Anda di halaman 1dari 17

KASTHURI BAI A/P THANGARAJAH (D20111049818)

 Date posted : 05 Mar 2015 10:14:24 PM


 (4 read/s)

Salam Sejahtera,

          Setelah sekian lama kita berbincang mengenai kebaikan dan keburukan sukan berpasukan,
kita beralih pula ke bagaimana penguasaan kemahiran asas dapat membantu dalam pencapaian
prestasi pemain sukan berpasukan. Terlebih dahulu eloklah kita melihat apakah itu kemahiran
asas yang hangat diperbincangkan ini.

          Kemahiran asas ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu imbangan,pergerakan dan
manipulative. Jika seseorang menguasai ketiga-tiga kemahiran asas ini maka ianya dapat
dijadikan suatu tapak yang kukuh bagi menguasai kemahiran sesuatu sukan spesifik yang lain
tanpa mendatangkan kecederaan ataupun kepincangan dalam proses menguasai kemahiran sukan
yang seterusnya. Pada kebiasaannya kemahiran asas ini harus dikuasai dalam lingkungan umur 3
hingga 12 tahun.

           Umpamanya dalam permainan bola jaring ,kemahiran asas yang perlu dikuasai adalah
gerak kaki, hantaran aras dada, hantaran aras bahu,hantaran atas kepala dan sebagainya.
Kemahiran asas ini adalah sangat mustahak dikuasai dengan betul kerana kemahiran asas akan
menjadi platform bagi seorang ahli sukan untuk meningkatkan prestasinya dalam bidang sukan
yang diceburi. Tambahan pula ,bukan sahaja ianya menjadikan pemain itu cekap malah ianya
juga meningkatkan tahap keyakinannya agar lebih giat ceburi diri dalam arena sukan berpasukan.

          Selain daripada mengelakkan kecederaan pada individu,penguasaan kemahiran asas juga


dapat melengkapkan seseorang individu dari aspek psikomotor kerana segala pergerakan yang
dipelajari dapat melatih pergerakan dan koordinasi tangan,kaki dan mata dengan baik agar ianya
dapat membantu ketika mempelajari kemahiran sukan yang lain. Penggunaan peralatan dengan
betul juga dapat dipertingkatkan apabila kemahiran asas diutamakan. Penguasaan kemahiran asas
juga membina stamina dan daya tahan otot seseorang individu agar tidak berasa terlalu penat
atau lemah apabila perlu membuat latihan yang lebih intensif dalam sesuatu bidang sukan yang
khusus.

        Maka dapatlah dirumuskan di sini bahawa dengan penguasaan kemahiran asas ini seseorang
individu itu akan lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk mempelajari kemahiran –
kemahiran yang lebih khusus dengan jayanya.  Sekian terima kasih.

 
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

 
    
06 Mar 2015
Re : forum 4
11:50:33 PM
05 Mar 2015
  Posted By     : MUSTAFA KAMAL BIN MUNEI
10:14:24 PM
  Reply To       : KASTHURI BAI A/P THANGARAJAH
  Attachment  : No File Attach

Saya setuju dengan pendapat cikgu dan ingin menambah sedikit.

Memang diakui bahawa kemahiran asas amat penting dalam pencapaian prestasi pemain
sukan berpasukan. Bagi mereka yang menyertai sukan  berpasukan adalah penting bagi
mereka mempunyai kemahiran asas yang mantap dalam sukan yang mereka ceburi.
Antara kepentingan mempunyai kemahiran asas dalam sukan berpasukan ialah:

1. Memberi tenaga kepada objek (melontar, menyepak, merejam, mengumpan dan


memukul) Ini jelas dalam permaianan bola sepak, bola baling dan sepak takraw.
2. Dengan mempunyai kemahiran asas seseorang itu mudah untuk menguasai
objek (menangkap dan menyambut). Sebagai contoh dalam permainan bola
baling kemahiran menangkap memerlukan pengawalan bola dengan
  menggunakan kedua-dua tangan dalam keadaan relak, mematikan kelajuan dan
memegang bola dengan kemas supaya daya hantaran bola dapat diserapkan ke
dada dengan baik.
3. Sekiranya seseorang itu mempunyai kemahiran asas dalam sesuatu permainan
berpasukan ia dapat memudahkan seseorang itu mengawal objek (mengelecek
dan mematul bola). Dalam permaian bola baling mengelecek adalah pergerakan
membawa bola dengan melantunkan secara berterusan dengan satu tangan tanpa
memegangnya. Pergerakan ini memerlukan kawalan dan ketangkasan yang
optimum supaya dapat menukar arah pergerakan sambil mengelirukan pihak
lawan. Menggelecek biasanya  tidak digalakkan dalam permaianan yang sengit
kecuali terdesak kerana pihak lawan boleh memintas bola dengan mudah jika
pemain hilang kawalan terhadap bola. Pemain perlu mengawa bola dengan rapat
dan perlu bergerak dengan pantas

