Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI PENGAJIAN PERNIAGAAN

SEMESTER JANUARI / 2015

29/40
CBCT2203
BASIC CONCEPTS OF
INFORMATION TECHNOLOGY

ROSHITAH BINTI SARIFF

NO. MATRIKULASI
NO. KAD PENGENALAN
NO. TELEFON
E-MAIL
PUSAT PEMBELAJARAN

:
:
:
:
:

801008025000001
801008-02-5000
016-4301126
eyta_sariff@oum.edu.my
PERAK LEARNING CENTRE

ROSHITAH BINTI SARIFF

801008025000001
CBCT2203
INDEKS

BIL

MUKA
SURAT

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN
1.0

Perniagaan Online

1.1

Storan Sekunder
-

1.2

3-4

Definisi

4-5

Ciri-Ciri Storan Sekunder

KANDUNGAN
2.1

Cloud Storage

2.1.1

Ciri-Ciri Cloud Storage

67

2.1.2

Kebaikan Cloud Storage

78

2.1.3

Jenis-Jenis Cloud Storage Di Pasaran

Cakera Keras @ Hard Disk

2.2.1

Ciri-Ciri Cakera Keras

2.2.2

Bagaimana Cakera Keras Beroperasi

10

2.2.3

Kebaikan Cakera Keras

2.2

10 - 11

PENUTUP
3.0

Kesimpulan

12

Rujukan

13

BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY

ROSHITAH BINTI SARIFF

801008025000001
CBCT2203

1.0. Pengenalan
Perniagaan Online.
Berniaga secara online pada masa kini adalah satu perkara yang tidak asing lagi. Semakin hari
perniagaan online telah diterima oleh masyarakat Malaysia mahupun dunia. Perniagaan online
adalah salah satu cara untuk anda menjimatkan kos terutamanya bagi peniaga-peniaga yang
masih baru dalam bidang perniagaan dan kekurangan modal. Melalui Internet anda mampu
mendapatkan ramai pelanggan jika kaedah pemasaran yang anda gunakan adalah bagus. Anda
juga boleh mendapatkan pelanggan dari luar negara jika anda inginkan. Antara medium-medium
yang anda boleh gunakan adalah blog, website, Facebook dan macam-macam lagi. Jika anda
mempunyai website, seluruh dunia mampu untuk melihat produk-produk yang anda jualkan,
maka dengan ini anda bukan sahaja dapat berniaga dengan masyarakat di sekeliling anda, malah
masyarakat yang berada di tempat lain hanya secara online. Di dalam dunia online, kita perlu
pula mendaftar Nama Domain. Nama Domain ini akan bertindak sebagai BRANDING atau
JENAMA anda yang akan perkenalkan produk atau perkhidmatan di internet. Nama
Domain/Alamat URL atau LINK biasanya dalam format seperti contoh www.nama-syarikat.com,
www.brand-anda.my dan sebagainya. Nama Domain ini memudahkan pengunjung laman web
atau prospek mengunjungi laman web kita. Tujuan utama Nama Domain adalah sebagai Alamat
Perniagaan Kita di internet. Setelah mendaftar Nama Domain, kita perlu memiliki Akaun Web
Hosting atau tapak laman web. Melalui Web Hosting inilah kita boleh menyimpan data-data
laman web seperti fail html, php, gambar, video, audio dan sebagainya. Tujuan utama Web
Hosting ini adalah untuk Menyimpan Data Laman Web dan E-mel. Web Hosting adalah
berfungsi sebagai Tapak di Internet untuk kita simpan data-data laman web kita. Tanpa Web
Hosting, kita tidak boleh bangunkan & simpan fail-fail laman web kita. Umpama kereta yang
tiada enjin untuk berjalan. Kita perlu menyimpan fail laman web kita dalam Server Web Hosting.
Pengunjung mengunjungi laman web kita melalui alamat URL atau Nama Domain kemudian
barulah laman web kita dipaparkan pada skrin komputer pengunjung/prospek kita.
Dalam era siber kini keselamatan data atau fail adalah amat penting bagi memastikan
fail-fail data tidak terdedah kepada akses secara haram, pengubahan atau penghapusan serta
memelihara integriti, kebolehsediaan, kesahihan dan keselamatan data atau maklumat. Maklumat
yang dimaksudkan adalah merupakan hasil terakhir sesuatu sistem pengkomputeran dan dengan
itu ianya sangat bernilai dan bagi sesebuah organisasi atau individu. Kehilangan atau
kemusnahan data/maklumat yang disimpan dalam komputer sering berlaku disebabkan oleh
BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY

