Anda di halaman 1dari 17

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS

SEPTEMBER /2020

MPU3323

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1

NO. MATRIKULASI : 740429086200001


NO. KAD PENGENALAN : 740429086200
NO. TELEFON : 0124850219
E-MEL : sharmila1974@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH LEARNING CENTRE


Isi Kandungan

Tugasan 1:
A. Pengenalan Tamadun China - m.s. 2
B. Sumbangan Tamadun China - m.s. 3 - 6
- Perubatan
- Seni Muzik
- Sistem Tulisan
C. Nilai-Nilai Murni - m.s. 7 - 8
- Sifat gigih dan Tabah
- Kerjasama
- Hormat
D. Video - m.s. 9 -10
E. Infografik - m.s. 11 - 12
F. Kesimpulan - m.s. 13

Tugasan 2:
G. Refleksi - m.s. 14 - 15

Rujukan - m.s. 16

1|
A. Pengenalan Tamadun China

Tamadun China dipercayai bermula kira-kira sekitar 4000 tahun dahulu.


Tamadun ini terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas kebahagian selatan China. Ia
muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau dikenali sebagai
Sungai Kuning. Keadaan bentuk geografinya telah mendorong dan menggalakkan
pembangunan, penempatan manusia dan kegiatan pertanian. Ini akhirnya mendorong
menjadikan Hwang Ho sebagai pusat peradaban China.

Kemunculan tamadun ini dapat dikesan daripada penemuan tengkorak homo


sapien yang juga dikenali sebagai Peking Men yang dikatakan hidup pada sekitar
tahun 400,000S.M. Penemuan ini membuktikan adanya kehidupan disitu sejak zaman
Paleotik. Manakala, zaman Neolitik pula muncul pada sekitar tahun 5000S.M. Pada
era ini, muncul aktiviti pertanian dan penternakan di negara China.

Terdapat beberapa Dinasti di China seperti Dinasti Hsia (2205-1766 S.M),


Dinasti Shang (1766-1050 S.M), Dinasti Chou (1050-256 S.M), Dinasti Han Awal,
Dinasti Xin, Dinasti Han Lewat, Dinasti Zaman Huru-Hara atau Three Kingdom,
Dinasti Sui, Dinasti Tang, Dinasti Sung, Dinasti Yuan Mongol, Dinasti Ming dan
Dinasti Qing/Manchu. Dinasti pertama di China diasakan oleh Dinasti Hsia yang
bermula pada sekitar tahun 2205-1766 S.M. Namun, belum ada bukti sejarah yang
dapat mengesahkan kewujudan Dinasti Hsia. Dinasti kedua yang wujud selepas
dinasti Hsia adalah Dinasti Shang. Dinasti ini mempunyai pengaruh penting dalam
peradaban dan kebudayaan yang masih diamalkan sehingga kini.

Tamadun China juga telah membawa pelbagai sumbangan kepada rakyatnya


dari segi perniagaan, pendidikan, kesenian, perubatan, sistem tulisan dan
perundangan. Sumbangan-sumbangan ini masih digunakan sehingga kini di negara
China dan juga di Malaysia.

2|
B. Sumbangan Tamadun China

Berdasarkan video Kung Fu Panda, saya telah memilih tiga sumbangan


Tamadun China kepada peradabaan dunia yang masih kekal sehingga kini.
Sumbangan pertama adalah dalam bidang perubatan iaitu akupuntur. Pengamalan
akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500 s.m. atau lebih awal dan adalah
merupakan sistem perubatan tradisional Cina.

Berdasarkan teori Jing dan Luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan


atau mencucuk jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24
cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk
menstimulasikan titik tertentu pada saluran tubuh supaya gangguan peredaran darah
dapat dibetulkan. Sebelum peralatan perubatan dicipta, kaedah akupuntur pernah
diamalkan oleh masyarakat Cina dengan menggunakan serpihan tulang yang
ditajamkan.

