Anda di halaman 1dari 12

BACHELOR OF OCCUPATIONAL HEALTH AND SAFETY MANAGEMENT

SEMESTER 3/ JANUARI 2021

ABCC 1103

PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI

(INTRODUCTION TO COMMUNICATION)

NO. MATRIKULASI : 840830146271001


NO. KAD PENGENALAN : 840830-14-6271
NO. TELEFON : 013-2369069
E-MEL : faezalhazly@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SRI RAMPAI LEARNING CENTRE


ISI KANDUNGAN

M/
BIL PERKARA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 IMPAK MEDIA BARU TERHADAP GENERASI MUDA DI


MALAYSIA
2.1 Impak Positif Terhadap Generasi Muda 3
2.2 Impak Negatif Terhadap Generasi Muda 5

3.0 ANALISIS BERKAITAN CABARAN- CABARAN YANG DIHADAPI


OLEH PENGGUNA DI MALAYSIA BERKAITAN MEDIA BARU
3.1 Ketulenan dan Kesahihan Sesuatu Berita 6
3.2 Maklumat dan Informasi Yang Tiada Batasan 6
3.3 Nilai Dan Gaya Hidup Berubah8 7

4.0 PENYELESAIAN BERKAITAN CABARAN TERHADAP


PENGGUNA MEDIA BARU
4.1 Menjadualkan Waktu Penggunaan Gajet / Peranti 8
4.2
Pe Pengawasan Daripada Ibu Bapa dan Ahli Keluarga 8
4.3
Pe Penguatkuasaan Undang- Undang 9

5.0 KESIMPULAN 10

6.0 RUJUKAN 11

1
1.0 PENGENALAN

Tugasan pada kali ini memerlukan saya untuk membincangkan serta menghurai tentang
impak media baru kepada generasi muda di dalam budaya kita di Malaysia. Tugasan ini
juga memerlukan saya untuk membeincangkan perkara- perkara berkaitan cabaran yang
perlu dihadapi oleh pengguna terhadap media baru ini.

Media merupakan satu entity berpengaruh yang memberi kesan mendalam kepada
pengguna. Penggunaan media baru telah banyak mendorong kepada perkembangan semasa
industri teknologi komunikasi. Perkembangan ini seiring dengan perubahan masa dan
zaman yang telah menghasilkan serta mereka cipta pelbagai alat komunikasi seperti telefon
pintar, tablet dan computer yang banyak memperngaruhi ciri- ciri dalam kehidupan
generasi muda pada masa ini dalam menempuh kehidupan yang serba baharu dan
mencabar.

Medium media baru adalah sebuah platform atas talian yang mana para penggunanya dapat
berkomunikasi, berinteraksi, berhubung dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara
atau isu- isu yang berkaitan seperti politik, gaya hidup, sukan dan sebagainya. Medium
media baru ini uang juga dikenali dengan media sosial ini juga dapat dibahagikan kepada
beberapa jenis seperti forum, blog, wiki dan banyak lagi. Menurut Andrea Kaplan dan
Micheal Haenlein, medium media baru atau media sosial ini boleh didefinasikan sebagai
“sebuah kelompok aplikasi yang menggunakan internet yang membangun di atas dasar
ideologi dan teknologi Web 2.0” (Kaplan & Haenlein, 2010).

Generasi muda atau golongan remaja ini adalah merupakan golongan kelompok yang
paling berpengaruh dengan penggunaan teknologi berdasarkan medium media baru ini.
Oleh itu, penekanan dan tumpuan kepada golongan ini perlu diberi perhatian yang khusus
supaya generasi muda ini tidak terjebak dengan gejala yang negatif semasa menggunakan
medium media baru ini.

2
2.0 IMPAK MEDIA BARU TERHADAP GENERASI MUDA DI MALAYSIA

Impak media baru terhadap generasi muda pada masa kini banyak dipengaruhi oleh
perkembangan teknologi komunikasi media yang selari dengan perubahan dalam dunia
yang serba dihujung jari pada masa ini. Teknologi komunikasi melalui media baru ini
semakin cepat berubah mengikut arus kemodenan dan perkembangan industri komunikasi
media itu sendiri (Che Su Binti Mustaffa dan Nan Zakiah Megat Ibrahim, 2014).

