Anda di halaman 1dari 23

KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 1

KRL 3033

TAJUK

KAJIAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN


KRITIS DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU BAGI PELAJAR
SEKOLAH RENDAH

KUMPULAN : UPSI 11 (A141 PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

ROJITA BT AHMAD D 20111049741 0195530093

NAMA TUTOR E-LEARNING : ABDUL TALIB B MOHAMED HASIHIM

TARIKH SERAH :
18.11.2014

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 2

ISI KANDUNGAN
BAB 1 PENGENALAN
MS
i. PENDAHULUAN 3
ii. LATAR BELAKANG KAJIAN 3
iii. PENYATAAN MASALAH 3
iv. KERANGKA KONSEP 5
v. OBJEKTIF KAJIAN
vi. PERSOALAN KAJIAN 6
vii. KEPENTINGAN KAJIAN 7
viii. BATASAN KAJIAN 7
ix. DEFINISI PEMBOLEH UBAH 8
x. RUMUSAN 9

2 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

i. PENDAHULUAN 10
ii. TEORI DAN MODEL 10
iii. KAJIAN-KAJIAN LEPAS 13
iv. PENUTUP 17

BAB 3 METODOLOGI

i. PENDAHULUAN 19
ii. REKA BENTUK KAJIAN 19
iii. MODEL 20
iv. PERSEMPELAN 21
v. INSTRUMEN KAJIAN 21
vi. ANALISIS DATA 21
vii. RUMUSAN 22

RUJUKAN 23

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 3

BAB 1 - PENGENALAN
Pendahuluan
Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek seperti kemahiran menghafal dan mengingat
kembali fakta dan penerangan, memberi penjelasan, membuat analisis, mengeluarkan
pendapat, membuat keputusan, menyelesaikan masalah atau merancang. Kemahiran berfikir
seperti menjelaskan, membuat analisis, mengeluarkan pendapat, membuat keputusan,
menyelesaikan masalah dan merancang yang memerlukan pemikiran meluas dan mendalam
dipanggil kemahiran berfikir aras tinggi. Manakala kemahiran menghafal dan mengingat
kembali fakta atau maklumat adalah kemahiran aras rendah kerana tidak memerlukan
pemikiran yang meluas dan mendalam.
Menurut Rajendran (2001), kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada tahap
ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001) pula menyatakan bahawa para pelajar tidak
hanya menerima pengetahuan semata-mata tetapi mereka seharusnya dapat menyatakan idea,
fikiran dan pendapat dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional dalam semua situasi. Untuk
mecapai hasrat ini, peluang bagi meningkatkan daya intelek perlu diwujudkan supaya
pemikiran kritis dan analitis akan menjadi salah satu aspek penting dalam aktiviti
pembelajaran.
Manakala menurut pendapat Sang (2004), pemikiran merupakan proses membina
ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir,
otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami rangsangan luar yang diterima
melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan tindak balas berdasarkan
pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.

Latar belakang kajian


Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ini merupakan salah satu kemahiran menaakul
yang diperlukan oleh pelajar untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan. Bloom Taxonomy
telah memperkenalkan aras pemikiran ini pada tahun tahun 1956.
Penggunaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ini bermula dengan
penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah KBSR yang selari dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Negara untuk meningkatkan kemampuan intelek pelajar berfikir secara kritis dan
kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif telah disepadukan di dalam pengajaran
bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar supaya berfikir secara kritis dan boleh
menghasilkan idea-idea baru. Kemahiran berfikir ini mahu diterapkan kepada pelajar melalui

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 4

soalan-soalan aras tinggi, aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemikiran dan penyelesaian


masalah serta kaedah-kaedah pengajaran.
Namun, senario yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya di mana segelintir
pelajar tidak menggunakan akal fikiran dengan betul dalam membuat keputusan bagi
menjalani kehidupan seharian. Keadaan ini adalah selari dengan kenyataan yang dibuat oleh
Ungku Aziz (1994), iaitu “Slow thinkers and those who think slowly are two different things.
Slow thinkers are actually non-thinkers”.
Oleh itu kemahiran berfikir ini perlu diajar kepada pelajar bagi menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan yang baik untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
Sudah semestinya pelajar yang dapat berfikir secara kreatif dan kritis dapat bertindak secara
logik, mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan merupakan aset yang sangat
berharga kepada negara.

Pernyataan Masalah
Berdasarkan analisis keputusan peperiksaan yang dijalankan setiap tahun di SK Temelok
Trong Perak, pengkaji telah mendapati kebanyakan murid lemah dalam mengemukakan
jawapan dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Lebih-lebih lagi
kurikulum baru sekolah rendah (KSSR) yang diperkenalkan menekankan setiap pelajar mesti
menguasai kemahiran berfikir bagi memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang
dapat diperolehi oleh pelajar.
. Pengkaji mengesan kelemahan pelajar menggunakan kemahiran berfikir secara
kreatif dan kistis ini melalui ujian dan peperiksaan yang dijalankan di SK Temelok pada
murid Tahun 5 dan didapati seramai 18 orang pelajar Tahun 5 tidak dapat mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan ujian bulanan yang diberikan. Pengkaji
telah membuat perbandingan jawapan yang diberikan oleh murid dalam ujian dan
peperiksaan yang dijalankan pada enam bulan pertama tahun 2014. Kebanyakan pelajar
hanya memperoleh pencapaian yang paling tinggi hanyalah markah dalam katogeri B. Setelah
disemak kertas jawapan didapati kebanyakkan pelajar tidak dapat menjawab soalan yang
memerlukan penggunaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Ini berkemungkinan kegagalan pelajar menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritis dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti lemah dalam pemikiran kritikal, lemah
dalam menyelesaikan masalah, lemah dalam kemahiran belajar dan lemah dalam membuat
sesuatu keputusan. Senario ini berlaku mungkin disebabkan kurang penerapan kemahiran
berfikir dalam kalangan pelajar, kurang pendedahan di kalangan guru terhadap penerapan

