Anda di halaman 1dari 31

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

SOALAN 1 2
1.0 Pengenalan
1.1 Peranan Etika Dalam Bidang Sains Dan Perubatan
1.2 Peranan Etika Dalam Perniagaan Dan Perdagangan
1.3 Peranan Etika Dalam Perhubungan Individu Dan Masyarakat
1.4 Kesimpulan

SOALAN 2 8
2.0 Pengenalan
2.1 Berpegang Teguh Kepada Etika Agama Dan Kepercayaan
Masing-Masing Mewujudkan Masyarakat Yang Aman Damai
2.3 Kesimpulan

SOALAN 3 15
3.0 Pengenalan
3.1 Persamaan Etika Agama Buddhisme Dan Hinduisme
3.2 Perbezaan Etika Agama Buddhisme Dan Hinduisme
3.3 Amalan etika berasaskan agama Buddhisme dan Hindduisme dalam kehidupan
3.4 Kesimpulan

SOALAN 4 23
4.0 Pengenalan
4.1 Etika berasaskan Islam
4.2 Amalan Etika Berasaskan Agama Islam dalam kehidupan seharian
4.3 Kesimpulan

1
SOALAN 1

1.0 Pengenalan

Etika merupakan hal-hal moral, adab dan nilai dalam perlakuan manusia. Etika
menerangkan perlakuan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu dan menjelaskan
apa yang seharusnya manusia lakukan. Md.Salleh & Saiful (2000) mendefinasikan etika
sebagai peraturan perlakuan atau prinsip moral yang memberikan panduan kepada sesuatu
tindakan boleh atau sesuai bagi sesuatu keadaan. Manakala Bourke (dipetik dari Md.Salleh &
Saiful, 2000) mendefinasikan etika sebagai daya intelek manusia yang membolehkan mereka
menggunakan taakulan untuk menentukan dan membezakan yang ‘baik’ daripada yang
‘buruk’ bagi perkara berkaitan dengan kehidupan harian mereka.

1.1 Peranan Etika Dalam Bidang Sains Dan Perubatan

Etika mempunyai tanggungjawab menganalisis, menilai dan mengembangkan norma-


norma, kriteria-kriteria moral bagi menyelesaikan masalah-masalah moral. Ia juga adalah
teori yang berkaitan dengan tindakan,hujah-hujah dan tujuan yang diarahkan kepada makna
sesuatu tindakan.Ia juga dikenali sebagai falsafah moral yang tidak berkaitan dengan fakta
ataupun fizikal manusia tetapi sebagai falsafah nilai yang mengambil kira tindakan ataupun
tingkah laku. Selain itu juga, etika bermaksud suatu ukuran dan piawaian yang digunakan
bagi membezakan kelakuan seseorang sama ada baik ataupun buruk.

1.2 Dalam bidang sains dan perubatan

Sumbangan dalam bidang sains moden sememangnya tidak dapat dinafikan lagi
kepentingannya dalam memberi kemudahan dan kesempurnaan hidup kepada manusia.
Namun begitu, tidak boleh disangkal juga bahawa ia telah mengakibatkan krisis nilai dan
konflik pemikiran yang penuh tragis. Faktor utama yang mencetuskan fenomena itu ialah
penyingkiran dan peminggiran agama dan aspek-aspek etika dalam budaya sains moden.
Oleh hal demikian, peranan etika dalam bidang sains sangat penting bagi memastikan bidang
ini selamat untuk kegunaan manusia dan alam sekitar keseluruhannya. Antara peranan etika
dalam bidang ini iallah:

1.2.1 Sebagai panduan

Etika sains dan perubatan amat penting dalam bidang ini. Antaranya adalah sebagai
panduan kepada saintis dan teknokrat dalam melakukan kerja mereka. Etika menjadi panduan

2
untuk para saintis mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk menjamin keselamatan dan
menjadikan sesuatu kerja menjadi lebih teratur dengan adanya etika. Ia juga penting dalam
membataskan perkara-perkara yang boleh dilakukan. Dengan adanya etika para pengkaji
dapat mengetahui etika buruk yang perlu mereka jauhi dalam menjalankan sesuatu
penyelidikan. Ia juga membataskan perkara yang boleh dilakukan untuk menjamin
kesejahteraan dan menjauhi kesan buruk.

1.2.2 Menjaga kepentingan manusia

Selain itu, kepentingan etika jiga adalah untuk menjaga kepentingan manusia dari
kerakusan sains yang mengancam keselamatan manusia. Sebagaimana yang kita tahu
manusia lebih mengikuti nafsunya berbanding akalnya apabila mereka telah mencapai apa
yang dimahukan. kerakusan boleh berlaku apabila manusia terlalu taksub kepada sains. Oleh
itu etika dapat membantu para saintis dalam mengehadkan penghasilan teknologi baru yang
membahayakan manusia. Etika dalam bidang sains dan perubatan amat penting dalam
melahirkan saintis dan ahli perubatan yang berdisiplin tinggi. Hal ini kerana dengan adanya
etika, para saintis yang mengikuti etika tersebut dapat melatih diri mereka untuk mejadi lebih
bersisiplin. Sebagai contoh, para saintis akan melakukan kerja dengan tekun dan teliti, bijak
menguruskan dan menepati masa. Kesannya, bidang sains dan perubatan akan lebih
berkembang maju dan menjadikan para saintis lebih berjaya dengan adanya sifat disiplin
yang tinggi.

1.2.3 Batas panduan penggunaan sains dan ilmu perubatan

Etika juga akan memastikan penggunaan sains secara berhemah. Etika dalam sains
dan perubatan dapat mengelakkan para saintis dalam menggunakan perubatan sesuka hati. Ini
memberi peluang kepada para saintis lain untuk menggunakan perubatan tersebut. Kesannya,
perubatan yang sedia ada dapat digunakan dengan baik dan berkesan dan tiada masalah
pembaziran akan berlaku. Oleh itu, etika amat penting dalam penghasilan bidang perubatan.

1.3 Dalam perniagaan dan perdagangan

Etika dalam perniagaan dan perdagangan merupakan amalan yang sangat penting
untuk diamalkan oleh semua peniaga. Etika perniagaan secara mudah bermaksud, berniaga
dan berdagang dengan menjaga adab, peraturan dan juga kepentingan bersama. Antara
peranan etika perniagaan dan perdagangan ialah:

3
1.3.1 Mewujudkan kejujuran.

Seorang peniaga atau sebuah perniagaan tidak akan menipu para pelanggan mereka.
Mereka bercakap apa yang benar dan menyatakan kekurangan barangan jika ada, sebaliknya
tidak menyembunyikannya. Peniaga yang jujur juga menjual barangan yang baik-baik sahaja
dan tidak menjual sesuatu yang sudah rosak atau sudah tidak boleh dipakai lagi tanpa
pengetahuan pembeli. Umpama menjual buah, mereka sama-sekali tidak mencampur-
adukkan dengan buah-buah yang buruk bersama dengan yang baik.

1.3.2 Mengelakkan sikap mementingkan diri sendiri.

Sebuah perniagaan dan perdagangan yang baik bukan hanya mahu keuntungan
semata-mata. Hakikatnya berniaga adalah salah satu cabang usaha yang mulia kerana ia
memenuhi kehendak dan keperluan manusia. Dari asas kefahaman itulah, usahawan atau
peniaga yang beretika lebih mementingkan kesenangan orang lain. Tidaklah bermakna
seseorang peniaga atau pedagang tidak perlu untung jika beretika, tetapi selain mendapat
keuntungan, para pelanggan juga mendapat manfaat yang baik daripada barang yang dijual
tersebut.

1.3.3 Memastikan barangan perniagaan dan perdagangan bermanafaat

Salah satu aspek yang diutamakan ialah barangan yang bermanfaat, bersih atau dalam
bahasa yang mudah, bukan sesuatu yang membahayakan. Maka, para peniaga yang beretika
perlulah menjual atau meniagakan sesuatu yang bermanfaat sahaja dan jangan sesekali
melibatkan diri dengan perniagaan yang haram di sisi Agama. Contohnya menjual dadah,
barangan curi, makanan yang jelas diharamkan oleh Agama dan apa sahaja yang
membahayakan para pembeli.

1.3.4 Mengelakkan berlaku penganiayaan

Sebuah perniagaan yang mempunyai etika yang baik ialah tidak mengenakan apa-apa
faedah (bunga/riba) kepada para pelanggannya, bahkan memberikan kemudahan yang
bersesuaian. Dalam aspek yang lain pula contohnya seperti harga. Seorang peniaga yang baik
sama-sekali tidak cuba meletakkan harga yang tidak masuk akal atau dalam bahasa yang lain,
harga yang mencekik darah.

4
1.3.5 Mengelakkan berlaku monopoli.

