Anda di halaman 1dari 10

NAPISAH BINTI RAMLI MUZAMMIL (D20111049778) 

 Date posted : 21 Mar 2015 09:36:00 AM


 (5 read/s)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Prinsip latihan boleh ditakrifkan sebagai rukun yang harus diikuti oleh setiap atlet, jurulatih
atau sesiapa sahaja yang ingin menjalani latihan. Ia perlu dijalankan secara bersistematik dan
mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Seseorang guru, jurulatih atau atlet sukan
yang hendak menjalankan sesuatu latihan kecergasan perlu mengetahui beberapa prinsip agar
latihan yang dijalankan itu menjadi lebih berkesan. Terdapat enam prinsip latihan yang perlu
difahami dan dilaksanakan oleh seseorang jurulatih iaitu prinsip memanaskan badan , ansur
maju, intensity, pengkhususan, kekerapan latihan dan masa latihan.

Antara prinsip-prinsip tersebut adalah setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi
memanaskan badan( warming up) dan diakhiri dengan sesi melegakan badan(cooling down).
Memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat
adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit
melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa.

 Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Ia merujuk kepada peningkatan kesukaran
latihan yang beransur-ansur. Kadar peningkatan hendaklah berdasarkan kepada keupayaan
individu. Individu adalah berbeza maka peningkatan intensiti latihan hendaklah sesuai dengan
keupayaan setiap individu. Beban kerja hendaklah bertambah. Ini dilakukan secara beransur-
ansur sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang atlit yang menjalani latihan. Jurulatih pula
perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan bagi seseorang atlit untuk
berada dalam keadaan fizikal yang terbaik ialah 6 hingga 8 minggu.

Masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar nadi ke
tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan dalam jarak masa
dari 30 minit adalah cukup bagi menghasilkan kecergasan yang signifikan. Pada peringkat
permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan 50% kadar nadi latihan dan tempuh
latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini tubuh badan kita belum bersedia untuk
menerima bebanan yang tinggi. Setelah beberapa minggu berlatih barulah intensiti latihan
boleh dipertingkatkan.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

 
    

23 Mar 2015 12:20:15


Re : Forum 3
AM

21 Mar 2015 09:36:00


  Posted By     : MOHD AMRAN BIN MAHMOOD
AM
  Reply To       : NAPISAH BINTI RAMLI MUZAMMIL
  Attachment  : No File Attach
 

Salam sejahtera, Perkongsian maklumat..

Prinsip-prinsip latihan merupakan garis panduan yang perlu diambil kira dalam sesuatu
perancangan dan pelaksanaan latihan. Prinsip-prinsip sukan ialah kesediaan, adaptasi,
penambahan beban, kekerapan latihan, intensiti, tempoh latihan, ulangan,
pengkhususan, perbezaan individu dan jantina. Prinsip-prinsip latihan mengandungi
langkah-langkah yang perlu diikuti supaya atlet dapat mencapai penyesuaian fisiologi
ke arah peningkatan prestasi yang tinggi contohnya prinsip tambah beban. Untuk
menjadi lebih kuat, otot perlu dibebankan lebih daripada biasa (angkat beratan yang
lebih). Untuk menjadi lebih fleksibel, otot perlu diregangkan ke tahap lebih daripada
biasa. Tambah beban juga boleh melibatkan penambahan kekerapan latihan seminggu.
Latihan perlu dilakukan dengan kerap untuk mencapai peningkatan prestasi.

Prinsip-prinsip latihan ini perlu diketahui, difahami dan diaplikasikan dengan baik
dalam satu program latihan jangkamasa panjang atau pendek yang progresif bagi
pencapaian objektif latihan yang berkesan. Pentingnya prinsip latihan ini ialah satu
mekanisme program latihan yang bersistematik yang amat mengambil kira faktor
biokimia dalam tubuh badan seseorang atlet itu (fizikal) dan psikologi seseorang atlet
(mental). Sebagai contohnya ialah persediaan atlet ke perlawanan bola sepak mahupun
pertandingan tenis. 