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 5

KBKK, strategi pengajaran dan pembelajaran guru kurang berkesan, atau interaksi yang
kurang berkesan antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar semasa proses PdP.
Menurut Noraishah (2004), pengajaran guru juga tidak sistematik dan tidak ada
kesinambungan dengan pengajaran yang sebelumnya juga telah menyebabkan pelajar tidak
mampu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian
dengan sempurna. Pelajar perlu mempunyai senarai kemahiran-kemahiran untuk
menyesuaikan diri dalam perubahan baru dunia dan mengendalikan tugas dengan jayanya.
Kemahiran-kemahiran ini boleh disenaraikan seperti:, penyelesaian masalahlah , kemahiran
berfikir dan lain-lain demikian menurut kenyataan Fahriye et el,( 2008)

Kerangka Konseptual
Carta aliran bagaimana penyelidik menjalankan kajian ini ditunjukkan pada rajah 1

Pemilihan tajuk, mengenal pasti isu dan


masalah, pembentukan idea dan pemahaman
tajuk

Merangka kerja Penyelidikan

Memfokus kepada bidang kajian, pembentukan


objektif, persoalan skop kajian, metodologi kajian
serta pemilihan responden

Menetukan kaedah
pengumpulan data

Pemprosesan dan Penganalisi Data

Analisis data

Penemuan dan cadangan


Rajah 1

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 6

Objektif Umum
Selepas kajian ini selesai dilaksanakan . pelajar-pelajar SK Temelok akan dapat
menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis semasa menjawab soalan yang
diberi dalam terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu.

Objektif Khusus
Selepas kajian ini selesai dilaksanakan, pelajar-pelajar terbabit diharap akan mencapai
objektif berikut :
i. Untuk menilai tahap kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang diberikan oleh
pelajar dalam menjawab soalan Bahasa Melayu.
ii. Untuk mengenal pasti tahap kecondongan berfikir pelajar semasa menjawab soalan
yang berkaitan dengan pelajaran Bahasa Melayu.
iii. memastikan murid dapat memberi jawapan yang betul dan tepat dengan menggunakan
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam soalan pemikiran aras tinggi yang diberi.

Soalan kajian
1. Adakah pelajar-pelajar mengaplikaskan kemahiran berfikir secara kearif dan kritis semasa
menjawab soalan yang diberi?
2. Apakah persediaan awal yang diberikan mencukupi sebelum murid menjawab soalan
yang memerlukan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis?
3. Apakah pelajar-pelajar dapat memahami pengajaran guru yang menggunakan kaedah
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis semasa aktiviti dalam PdP?

Kepentingan Kajian
Kajian ini penting dilakukan kerana terdapat masalah yang berlaku ke atas pelajar-pelajar
yang kurang mahir dalam mengaplikasi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis semasa
menjawab soalan beraras tinggi.
Seterusnya pengkaji juga telah menyelidik pemasalahan ini melalui semakan analisis
keputusan peperiksaan Bahasa Melayu Tahap 2 yang dijalankan di SK Temelok Trong Perak.
Hasil daripada kajian tersebut pengkaji mendapati pelajar memang lemah dalam menjawab
soalan yang menggunakan kemahiran kreatif dan kreatif. Ini membuktikan betapa seriusnya
masalah ini dan ianya harus ditangani segera bagi mengelak masalah ini berterusan. Lebih-
lebih lagi Kurikulum Standrad Sekolah Rendah (KSSR) yang mahukan pelajar menjawab

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 7

soalan yang yang mempunyai pemikiran beraras tinggi bagi mencapai hasrat kerajaan dalam
PPIP supaya pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.
Penkaji mendapati pelajar sukar untuk menjawab soalan beraras tinggi kerana kurang
pengetahuan mengenai aspek-aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Ini
berkemungkinan pelajar tidak didedahkan dengan cara menggunakan kemahiran berfikir
dengan betul. Masalah ini telah dikesan melalui soalan-soalan contohnya soalan berbentuk
perbincangan, membuat infrens dan memberi pendapat, soalan-soalan seperti ini pelajar tidak
dapat mengemukakan pendapat yang bernas berbanding dengan soalan yang hanya
memerlukan aras pengetahhuan dan pemahaman sahaja. Ini selari dengan pendapat Phillips
(1997), secara umum perkembangan kemahiran berfikir kurang ditekankan di sekolah-
sekolah. Sesetengah guru mungkin beranggapan iaitu jika pelajar diberi kebebasan berfikir,
mereka akan menyoal atau mengkritik dan membangkitkan isu yang tidak sepatutnya
dibincangkan. Malah sesetengah guru membuat andaian iaitu pelajar tidak cukup matang
untuk melibatkan diri dalam proses pemikiran atau berfikir dengan mendalam tentang
sesuatu topik atau konsep.