Gambarajah 1: Perubatan akupuntur

Satu set empat jarum emas telah dijumpai dari makam Putera Jing dari
Zhongshan, bertarikh sejak Dinasti Han Barat (206 s.m. – 9 m). Tiga jenis jarum
berlainan digambarkan, setiap satu memiliki fungsinya yang khusus. Satu ukiran dari
makam Han Timur di wilayah Shandong menunjukkan makhluk dengan kepala
manusia dan tangan dan badan burung melakukan akupuntur pada pesakit yang
berlutut

Penggunaaan keadah rawatan akupuntur dalam bidang perubatan masih


digunakan pada zaman moden kini. Perubatan akupuntur di Malaysia masih baru dan
sedang dalam peringkat pengenalan. Akupuntur pada mulanya diamalkan oleh kaum

3|
Cina Malaysia tetapi sekarang ia juga turut diamalkan oleh semua lapisan masyarakat
di Malaysia dan di negara-negara lain.

Tamadun China juga terkenal dengan keseniannya terutamanya dalam bidang


muzik. Seni muzik merupakan salah satu bidang yang telah lama berkembang. Malah
Konfucius juga menyokong perkembangan muzik kerana menurut beliau, muzik
merupakan suatu cara untuk manusia menunjukkan kegembiraannya. Perkembangan
muzik boleh dikesan sejak zaman kuno Tamadun China. Ini adalah kerana pada abad
ke-4 sebelum Masihi telah terdapat buku tentang muzik iaitu Kuan Tzu. Semasa
Dinasti Tang, perkembangan muzik digiatkan lagi dengan menjadi tempat
mengumpulkan bahan-bahan dan mengedit lagu-lagu rakyat.

Terdapat dua pembahagian muzik dalam perkembangan tamadun China iaitu


muzik rakyat dan muzik golongan atasan. Pada asasnya, muzik rakyat merupakan asas
perkembangan muzik Cina. Ini kerana muzik mempunyai kaitan dengan kehidupan
rakyat. Selain itu, muncul muzik untuk golongan atasan yang telah mengubahsuai
muzik rakyat. Dalam tamadun China, muzik mempunyai peranan sendiri. Selain
memberi hiburan kepada pendengarnya, muzik juga merupakan satu cara untuk
memberi nasihat dan gambaran kepada penduduk ketika itu.

Gambarajah 2: Peralatan Muzik Tamadun China

Terdapat pelbagai jenis peralatan muzik yang digunakan pada ketika itu. Ada
diantaranya adalah dalam bentuk meniup, genderang, memetik dan menggesek seperti
Bo dikenali sebagai Po yang merupakan sejenis alat muzik yang diklasifikasikan
dalam kumpulan Idiofon. Alat ini sangat popular semasa Dinasti Sui dan Dinasti Tang
(581-907). Manakala, Pipa dikategorikan sebagai alat muzik Kordofon yang

4|
merupakan alat muzik yang paling simbolik dan terkenal dalam Orkestra Cina.
Sejarahnya bermula sejak lebih 2000 tahun dahulu. Pada zaman moden ini, muzik
Cina tidak ada lagi pembahagian mengikut golongan rakyat atau golongan atasan.
Muzik tradisional Cina masih dimainkan di majlis-majlis perkahwinan dan dijalankan
secara besar-besaran melalui persembahan opera dan sebagainya.

Selain daripada perubatan dan kesenian, Tamadun China juga banyak


menyumbang terhadap Sistem Tulisan. Amalan penilikan tulang oracle membawa
kepada sistem tulisan awal ini. Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan ilham
kepada masyarakat tersebut untuk mencipta tulisan. Tulisan Cina dikenali sebagai
Hanzi (tulisan Han), dicipta berdasarkan keadah xiang xing (berlambang gambar), Zhi
Shi (berlambang petunjuk), Huiyi (lambang petunjuk fikiran), Xing Sheng (gabungan
bentuk bunyi), Zhuan Zhu dan Jiajie (bersamaan dua kaedah yang berfungsi
memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu huruf).