ROSHITAH BINTI SARIFF

801008025000001
CBCT2203

kejadian-kejadian seperti kebakaran, pengkhianatan, kecurian dan kecuaian. Oleh itu,


pengawalan sebegini diperlukan agar data yang digunakan dan disimpan di dalam storan tidak
diganggu serta bagi memastikan data yang diterima adalah sama dengan data yang dihantar. Ia
juga berperanan untuk mengelakkan data yang dihantar selamat daripada intipan. Keselamatan
data adalah penting terutama transaksi perniagaan untuk memastikan agar data tidak boleh
diubah oleh orang yang tidak berhak. Media dan peranti komunikasi data selalu terdedah kepada
capaian oleh orang yang tidak berhak contohnya gelombang mikro boleh diambil maklumatnya
oleh orang yang mempunyai cakera parabola. Keselamatan data boleh dilakukan dalam pelbagai
komponen komunikasi data seperti komputer hos, terminal, modem, peranti keselamatan data
dan media penghantaran. Media penghantaran berbeza pada tahap keselamatan di mana gentian
optik (fiber optic) paling selamat kerana menggunakan teknologi cahaya manakala media yang
tidak berpandu seperti infrared atau satelit lebih terdedah kepada pengintipan. Oleh itu
pemilihan storan sekunder yang terbaik adalah perlu bagi menjamin keselamatan data.
1.1. Storan Sekunder
Definisi :
Storan sekunder merupakan peranti untuk menyimpan arahan dan data secara kekal (nonvolatile). Di mana arahan dan data yang disimpan tidak akan terhapus apabila suis dimatikan
tetapi storan sekunder dikatakan bersifat semi permanent

kerana dengan memberi arahan

tertentu, arahan dan data di dalamnya boleh dihapuskan. Storan sekunder digunakan untuk
menyimpan arahan dan data yang banyak bagi kegunaan akan datang. Oleh sebab itu, storan
sekunder diperlukan walaupun komputer sudah mempunyai memori untuk menyimpan data dan
arahan. Muatan data / arahan pada storan sekunder dipanggil densiti. Unit untuk mengukur
densiti bergantung kepada jenis storan sekunder.
Storan sekunder juga dikenali sebagai storan tambahan atau luaran, ia merupakan
simpanan tidak meruap yang tidak berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan pusat
(CPU) atau tidak langsung berinteraksi dengan aplikasi. Biasanya, storan sekunder digunakan
untuk membuat sandaran kepada storan utama melalui replikasi, yang melibatkan penyimpanan
salinan sekunder mengenai data. Untuk memilih media storan sekunder yang berkesan,
seseorang harus memahami nilai data ini, berapa kerap ia digunakan dan bagaimana ia akan
dicapai. Pemacu luaran keras, pemacu kilat USB mudah alih, CD, DVD dan cloud storage
sering digunakan untuk storan sekunder. Dalam dunia perniagaan, network-attached storage

BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY

ROSHITAH BINTI SARIFF

801008025000001
CBCT2203

(NAS), storage area network (SAN array) atau tape library boleh digunakan sebagai storan
sekunder. Peranti penyimpanan objek juga boleh digunakan sebagai cara yang murah untuk
melaksanakan storan sekunder dan mengurangkan permintaan ke atas tatasusunan storan utama.
Pertumbuhan data korporat yang pesat telah mendorong pengurus penyimpanan data untuk
memindahkan data ke storan sekunder bagi mengurangkan tekanan pada sistem storan utama, ini
menuntut semula tatasusunan storan lebih mahal dan mengekalkan data yang lama dalam bentuk
mudah diakses untuk memenuhi keperluan perniagaan dan pematuhan peraturan. Storan
sekunder biasanya tidak segerak; hasilnya, data dalam storan sekunder mungkin tidak sekerap
(aktif) data dalam storan utama, terutamanya apabila sandaran tidak dipacu oleh polisi atau
secara automatik. Secara umumnya, peranti storan sekunder dilaksanakan pada tahap yang lebih
rendah daripada storan utama dan kurang mahal. Bagi kebanyakan syarikat mereka meletakkan
storan sekunder di antara storan utama dan simpanan arkib sebagai langkah pertama ke arah
persekitaran penyimpanan bertingkat (Margaret Rouse, 2014).
1.2. Ciri-Ciri Storan Sekunder
Antara kebaikan storan sekunder ialah ia menjimatkan ruang. Data dari fail dan buku
yang banyak boleh disimpan dalam ruang storan yang bersaiz kecil dan tidak memerlukan ruang
seperti rak yang besar. Ia mempunyai ciri-ciri kebolehpercayaan (reliable) , iaitu data yang
disimpan selamat dari pengguna yang tidak mengetahui tentang komputer atau pengguna yang
tidak bertanggungjawab mahupun pengguna yang tidak diberi hak penggunaan. Data dan arahan
yang di dalam storan boleh dicapai dengan mudah dan cepat pada bila-bila masa. Kos storan
sekunder lebih jimat berbanding kos untuk membeli rak atau kabinet. Storan sekunder lebih
ekonomi kerana boleh menyimpan data dengan muatan yang banyak, keselamatan data yang
disimpan mudah untuk didapatkan kembali. Kos untuk memiliki storan sekunder juga adalah
murah, saiznya juga kecil dan tidak mudah rosak, data juga tidak mudah hilang. Terdapat
pelbagai jenis storan sekunder pada masa kini seperti Cakera Magnetik, Pita Magnetik, Kartrij,
Kaset, Hard Disk, Cakera Liut, Cakera Optikal, CD-ROM, CD-RW, DVD, Worm (Write Once
Read Many) dan yang terkini adalah Cloud Storage. Bagi menjalankan perniagaan bersaiz kecil
dan sederhana secara atas talian maka pemilihan Cloud Storage dan Hard Disk (Cakera Keras)
sebagai storan sekunder adalah sangat bertepatan.
2.1. Cloud Storage

BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY

ROSHITAH BINTI SARIFF

801008025000001
CBCT2203

Cloud storage ini adalah merujuk kepada ruang simpanan secara online, sama seperti
online hard disk, di mana akan bertindak untuk menyimpan data-data pengguna. Cloud storage
berfungsi sama macam thumb drive atau external hard disk, Cuma ia online tiada fizikal pada
pengguna, semuanya secara virtual, tidak kelihatan. Data-data boleh diakses menggunakan
komputer, laptop, tablet atau smart phone di mana-mana tempat yang mempunyai capaian
internet, zaman yang ramai menggunakan plan internet mobile memudahkan lagi untuk cloud
storage ini digunakan. Perkhidmatan cloud storage boleh didapati dengan hanya mendaftar di
laman webnya.
2.1.1. Ciri-Ciri Cloud Storage
Semua perkhidmatan cloud storage memberikan perkhidmatan yang serupa dari segi
fungsinya iaitu menyimpan data, mereka boleh dibezakan melalui ciri ke boleh capaian dan
sokongan. Memahami tawaran yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan cloud storage
merupakan sesuatu yang sangat penting untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan
memenuhi keperluan sebagai pengguna individu atau perniagaan. Salah satu perkara penting
untuk dipertimbangkan apabila memilih perkhidmatan cloud storage ialah saiz yang diberikan
untuk ruang penyimpanan. Perkhidmatan cloud storage terbaik ialah yang menyediakan ruang
simpanan tanpa had dan yuran bulanan yang tetap. Ini bermakna anda boleh menyimpan
sebanyak mana fail yang dikehendaki tanpa had masa dan ruang simpanan. Jika saiz atau ruang
simpanan bukan menjadi keutamaan anda boleh memilih perkhidmatan yang memberikan harga
terendah. Selain itu perkhidmatan cloud storage mestilah membenarkan menyimpan semua jenis
fail digital dan boleh memuat naik dan memuat turun fail dari pelbagai kategori komputer dan
peranti mudah alih. Ia juga boleh dicapai dari pelbagai jenis pelayar web (browser) dan tidak
terhad kepada browser tertentu sahaja. Perkhidmatan cloud storage mestilah bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap keselamatan data semasa pergerakan dan penyimpanan. Dalam dunia
digital yang sentiasa berkembang ke hadapan, pengguna cloud storage berhadapan dengan
perkara yang tidak dapat dielakkan. Perkhidmatan cloud storage menjadi tulang belakang
kebanyakan pengguna individu dan usahawan yang memilih untuk menyimpan data secara
online berbanding dengan menyimpan di dalam komputer sendiri. Menyimpan data melalui
perkhidmatan cloud storage jauh lebih murah berbanding dengan menyimpan di dalam komputer
sendiri kerana ia tidak memerlukan sebarang perkakasan atau sumber teknikal tetapi melibatkan
pembekal ke tiga yang akan menjadikan ia sedikit berisiko dan menimbulkan kebimbangan
BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY

ROSHITAH BINTI SARIFF

801008025000001
CBCT2203

tentang keselamatan dan privasi. Apabila data atau maklumat berada di internet, ia terdedah
kepada risiko gangguan atau pemalsuan.
2.1.2. Kebaikan Cloud Storage
Menyimpan maklumat yang banyak pada rangkaian atau media storan seperti pelayan
amat mahal. Peranti storan elektrik mempunyai kos yang tinggi, jangka hayat terhad dan
memerlukan persekitaran yang sesuai supaya perkakasan tersebut berfungsi dengan baik.
Sehubungan dengan itu, kaedah penyimpanan cloud storage menjadi pilihan usahawan atas
beberapa sebab di antaranya ialah cloud storage dapat mengurangkan kos berbanding dengan
kaedah backup tradisional dengan memberikan ruang yang besar dan yuran bulanan yang murah.
Selain itu cloud storage menggunakan ruang maya iaitu keadaan yang tidak dapat dilihat,
oleh itu ia tidak memerlukan ruang di pejabat atau di rumah. Menyimpan maklumat peribadi atau
sulit di cloud storage lebih selamat berbanding menyimpannya di dalam komputer peribadi,
terutamanya untuk perniagaan dan pengurusan. Dengan menggunakan perkhidmatan cloud
storage data di enskripsi (disulitkan) semasa penghantaran dan penyimpanan untuk memastikan
tiada pengguna yang tidak dibenarkan mempunyai capaian ke atas fail tersebut. Seterusnya ialah
automasi isu terbesar backup bagi pengguna ialah amalan melakukan backup secara berterusan
dan berjadual. Cloud storage menjadikan proses backup yang membosankan dan remeh menjadi
lebih mudah melalui automasi. Pengguna hanya perlu tetapkan waktu dan fail yang ingin
dilakukan backup, semuanya akan dilakukan oleh cloud storage secara automatik. Kemudahan
capaian juga sangat baik. Pengguna boleh menggunakan pelbagai peranti seperti tablet, telefon
pintar, netbook dan desktop. Pemindahan fail dari peranti-peranti ini akan menjadi rumit dan
menyusahkan. Pengguna boleh menjadikan perkhidmatan cloud storage sebagai pusat
penyimpanan fail dan ia boleh dicapai dari semua peranti yang bersambung ke internet. Perkara
yang penting sekali ialah perkongsian data. Pengguna boleh berkongsi foto atau beratus-ratus
dokumen dengan mudah dengan hanya beberapa klik sahaja. Pengeditan fail juga boleh
dilakukan oleh pengguna lain dengan syarat mereka mempunyai hak capaian ke atas fail tersebut.
Sebarang perubahan ke atas fail seperti tarikh fail diedit dan nama pengguna yang melakukan
pengeditan akan dicatatkan. Akhir sekali sistem perlindungan. Perkhidmatan cloud storage
mempunyai salinan fail yang disimpan di lokasi yang selamat yang secara fizikalnya jauh dari
tempat asal. Pengguna boleh mendapatkan fail tersebut jika terjadi sebarang kerosakan atau
kehilangan. Gambar rajah 1.1 di bawah menunjukkan jenis-jenis cloud storage yang ada di talian.
BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY

ROSHITAH BINTI SARIFF

801008025000001
CBCT2203

Gambar rajah 1.1


2.1.3. Jenis-Jenis Cloud Storage Di Pasaran
Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan cloud storage dan mereka ini
menyediakan perkhidmatan yang boleh dikatakan serupa. Antara yang popular ialah Dropbox.
Dropbox juga menawarkan tambahan ruang simpanan 500MB untuk setiap pengguna yang
memperkenalkan pengguna baru. Dropbox memiliki aplikasi desktop untuk memudahkan
pemindahan fail hanya dengan kaedah drag dan drop. Selain itu ia memberi kemudahan memuat
naik foto dan video secara automatik. Seterusnya Google Drive; ia menyediakan ruang simpanan
lebih dari 5GB secara percuma dan jika memerlukan ruang simpanan lebih dari 5GB
pembayaran akan dikenakan mengikut saiz ruang yang diperlukan. Manakala SkyDrive pula
memberikan ruangan simpanan sebanyak 7GB secara percuma. Bagi Amazon pula memberikan
ruang simpanan sebanyak 5GB secara percuma. Bagi perkhidmatan berbayar Amazon
menyediakan pelbagai kategori harga bergantung pada saiz ruang simpanan iaitu bermula dengan
harga US$20 setahun untuk saiz 20GB sehingga US$1000 untuk saiz 1000GB.
2.2. Cakera Keras (Hard Disk)
Cakera keras (Hard disk) merupakan sejenis lagi storan sekunder yang sesuai untuk
menyokong perniagaan bersaiz kecil dan sederhana secara atas talian. Semua atur cara dan
perisian yang diperlukan perlu disimpan di dalam cakera keras. Oleh itu cakera keras adalah satu
komponen penting dalam sesebuah komputer.
2.2.1. Ciri-Ciri Cakera Keras

BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY

ROSHITAH BINTI SARIFF

801008025000001
CBCT2203

Cakera keras adalah sekeping logam tetap yang menyimpan data sebagai bintik magnetik.
Setiap kepingan logam itu disadur dengan ferum oksida. Keseluruhan unit cakera keras
dibungkus dalam kotak dimeterai, yang di dalamnya terdapat cakera keras, satu set pemacu
cakera dan motor yang memutarkan cakera. Ini berbeza dengan cakera liut yang cakera dan
pemacu cakera terasing. Unit yang mempunyai satu kepala baca / tulis, satu lengan capaian dan
satu keping cakera yang termeterai juga dikenali sebagai Pemacu Cakera Winchester (Winchester
disk drives). Permukaan cakera keras dan kepala baca / tulis begitu rapat sehingga sebarang
partikel kotoran boleh menjejaskan kelancaran proses baca / tulis dan juga menyebabkan head
crash. Kejadian ini akan merosakkan permukaan cakera keras (data akan hilang) dan juga
merosakkan kepala baca / tulis. Cakera keras dapat menyediakan ruang storan dan kepantasan
yang lebih berbanding cakera liut. Oleh sebab cakera keras adalah rigid, kepala-kepala bacatulisnya adalah lebih hampir ke permukaan cakera tanpa mengakibatkan kerosakan pada cakera.
Ini juga membolehkan kepala-kepala baca-tulisnya dapat membuat tanda magnetik

di

permukaan cakera dengan lebih tepat (precise), seterusnya menyimpan lebih banyak data pada
setiap kepingan cakera. Tambahan lagi cakera keras berputar dengan kelajuan sepuluh kali ganda
dari kelajuan cakera liut. Oleh itu komputer akan membaca dan menulis data dengan lebih
pantas. Antara syarikat pengeluar Hard disk yang terkemuka adalah seperti MAXTOR,
SEAGATE, QUANTUM, FUJITSU dan CORNER.

2.2.2. Bagaimana cakera keras beroperasi


Kaedah data disimpan pada cakera keras hampir sama dengan kaedah penyimpanan cakera liut
iaitu kaedah jejak dan sektor. Bagi kedua-duanya, data disimpan di dalam bulatan concentric
yang dipanggil trek. Setiap trek mengandungi beberapa sektor. Apabila kita memformat cakera
keras atau cakera liut, kita sebenarnya mengarah komputer untuk menyediakan trek-trek dan
menyediakan sektor-sektor pada setiap trek. Pada amnya setiap sektor boleh menyimpan
maklumat sebanyak 512 bait atau bersamaan 512 aksara. Bagaimanapun, cakera keras boleh
terdiri lebih daripada satu kepingan baca / tulis. Bentuk cakera keras sedemikian disebut pek
cakera (disk pack). Pek cakera keras boleh terdapat sehingga 12 atau lebih kepingan cakera
magnetik. Jika ini keadaannya, satu konsep silinder (cylinder) digunakan. Kaedah silinder ini

BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY

ROSHITAH BINTI SARIFF

801008025000001
CBCT2203

adalah satu kaedah menyimpan data pada jejak yang sama dan pada permukaan cakera yang
berlainan.
Terdapat pelbagai variasi cakera keras untuk mikrokomputer iaitu Pemacu Cakera Keras
Luaran (External Hard Disk Drives) yang boleh menyimpan bergigabait data.

