Anda di halaman 1dari 14

KURSUS PPPG3113

SIASAH SYARIYYAH

SEMESTER :
SEMESTER LIMA

TAJUK :
AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)

NAMA PENSYARAH:
Dr.Anwar Fakhri bin Omar
Dr Ibnor Azli bin Ibrahim

NAMA PELAJAR
Jailani bin Sapiai
NO. MATRIK
GB00340
PUSAT KULIAH
KOTA KINABALU

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan

muka surat

Penghargaan

ii

Pendahuluan

1) Pegenalan ISA
2) Akta ISA dari sudut Syarak
3) Kepentingan Akta Keselamatan Negeri (ISA)
4) Konsep penahanan dalam Islam
i)

Penahanan untuk hukuman

ii)

Penahanan untuk waspada

Kesimpulan
Rujukan

PENGHARGAAN


, ,
.
.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan
kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami
dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah
kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya.
Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan
kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.

Setinggi tinggi kesyukuran di panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan perkenan


daripadaNya maka tugasan bagi kursus PPPG3113. ini dapat disiapkan dengan
jayanya.Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah kursus PPPG3113 Dr.Anwar Fakhri bin
Omar dan Dr Ibnor Azli Ibrahim atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan .
kerana memberikan panduan dan tunjuk ajar yang berguna untuk dijadikan panduan
sepanjang menyiapkan tugasan ini. Diharapkan tugasan ini dapat memenuhi keperluan yang
dikehendaki bagi tajuk tugasan

Sekian.

ii

PENDAHULUAN
Ulama tidak berbeza pendapat, bahawa pemerintah samada khalifah, gabenor atau sesiapa
sahaja tidak mempunyai kuasa mangadakan perundangan, bahkan wajib mengikuti hukumhukum yang telah ditetapkan oleh syarak tanpa terkeluar dari garisannya. Kedudukan mereka
sama seperti rakyat yang lain. Namun dalam perkara yang tidak ada nas, para fuqaha telah
menerangkan sejak dari awal lagi bahawa pemerintah harus mengadakan perundangan
berdasarkan Siasah Syariyah.
Maka dapatlah dikatakan bahawa fungsi perundangan yang dikeluarkan oleh pemerintah
adalah sebagai pelengkap bagi perundangan Islam. Selepas penutupan pintu ijtihad, kuasa
pemerintah didapati terus berkembang. Secara praktiknya mereka banyak mengatur perkara
yang berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan jabatan, berkenaan dengan cukai dan dan
lain-lain.
Pemerintah mempunyai hak untuk mengenakan larangan terhadap perkara-perkara yang
harus demi menjaga maslahat dan kepentingan umum. Apabila larangan dilaksanakan, maka
wajib ke atas umat mentaatinya dan haram bagi mereka mengingkarinya, seperti yang
dinyatakan

oleh

Asyeikh

Khalid

bin

Ali

Al-

Anbari:

Wajib taat kepada pemerintah Islam apabila ia menghadkan penggunaan perkara


yang harus, yang mana pada pandangannya larangan tersebut demi kepentingan
umum. Sesungguhnya Saidina Umar pernah mengeluarkan larangan terhadap para
sahabat yang utama supaya tidak meninggalkan Madinah. Demikian juga Saidina
Usman r.a pernah memerintahkan Abu Zar supaya keluar daripada negeri Syam dan
menetap di Madinah.
Oleh yang demikin, kerajaan sesebuah Negara sebenarnya mempunyai hak untuk membuat
dan menggubal undang-undang yang difikirkan baik dan sesuai untuk dilaksanakan dalam
Negara mereka. Sebagai contoh Malaysia telah menggubal undang-undang pencegahan ISA
yang asalnya untuk mengekang pergerakan komunis pada suatu masa dahulu. Tetapi
memikirkan undang-undang ini masih lagi relevan dan penting untuk memastikan keamanan
negara, maka ia terus di guna pakai dengan sedikit pengubahsuaian dari semasa ke semasa.
PENGENALAN