Batasan kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Temelok sahaja. Fokus kajian ini adalah untuk
melihat pelajar-pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis semasa
menjawab soalan yang diberikan sama ada secara lisan maupun bertulis. Tujuan kajian ini
adalah untuk memastikan murid dapat dalam menjawab soalan yang menggunakan aras
pemikiran tinggi.
Kajian yang dibuat hanya menggunakan data kuantitatif berdasarkan analisis deskritif
yang diambil dari keputusan peperiksaan dan ujian bulanan Tahun 4 yang dijalankan setiap tiga
bulan sekali di SK Temelok Trong Perak. Ini adalah untuk memastikan data-data yang diguna
pakai lebih berfokus kepada soalan yang diberi menggunakan aras pemikiran tinggi.
Soalan-soalan akan dijalan melalui soal selidik, pemerhatian, soal jawab dan analisis
keputusan ujian bulan serta peperiksaan. Kesemua dapatan ini akan digunakan untuk menilai
sejauh mana pelajar-pelajar dapat menjawab soalan yang beraras tinggi yang telah diberikan.

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 8

DEFINISI PEMBOLEHUBAH
Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
Berfikir ialah satu proses mental. Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek seperti
kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta dan penerangan, memberi penjelasan,
membuat analisis, mengeluarkan pendapat, membuat keputusan, menyelesaikan masalah atau
merancang.
Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kemahiran yang menjanakan idea yang
banyak, pelbagai dan baru contohnya kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi.
Manakala kemahiran berfikir secara kritis pula adalah kemahiran yang diperlukan untuk
membuat penilaian terhadap data dan maklumat. Membuat analisis bermakna mencerakinkan
data dan maklumat kepada bahagian-bahagian dan mengkaji setip bahagian dengan lebih
terperinci. Kemahiran menganalisis termasuk membanding dan membeza, menyusun atur,
mengenal pasti fakta dan pendapat dan pernyataan berat sebelah, memberi sebab, meramal,
membuat kesimpulan awal dan generalisasi, mentafsir dan membuat rumusan.
Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis telah dibuat pelbagai definisi antaranya
pendapat Mayer, (1997) melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam
minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. Manakala
pendapat Fraenkel(1980) kemahiran berfikir merupakan pembentukan idea, pembentukan
semula , pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. Pendapat Beyer
(1984) kemahiran berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi
sebab atau membuat penentuan.
Menurut pendapat George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses
penyelesaian masalah dan pelakuan semula jadi yang kompleks dan perlakuan semulajadi
yang kompleks. Manakala Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir
dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan
masalah,malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi
menyelesaikan masalah.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Bagi pemikiran beraras tinggi pula adalah seperti menjelaskan, membuat analisis,
mengeluarkan pendapat, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang.
Pemikiran-pemikiran jenis ini memerlukan pemikiran meluas dan mendalam dan ianya
dipanggil kemahiran berfikir aras tinggi.

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 9

Menurut pendapat Onosko dan newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran


beraras tinggi didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi
cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu
mentafsir, menganalisi atau memanipulasikan maklumat untuk menjawab soalan atau
menyelesaikan masalah yang di kemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang
telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru
mungkin tidak akan membuahkan hasil.
Manakala menurut pendapat Zevin (1995), pada kebiaasannya. Pemikiran beraras
tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan
sesuatu yang baru dan asli. Masalah-masalah yang mempunyai penyelesaian merupakan nadi
kepada pemikiran beraras tinggi.

RUMUSAN
Setelah kajian dibuat pengkaji berharap pengaplikasian kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kalangan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan
Temelok berada pada tahap cemerlang.
Pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
terutamanya semasa menjawab solan Bahasa Melayu. Jika pelajar-pelajar dapat
mengaplikasikan kemahiran berfikir seperti membanding dan membeza, kemahiran membuat
andaian, kemahiran membuat kategori, kemahiran membuat ramalan, kemahiran menjana dan
menghasilkan idea, kemahiran mencipta definisi dan kemahiran mencipta analogi pada soalan
yang diberi, mereka akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian dan
peperiksaan yang mereka perolehi.

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 10

BAB 2 TNJAUAN LITERATUR

Pendahuluan
Tidak dapat dinafikan, kemahiran berfikir ini telah banyak dibincangkan dalam disiplin ilmu
dan kajian ke atas sekolah, universiti, pusat latihan, industri, dan tempat bekerja. Pihak
Kementerian Pelajaran telah melakukan, berbagai cara dan kaedah dalam menyampaikan
kandungan pengajaran supaya ia menepati kehendak-kehendak pendidikan masa kini. Pihak
pendidik juga telah cuba menerapkan kemahiran berfikir aras yang tinggi ini dengan
pelbagai kaedah pembelajaran dalam PdP mereka.
Sejak kebelakangan ini, ramai pengkaji telah menyumbangkan idea dan strategi bagi
membantu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi terutamanya pada pelajar-pelajar
bermula dari Tahap 1 lagi bagi memastikan pelajar yang dihasilkan mampu memenuhi
keperluan dunia profesional pada masa hadapan. Kebanyakan mereka mempunyai teras
cadangan yang sama iaitu kemahiran berfikir aras tinggi perlu ditingkatkan melalui
pengajaran yang berkesan.