Pengaruh dan impak media baru terhadap generasi muda pada masa kini kerana golongan
ini adalah golongan yang paling ramai menggunakan platform media baru ini dengan
meluasnya. Terdapat pengaruh dan impak yang positif dan negatif dalam penggunaan
media baru dikalangan generasi muda pada masa kini. Walaupun media baru ini banyak
membantu masyarakat dalam mencari maklumat dengan cepat dan pantas, kewujudannya
juga boleh terarah kepada aktiviti- aktiviti yang negatif jika disalahgunakan.

Gambar 1 : Kepelbagaian media sosial yang wujud pada masa kini

2.1 Impak Positif Terhadap Generasi Muda


Di antara impak positif yang boleh di ambil daripada penggunaan media baru dikalangan
generasi muda ini adalah ianya dapat memberikan sumber maklumat dan perkembangan
berkaitan isu semasa dengan lebih cepat daripada medium media lama seperti surat khabar
atau menonton berita di televisyen. Mendapatkan maklumat berkaitan isu semasa dengan
hanya dihujung jari menjadikan ianya lebih berkesan dan mudah untuk generasi muda pada
masa kini.

3
Selain itu, media baru juga banyak mempengaruhi generasi muda dengan menjadikan
saluran pendidikan dan pembelajaran sebagai salah satu medium pembelajaran baru. Hal ni
ini dapat dilihat dengan wujudnya pelbagai laman sesawang dan portal berkaitan
pendidikan dan pembelajaran di akuan media sosial dan internet. Ramai remaja dan
generasi muda zaman ini menggunakan media sosial ini untuk mengakses maklumat
tentang pembelajaran mereka kerana ianya amat mudah dan terdapat pelbagai maklumat
tentang pembelajaran dan info-info yang berkaitan dengan subjek boleh mereka perolehi di
media sosial. Disamping itu juga, kebanyakkan tenaga pengajar pada masa ini juga
menggunakan medium media baru ini sebagai sebahagian daripada sistem pengajaran dan
pembelajaran mereka bagi menerangkan serta menjelaskan berkaitan sesuatu topik dan
subjek berkaitan pembelajaran.

Kebanyakkan generasi muda pada masa kini lebih memilih untuk memperluas serta
menjalinkan jaringan persahabatan melalui perkenalan dan perhubungan di alam maya atau
di media sosial. Melalui perkenalan dan persahabatan di medium media sosial ini, generasi
muda dapat bertukar pandangan dan maklumat sesama rakan sebaya, guru-guru, pensyarah
dan sesiapa sahaja yang menggunakan media sosial di seluruh dunia. Disamping itu juga,
generasi muda dapat mempelajari dan berkongsi pendapat tentang ciri-ciri dan budaya
masyarakat luar khususnya. Terdapat beberapa medium media baru atau media sosial yang
boleh diikuti oleh generasi baru untuk memperluaskan jalinan rangkaian sosial mereka pada
masa ini dengan melayari beberapa laman sesawang dan akaun media sosial seperti
Facebook, Instagram, Twitter dan banyak lagi.

Medium media baru atau media sosial ini juga memberi impak yang positif dan menjadi
medan serta ruangan terbaik kepada usahawan- usahawan kecil atau besar untuk
memasarkan produk- produk jualan atau perkhidmatan mereka secara dalam talian.
Dengan adanya media sosial ini dapat memberi sedikit kelebihan usahawan- usahawan ini
untuk menjalankan perniagaan mereka dari mana- mana sahaja tanpa memerlukan mereka
untuk mempunyai bangunan atau kedai secara fizikal untuk berniaga. Ianya selaras dengan
pekembangan dunia siber tanpa sempadan dan arus teknologi yang semakin canggih
melalui pelbagai medium media sosial yang ada di alam maya.

4
2.2 Impak Negatif Terhadap Generasi Muda
Namun begitu, jika generasi baru masa kini tidak mematuhi serta mengikuti etika yang baik
dalam menggunakan atau melayari media baru, ianya boleh memberi impak negatif serta
akibat buruk kepada generasi muda pada masa ini. Penggunaan media baru ini memberikan
perhubungan yang tanpa batasan di kalangan penggunanya, oleh itu jika penggunaannya
tidak dikawal sedikit sebanyak boleh memberikan implikasi yang negatif kepada generasi
muda.