INTERNAL SECURITY ACT atau AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (I.S.A)


termaktub dalam Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Akta yang pada
asalnya dikenali sebagai Akta Darurat 1948-1960 ini diperkenalkan oleh R.H Hikling ini
bertujuan bagi membanteras kegiatan komunis yang berleluasa ketika itu. Sehingga hari ini,
I.S.A telah melalui proses pindaan lebih 20 kali, bagi memastikan ianya relevan dan menepati
keadaan semasa.
Pelaksanaan ISA terhadap pihak yang terbabit dalam aktiviti subversif seperti pengganas
komunis adalah sejarah. Pada dasarnya, Komunis telah lama lenyap dalam kamus
pemerintahan Malaysia hari ini. Namun dalam konteks sekarang, ISA adalah undang-undang
pencegahan untuk mengelakkan berlaku ancaman kepada ketenteraman awam dan keamanan.
Itu adalah objektif utama ISA
Akta ini adalah salah satu undang-undang pencegahan yang digubal di bawah Perkara 149,
Perlembagaan Persekutuan. Ia telah dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia pada 1 Ogos
1960 dan diperluaskan penguatkuasaannya di Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.
Akta yang dinamakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82) ini bertujuan
mencegah sebarang tindakan atau perbuatan yang boleh mengancam keselamatan negara dan
ketenteraman awam. Akta ini digubal di bawah Perkara 149(1) Perlembagaan Persekutuan
bagi mencegah sebarang perbuatan yang boleh mengancam keselamatan negara dan
ketenteraman

awam

yang

boleh

AKTA ISA DARI SUDUT SYARAK

ditafsirkan

antara

lain,

seperti

berikut:

Berbalik kepada akta yang termaktub dalam perlembagaan negara kita. Bagi penulis, akta
ISA termasuk dalam kategori penahanan untuk waspada. Penahanan jenis ini di dalam siasah
syariyyah adalah di bawah bidang kuasa pemerintah. Maka ia diletakkan di bawah
Kementerian Dalam Negeri.
AKDN merupakan undang-undang pencegahan. Dalam Islam, mencegah sesuatu
kemudaratan daripada berlaku merupakan tanggungjawab pemerintah. Pemerintah perlu
bertindak atas dasar memelihara maslahat (kepentingan) ummah. Dalam kaedah fiqh disebut
tasorruful imam ala ar-raieyat manutun bil maslahah. Ia bermakna setiap tindakan atau dasar
yang diputuskan oleh pemerintah mesti diasaskan bagi menjaga kepentingan rakyat.
Dalam menentukan kepentingan ini, pemerintah melihat kepada kepentingan hak majoriti
rakyat yang perlu diberi keutamaan berbanding hak asasi seorang atau sekelompok rakyat. Ini
bermakna, undang-undang pencegahan memang menjadi tanggungjawab pemerintah dan ia
selari dengan tuntutan Islam
Agak kurang tepat orang yang berpendapat ia langsung tidak ada dalam Islam atau
bercanggah dengan Quran dan Sunnah. Cuma dari sudut perlaksanaan akta ini di negara kita,
didapati ia tidak menepati syarat dan etika yang digariskan dalam siasah syariyyah. Berikut
adalah contohnya:
1.

Syarak membenarkan penahanan untuk waspada dalam kes-kes yang memberi

ancaman kepada keselamatan, atau keamanan samada individu tertentu atau masyarakat.
Tetapi apa yang berlaku hari ini, mereka yang tidak membahayakan keselamatan pun turut
menjadi mangsa. Dibimbangi akta ini hanya menjadi benteng politik pemerintah.
2.

Tempoh penahanan yang dibenarkan syarak bagi penahanan untuk waspada ialah

sekadar keperluan, kerana ia bukan satu bentuk hukuman. Maka, memanjangkan tempoh
penahanan ISA sehingga 2 tahun atau lebih adalah tidak wajar.
3.