Teori Dan Model


Kajian ini berkait rapat dengan teori kognitif,iaitu teori perkembangan kognitif dipelopori
oleh Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori ini adalah teori berpusatkan kepada pemikiran
manusia yang berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku
dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahliahli
psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis
pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat
umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori ini lebih menumpukan kepada cara pembelajaran
seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah,penemuan dan pengkategorian.
Menurut teori ini, manusiamemiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak
akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.
Menurut Prof. Madya Dr Rohani Bin Abdullah (2003) kognitif merujuk pada intelek
atau pemikiran individu. Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara pelajar belajar
dan memproses maklumat. Perkembangan kognitif memberi penekanan terhadap pembinaan
pemikiran pelajar. Perkembangan kemahiran adalah berasaskan perubahan stuktur mental
pelajar yang melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikiran, penaakulan dan penyelesaian
masalah kemahiran mengingat.Kita juga boleh mengukur perkembangan intelek mereka

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 11

dengan melihat kemampuan serta kebolehan mereka untuk menggunakan kemahiran berfikir
bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn, (1980) yang dinyatakan dalam penulisan
Baden dan Mojor (2004) pemikiran beraras tinggi mesti mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
a) Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau
salah.
b) Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang
pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian,
c) Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri,
d) Guru sebagai pembimbing.

Penyelidikan ini berdasarkan model yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan


Kurikulum (PPK) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG),Kemahiran Berfikir mengandungi
komponen-komponen seperti pemikiran kritis, pemikiran kreatif, menyelesaikan masalah,
membuat keputusan dan kemahiran belajar.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, kemahiran berfikir yang dikenal pasti
untuk digunakan dan diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, adalah
seperti berikut:
(a) membanding dan membeza;
(b) membuat ramalan;
(c) menerangkan sebab;
(d) mengkategori;
(e) mencetuskan idea;
(f) menentukan sumber yang dipercayai
(g) menghasilkan metafora;
(h) menghasilkan analogi;
(i) mengusul periksa andaian;
(j) menentukan bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan; (k)
membuat inferens;
(l) membuat keputusan;
(m) menyelesaikan masalah.

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 12

Selain itu penyelidikan ini juga akan dilakukan berdasarkan model perubahan
Fullan (2001) dan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn,1980. ) pemikiran beraras tinggi
mesti mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
a) Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau
salah.
b) Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang
pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian,
c) Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri,
d) Guru sebagai pembimbing.

Manakala aras soalan pula menggunakan Aras Taksonomi Bloom (1956) sebagai
asas untuk meneliti tiga aspek besar dalam soalan yang diberikan pada pelajar.
Menurut Rafei (1998) dalam kajiannya, berdasarkan model yang dikemukakan oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG),Kemahiran
Berfikir mengandungi komponen-komponen berikut:
- Pemikiran kritis
- Pemikiran kreatif
- Menyelesaikan masalah
- Membuat keputusan
- Kemahiran belajar

Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, pemikiran aras tinggi merupakan


perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau
asli.Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi
kepada pemikiran aras tinggi.
Manakala menurut Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa pemikiran aras
tinggi (KBAT) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi
cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu
mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau
menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang
telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru
mungkin tidak akan membuahkan hasil.
Mengikut pendapat Abd. Rahim Abd. Rashid,(1999) dengan adanya kemahiran
berfikir kritis, masyarakat dapat menyuarakan pandangan, pendapat dan kritikan untuk

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 13

mempengaruhi proses membuat keputusan serta menyelesaikan masalah ke arah


membangunkan negara.
Menurut Suriyana (2004), kemahiran berfikir ialah kebolehan menggunakan minda
untuk mencari makna dan kefahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai idea,membuat
keputusan, menyelesaikan masalah dengan membuat pertimbangan yang wajar dan merenung
kembali proses pemikiran yang telah dialami.
Manakala Bloom, (1956) telah memperkenalkan istilah „aras pemikiran‟ atau levels of
thought processes dalam taksonominya yang dikenali sebagai „Taxonomy of educational
objectives : Cognitive domains‟. Bloom menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi ( KBAT)
hanya boleh digembelingkan dengan menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Jika
pelajar menjawab hanya menggunakan kemahiran berfikir aras rendah pelajar-pelajar akan
menjadi tidak kreatif dan kritis.
Aras pemikiran yang diperkenalkan oleh Taksonomi Bloom (1956) digunakan
dalam kajian ini sebagai asas untuk meneliti tiga aspek besar dalam jawapan murid
berdasarkan soalan yang diberi. Dalam model ini Taksonomi Bloom terdapat enam tahap
dalam domain kognitif. Domain kognitif bermula dari pengetahuan, iaitu tahap
paling rendah dan berakhir dengan tahap yang tertinggi dan kompleks iaitu penilaian.
Walau bagaimanapun, untuk tujuan kajian ini, domain kognitif Bloom telah disatukan
dan dibahagi kepada tiga tahap iaitu „tahap rendah‟, „tahap sederhana‟dan „tahap tinggi‟. Jika
responden memberi respon kepada sampel soalan dan aktiviti dalam kategori pengetahuan
dan pemahaman maka tahap kemahiran berfikirnya boleh dikategorikan dalam „tahap
rendah‟. Namun jika respon yang diberi kepada ketiga-tiga domain tersebut dalam bentuk
aplikasi, analisis dan sintesis tahap maka kemahiran berfikir responden adalah lebih stabil.
Responden akan berada di dalam „tahap tinggi‟ jika respon kepada ketiga-tiga domain
tersebut menggambarkan unsur penilaian.