MOHAMED BIN BABA (D20111049733)


 Date posted : 03 Mar 2015 03:08:08 PM
 (8 read/s)
SALAM PERPADUAN.

Kemahiran asas sangat penting untk meningkatkan kualiti sukan oleh seseorang. kemahiran asas yang dikuasai oleh
setiap orang pemain dapat meningkatkan prestasi yang baik dalam sukan. sebagai seorang pemain perlu mengenal
dan memahami perkara yang penting dalam kemahiran pemain. setiap pemain perlu berusaha untuk meningkatkan
kemahiran semasa sukan individu ataupun sukan berpasukan.Kkemahiran-kemahiran asas yang dikuasai oleh
pemain perlu diikuti dengan cara yang betul bagi meningkatkan tahap penguasaan yang baik.contoh kemahiran asas
permainan hoki :

kemahiran menggelecek

kemahiran memukul bola

kemahiran menolak bola

kemahiran menerima bola

kemahiran menahan bola

Dengan mempunyai kemahiran -kemahiran ini, seseorang pemain dapat menggelakan kesilapan yang berlaku
semasa bermain hoki.  oleh yang demikian seseorang yang berminat bermain hoki perlu mengetahui dan menguasai
kemahiran asas ini untuk meningkatkan kualiti permainan untuk mencapai prestasi permainan yang baik.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

    
06 Mar 2015
Re : Forum 4
11:52:43 PM
03 Mar 2015
  Posted By     : MUSTAFA KAMAL BIN MUNEI
03:08:08 PM
  Reply To       : MOHAMED BIN BABA
  Attachment  : No File Attach
 

Saya setuju dengan pandangan cikgu dan ingin menambah sedikit.

Kepentingan kemahiran asas dalam pencapaian pemain berpasukan ialah meningkatkan


prestasi pasukan pada tahap maksimum. Hal ini kerana pemain yang menguasai
kemahiran asas dengan sepenuhnya dapat meningkatkan kesefahaman antara rakan
sepasukan. Pemain-pemain mempunyai keinginan yang sama untuk mencapai matlamat
ke peringkat yang lebih tinggi.

Kemahiran asas yang cukup membantu atlet atau pemain sukan bersedia untuk ke fasa
kemahiran yang seterusnya iaitu fasa kemahiran yang lebih kompleks dan memerlukan
penguasaan yang tinggi. Apabila pemain dapat menguasai kemahiran asas, secara tidak
langsung daya tahan otot, kekuatan otot, kelajuan kepantasan, koordinasi, imbangan,
keupayaan fizikal dan tahap kecergasan pemain sudah bersedia untuk menyerap dan
mengadaptasi kemahiran yang lebih sukar. Pemain akan menjadi lebih fokus dan lebih
berdisiplin untuk meningkatkan tahap prestasi dan kemahiran mereka. Selain itu,
kesediaan pemain dalam sesuatu kemahiran asas membantu mengelakkan pemain
daripada mengalami kecederaan apabila sedang melakukan aktiviti pergerakan atau
kemahiran yang lebih sukar.

Selain itu, kepentingan kemahiran asas dalam pencapaian pemain sukan berpasukan
ialah mengeratkan silaturahim. Dalam apa jua sukan berpasukan atau individu,
pertelingkahan dalam pertandingan akan berlaku jika seorang pemain tidak menguasai
kemahiran asas dengan sepenuhnya telah tercederakan pemain pasukan lain. Sekiranya
semua pemain menguasai kemahiran asas, pemain dapat bermain dengan lebih peka dan
menghormati antara satu sama lain.

  | Reply to This Message | Print Message |

Posted By : MUNIAMMAL A/P RAMASAMY (D20111049751)