Jika mengikut etika perniagaan dan perdagangan yang baik, seorang peniaga tidak
harus memonopoli sesuatu barangan. Sebaliknya seseorang peniaga ataupun pedagang
digalakkkan saling bantu membantu di antara satu sama lain. Contoh monopoli di sini ialah
seperti sebuah perniagaan menggunakan segala kuasa yang ada pada mereka untuk
menaikkan harga, atau menyalahgunakan kekuatan yang mereka ada untuk menyekat orang
lain melakukan sesuatu yang sama seperti mereka. Akhirnya, hanya mereka sahaja yang
untung dan orang lain hanya dieksploitasi sewenangnya. Di dalam perniagaan, hubungan
yang wujud bukan hanya peniaga dan pembeli, malah peniaga dengan peniaga yang lain juga
perlu menjalinkan satu hubungan yang baik.

1.4 Dalam perhubungan antara individu dan masyarakat

Manusia merupakan makhluk sosial yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Sejak dilahirkan sehingga akhir hayat, memberi dan menerima pertolongan merupakan dua
amalan yang biasa bagi seorang manusia yang normal. Semasa masih bayi lagi, seseorang
memerlukan pertolongan daripada orang sekeliling untuk menerus dan memenuhi kehendak-
kehendak asas seperti makan, minum dan seumpamanya. Manusia dan persekitaran adalah
dua elemen yang tidak boleh dipisahkan dalam memastikan kesempurnaan dan kelangsungan
kehidupan. Etika dalam perhubungan antara individu dan masyarakat adalah segala hal yang
mengatur seseorang individu dan sesebuah masyarakat dalam kehidupan seharian seperti
kebiasaan, adat-istiadat, watak, perasaan, sikap dan cara berfikir.

1.4.1 Sebagai Panduan

Dalam pergaulan individu dan masyarakat, manusia memerlukan etika sebagai


pedoman dalam berkata, berpikir dan melakukan suatu kebiasaan yang baik untuk dianut
sehingga dapat diwariskan dari satu generasi ke generasi selanjutnya. Maka dari itu,
pemahaman akan etika dalam kehidupan bertetangga dan bermasyarakat sangat penting
untuk dalam mengimplementasikannya dalam kehidupan sehari-hari. Etika menjadi kayu
ukur dalam menghadapi pelbagai perbezaan yang ada dalam masyarakat. Sehingga
masyarakat dapat brhubungan secara rasional dan kritis serta dapat mengambil sikap yang
sewajarnya dalam menghadapi perselisihan.

5
1.4.2 Mewujudkan suasana harmoni

Oleh itu, perhubungan yang beretika antara individu dan masyarakat adalah fitrah
semula jadi yang ada dalam diri setiap manusia bagi mewujudkan suasana harmoni dalam
sesebuah negara. Manusia memerlukan peraturan-peraturan yang dapat membatasi kelakuan
supaya manusia tidak terlalu bebas sehingga mengancam keselamatan dan hak asasi orang
lain. Menurut Baumhart (1968), beliau mengatakan bahawa peraturan manusia tidak wujud
sendiri, tetapi ialah hasil yang terkumpul daripada ilmu pengetahuan dan pengalaman baru
dan lama dalam kehidupan manusia. Etika diwujudkan kerana manusia lebih cenderung
dalam mematuhi beberapa peraturan dan mengikut adat resam serta kelaziman hidup dalam
menghadapi perhubungan dengan orang lain.

1.4.3 Memelihara Kemuliaan

Peranan etika juga adalah untuk memelihara kemuliaan manusiadalam perhubungan antara
individu dan juga perhubungan dalam masyarakat dengan sifat-sifat yang terpuji. Seseorang
insan perlu mempunyai keperibadian yang baik dan dianggap sebagai seorang insan yang
bermoral. Seseorang individu perlu didedahkan kepada situasi alam persekitarannya dan
diajar melalui pelbagai pendekatan seperti pendidikan agama, pendidikan moral, atau asuhan
ibu bapa, sebelum dia dapat beramal dengan akhlak yang mulia.

1.4.4 Memperkukuhkan Perpaduan

Di samping itu, etika dalam diri seseorang juga penting untuk memperkukuhkan lagi
perpaduan dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian, jika nilai-nilai murni seperti sabar,
toleransi dan bekerjasama sentiasa diamalkan dalam kalangan masyarakat, maka suasana
persekitaran yang harmoni dapat dipelihara dan mewujudkan masyarakat yang berintegriti.
Menurut Abdul Rahman Abdul Aziz (2002), keharmonian sesebuah negara disumbangkan
oleh pengurusan yang baik dalam kompenan sosial, ekonomi dan politiknya. Oleh itu,
bermula dengan perhubungan sosial yang baik antara individu dapat menggalakkan
perhubungan yang positif dengan amalan saling bekerjasama dan bersatu padu sesama
masyarakat.

6
1.5 Kesimpulan

Kesimpulannya ialah proses menuju negara maju seharusnya tidak meninggalkan persoalan
etika di belakang. Nilai-nilai etika ini perlulah dijunjung dan ditanam dalam diri setiap insan
agar kemajuan yang dicapai mempunyai makna dan berkualiti tinggi. Kita sepatutnya
mencontohi negara maju yang lain seperti Jepun, walaupun status negara maju telah lama
dikecapi, tetapi etika mereka berada pada tahap yang sangat tinggi dan terpuji. Sebenarnya,
sistem nilai dan etika yang mantap akan memastikan sesebuah masyarakat akan membangun
dalam konteks yang berpedoman, maka nilai tersebut yang bertindak sebagai faktor pendesak
yang kuat kearah kemajuan dan pembangunan sesebuah negara.

7
SOALAN 2

2.0 Pengenalan

Pada umumnya, faktor yang sering menimbulkan konflik dan perpecahan di kalangan
rakyat berbilang kaum (plural society) adalah hal-hal yang berkaitan dengan agama. Namun,
pada millenium ini, elemen yang sering menimbulkan konflik di kalangan masyarakat
majmuk adalah bukan agama itu sendiri, tetapi faktor kegagalan rakyat memahami nilai-nilai
yang terkandung dalam agama lain. Dalam konteks ini, Malaysia selaku sebuah negara yang
rakyatnya berbilang kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Iban, Murut,
Bajau, Bidayuh, Penan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Orang Asli dan kaum bumiputera yang lain,
perlu memahami nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang menjadi anutan
rakyat Malaysia agar dapat menerapkan nilai-nilai menghormati agama lain.

2.1 Berpegang teguh kepada etika agama dan kepercayaan masing-masing akan
menjadikan masyarakat aman damai

Penduduk Malaysia berbilang kaum, namun sikap berpegang teguh kepada agama dan
kepercayaan masing-masing serta semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat
penting untuk merealisasikan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap ini, akan lahirlah
masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa
perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh'.

Prinsip pertama Rukun Negera iaitu “Kepercayaan Kepada Tuhan” menjadi nadi
pembinaan jati diri masyakat Malaysia dan sewajarnya menjadi panduan dan pedoman hidup
bermasyarakat oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Pada dasarnya,
prinsip ini mengungkapkan bahawa rakyat Malaysia berpegang teguh kepada kepercayaan
kepada Tuhan. Ini bermakna Malaysia adalah negara yang menolak sebarang ideologi yang
tidak mempercayai wujudnya Tuhan (atheisme).

Oleh yang demikian, kepercayaan kepada Tuhan mampu menjadikan masyarakat


berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama. Jika masyarakat
berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing secara postif maka ia dapat
membentuk kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Melalui ikatan keagamaan, manusia akan
bertindak sebagai seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa menjaga keamanan dan
keharmonian negara. Rakyat juga akan sentiasa berasa bersyukur dalam kehidupannya.

8
Prinsip pertama Rukun Negara ini sebenarnya mendukung kebebasan dan pengamalan
agama seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Menurut Abdul Aziz Bari
(2002), perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan bagi Malaysia. Perkara
ini jelas dimaktubkan dalam Perlembagaan di bawah Perkara 3 (1) yang menyatakan bahawa:
“Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.

Selain itu, kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini menuntut setiap orang
menghormati agama yang dianuti oleh orang lain serta hak untuk mengamalkan. Walaupun
Islam diletakkan sebagai agama rasmi tetapi ajaran Islam tidak memaksa mana-mana
individu untuk memeluk Islam. Hakikatnya, Malaysia mengamalkan kebebasan beragama
dan seharusnya dapat membentuk masyarakat kita saling menghormati kepercayaan dan
amalan ibadat setiap agama. Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat mengembangkan
perbuatan yang luhur, yang mencerminkan sikap dan suasana interaksi masyarakat secara
harmoni dan sekali gus dapat mengembangkan sikap adil terhadap sesama insan.

Di samping itu, prinsip universal yang harus dipegang oleh semua penganut agama di
negara ini ialah berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan masing-masing secara
beradab agar dapat membina kerukunan hidup secara harmoni. Hal ini seharusnya dapat
mengembangkan lagi sikap hormat menghormati dan bekerjasama antara penganut pelbagai
agama walaupun agama dan kepercayaan terhadap Tuhan adalah hal yang menyangkut
hubungan peribadi manusia dengan Tuhan yang dipercayainya.