Salah satu impak negatif penggunaan media baru dikalangan generasi muda adalah
berkaitan tindakan oleh sesetengah individu dengan menjadikan media baru ini sebagai
alat penyebaran fitnah dan maklumat- maklumat yang tidak tepat berkaitan sesuatu isu atau
perkara. Ianya juga boleh menjadi lebih buruk jika penggunaan media baru ini dijadikan
tempat dan medan untuk penyebaran fitnah bagi menjatuhkan atau memalukan seseorang.
sebagai perkara normal yang berlaku pada masa kini dan ianya adalah perkembangan yang
tidak sihat bagi generasi muda khususnya di Malaysia.

Penggunaan media sosial secara berlebihan juga akan memberikan impak negatif kepada
generasi muda yang aman akan melahirkan generasi muda yang beku dan lalai dalam
melakukan sesuatu kerja atau tugasan. Ini disebabkan oleh generasi muda ini lebih terdedah
kepada dunia teknologi dan gajet- gajet yang melalaikan mereka sehingga tidak
menghiraukan keadaan persekitraan dan masyarakat setempat. Generasi muda yang lebih
berinovasi dan berkualiti tidak dapat dilahirkan jika mereka asyik leka dan lalai dengan
penggunaan media sosial sehingga memberi kesan kepada prestasi kerja dan pelajaran
mereka.

Ketagihan terhadap penggunaan media sosial yang melampau juga adalah suatu impak
negatif yang perlu dijauhi oleh setiap pengguna media baru ini. Sifat ketagihan terhadap
media sosial ini jika tidak dicegah boleh merosakan diri pengguna itu sendiri kerana ianya
boleh menjadi penyakit hati yang akan merosakan diri individu itu sendiri serta keadaan
sosial masyarakat sekelilingnya.

5
3.0 ANALISIS BERKAITAN CABARAN- CABARAN YANG DIHADAPI OLEH
PENGGUNA DI MALAYSIA BERKAITAN MEDIA BARU

Terdapat beberapa perkara yang telah dikenalpasti yang membawa kepada cabaran-
cabaran yang perlu dihadapi oleh pengguna media baru khususnya generasi muda pada
masa kini yang perlu di titikberatkan oleh masyarakat sebelum ianya menjadi barah yang
merosakkan generasi muda di masa hadapan.

3.1 Ketulenan dan Kesahihan Sesuatu Berita


Cabaran lain yang dihadapai oleh pengguna media baru pada masa ini adalah untuk
memastikan tentang ketulenan dan kesahihan sesuatu berita yang diterima di laman
sesawang atau media sosial itu. Berita atau informasi amat mudah untuk didapati pada
zaman teknologi ini dengan semudah di hujung jari sahaja semua informasi dan berita
boleh diterima oleh pengguna media baru. Oleh itu pengguna media baru khususnya
generasi muda perlulah berjati- hati dan perlu menyemak serta memastikan setiap berita
dan maklumat yang diterima adalah benar- benara tulen dan sahih sebelum di kongsi
bersama-sama rakan dan masyarakat melalui medium media baru ini. Jika berita yang
dikongsikan dalah tidak benar dan tidak sahih, ianya akan menjejas serta memudaratkan
sesuatu pihak yang berkaitan yang terlibat dengan penularan berita serta maklumat palsu
itu.

3.2 Maklumat dan Informasi Yang Tiada Batasan


Mendorong para pengguna media baru khususnya generasi muda untuk mudah terpengaruh
dengan berita dan maklumat yang diperolehi daripada laman sesawang atau media sosial
yang boleh memudaratkan diri serta masyarakat. Pengguna media baru boleh mendapatkan
maklumat dan informasi tentang apa saja hanya dengan melayari laman sesawang dan
media sosial. Hal ini amat membimbangkan jika ianya tidak dipantau dengan sebaiknya
oleh ibu bapa khususnya dan masyarakat amnya terutama dikalangan genersai muda yang
muda terpengaruh dengan maklumat yang mereka perolehi. Sebagai contoh, maklumat dan
informasi yang berkaitan aktiviti keganasan sesebuah pertubuhan atau organisasi yang cuba
untuk mengembangkan pengaruh, mengukuhkan ideologi serta merekrut ahli baru

