Anda di halaman 1dari 9

MUSTAFA KAMAL BIN MUNEI (D20111049738)

 Date posted : 25 Feb 2015 12:22:42 PM


 (17 read/s)

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang
dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa
lapang atau untuk beriadah

Sukan  berpasukan  adalah sukan yang melibatkan lebih dari 3 orang dan bermain pada satu
jangka masa tertentu seperti sukan bolatampar, bolajaring, bolakeranjang,bolasepak, bola tampar,
hoki, ragbi, polo air dan beberapa jenis sukan lain.Terdapat banyak kelebihan dalam sukan
berpasukan berbanding dengan sukan individu.

Sukan berpasukan seperti bolasepak, kemenangannya ditentukan oleh komitmen secara total oleh
setiap pemain dan pengurusan.Ia memerlukan sikap saling membantu dan sentiasa memastikan
pasukan menang dalam pertandingan  dengan mengamalkan sikap saling  bekerjasama.Di sini
pemain lain dapat membantu dalam mencapai kemenangan dalam sesuatu sukan yang
dipertandingkan itu. Sukan berpasukan umpama satu jentera yang mesti berfungsi setiap masa
bagi mengelakkan kemalangan. Untuk mencapai kemenangan, setiap pemain mesti memahami
peranannya setiap ketika. Setiap seorang saling bergantung antara satu sama lain. Istilah
kemenangan adalah milik bersama. Di sinilah lahirnya semangat berpasukan.

Dalam sukan individu, atlet tersebut terpaksa bergantung pada diri sendiri untuk mencapai
kemenangan. Ini bermakna atlet tersebut terpaksa berdikari dan sentiasa berusaha untuk
meningkatkan prestasinya kerana kemenangan atau kekalahan adalah bergantung kepada diri
sendiri.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

    
25 Feb 2015
Re : FORUM 1
07:37:17 PM
25 Feb 2015
  Posted By     : PANG LEE HIONG
12:22:42 PM
  Reply To       : MUSTAFA KAMAL BIN MUNEI
  Attachment  : No File Attach
 
Salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa sukan berpasukan seperti


bolasepak, kemenangannya ditentukan oleh komitmen secara total oleh
setiap pemain dan pengurusan. Memang tidak dapat dinafikan sukan
berpasukan melibatkan peserta yang ramai. Keadaan ini melambangkan
betapa pentingnya kesepaduan, disiplin, dan kerjasama antara ahli dalam
pasukan tersebut. Mereka perlu bekerjasama dan tolong-menolong dalam
satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama iaitu untuk mencapai
kemenangan. Di samping itu, sukan berpasukan juga dapat membantu
setiap individu untuk membangunkan kemahiran sosial yang baik, ia juga
merupakan satu cara bergaul dengan orang lain dan menghormati
personality individu yang lain.

Dalam sukan individu, atlet kurang berpeluang untuk berinteraksi dengan


ahli-ahli lain semasa bermain, ia juga tiada sikap kerjasama dan berasa
bosan kerana ia hanya melibatkan orang perseorangan sahaja.

  | Reply to This Message | Print Message |

    
25 Feb 2015
Re : FORUM 1
10:36:24 PM
25 Feb 2015
  Posted By     : NOR AZMAH BINTI MANLANA
12:22:42 PM
  Reply To       : MUSTAFA KAMAL BIN MUNEI
  Attachment  : No File Attach
Salam wbt dan Salam Sejahtera.

Saya tertarik untuk menyambung perbincangan Cikgu Mustafa tentang tajuk forum ini.
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa sukan berpasukan mempunyai kelebihan
yang tersendiri berbanding dengan sukan individu.

Sukan berpasukan memerlukan kerjasama yang jitu dalam mengatasi pihak lawan.
Kerjasama dan keserasian ahli atau pemain, serta semangat tinggi dalam pasukan
merupakan matlamat bagi setiap jurulatih untuk mencapai kejayaan dalam sukan yang
disertainya. Sukan berpasukan dapat melatih jiwa serta hati  dan nurani para pemain
  bahawa sesuatu kejayaan tidak akan dikecapi tanpa adanya kerjasama yang mantap di
antara pemain-pemain atau atlet sepasukan. Kepercayaan inilah yang akan menjadi
tunjang kejayaan sesuatu pasukan.