Kajian-Kajian Lepas
Kajian-kajian lepas yang dirujuk adalah kajian yang dijalankan dalam bidang kemahiran
berfikir dan yang berkaitan bagi memperoleh fakta-fakta yang dapat menyokong kajian ini.
Melalui kajian yang dijalankan oleh Tee Tze Kiong, Jailani Bin Md Yunos, Baharom
Bin Mohamad, Widad Bt. Othman dan Yee Mei Heong, (2010) bertajuk Kepentingan Peta
Minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nota kuliah. Kajian ini banyak menekankan
tentang aktiviti berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam
minda atau sistem kognitif seseorang (Yee et al., 2009). Kemahiran berfikir pula bergantung

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 14

kepada kemahiran seseorang individu untuk mengendalikan potensi kecerdasan otaknya. Som
dan Mohd Dahalan (1998) pula menerangkan bahawa alat berfikir merupakan instrumen yang
dapat membantu individu menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Alatalat
berfikir ini mampu menyampaikan idea seseorang dengan lebih tersusun, jelas dan mudah
difahami. Menurut Tee et al. (b) (2009), terdapat beberapa alat berfikir yang lazim digunakan
dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu soalan dan penyoalan, pengurusan grafik, peta minda
dan Cognitive Research Trust (CoRT). Namun begitu, setiap jenis alat berfikir mempunyai
fungsi dan kegunaan yang unik. Menurut Buzan (2003), peta minda digunakan dalam pelbagai
bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan. Widad dan
Kandar (2006) pula menyatakan bahawa peta minda adalah alat berfikir yang sangat
berguna. Kajian ini akan membincangkan konsep alat berfikir yang meliputi jenis dan kegunaan.
Selain itu, kajian ini juga turut membicarakan kepentingan penggunaan peta minda dalam
mengambil nota secara khusus.
Kajian yang dibuat oleh Nuraihan Mat Daud and Zamnah Husin bertajuk Developing
critical thinking skills in computer-aided extended reading classes. Pengkaji melakukan
kajian dengan meninjau kesan penggunaan aplikasi komputer dalam membantu
meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan teks
sastera bertajuk “Othello” dan penggunaan perisian “Concordancer” dalam meningkatkan
kemahiran berfikir kritis terhadap 40 orang pelajar UIAM. Kajian eksperimen telah
dijalankan iaitu kumpulan eksperimen telah didedahkan kepada analisis teks menggunakan
“Concordancer” manakala kumpulan kawalan menganalisis teks secara manual. Ujian
Pemikiran Kritis Cornell telah digunakan untuk menganalisis keupayaan pemikiran kritis
pelajar.
Kajian seperti juga dibuat oleh Boon Pong Ying (2012) bertajuk Amalan Reflektif Ke
arah Peningkatan Profesionalisme Diri Guru, kajian ini membincangkan pentingnya guru
sebagai pemangkin untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif
bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa. Justeru itu, guru perlu meningkatkan
profesionalisme diri melalui pelbagai strategi amalan reflektif agar dapat memikul
tanggungjawab tersebut. Antaranya amalan refleksi melalui penulisan reflektif/ jurnal,
portfolio pengajaran, penyelidikan tindakan, perkembangan professional on-line serta aktiviti
Pusat Kegiatan Guru dapat membawa kepada peningkatan professional diri guru. Strategi-
strategi tersebut merupakan jentera untuk guru membuat refleksi selain mendorong guru
mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu dalam amalan
pengajaran-pembelajaran. Dengan mengamalkan pemikiran reflektif, guru dapat

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 15

meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta
menjadi “more thoughtful teachers”.
Menurut kajian Rafiei B. Hj Mustapha yang bertajuk Kajian Tentang Kemahiran
Berfikir secara kristis dan Kreatif (KBKK) Dalam P&P Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana unsur-unsur Kemahiran Berfikir Secara Kritis
dan Kreatif (KBKK) wujud dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di sekolah-sekolah menengah di negara ini. Seramai 657 orang guru Bahasa Melayu di
185 buah sekolah menengah dari seluruh negara terlibat sebagai responden kajian. Dapatan
kajian menunjukkan pengetahuan guru tentang KBKK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran masih rendah. Kebanyakan guru (66%) tidak jelas tentang kaedah menerapkan
unsur KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, walaupun ada yang
telah diberi pendedahan secara formal. Rancangan Tahunan KBKK tidak disediakan tetapi
sebilangan kecil guru (37%) ada mencatatkan objektif KBKK dalam Rancangan Mengajar
Harian. Kebanyakan guru tidak menerapkan unsur KBKK dalam kaedah penyampaian
pelajaran yang meliputi aspek permulaan (set induksi) dan penggunaan bahan pengajaran.
Namun 50% guru yang dikaji ada mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBKK
dan 55% guru menjalankan aktiviti yang berunsurkan KBKK yang melibatkan pelajar.
Latihan bertulis yang ada unsur KBKK diberikan kepada pelajar oleh 52% guru yang dikaji.
Seterusnya kajian yang dibuat oleh Cindy L. Laynch dan Susan K. Wlocoot, (2001)
yang mengkaji tentang kepentingan mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah bagi
menyediakan asas kepada pelajar. Kurangnya kemahiran berfikir mengakibatkan kelemahan
dalam membuat perancangan dan keputusan. Kita boleh menggunakan apa yang diketahui
tentang bagaimana kemahiran berfikir membangunkan tugasan reka bentuk dan persekitaran
pembelajaran yang meningkatkan kemahiran berfikir dan meningkatkan kemungkinan
bahawa pelajar kita akan mampu untuk menangani masalah dengan terbuka dan mereka akan
hadapi dalam profesional mereka, peribadi, dan peranan sivik.
Menurut kajian Wan Alfida Sulaiman,(2012) yang mengkaji mengenai literasi digital
dibina berdasarkan tiga prinsip utama. Pertama, pengetahuan dan kemahiran, kedua,
keupayaan memahami kandungan media dan aplikasinya secara kritikal dan yang ketiga
mempunyai kemampuan dan pengetahuan untuk mencipta dengan menggunakan teknologi
digital. Dalam kajian ini, tumpuan akan diberikan kepada prinsip yang pertama dan
diselaraskan dengan konteks kemahiran abad ke-21. Literasi digital dalam konteks kemahiran
abad ke-21 bermaksud keupayaan pengguna menggunakan kemahiran tersebut dengan cekap
dan berkesan. Kajian yang dijalankan selama dua belas minggu ini meninjau sejauh manakah