Justeru itu, kita seharusnya berasa bimbang terhadap trend penghinaan terhadap
kesucian agama contohnya seperti kes Alvin dan Vivian yang mempersendakan amalan puasa
umat Islam. Perbuatannya itu mendapat kecaman bukan sahaja dari masyarakat Islam, malah
masyarakat bukan Islam juga. Ini mebuktikan bahawa masyarakat bukan Islam di negara ini
juga tidak merestui sebarang sikap ekstrem yang cenderung menghina ibadat atau amalan
agama orang lain. Kita berasa khuatir dengan trend yang tidak sihat ini yang boleh
mengeruhkan perhubungan antara kaum dan agama di negara ini.

Secara asasnya, peranan agama dalam masyarakat ialah membantu dalam


menyembuhkan seseorang individu, apabila individu telah sembuh daripada penyakit-
penyakit sosial, maka keluarganya pula akan sembuh dan seterusnya masyarakat pula akan
sembuh. Kebanyakan penyakit gejala sosial hari ini boleh disembuhkan dengan mengikuti
dan mematuhi kod moral dalam dalam agama seperti Rukun Iman dalam Islam dan The Ten

9
Commandments dalam ajaran Kristian. Agama sebenarnya ialah makanan yang amat
diperlukan oleh jiwa iaitu lebih penting dan lebih besar daripada keperluan fizikal manusia.

Selain itu, fungsi agama juga memberikan rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok
manusia iaitu agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok manusia. Ini
adalah kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang
sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama. Agama juga memainkan
fungsi kawalan sosial yang amat penting kerana semua prinsip agama menyuruh kepada
kebaikan dengan menggariskan etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya.

Malaysia mempunyai rekod cemerlang sebagai negara berbilang kaum, agama dan
budaya tidak seperti kebanyakan negara majmuk lain yang menghadapi masalah besar dalam
mengimbangi kebebasan pengaruh nilai dan beragama dalam masyarakat. Masyarakat yang
gagal menjamin kebebasan beragama akan gagal mewujudkan keharmonian sehingga
menyebabkan konflik, yang pada akhirnya membawa kepada krisis kemanusiaan. Kestabilan
dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah kalau kita gagal berpegang teguh dan
memelihara nilai yang dibawa oleh agama.

Jelas kepada kita bahawa etika dalam kehidupan tidak dapat dipisahkan dengan ajaran
keagamaan.Kefahaman nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama akan membantu
rakyat Malaysia secara amnya dan golongan generasi muda secara khususnya supaya
mengkikiskan persepsi negatif terhadap penganut agama lain. Berikut merupakan kesan
daripada penghayatan kepada etika agama dan kepercayaan masing-masing:

2.1.1 Mengamalkan sikap perpaduan dalam perhubungan

Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Peranannya
merangkumi sistem nilai, psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku setiap
individu. Faktor agama pula bertindak sebagai pencorak dalam mengaplikasikan unsur-unsur
tersebut dalam kehidupan masyarakat.Terdapat lima tamadun besar yang berkembang di
Malaysia iaitu Tamadun Melayu, Tamadun India, Tamadun Cina, Tamadun Barat dan
Tamadun Islam.Dalam kata erti lain iaitu agama Islam, agama Hindu, agama Buddha, agama
Kristian dan lain-lain.

Kesemua tamadun dan agama ini bergerak dan membina pengaruhnya dalam
kehidupan bangsa yang mendokonginya. Hal ini bukan sahaja membentuk struktur pemikiran
dan kebudayaan pelbagai kaum tersebut bahkan telah membentuk perspektif moral dan

10
kepercayaan mereka. Walaupun mempunyai kepelbagaian dari segi ideologi, kepercayaan,
kebudayaan dan tradisi sesuatu bangsa, kita melihat adanya persamaan dari aspek nilai dan
norma yang boleh dikongsi bersama bagi memupuk perpaduan.

Garis persamaan yang terdapat antara seorang manusia dengan manusia yang lain
walau berbeza agama ini jika ditekankan akan mampu mencapai dan mempertingkatkan nilai
perpaduan dalam masyarakat. Antara nilai-nilai yang ada adalah sikap toleransi, sikap
bersederhana, berkasih-sayang dalam hubungan kemanusiaan, dan kemesraan. Hubungan
kasih-sayang dan bersederhana dalam kehidupan contohnya merupakan aspek nilai yang
wujud dalam setiap kebudayaan bangsa. Setiap agama telah mengajarkan etika hubungan
sesama manusia yang menekankan kesederhanaan dan nilai kasih sayang untuk semua
manusia. Malah sifat ini akan melahirkan sifat tolong-menolong, suka melakukan amal
kebajikan dan berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memenuhi tuntutan
masyarakat.

Dasar perhubungan antara manusia ditekankan dalam mewujudkan persaudaraan,


bekerjasama dan sikap saling bantu-membantu. Permusuhan, konflik dan persaingan yang
tidak adil perlu dibendung untuk mengelakkan pertelagahan bagi mengukuhkan perdamaian
dalam hubungan antara manusia. Konsep kenal-mengenal antara manusia yang pelbagai
bangsa dan kaum merupakan dasar pemupukan perpaduan kerana di dalamnya terkandung
nilai kebebasan beragama, hak untuk menikmati keselamatan, keadilan, dan perundingan.
Persamaan nilai ini merupakan prinsip yang universal dan semua kaum menerimanya serta
mampu dijadikan asas untuk memupuk perpaduan.

2.1.2 Mengamalkan toleransi dalam pergaulan.

Toleransi merupakan amalan dan persiapan masyarakat Malaysia untuk bersedia


hidup bersama dalam keadaan aman damai. Toleransi dalam konteks bangsa dan agama
bererti setiap ahli masyarakat berhak untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian, dan
melaksanakan ajaran agama masing-masing serta mengamalkannya tanpa halangan. Semua
penganut agama di sisi undang-undang Negara adalah sama. Sifat toleransi ini merupakan
syarat bagi setiap ahli masyarakat majmuk yang menginginkan kehidupan yang aman dan
tenteram. Apabila wujud interaksi dan persefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat
beragama dan berlainan budaya ini, ia akan membentuk masyarakat yang harmonis.

11
Orang Islam di Malaysia sudah menunjukkan sikap toleransi sejak pembentukan
Perlembagaan 1957. Sifat tolak ansur dan persefahaman antara kaum telah membentuk
sebuah Negara yang bersatu padu dengan syarat kerakyatan yang longgar kepada warga
bukan Melayu dan keistimewaan orang Melayu mengikut perlembagaan sejajar dengan
hakikat orang Melayu sebagai tuan Negara ini. Tolak ansur dan kelonggaran kerakyatan
merupakan keuntungan yang besar kepada pihak bukan Melayu kerana selepas setahun
Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, seramai 800,000 orang bukan Melayu
telah diterima sebagai warganegara.

Sikap toleransi di kalangan orang Melayu terus diamalkan apabila orang bukan
Melayu juga diberi ruang dan peluang untuk bergerak aktif dalam politik dan ekonomi
Negara. Hal ini mewujudkan keseimbangan antara kaum dan mewujudkan kesamarataan
sosial serta melahirkan sifat perlumbaan secara adil serta mengurangkan diskriminasi dan
konflik antara kaum yang ada. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu berpegang teguh
kepada asas persetujuan ini dan sentiasa menanamkan nilai faham-memahami dan hormat-
menghormati.

2.1.3 Menyemai pergaualan dengan persefahaman dan sifat hormat-menghormati

Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya yang


tersendiri. Kepelbagaian adat dan budaya ini menjadikan Malaysia menjadi Negara yang
istimewa sama ada dari aspek berpakaian, makanan, pantang –larang dan cara hidup serta
amalan keagamaan. Oleh itu, bagi memastikan kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan
murni dan bebas, setiap kaum dan bangsa perlu kepada saling memahami keperluan masing-
masing.

Persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan
agama ini adalah penting untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan kaum. Sensitiviti
setiap agama dan bangsa perlu didedahkan agar masing-masing faham-memahami tuntutan
agama masing-masing dan pantang larang adat kaum masing-masing. Pendedahan ini boleh
dilakukan melalui sistem pendidikan, media dan berdialog mengikut batas-batas yang
tertentu.

Semua masyarakat di Malaysia ini perlu memberi ruang untuk berinteraksi dan
berkomunikasi bagi berbincang mengenai nilai-nilai agama masing-masing. Mereka perlu
berusaha untuk memahami realiti kehidupan beragama dalam masyarakat sama ada di

12
kalangan masyarakat Islam mahupun masyarakat bukan Islam. Umat Islam sendiri tidak
seharusnya memencilkan diri untuk berbincang tentang Islam hanya dalam kalangan umat
Islam sahaja. Pendedahan terhadap nilai-nilai Islam perlu dijelaskan bagi membantu orang
bukan Islam memahami nilai-nilai Islam yang universal itu dan menghormatinya sebagai
agama rasmi Negara.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap
diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu
matlamat iaitu membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni bagi memudahkan
pelaksanaan pembangunan negara. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara
kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih
aman, maju, selamat dan makmur.