Layanan yang sepatutnya diberikan kepada tahanan jenis ini tidak boleh disamakan

dengan layanan banduan-banduan di penjara. Mereka yang dipenjara kerana sabit kesalahan
boleh dilayan dengan sedikit kekerasan. Tetapi tahanan untuk waspada wajib dilayan sebagai

seorang Muslim yang tidak bersalah. Apa yang diceritakan oleh bekas-bekas tahanan ISA,
seolah-olah layanan terhadap mereka lebih teruk daripada layanan banduan yang merompak
dan merogol.
KEPENTINGAN ISA KEPADA NEGARA
Matlamat dan tujuan kerajaan mengekalkan ISA hanya satu, dalam apa situasi pun kerajaan
bertanggungjawab memastikan keselamatan dan keamanan negara terus terpelihara, kerajaan
tidak wajar memikirkan kepentingan individu. ISA perlu terus dilaksanakan tanpa mengira
sesiapa, sama ada mereka ahli politik, NGO, orang perseorangan mahupun orang awam. Akta
ini digubal di bawah Perkara 149(1) Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah sebarang
perbuatan yang boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam yang boleh
ditafsirkan

antara lain,

seperti berikut:

1) menyebabkan kekerasan kepada individu atau harta secara terancang yang boleh
menjejaskan

keselamatan

rakyat; atau

2)membangkitkan perasaan benci kepada Yang di Pertuan Agong atau kerajaan; atau

3)membangkitkan perasaan jahat dan permusuhan antara kaum atau penduduk yang
menjejaskan

keselamatan

dan

ketenteraman

awam;

atau

4)untuk tidak membenarkan sesiapa mengubah sesuatu yang diwujudkan secara sah
melalui undang-undang;

atau

5)yang mendatangkan mudarat kepada penyelenggaraan atau penyampaian bekalan


(air, elektrik dan lain-lain keperluan asas) atau perkhidmatan (pengangkutan,
kesihatan dan lain-lain)

kepada rakyat; atau

6)Perkara yang membawa mudarat kepada ketenteraman dan keselamatan awam di


dalam kerajaan Persekutuan serta negeri di bawahnya

Bentuk ancaman keselamatan dahulu dan kini adalah berbeza. Jika dahulu komunis
merupakan ancaman utama kepada keselamatan negara kini senario ini telah berubah kepada
ancaman yang mirip seperti ancaman komunis terdahulu. Di antara ancaman keselamatan
tersebut ialah tindakan / aktiviti kumpulan militan atau pengganas, kumpulan pelampau
kaum, kumpulan ekstremis agama dan orang perseorangan yang cuba menggugat perpaduan
dan keharmonian kaum. Sehubungan dengan itu akta ini adalah amat diperlukan bagi
menjaga kepentingan rakyat dan negara dari segala bentuk ancaman.
Perisytiharan darurat mengikut Perkara 150 Perlembagan Persekutuan memberikan beberapa
kuasa penting kepada D.Y.M.M Yang di-Pertuan Agong untuk mewartakan Ordinan
berbentuk pencegahan bertujuan memelihara ketenteraman awam dan mencegah jenayah
seperti Ordinan

5,

1969.

Mekanisme AKDN secara teknikalnya tidak banyak berbeza dengan prosedur kuarantin
dalam bidang kesihatan awam (public health).
Masyarakat perlu mengetahui bahawa objektif utama AKDN adalah pemulihan tahanan dan
mencegah mereka daripada mengancam keselamatan negara.

