Anda di halaman 1dari 4

PANG LEE HIONG (D20111049786)

 Date posted : 26 Feb 2015 09:54:51 PM


 (17 read/s)
Salam sejahtera. 

Menurut Kerlinger (1986), teori ialah satu set prinsip dan definisi yang saling
berkait serta menerangkan sesuatu fenomena secara sistematik. Jary dan Jary
(1995) melihat teori sebagai satu set hipotesis atau prinsip yang berkait secara
logik atau berdasarkan penerangan matematik  yang menerangkan hakikat
empirikal sesuatu fenomena. Sesuatu teori itu mestilah boleh diuji dan merupakan
sesuatu yang benar atau sebaliknya sehinggalah ia dibuktikan. Oleh itu, Sesuatu
teori yang baik dapat menjelaskan kepada kita tentang sesuatu fenomena.

Penggunaan teori dan model kesihatan membantu warga kesihatan dalam semua
peringkat perancangan, pelaksanaan dan penilaian program. Ia mencari jawapan
kepada beberapa persoalan seperti kenapa, apa dan bagaimana sesuatu masalah
kesihatan terjadi. Teori dan model juga digunakan untuk membentuk intervensi
yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran. Melaluinya juga, warga kesihatan
dapat mengenal pasti apakah elemen yang patut dipantau dan diukur dalam
sesuatu program promosi kesihatan. Misalnya, program immunisasi dengan
pemberian suntikan vaksin dapat mengelakkan murid-murid dijangkiti penyakit
berjakit, ini dapat menjamin kesihatan generasi remaja dan mengelakkan risiko
maut, kecacatan yang mungkin berlaku jika dijangkiti. 

Disamping itu, pelbagai promosi kesihatan telah membolehkan murid-murid


sekolah memperolehi pengetahuan kesihatan yang berharga untuk menjaga
kesihatan secara kendiri.

Dengan ini program kesihatan yang berkesan haruslah berasaskan hasil analisa
keadaan sebenar yang diperolehi melalui penyelidikan serta setiap satu teori yang
digunakan harus berdasarkan kesesuaian sesuatu masalah kesihatan.
MUSTAFA KAMAL BIN MUNEI (D20111049738)
 Date posted : 25 Feb 2015 11:41:22 AM
 (31 read/s)
Pemilihan teori hendaklah dimulakan dengan penilaian yang teliti berdasarkan situasi seperti
analisis, topik, perubahan atau jenis tingkah laku yang perlu ditangani.Dalam konteks
kesihatan, teori adalah satu model ilmu pengetahuan tentang kesihatan yang akan mendorong
kepada perubahan tingkahlaku kesihatan. Contohnya, ilmu pengetahuan berhubung pencegahan
penyakit serta faktor risikonya dan pengamalan gaya hidup sihat. Pada pendapat saya sebarang
program kesihatan yang dirancang mestilah bersesuaian dengan kumpulan sasaran. Program
tersebut perlu didasari oleh teori atau model yang logik sebagai panduan asas kepada perancang
program. Dalam konteks program kesihatan di sekolah, sasaran adalah murid manakala
perancang program adalah guru dan pengurusan sekolah.

Di samping itu, sesetengah teori berfokus kepada individu sementara yang lain cenderung
memeriksa perubahan di antara keluarga, institusi, komuniti dan budaya. Oleh yang demikian,
perbincangan mengenai program kesihatan memerlukan lebih dari satu teori dan tiada teori
yang bersesuaian dengan semua kes.Justeru itu, pelaksanaan sesuatu program haruslah
berdasarkan kepada keperluan dan kepentingan sasaran. Manakala dari segi perancangan ia
harus bersesuaian dengan sosio ekonomi dan latar belakang kumpulan yang disasarkan. Sekian
terima kasih.
 Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

 
    
26 Feb 2015
Re : FORUM PKS 1
10:21:11 PM
25 Feb 2015
  Posted By     : PANG LEE HIONG
11:41:22 AM
  Reply To       : MUSTAFA KAMAL BIN MUNEI
  Attachment  : No File Attach
 

Salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa pemilihan teori hendaklah


dimulakan dengan penilaian yang teliti berdasarkan situasi seperti analisis,
topik, perubahan atau jenis tingkah laku yang perlu ditangani.
Teori merupakan satu sistem idea yang bertujuan untuk menerangkan
sesuatu, terutama berdasarkan idea-idea umum yang bebas daripada
perkara yang dijelaskan.

