penting
kerana ianya saling berkait dengan jawapan di Bahagian C. Dalam bahagian ini
mempunyai enam item iaitu:
i) Usia penubuhan perniagaan.
ii) Status tapak perniagaan
iii) Status pemilikan perniagaan
iv) Bilangan pekerja
v) Hubungan pekerja dengan responden
vi) Matlamat utama kewujudan perniagaan.

Bahagian C pula mengandungi 40 item soalan-soalan yang dikelaskan mengikut


empat persoalan kajian. Secara keseluruhannya, bahagian ini merupakan bahagian yang
utama di dalam analisis data.

18
iii. ANALISIS STATISTIK

Jadual 1: Taburan Keseluruhan Purata Peratus Bagi Persoalan Kajian Faktor-


Faktor Kejayaan Usahawan Bumiputera Dalam Perniagaan Peruncitan.

YA TIDAK
BIL. PERSOALAN KAJIAN
% %

1. Apakah seseorang usahawan


Bumiputera yang baru untuk
40 60
menceburi bidang ini sanggup untuk
menghadapi risiko?

2. Apakah seseorang usahawan


Bumiputera ini yakin kepada diri
70 30
sendiri dan tidak takut kepada
kegagalan?
3. Apakah seseorang usahawan
Bumiputera yang baru minat dalam 90 10

perniagaan yang mereka ceburi?


4. Apakah seseorang usahawan
Bumiputera tidak takut dalam
menghadapi kekuatan pesaing dari 50 50
golongan usahawan bukan
Bumiputera?

5. Apakah seseorang usahawan


Bumiputera itu mempunyai
30 70
kemahiran yang tinggi dalam bidang
yang mereka ceburi?

19
Rajah 1: Taburan Keseluruhan Peratus Bagi Soalan Kajian Faktor-Faktor
Kejayaan Usahawan Bumiputera Dalam Perniagaan Peruncitan.

Merujuk kepada jadual 1 dan rajah 1, hasil analisis keseluruhan item bagi faktor
sanggup menghadapi risiko bagi usahawan Bumiputera yang baru untuk menceburi
bidang perniagaan peruncitan menunjukkan purata yang menjawab YA adalah sebanyak
40% manakala yang menjawab TIDAK puratanya sebanyak 60%. Di dalam hal ini kita
dapat menyimpulkan bahawa kebanyakkan usahawan Bumiputera ini tidak berani dan
tidak sanggup untuk menghadapi risiko. Oleh itu, pendekatan yang perlu mereka ambil
ialah mereka mestilah mengkaji perniagaan tersebut dengan penuh teliti dan jika
seseorang usahawan itu yakin perniagaan tersebut boleh pergi jauh dan akan berkembang
seseorang usahawan Bumiputera itu mestilah berani untuk menghadapi risiko unutk
mengeluarkan modal. Jika usahawan Bumiputera tidak berani untuk menghadapi risiko
maka mereka tidak akan berjaya sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Didalam faktor yakin kepada diri sendiri dan tidak takut kepada kegagalan jadual
1 dan rajah 1 menunjukkan taburan purata respondan yang menjawab YA ialah sebanyak

20
70% dan respondan yang menjawab TIDAK adalah sebanyak 30%. Ini boleh kita
simpulkan bahawa ramai ushawan Bumiputera yakin pada diri sendiri dan tidak takut
kepada kegagalan. Oleh itu, usahawan Bumiputera seharusnya selalu pergi keceramah-
ceramah motivasi perniagaan kerana dengan kehadiran usahawan Bumiputera untuk hadir
ke ceramah motivasi ini dapat mengekalkan keyakinan serta yakin dan berani dalam
menempuhi cabaran-cabaran dimasa yang akan datang. Jika usahawan Bumiputera yakin
pada diri sendiri maka mereka akan berjaya sebagai seorang usahawan.

Seterusnya, di dalam jadual 1 dan rajah 1 faktor minat dalam perniagaan yang
mereka ceburi menunjukkan taburan purata respondan yang menjawab YA ialah
sebanyak 90% dan taburan purata respondan yang menjawab TIDAK adalah sebanyak
10%. Di dalam taburan purata ini dapat kita lihat bahawa usahawan Bumiputera
mempunyai minat yang mendalam didalam perniagaan yang mereka ceburi dan sedikit
sahaja usahawan Bumiputera yang tidak minat dalam perniagaan yang mereka ceburi
kerana terpaksa untuk melaksanan sesuatu benda yang bukan minat mereka. Sebagai
contohnya usahawan Bumiputera yang terpaksa dan tidak minat dalam perniagaan
mereka adalah kerana kekangan wang untuk membuat perniagaan lain, dipaksa oleh ahli
keluarga untuk menceburi bidang perniagaan yang mereka tidak minat dan akhir sekali
kekangan hidup. Kekangan hidup bermaksud seseorang usahawan Bumiputera itu
terpaksa melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka untuk meneruskan legasi
perniagaan keluarga mereka.

Selain itu, faktor seseorang usahawan Bumputera itu sanggup untuk menghadapi
pesaing daripada usahawan bukan Bumiputera menunjukkan respondan yang menjawab
YA sebanyak 50% manaka respondan yang menjawab TIDAK sebanyak 50%. Di dalam
taburan purata di dalam jadula 1 dan rajah 1 jelaslah menunjukkan bahawa usahawan
Bumiputera ragu-ragu untuk bersaing dengan usahawan bukan bumiputera. Ini kerana
jika usahawan Bumiputera tidak berani untuk menghadapi pesaing daripada usahawan
bukan Bumiputera maka kebarangkalian kejayaan usahawan Bumiputera itu akan
berkurang dan tidak akan berjaya didalam perniagaan yang mereka ceburi.