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 16

literasi digital dapat dibina secara cekap dan berkesan. Murid perlu menjalani beberapa
proses pembelajaran seperti membuat perbandingan kehidupan dahulu dan sekarang di
Singapura, mencari infomasi dalam talian, mengalami pembelajaran secara autentik dengan
menemuramah penduduk kampung, mengaplikasikan perbincangan kumpulan melalui
perisian blog dan Google Docs dan menyimpan bahan-bahan tugasan dalam perisian
Dropbox agar dapat dikongsi bersama. Setelah melalui proses pembelajaran ini, guru
mendapati kemahiran literasi digital dan kemahiran berfikir murid semakin meningkat.
Kajian seperti ini juga dijalankan oleh Klímova, Blanka Frydrychova bertajuk
Thinking skills in the teaching and learning of the English language. Beliau membuat kajian
tentang pemikiran adalah aktiviti semula jadi seperti bernafas, makan dan minum. Semua
orang mempunyai keghairahan semula jadi untuk menemui perkara-perkara baru,
memberikan sebab mengenai proses dan aktiviti-aktiviti yang mereka ceburi. Tetapi untuk
orang dewasa pembelajaran bahasa kedua dalam institusi akademik pelbagai dimensi
pemikiran memainkan peranan penting, termasuk kepercayaan mereka, sikap, keupayaan
mereka untuk mengingat, dan penggunaan strategi. Tujuan artikel ini adalahuntuk
menyenaraikan, mengkategorikan dan menentukan satu kemahiran pemikiran beberapa
(lower order and higher order) (mengikut Taksonomi Bloom pada tahun 1956 dan Newcomb
dan model Trefz tahun 1987) yang mungkin menyumbang kepada peningkatan kecekapan
komunikatif dalam pembelajaran dan di mana pelajar mungkin memerlukannya apabila
belajar di universiti, terutamanya pembelajaran bahasa Inggeris. Pelaksanaan kemahiran
berfikir dan pembangunan kemahiran komunikasi reseptif dan produktif dalam pengajaran
dan pembelajaran ditunjukkan dalam kajian ini.
Menurut kajian Dewey, Jessica; Bento, Janet, ( 2009 ) bertajuk The effects of
an infusion approach to teaching thinking in primary schools. Mereka
mengkaji mengenai kepentingan dalam pengajaran kemahiran berfikir dalam pendidikan telah
membawa kepada peningkatan dalam pakej kemahiran berfikir (KB) yang disediakan
untuk sekolah. Bagaimanapun, kebanyakan pakej KB ini tidak berdasarkan kepada penilaian
saintifik (DfEE, 1999). Kertas ini berusaha untuk mengkaji keberkesanan satu pendekatan iaitu
„penyerapan KB‟, dalam pengajaran. Untuk menyiasat kesan kaedah penyerapan, mengaktifkan
pemikiran kanak - kanak (ACTS), kepada perkembangan kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak
dalam kalangan pelajar Tahun 4-6 sekolah rendah. Ini adalah satu projek kepada
penyelidikan dijalankan di Ireland Utara (McGuinness, 2006). Sampel kajian melibatkan 404
kanak-kanak dari 8 buah sekolah rendah. Pelajar dibahagikan kepada 160 dalam kumpulan
eksperimen dan 244 dalam kumpulan kawalan. Reka bentuk kajian adalah kuasi-eksperimen
telah digunakan