 Date posted : 03 Mar 2015 08:35:02 AM
 (4 read/s)

Salam Sejahtera

Tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran asas merupakan kunci kejayaan seseorang
pemain ataupun atlet.  Pendedahan terhadap kemahiran asas sejak kecil lagi dapat
melahirkan pemain ataupun atlet yang bertaraf dunia.  Kemahiran asas yang dikuasai
sepenuhnya dapat dapat mendedahkan dirinya untuk menguasai kemahiran yang lebih
khusus dan mencabar. Ini dapat dilihat dalam permainan skuasy dan permainan
badmintan perseorangan. Latihan kemahiran asas disusuli dengan teknik dan taktik
permainan yang ditunjukajar oleh jurulatih bertauliah dapat mencungkil bakat
terpendam dalam diri pemain atapun atlet.
    Latihan seperti  ini melahirkan pemain yang disegani di peringkat antarabangsa.
Pemain dapat menguasai perbagai kemahiran kesan daripada pengsahan kemahiran asas.
Kemahiran asas ini boleh digunakan oleh pemain perseorangan ataupun dalam kumpulan.
Contohnya, permainan ragbi memerlukan kemahiran mengawal bola dan menghantar
bola yang tepat untuk memenangi sesuatu permainan.

    Peningkatan prestasi pemain ataupun atlet banyak bergantung kepada latihan


kemahiran asas yang telah dilaluinya. Oleh yang demikian, kemahiran yang ada pada
setiap pemain hanya dapat dicungkil keluar dan dipamerkan sekiranya kemahiran asas
dapat dijalankan dengan betul
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

    
07 Mar 2015
Re : forum 4
09:36:22 PM
03 Mar 2015
  Posted By     : GING LING MING
08:35:02 AM
  Reply To       : MUNIAMMAL A/P RAMASAMY
  Attachment  : No File Attach

Salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu di mana kemahiran asas adalah


penting dalam pencapaian prestasi pemain sukan berpasukan.

Manusia hidup bergerak. Pergerakan adalah hasil kucupan otot. Bila otot
 
kuat, maka tarikan dari kucupannya adalah kuat dan mampulah otot itu
mengatasi rintangan atau beban yang dikenakan keatasnya. Kekuatan otot
membolehkan manusia mengerjakan berbagai-bagai aktiviti.Segala aktiviti
ini dapat dilakukan dengan senang.

- Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot mengatasi rintangan bagi


menghasilkan daya (kerja).
- Kuasa kontraksi otot yang maksima.

- Dinometer atau tensiometer dapat menentukan daya yang dikeluarkan


oleh kumpulan otot.

Contohnya apabila membuat pukulan smash yang berulang-ulang, pemain-


pemain pasukan bola tampal itu memerlukan kekuatan otot untuk
menghasilkan tenaga yang optimum.

GING LING MING (D20111049760)


 Date posted : 01 Mar 2015 08:45:35 PM
 (11 read/s)

Salam sejahtera.

Kemahiran asas kunci untuk membangunkan atlet masa depan. Jika kemahiran asas
merupakan objektif utama liga belia dan sekolah rendah, penekanan akan diberikan
bagi menyediakan anak-anak muda untuk bermain serius di sekolah tinggi dan
kolej. Ia kemudiannya akan menjadi tanggungjawab sekolah dan kolej tinggi
jurulatih untuk memberi tumpuan kepada memenangi permainan.Pemain perlu
menguasai kemahiran asas demi kecemerlangan dalam sukan.Pemain yang
menguasai kemahiran asas boleh menguasai perlawanan semasa dalam
pertandingan.Sebagai contoh dalam sukan bola sepak, bola keranjang, hoki dan
sebagainya, kemahiran asas menggelecek bola, menghantar bola dan menjaringkan
gol adalah sangat penting.

