Anda di halaman 1dari 17

AHMAD FAUZI BIN ABIDIN (D20111049718)

 Date posted : 07 Mar 2015 10:31:00 AM


 (3 read/s)
Salam sejahtera.  Prinsip latihan harus ada pada semua yang terlibat dalam memajukan sukan. 
Sebagai penggiat sukan prinsip-prinsip haruslah diikuti satu persatu dari permulaan hingga
selesai.  Prinsip-prinsip tersebut hendaklah dikuasai  kemahiran terlebih dahulu sebelum
berubah ke prinsip selanjutnya. Sebagai seorang jurulatih senarai semak pengurusan prinsip
hendaklah sistematik. Sekiranya prinsip latihan ini benar-benar dikuasai oleh pelajar peluang
untuk berjaya semakin cerah.

 
MOHD AMRAN BIN MAHMOOD (D20111049734)
 Date posted : 05 Mar 2015 11:36:33 PM
 (3 read/s)
Salam sejahtera...

Bagi mencapai matlamat kejayaan dalam dasar sukan negara, setiap atlet perlulah
mengamalkan prinsip-prinsip latihan dam sukan untuk memastikan kejayaan dapat dicapai.

Terdapat 12 prinsip dalam sukan sama ada sukan individu mahupun sukan berpasukan.Ini
kerana penekanan terhadap prinsip-prinsip latihan dan etika kesukanan wajib dipertimbangkan
untuk melahirkan atlet yang berwibawa.

Prinsip pertama iaitu kesediaan. Kesediaan merupakan faktor utama yang mendorong setiap
atlet itu melibatkan diri  dalam aktiviti sukan. Kesediaan ini mendorong kepada aspek
kematangan dan kecenderongan serta minat individu dalam sukan yang diceburi. Kesediaan
juga melibatkan satu proses menganalisis keupayaan, kelebihan dan kelemahan diri. Dorongan
dan kesediaan juga melibatkan proses untuk menjadikan sukan yang diceburi sebagai satu
profesion atau kerjaya. 

Prinsip kedua iaitu adaptasi, iaitu berkaitan dengan penerimaan kesan latihan untuk
meningkatkan kecergasan diri serta penguasaan kemahiran dalam sesuatu sukan berdasarkan
program latihan yang dilaksanakan. Adaptasi dipengaruhi oleh masa, intensiti, kekerapan,
ulangan dan kesesuaian sukan dengan faktor fisiologi serta psikologi individu.Antara cadangan
untuk meningkatkan adaptasi dalam program sukan adalah seperti penambahan bebanan,
elakkan latihan yang berlebihan, menjalani latihan alternatif, memantau dan mencatat
pencapaian kesan latihan, serta meningkatkan kecergasan sebelum melakukan kemahiran.
Penguasaan kemahiran juga akan berkekalan bagi tempoh masa yang panjang walaupun
kecergasan fizikal mengalami kemerosotan.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

 
    
07 Mar 2015
Re : Forum 3
09:16:51 PM
05 Mar 2015
  Posted By     : GING LING MING
11:36:33 PM
  Reply To       : MOHD AMRAN BIN MAHMOOD
  Attachment  : No File Attach

Salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu.

Setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan


diakhiri dengan sesi menyejukkankan badan. Memanaskan badan adalah
penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi
dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila
  atlit melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini
akan membolehkan atlit bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi
mengelak dan mengurangkan berlakunya kecederaan otot. Menyejukkan
badan adalah penting untuk menggalakkan pengaliran darah ke jantung dan
membantu mengeluarkan bahan buanggan dari badan.

Contohnya aktiviti berlari, lebihkan regangan bahagian kaki. Tindakan ini


akan mengelakkan kecederaan yang akan menggangu perlaksanaan
program latihan. Selepas menjalani acara larian pecut atau larian jarak jauh
menyejukkan badan adalah untuk menurunkan suhu badan secara beransur-
ansur dan menjajarkan semula otot-otot.
PANG LEE HIONG (D20111049786)
 Date posted : 05 Mar 2015 08:45:01 PM
 (8 read/s)
Salam sejahtera.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kesihatan yang menyeluruh bermaksud bebas
daripada penyakit, sihat mental, fizikal dan emosi, serta sihat daripada aspek sosial dan rohani.
Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan Kesihatan
menekankan perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Oleh itu, pendekatan atau strategi pelaksanaan Pendidikan Kesihatan perlu
memberikan tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan
serta pemupukan dan penghayatan nilai.
Pendekatan atau strategi pelaksanaan kearah mencapai kesihatan menyeluruh dan kesihatan
optima adalah seperti berikut :
1. Pendekatan Bersepadu

Pendekatan Bersepadu merupakan satu strategi yang penting untuk menjalin dan mengadunkan
unsur-unsur ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni.