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 17

sebelum, selepas dan pasca-ujian untuk menentukan perubahan dalam kebolehan kognitif
kanak-kanak, persepsi diri, dan kemahiran sosial / tingkah laku menggunakan langkah-
langkah kuantitatif. Di samping itu teknik-teknik kualitatif telah digunakan kepada murid dan
guru untuk menilai keberkesanan. Keputusan kumpulan eksperimen menunjukkan
peningkatan dalam kemahiran keupayaan kognitif dalam tempoh 2 tahun berbanding dengan
kumpulan kawalan. Data kualitatif menunjukkan impak yang positif kepada pembangunan
sosial dan emosi kanak-kanak. Di samping itu pembangunan profesional guru telah
dilaporkan dipertingkatkan. Kajian ini menunjukkan bahawa kebolehan kognitif kanak-
kanak boleh dikembangkan selepas tempoh 2 tahun dengan menggunakan intervensi
penyerapan. Kajian selanjutnya adalah perlu untuk mengkaji dengan lebih terperinci.
Kajian yang dijalankan oleh Rosnani Hashim bertajuk Kekesanan Program Falsafah
untuk Kanak-Kanak terhadap kemahiran membaca dan berfikir secara kirits yang melaporkan
mengenai kepentingan penggunaan program falsafah untuk pelajar Tahun 6 yang disalurkan ke
dalam matapelajaran Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah. Tercetusnya kajian
mengenai program falsafah ini adalah kerana penyelidik ingin melihat kesannya kepada
pelajar dalam kemahiran berfikir kritis dan membaca. Kajian secara eksperimental ini
melibatkan 2 kumpulan pelajar Tahun 6 yang diajar menggunakan kaedah selama 3 bulan
yang disalurkan dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.

Penutup

Pada pandangan pengkaji, kebanyakan kajian yang dibuat oleh pengkaji yang lepas lebih
menumpukan kepada elemen perkaitan kemahiran berfikir aras tinggi dengan perestasi
pembelajaran pelajar, penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam bilik darjah tetapi tiada
yang memfokuskan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis daam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
Kesimpulannya, pada pendapat pengkaji kemahiran berfikir ini adalah penting bagi
melahirkan dan mendidik pelajar-pelajar yang bakal menjadi pemimpin yang
bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah dan mampu untuk
membuat keputusan yang tepat dan adil. Secara amnya, kemahiran berif dan kritis adalah
untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir yang kritikal,
kemahiran belajar, berkemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan
tepat. Dalam pembelajaran seharian murid di sekolah terdapat banyak perkara yang
memerlukan pelajar-pelajar menggunakan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah,

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 18

membuat inferens, mencadangkan idea baru dan menilai sesuatu tindakan. Kesemua aktiviti ini
mempunyai ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi.

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 19

BAB 3 METODOLOGI

Pendahuluan

Kajian ini melihat tahap kemahiran berfikir pelajar dan kecondongan berfikir pelajar semasa
menjawab soalan yang diberi. Mata pelajaran yang dipilih ialah Bahasa Melayu kerana ia
merupakan mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia. Mata pelajaran ini
juga merupakan salah satu mata pelajaran wajib bagi murid untuk lulus dan diberi gred dalam
peperiksaan di Malaysia.
Kajian ini juga merupakan kajian deskriptif. Objektif kajian ialah untuk
mengenal pasti tahap kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah rendah.
Penyelidikan ini juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
kemahiran berfikir seseorang pelajar. Pemboleh ubah yang dikenal pasti adalah
berdasarkan model Aras pemikiran yang diperkenalkan oleh Taksonomi Bloom (1956) dan
sorotan literatur yang berkaitan dengan kemahiran berfikir. Untuk kajian ini,tahap
kemahiran berfikir ialah pemboleh ubah bergantung dan data kecondongan berfikir
pelajar ialah pembolehubah bebas.

Rekabentuk Kajian
Reka bentuk kajian membantu penyelidik dalam menuju ke arah mendapatkan maklumat dan
tujuan penyelidikan ini dijalankan. Kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas
tentang pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi yang diperoleh melalui kemahiran
berfikir yang digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.
Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang berbentuk deskriptif
dengan tujuan mencari kebenaran yang berkaitan dengan persoalan kajian. Mohd Majid
(1994), menjelaskan penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat
untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku dan menerokai sesuatu bidang
yang belum atau kurang dikaji.
Taksonomi Bloom (1956) digunakan sebagai asas untuk meneliti tiga aspek
besar dalam soalan yang diberikan pada pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
berdasarkan JSU yang digunapakai dalam membina soalan ujian ataupun peperiksaan.
Taksonomi Bloom mengenal pasti enam tahap dalam domain kognitif. Domain

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 20

kognitif bermula dari pengetahuan, iaitu tahap paling rendah dan berakhir dengan
tahap yang tertinggi dan kompleks iaitu penilaian.
Walau bagaimanapun, untuk tujuan kajian ini, domain kognitif Bloom telah
disatukan dan dibahagi kepada tiga tahap iaitu „tahap rendah‟, „tahap sederhana‟ dan „tahap
tinggi‟. Jika responden memberi respon kepada sampel soalan dan aktiviti dalam kategori
pengetahuan dan pemahaman maka tahap kemahiran berfikirnya boleh dikategorikan dalam
„tahap rendah‟. Tahap berfikir responden lebih stabil jika respon yang diberi kepada
ketiga-tiga domain tersebut dalam bentuk aplikasi, analisis dan sintesis.
Responden akan berada di dalam „tahap tinggi‟ jika respon kepada ketiga-tiga
domain tersebut menggambarkan unsur penilaian. Instrumen The California Critical
Thinking Disposition Inventory (CCTDI) (Facione et al., 1994) diadaptasi dan
digunakan untuk mengukur tabiat berfikir pelajar yang boleh mempengaruhi tahap
kemahiran berfikir dalam menjawab soalan yang diberi oleh guru dalam matapelajaran
Bahasa Melayu.