Kebanyakan teori dan model berkaitan promosi kesihatan berasaskan


kepada sains sosial dan tingkah laku yang merangkumi pelbagai disiplin
seperti psikologi, sosiologi, tingkah laku pelanggan, dan pengurusan.
Misalnya Program Pemantauan Kantin Sekolah dengan berkehendakan
petugas-petugas kantin diberi suntikan vaksin dan menghadiri kursus
pengendalian makanan telah membolehkan hidangan yang disediakan oleh
pihak kantin bersih dan selamat, ini dapat mengelakkan kejadian keracunan
makanan.

Disamping itu, Program Cari Musnah untuk menghapuskan tempat-tempat


pembiakan denggi telah membolehkan murid-murid dapat belajar di
sekolah yang selamat dimana jangkitan denggi mungkin membawa maut
dan mencacat otak dan hati.

Dengan ini program kesihatan yang berkesan haruslah didasari oleh teori
yang logik sebagai panduan asas kepada perancang program. Dalam
konteks program kesihatan di sekolah, perancang program perlu merancang
aktiviti program secara berterusan dan berkala untuk memastikan setiap
aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan.  
Sabitha Marican (2005:49) menjelaskan makna teori seperti berikut: teori ialah satu set pernyataan yang
abstrak dan umum yang disokong oleh syor (atau hipotesis yang dibuktikan). Berdasarkan makna ini,
beliau menegaskan bahawa teori dan hipotesis adalah dua hal yang tidak dapat dipisahkan kerana teori
itu sendiri disokong melalui hipotesis. Beliau juga berkata: teori adalah satu set kenyataan mengenai
perkaitan antara beberapa pembolehubah. Oleh yang demikian, sesuatu teori itu mestilah boleh diuji
dan merupakan sesuatu yang benar atau sebaliknya sehinggalah ia dibuktikan.

Menurut Kerlinger (1986), teori ialah satu set prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan
sesuatu fenomena secara sistematis. Jary dan Jary (1995) melihat teori sebagai satu set hipotesis atau
prinsip yang berkait secara logic atau berdasarkan penerangan matematik  yang menerangkan hakikat
empirikal sesuatu fenomena.
 Sesetengah teori berfokus kepada individu sementara yang lain cenderung memeriksa
perubahan di antara keluarga, institusi, komuniti dan budaya. Perbincangan mengenai isu
kesihatan memerlukan lebih dari satu teori dan tiada teori yang bersesuaian terhadap
semua kes.
 Sesetengah teori telah ditemui selama beberapa tahun lalu dan sesetengahnya masih
belum dikenal pasti. Pemilihan teori sepatutnya bermula dengan penilaian yang teliti
terhadap situasi: topik berkenaan dan jenis tingkah laku.

 Teori hendaklah dipilih berdasarkan kepada isu dan sasaran populasi. Pemilihan teori
hendaklah dimulakan dengan penilaian yang teliti berdasarkan situasi seperti analisis,
topik, perubahan atau jenis tingkah laku yang perlu ditangani. Teori tersebut hendaklah
logik, sentiasa konsisten pada setiap pemerhatian, mestilah sama dengan apa yang telah
digunakan pada program lepas dan hendaklah disokong oleh kajian-kajian terdahulu atau
idea-idea yang berkaitan.

 Sebagai panduan ke arah institusi untuk mencipta dan menilai usaha pendidikan
kesihatan yang berlandaskan kepada pemahaman mengapa manusia terlibat dengan
tingkah laku tersebut.

 Sebagai asas untuk perancangan program dan pembangunan yang berterusan dengan
penekanan usaha semasa ke atas kesan-dasar.

 Sebagai penunjuk jalan terhadap pembelajaran masalah, pembangunan usaha yang


sesuai bagi mengenal pasti penentu dan penilaian kesan.

 Sebagai panduan untuk menerangkan tentang proses untuk mengubah tingkah laku
kesihatan dan pengaruh yang mengubahnya termasuk persekitaran fizikal dan sosial.
 Sebagai panduan untuk membantu perancang mengenal pasti sasaran kaedah perlakuan
untuk mengubah dan kesannya terhadap penilaian.

Anda mungkin juga menyukai