Gambarajah 3: Tulisan Awal Tamadun China

Tulisan Hanzi merupakan sistem tulisan yang tertua dan digunakan pada
zaman Dinasti Han. Selain itu, pada masa Dinasti Tang, sistem tulisan menggunakan
blok muncul. Manakala pada zaman Dinasti Shang, tulisan berbentuk gambar wujud
melambangkan sesuatu benda atau perkara. Tulisan berbentuk symbol digunakan
untuk mengambarkan idea abstrak yang dikenali sebagai Ideogram. Setiap tulisan
Cina mempunyai bentuk yang istimewa dan telah menyumbang terhadap perpaduan

5|
Cina dan pembentukan kebudayaan Cina yang agung di dunia. Tulisan ini ditulis di
atas tulang, buluh, gangsa, tembikar, kayu, batu jed dan sutera dengan menggunakan
berus atau kayu runcing.

Sistem ini berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang Cina
sehingga hari ini. Penggunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang
penulisan dan pencetakan. Malah, tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di negara
China, Korea, Jepun dan juga di Malaysia. Tulisan Cina yang masih digunakan
sehingga sekarang dikenali sebagai Pin Yin.

6|
C. Nilai-Nilai Murni Dari Video Kung Fu Panda

Video Kung Fu Panda mempunyai pelbagai nilai murni yang boleh dicontohi
dan dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan kita. Salah satu nilai murni dalam
video tersebut adalah sifat gigih dan tabah (tidak mudah berputus asa). Po tidak
berputus asa untuk menyaksikan persembahan Lima Kesatria yang akan menerima
Gulungan Naga serta pemilihan Kesatria Naga di Istana Mutiara. Po sanggup
memanjat tangga yang banyak serta tinggi menuju ke istana tersebut. Pelbagai cubaan
yang dilakukannya hanya untuk memasuki istana tersebut walaupun pintu masuknya
telah ditutup. Po juga tidak berputus asa semasa Guru Shifu mengajarnya seni
mempertahankan diri, Kung Fu, walaupun dia dipukul dengan teruknya, Po tetap
berusaha bertungkus lumus mempelajari Kung Fu sehingga mahir. Adegan-adegan
ini boleh dilihat pada 9.35 minit dan 11.00 minit.

Nilai seperti ini perlu ada pada setiap manusia terutamanya pada masa kini di
mana negara kita dilanda dengan masalah Covid-19. Nilai ini boleh dilihat pada para
pekerja di bahagian kesihatan di Malaysia yang berkerja bertungkus lumus untuk
memeriksa dan merawat pesakit yang dijangkiti oleh Covid-19. Mereka tidak
berputus asa walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan semasa menjalankan
tugas.

Nilai kedua yang terdapat dalam video ini adalah kerjasama yang bermaksud
usaha yang dilakukan bersama-sama atau saling membantu antara dua atau beberapa
pihak. Dalam video Kung Fu Panda, Lima Kesatria Naga berkerjasama bagi
mempertahankan Istana Mutiara dan Gulungan Naga dari jatuh ke tangan Tai Lung.
Adegan ini boleh dilihat pada video tersebut pada 59.05 minit. Sudah menjadi lumrah
dalam kehidupan manusia dimana kita perlu hidup saling bergantung antara satu sama
lain. Sebagai pelajar, kita seharusnya bekerjasama dengan pelajar lain bagi
menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada kita seperti tugasan yang perlu
dilakukan dalam kumpulan. Dengan adanya nilai ini, sebarang tugasan yang diberikan
oleh pihak OUM, kami sebagai pelajar dapat menyelesaikannya dengan lebih mudah.