2. Peningkatan Daya Pemikiran Murid

Daya pemikiran murid perlu dipertingkatkan untuk membolehkan murid membuat keputusan,
meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

3. Pemupukan Nilai Murni

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pemupukan nilai-nilai murni yang selaras dengan
matlamat Pendidikan Kesihatan perlu dititikberatkan.

4. Menyediakan Peluang

Murid perlu diberi peluang untuk menguasai kemahiran berkomunikasi, membina perhubungan
yang sihat, empati dengan orang lain, berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalam
menguruskan hidup secara produktif dan sihat.
  Dalam erti kata lain, strategi pelaksanaan kesihatan bukan sekadar meluahkan ilmu tetapi
ia seharusnya mempunyai matlamat tertentu seperti ke arah perubahan sikap dan seterusnya
perubahan tingkahlaku individu untuk mencapai kesihatan menyeluruh dan optima.
MUSTAFA KAMAL BIN MUNEI (D20111049738)
 Date posted : 05 Mar 2015 12:39:44 PM
 (11 read/s)
Kesihatan bersifat holistik dan merangkumi pelbagai dimensi atau domain. Kesihatan holistik
bermaksud mengambil kira pelbagai pengaruh dan interaksi dimensi-dimensi tersebut. Dimensi
kesihatan bagi individu adalah seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental,  kesihatan emosi,
kesihatan social, kesihatan rohaniah dan kesihatan seksual.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan ialah satu tahap atau keadaan apabila
seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan
sosial, dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak upaya.
Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken  Vanderpool dan Duke Barnes. (1998) Takrifan kesihatan yang
lebih menyeluruh dan holistik  dikemukakan oleh WHO sebagai “Suatu keadaan kesempurnaan
fizikal, mental daan social yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit dan
kelemahan”.
Gaya hidup memainkan peranan penting dalam kesejahteraan. Amalan kesihatan merupakan
tunjang yang penting dalam corak hidup. Pengumpulan corak kesihatan saban hari secara positif
akan mengarah ke arah kesihatan yang optimum dan kehidupan yang berkualiti.
Lon Seiger et. al. (1998). Untuk  mencapai kesejahteraan hidup , pertimbangkan lapan strategi
yang penting seperti berakaunbiliti,, mengamalkan sikap positif, berusaha ke arah keseimbangan,
kepelbagaian, kesederhaan, keceriaaan dan gaya hidup dan gaya tersendiri.
Kesimpulannya, tingkahlaku yang memainkan peranan utama dalam kehidupan sihat adalah
senaman yang berterusan; pemakanan yang sihat; rehat atau tidur yang mencukupi; santaian;
serta  menjauhkan diri dari merokok, minuman beralkohol, dadah dan melakukan aktiviti yang
tidak bermanfaat.
 
DANG CHOO GEONG (D20111049374)
 Date posted : 04 Mar 2015 06:53:07 PM
 (10 read/s)
Salam Sejahtera,
Kesihatan menyeluruh adalah kesihatan yang merangkumi :

1. Kesihatan Fizikal
2. Kesihatan Sosial
3. Kesihatan Mental
4. Kesihatan Emosi
5. Kesihatan Persekitaran
6. Kesihatan Rohani

Strategi pelaksanaan kesihatan menyeluruh:


 1. Kesihatan Fizikal : mencapai kesihatan fizikal dengan melakukan aktiiti seharian dengan baik
dan berkesan.
2. Kesihatan Sosial: Keupayaan individu untuk memenuhi hubungan interpersonal. iaitu dapat
berinteraksi dengan individu lain , keluarga dan masyarakat dengan baik.
3. Kesihatan Mental: berupaya untukbelajar dan berfikir secara rasional.
4. Kesihatan Emosi: berupaya menangani dan menghadapi pelbagai tekanan hidup seharian
dengan tenang.
5. Kesihatan Persekitaran: berupaya memainkan peranan yang baik demi melindungi serta
mempertingkatkan keadaan persekitaran.
6. Kesihatan Rohani: mengamal prinsip-prinsip hidup yang positif, bebas daripada penyakit,
sihat dari segi fizikal, sosial, mental , emosi, persekitaran dan rohani.
Manakala:
Kesihatan optimum pula bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang kuat, bebas
penyakit kronik. Pendek kata, kesihatan optimum ialah menjadikan diri yang terbaik dan untuk
mencapai potensi anda yang sepenuhnya.
 
Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan diri dan untuk
mencapainya, anda memerlukan suatu strategi seimbang, iaitu empat perkara penting -
pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental.
Jadi,untuk mencapai kesihatan optimum, anda boleh memilih tabiat gaya hidup yang
memperbaiki kesejahteraan anda dan membawa anda mencapai kesihatan optimum.
 Sekian.

Bahan forum 5

MUSTAFA KAMAL BIN MUNEI (D20111049738)


 Date posted : 05 Mar 2015 01:24:18 PM
 (2 read/s)
Tembakau menjadi satu daripada sebab yang paling utama kematian di seluruh dunia. Dalam
abad ke-21, dijangka bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini
berterusan. Jumlah menghisap rokok dalam kalangan perokok muda yang berada dalam
lingkungan umur kanak-kanak begitu membimbangkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (2005)
melaporkan bahawa 14.3 peratus daripada 4.26 juta perokok di Malaysia merupakan pelajar
sekolah. Kementerian yang sama juga menganggarkan bahawa seramai 50-60 orang remaja di
Malaysia memulakan tabiat merokok setiap hari.

Tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan Malaysia telah meletakkan usaha yang banyak dalam
mendidik masyarakat ke arah kesihatan yang lebih baik. Kawalan Peraturan-Peraturan Hasil
Tembakau 1993 telah digubal untuk mengurangkan penggunaan tembakau di negara ini,
terutamanya di kalangan belia. Peraturan-peraturan yang memerlukan syarikat-syarikat tembakau
mempunyai mesej amaran kesihatan.

Dari segi aksesibiliti pula, agensi yang menganjurkan kempen perlu membuat desakan yang
lebih kuat agar lokasi menjual rokok diperketatkan lagi agar aksesibiliti kanak-kanak terhadap
rokok semakin sukar. Ini kerana kanak-kanak tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan
bekalan rokok kerana peruncit langsung tidak keberatan menjualkan rokok kepada mereka.
Pekedai runcit seharusnya lebih tegas mematuhi peraturan dan undang-undang yang melarang
penjualan rokok kepada kanak-kanak di bawah 18 tahun kerana ini merupakan tanggungjawab
sosial bersama dalam masyarakat. Masyarakat sekeliling juga harus peka dan mengambil
tindakan atau mengadu kepada pihak bertanggungjawab apabila melihat pekedai runcit menjual
rokok kepada kanak-kanak.

Kumpulan sasar kempen anti-merokok adalah golongan kanak-kanak,remaja,maka media massa


dan media baru dalam siaran perlu direka khusus untuk golongan tersebut. Strategi pemasaran
kempen anti-merokok dari aspek produk, harga, aksesibiliti, promosi, dasar sosial dan
perkongsian tanggungjawab perlu diperkasakan lagi dan diberi penekanan seimbang untuk
menjamin keberkesanan program secara komprehensif.

 
MANORIZAH BT MAHMOOD (D20111049730)
 Date posted : 05 Mar 2015 06:44:13 PM
 (5 read/s)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera ,

Terdapat  12 prinsip latihan dalam sukan. Setiap prinsip ada kepentingan untuk atlet. Contoh
prinsip utama iaitu faktor Kesediaan. ( Readiness) .  Ini ialah faktor utama yang melibatkan diri
individu yang terlibat dalam aktiviti sukan. Faktor ini mempengaruhi kematangan,minat,
keupayaan , kelebihan dan kelemahan diri individu tersebut sebelum individu melibatkan diri
dalam sukan.  Ini untuk memastikan kelancaran program latihan dan aktiviti dapat berjalan
dengan lancar.   Prinsip ini penting kerana setiap individu harus bersedia untuk menyediakan diri
terhadap sukan yang diikuti dengan menyedari kekuatan dan kelemahan yang mereka miliki
bersesuaian dengan pilihan mereka.
Dalam konteks sukan individu persediaan diri terhadap sukan yang diceburi dapat memastikan
individu dapat memainkan peranan untuk mencapai kejayaan dalam bidang sukan. 
    