6
dikalangan generasi muda bagi menyertai pertubuhan mereka. Pertubuhan atau oragnisasi
ini menyebarkan ideologi berkaitan keganasan yang menjadikan media sosial sebagai alat
penyebaran propaganda kumpulan pengganas mereka. Media sosial dan laman sesawang
adalah alat teknologi yang penting kepada kumpulan radikal Islam dalam proses
penyampaian maklumat masa kini (Bräuchler, 2004)

3.3 Nilai Dan Gaya Hidup Berubah

Impak media baharu terhadap perubahan pada nilai dan gaya hidup masyarakat pada masa
ini amat ketara apabila masyarakat semakin mengecilkan saiz hubungan interaksi antara
satu sama lain. Perubahan gaya hidup ini disebabkan oleh kurangnya kemahiran untuk
berkomunikasi secara bersemuka sesama masyarakat sebagai contoh di kampung- kampung
sudah tiada lagi konsep kunjung mengunjungi atau bersembang di waktu lapang di halaman
rumah. Generasi muda masa kini juga kurang bergaul sesama antara satu sama lain di luar
tetapi banyak mengabiskan msa mereka dengan gajet melayari media sosial. Mereka begitu
leka dengan aplikasi media baharu seperti facebook, permainan elektronik dan whatsaspp.
Mereka sudah kurang keluar rumah untuk bermain bersama-sama sebaliknya semakin
bersendirian dan tidak suka diganggu. Mereka semakin tidak aktif dan semakin tidak suka
ke majlis membabitkan kemasyarakatan.

Gambar 2: Kesan buruk penggunaan gajet membelenggu generasi muda

7
4.0 PENYELESAIAN BERKAITAN CABARAN TERHADAP PENGGUNA
MEDIA BARU

Dalam mencari cara terbaik untuk untuk menghadapi cabaran terhadapa pengguna media
baru, beberapa kaedah dan penyelesaian yang boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah cabaran yang dihadapai oleh pengguna media baru khususnya generasi muda
daripada terjebak dan terjerumus kearah penggunaan media baru yang negatif dan tidak
bermoral.

4.1 Hadkan Waktu dan Penjadualan Penggunaan Gajet / Peranti Elektronik


Generasi muda perlu ada dipantau dalam penggunaan gajet atau peranti elektronik ini
memandangkan mereka mudah terdedah dengan kandungan yang kurang sihat di dalam
medail sosial yang amat mudah untuk di dapati dan dilayari pada masa kini. Penetapan
masa penggunaan gajet atau peranti elektronik amat perlu agar mereka tidak leka, asyik dan
ketagih terhadap gajet atau peranti sahaja. Ibubapa boleh mewujudkan perjanjian dengan
anak- anak sperti masa penggunaan yang dibernarkan hanya pada hujung minggu dan
dalam had masa yang ditetapkan sahaja.Generasi muda ini perlu belajar bersosial dan
berinteraksi dengan masyarakat sekeliling agar hidup mereka tidak hanya bergantung harap
dengan gajet dan peranti elektronik untuk melayari media sosial di alam maya sahaja.

4.2 Pengawasan Daripada Ibu Bapa dan Ahli Keluarga


Dalam menghadapai cabaran berkaitan pengguna media baru ini pengawasan yang daripada
ibubapa dan keluarga adalah amat penting untuk memastikan generasi muda ini tidak leka
dan ketagih dalam melayari internet dan menggunakan media sosial. Ini dapat dilihat pada
keadaan sekeliling kita dimana, hampir setiap lapisan masyarakat terutamanya generasi
muda agak leka dan tidak lekang dengan telefon pintar mereka dalam melayari media
sosial. Sebagai individu yang rapat dengan golongan ini, ibubapa dan keluarga perlu
memainkan peranan penting bagi mengatasi permasalahan akibat daripada ketagihan
penggunaan media sosial dengan memperbanyakkan aktiviti bersama keluarga yang
diyakini dapat menutup jurang dalam ketagihan kepda media sosial dengan menjalankan
aktiviti kekeluargaan bersam- sama. Peranan ibubapa dan keluarga dalam melindungi

8
generasi muda sama ada dalam dunia realiti dan alam maya masih lagi dibawah
tanggungjawab bersama.