 
DHANA GOPAL A/L RAMASAMY (D20111049901) 
 Date posted : 20 Mar 2015 12:18:31 PM
 (2 read/s)
Dunia globalisasi ini terdapat banyak permainan sukan berpasukan dan sukan
individu.Di antara permainannya ialah bola sepak,hoki,bola baling,bola jaring dan bola
tampar.Setiap permainan ada prinsip-prinsipnya.Terdapat banyak prinsip–prinsipnya
dalam sesuatu permainan.Terdapat banyak kepentingan diperolehi semasa latihan
dalam sukan.Contohnya dalam permainan bola sepak.Dalam permainan bola sepak
jumlah ahlinya ialah sebelas.Pemain-pemain perlu membuat starching atau senaman
sebelum bermain bola.Memanaskan badan sebelum membuat latihan ialah untuk
mencergaskan otot rangka dalam badan kita berfungsi dengan betul dan membekalkan
daya.

Prinsip rehat iaitu selepas latihan berdasarkan kepada justifikasi rangsangan


otot.Sistem otot rangka dan tubuh manusia bertindak menghasilkan daya bagi
melakukan gerak kerja yang diperlukan.Masa membuat latihan harus bersesuaian.Ini
juga merupakan salah satu prinsip latihan dalam sukan.Masa yang sesuai dapat
memperkukuhkan perjalanan aktiviti atau senaman kita.Sehubungan dengan itu,kita
perlu tidur sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari..Prinsip tidur yang mencukupi
memberi kelebihan kepada program latihan dalam sukan dan latihan yang diadakan
pada waktu petang.Latihan pada waktu pagi dan petang bersesuaian kerana
menggalakkan lebih pembinaan otot rangka.Prinsip kedudukan pemain dalam
permainan bola sepak amat penting dalam memantapkan pasukan itu sendiri.Lagi
pun,prinsip ini memberi ruang kepada pemain supaya bermain dengan sempurna dan
bersistematik.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

 
    

23 Mar 2015 12:23:53


Re : FORUM 3
AM
20 Mar 2015 12:18:31
  Posted By     : MOHD AMRAN BIN MAHMOOD
PM
  Reply To       : DHANA GOPAL A/L RAMASAMY
  Attachment  : No File Attach

Salam sejahtera... Saya ingin berkongsi maklumat dengan cikgu..

Prinsip latihan merupakan perkara yang amat penting dan menjadi rujukan setiap
jurulatih sukan. Melalui prinsip latihan yang betul dan teratur, sebarang kemungkinan
seperti kecederaan dan kelemahan latihan akan dapat diatasi sebelum terlambat.
  Terdapat enam prinsip latihan yang perlu difahami dan dilaksanakan oleh seseorang
jurulatih iaitu prinsip memanaskan badan , ansur maju, intensity, pengkhususan,
kekerapan latihan dan masa latihan. Prinsip latihan merupakan asas yang penting bagi
memastikan program latihan yang dilaksanakan adalah yang terbaik bagi atlet. Jurulatih
perlu mempunyai latar belakang yang mantap serta memahami hubungan antara sistem-
sistem dalam badan bagi memudahkan perancangan latihan dengan menggunakan
prinsip-prinsip latihan yang betul. Maka sebab itulah prinsip-prinsip latihan dalam
sesebuah sukan itu penting diaplikasikan.
Posted By : THEAN KUI YOKE (D20111049711) 
 Date posted : 20 Mar 2015 12:11:19 AM
 (9 read/s)
Prinsip-prinsip latihan dalam sukan merupakan faktor asas yang perlu
diaplikasikan oleh semua orang yang ingin menguasai setiap kemahiran dalam
sukan dan permainan. Kejayaan memiliki kemahiran yang tinggi dan kecergasan
fizikal yang optimum akan berkekalan dan menjadi abadi selama-lamanya jika
program latihan dirancang mengikut prinsip-prinsip latihan yang bersesuaian
dengan kehendak individu serta komponen kecergasan yang berkaitan.