Selain itu, kerjasama dalam sukan berpasukan dapat mengurangkan keletihan, apatah
lagi sekiranya setiap pemain saling memahami dan mempunyai permuafakatan dalam
merangka dan melaksanakan strategik permainan. Bermain secara berpasukan dapat
membentuk disiplin dan dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormat-
menghormati, tolong-menolong, bertanggungjawab, setiakawan dan sebagainya lagi
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

  | Reply to This Message | Print Message |

PANG LEE HIONG (D20111049786)


 Date posted : 25 Feb 2015 06:56:23 PM
 (20 read/s)

Salam sejatera.

Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan mempunyai potensi menolong
seseorang itu memperoleh keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup
dan keperluan asas manusia. Sukan dibahagikan kepada sukan berpasukan dan sukan individu.
Sukan berpasukan adalah seperti permainan bola keranjang, bola sepak, bola jaring dan
sebagainya,manakala Sukan individu adalah seperti olahraga, permainan badminton, memanah
dan sebagainya. Terdapat banyak kelebihan dalam sukan berpasukan berbanding dengan sukan
individu.
Sukan berpasukan lebih menyeronokkan kerana Ia adalah medan pertemuan yang baik untuk
merapatkan hubungan dengan rakan-rakan, ia melibatkan ramai orang dengan personalitinya
yang berbeza. Ini secara langsung dapat membina persefahaman antara ahli kumpulan untuk
membangunkan kemahiran sosial yang baik disamping untuk mencapai matlamat yang sama
untuk kemenangan. Selain itu, sukan berpasukan adalah lebih mencabar dan membantu
meningkatkan tahap kemahiran keseluruhan orang dalam sesuatu pasukan, sebagai contoh, ahli-
ahli dalam pasukan bergantung antara satu sama lain demi kemenangannya dalam pasukan
tersebut.

Dalam sukan individu, atlet memerlukan kecerdasan individu yang sedia ada, ia memerlukan
komitmen yang jitu dari diri sendiri. Selain itu, ia berasa bosan kerana hanya melibatkan orang
perseorangan sahaja dimana kurang berinteraksi dan bersama-sama dengan ahli-ahli lain semasa
bermain permainan.

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa melibatkan diri dalam sukan berpasukan banyak
membawa faedah.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

    
25 Feb 2015
Re : Forum 1
09:27:21 PM
25 Feb 2015
  Posted By     : NOR AZMAH BINTI MANLANA
06:56:23 PM
  Reply To       : PANG LEE HIONG
  Attachment  : No File Attach
 

Salam Sejahtera.

Saya bersetuju dengan pendapat Cikgu Pang Lee Hiong tentang tajuk yang
dibincangkan ini. Memang tidak dapat dinafikan, Sukan berpasukan lebih banyak
kelebihan berbanding Sukan Individu jika dilihat dari aspek kerjasama dalam pasukan.

Menurut Carron (1982), beliau mengatakan bahawa kesepaduan pasukan merupakan


proses yang dinamik, yang dijelmakan menerusi kecenderungan sesuatu kumpulan
untuk bersatu dan bersama mencapai matlamat dan objektif kumpulan. pendapat ini
jelas membuktikan bahawa kejayaan sesuatu pasukan dalam sukan sebenarnya
diasaskan oleh kewujudan semangat berpasukan untuk mencapai satu matlamat yang
dikongsi bersama.

Selain itu, Sukan Berpasukan juga mampu membawa banyak manfaat kepada ramai
orang terutamanya kepada golongan remaja. Selain dapat menguasai kemahiran
bersukan, golongan remaja juga dapat mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah
bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan
golongan muda ini daripada terjerumus ke dalam kancah yang tidak sihat. Contoh sukan
berpasukan yang digemari oleh golongan remaja pada masa kini ialah sukan futsal. Jika
diberi peluang yang meluas, sudah pasti golongan remaja ini mampu mengharumkan
nama negara di peringkat yang lebih tinggi.

  | Reply to This Message | Print Message |

NOR AZMAH BINTI MANLANA (D20111049781)


 Date posted : 25 Feb 2015 09:11:41 PM
 (16 read/s)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Pada pendapat saya, asas kepada Sukan Berpasukan adalah keserasian dan kerja
berpasukan. Kelebihan sukan berpasukan berbanding dengan sukan individu adalah
setiap ahli dalam pasukan mempunyai matlamat yang dikongsi bersama, iaitu untuk
mencapai kemenangan. Oleh itu, setiap ahli dalam sesebuah pasukan perlu bersatu,
bekerjasama, bersikap toleransi, mempunyai persefahaman dan menghayati semangat
berpasukan serta setia terhadap pasukan.