Akhir sekali, nilai yang saya ingin bincangkan adalah hormat.  Nilai ini boleh
didefinisikan sebagai perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada
seseorang. Guru Shifu dan Guru Oogway saling hormat menghormati antara satu

7|
sama lain walaupun status mereka berlainan. Contohnya, Guru Shifu dengan
pantasnya lari berjumpa dengan Guru Oogway apabila beliau dipanggil. Guru Shifu
juga tidak membantah arahan Guru Oogway apabila beliau tidak memberi Gulungan
Naga kepada Tai Lung. Selain daripada itu, Lima Kesatria Naga juga amat
menghormati guru mereka iaitu Guru Shifu. Mereka memberi salam dengan
menunduk kepala dan mendengar teguran guru mereka.

Nilai ini boleh dilihat dalam adegan pada 5.56 minit dan 5.48 minit. Sebagai
seorang pelajar, kita seharusnya memberi penghormatan kepada tenaga pengajar kita
yang dikenali sebagai guru. Seorang pelajar wajib memberi pernghormatan kepada
guru yang mengajar ilmu, mendidik dan membekalkan kita dengan ketrampilan yang
memadai sehingga dapat membuahkan hasil. Jasa mereka kepada kita tidak boleh
dibalas. Mereka bertungkus lumus mendidik kita menjadi seorang pelajar dan
manusia yang bertanggungjawab. Oleh itu, kita berhutang budi kepada guru kita.
Sebagai perghormatan kepada jasa guru, setiap tahun, pada 16 Mei, Hari Guru
disambut di negara kita dan juga seluruh dunia.

8|
D. Dialog dari video Kung Fu Panda

Dialog Pertama: ”Fikiran itu adalah seperti air. Ketika ia bergelombang, sangat
susah untuk melihat. Tapi jika kamu membiarkannya tenang, jawapan akan
jelas kelihatan” - minit 7:37

Dialog ini disampaikan oleh Guru Oogway kepada Guru Shifu kerana fikiran
Guru Shifu tidak tenang dan kelam kabut apabila mendengar firasat Guru Oogway
tentang Tai Lung akan kembali ke Istana Mutiara. Apa yang disampaikan oleh Guru
Oogway adalah benar. In kerana sekiranya fikiran kita tidak tenang, kita tidak boleh
berfikir dengan waras dan tidak dapat menilai sesuatu keadaan dengan sempurna.

Sebarang keputusan yang diambil pada masa itu berkemungkinan akan


membawa padah. Membuat sebarang keputusan dengan terburu-buru tidak akan
membawa kepada kebaikan. Oleh itu kita perlu sentiasa bertenang semasa
menghadapi sebarang masalah atau cabaran dalam hidup kita. Fikiran yang tenang
akan memberikan pandangan yang jelas dan dapat membuat keputusan yang tepat.

Dialog Kedua: ”Kalau kita tidak mencuba, kita tidak akan mengetahuinya” –
Minit 23:39

Dialog di atas dalam video tersebut, Guru Shifu mencabar Po untuk mencuba
melakukan gerakan latihan Kung Fu kerana Po tidak yakin bahawa dia boleh
menyelesaikan latihan tersebut. Perasaan takut dan kurang keyakinan membuat Po
tidak ingin mencuba. Dalam kehidupan kita, pelbagai cabaran akan kita hadapi
sepanjang perjalanan. Sekiranya kita tidak mencuba, kita tidak akan mengetahui
samada perjalanan yang kita lalui itu mudah atau susah. Kita seharusnya memberi
peluang kepada diri sendiri untuk menghadapi cabaran hidup.

Dalam adegan tersebut, Po berupaya menyelesaikan gerakan latihan tersebut


walaupun tidak berjaya dengan sepenuhnya. Sekurang-kurangnya Po tahu apa yang
bakal dihadapinya dalam menjalani latihan Kung Fu. Begitu juga dengan para pelajar,
sekiranya kita tidak mencuba menyelesaikan tugasan yang diberi, kita tidak akan
mengetahui kelebihan dan kelemahan kita dalam menghadapinya dan cara untuk
memperbetulkan diri kita dan menyediakan diri untuk cabaran seterusnya.