Etika dalam sukan juga akan mempengaruhi pencapaian prestasi dan kemahiran
individu kerana pengamalan prinsip-prinsip latihan dalam program latihan yang
dirancang memerlukan individu yang beretika dan bersemangat kesukanan.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

 
    

23 Mar 2015 12:18:45


Re : Forum 3
AM

20 Mar 2015 12:11:19


  Posted By     : MOHD AMRAN BIN MAHMOOD
AM
  Reply To       : THEAN KUI YOKE
  Attachment  : No File Attach
 

Salam sejahtera,

Prinsip-prinsip latihan merupakan garis panduan yang perlu diambil kira dalam sesuatu
perancangan dan pelaksanaan latihan. Prinsip-prinsip sukan ialah kesediaan, adaptasi,
penambahan beban, kekerapan latihan, intensiti, tempoh latihan, ulangan,
pengkhususan, perbezaan individu dan jantina. Prinsip-prinsip latihan mengandungi
langkah-langkah yang perlu diikuti supaya atlet dapat mencapai penyesuaian fisiologi
ke arah peningkatan prestasi yang tinggi contohnya prinsip tambah beban. Untuk
menjadi lebih kuat, otot perlu dibebankan lebih daripada biasa (angkat beratan yang
lebih). Untuk menjadi lebih fleksibel, otot perlu diregangkan ke tahap lebih daripada
biasa. Tambah beban juga boleh melibatkan penambahan kekerapan latihan seminggu.
Latihan perlu dilakukan dengan kerap untuk mencapai peningkatan prestasi.

Prinsip-prinsip latihan ini perlu diketahui, difahami dan diaplikasikan dengan baik
dalam satu program latihan jangkamasa panjang atau pendek yang progresif bagi
pencapaian objektif latihan yang berkesan. Pentingnya prinsip latihan ini ialah satu
mekanisme program latihan yang bersistematik yang amat mengambil kira faktor
biokimia dalam tubuh badan seseorang atlet itu (fizikal) dan psikologi seseorang atlet
(mental). Sebagai contohnya ialah persediaan atlet ke perlawanan bola sepak mahupun
pertandingan tenis. 

  | Reply to This Message | Print Message |


 Posted By : MARIATUN TAIBAH BT ABDUL AZIZ (D20111049731) 
 Date posted : 19 Mar 2015 06:07:06 PM
 (8 read/s)
Salam sejahtera,

Antara prinsip-prinsip latihan ialah :

Memanaskan badan

Setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan diakhiri dengan sesi
melegakan badan(warming down). Memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkan sistem
fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku
apabila atlit melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlit
bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan berlakunya kecederaan
otot.

Ansur Maju

Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Beban kerja hendaklah bertambah. Ini dilakukan
secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fisikal seseorang atlit yang menjalani latihan. Jurulatih
pula perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan bagi seseorang atlit untuk berada
dalam keadaan fizikal yang terbaik ialah 6 hingga 8 minggu.    

 
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

 
    

21 Mar 2015 12:47:36


Re : FORUM 1
PM

  Posted By     : NAPISAH BINTI RAMLI MUZAMMIL 19 Mar 2015 06:07:06


PM
  Reply To       : MARIATUN TAIBAH BT ABDUL AZIZ
  Attachment  : No File Attach