4.3 Penguatkuasaan Undang- Undang


Penguatkuasaan undang- undang adalah amat diperlukan dalam memastikan tentang
ketulenan dan kesahihan sesuatu maklumat atau berita itu disebarkan. Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah sebuah organisasi yang
bertanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian dalam penggunaan
dan penguatkuasaan undang- undang berkaitan penyalahgunaan dan penyebaran maklumat
yang palsu, bersifat ektrimis dan mengandungi unsur fitnah. Terdapat beberapa
perundangan di Malaysia yang digunakan untuk mengawal selia penggunaan media sosial
ini, akta- akta ini telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen Malaysia. Diantara undaung-
udang yang boleh digunakan adalah, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),
Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 15), Akta Fitnah 1957 (Akta 286) serta AktaKanun
Keseksaan (Akta 574). Melalui peruntukan undang- undang sediada di bawah Seksyen 233
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga memberikan kuasa penguatkuasaan media
sosial dan internet kepada pihak MCMC untuk dikuatkuasakan. Disamping itu pihak
MCMC juga ada mengambil inisiatif bagi membantu menangani penyebaran berita palsu di
media sosial dan internat dengan menubuhkan portal sebernarnya.my.

Gambar 3 : Portal pencegahan penyebaran berita palsu daripada MCMC

9
5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, cabaran yang perlu dihadapi oleh pengguna media baru serta
kaedah penyelesaiannya iaitu medium media baru ini adalah satu medium yang baik untuk
generasi muda berkomunikasi, berinteraksi, berhubung dan berkongsi pendapat tentang
sesuatu perkara atau isu- isu yang berkaitan, tetapi ianya perlu lah digunakan dan dilayari
dengan berhemah dan secara bijaksana agar ianya tidak menjadi musibah kepada diri dan
masyarat sekeliling.

Selaras dengan perkembangan dunia era globalisasi ini, penggunaan medium media baru
ini semestinya menjadi ikutkan dan perhatian setiap golongan masyarakat khususnya
generasi muda seiring dengan kemajuan teknologi, oleh itu sedikit kelekaan serta kecuaian
dalam melayari medium media baru ini boleh mendatangkan musibah kepada generasi
muda itu sendiri dan negara. Tanggungjawab kepada setiap pengguna media baru untuk
tidak menyalahgunakan media sosial yang akhirnya mendatangkan impak yang cukup besar
serta kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

Dalam dunia yang tanpa sempadan ini juga, penggunaan media baru sama ada membawa
kepada impak yang positif atau impak negatif adalah bergantung kepada pengguna media
sosial itu sendiri. Kematangan fikiran adalah amat dituntut kepada setiap individu yang
menggunakan media sosial terutamanya generasi muda dalam menilai tentang kebaikan
atau keburukan setiap maklumat yang diterima di laman sosial yang dilayari.

Oleh itu, sesuatu medium media baru itu adalah medium yang terbaik untuk bersosial,
mengeratkan lagi hubungan sesame manusia dan untuk mendapatkan maklumat selagi
mana ianya tidak disalahgunakan dan ianya perlulah di uruskan dan dilayari dengan penuh
bijaksana oleh pengguna terumatanya generasi muda zaman sekarang.

10
6.0 RUJUKAN

Samsudin A. Rahim (Julai 2008) “Media dan Generasi Muda”


http://www.iyres.gov.my/dokumen/buku/Media.pdf

Nadi Negara (April 2019) “Media Sosial Alat Hiburan Sinikal Masyarakat”
http://www.nadinegara.com/uncategorized/media-sosial-alat-hiburan-sinikal-
masyarakat/

Ulasan Kritikal- Memahami Media, Budaya Dan Masyarakat (Okt 2018)


https://budakbarubalajar.wordpress.com/

Raja Intan Dianna, Mingguan Malaysia (Jun 2016) “Awasi Anak- Anak Internet”
https://sebenarnya.my/awasi-anak-anak-guna-internet/

Hello Doktor (2008) “Tip Wujudkan Peraturan Gajet”


https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/perkembangan/tip-wujudkan-
peraturan-penggunaan-gajet/

Masila Hamzah, Arfah Yusof (April 2013) “ABCC1103 Penghantar Komunikasi”


Open University Malaysia

11

Anda mungkin juga menyukai