13
2.3 Kesimpulan

Etika tidak pernah terpisah daripada ajaran agama. Etika merupakan sebahagian
daripada cara manusia berurusan dalam kehidupan seharian, maka ia sangat penting kepada
manusia seluruhannya. Etika menunjukkan bahawa manusia tidak boleh bertindak dengan
sesuka hati. Etika atau moral dan akhlak mempunyai tujuan, iaitu mengatur kehidupan
manusia supaya tidak menjadi huru-hara tetapi harmonis dengan diri, keluarga, masyarakat,
dan alam sekelilingnya. Demikian juga agama memainkan peranan dalam membentuk
peraturan hidup manusia. Jelas bahawa etika dalam kehidupan sangat berkait rapat dengan
ajaran agama. Sebenarnya agamalah yang menentukan etika pengikutnya. Setiap agama
mempunyai pengertian tertentu terhadap etika. Setiap agama mempunyai asas dan alasan
tersendiri. Maka dari itu wujud etika yang berbeza berdasarkan agama masing-masing seperti
etika islam, etika kristianiti, etika Hinduisme dan etika Budhhisme. Etika Islam amat jelas
kerana ia berlandaskan ketuhanan yang esa. Tuhan menentukan segala-galanya. Manusia
yang melakukan amal maaruf mendapat pahala, manakala manusia melakukan perkara
mungkar mendapat dosa. Kesemua ini meliputi aspek kehidupan. Setiap penganut Kristianiti
berharap mendapat kebahagian dan kesejahteraan semasa hidup di dunia dan selepas mati.
Amalan etika kristianiti akan melahirkan manusia yang penyayang, jujur, bersyukur, adil,
bertanggugjawab, cekap, bersemangat, rajin, tekun dan tidak berdendam. Kesemua ini tidak
terpisah daripada ajaran agama.

14
SOALAN 3

3.0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat berbilang kaum meliputi Melayu,


Cina dan India. Keunikan masyarakat Malaysia ialah walaupun mereka berlatar belakangkan
agama, budaya dan corak hidup yang berlainan, namun mereka hidup dalam keadaan yang
harmonis dan aman berlandaskan kepada kebudayaan nasional. Setiap agama yang wujud di
atas muka bumi ini sama ada bersifat agama samawi (agama yang datang berasaskan wahyu
dari Tuhan) seperti Islam dan Kristian atau agama budaya (agama yang lahir berasaskan
pengalaman tokoh dan kehidupan) seperti Buddha dan Hindu semuanya menyeru kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran. Nilai-nilai moral dan etika yang membangunkan
sesebuah bangsa adalah dituntut oleh semua agama.

Sesungguhnya, sistem nilai agama yang diamalkan dapat mempengaruhi kemajuan


dan kesejahteraan sesebuah masyarakat. Menurut Abd. Aziz Deraman (1978), antara
kepentingannya adalah mempertingkatkan mutu hidup manusia, mengembangkan intelek
manusia supaya ia berfungsi dengan efektif, melindungi nyawa manusia dan membenarkan
mereka terus hidup, mempertahankan hak asasi dan kebajikan manusia, mengelakkan
keruntuhan akhlak dan sistem moral dalam masyarakat, mewujudkan dan memelihara rukun
sosial (social order) dan memelihara keamanan masyarakat dengan suasana yang harmonis.

Namun begitu, masyarakat kita pada hari ini sering didedahkan dengan konsep
sekularisme dalam sistem kepercayaan iaitu memisahkan antara kepercayaan dan kehidupan
keduniaan. Fenomena inilah yang menyebabkan persoalan peribadatan ditolak dalam urusan
kehidupan seharian yang membantutkan perkembangan nilai agama itu sendiri dalam
pemikiran manusia. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ajaran agama dianggap sebagai
pemandu dalam mengemudikan perjalanan kehidupan manusia keseluruhannya.

3.1 Persamaan etika agama Budhhisme dan Hinduisme

Agama Buddhisme dan Hinduisme merupakan kepercayaan yang popular dalam


kalangan masyarakat India dan Cina di Malaysia. Buddhisme adalah agama budaya yang
diasaskan di India oleh Siddharta Gautama Buddha, seorang yang kuat berusaha untuk
mencapai ketinggian moral dalam kehidupan dan mencari keharmonian hidup dengan
usahanya sendiri. Falsafah Buddhisme adalah untuk memberikan panduan kepada manusia
mengenai kehidupan yang bermaruah dan berasaskan etika kehidupan yang sempurna yang

15
dipanggil 'Nirwana'. Seseorang itu perlulah melepasi 'Empat Kebenaran Mulia' (Four Noble
Truths) atau tahap penderitaan dalam kehidupan (circle of suffering).

Persamaan etika berasaskan agama Hinduisme dan Buddhisme antaranya daripada


segi tempat awal kemunculannya. Sebagaimana yang diketqahui agama Hindu dan Budha
sama-sama berasal dari India dan muncul di masa yang hamper sama. Kedua-duanya juga
merupakan agama Ardhi yang bermaksud muncul dari kebiasaan masyarakat di bumi tanpa
adanya campur tangan dari langit sebagaimana agama samawi. Etika yang berasaskan agama
Hinduisme dan buddhisme ini kemudiannya berkembang ke seluruh pelusuk dunia
termasuklah juga ke Tanah Melayu. Ini dapat dilihat daripada peninggalan agama ini dalam
adat istiadat Melayu seperti berinai, bersanding, konsep Devaraja, kepercayaan agama dan
sebagainya.

Asas penciptaan agama Buddha menegaskan bahawa manusia yang leka dengan
nikmat dunia adalah manusia yang paling bodoh kerana tenggelam dengan nikmat dan urusan
pengkajian dunia. Crutcher (2000) melihat agama Buddha mempunyai sistem pengkajian
alam semesta dalam sudut pandangan yang berlainan iaitu mengambil pendekatan tidak perlu
mengkaji alam semesta. Justeru itu, matlamat agama Buddha lebih tertumpu kepada
melakukan reformasi kuasa yang menggerakkan alam semesta. Prinsip utama yang dipegang
agama Buddha tidak meletakkan Tuhan sebagai kuasa penggerak tetapi lebih kepada sebab
dan akibat.

Di samping itu, asas penciptaan agama Hinduisme pula berpaksikan ketuhanan yang
bertindak sebagai Pencipta alam semesta. Terdapat tiga asas ketuhanan iaitu Tuhan Pencipta
(Brahma), Tuhan Penjaga (Vishnu) dan Tuhan Pemusnah (Shiva) yang diberi nama
(Trimurti). Menurut Durga (2004) Tuhan dijadikan oleh Tuhan yang lebih agung. Menjadi
kekeliruan masyarakat di luar agama Hindu bahawa agama Hindu mempercayai kepada
kepelbagaian dalam ketuhanannya (politeisme) sehingga menjangkau jumlahnya 3 juta
Tuhan. Namun, secara pemahaman sebenar yang dianuti oleh agama Hindu itu sendiri hanya
ada satu kekuasaan yang mutlak dan mereka menganggap dewa-dewa dan makhluk adalah
berpunca daripada Brahman.

Menurut Brian (2008), doktrin atau sistem nilai etika mempunyai persamaan antara
agama-agama seperti Islam, Kristian dan Yahudi. Sementara agama-agama lain seperti Hindu
dan Buddha wujud jurang perbezaan yang menjadi hak eksklusif agama-agama ini mengikut

16
sudut pandang dan kepercayaan mengenai konsep ketuhanan itu sendiri. Justeru, terdapatnya
asas kepercayaan utama sesebuah agama iaitu ketuhanan.

Hakikatnya, semua agama mempunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu dalam


agama yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya. Persamaan etika dalam agama
Hindu dan Buddha adalah terdapatnya konsep ‘kelahiran semula’ dan Karma, iaitu
pembalasan yang setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia. Selain itu, ajaran Buddha
dan Hindu meyakini transformasi sifat yang dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri
(self discovery).

3.2 Perbezaan etika berasaskan agama Budhhisme dan Hinduisme

Secara umumnya asas penciptaan alam semesta yang dipercayai oleh agama Hindu
berlandaskan kepada konsep ketuhanan sehinggakan Tuhan menyerapi setiap unsur alam
semesta dan alam semesta adalah Tuhan (panteisme) dan kepercayaan kekuasaan kepada
Tuhan yang lain (henoteisme). Manakala agama Buddha meletakkan asas penciptaan kepada
konsep sebab dan akibat (patticasamupadda) sehingga menafikan kuasa ketuhanan dalam
penciptaan alam semesta (ateisme).