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Saya juga sependapat dengan cikgu. Selain itu, intensiti seiring dengan volum serta densiti dan ini
merupakan satu komponen yang terpenting dalam latihan. Ia merujuk kepada komponen kualitatif, kerja
yang dilakukan dalam jangka masa tertentu. Oleh itu lebih banyak kerja/ beban yang dilakukan lebih
tinggi intensitinya. Intensiti ialah fungsi kekuatan impuls saraf yang diperlukan dalam latihan. Kekuatan
stimulus bergantung kepada beban kerja, kelajuan/ kepantasan pergerakan, dan variasi jeda rehat di antara
  ulangan. Elemen yang paling penting dalam intensiti adalah halangan psikologikal sewaktu latihan.
Intensiti bukan hanya ditentukan oleh tugas yang dilakukan oleh otot tetapi juga penglibatan Sistem Saraf
Pusat (SSP) sewaktu latihan.  Tahap intensiti boleh diukur berdasarkan jenis latihan. Latihan yang
melibatkan kelajuan boleh diukur dalam meter/saat (m/s) atau kadar/minit melakukan aktiviti. Latihan
yang menghadapi rintangan diukur dengan kilogram (kg) atau kg/m. Sukan berpasukan pula diukur
daripada rentak permainan. Intensiti latihan berbeza bergantung kepada jenis sukan. Oleh itu apabila
merancang program latihan kepelbagaian dalam darjah intensiti latihan haruslah dipertimbangkan.
Contohnya dalam acara 100 meter, iaitu jarak yang dekat memerlukan velositi yang tinggi. Oleh itu
velositi maksimum sepatutnya 105%. Begitu juga dengan latihan yang menghadapi rintangan/beban,
105% mewakili beban yang tidak boleh diangkat/digerakkan oleh atlet.
 Posted By : SITI HAJAR BINTI HJ. ZAINAL (D20111049746) 
 Date posted : 19 Mar 2015 12:15:44 AM
 (10 read/s)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Prinsip-prinsip latihan merupakan garis panduan yang perlu diambilkira dalam sesuatu perancangan dan
pelaksanaan latihan. Prinsip-prinsip latihan ini perlu diketahui, difahami dan diaplikasikan dengan baik
dalam satu program latihan jangkamasa panjang atau pendek yang progresif bagi pencapaian objektif
latihan yang berkesan. Ia juga bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan keupayaan fizikal
berdasarkan keperluan sukan yang dipilih.  Keberkesanan sesuatu program latihan bergantung kepada
pemahaman dan amalan prinsip-prinsip latihan yang sesuai.  Semasa merangka program latihan
beberapa prinsip latihan perlu diikuti untuk memperolehi hasil yang maksimum.

Terdapat beberapa prinsip latihan yang perlu diikuti dalam sesebuah program latihan. Prinsip ini perlu
dititikberatkan untuk memperoleh hasil yang maksimum dan bertujuan untuk mencapai matlamat
sebenar. Antara  prinsip-prinsip itu adalah seperti memanaskan badan kerana ianya penting untuk
merangsangkan sistem fisiologi badan. Manakala prinsip ansur maju penting kerana ianya mengikut
keupayaan individu agar tidak cedera semasa melakukan aktiviti atau latihan. Prinsip tambah beban pula
untuk meningkatkan presatasi komponen kecergasan fizikal. Prinsip perbezaan individu ialah bergatung
kepada perbezaan individu dari segi matlamat, fisiologi, motivasi, genetik dan persekitaran.

 
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

 
    

19 Mar 2015 12:59:08


Re : Forum 3
AM

19 Mar 2015 12:15:44


  Posted By     : LATIFAH BINTI AB. LATIFF
AM
  Reply To       : SITI HAJAR BINTI HJ. ZAINAL
  Attachment  : No File Attach
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya amat bersetuju dengan pendapat yang anda utarakan tentang kepentingan prinsip-prinsip latihan
dalam sukan. Salah satu prinsip latihan yang penting ialah memanaskan badan. Memanaskan badan
adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan peningkatan
fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlet melakukan aktiviti fizikal yng lebih berat
daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlit bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi
mengelak danmengurangkan dari berlakunya kecederaan otot.