07 Mar 2015
Re : Forum 3
10:38:47 AM
05 Mar 2015
  Posted By     : AHMAD FAUZI BIN ABIDIN
06:44:13 PM
  Reply To       : MANORIZAH BT MAHMOOD
  Attachment  : No File Attach

Salam sejahtera.  Saya tertarik dengan pendapat cikgu.  12 prinsip diutarakan sekiranya
  di patuhi dengan penuh disiplin akan membuahkan hasil. Pada saya penekanan prinsip
semasa latihan hendaklah difahami oleh pelajar akan kepentingannya. Yang jadi asalah
sekarang prinsip latihan tidak dipatuhi dan pelajar pon tidak di beri penekanan.
Penting......nak berjaya berdisiplin dan berprinsip. Tq

KASTHURI BAI A/P THANGARAJAH (D20111049818)


 Date posted : 04 Mar 2015 11:37:59 PM
 (3 read/s)
Salam Sejahtera,

          Seperti mana yang kita sedia maklum bersukan merupakan sesuatu aktiviti fizikal yang
boleh mendatangkan banyak faedah dari segi keseronokkan, kepuasan diri, kesihatan, social dan
juga dari segi ekonomi  di mana ianya dapat menjadi sumber pendapatan yang lumayan jika
seseorang individu dapat menampilkan bakat yang cemerlang dalam bidang sukan yang
diceburinya.

          Namun demikian segala apa aktiviti yang dilakukan perlu dirancang dengan ketetapan
prinsip-prinsip latihan yang sesuai bagi seseorang atlet yang terlibat agar ianya dapat membina
landasan bagi individu itu untuk memiliki etika kesukanan yang unggul.

          Dengan adanya prinsip-prinsip ini , pencapaian maksimum dapat diperolehi jika


perlaksanaan prinsip-prinsip ini diikuti dengan kawalan disiplin diri yang ketat. Pelaksanaan
aktiviti sukan juga dapat berjalan dengan lancar tanpa apa-apa kecederaan,kelesuan,kebosanan
dan kemerosotan  tahap kecergasan yang sedia ada malah ianya akan membantu membina
stamina dan merangsang segala otot-otot badan dan daya tahan kardiovaskular agar berfungsi
dengan baik dan tahan lasak. Ini sudah pastinya akan meningkatkan keupayaan dan kemahiran
atlet apabila melakukan aktiviti sukan.

         Dengan adanya ketetapan prinsip-prinsip ini juga semangat kesukanan dapat ditanam di
sanubari individu agar dapat kawal perasaan, berdisiplin dan bertatasusila ketika bersukan. Ianya
membantu menyemat nilai-nilai murni dalam individu agar menjadi pemain bersih yang bebas
dari gejala social seperti penagihan dadah.
         Kini terang lagi bersuluh bahawa prinsip-prinsip yang ditetapkan itu tidak boleh diabaikan
tetapi ianya mesti diikuti dengan penuh taat dan berdisiplin supaya bukan sahaja untuk
membantu atlet yang terlibat dalam aktiviti sukan tetapi juga dalam membantu matlamat
Falsafah Pendidikan Negara tercapai.

Sekian terima kasih.


    

05 Mar 2015
Re : Forum 3
10:16:09 AM
01 Mar 2015
  Posted By     : MUSTAFA KAMAL BIN MUNEI
08:20:44 PM
  Reply To       : GING LING MING
  Attachment  : No File Attach
 

Saya setuju dengan pendapat cikgu dan ingin berkongsi sedikit info

Dalam merangka program latihan sukan ada beberapa prinsip latihan yang perlu diberi
perhatian dan keutamaan. Antaranya ialah :

1. Memanaskan Badan
2. Ansur Maju
3. Tambah Beban
4. Perbezaan Individu
5. Intensiti
6. Spesifikasi (Pengkhususan)
7. Kekerapan Latihan
8. Masa Latihan
9. Kebolehbalikan
10. Kepelbagaian Latihan
11. Penyesuaian Latihan (Adaptasi)

Prinsip-prinsip latihan ini adalah penting bagi memperolehi hasil yang maksimum.
Sebagai contoh aktiviti memanaskan badan yang dilakukan sebelum melakukan aktiviti
sukan adalah bagi merangsang sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan
peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan
aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlet
bersedia dari segi psikologi dan juga penting mengelakkan dan mengurangkan
berlakunya kecederaan otot.

Bagi prinsip ansur maju dan tambah beban pula adalah penting bagi meningkatkan
prestasi komponen kecergasan fizikal yang hendak ditingkatkan. Program Latihan
mestilah bersifat individu kerana terdapat perbezaan individu dari segi matlamat,
fisiologi, motivasi, genetik dan persekitaran. Oleh itu program latihan yang sama tidak
akan memberikan kesan yang sama ke atas semua individu.

Bagi prinsip kebolehbalikan pula adalah untuk mempastikan prestasi adalah berterusan.
Ini bermakna latihan yang dijalankan hendaklah konsisten kerana kesan dan hasil
latihan tidak kekal. Penurunan ke atas prestasi akan berlaku sekiranya latihan dijalankan
tidak berterusan dan umumnya penurunan berlaku lebih cepat daripada masa yang
diambil untuk membinanya.