Hasil pengkajian penulis mendapati terdapat beberapa perbezaan antara asas


penciptaan antara agama Hindu dan Buddha. Perbezaan pertama yang dilihat paling ketara
dalam asas penciptaan alam semesta adalah konsep ketuhanan. Agama Hindu meletakkan
Brahma adalah Tuhan Pencipta. Walaupun agama Hindu memiliki kefahaman mengenai
sebab dan akibat, evolusi dan emansi dalam proses penciptaan tetapi segala aturan dan
pentadbirannya tertakluk kepada kekuasaan serta kehendak Brahma (Wilson, 1972: 9). Di
dalam kitab Svestasvatara Upanishad (6. 16) menggambarkan asas kepada proses sebab dan
akibat masih ditunjangi Brahma iaitu:

“Tuhan adalah penyebab kepada lingkaran kelahiran dan kematian, penyebab


kepada pembebasan, penyebab kepada kehidupan sementara dan keterbatasan hidup
kita “(Basu, 1916: 113).

Berbezanya konsep ketuhanan agama Hindu dengan agama-agama teistik lain adalah
kepercayaan Tuhan yang Maha Mutlak (Brahman) dengan Tuhan yang Mutlak (Brahma) dan
yang memperanankan dalam proses penciptaan adalah Brahma dan Maya bukan Brahman.
Agama ini masih meletakkan ketuhanan adalah asas penciptaan alam semesta. Pengelasan
politeisme, monoteisme, panteisme ke dalam agama Hindu adalah biasa. Matthew (2007)

17
meletakkan kelas lain kepada agama Hindu iaitu henoteisme yang mana fahaman
kepercayaan kepada satu Tuhan tetapi mengakui kekuasaan Tuhan lain. Bagi penulis kelas
henoteisme ini lebih sesuai berbanding istilah-istilah yang lain bagi agama Hindu merujuk
konsep ketuhanan.

Berbeza dengan etika agama Buddha yang berlandaskan idea dan logik serta
mengangkat ‘Tuhan Pencipta’ adalah sebab dan akibat (patticasamupadda). Jika ditinjau
mengenai konsep ketuhanan agama Buddha, ia sememangnya tidak jelas dan tidak tetap.
konsep ketuhanan agama Buddha hanya menyanggah dan menafikan ketuhanan. Buddha
menjelaskan kefahaman mengenai Tuhan yang dipercayai oleh agama Hindu sebagai
kecelaruan. Konsep ketuhanan hanya buah fikiran manusia itu sendiri. Sebagai contoh, Tuhan
dikatakan sebagai yang pertama lahir hasil dari memikirkan mengenai dirinya sendiri seperti

“Aku adalah Brahma, Maha Berkuasa dan kewujudan adalah hasil dari-Ku”.

Konsepnya adalah;

“apabila aku memikirkan, maka jadilah ia dan hasil dari mental aspirasi Ku,
semua kewujudan itu wujud”.

Seterusnya dalam pandangan makhluk, memikirkan perkara yang sama iaitu

“itu adalah Brahma, Maha Berkuasa dan kita semua dijadikan oleh Dia. Kerana
kita melihat dia adalah yang pertama dan kita dijadikan selepas-Nya”.

(Rhys, 1978: 9-10).

Ia hanya buah fikiran sahaja. Kepercayaan kepada Tuhan adalah fatalisme berfikir dan
ia wajar ditolak. Jika semua fenomena disebabkan Tuhan, maka ia tidak sepatutnya diarahkan
kepada Tuhan kerana apakah perkara buruk yang berlaku di dunia ini seperti bunuh diri,
perompak dan mencuri juga datangnya tindakan buruk ini dari Tuhan? Justeru, ini yang
digelar sebagai salah faham mengenai tindakan Tuhan terhadap penciptaannya. Jika Tuhan
adalah penyebab segala yang berlaku di dunia ini, apakah peranan manusia berusaha? (Thera,
1978: 21).

Jika wujud Tuhan yang berkuasa memberi permintaan setiap dari manusia, Setiap
dari kewujudan itu ada kerahmatan, kecelakaan, perbuatan baik dan buruk,Maka

18
Tuhan diwarnai dengan dosa, Manusia melakukan tetapi mengerjakan apa yang
diperintahkan (Thera, 1978: 23).

Berdasarkan kepada kepercayaan agama Buddha yang menafikan ketuhanan dalam


asas penciptaan alam semesta dan menggantikannya dengan sebab dan akibat
(patticasmupadda), tidak keterlaluan meletakkan agama ini sebagai agama ateisme atau
kelompok agama yang menafikan ketuhanan atau entiti yang bersifat dengan sifat ketuhanan.
Walaupun Helmuth (1970) menyatakan agama Buddha mempunyai konsep ketuhanan yang
berbeza dengan agama-agama lain dan perbezaan ini tidak bermakna agama Buddha tidak
mempunyai konsep ketuhanan dalam doktrin utama meraka. Ini kerana, agama Buddha cuma
tidak terlalu fokus membicarakan mengenai sesuatu realiti yang tidak boleh dilihat (Tuhan),
jiwa, kehidupan selepas mati atau asal-usul alam semesta. Bagi penulis, dalam konteks asas
teori kejadian alam semesta, agama Buddha adalah agama ateisme yang menafikan
keberadaan Tuhan dalam proses penciptaan dan menggantikannya dengan konsep sebab dan
akibat (patticasamupadda).

Buddha selaku pengasas juga kelihatan meragui dan tidak berminat untuk
membincangkan dan apatah lagi mahu mempercayai adanya Tuhan dalam proses penciptaan
ini. Anggapan bahawa Tuhan hanya mengganggu keberadaan manusia untuk kekal bahagia
dan mencapai pencerahan. Bagi Story (1972) agama Buddha meletakkan ketuhanan itu
sendiri sebahagian dari konsep sebab dan akibat yang tertakluk kepada karma dan samsara.
Justeru, jelas kepada penulis apabila agama Buddha meletakkan Tuhan menyamai makhluk
dan termasuk dalam sebab dan akibat (patticasamupadda) yang mana jika begitu Tuhan turut
merasai penderitaan dan kesengsaraan (samsara).

Perbezaan kedua, etika berasaskan agama Hindu mempercayai agen kepada


penciptaan alam semesta adalah Maya yang mempunyai kualiti Guna. Brahma hanya
bertindak memikirkan dan berkehendak penciptaan alam semesta dan Maya adalah agen
penciptaan tersebut. Maya tidak dianggap Tuhan tetapi memiliki zat dan sifat ketuhanan iaitu
kekal dan abadi. Membezakannya adalah Maya tiada kehidupan dan ia hanya sekadar tenaga.
Justeru itu, jika diteliti, agama Hindu tidak meletakkan campur tangan lain sama ada
manusia, pokok, tanah atau lain-lain dalam penciptaan alam semesta melainkan dengan
kehendak Brahma dan Maya sahaja. Walaupun agama Hindu meletakkan konsep evolusi,
emanasi dan sebab dan akibat dalam proses penciptaan dan penjagaan alam semesta,

19
kehendak Brahma dan perilaku Maya adalah Sebab Utama yang mendasari proses-proses
tersebut.

Namun berbeza bagi agama Buddha, agen kepada penciptaan adalah samsara, iaitu
segala perilaku yang terjadi menyebabkan berlakunya penciptaan alam semesta. Segala
perilaku perbuatan, pemikiran dan perbualan yang menyebabkan berlakunya perkara negatif
dianggap sebagai samsara. Hasilnya samsara memainkan peranan sebagai agen kepada
penciptaan berlandaskan kepada sebab dan akibat (patticasamupadda). Untuk menjelaskan
mengenai samsara sebagai agen, agama Buddha telah merangka Dua Belas Rangkaian Sebab
dan Akibat atau twelve link. Dua Belas Rangkaian sebab dan akibat ini adalah bentuk
penderitaan (samsara) yang sentiasa berlaku dalam kehidupan manusia dan entiti muka bumi
yang mana menjadi agen kepada penciptaan alam semesta. Agen yang dimaksudkan di sini
adalah sebab penciptaan berlaku dan agama Buddha mempercayai ia berasas dari samsara.

Sejak awal lagi, penulis menyebut teori penciptaan agama Buddha tidak akan
terkeluar dari ruang lingkup perbincangan mengenai moral. Sememangnya ini adalah‘topi’
bagi agama Buddha iaitu dharma. Berlandaskan kepada Dua Belas Rangkaian Sebab dan
Akibat ini menunjukkan peranan manusia sepenuhnya sebagai punca dan asas kepada
penciptaan alam semesta. Selagi mana manusia melakukan dosa, etika buruk dan kekejaman
akan melahirkan samsara yang akan menjadi agen kepada sebab dan akibat
(patticasamupadda) berfungsi menciptakan alam semesta.

3.3 Amalan etika berasaskan agama Buddhisme dan Hindduisme dalam kehidupan

Agama Buddha amat dipengaruhi oleh Confucianisme terutamanya dari aspek


penyerapan unsur-unsur seperti menghormati golongan yang lebih berusia dan perhubungan
kekeluargaan yang rapat. Perhubungan antara sesebuah keluarga dilihat sebagai asas etika
sesebuah masyarakat. Mengikut agama Buddha, manusia hanyalah sebahagian kecil daripada
berbagai unsur dalam alam sekitar dan hanya wujud dengan kebenaran makhluk lain. Istilah
“dharma” yang bermaksud kebenaran, juga bermaksud “alam sekitar”. Manusia dan makhluk
lain hidup bersama untuk menjaga alam sekitar dan alam sekitar pula menjaga mereka. Pusat
pandangan dunia adalah bumi, bukan manusia.