Ansur maju juga merupakan prinsip latihan yang perlu dijalankan dalam latihan sukan. Ini adalah kerana
individu adalah berbeza. Maka peningkatan intensiti latihan hendaklan sesuai dengan keupayaan setiap
individu. Beban kerja hendaklah bertambah dan dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan
pencapaian fizikal seseorang atlit yang menjalani latihan.

  | Reply to This Message | Print Message |


    

19 Mar 2015 06:09:33


Re : Forum 3
PM

19 Mar 2015 12:15:44


  Posted By     : MARIATUN TAIBAH BT ABDUL AZIZ
AM
  Reply To       : SITI HAJAR BINTI HJ. ZAINAL
  Attachment  : No File Attach

Saya amat bersetuju dengan pandangan cikgu dan izinkanlah saya memberi pendapat saya mengenai tajuk
yang kita bincangkan ini.Prinsip ini adalah berdasarkan tambahan beban yang dilakukan ke atas sesuatu
aktivitilatihan. Sekiranya anda ingin meningkatkan kecergasan, anda perlu berlatih pada tahapyang lebih
daripada keupayaan yang sedia ada. Misalnya dalam latihan larian, anda perlu mencatat jarak yang
dicapai dalam masa tertentu, kemudian cuba baiki dan tambah jarak larian dalam masa yang sama.
Apabila beban latihan melebihi beban yang biasa anda lakukan maka badan anda akan mudah disesuaikan
dengan perubahan ini dan boleh terus menambahnya sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan.

Tambahan beban ini boleh dilaksanakan dengan cara yang berikut:

(i) Meningkatkan rintangan atau bebanan, misalnya mengangkat bebanan yang lebih

berat dari masa ke semasa.


 
(ii) Memendekkan masa yang diambil bagi sesuatu aktiviti atau kerja. Misalnya berjalan

satu kilometer dalam masa 12 minit berbanding 17 minit yang biasa dibuat sebelumini.

(iii) Memanjangkan jarak yang diambil bagi sesuatu aktiviti atau kerja. Misalnya

berjoging 5 kilometer berbanding 2 kilometer yang biasa dibuat sebelum ini.

(iv) Meningkatkan bilangan ulangan, misalnya membuat 40 kali bangun tubi dalam masa

60 saat berbanding 25 kali sebelum ini.

Terdapat beberapa aspek yang perlu ditekankan di dalam prinsip tambah beban, iaitu:
(i)        Kekerapan latihan

(ii)             Intensiti

(iii)       Tempoh latihan

(iv)       Ulangan

 
Posted By : LATIFAH BINTI AB. LATIFF (D20111049770) 
 Date posted : 19 Mar 2015 12:36:38 AM
 (12 read/s)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Memahami serta mengetahui prinsip-prinsip latihan dan keperluan  sesuatu jenis sukan mengikut sifatnya
adalah sesuatu yang sangat penting. Kefahaman ini akan dapat membantu jurulatih dalam melaksanakan
latihan yang betul dan berkesan.

Prinsip latihan dalam sukan amat penting diketahui oleh jurulatihkerana ia adalah satu proses yang
sistematik dan mempunyai objektif untuk meningkatkan kecergasan melalui aktiviti fizikal yang terancang.
Ia adalah satu proses jangkamasa panjang yang progressif dan yang mengambil kira keperluan dan
kebolehan individu. 

