Anda di halaman 1dari 21

MPU3323

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1


SEMESTER SEPTEMBER 2019

Disediakan Oleh:
NAMA : RAIHAN SITIFATIMAH MOHD ANUAR
NO MATRIK : 951221915022001
PROGRAM : BACHELOR OF ISLAMIC STUDIES (ISLAMIC
MANAGEMENT) WITH HONOURS

1
KONTEKS

ISI KANDUNGAN ................................................................................. M/S

PENGGHARGAAN ............................................................................... 3
PENDAHULUAN .................................................................................. 4
ASAL USUL TAMADUN CHINA........................................................ 7
SUMBANGAN TAMADUN CHINA .................................................... 8
KESAN SUMBANGAN TAMADUN .................................................. 11
CIPTAAN-CIPTAAN BARU ................................................................ 13
KESIMPULAN ....................................................................................... 17
RUJUKAN .............................................................................................. 18
JURNAL REFLEKTIF ........................................................................... 19

2
PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya
menyempurnakan tugasan yang telah diberikan kepada saya. Pada awal semester saya
menerima tugasan dalam subjek MPU3323, dimana saya pelu mengkaji, mencari bahan dan
dipersembahkan dalam bentuk penulisan.

Pertama sekali, saya ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


pensyarah bimbingan iaitu Abdul Hamid Bin Tan dan juga pensyarah di alam maya iaitu
Mohamad Sani Bin Taib telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Mereka telah banyak berkongsi maklumat dan pengetahuan berguna
buat saya.

Tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya yang telah memberi sokongan moral
kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan tugasan. Untuk menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna saya perlulah menitik beratkan tentang emosi.

Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi maklumat-
maklumat yang berguna. Setiap perkongsian yang anda beri sedikit sebanyak membantu saya
dalam menyiapkan tugasan. Skali lagi, ribuan terima kasih buat semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh ini

3
PENDAHULUAN

Dalam tamadun subjek MPU3323, tamadun yang dipelajari adalah tamadun Islam dan
tamadun Asia. Objektif tugasan ini adalah untuk mengkaji tentang sumbangan tamadun
China dalam teknologi dan sains, juga sumbangannya dalam pemikiran dunia. Rujukan
primer yang digunakan dalam tugasan ini adalah laman sesawang. Tamadun Asia terbahagi
kepada empat tamadun iaitu tamadun Melayu, tamadun India dan tamadun china.

Terdapat pelbagai pandangan oleh ahli fikir mengenai konsep tamadun. Namun
konsep tamadun yang sering diambil oleh masyarakat umum adalah konsep tamadun dari
pandangan Barat dan Timur.

Konsep tamadun Islam juga mempunyai banyak pandangan dari ahli yang berbeza,
berikut adalah beberapa pandangan dari tokoh Islam.. Menurut Ibnu Khaldun, tamadun ialah
pembangunan Bandar yang subur dan makmur dengan pencapaian yang tinggi dalam
pelbagai bidang ekonomi, politik, sosial, seni bina termasuk bidang sains seperti aritmetik,
algebra, geometri, kimia, perubatan serta puisi dan pengajian Islam. Pada pandangan Jurji
Zaidan,tamadun ialah sistem pentadbiran Islam yang termasuk Bandar-bandar Islam serta
susun lapis masyarakat. Selain itu, pencapaian yan meliputi bidang sains, ilmu pengetahuan,
seni bina dan seni muzik.

Arnorld Toynbee merupakan ahli barat berpandangan bahawa tamadun merupakan


sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun juga satu kumpulan pemikiran
daripada pelbagai manifestasi serta satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawb dalam
pembentukan institusi politik, kesusteraan, moral dan agama. Dr. Haas dan Lecky pula
berpendapat tamadun eropah adalah berakar umbikan tamadun Yunani dan Tamadun Rom
yang bermatlamatkan kebendaan semata-mata.

Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua ahli tokoh terhadap pandangan
konsep tamadun. Tamadun Islam berpaksikan agama sebagai asas pembinaan tmadun,

4
manakala tamadun barat walaupun terdapat unsur agama dan moral sebagai elemen
kebudayaan, namun mereka menekan tentang kebendaan dan material.

Tamadun Islam merupakan tamadun yang berkembang dengan pesat selepas


kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w, tamadun Islam
melalui empat peringkat iaitu zaman Khulafa` al-Rasyidin ( 631 - 661 M), Kerajaan Bani
Umayyah (661 - 750M), Kerajaan Bani Abasiyyah (750-1258M) dan yang terakhir sekali
Kerajaan Turki Uthmaniyyah (1258 – 1924M). Selepas kerajaan Turki Uthmniyyah,
Tamadun Islam mengalami kejatuhan tetapi agama Islam terus berkembang di seluruh
pelosok dunia.