Kemahiran asas tidak digunakan dalam tempoh yang singkat sahaja. Sebaliknya,
kemahiran asas yang mengukuh akan membawa seseorang pemain ke peringkat
yang lebih tinggi dan dapat berjaya dalam sukan yang diceburinya. Kemahiran-
kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat komponen iaitu Kemahiran
Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran
Asas Fizikal.Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya
kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan kecederaan
berlaku kepada pemain.Bagi pemain, mereka yang mempunyai kemahiran asas
akan mudah memenangi pertandingan berbanding pemain yang kurang mahir
dalam kemahiran asas.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

 
    
03 Mar 2015
Re : Forum4
08:43:11 AM
01 Mar 2015
  Posted By     : MUNIAMMAL A/P RAMASAMY
08:45:35 PM
  Reply To       : GING LING MING
  Attachment  : No File Attach

Salam Sejahtera

Saya bersetuju dengan pandangan sausari bahawa kemahiran asas merupakan


kunci membentuk keperibadian dan kemahiran pemain ataupun atlet. Sekiranya,
kemahiran asas ini dapat dipupuk dan dipraktikkan sejak kecil lagi, maka dapat
melahirkan pemain atapun atlet yang cemerlang pada masa hadapan.

   Oleh itu, Institusi sekolah mahupun kelej haruslah merangka program jangka
panjang untuk mendedahkan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran asas.
  Contohnya, dalam permainan sepak takraw, kemahiran asas menimbang bola
dengan betul bakal memberi peluang kepada seseorang pemain untuk menguasai
sesuatu pertandingan.

   Kemahiran asas boleh dipelajari di mana- mana jua. Empat komponan


kemahiran asas yang harus dikuasai oleh mana-mana atlet ataupun pemain ialah
Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan
dan Kemahiran Asas Fizikal. Apabila kemahiran asas ini diaplikasi dalam diri
seseorang pemain ataupun atlet, maka ianya dapat mengelakkan pemain itu
daripada mengalami kecederaan. 

  | Reply to This Message | Print Message |


    
03 Mar 2015
Re : Forum4
03:08:45 PM
01 Mar 2015
  Posted By     : MOHAMED BIN BABA
08:45:35 PM
  Reply To       : GING LING MING
  Attachment  : No File Attach
Salam sejahtera.

     Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa kemahiran - kemahiran asas sesuatu permainan dapat
menolong seseorang pemain menggelakan berlaku kesilapan semasa bermain dan keselamatan dapat
dijamin atau dikurangkan risikonya. Minat untuk bermain adalah motivasi pemain untuk mengetahui dan
menguasai kemahiran asas supaya dapat meningkatkan kualiti dan mencapai prestasi permainan yang
baik.
 
     Jadi penguasaan  Kemahiran asas sesuatu permainan sangat penting. Pemain juga didedahkan dengan
perkembangan pelakuan kognitif, psikomotor dan afektif semasa permainan. Secara tidak langsung,
pemain dapat meningkatkan teknik kemahiran dalam sesuatu permainan. Untuk menjamin sesuatu
kemahiran asas dapat dipelajari dengan  teknik ansur maju aktiviti mudah kepada kemahiran yang lebih
rumit. Ia juga memberikan satu latihan dengan tunjuk cara berteraskan kepada prinsip mekanik dan sistem
latihan yang rapi.

  | Reply to This Message | Print Message |


HO SIEW SIM (D20111049764)
 Date posted : 01 Mar 2015 07:03:30 PM
 (8 read/s)
Salam sejahtera.
Kemahiran asas dalam sesuatu permainan adalah penting untuk dikuasai oleh setiap pemain atau
atlet. Penguasaan dalam satu-satu kemahiran asas dikatakan akan dapat membantu meningkatkan
prestasi pemain sekaligus membantu melonjakkan prestasi sesebuah pasukan yang disertai.
Setiap permainan mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran yang
ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, adalah pentingnya kemahiran
asas disampaikan kepada pemain dan dikuasai oleh pemain.
Selain itu, kepentingan kemahiran asas juga adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk
membina kecekapan dan keyakinan dalam segala kegiatan yang disertai. Apabila menjalani
latihan, mereka akan lebih memahami kelemahan mereka. Dengan ini, mereka boleh
memperbaiki penyelarasan otot saraf, daya tenaga asas, ketangkasan dan timbangan dalam
penggunaan peralatan agar dapat meningkatkan prestasi mereka.
Pendek kata, kemahiran asas merupakan suatu proses untuk meningkatkan prestasi individu
melalui aktiviti fizikal terpilih demi mencapai keputusan yang diingini. Oleh yang demikian,
pihak sekolah haruslah menyediakan peluang dan kemudahan yang lengkap agar murid-murid
dapat mempelajari pelbagai kemahiran asas ketika belajar di sekolah demi menggalakkan mereka
melibatkan diri mereka dalam aktiviti sukan yang berfaedah ini.            