Atlet dalam sukan berpasukan mempunyai tahap tret kebimbangan yang rendah
berbanding tahap tret kebimbangan pertandingan atlet sukan individu. Contoh yang
boleh dilihat ialah, apabila seorang atlet sukan berpasukan mengalami kecederaan
semasa pertandingan, beliau boleh diganti oleh rakan sepasukan , sebaliknya atlet
sukan individu yang mengalami kecederaan, permainannya akan ditamatkan dan tidak
boleh diganti oleh atlet lain.

Selain itu, kelebihan sukan berpasukan ialah setiap atlet akan disatukan dalam
kumpulan agar mereka dapat bekerjasama dalam meningkatkan kemahiran sendiri,
manakala atlet sukan individu perlu memiliki pelbagai kemahiran untuk menyertai
sesuatu pertandingan yang diadakan.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

    
25 Feb 2015
Re : Forum 1
09:50:26 PM
25 Feb 2015
  Posted By     : GING LING MING
09:11:41 PM
  Reply To       : NOR AZMAH BINTI MANLANA
  Attachment  : No File Attach

Salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan cikgu di mana kelebihan sukan berpasukan berbanding dengan
sukan individu adalah setiap ahli dalam pasukan mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama, iaitu untuk mencapai kemenangan. Setiap ahli dalam pasukan perlu bersatu,
bekerjasama, bersikap toleransi, mempunyai persefahaman dan menghayati semangat
berpasukan serta setia terhadap pasukan.

Dalam sukan berpasukan, selain kemahiran asas harus dikuasai oleh setiap pemain,
terdapat juga banyak nilai harus ditanam di minda pemain agar pembangunan pemain
  dari segi fizikal dan mental dapat diseimbangkan.Ahli pasukan harus menghormati
jurulatih dan ketua serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh jurulatih atau
ketua pasukan.Sebagai contoh, ahli pasukan tidak dibenarkan merokok.Mereka harus
berlatih mengikut jadual masa yang telah ditetapkan.Hal ini dapat memastikan latihan
dapat dijalankan dengan lancar. Sesiapa yang melanggar peraturan perlu diberi
hukuman sebagai pengajaran kepada ahli tersebut dan juga pemain yang lain. Hal ini
dapat mengelakkan ketimbulan sebarang masalah dalam pasukan tersebut.Hanya
disiplin sahaja yang dapat menjamin kejayaan sesuatu pasukan.

  | Reply to This Message | Print Message |


    
26 Feb 2015
Re : Forum 1
09:09:29 PM
25 Feb 2015
  Posted By     : HO SIEW SIM
09:11:41 PM
  Reply To       : NOR AZMAH BINTI MANLANA
  Attachment  : No File Attach

Salam sejahtera.

Memang benar, setiap ahli dalam sesebuah pasukan perlu bersatu,


bekerjasama, bersikap toleransi, mempunyai persefahaman dan menghayati
semangat berpasukan serta setia terhadap pasukan.

Sukan berpasukan adalah lebih menyeronokkan kerana ia melibatkan ramai


orang dengan personaliti yang berbeza. Ini dapat menggalakkan mereka
berinteraksi bersama-sama bagi membangunkan kemahiran sosial yang
baik untuk memenangi permainan. Ia juga merupakan salah satu cara
  belajar bergaul dan menghormati orang lain semasa bersukan. Selain itu, ia
dapat membantu memupuk nilai perpaduan dan semangat berpasukan.
Semua ahli akan dipaksa untuk bekerjasama antara satu sama lain untuk
mencapai matlamat yang sama untuk menang.

Berbanding dengan sukan individu, pemain perlu menghadapi tekanan atau


masalah kebimbangan sebelum atau semasa pertandingan. Pemain juga
perlu sentiasa mengatasi kelemahan diri serta memahami diri mereka
sendiri untuk mengatasi masalah tersebut supaya prestasi mereka terus
stabil atau meningkat walaupun dalam keadaan tertekan.  

GING LING MING (D20111049760)


 Date posted : 25 Feb 2015 09:38:33 PM
 (19 read/s)
Salam sejahtera.