Persampelan
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang berbentuk deskriptif dengan tujuan
mencari kebenaran yang berkaitan dengan persoalan kajian.
Kaedah persampelan bagi kajian ini adalah kaedah pensampelan jenis tidak rawak
tujuan (purposive sampling )digunakan kerana kajian ini dijuruskan kepada mengkaji
peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi .Melalui perlaksanaan kaedah pembelajaran
berasaskan masalah dalam kelas .
Populasi kajian ialah pelajar Tahun 5 SK Temelok dan mata pelajaran yang dipilih
ialah Bahasa Melayu. Seramai 10 murid untuk menjadi responden daripada 18 orang murid
keseluruhannya.

Instrument Kajian
Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data merupakan satu set soal selidik.
Menurut Mohd Najib (2003), data dan maklumat yang diperolehi melalui soal selidik adalah
lebih tepat. Kaedah ini juga dapat menjimatkan kos, masa dan senang untuk mendapat
kerjasama daripada responden serta dapat menghasilkan item-item yang konsisten dan boleh
dipercayai. Soal selidik ini direkabentuk berdasarkan objektif kajian dan persoalan kajian. Item-
item yang terdapat dalam soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian
A dan bahagian B (Rujuk Lampiran A).

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 21

Bahagian A berkaitan maklumat latar belakang responden, manakala bahagian B untuk


mendapatkan maklumat tentang persoalan kajian. Bahagian-bahagiannya adalah seperti
berikut :
Bahagian A : Mengandungi 3 soalan untuk mendapatkan maklumat latar belakang responden
Bahagian B : Bahagian ini mengandungi 34 soalan yang berkaitan kemahiran berfikir aras
tinggi yang diaplikasikan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu.

Analisis Data
Statistik deskriptif digunakan dalam kajian ini untuk mengetahui tahap kemahiran
berfikir pelajar. Peratus, Min dan Sisihan Piawai digunakan untuk menganalisis data
demografi. Min digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan signifikan antara
tahap kemahiran berfikir pelajar dalam menjawab soalan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
Menurut Mohd Majid (1998), pemprosesan data merupakan teknik untuk
pengumpulan, pengolahan, penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data. Data-data
yang diperolehi daripada soal selidik diproses mengikut kaedah deskriptif untuk
mendapatkan maklumat yang berguna.
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Sosial Science
version 15.0 atau singkatannya SPSS 15.0 dengan statik kekerapan (f), peratusan (%) dan
min bagi menentukan hasil kajian yang dilakukan. Menurut Mohd Majid (1998), beliau
menyatakan meskipun fakta adalah hak semua orang, tafsiran terhadap fakta adalah hak
individu penyelidikan.

Rumusan
Secara keseluruhannya, bab ini telah menerangkan kaedah yang akan digunakan oleh
pengkaji dalam menjalankan kajian yang meliputi rekabentuk instrumen kajian, proses
mendapatkan maklumat dan menganalisis data. Prosedur-prosedur yang telah dirancang di
dalam bab ini adalah bagi memudahkan proses kajian dijalankan dan memberi panduan
kepada pengkaji bagi memperoleh dapatan kajian yang bermakna dan tepat.

D200111049741 ROJITA BT AHMAD


KAJIAN PENYELIDIKAN KRL 3033 22

Rujukan
1. Abd Rahim Abd Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah
Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
2. Abdul Halim Othman (1993). " Psikologi Melayu ." Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
3. Bloom, B.S., Englehart, M., Furst, E., Hill, W., & Krathwohl, D.R (1956).
Taxonomy of Educational objectives. I: Cognitive domain.New York: Longmans.
4. Busrah b. Maulah (1999) Pelaksanaan kemahiran berfikir dalam pengajaran
matapelajaran sejarah KBSM di Daerah Hulu Langat, Selangor (The
implementation of critical thinking skill in the teaching of History in
Hulu
Langat District, Selangor).Unpublished Master Thesis. Universiti Putra Malaysia
5. Curriculum Development Centre (1996). Report on Critical and creative
thinking skills across the curriculum. Kuala Lumpur: Ministry of Education
6. Fullan, M., & Stiegelbauer, S. (1991). The new meaning of educational change
(2nd ed.).New York: Teachers College Press.
7. Kamus Dewan (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan
Pustaka..Kuala Lumpur
8. KKD 2063 Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan, PhDMohammad Aziz Shah
Mohamed Arip, PhD. (2011) Pembangunan Sahsiah UPSI.Tanjung Malim
9. Modul KRL 3033(2014) Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. UPSI: Tanjung
Malim.
10. Rajendran, N.C. (1998). Teaching higher order thinking skills in language
classrooms: The need for transformation of teaching practice.
Unpublished
doctoral dissertation,Michigan State University, East Lansing, USA.
11. http://www.slideshare.net/fanera91/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget
12. http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2007_7696_0a574e9000
2e4fe198f34554ca5293f6.pdf.
13. http://eprints.utm.my/2278/1/Zainudin.pdf
14. http://jpbu.upsi.edu.my/images/Jurnal.Vol5.Siri5/8%20PB12%20Rosma.pdf
15. http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2010_9508_4b03e7db90
cc483f9cbf9d76a7b8cc

D200111049741 ROJITA BT AHMAD

Anda mungkin juga menyukai