Terdapat enam prinsip latihan yang perlu difahami dan dilaksanakan oleh seseorang jurulatih iaitu prinsip
memanaskan badan , ansur maju, intensity, pengkhususan, kekerapan latihan dan masa latihan

Kekerapan latihan menjamin peningkatan kecergasan fizikal. Adalah digalakkan untuk melakukan latihan
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi sesaorang individu untuk menjaga tahap kecergasan dan
kesihatannya. Latihan hendaklah diteruskan secara sederhana pada peringkat permulaan dan
menambahkan intensitinya (beban latihan) menerusi program yang panjang setelah fisiologi tubuh telah
benar-benar bersedia melakukan aktiviti yang dicadangkan.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

 
    

19 Mar 2015 10:33:10


Re : Re : Forum 3
AM

19 Mar 2015 12:36:38


  Posted By     : MOHD TAJULADNAN BIN TAJUDDIN
AM
  Reply To       : LATIFAH BINTI AB. LATIFF
  Attachment  : No File Attach
 

Salam 1 Malaysia...........

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu .......... terdapat enam prinsip latihan yang perlu
dipatuhi oleh setiap jurulatih dalam melaksanakan program latihan pasukannya. Salah
satu prinsip latihan tersebut ialah prinsip kebolehbalikan. Prinsip kebolehbalikan ini
bermaksud tahap kemahiran seseorang pemain tersebut akan menurun dan kembali
kepada kemahiran asas seandainya pemain tersebut tidak menjalani latihan dalam
tempoh yang lama. Contohnya dalam permainan bola tampar di mana pemain tersebut
akan mengalami kesukaran untuk membuat lompatan dan membuat rejaman bola
semasa perlawanan berlangsung. Daya lompatan dan koordinasi masa untuk membuat
rejaman bola akan berkurangan jika pemain tersebut diberikan rehat pada tempoh masa
yang lama. Oleh itu, untuk mengembalikan semula kemahiran dan kekuatan tersebut,
pemain perlu melalui semula fasa-fasa latihan yang sepatutnya agar kembali kepada
penguasaan kemahiran tersebut. Justeru, setiap jurulatih perlulah memahami bahawa
prinsip kebolehbalikan ini amat penting untuk diberikan perhatian yang sewajarnya agar
masa yang sepatutnya itu dapat digunakan untuk mempertingkat lagi tahap kemahiran
pemain ke tahap yang lebih tinggi.

  | Reply to This Message | Print Message |


    

19 Mar 2015 06:08:07


Re : Re : Forum 3
PM

19 Mar 2015 12:36:38


  Posted By     : MARIATUN TAIBAH BT ABDUL AZIZ
AM
  Reply To       : LATIFAH BINTI AB. LATIFF
  Attachment  : No File Attach

Saya amat bersetuju dengan pandangan cikgu dan izinkanlah saya memberi pendapat saya mengenai tajuk
yang kita bincangkan ini.

Latihan dalam pendidikan jasmani mempunyai ciri-ciri berdasarkan biologi, psikologi dan

  sains pedagogi. Panduan dan undang-undang direka sedemikian dan dikenali sebagai

prinsip latihan.Prinsip latihan boleh ditakrifkan sebagai rukun yang harus diikuti oleh setiap atlet,
jurulatih atau sesiapa sahaja yang ingin menjalani latihan. Ia perlu dijalankan secara bersistematik dan
mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.. Seseorang guru, jurulatih atau atlet sukan yang
hendak menjalankan sesuatu latihan kecergasan perlu mengetahui beberapa prinsip agar latihan yang
dijalankan itu menjadilebih berkesan.

 
KUMUTHAVALLI A/P V MARIMUTHU (D20111049714) 
 Date posted : 18 Mar 2015 10:52:03 PM
 (8 read/s)
Salam sejahtera,

Setiap program sukan mestilah berdasarkan prinsip-prinsip latihan yang sesuai. Prinsip-
prinsip latihan merupakan garis panduan yang perlu diambil kira dalam sesuatu
perancangan dan pelaksanaan latihan. Prinsip-prinsip sukan ialah kesediaan, adaptasi,
penambahan beban, kekerapan latihan, intensiti, tempoh latihan, ulangan,
pengkhususan, perbezaan individu dan jantina. Prinsip-prinsip latihan mengandungi
langkah-langkah yang perlu diikuti supaya atlet dapat mencapai penyesuaian fisiologi
ke arah peningkatan prestasi yang tinggi contohnya prinsip tambah beban. Untuk
menjadi lebih kuat, otot perlu dibebankan lebih daripada biasa (angkat beratan yang
lebih). Untuk menjadi lebih fleksibel, otot perlu diregangkan ke tahap lebih daripada
biasa. Tambah beban juga boleh melibatkan penambahan kekerapan latihan seminggu.
Latihan perlu dilakukan dengan kerap untuk mencapai peningkatan prestasi.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |
 