HO SIEW SIM (D20111049764)


 Date posted : 01 Mar 2015 06:50:33 PM
 (9 read/s)
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

    
05 Mar 2015
Re : Forum 3
10:06:38 AM
04 Mar 2015
  Posted By     : MUSTAFA KAMAL BIN MUNEI
11:37:59 PM
  Reply To       : KASTHURI BAI A/P THANGARAJAH
  Attachment  : No File Attach
 

Saya setuju dengan pendapat cikgu dan ingin menambah sedikit.

Prinsip latihan dalam sukan sangat penting bagi mencapai hasil yang maksima.Latihan
yang membawa faedah kepada atlet/pelatih perlu mengikut beberapa prinsip atau garis
panduan. Prinsip latihan mengandungi langkah-langkah yang perlu diikuti supaya
atlet/pelatih dapat mencapai penyesuaian fisiologi ke arah peningkatan prestasi yang
tinggi.

Terdapat empat prinsip asas latihan dalam sukan iaitu prinsip tambahan beban, prinsip
urutan latihan, prinsip spesipikasi, dan prinsip kekerapan.

Antara kepentingan prinsip latihan dalam sukan ialah :

Meningkatkan daya ketahanan otot – otot akan menjadi lebih kuat dan dapat mengelak
daripada kecederaan yang serius.

Meningkat dan melatih keupayaan anaerobic dan aerobik.

Meningkatkan kederasan, ketangkasan dan kelembutan anggota badan.

Membina daya tahan kardiovaskular.

Prinsip latihan dalam sukan sangat penting kerana ia menjadi faktor untuk mencapai
kejayaan dalam sukan. Pendidikan sukan bukan sahaja untuk berseronok tetapi juga
untuk mengharumkam nama negara. Prinsip latihan yang betul mampu memanjangkan
hayat seseorang atlet dalam kerjaya sukan dan tidak mudah tercedera

GING LING MING (D20111049760)


 Date posted : 01 Mar 2015 08:20:44 PM
 (9 read/s)

Salam sejahtera.

Latihan sukan perlu dirangkakan secara bersistematik dan mengikuti prosedur-


prosedur.Latihan-latihan yang khusus hendaklah dijalankan mengikut permainan
yang diceburi.Prinsip latihan merupakan asas yang penting bagi memastikan
program latihan yang dilaksanakan adalah yang terbaik bagi atlet.Jurulatih perlu
mempunyai latar belakang yang mantap serta memahami hubungan antara sistem-
sistem dalam badan bagi memudahkan perancangan latihan dengan menggunakan
prinsip-prinsip latihan yang betul.

Selain itu, kepentingan prinsip-prinsip latihan dan sukan dapat membantu atlet
mencapai prestasi yang maksimum. Hal ini demikian kita hendaklah mengetahui
dan mengenal pasti latihan-latihan yang mampu meningkatkan prestasi sama ada
dalam aspek daya tahan, kelajuan dan kekuatan.Tambahan pula, latihan yang
membawa faedah kepada atlet/pelatih perlu mengikut beberapa prinsip atau garis
panduan seperti kekerapan latihan, masa latihan, kepelbagaian latihan dan
sebagainya.Prinsip latihan mengandungi langkah-langkah yang perlu diikuti
supaya atlet/pelatih dapat mencapai penyesuaian fisiologi ke arah peningkatan
prestasi yang tinggi.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |
 

Salam sejahtera.

Untuk meningkatkan tahap kecergasan seseorang pemain, individu tersebut perlu


menjalani latihan-latihan yang tertentu yang spesifik kepada komponen yang perlu
ditingkatkan. Pemain-pemain juga perlu didedahkan dengan konsep asas latihan
serta prinsip-prinsip latihan kecergasan yang perlu diikut dalam memastikan
sesuatu latihan itu berkesan. Berikut saya akan membincangkan 5 kepentingan
prinsip-prinsip latihan dalam sukan iaitu:

a) Prinsip Tambah Beban (Overload Principle)

Prinsip ini penting untuk meningkat maju menutut beban tambahan , jika sama atau
lebih mudah dan ringan daripada sebelumnya, maka latihan tidak akan membawa
kesan peningkatan. Jadi, menambah beban yang sedia ada merupakan satu
keperluan atau prinsip latihan yang perlu diamalkan.

b) Prinsip Ansur Maju( Principle of Progression)

Prinsip ini amat penting difahami dan diikuti, jika tidak, latihan akan membawa
kecederaan atau tiada kesan positif. Inilah sebabnya latihan sukan memerlukan
perancangan jangka panjang lapan bulan atau lebih. Apabila beban latihan
ditingkatkan dengan cepat atau secara mendadak, badan atlet tidak dapat membuat
penyesuaian lalu berlakulah kecederaan.