PANG LEE HIONG (D20111049786)


 Date posted : 01 Mar 2015 05:17:27 PM
 (20 read/s)

Salam sejahtera.
 

Kemahiran asas merupakan perkara yang paling penting dan harus dikuasai oleh
setiap pemain sebelum mengikuti sesuatu permainan kerana kemahiran akan terus
ditingkatkan dari semasa ke semasa dan diubah suai mengikut peringkat dan
keadaan sukan itu.

Di antara kemahiran asas yang penting dalam sukan berpasukan adalah seperti
kemahiran yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serta kemahiran
mengendalikan bola yang melibatkan menangkap, melontar, mengawal, mengelak
dan menjaring. Kemahiran ini termasuklah juga menghantar atau membaling,
merebut, melompat dan membuat halangan ataupun menghadang.

Dalam pencapaian prestasi pemain sukan berpasukan, kemahiran asas dilihat


sebagai perkara yang amat penting kerana ianya dapat mewujudkan kesedaran
taktikal sebagai asas kepada pemain membuat keputusan ketika berada dalam
sesuatu situasi permainan. Penguasaan kemahiran asas mampu mewujudkan tahap
keyakinan seseorang individu ketika terlibat dalam apa-apa jua sukan berpasukan.
Secara langsung ini dapat membantu pasukannya untuk memenangi perlawanan.

Penguasaan kemahiran asas juga dapat membantu memantapkan lagi corak


permainan dalam sukan berpasukan. Contohnya, dalam permainan bola baling,
pemain mampu meningkatkan kemahiran dalam menghantar, mengelecek,
menghadang dan sebagainya kerana telah pun menguasai kemahiran yang paling
asas sebelum ini.

Pemain yang menguasai kemahiran asas dalam setiap permainan mampu


meningkatkan prestasi permainan ke arah yang lebih cemerlang.

 
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |
 

    
01 Mar 2015
Re : Forum 4
07:34:07 PM
01 Mar 2015
  Posted By     : HO SIEW SIM
05:17:27 PM
  Reply To       : PANG LEE HIONG
  Attachment  : No File Attach

Salam sejahtera.

Memang benar hujah cikgu iaitu kemahiran amat penting sebagai faktor
utama pencapaian prestasi yang cemerlang dalam bidang sukan yang
diceburi.Penguasaan kemahiran asas dalam sesuatu sukan membolehkan
pergerakan anggota tubuh kita menghasilkan kestabilan tubuh, daya dan
  imbangan yang paling optimum.

Pendedahan kemahiran asas kepada pemain menyediakan diri pemain


untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya dapat menguasai kemahiran
sukan yang pelbagai serta dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan
tentang pergerakan asas sesuatu sukan.           

  | Reply to This Message | Print Message |

    
01 Mar 2015
Re : Forum 4
08:58:33 PM
01 Mar 2015
  Posted By     : GING LING MING
05:17:27 PM
  Reply To       : PANG LEE HIONG
  Attachment  : No File Attach
Salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu di mana penguasaan kemahiran asas


mampu mewujudkan tahap keyakinan seseorang individu ketika terlibat
dalam apa-apa jua sukan berpasukan. 

Kemahiran asas ialah kemahiran yang perlu dikuasai oleh pemain untuk
bermain dalam sesuatu permainan dalam bidang sukan.Penguasaan
kemahiran asas adalah penting dalam pencapaian prestasi pemain sukan
berpasukan.Sebagai contoh, Pergerakan Manipulatif juga merupakan satu
pergerakan yang memerlukan kemahiran asas dalam menyediakan kanak-
kanak untuk mempelajari kemahiran asas sukan.Pemain yang menguasai
kemahiran asas sesuatu sukan berpasukan sudah tentu boleh terus
meningkatkan kemahiran spesifik dengan mudah.

  Kelemahan pemain dalam menguasai kemahiran asas tidak dapat


menunjukkan prestasi yang baik ketika beraksi di dalam aktiviti
sukan.Setiap pemain harus sedar bahawa kemahiran asas boleh diasah dan
ditingkatkan ke suatu tahap yang lebih tinggi jika latihan berulang
berintensiti tinggi dijalankan.Dalam usaha untuk membangunkan sebuah
pasukan yang mantap, jurulatih memikul peranan utama kerana perlu peka
dengan kekuatan serta kelemahan kemahiran asas yang ada pada pemain-
pemain di bawah bimbingannya.Ini dapat membantu jurulatih merangka
pelan latihan yang bersesuaian untuk setiap pemain dimana kekuatan sedia
ada diperhebatkan dan kelemahan pula ditingkatkan mutunya.