9|
Dialog ketiga: ”Kelmarin adalah sejarah, Esok adalah misteri, dan hari ini
adalah anugerah. Itulah sebabnya hari disebut ”present” (hadiah) – minit 30:57

Dalam adegan ini, Po berasa kecewa, malu dan risau akan kejadian yang
berlaku di Istana Mutiara dan juga perkara yang akan berlaku. Oleh itu, Guru Oogway
memberi nasihat kepada Po agar tidak berfikir tentang perkara yang telah berlalu dan
akan berlaku. Apa yang penting adalah menghargai dan menikmati masa yang ada.
Ayat ini memberi semangat kepada saya kerana memikirkan perkara yang telah
berlalu tidak akan membawa sebarang faedah. Kita juga tidak boleh membetulkan
perkara yang telah berlalu.

Malah, kita tidak seharusnya risau tentang perkara yang akan berlaku kerana
kemungkinan besar apa yang kita risaukan tidak akan terjadi dan kita juga tidak tahu
apa yang menanti kita keesokkan hari atau dalam masa yang akan datang. Kita
seharusnya menghargai dan menikmati masa kini.

10 |
Infografik Bagi Tamadun China Daripada Video Kung Fu Panda

11 |
12 |
Kesimpulan:

Tamadun China merupakan sebuah tamaduan yang kaya dengan ilmu


pengetahuan dan juga merupakan salah satu tamadun tertua di dunia. Tamadun ini
telah mengalami beberapa revolusi sejak kemunculannya dan telah berkembang
dengan pesat. Walaupun mereka telah maju dari segi ekonomi dan menjadi salah
sebuah negara yang terbesar di dunia, mereka masih mengamalkan nilai-nilai murni
sehingga kini. Sumbangan mereka dari segi perubatan, kesenian dan tulisan masih
kekal dan diamalkan sehingga kini. Dunia moden dan kemajuan teknologi tidak
menjadi halangan bagi tamadun ini untuk terus berkembang dan maju.

13 |
Tugasan 2 : Refleksi

Tujuan saya menulis refleksi ini adalah untuk menerangkan pengalaman saya
sebelum dan selepas membuat tugasan ini. Sepanjang perjalanan saya dalam
menyelesaikan tugasan ini, pelbagai cabaran telah saya tempuhi seperti
menterjemahkan dan menulis tugasan dalam bahasa kebangsaan dari bahasa Inggeris .

Semasa saya membuat tugasan ini, pemikiran saya serabut kerana tidak tahu
sama ada saya mampu menyiapkannya mengikut masa yang diberikan. Maklumlah,
saya sudah tinggalkan zaman persekolahan lebih kurang 23 tahun dan sekarang
merupakan seorang ibu yang bekerja.

Dalam tugasan ini, saya dikehendaki menonton video Kung Fu Panda dan
mencari nilai-nilai murni yang masih diamalkan pada zaman ini. Walaupun nampak
seperti mudah, saya terpaksa menonton video tersebut beberapa kali untuk memahami
ceritanya dan mencari jalan bagaimana hendak mengembangkan isi-isinya. Perasaan
saya semasa menonton video ini seperti budak kecil kerana faktor usia saya walaupun
saya faham bahawa semua usia boleh menonton cerita kartun. Video ini mempunyai
banyak adegan yang boleh dijadikan tauladan. Pesanan yang hendak disampaikan
oleh penulisan cerita ini ringkas, mudah dan tepat.

Selain daripada di atas, saya juga dapat mempelajari lebih mendalam tentang
tamadun China. Pengetahuan saya tentang tamadun tersebut dari segi kehidupan
mereka, sumbangan kebudayaan, kesenian dan pembinaan seperti Tembok Besar
China serta agama meningkat. Malah, saya juga dapat melihat dan menilai perbezaan
dan kemakmuran kaum Cina pada zaman dahulu dan sekarang. Cara mereka
menyesuaikan diri dan memajukan diri amat mengkagumkan. Saya juga dapat
mengetahui bagaimana mereka dapat mengubah kehidupan mereka serta melihat
perkembangan mereka di zaman moden ini.