Manusia hanya merupakan sebahagian daripada sistem yang rumit di mana mereka
dapat membuat keputusan yang mungkin menjejaskan sistem ini. Gautama tidak bersetuju
dengan amalan menyembelih haiwan sepertimana yang diamalkan oleh golongan Brahmin.

20
Prinsip pertama (ahimsa atau anti-kezaliman) dan Rezeki yang Benar menyatakan bahawa
menternak haiwan bagi tujuan pemakanan dilarang sama sekali. Setiap haiwan, tidak kira
betapa kecil atau betapa besar, tidak boleh dibunuh dan harus dijaga.

Prinsip tidak membunuh ini juga mengambil kira tumbuh-tumbuhan dan bukan sahaja
haiwan. Pokok-pokok dan hutan sering digunakan sebagai tempat bertapa oleh sami agama
Buddha. Maharaha Asoka juga dikenali ramai dengan amalan penanaman pokok bagi
kegunaan manusia dan haiwan. Di kebanyakan tempat yang mengamalkan budaya agama
Buddha seperti Thailand, kebanyakan hutan-hutannya telah diiktiraf sebagai hutan simpan.
Walaupun sesetengah penganut agama Buddha mungkin tinggal di kawasan perbandaran
dimana hutan-hutan telah ditebang, mereka telah mempelajari amalan memulihara hutan
daripada pencinta alam sekitar supaya dapat hidup dengan lebih lestari.

Amalan Etika berasaskan agama Hinduisme lebih berbentuk satu cara kehidupan dari
agama. Penganut agama ini memuja 3 dewa iaitu Brahma ( Dewa Pencicpta),Vishnu (Dewa
Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Bentuk Hinduisme yang terawal ialah Brahmanisme
yang diwujudkanoleh golongan Brahminatau sami. Hinduisme juga memberi peraturan-
peraturan dan undang-undang tertentu sebagai petunjuk kepada tingkah lakupenganut-
penganutnya. Matlamat utama penganutnya ialah untuk mencapai Nirvana atau Moksha yang
membolehkan mereka bersatu dengan tuhan/Dewa Brahma. Ia boleh dicapai melalui
kehidupan yang sederhana. Sebab itulah mereka percaya kepada kelahiran semula.

Menghormati golongan yang berusia memainkan peranan penting dalam budaya


penganut agama Hindu. Abang atau kakak dalam sesebuah keluarga akan dihormati dan
dikehendaki untuk memberi bimbingan kepada adik-adik mereka. Budaya ini juga diamalkan
di tempat kerja di mana pandangan golongan yang lebih senior diutamakan.

Sistem kasta atau varna adalah unsur yang dipentingkan dalamagama ini. Ia dibawa
oleh orang Aryan. Melalui sistem inimanusia dibahagikan kepada kelas perwira atau
aristokrasiksyatriya), kelas sami (brahmin) dan kelas rakyat biasa (sudra).Kemudian kelas itu
menjadi 4 pula iaitu ksyatriy, brahmin,Vaisya (pedagang) dan sudra. Kelas pariah adalah
kelas yangterkeluar dari 4 kelas tersebut dan amat dipandang hina.

21
3.3 Kesimpulan

Etika berasaskan agama Hindu tidak boleh dikatakan sebagai etika yang sama dengan
etika yang berasaskan agama Buddha. Walaupun perbezaan ini hanya satu aspek iaitu asas
penciptaan tetapi impak kepada perbezaannya menjadikan agama Hindu sebuah agama
ketuhanan yang berpegang kepada fahaman henoteisme dan agama Buddha adalah agama
ateis yang memegang nilai etika adalah asas kepada semua jawapan masalah dan teori agama
ini. Walaupun ada persamaan seperti penggunaan terma karma, samsara, pencerahan dan
sebagainya, perlu diingatkan ia hanya sama dari segi terma umum penggunaannya tetapi
pelaksanaan dan peribadatan dalam agama-agama ini tidak sama dan ia tertakluk kepada
kepercayaan konsep asas penciptaan ini iaitu konsep ketuhanan.

Selain itu, dalam agama Hindu peranan Tuhan adalah utama kerana Dia adalah
pencipta dan semuanya adalah tertakluk kepada Tuhan. Manusia tidak langsung memainkan
peranan dalam penciptaan alam semesta. Berlainan dengan agama Buddha yang meletakkan
manusia memainkan peranan utama dalam penciptaan alam semesta kerana manusia sentiasa
melakukan kerosakan, mengalami penderitaan dan akhirnya menerbitkan samsara.
Sebagaimana yang telah dijelaskan, samsara adalah agen penciptaan dan tiada samsara tiada
penciptaan. Oleh itu, manusia sememangnya peranan utama dalam proses penciptaan ini. ini
sesuai dengan imej dan kelas kedua-dua agama iaitu henoteisme dan ateisme.

22
SOALAN 4

4.0 Pengenalan

Umat Islam adalah umat yang berpegang kuat kepada agama sama ada dalam konteks
peribadatan dan kehidupan bermasyarakat. Secara asasnya, menurut S.Q Fatimi (1963),
kerangka Islam dijelaskan melalui hubungan yang wujud dalam tiga dimensi utama Islam
iaitu akidah, syariah dan akhlak. Akidah bermaksud asas-asas kepercayaan dan ibadah,
pemikiran dan tunggak kepada perjalanan hidup manusia di dunia dan akhirat manakala
syariah pula bermaksud peraturan dan hukum hakam kehidupan, pembeza antara kebenaran
dan kebatilan seterusnya akhlak pula membawa erti asas-asas moral dan tindakan dalam
kelakuan manusia. Oleh yang demikian, dalam konteks ajaran Islam, perkataan yang paling
hampir kepada maksud etika ialah akhlak. Pengertian akhlak dianggap lebih kuat dan
berkesan kerana bertunjangkan kepada keimanan kepada Allah s.w.t. berbanding dengan
etika yang berasaskan kepada teori-teori ciptaan manusia. Akhlak Islam berasaskan kepada
ajaran al-Quran dan ajaran Hadis Nabi Muhammad s.a.w.

4.1 Etika berasaskan Islam

Menurut perspektif Barat, etika Islam dikategorikan sebagai etika keagamaan


(religious ethics). Namun, hakikat sebenarnya konsep dan skop etika Islam lebih jauh
daripada itu. Ia tidak terhad kepada hal-hal keagamaan sahaja, tetapi ruang lingkupnya
merangkumi segenap urusan kehidupan manusia. Etika Islam adalah sinonim dengan akhlak.
Menurut para tokoh pemikir Islam, akhlak didefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam
jiwa seseorang dan perbuatan akan lahir daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan
pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Berdasarkan pengertian tersebut, keadaan jiwa dalaman
seseorang dilihat sebagai pencetus dan penggerak kepada pembinaan sikap dan tingkah laku
luaran. Pengertian ini melayakkan akhlak sebagai istilah yang paling tepat dan lengkap bagi
etika Islam, berbanding istilah-istilah lain seperti nilai, moral dan norma sebagaimana yang
diyakini Barat.

Moral dan etika juga boleh dikaitkan dengan istilah “akhlak” daripada perkataan
bahasa Arab yang mempunyai kaitan dengan dua istilah lain iaitu “Khalik” (Tuhan Pencipta)
dan “makhluk” (ciptaan) daripada kata akar yang sama iaitu “khalaqa” (mencipta). Akhlak
mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik, halus, benar dan patut
dipunyai oleh seseorang yang memberi kebaikan kepada dirinya dan juga kepada orang lain.

23
Dalam erti kata lain, segala sifat dan perbuatan yang baik yang memanfaatkan itu, harus
dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan semata-mata, bukan untuk mendapat
balasan, pujian dan pengiktirafan daripada manusia.

Mengikut tafsiran Al-Ghazali (1985) pula, beliau mengatakan bahawa etika merujuk
kepada hasil idea pemikiran hukama iaitu penilaian sesuatu perbuatan berasaskan kepada
teori dan ilmu pengetahuan. Menurut beliau juga, perbuatan-perbuatan yang lahir secara
spontan ini sudah terbentuk dari kebiasaan dan latihan jiwa yang berterusan sehingga
perbuatan-perbuatan baik tersebut menjadi kebiasaan dan terikat kukuh dalam jiwa. Jika jiwa
seseorang telah tertanam dengan nilai-nilai yang baik, maka akan melahirkan perilaku yang
baik, begitulah sebaliknya.Terdapat empat kriteria yang menjadikan etika Islam ini cukup
unik dan tersendiri.