Di samping itu, kemahiran asas juga membantu pemain menghadapi


persekitaran yang tidak menentu dan kemahiran digunakan secara
maksimum dengan masa dan tenaga (keupayaan) yang minimum.

  | Reply to This Message | Print Message |


    
03 Mar 2015
Re : Forum 4
08:54:36 AM
01 Mar 2015
  Posted By     : MUNIAMMAL A/P RAMASAMY
05:17:27 PM
  Reply To       : PANG LEE HIONG
  Attachment  : No File Attach

Salam Sejahtera

Kemahiran asas merupakan pintu gerbang yang membuka ruang yang besar kepada
kemahiran-kemahiran yang bakal diperoleh dan dikuasainya. Oleh itu, pemain yang
ingin meningkatkan kemahiran dalam sesuatu aspek harus menguasai empat komponan
kemahiran asas. Pertamanya, Kemahiran Asas, Kemahiran Manipulatif , Kemahiran
Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal.

   Dalam permainan ataupun sukan berpasukan, kemahiran menggunakan tangan , kaki,


badan dan kepala adalah penting.Permainan seperti bola sepak, bola jaring ataupu bola
baling memerlukan kemahiran asas menangkap, melontar, mengawal, mengelak dan
menjaring yang tepat. Kegagalan menguasai salah satu daripada empat kemahiran asas
boleh menyebabkan seseorang pemain tidak dapat menonjolkan dirinya sebagai pemain
  berkaliber dan berpotensi.

   Penguasaan kemahiran asas yang mencukupi dapat memberi tahap kepuasan bermain
dan tahap penguasaan seseorang pemain dalam sesuatu pertandingan. Contohnya, dalam
permainan berpasukan seperti permainan ragbi, memerlukan tahap kemahiran asas yang
paling baik beserta dengan kemahiran khusus sekiranya ingin memenangi sesuatu
pertandingan.

   Pemain ataupun kumpulan pasukan yang menjalani latihan kemahiran asas dengan
baik mahupun menunjukkan corak permainan yang menarik. Ini sekaligus dapat
mengorak  peluang untuk pasukan tersebut memenangi perlawanan tersebut. Kerja
berpasukan dan kemahiran asas merupakan kunci kejayaan mana-mana pasukan yang
bertanding dalam sesuatu pertandingan.

  | Reply to This Message | Print Message |

    
03 Mar 2015
Re : Forum 4
03:09:29 PM
01 Mar 2015
  Posted By     : MOHAMED BIN BABA
05:17:27 PM
  Reply To       : PANG LEE HIONG
  Attachment  : No File Attach

Salam sejahtera...

Selain itu, kemahiran asas merupakan aspek yang amat penting dan perlu dimiliki oleh
para atlet. Di antara kemahiran yang penting sebagai contoh sukan bola jarring dalam
sukan ini adalah:  kemahiran yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan; dan
kemahiran mengendalikan bola yang melibatkan menangkap, melontar, mengawal,
mengelak dan menjaring. Kemahiran ini termasuklah juga  menghantar atau membaling,
 
merebut, melompat dan membuat halangan ataupun menghadang. Latihan secara
sistematik dapat meningkatkan taraf kemahiran pemain-pemain dalam sukan ini.

Ini kerana penguasaan kemahiran asas yang baik dapat membantu para atlet untuk
meningkatkan prestasi permainan kerana permainan melibatkan pertandingan
memerlukan masa yang lama dalam perlawanan.

  | Reply to This Message | Print Message |

    
06 Mar 2015
Re : Forum 4
11:54:29 PM
01 Mar 2015
  Posted By     : MUSTAFA KAMAL BIN MUNEI
05:17:27 PM
  Reply To       : PANG LEE HIONG
  Attachment  : No File Attach
 

Saya setuju dengan pendapat cikgu dan ingin menambah sedikit.