Dalam menyelesaian tugasan ini, saya telah merujuk kepada pelbagai buku,
bahan rujukan dan jurnal untuk mendapat ilham dan maklumat bagi menulis esei ini
dengan menggunakan internet dan ’digital library’ di OUM. Secara langsung, saya
dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran, pengetahuan tentang menggunakan
internet bagi mencari maklumat yang diperlukan untuk tugasan saya. Pengetahuan

14 |
saya menggunakan komputer dan aplikasinya seperti Word, mempelajari cara
membina infografik serta penulisan boleh dikatakan telah maju dan meningkat.

Walaupun tugasan ini memberi pelbagai pengetahuan dan membina keyakinan


dalam diri saya bagi menyelesaikannya, saya masih menghadapi beberapa masalah
yang tidak dapat dielakkan. Salah satunya adalah tidak dapat menggunakan
perpustakaan OUM. Ini kerana kerajaan telah mengenakan Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tempat saya yang menyebabkan saya tidak dapat
keluar dari kawasan perumahaan saya. Perbincangan dengan rakan-rakan sekursus
dengan saya untuk menyelesaikan tugasan yang diberi juga terhad kerana kebanyakan
daripada mereka tinggal jauh dari kawasan Ipoh. Selain daripada itu, bahan-bahan
rujukan bagi tugasan ini di internet juga terhad kerana kebanyakkannya adalah dalam
Bahasa Inggeris. Saya menghadapi masalah untuk menterjemahkannya ke dalam
Bahasa Kebangsaan.

Kelajuan talian internet juga menjadikan keadaan lebih menyusahkan kerana


kelajuan talian yang tidak memberansangkan terutama pada waktu puncak. Selain
daripada tugasan ini, saya juga terpaksa menyelesaikan tugasan dari mata pelajaran
yang lain yang perlu dihantar pada masa yang sama. Selain itu, perisian word yang
tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-
rakan. Virus dari pemacu pena (pen drive) luar masih menjadi musuh utama dalam
menyiapkan kerja dengan komputer saya. Saya juga tidak dapat berjumpa dengan
pensyarah berkenaan tugasan ini kerana beliau hanya mengajar dalam talian dan
berada luar kawasan Perak. Sebarang soalan yang ditujukan kepada beliau hanya
boleh dilihat dalam laman OUM.

Kesimpulannya, tugasan ini telah banyak mengajar saya untuk menjadi


seorang yang penyabar, rajin, berkeyakinan dan berakal panjang. Segala dugaan dan
rintangan telah berupaya saya hadapi. Saya berbangga kerana telah berjaya
menyiapkan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada saya dalam masa yang
telah ditetapkan.

15 |
Rujukan:

1. Dr Ghazaki Darusalam, (Ogos 2019), Tamadun Islam dan Tamadun Asia,


muka surat 98 – 143, Open University Malaysia

2. Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman, Muhd. Yusof Bin Ibrahim
Muhammad Bukhani Bin Ahmad, Rosnanaini Binti Sulaiman, (2011), Buku
Teks Sejarah KBSM Tingkatan 4, Bab1 Kemunculan Tamadun Awal
Manusia, m.s.28-32, Kementerian Pendidikan Malaysia , Dewan Bahasa dan
Pustaka.

3. Tamadun China-Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), (28 April 2013)
https://titas-tamaduncina.blogspot.com/2013/04/bahasa-dan-sistem-tulisan-
china.html (Ctrl & Klik)

4. Tamadun Islam dan Tamadun Asia- Tamadun China


https://22ctitas.blogspot.com/p/tamadun-cina-kesusasteraan-kesenian.htm
(Ctrl & Klik)

5. Tamadun China
https://chinatamadun.blogspot.com/2013/06/tamadun-china.html
(Ctrl & Klik)

16 |

Anda mungkin juga menyukai