KONSEP PENAHANAN DALAM ISLAM YANG DI PRAKTIK DALAM ISA


Dalam ilmu Qadha dan Politik Islam dibicarakan mengenai hukuman penahanan, atau
penjara. Perlaksanaan penahanan atau penjara secara dasar diharuskan dalam Islam. Bahkan
ulama bersepakat tentang fakta ini, berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Sunnah.
Penahanan seseorang individu oleh pihak berkuasa tidak semestinya disebabkan kesabitan
jenayah oleh Mahkamah. Ada juga penahanan individu kerana langkah berwaspada demi
menjaga maslahah umum dan mengelakkan keburukan. Oleh itu, sarjana Islam
membahagikan motif penahanan kepada dua kategori:
Pertama

: Penahanan Untuk Hukuman

Kedua

: penahan

untuk waspada

1) PENAHANAN UNTUK HUKUMAN


Penahanan hukuman ialah perlaksanaan penjara terhadap individu yang sudah sabit
kesalahannya di mahkamah. Ia biasanya berkuatkuasa selepas mahkamah mensabitkan
kesalahan seseorang individu dan menjatuhkan hukuman takzir penjara terhadapnya. Motif
tahanan jenis ini ialah sebagai hukuman atau balasan kesalahannya supaya diambil
pengajaran oleh dirinya dan masyarakat secara amnya.
2) PENAHANAN UNTUK WASPADA
Penahanan untuk waspada pula ialah penahanan terhadap individu yang belum disabitkan
kesalahannya di mahkamah. Tetapi disebabkan maslahah, dia perlu ditahan sementara waktu.
Penahanan jenis ini dilaksanakan dalam beberapa keadaan. Antaranya penahanan individu
yang ditohmah melakukan kesalahan. Ia dikenali dengan tahanan reman. Tahanan reman
bertujuan agar siasatan dapat dilakukan terhadap suspek secara menyeluruh.
Sungguhpun tahanan reman adalah tahanan terhadap individu sebelum dibicarakan di
mahkamah, ia dibenarkan oleh syarak. Kerana tahanan jenis ini bermotifkan maslahah yang
kuat, iaitu menjalankan soal siasat terhadap suspek.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga pernah mengeluarkan perintah tahanan reman
terhadap seorang Yahudi yang dituduh membunuh seorang wanita dengan cara memecahkan
kepalanya menggunakan batu. Selepas diambil pengakuan daripadanya, barulah dijatuhkan
hukuman qisas terhadapnya. Peristiwa ini boleh dijadikan dalil bahawa perintah tahanan
reman ada sandaran daripada syarak.
Antara jenis penahanan untuk waspada juga ialah penahanan individu yang dipercayai
membawa ancaman kepada keselamatan awam atau keamanan negara. Biarpun individu itu
tidak boleh didakwa di mahkamah, tetapi kewujudannya di tengah-tengah masyarakat boleh
membawa mudarat terhadap orang awam dan keselamatan.
Jika pemerintah berpendapat bahawa seseorang individu memberi ancaman keselamatan,
tetapi tidak ada bukti untuk ditohmah, maka pemerintah boleh menahannya sementara waktu
sehingga ke satu tempoh yang sesuai.

Dalilnya, kisah Abu Sufian yang menghantar seorang lelaki ke Madinah untuk membunuh
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Allah Taala telah mengkhabarkan kepada Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam tentang perancangan lelaki tersebut. Lalu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
mengeluarkan arahan supaya dia ditangkap.
Apabila ditangkap, tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan dia mahu melakukan
pembunuhan kerana dia sudah awal-awal lagi menyembunyikan senjatanya. Pun begitu demi
kemaslahatan, baginda mengarahkan supaya lelaki ini ditahan di rumah seorang sahabat,
Usaid bin Hudhair.
Kisah ini menunjukkan harus bagi pemerintah mengeluarkan arahan tahanan terhadap
seseorang yang dilihat membahayakan keselamatan, sekalipun dia belum melakukan jenayah
apatah lagi untuk dibicarakan di mahkamah. Penahanan orang seperti ini adalah berasaskan
kepercayaan pemerintah bahawa kewujudannya di tengah-tengah masyarakat membawa
bahaya. Tetapi tempoh penahanan mestilah sekadar keperluan dan tidak dilakukan
penganiayaan terhadap tahanan.
Ulama menyebut antara bentuk penahanan tanpa kesabitan kesalahan ialah jika berlaku
pemberontakan oleh satu-satu kumpulan, kerajaan boleh menahan anak isteri para
pemberontak buat sementara waktu supaya mereka tidak terpengaruh dan bersama-sama
mengikut jejak pemberontak. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan pun, tetapi demi
maslahah yang lebih besar mereka ditahan.
Maka difahami bahawa keizinan dikuatkuasakan penahanan tanpa bicara mahkamah, adalah
kerana maslahah umum. Oleh itu pihak yang berhak mengeluarkan arahan ini ialah Ketua
Negara. Para ulama yang membicarakan mengenai sistem politik Islam atau As-Siasah
Syariyyah telah menghuraikan peranan serta bidang kuasa ketua negara dalam menjalankan
tugasnya. Al-Imam Al-Qarafi menyatakan ;