Seterusnya

pengecilan (miniaturization); pemacu cakera keras sekarang lebih tipis daripada yang dahulu
(3.5 kepada 1.5) dan juga lebih kecil diameternya (daripada 3.5 atau 5.25 kepada 2.5, 1.8,
1.3). Pengecilan saiz ini akan membolehkan dua pemacu cakera ditempatkan pada ruang yang
sama. Akhir sekali Kartrij Cakera Keras; ia mengandungi satu atau dua keping cakera dan
pemacu cakera dalam satu kotak plastik keras. Kartrij ini seperti cakera keras boleh pindah dan
boleh menampung sehingga 1.2 gigabait data. Ia adalah baik digunakan untuk salinan (back up).
2.2.3. Kebaikan cakera keras / Hard disk
Cakera keras (Hard disk) merupakan plat besi yang diselaputi magnetic oxide yang boleh
dimagnetkan bagi perwakilan data. Keras melambangkan keadaan fizikalnya. Ia mampu
menampung saiz data yang lebih besar dan juga mencapai data dengan cepat. Cakera keras
digunakan untuk menyimpan sistem operasi seperti Windows XP atau LINUX. Setiap komputer
mempunyai sebuah sistem operasi. Sebelum menyimpan sebuah sistem operasi, hard disk
tersebut hendaklah terlebih dahulu menjalani proses format. Selepas itu, sistem operasi seperti
Windows XP boleh dipasang. Hard disk mampu menyimpan pelbagai fail seperti fail gambar,
video, lagu dan dokumen. Pada masa kini kapasiti sebuah hard disk telah menjadi semakin besar.
Bagi pengguna biasa di rumah, mereka kini boleh menggunakan hard disk bersaiz lebih 300Gb.
300Gb boleh menampung beribu-ribu fail dokumen, 5000 jam muzik digital, 96,000 gambar
digital, 300 jam video digital dan 150 video games. Cakera keras merupakan perumah kepada
unit sistem atau sebagai unit luaran dalam komputer. Cakera keras ini berfungsi sebagai tempat
penyimpanan atau stor segala data. Segala data yang diterima atau dibuat akan disimpan ke
dalam hard disk ini. Terdapat pelbagai jenis hard disk dan saiz yang berbeza. Saiznya ditentukan
dalam unit Bytes seperti Mega Bytes dan Giga Bytes, seperti 290 Mega Bytes dan 2.1 Giga
Bytes, 3.2GB, 4.3GB. Gambar rajah 1.2 menunjukkan gambar Cakera keras atau Hard disk.

BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY

10

ROSHITAH BINTI SARIFF

801008025000001
CBCT2203

Gambar rajah 1.2 : Cakera keras

3.0. Kesimpulan
Kesimpulannya pemilihan storan sekunder yang sesuai amatlah penting dalam
menjalankan perniagaan kecil atau sederhana secara atas talian. Pemilihan storan sekunder yang
baik dapat menjamin keselamatan data yang disimpan. Oleh itu pemilihan cloud storage dan juga
cakera keras amatlah sesuai untuk perniagaan ini. Untuk menjalankan perniagaan secara atas
talian sudah semestinya kita memerlukan ruang penyimpanan data yang luas kerana melibatkan
penyimpanan gambar-gambar, boleh jadi juga video perlu dimasukkan, data-data penting
perniagaan dan bermacam-macam-macam lagi. Dengan memilih cloud storage dan cakera keras
keselamatan data kita adalah terjamin dan ruang penyimpanan data adalah sangat luas.

(2,744 patah perkataan)

BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY

11

ROSHITAH BINTI SARIFF

801008025000001
CBCT2203
LAMPIRAN

Rujukan :
1. Rosidah Rashid, Cloud Storage Trend Penyimpanan Fail Masa Kini, www.mkm.edu.my ,
Institut Koperasi Malaysia (iCOOP)
2. http://puim.my/apa-itu-webhosting/
3. http://www.kedaiuntunganda.com/2013/05/kebaikan-perniagaan-online.html
4. http://bit.ly/copynwin
5. http://1cyber.blogspot.com/2010_03_01_archive.html
6. Ibrahim-sukuri.tripod.com/cakera_keras.htm
7. http://amdyusri.bravepages.com/notaasaskomp.htm
8. http://www.sabah.edu.my/mtc017.wcdd/storansekunder.html
9. Margaret Rouse, 2014 http://searchstorage.techtarget.com/definition/secondary-auxiliarystorage
10. http://beautyshadows.blogspot.com/p/tetikus.html

BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY

12

Anda mungkin juga menyukai