       Memang tidak dapat dinafikan bahawa  kemahiran asas adalah  sangat penting
dalam pencapaian prestasi pemain sukan berpasukan.Ia merupakan satu garis panduan
bagi setiap atlet  memperolehi  kemahiran kecekapan pergerakan melalui teknik  dan
kaedah  yang betul  dalam sukan berpasukan.Memang kita sedia maklum bahawa
kemahiran asas yang mencukupi dapat  meningkatkan   dan memperbaiki otot saraf
disamping itu  dapat mempelajari daya tahan asas , ketangkasan  dan imbangannya
dalam menggunakan peralatan. Sebelum seseorang atlet  menyertai dalam sesuatu sukan
berpasukan  mereka perlu menguasai kemahiran asas supaya  dapat  bermain dengan
baik.Pergerakan mereka dalam sukan berpasukan dapat ditonjolkan. Selain daripada itu
kemahiran asas akan menghindar  seseorang  atlet  daripada  melakukan kesilapan
ketika bermain. Atlet  juiga  lebih yakin  dan wujud disiplin dalam dirinya.Pemain juga
dapat  membina pengetahuan  dan kefahaman yang lebih bermakna.Kemahiran asas
menyebabkan  atlet sukan  menggunakan  pergerakan tangan ,kaki dan mata  dengan
sebaik mungkin dalam sesuatu permainan yang diceburinya.Ketangkasan dan
kelembutan  akan  memberi kepuasan dan keseronokan yang tidak terhingga  kepada
para atlet.

  | Reply to This Message | Print Message |

: NIK MAHIRAN BINTI NIK HASSAN (D20111049780)


 Date posted : 28 Feb 2015 11:02:53 AM
 (8 read/s)

Kemahiran asas merupakan faktor kejayaan dalam permainan. Hal ini kerana, pemain yang
mempunyai kemahiran asas yang baik dapat meningkatkan tahap prestasi mereka untuk
melakukan kemahiran yang lebih tinggi dan mencabar dengan berkesan. Contohnya dalam sukan
bola keranjang memerlukan kemahiran asas melantun bola dan 'passing' bola kepada rakan.
Apabila pemain menguasai asas melantun bola dengan baik, pemain boleh melakukan larian
sambil melantun bola dengan berkesan malah boleh melakukan 'dummy' pada pihak lawan untuk
melepasi kawalan pihak lawan. Menguasai kemahiran asas dapat meningkatkan prestasi pemain
kemahiran asas sudah menjadi darah daging dalam badan akan menjadikan pergerakan lebih
lancar dan efisyen. Selain itu, pemain boleh menggabungkan kemahiran asas dalam satu lakuan
seperti berlari sambil melantun bola dan 'passing' bola keranjang kepada rakan dengan cepat dan
tangkas agar dapat mengelirukan pihak lawan. Oleh itu, mengusai kemahiran asas adalah sangat
penting dan perkara yang utama perlu dilakukan sebelum melakukan kemahiran yang lebih
kompleks agar kemahiran yang dilakukan lebih lancar dan membantu rakan pasukan yang lain.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

 
    
01 Mar 2015
Re : Forum 4
05:37:02 PM
28 Feb 2015
  Posted By     : PANG LEE HIONG
11:02:53 AM
  Reply To       : NIK MAHIRAN BINTI NIK HASSAN
  Attachment  : No File Attach

Salam sejahtera.

Saya setuju dengan huraian Cikgu  bahawa Kemahiran asas merupakan


faktor kejayaan dalam permainan. Kemahiran asas memanglah penting
dalam sukan berpasukan dan perlu dikuasai oleh seseorang pemain. Jika
kemahiran-kemahiran asas telah dikuasai dengan baik oleh setiap pemain
dalam suatu pasukan, maka pasukan itu akan menang dalam pertandingan.
Oleh itu, para jurulatih harus menekankan aspek kemahiran asas kepada
setiap pemain dengan melatih kemahiran asas mereka dengan cara dan
teknik yang betul dari awal permulaan sesuatu kemahiran demi melahirkan
  atlet yang berkebolehan. Pada asasnya setiap kemahiran asas boleh dilatih
tetapi seseorang itu mesti berlatih dengan cekal, tabah dan bersungguh-
sungguh.

Kemahiran asas perlu dikuasai oleh pemain sebelum mereka kembangkan


kemahiran secara berperingkat ke tahap yang lebih sukar. Kemampuan
pemain menguasai kemahiran asas akan memudahkan perancangan
pasukan dilakukan. Dalam permainan sebenar, pemain dapat menunjukkan
kemahiran asas ini dengan baik dan akhirnya mencipta kejayaan pasukan.

