Anda di halaman 1dari 1

Kursus Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (MPU 3122) adalah

kursus yang wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar program
pengajian peringkat Ijazah di Open University Malaysia (OUM).
Melalui Kursus Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, saya telah
mempelajari tentang mengenai keunggulan tamadun-tamadun besar
dunia dan kelebihan atau kelemahan mereka. Pengajian Kursus ini
membuatkan saya lebih memahami perbezaan agama, kebudayaan dan
bangsa di antara tamadun Islam, tamadun Melayu dan tamadun India
serta tamadun saya sendiri iaitu tamadun Cina.
Kini saya sedar dengan memahami tentang latar belakang
masyarakat, sistem kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya pada
tamadun silam yang menyedarkan saya untuk memberikan sumbangan
ke arah kebaikan untuk semua tanpa mengira agama ataupun bangsa.
Saya mendapati tamadun-tamadun ini telah memberi sumbangan
besar di dalam bidang sosial, ekonomi, perubatan, metematik, astronomi,
seni muzik, politik dan pelbagai lagi bidang. Sumbangan ini telah
memperlihatkan kehebatan hasil ciptaan manusia dalam pelbagai aspek
kebendaan di samping pengamalan kerohanian untuk membina dunia
moden yang dinikmati sejagat seperti zaman yang ada pada hari ini.
Cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi
Kursus Tamadun Islam Dan Tamadun Asia ini, saya akan mengulang
kaji secara individu dan kadangkala secara berkumpulan. Selain itu juga,
saya mengambil bahagian dalam aktiviti dalam talian dan menghadiri
semua kelas tutorial yang telah diadakan di pusat pengajian. Melalui
kursus ini saya dikehendaki menjawab kuiz secara atas talian pada
jangka waktu yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti berdasarkan 10
topik yang dipelajari.

Anda mungkin juga menyukai