4.1.1 Sumber Asas

Asas etika Islam adalah bersumberkan sumber ketuhanan (dalil naqli) iaitu al-Qur’an
dan al-Hadith. Dalam masa yang sama, Islam turut mengiktiraf sumber kemanusiaan (dalil
`aqli) yang terdiri daripada taakulan akal, naluri dan juga pengalaman manusia. Namun, akal,
naluri dan pengalaman ini mestilah digunakan dengan bimbingan wahyu al-Qur’an dan al-
Hadith itu sendiri. Kombinasi sumber ketuhanan dan sumber kemanusiaan ini menghasilkan
etika Islam yang mantap bagi mendasari segala aktiviti kehidupan manusia.

Berbeza dengan etika Barat, sumber pembentukannya adalah bergantung penuh


kepada akal, naluri dan pengalaman manusia. Keupayaan ketiga-tiga sumber tersebut amat
terbatas. Ketiga-tiga sumber tersebut seringkali dipengaruhi oleh unsur-unsur luar seperti
warisan adat tradisi, tekanan pihak tertentu dan hawa nafsu. Hal ini menyebabkan para
moralis Barat cenderung untuk mengetengahkan teori mengikut pertimbangan peribadi dan
pemahaman yang berbeza-beza. Perbezaan fahaman ini adalah berpunca daripada kegagalan
akal, naluri dan pengalaman membuat suatu penilaian yang seragam dan bersifat sejagat yang
boleh diterima oleh semua pihak.

4.1.2 Skop

Etika Islam meliputi aspek teori (majal al-nazar) dan praktis (majal al-`amal). Ia tidak
hanya melibatkan pemikiran teoritis para ulama’ silam dalam pelbagai bidang ilmu, bahkan
turut diperincikan dalam bentuk praktikal berhubung kelakuan manusia itu sendiri. Akhlak
yang dipamerkan oleh Rasulullah s.a.w. merupakan model ikutan yang paling tepat. Baginda

24
mempraktikkan tuntutan akhlak Islam dalam pengurusan diri, rumahtangga, masyarakat
mahupun pentadbiran negara. Gandingan aspek teori dan praktis ini menjadikan etika Islam
cukup lengkap untuk dilaksanakan dalam segenap aspek kehidupan.

4.1.3 Rangkuman Nilai

Nilai-nilai dalam etika Islam merangkumi pelbagai aspek dan dimensi. Bersesuaian
dengan sifat Penciptanya yang memiliki segala kesempurnaan, maka nilai-nilai yang digubal-
Nya melambangkan keagungan-Nya, menepati fitrah semulajadi manusia dan mesra
sepanjang zaman. Sesuatu yang dikategorikan sebagai baik atau buruk, betul atau salah itu
akan kekal dan diterimapakai oleh umat manusia sepanjang masa. Ini berbeza dari teori etika
Barat yang sentiasa berubah-ubah dan hanya diterimapakai bagi suatu tempoh masa tertentu
sahaja.

Dari sudut kategori nilai, etika Islam meliputi nilai positif (ijabiyah) dan nilai negatif
(salbiyah). Nilai positif merujuk kepada nilai yang memberi kesan baik kepada hati dan diri
manusia serta dituntut untuk diamalkan. Nilai negatif pula meninggalkan kesan yang kurang
baik dan wajar dihindari kerana mendatangkan kemudharatan kepada banyak pihak. Dari
aspek hubungan, etika Islam mengambilkira nilai-nilai dalam hubungan manusia dengan
Pencipta (habl min Allah), hubungan sesama manusia (habl min al-nas) dan hubungan
dengan alam sejagat. Dari segi skop nilai, etika Islam meliputi dimensi zahir (kelakuan) dan
batin (kejiwaan) manusia. Etika Islam diinterpretasikan melalui pendekatan lahiriah iaitu
melalui penampilan, sikap, perlakuan dan bahasa, mahupun pendekatan batiniah iaitu melalui
hati.

4.1.4 Faktor Kepatuhan

Asas kepatuhan Muslim terhadap etika Islam juga cukup unik. Sesuatu itu bukanlah
baik dan buruk secara semulajadi (zatnya), tetapi Allah s.w.t. yang menetapkan baik atau
tidak sesuatu perkara itu. Maka, faktor yang menggalakkan kepatuhan kepada etika Islam
adalah ketaatan dan kepatuhan kepada ajaran Islam itu sendiri. Segala nilai yang dianjurkan
oleh Islam dilaksanakan semata-mata kerana Allah s.w.t. dengan penuh keyakinan, iltizam
dan kerelaan hati, bukan disebabkan oleh peraturan kerja ataupun arahan ketua atasan.

Keempat-empat kriteria di atas memperlihatkan keunikan dan keunggulan etika Islam sejajar
dengan kesyumulan ajaran Islam. Paling menarik, ia memperlihatkan keupayaan etika Islam
untuk mengurus multidimensi kehidupan manusia. Di samping memperoleh kebaikan di

25
dunia, ia turut menjanjikan kebahagiaan di akhirat kelak (al-falah). Ia ternyata jauh lebih baik
daripada etika Barat yang jelas menafikan hak Allah s.w.t., mengabaikan pembangunan
dalaman diri manusia dan hanya berorientasikan keduniaan.

4.2 Amalan Etika Islam dalam kehidupan seharian

Pada pendapat penulis, etika adalah sama maknanya dengan akhlak dalam Bahasa
Arab. Jadi ‘ethic’ adalah merupakan terjemahan daripada Bahasa Arab yang bermaksud
akhlak. Jika ditinjau daripada sudut pengistilahan, istilah ‘ethic’ dan akhlak adalah sama
sahaja. Tetapi konsep, gagasan, idea atau teori yang dikemukakan oleh Barat mengenai etika
tidaklah sama dengan konsep akhlak Islam sama ada daripada segi teori atau praktikalnya.
Oleh kerana tiada perkataan yang dapat diterjemahkan sebagai akhlak, maka penggunaan
kalimah ‘ethic’ digunakan.

Amalan etika dalam ajaran agama Islam yang utama ialah terkandung dalam lima
elemen dalam Rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang.
mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan haji di Baitullah jika ada kemampuan
menurut syarak. Seseorang Muslim mesti menghayati dan berpegang teguh kepada rukun-
rukun tersebut. Andai kata rukun-rukun Islam ini diaplikasikan dalam kehidupan dengan cara
yang sebaik-baiknya, sudah tentu akan membawa kejayaan besar kepada diri individu,
masyarakat dan negara.

Amalan etika Islam yang utama iaitu melafazkan syahadah (penyaksian tiada Tuhan
melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah) merupakan penyataan atau ikrar misi
dan visi hidup seorang Muslim. Syahadah adalah pengucapan lidah yang melahirkan
pengakuan hati dan keinginan jiwa terhadap ketuhanan dan keesaan Allah serta kebenaran
Rasul-Nya Muhammad s.a.w. sebagai utusan terakhir yang membawa rahmat kepada
keseluruhan alam. Lafaz kalimah syahadah ini juga merupakan syarat utama sesuatu ibadat
itu diterima oleh Allah s.w.t. serta membuktikannya dengan melaksanakan semua amalan
ibadat yang diwajibkan oleh Allah s.w.t.

. Selain itu, amalan etika yang kedua adalah mendirikan solat fardhu lima waktu sehari
yang merupakan satu perintah yang diwajibkan setiap hari ke atas umat Islam yang akil dan
baligh. Solat juga merupakan hubungan secara langsung antara kita dengan Maha Pencipta.
Kita berkomunikasi dengan Allah s.w.t., dengan melahirkan apa yang dirasa dan difikirkan
sama ada rasa gembira atau sebaliknya. Antara hikmah solat ialah menghampirkan diri

26
kepada Allah s.w.t., menguatkan keimanan dan ketakwaan, mendidik diri supaya sentiasa
mengingati Allah s.w.t., memberi kecerdasan jasmani, kecerdasan akal dan meningkatkan
kualiti rohani serta mendisiplinkan diri dengan menepati waktu.

Di samping itu, amalan etika yang ketiga pula adalah mengeluarkan zakat. Zakat ialah
kata dasar dalam bahasa Arab daripada perkataan “zaka” yang membawa pengertian berkat,
tumbuh, suci, bersih dan baik atau dapat memberi maksud membersihkan atau mensucikan.
Menurut hukum Islam (istilah syarak) zakat bererti sejumlah harta tertentu yang diwajibkan
oleh Allah s.w.t. untuk diserahkan kepada orang yang berhak. Antara kelebihan berzakat
ialah penggerak ekonomi bagi golongan yang tidak mampu supaya memainkan peranan
dalam ekonomi, menjauhkan sifat kedekut, mengeratkan tali persaudaraan antara golongan
berada dengan golongan miskin dan sebagai tanda syukur atas nikmat-nikmat pemberian
Allah s.w.t.