Pemerintah adalah orang yang diserahkan kepadanya mentadbir seluruh urusan


rakyat, menjaga kepentingan umum dan membenteras segala yang merosakkan,
mengekang penjenayah, membunuh penderhaka dan menguruskan penempatan

rakyat dalam

negara

dan

perkara-perkara

lain

yang

seumpama

dengannya.

Al-Imam Al-Juwaini menyatakan bahawa antara tanggungjawab pemerintah adalah:


Memelihara akidah dan amalan agama umat Islam sejauh yang boleh dilakukan,
menghapus pengeliruan yang dibawa oleh penyelewengan agama, membenteras
amalan

bidaah

serta

penganjur-penganjurnya.

Daripada dua huraian yang dibuat oleh dua orang ulama diatas dapat disimpulkan bahawa
tanggungjawab pemerintah dalam islam begitu besar dan luas. Ia merangkumi kepentingankepentingan yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan agama seperti keamanan negara,
keselamatan nyawa dan harta benda penduduk serta kebajikan mereka, keselamatan akidah
serta kemudahan menunaikan perintah agama.
Bagi melaksanakan tanggungjawab yang besar ini, ketua negara sudah tentu mempunyai
bidang kuasa yang diperlukan tanpa diikat oleh prosedur-prosedur ketat seperti dalam bidang
kehakiman.

Menjelaskan

ini

Imam

Al-Qarafi

menyatakan:

Ketua negara mempunnyai kuasa kehakiman dan kuasa mengeluarkan fatwa. Ia


juga boleh melakukan perkara-perkara yang tidak bersifat fatwa dan
kehakiman,seperti: menghimpun tentera, mengisytihar peperangan, memungut hasil
dan membelanjakannya pada tempat yang betul,melantik pegawai-pegawai,
membunuh penderhaka, iaitu tugas yang banyak yang tidak boleh dilakukan oleh
hakim dan

juga

mufti

Di antara bidang kuasa yang menjadi tanggungjawab ketua negara ialah kuasa hisbah. Ini
merangkumi tanggugjawab mengeluarkan perintah dan peraturan yang bertujuan menjaga
kepentingan
kententeraman

umum,
awam,

menguatkuasakan
ekonomi,

peraturan-peraturan

pengangkutan,

perusahaan

keselamatan
dan

negara,

sebagainya.

Menjelaskan kuasa hisbah ini, Ibnu Al- Qayyim dalam kitabnya At-Thuruqul Hukmiyyah
menyatakan:
Maksudnya: hukum-hukum yang dijalankan di bawah kuasa hisbah adalah
merupakan hukum-hukum syarak. Hukum-hukum tersebut mempunnyai kaedah-

kaedah pelaksanaan disisi syarak. Kepentinngan umat mungkin tidak dapat dijaga
dengan sempurna tanpanya. Pelaksanaan seperti ini tidak memerlukan pendakwa
dan

orang yang didakwa. Jika prosedur sedemikian tidak dilaksanakan, maka


kepentingan umat akan musnah dan sistem pemerintahan akan menjadi kucar-kacir.
Pihak berkuasa boleh menjalankan kuasa ini berasaskan petanda-petanda dan
alamat-alamat yang jelas,serta karinah-karinah yang boleh dijadikan keterangan
(Circumastantial

evidence

).