c) Prinsip Kekhususan / Spesifisiti( Prinsiple of Specificity)

Prinsip ini menekankan latihan khusus mengikut jenis kerja dan beban yang
diberikan. Prinsip ini menegaskan bahawa setiap latihan perlu bermula dari latihan
am dan bergerak ke arah spesifik di akhirnya. Prinsip ini penting untuk
menekankan pembinaan fizikal secara keseluruhan.

d) Prinsip Pengunduran / Kebolehbalikan (Prinsiple of Reversibility)

Keadaan merosot akan berlaku apabila latihan diberhentikan melebihi tempoh yang
diperlukan. Jurulatih yang memahami prinsip pengunduran ini secara bijak akan
menyediakan pasukan atau atlet dengan program pengekalan luar musim(off-
season maintenance program).

e) Prinsip Pemanasan dan Penyejukan Badan(Warm-up and Cooling-down)

Atlet perlu mengikut prosedur latihan, iatu memanaskan badan sebelum latihan
keras dan menyejuk badan selepasnya. Ini penting bagi mencegah kecederaan dan
perlu dilaksanakan setiap kali latihan.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

 
    
01 Mar 2015
Re : Forum 3
08:30:43 PM
01 Mar 2015
  Posted By     : GING LING MING
06:50:33 PM
  Reply To       : HO SIEW SIM
  Attachment  : No File Attach
 

Salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu di mana untuk meningkatkan tahap


kecergasan seseorang pemain, individu tersebut perlu menjalani latihan-
latihan yang tertentu yang spesifik kepada komponen yang perlu
ditingkatkan. .Prinsip latihan merupakan asas yang penting bagi
memastikan program latihan yang dilaksanakan adalah yang terbaik bagi
atlet.

Sebagai contoh, jangka masa dalam prinsip latihan merupakan jumlah


masa latihan bagi atlet.Dalam masa yang ditetapkan, atlet boleh mencapai
tahap yang diingini oleh jrulatih mereka.Tambahan pula, pemulihan
merupakan salah satu prinsip yang penting dalam sesuatu program latihan.
Latihan akan membawa kesan positif jika beban latihan dikawal bersama
dengan pemulihan.

Seperti yang dinyatakan oleh cikgu,ansur maju juga adalah sebahagian


daripada prinsip-prinsip latihan.Program latihan hendaklah bersifat
progresif.Ia merujuk kepada peningkatan kesukaran latihan yang beransur-
ansur. Kadar peningkatan hendaklah berdasarkan kepada keupayaan
individu.Memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkan sistem
fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi
metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan aktiviti fizikal
yang lebih berat daripada biasa. Dengan adaptasi ini akan membolehkan
atlit bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan
mengurangkan berlakunya kecederaan otot.
PANG LEE HIONG (D20111049786)
 Date posted : 01 Mar 2015 05:01:11 PM
 (17 read/s)
Salam sejahtera.
Prinsip merupakan kebenaran bagi sesuatu bidang . Ia merupakan satu ala tuju yang membawa
manusia menghala ke arah kejayaan. Untuk memastikan kejayaan, kita harus pegang tegas dalam
prinsip-prinsip termasuk bidang sukan. 
Pada pendapat saya, prinsip-prinsip latihan yang perlu diberi perhatian semasa latihan adalah
tambah beban, ansur maju, kebolehbalikan, perbezaan individu, pemulihan, adaptasi, kekhususan
dan pelbagaian latihan.
Kepentingan prinsip-prinsip latihan dalam sukan ialah:

 Mendapat kesan yang optimum kerana boleh menguasai sesuatu kemahiran dalam sukan
mengikut jantina, tahap penguasaan, kesediaan dan minat.
 Menjimat masa dimana boleh melatih atlet menguasai sesuatu kemahiran dalam masa
yang singkat dengan betul.
 Menjimatkan kos. Jurulatih yang menjalankan latihan mengikut prinsip-prinsip latihan
akan menggunakan infrastruktur secara optimum.
 Profesiaonalisme jurulatih  dalam bidang sukan dapat  ditingkatkan.
 Mengelakkan kecederaan kerana semua latihan dijalankan dalam susunan yang betul.
 Meningkatkan minat murid.
 Mendidik atlet yang berkualiti dan berdisiplin.