    

19 Mar 2015 12:22:05


Re : Forum 3
AM

18 Mar 2015 10:52:03


  Posted By     : SITI HAJAR BINTI HJ. ZAINAL
PM
  Reply To       : KUMUTHAVALLI A/P V MARIMUTHU
  Attachment  : No File Attach

Salam sejahtera,

Saya setuju dengan pendapat cikgu.  Saya ingin menambah tentang kepentingan prinsip-prinsip latihan
sukan ini.  Prinsip-prinsip latihan ini perlu diketahui, difahami dan diaplikasikan dengan baik dalam satu
program latihan jangkamasa panjang atau pendek yang progresif bagi pencapaian objektif latihan yang
berkesan. Pentingnya prinsip latihan ini ialah satu mekanisme program latihan yang bersistematik yang
amat mengambil kira faktor biokimia dalam tubuh badan seseorang atlet itu (fizikal) dan psikologi
seseorang atlet (mental). Sebagai contohnya ialah persediaan atlet ke perlawanan bola sepak mahupun
  pertandingan tenis. Persiapan yang bagaimanakah yang perlu disusun oleh jurulatih? Adakah cukup
dengan strategi dan taktik yang luarbiasa? Apakah cukup dengan latihan-latihan bermain pada setiap
petang?

Maka sebab itulah prinsip-prinsip latihan dalam sesebuah sukan itu penting diaplikasikan. Prinsip-prinsip
latihan mencakupi formula dari segi sains fisiologi manusia, biokimia dalam penjanaan tenaga
aerobic/anaerobic, periodisasi latihan dan peralatan-peralatan sukan yang digunakan semasa perlawanan
juga turut disenarai sebagai persediaan atlet ke sesebuah perlawanan.

  | Reply to This Message | Print Message |


    

19 Mar 2015 06:11:02


Re : Forum 3
PM

18 Mar 2015 10:52:03


  Posted By     : MARIATUN TAIBAH BT ABDUL AZIZ
PM
  Reply To       : KUMUTHAVALLI A/P V MARIMUTHU
  Attachment  : No File Attach

Saya amat bersetuju dengan pandangan cikgu dan izinkanlah saya memberi pendapat saya mengenai tajuk
yang kita bincangkan ini.

Salah satu prinsip latihan dalam sukan ialah kekerapan latihan.Kekerapan latihan merujuk kepada
bilangan kali atau hari yang diperlukan bagi sesuatu

Bilangan kekerapan ini sebenarnya berbeza mengikut latihan yang dipilih misalnya seorang remaja
  memerlukan daya tahan yang berlebihan perlu berlatih lebih kerap dalam seminggu berbanding dengan
remaja lain yang kurang bergiat dalam sukan. Dia perlu berlatih lima hingga enam kali seminggu
manakala yang kurang bergiat kekerapannya adalah di antara dua hingga tiga kali seminggu. Sebaik-
baiknya waktu latihan hendaklah dijarakkan dan tidak dilakukan berturut-turut. Latihan yang dilakukan
lebih satu kali sehari biasanya tidak mendatangkan banyak faedah. Walau bagaimanapun kekerapan
latihan saling berhubung kait dengan intensiti latihan. Sekiranya intensiti latihan tinggi, maka kekerapan
latihan perlu dikurangkan supaya tidak mendatangkan kecederaan.

Anda mungkin juga menyukai