Maka di bawah kuasa hisbah ini, pemerintah dalam Islam boleh menahan seseorang tanpa
bicara atas sebab kepentingan umum dan keselamatan negara, menghuraikan persoalan ini,
Doktor Saud bin Said ad-Duraib dalam kitabnya At-Tanzim al-Qada fi al- Mamlakah asSaudiyyahmenyatakan:
Seseorang ketua negara dengan kuasa eksekutifnya boleh mengeluarkan perintah
membekukan harta atau membelanjakannya. Ia juga boleh mengasingkan (
memenjara atau memencilkannya) orang yang bolleh menimbulkan kekeliruan
terhadap masyarakat seperti yang dilakukan oleh Saidina Umar r.a. terhadap Sobiq
bin Asal kerana usahanya mengelirukan orang ramai tentang al-Quran.Pemerintah
juga boleh menahan dan membuang daerah sesiapa yang pada pandangannya boleh
memudaratkan

masyarakat.

Sebagaimana yang telah dijelaskan, pemerintah mempunyai kuasa perundangan berdasarkan


Siasah Islamiah bagi tujuan menguruskan hal-hal Negara mengikut cara yang boleh member
keadilan dan mendatangkan kebaikan, dengan syarat ia tidak bertentangan dengan semangat
perundangan Islam yang umum dan matlamat syarak yang asasi sekalipun peraturan,
tindakan dan pengurusan yang dilakukan itu tidak terdapat nas syarak khusus mengenainya
atau ijmak atau pun qias. Kata Ibn Qayyim
apabila ternyata tanda-tanda keadilan dan terserlahlah wajahnya dengan apa
cara

sekalipun, maka ia adalah undang-undang Allah dan agamanya

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, penahanan tanpa bicara dibenarkan dalam Islam dalam kes-kes tertentu.
Peruntukan ini adalah bagi memelihara keselamatan awam. Tetapi hanya dalam lingkungan
yang sangat sempit. Ia tidak wajar dijadikan senjata pemerintah untuk menjamin survival
politik diri sendiri.
Tempoh penahanan juga mesti dihadkan sekadar keperluan. Layanan kepada tahanan
hendaklah secara ukhuwwah dan berperikemanusiaan, bukan dilayan sebagai banduan.
Jangan sampai menzalimi tahanan dan keluarga mereka tanpa sabitan kesalahan.
Doktor Borhanuddin Al Hilmi membuat perbandingan tentang ISA dengan sebilah pisau yang
tajam yang boleh digunakan untuk kebaikan, dan pada masa yang sama juga boleh digunakan
untuk keburukan. Ibnu Najim berpendapat:

Sesuatu tindakan yang diambil oleh pemerintah yang pada pandangannya boleh menjaga
kepentingan umum, sekalipun tidak terdapat dalil yang khusus mengenainya boleh
dilaksanakan.

Jika Kerajaan berpendapat akta ini masih relevan untuk diamalkan, ia perlu kepada
penambahbaikan dan kemaskini agar bertepatan dengan siasah Islamiyyah.Pepatah Arab
Al-Wiqayatu Khairun

Mina Alillaj

Mencegah lagi baik daripada mengubat

Rujukan

yang

bermaksud

Prof Dr. Hamka, 2006. Revolusi Idealogi Dan Keadilan Sosial. Selangor: Pustaka Dini Sdn
Bhd.
Dr. Abdul Malek Abdula Al-Sayyid, 1995. Etika Sosial Dalam Islam. diterjemahkan oleh
Syed Putra Syed Ahmad. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Prof Ahmad Ibrahim dll, 1990. Al-Ahkam jilid 1 Undang-Undang Malaysia Kini. Kuala
Lumpur. Dewan bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.
______t. th, Sistem Kehakiman Islam. 2001. Disunting Oleh Abdul Monir Yaacob. Kuala
Lumpur: Institut Kemhiran Islam (IKIM)

Anda mungkin juga menyukai