MUNIAMMAL A/P RAMASAMY (D20111049751)


 Date posted : 28 Feb 2015 11:17:23 PM
 (8 read/s)
Salam Sejahtera

Aktiviti bersukan dapat membentuk kesihatan diri yang tinggi, kecerdasan mental yang
tinggi dan kerohanian. Ini dapat melahirkan sikap positif dalam kalangan ahli sukan.
Kualiti kehidupan seseorang dapat menentukan aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan
dirinya. Setiap aktiviti sukan yang mempunyai prinsip  seharusnya memberikan
keseronokkan dan dapat mengurangkan stress.

Prinsip-prinsip latihan dalam sukan adalah penting kerana ianya menjadi asas dan garis
panduan dalam merancang dan melaksanakan sesuatu latihan sukan, Prinsip-prinsip ini
penting dalam melaksanakan aktiviti kecergasan fizikal agar kecederaan, kelesuan,
kebosanan dan kemerosotan tahap kecergasan sedia ada  dapat dielakkan.

            Seseorang yang suka bersukan seharusnya mengikuti prinsip yang dapat mengubah
dirinya ke arah yang lebih baik. Oleh itu, seseorang itu seharusnya bersedia untuk
menerima ataupun adaptasi perubahanyang bakal ditempohi. Tetapi, laitah yang
dilakukan tidak dilakuakn secara berlebihan yang boleh membawa kemudaratan kepada
diri seseorang itu.

            Disamping itu, seseorang yang mengamalkan semangat bersukan seharusnya boleh
melakukan aktiviti alternatif sekiranya cuaca tidak membenarkannya. Ini dapat
membantu aktiviti dijalankan tanpa menghadapi sebarang halangan yang  diingini. Oleh
itu, kecergasan fizikal adalah penting sebelum mengasah sebarang kemahiran sukan.

            Aktiviti yang dijalankan haruslah berbeza mengikut  jantina. Oleh itu, aktiviti yang
dirancang oleh jurulatih mestialh bersesuaian mengikut struktur badan mereka yang
terlibat. Contohnya prinsip latihan yang disediakan  permainan skuasy berbeza. Jurulatih
memainkan peranan penting dalam menentukan jenis sukan dan prinsip yang terlibat
dalam sesuatu permainan.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

    
01 Mar 2015
Re : FORUM 3
04:57:48 PM
28 Feb 2015
  Posted By     : PANG LEE HIONG
11:17:23 PM
  Reply To       : MUNIAMMAL A/P RAMASAMY
  Attachment  : No File Attach
 

Salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu iaitu Prinsip-prinsip latihan dalam


sukan adalah penting kerana ianya menjadi asas dan garis panduan dalam
merancang dan melaksanakan sesuatu latihan sukan.

Prinsip latihan mengandungi langkah-langkah yang perlu diikuti supaya


atlet atau pelatih dapat mencapai penyesuaian fisiologi ke arah peningkatan
prestasi yang tinggi. Prestasi atlet tidak akan meningkat jika dalam berlatih
tidak berlandaskan prinsip-prinsip latihan. Banyak orang yang melakukan
latihan tetapi sebenarnya mereka tidak melakukan latihan dengan benar.
Sebelum kita bahas latihan lebih lanjut ada baiknya kita ketahui pengertian
latihan. Latihan adalah suatu proses yang sistematik dari kerja fizik yang
dilakukan berulang-ulang dengan menerapkan prinsip-prinsip latihan dan
latihan tersebut hendaklah dilaksanakan secara berancang, teratur, berpola,
dan berkesinambungan.

Antaranya, aktiviti pemanasan badan wajib dilakukan sebelum latihan


dijalankan bagi mengelakkan kekejangan otot atau kelesuan dalam
melakukan aktiviti. Seterusnya, prinsip beban lebih, hal ini mesti diambil
kira melalui berat badan seseorang yang ingin melakukan latihan sukan
supaya ianya bersesuaian dengan individu tersebut. Prinsip pengkhususan,
prinsip kepelbagaian aktiviti dan prinsip kebolehbalikkan adalah amat
penting dalam latihan sukan untuk memudahkan sukan dilaksanakan
disamping memahami apa jenis kaedah yang dijalankan. Justeru itu,
seseorang dapat menikmati kelebihan kesukanan yang dilakukan.

 
  | Reply to This Message | Print Message |

       
07 Mar 2015
Re : Re : FORUM 3
10:47:23 AM
01 Mar 2015
  Posted By     : AHMAD FAUZI BIN ABIDIN
04:57:48 PM
  Reply To       : PANG LEE HIONG
  Attachment  : No File Attach

Salam sejahtera cikgu. Saya bersetuju dengan pendapat tuan. Saya ingin menambah.
kita sebagai guru  haruslah menekankan kepada pelajar tentang kepentingan
  melaksanakan segala prinsip latihan.  Latihan yang sistematik akan membuahan hasil.
Latihan hendaklah berterusan bukan latihan bermusim.