 
MUSTAFA KAMAL BIN MUNEI (D20111049738)
 Date posted : 27 Feb 2015 09:57:39 AM
 (11 read/s)

Kemahiran asas memang penting dalam pencapaian prestasi pemain sukan berpasukan.
Kemahiran asas sukan berpasukan berfungsi untuk pembangunan sikap dan tabiat para pemain.
Melalui kemahiran asas dalam sukan berpasukan, para pemain akan memenuhi sifat mereka yang
ingin tahu terhadap tubuh badan mereka dan kemampuan mereka untuk memahami pertalian
kognitif yang kompleks. Dengan memenuhi perasaaan ingin tahu ini, para pemain dapat
mempelajari, menganalisa prinsip-prinsip serta mengaplikasikannya semasa di tahap yang lebih
tinggi.  Daripada kemahiran asas juga, teknik dan strategi permainan turut dibentuk bagi meraih
kemenangan.

Dalam sesuatu sukan atau permainan, kemahiran asas merupakan kemahiran yang terpenting
dipelajari sebelum seseorang ahli sukan mempelajari kemahiran yang lebih kompleks. Ini adalah
kerana kemahiran asas dalam sesuatu kemahiran sukan menjadi satu landasan atau asas kepada
kemahiran yang lebih susah atau kompleks. Kita semua maklum bahawa kemahiran yang lebih
tinggi mempunyai kaitan yang rapat atau bermula dari kemahiran asas. Misalnya dalam
permainan bola sepak, kemahiran asas bola sepak seperti menendang, menahan bola, menanduk
dan seumpamanya merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh seseorang pemain
sebelum berupaya untuk mempelajari atau melakukan kemahiran yang lebih tinggi seperti
mengelecek, melakukan tendangan volley, tendangan gunting dan sebagainya.

Justeru itu, jurulatih yang bertanggungjawab perlu mendedahkan serta mengajar kemahiran asas
kepada setiap pemainnya. Jika sedari awal pemain tidak didedahkan dengan betul segala
kemahiran yang diperlukan, mungkin mereka akan mendapati sukar untuk mempelajari
kemahiran itu apabila usia meningkat.  Kemahiran asas yang betul akan membantu atlet
menyesuaikan diri dengan jenis latihan kecergasan yang dilakukan. Malahan pemain akan lebih
mudah membuat kombinasi pergerakan daripada pelbagai jenis kemahiran asas dalam setiap
latihan sekaligus dapat meningkatkan prestasi dan persembahan pemain

Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa dalam apa-apa permainan berpasukan, kemahiran asas
merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh seseorang pemain. Seseorang
pemain yang telah menguasai kemahiran asas berupaya untuk menguasai kemahiran yang lebih
kompleks, meningkatkan tahap ketangkasan dan memberi motivasi kepada atlet untuk
memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

 
    
03 Mar 2015
Re : FORUM 4
03:10:15 PM
27 Feb 2015
  Posted By     : MOHAMED BIN BABA
09:57:39 AM
  Reply To       : MUSTAFA KAMAL BIN MUNEI
  Attachment  : No File Attach

Salam sejahtera.

Ya, tidak dapat dinafikan bahawa melalui asas latihan pergerakan yang betul, proses
pembelajaran kemahiran pelajar akan menjadi lebih cepat dan berkesan. Jadi setiap jenis
sukan berpasukan mestilah mempunyai beberapa kemahiran asas yang perlu dikuasai
oleh pemain - pemainnya agar dapat mencapai prestasi yang baik.

Melalui aktiviti latihan berkumpulan, nilai bantu – membantu, semangat berpasukan,


 
keyakinan diri, kepercayaan terhadap ahil sepasukan dapat dipupuk antara satu sama
lain.

Selain daripada itu, saya juga bersetuju dengan cara nilai berdisiplin dipupuk antara
pemain. Oleh sebab latihan pergerakan asas yang diajar mengikut cara yang betul dapat
mendisiplinkan pemain, jadi mereka akan dilatih langkah demi langkah dengan
peraturan dan syaratnya. Saya berasa melalui latihan kemahiran yang berulang - ulang,
pelbagai masalah atau kesilapan dapat dielakkan.

Anda mungkin juga menyukai