21
Selain itu juga, berdasarkan jadual 1 dan rajah 1 kebarangkalian kejayaan
usahawan Bumiputera dalam faktor kemahiran yang tinggi dalam perniagaan yang
mereka ceburi menunjukkan taburan purata respondan yang menjawab YA ialah
sebanyak 30% dan respondan yang menjawab TIDAK sebanyak 70%. Didalam taburan
purata ini dapatlah saya simpulkan bahawa kebanyakkan usahawan Bumiputera tidak
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang perniagaan yang mereka ceburi. Mereka
sekadar mempunyai banyak pengalaman didalam bidang perniagaan yang mereka ceburi.
Oleh yang demikian saya menyarankan bahawa usahawan Bumiputera mestilah
mengambil pendekatan yang sewajarnya untuk meninba ilmu dalam perniagaan yang
mereka ceburi dan usahawan Bumiputera mesatilah mendapatkan kemahiran dan sijil
yang berkualiti untuk memajukan perniagaan mereka serta bukan hanya memajukan
perniagaan mereka atas dasar pengalaman mereka yang bertahun-tahun.

KESIMPULAN

Hasil kajian in diharap dapat membantu masalah yang membelenggu perniagaan


khususnya peniaga kedai runcit berbangsa Melayu di sekitar Daerah Seremban, Negeri
Sembilan. Faktor penentu kejayaan usahawan Bumiputera tersebut perlu dikenalpasti
supaya dapat membantu usahawan Bumiputera untuk khususnya peniaga kedai runcit
untuk berjaya dalam perniagaan yang mereka jalankan. Berdasarkan cadangan yang
dikemukakan, masalah kewangan yang dihadapi oleh peniaga dapat diselesaikan dengan
cara yang lebih berkesan. Dari segi persaingan melalui kewujudan pasar raya besar serta
pesaingan daripada usahawan Bukan Bumiputera bukanlah satu ancaman kepada
usahawan Bumiputera. Namun jadikan ianya sebagai persaingan yang sihat supaya
peniaga dapat menawarkan perkhidmatan mereka dengan lebih baik dalam perniagaan
mereka. Ini bagi memastikan pengguna dapat membuat pilihan yang tepat dan
memuaskan. Persaingan secara adil dapat diwujudkan antara peniaga dengan kelompok-

22
kelompok mereka. Semua pihak yang terlibat baik secara langsung atau tidak langsung
hendaklah sentiasa memberikan kerjasama supaya perkara yang membelenggu usahawan
Bumiputera dapat diatasi dari semasa ke semasa. Berdasarkan factor usahawan yang
dikaji faktor yakin kepada diri sendir merupakan faktor yang paling signifikan dalam
mempengaruhi kejayaan usahawan Bumiputera. Oleh yang demikian, ianya bertepatan
dengan faktor yang perlu ada pada seorang usahawan yang mana mereka perlu bersifat
kreatif dan inovatif. Oleh itu, apabila wujud keyakinan diri yang tinggi dalam diri
usahawan Bumiputera maka ianya dapat meningkatkan kemajuan usahawan Bumiputera
untuk terus bersaing dengan apa jua bentuk persekitaran yang mereka lalui. Perasaaan
malu untuk mencuba di kalangan usahawan Bumiputera perlu dikikis supaya bangsa
Melayu terus maju dan mampu bersaing dengan usahawan-usahawan berbangsa lain.

5885 PATAH PERKATAAN

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

1. Modul Open University Malaysia (OUM), Ogos 2014, BBRC4103

2. Kothari, CR (2009). Kaedah Kajian

3. Moha Asri, Juhary Ali dan Fauziah Idris. 2000. Pengurusan Perniagaan Kecil, Utusan

Publication and Distributors Sdn Bhd., Kuala Lumpur.

4. Md. Mohar Mohamad, Mior Razman Mior yunus, Muhammad Fakhrurazy Md. Ariff,

Noorazimah Mohd Noor, Tan Chai Chen dan tew Nee Hong. 2000. Kajian

23
Perbandingan Keusahawanan Bangsa Melayu dan Cina, Persidangan Kebangsaan

Pertama Keusahawanan dan Perniagaan Kecil.

5. Yazilmiwati, Y., & Ilhaamie, A. (2009). Faktor-Faktor Motivasi Usahawan Muslim

Untuk Memulakan Aktiviti Keusahawan: Kajian Sorotan Karya Menurut Perspektif

Islam.

6. Mohd Rashid, A.B. (2008). Tahap Kesampaian Bantuan Kewangan Dan Kredit

Kerajaan (BKKK) Terhadap Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)

Bumiputera

7. http://www.palgrave.com/studentstudyskills/page/choosing-appropriate-research-

8. https://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_3A4.pdf

9. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/11/781235/bantu-usahawan-bumiputera

10. https://nikthoha.com/3-faktor-penting-yang-mempengaruhi-kejayaan-seorang-

usahawan/

11. https://www.researchgate.net/publication/322184586_Faktor-

Faktor_yang_Mempengaruhi_Kejayaan_Usahawan_Wanita_Tekun_Satu_Kajian_di_

Daerah_Hulu_Langat

12. http://usahawanbistari.blogspot.com/2008/07/faktor-kejayaan-dan-kegagalan-

usahawan.html

13. https://www.medac.gov.my/index.php?id=11&page_id=22&articleid=2759

14. https://www.mara.gov.my/bm/menu_keusahawanan/kemudahan-sokongan/

pembiayaan-perniagaan/

15. https://umtjur.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/141/2021/02/10-UMT-JUR-

VOL-3.1.pdf

24
25

Anda mungkin juga menyukai