  | Reply to This Message | Print Message |

NIK MAHIRAN BINTI NIK HASSAN (D20111049780)


 Date posted : 28 Feb 2015 10:52:12 AM
 (13 read/s)

Prinsip-prinsip latihan merupakan asas dalam merancang sesuatu latihan dalam sukan.
Kepentingan prinsip latihan ini perlu supaya latihan yang dirancang bersesuaian dengan sukan
masing-masing. Sukan kebiasannya memerlukan kecergasan fizikal yang tersendiri contohnya
dalam sukan hoki memerlukan stamina, kekuatan dan daya tahan otot pada bahagian bawah.
Latihan yang diperlukan untuk sukan hoki memerlukan prinsip latihan kekerapan pada bahagian
otot bawah badan dan lengan kerana dalam permainan hoki kekerapan pemain untuk berlari
sambil membawa bola. Prinsip latihan daya tahan kardiovaskular adalah lebih kepada masa
latihan iaitu jangka masa larian dan intensiti latihan iaitu tahap kelajuan larian. Untuk
meningkatkan kekuatan pula prinsip latihan yang digunakan adalah beban latihan.
Dengan memahami prinsip latihan jurulatih dapat menyediakan program yang seseuai dengan
sukan dan kebolahan setiap pemain. Oleh itu ia dapat meningkatkan prestasi pemain dengan
efisyen.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

 
    
28 Feb 2015
Re : Forum 3
11:28:55 PM
28 Feb 2015
  Posted By     : MUSTAFA KAMAL BIN MUNEI
10:52:12 AM
  Reply To       : NIK MAHIRAN BINTI NIK HASSAN
  Attachment  : No File Attach

Saya setuju dengan pendapat cikgu dan ingin memberikan sedikit penambahan.

Prinsip lathan adalah sanagat penting kerana ia adalah satu garis panduan yang perlu
diberi perhatian dalam sesuatu perancangan dan pelaksanaan latihan sukan.  Ia adalah
satu amalan yang boleh mempengaruhi sesuatu proses pelaksanaan dan penglibatan
seseorang atlet itu dalam aktiviti fizikal yang terancang untuk mengelakkan kecederaan,
  kelesuan, kebosanan dan kemerosotan tahap kecergasan yang sedia ada serta
meningkatkan pencapaian kualiti diri khususnya daripada segi jasmani, mental dan
rohani.  Selain itu, prinsip-prinsip latihan ini perlu diketahui, difahami dan
diaplikasikan dengan baik dalam satu program latihan jangka panjang atau pendek yang
progresif bagi memperolehi pencapaian objektif latihan yang berkesan. Prestasi sukan
individu tidak akan meningkat malah akan membawa kesan negatif terutama daripada
aspek jasmani dan fisiologis jika latihan yang dijalankan tidak berlandaskan prinsip-
prinsip latihan yang telah ditetapkan.  Prinsip latihan yang perlu dilaksanakan adalah
seperti memanaskan badan, ansur maju, intensiti, pengkhususan dan kepelbagaian
latihan.
  | Reply to This Message | Print Message |
    
01 Mar 2015
Re : Forum 3
09:13:35 PM
28 Feb 2015
  Posted By     : MUNIAMMAL A/P RAMASAMY
10:52:12 AM
  Reply To       : NIK MAHIRAN BINTI NIK HASSAN
  Attachment  : No File Attach
 
Saya bersetuju dengan pandangan saudara bahawa prinsip-prinsip latihan adalah
penting dalam mana –mana sukan. Untuk melahirkan seseorang atlet ataupun
pemain yang berkaliber, prinsip-prinsip latihan asas harus diikuti dan
dipraktikkan oleh mereka.

            Latihan kardiovaskular adalah penting untuk  mengekalkan stamina


pemain pada tahap maksima. Pemain yang tidak melakukan prinsip-prinsip
latihan asas dengan betul tidak dapat memberikan kemahiran fizikal yang
diperlukan dalam sesuatu permainan. Prinsip –prinsip latihan paling asas seperti
latihan memanaskan badan dapat menyediakan pemain itu ke tahap latihan yang
lebih khusus.

         Jurulatih memainkan peranan yang penting dalam mengamalkan prinsip-


prinsip latihan asas dalam sesuatu permainan. Jurulatih yang bertauliah dan
berkelayakan melahirkan prinsip-prinsip latihan yang benar-benar yang
diperlukan seseorang pemain. 

Anda mungkin juga menyukai