Selain itu, amalan etika yang seterusnya adalah berpuasa pada bulan ramadan.
Berpuasa menurut bahasa ialah menahan diri daripada sesuatu dan menurut istilah bererti
menahan diri daripada melakukan sesuatu yang membatalkan puasa bermula dari terbitnya
fajar sehingga terbenam matahari. Puasa juga menuntut kita mencegah nafsu lahir dan batin
daripada segala yang dilarang serta mengawasi gerak-geri badan daripada melakukan suatu
yang ditegah oleh hukum. Puasa adalah manifestasi kepada sifat sabar dan tabah. Hikmah
diperintahkan berpuasa adalah mendidik manusia menjadi seorang yang lebih bertakwa serta
memberikan kesegaran mental dan fizikal.

Amalan etika dalam ajaran Islam yang kelima adalah mengerjakan haji di Mekah bagi
yang mampu. Ibadat haji hanya boleh dikerjakan di kota suci Mekah dan dilakukan dalam
musim haji sahaja iaitu pada bulan Zulhijjah yang memerlukan perbelanjaan dan kesihatan
badan yang baik. Amalan ibadat ini mampu mendidik manusia untuk menjadi insan yang
sabar dan bertoleransi serta melahirkan kesyukuran terhadap nikmat kesihatan dan
kesenangan yang telah dikurniakan Tuhan.

Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk perbuatan
manusia dan apa sahaja daripada manusia itu sendiri, sesuai dengan pembawaan dan sifat
yang ada dalam jiwanya. Tepatlah apa yang dikatakan oleh al-Ghazali dalam bukunya “Ihya’
Ulumuddin” : “Sesungguhnya semua sifat yang ada dalam hati akan lahir pengaruhnya
(tandanya) pada anggota sehingga tidak ada sesuatu melainkan sesuai dengan sifat itu.” Islam
adalah merupakan suatu ajaran yang baik dan benar untuk memperbaiki manusia dan

27
membentuk akhlaknya, dan untuk mencapai kehidupan yang baik dan sempurna. Islam
meletakkan akhlak di tempat yang tinggi sesuai dengan kepentingannya.

Tujuan risalah Islam itu sendiri untuk menyempurnakan dan menyebarkan akhlak
yang mulia, seperti yang disabdakan oleh Rasulallah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya
aku dibangkitkan (diutus) untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Islam telah
mentakrifkan “Addin” dengan akhlak yang baik. Dalam sebuah hadis telah dinyatakan
bahawa seorang lelaki telah bertanya Rasulallah s.a.w.: yang bermaksud: “Apakah Addin itu?
Sabda Rasulallah s.a.w., akhlak yang baik.” Daripada hadis ini, menunjukkan bahawa
kedudukan akhlak dalam Islam sebagai “Din” yang diutuskan kepada umat manusia
seluruhnya.

Akhlak merupakan roh atau jiwa yang meresapi seluruh penghidupan manusia itu
sendiri. Ketiga-tiganya bergabung dalam penghayatan seorang Muslim dalam erti kata
bahawa keimanannya hendaklah direalisasikan dalam pengalaman syariat dan berpaksikan
akhlak. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai dengan akhlak. Islam menganggap
bahawa akhlak yang baik adalah merupakan amalan yang utama yang dapat memberatkan
neraca amalan kebaikan di akhirat kelak.

Orang-orang beriman selalu mengutamakan akhlak yang baik. Dalam hadis


diterangkan yang bermaksud: “Ditanya orang, wahai Rasulallah!, Orang-orang mukmin yang
mana yang paling baik dan utama?. Baginda menjawab: orang-orang yang akhlaknya paling
baik.” Dalam ajaran Islam mereka yang dikatakan berjaya memenangi kasih sayang
Rasulallah dan mendapat satu kedudukan yang hampir dengan Rasulallah pada hari kiamat
kelak ialah orang-orang yang beriman dan berakhlak baik. Rasulallah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Sesungguhnya orang yang jahat sangat saya kasihi dan yang terdekat padaku
majlisnya di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.”

Akhlak yang baik merupakan syarat untuk menghindarkan diri daripada azab neraka.
Akhlak yang baik lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan ibadat-ibadat sunat yang
lain seperti sembahyang dan puasa. Rasulallah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya seseorang mukmin dapat mencapai dengan budi pekertinya yang baik darjat
orang yang terus menerus berpuasa dan sembahyang malam.”

Dalam Islam akhlak adalah merupakan intipati segala ibadat. Tanpa akhlak, ibadat
hanyalah merupakan adat resam dan geraklaku yang tidak mempunyai nilai dan faedah.”

28
Orang mukmin yang kurang beribadat tetapi berakhlak baik akan mendapat kemuliaan di hari
akhirat kelak. Sabda Rasul Allah s.a.w. yang bermaksud : “Dengan berakhlak baik, seseorang
hamba Allah akan dapat mencapai di hari akhirat kelak tingkat-tingkat kemuliaan yang tinggi
dan kedudukan-kedudukan yang mulia meskipun kurang ibadahnya. Dengan budi pekerti
yang buruk ia akan sampai ke darjat yang paling rendah dalam neraka.”

Dengan ini, dapatlah dibuktikan bahawa akhlak Islam tidak setakat dinyatakan prinsip
dan garis panduannya melalui al-Quran, tetapi penghayatannya ditunjukkan secara praktikal
melalui kehidupan dan peribadi Rasul Allah s.a.w. Sayyidatuna Aishah r.a. sewaktu ditanya
tentang peribadi Rasul Allah s.a.w., lalu dijawabnya yang bermaksud: “Adalah Rasulallah
s.a.w. akhlaknya ialah al-Quran.”[7] Banyak terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyentuh
persoalan akhlak, sama ada memerintahkannya supaya berakhlak baik atau menegah daripada
akhlak yang rendah atau keji.

Di dalam al-Quran terdapat sebanyak seribu lima ratus empat (1054) ayat yang
berkaitan dengan akhlak. Jumlah yang sebanyak ini meliputi hampir seperempat ayat-ayat al-
Quran keseluruhannya. Oleh itu tidak dapat diragukan lagi dengan banyaknya ayat-ayat al-
Quran yang menyentuh persoalan akhlak menunjukkan betapa pentingnya akhlak dalam
Islam. Hal ini dapat dibuktikan kerana ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan akhlak
bukan sahaja diturunkan di Mekah tetapi turut juga diturunkan di Madinah al-Munawwarah.
85

Oleh itu jelaslah bahawa akhlak adalah merupakan sesuatu yang penting pada
pandangan Islam. Akhlak Islam menjiwai Tauhid dan pelaksanaan ‘ubudiyyah terhadap Allah
dengan secara yang sewajarnya. Ia juga terkandung dalam peruntukan undang-undang khusus
dan terperinci mengatasi gagasan etika agama yang lain. Sebagai kesimpulan, akhlak dalam
Islam tidak dapat dipisahkan dengan aqidah dan syarak. Bahkan akhlak itu sendiri menjadi
penentu di tahap mana keimanan seseorang itu. Oleh itu amat wajarlah Islam meletakkan
akhlak pada kedudukan yang istimewa dan tinggi.

29
4.3 KESIMPULAN

Kesimpulannya, asas kesejagatan Islam telah menjadikan Islam mampu bertapak dan
mewarnai pemikiran masyarakat Melayu khusunya di Malaysia dan nilai-nilai Islam ini telah
diterjemahkan dalam kehidupan mereka sebagai asas yang kukuh. Apa yang jelas dan nyata,
segala nilai yang telah diperkenalkan oleh Islam adalah bersifat universal dan dapat diterima
oleh semua peringkat dan generasi manusia dan mampu beroperasi dalam konteks pelbagai
bangsa dan agama yang terdapat di Malaysia. Pengurusan Islam yang berlandaskan etika
Islam menyediakan ruang kepada manusia untuk melahirkan rasa tanggungjawab sebagai
hamba dan khalifah kepada Allah s.w.t. Mereka melakukan aktiviti berasaskan prinsip-
prinsip yang dibenarkan dengan menyedari semua aktiviti tersebut akan dipertanggung
jawabkan kepada mereka di akhirat kelak.

30
RUJUKAN

Abdul Aziz Bari. (2002). Perlembagaan Malaysia : Asas-asas dan Masalah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan DPM. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.

Abd. Aziz Deraman (1978). Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan


Malaysia. Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Al-Ghazali (1985). Al-Munqid Min Al-Dalal, (ed.)’Abd Al-Halim Mahmud. Kaherah


: Dar al-Ma’arif.

Asma Abdullah. (1966). Going Glocal : Cultural Dimensions in Malaysian


Management. Kuala Lumpur : Institut Pengurusan Malaysia.

Auni Abdullah (1991). Islam dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan di Alam
Melayu. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Mohd Nasir Omar (1986). Falsafah Etika. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Nasir Omar (1986). Falsafah Etika Pendekatan Islam dan Barat. Kuala Lumpur;
Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

Sayyid Abul A’la Maududi (1996). Ethical Viewpoint of Islam. Lahore : Islamic Publication.

R. Robertson (1997). Agama dalam Analisis dan Interpretasi Sosiologi. Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Hashim Wan Teh (1983). Race Relation in Malaysia. Kuala Lumpur:
Heinemann Educational Books Ltd.

31

Anda mungkin juga menyukai