Sukan dibahagikan kepada sukan berpasukan dan sukan individu. Sukan berpasukan adalah seperti permainan bola
keranjang, bola sepak, bola jaring dan sebagainya. Manakala sukan individu adalah seperti olahraga,  memanah dan
sebagainya. 

Pada pandangan saya sukan berpasukan ada banyak kelebihannya berbanding dengan sukan individu.

Sukan berpasukan mendidik setiap pemain bersedia untuk menghadapi cabaran terutamanya ketika berhadapan
dengan pihak lawan. Setiap pemain dalam satu pasukan akan saling bekerjasama menyusun strategi dan taktik untuk
memenangi sesuatu perlawanan. Oleh itu akan wujudlah interaksi antara pemain untuk meningkatkan prestasi
kemahiran sukan masing-masing.Setiap pemain akan berinteraksi ketika bermain.

 Di samping itu, setiap pemain mempunyai peranan masing-masing dan mahir di posisi masing-masing.
Kemenangan sesuatu pasukan dalam sukan berpasukan diasaskan oleh kewujudan semangat berpasukan kerana
setiap pemain perlu membina persefahaman antara  ahli pasukan untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

 
    
25 Feb 2015
Re : Forum 1
11:08:32 PM
25 Feb 2015
  Posted By     : NOR AZMAH BINTI MANLANA
09:38:33 PM
  Reply To       : GING LING MING
  Attachment  : No File Attach
 

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Izinkan saya menyambung perbincangan tajuk forum yang pertama ini.

Sesungguhnya saya mengakui bahawa pendapat Cikgu Ging Ling Ming itu
banyak benarnya. Sukan berpasukan lebih banyak kebaikannya berbanding
sukan individu.

Pada pandangan saya, sukan berpasukan mempunyai kelebihan dan


kekuatannya sendiri kerana ianya melibatkan penyertaan ramai. Penyertaan
yang lebih dari satu itulah yang memberi impak kejayaan yang lebih mudah,
bersandarkan semangat kerjasama berpasukan, setiakawan, toleransi, disiplin,
hormat-menghormati dan laian-lain lagi. Kesemua nilai murni yang wujud dalam
setiap individu sukan berpasukan inilah yang menguatkan lagi keazaman
semua pihak yang terlibat bagi mencapai sesuatu kejayaan dalam setiap acara
sukan yang disertai.

Melalui aktiviti sukan berpasukan juga, matlamat dan visi sesuatu organisasi
akan dapat dicapai secara menyeluruh dan berkesan. Kerjasama dan
kesepaduan tenaga yang baik dapat mengurangkan pembaziran tenaga dan
berupaya meningkatkan semangat setiap atlet di dalam pasukan.

  | Reply to This Message | Print Message |


CHOW PAIK KWAN (D20111049710)
 Date posted : 26 Feb 2015 08:37:54 PM
 (8 read/s)
Bersukan boleh menyihatkan badan kerana bersukan dapat meningkatkan kadar peredaran darah
dalam badan kita. Bersukan juga boleh mengurangkan risiko penyakit kencing manis, penyakit
jantung dan kadar kolestol dalam darah.  
Kelebihan sukan berpasukan ialah  ia adalah lebih menyeronokkan berbanding dengan sukan
individu kerana ia melibatkan ramai orang dengan personaliti yang berbeza. Selain dapat
memupuk semangat berpasukan, pada masa yang sama  ia membantu orang ramai  untuk
membangunkan kemahiran sosial yang baik untuk memenangi permainan masing-masing. Ia
juga adalah salah satu cara belajar dengan betul bergaul dengan orang lain dan menghormati
mereka personaliti individu kerana kebanyakan sukan berpasukan menggalakkan orang ramai
untuk berinteraksi dan bersama-sama dengan ahli-ahli lain semasa bermain permainan. Ini secara
langsung mengajar masyarakat untuk memiliki semangat bergotong-royong dan mudah
bekerjasama dengan ahli lain.
Selain itu,sukan berpasukan juga merupakan salah satu cara terbaik untuk mengekalkan tubuh
yang sihat kerana ia boleh dijadikan satu latihan harian. Oleh itu,  sukan berpasukan kian
mendapat sambutan yang hebat di antara  mereka yang  ingin mengekalkan berat badan yang
ideal dan mereka yang mahu menjadi aktif sentiasa.
 Attachment : No File Attach...

Anda mungkin juga menyukai