Tamadun Melayu diasaskan oleh sekumpulan orang melayu yang berpusat di Asia
Tenggara. Mereka berbahasa melayu dan beragama Islam. Ia bermula pada zaman logam besi
pada 1500 SM, kira-kira 5000 tahun dahulu. Kemunculan tamadun dan masyarkat melayu
berteraskan penguasaan pertanian.Mereka mengamalkan sistem istana dan raja berkuasa
mutlak. Masyarakat melayu juga turut dipengaruhi olehnilai-nilai luar seperti pengaruh
agama Hindu dan Buddha. Empayar Melak merupaan kemuncak pencapaian tamadun
Melayu.

Tamadun India merupakan tamadun yang tua, ia bermula di benua India dan berpusat
di lembah sungai Indus. Ia merangkumi 2 bahagian iaitu Indo-Arya yang berpusat di utara
India dan Dravida yang berpusat di selatan dan pergunungan Vindhya menjadi pemisah
kedua-dua bahagian. Nama negara India adalah berasaskan bahasa Sanskrit iaitu Bharata
Varsha atau Bharata Khanda dan orang-orang Greek menamakan kawasan ini sebagai
kawasan Indu, berdasarkan nama Indu inilah maka India dikenali sebagai sebuah
negara.Tamadun India mempunyai pelbagai budaya, kepercayaan, bahasa, bangsa dan agama.

Tamadun China antara tamadun tertua di dunia dan masih kekal sehingga kini, ia
dikesan sejak tahun 2000 S.M. Tamadun China bermula dengan Dinasti Chin pada tahun 221
S.M. Bangsa China terdiri daripada 5 gabungan kaum besar dikenali Zhonghua Minzu iaitu

5
bangsa Tionghua. Mereka terdiri dari beberapa kumpulan etnik besar iaitu Han, Hui, Manchu,
Mongol, Zang atau dikenali sebagai Tibet.

6
ASAL USUL TAMADUN CHINA

Zaman awal tamadun China bermula sejak tahun 2000 S.M. dengan pembentukan
dinasti paling awal daripada kebudayaan Neolitik Lembah Sungai Hwang Ho (sundara Raja
& Lectchumanan, 1999). Terdapat ramai sejarahwan yang mendakwa dinasti pertama ialah
Dinasti Shang. Antara bandar-bandar utama yang paling tua di China terletak di Changan dan
Loyang yang wujud sejak Dinasti Shang.

Tamadun China mempunyai empat zaman yang penting dalam tamadun China, iaitu
Dinasti Shang, Dinasti Chin, Dinasti Song, Zaman moden. Sumbangan penciptaan bermula
pada Dinasti Shang dan di inovasikan dari zaman ke zaman.

SUMBANGAN TAMADUN CHINA

I. Kereta sorong

http://titasib2013.blogspot.com/2013/04/teknologi-cina.html

http://tamaduncina.blogspot.com/2012/04/sumbangan-tamadun-cina-empat-ciptaan.html

Menurut sejarah kereta sorong yang pertama dicipta oleh Zhuge Liang iaitu
pemerintah pada dinasti Shu-Han pada tahun 231M. ia merupakan sebuah teknologi

7
ketenteraan dimana pada ketika itu, dinasti Shu-Lan terlibat dengan peperangan menentang
Cao-Wei. Kereta sorong ketika itu juga dipanggil ‘kuda menggelongsor’

Idea ini tercetus apabila mereka menghadapi masalah membawa bekalan makanan
dan senjata dari ibu kota ke tempat kubu peperangan. Namun penciptaan ini dirahsiakan dari
pihak musuh.

Kereta sorong digunakan mengangkut berbagai jenis bebanan secara meluas selepas
peperangan. Contohnya seperti hasil tuaian, tembikar, bahan binaan, orang sakit dan macam-
macam lagi.

II. Serbuk letupan (belerang)

Serbuk letupan atau belerang dicipta pada Tamadun China yang pada asalnya bahan
sampingan untuk membuat penawar dan mereka mengunakannya dalam bunga api dengan
tujuan percaya bahawa ia mampu menghalau roh-roh jahat.

Ia telah dicipta dengan tidak sengaja oleh seorang ahli kimia yang bernama Daios
dimana cara pembuatan ditemui dalam uji kaji mencampurkan Saltpetre dengan sulphur dan
karbon. Sebelum digunakan dalam ketenteraan, ia digunakan untuk membuat bunga api dan
percikan api untuk tujuan hiburan semata. Serbuk letupan digunakan secara meluas dalam
pertempuran pada Dinasti Song.

8
http://titasib2013.blogspot.com/2013/04/teknologi-cina.html
http://tamaduncina.blogspot.com/2012/04/sumbangan-tamadun-cina-empat-ciptaan.html

III. Teknologi pembuatan kertas

Penemuan arkeologi di barat china dan Tibet membuktikan bahawa kertas telah
dicipta beratus tahun dahulu, ia ditemui di Bandar laluan sutera (silk road) iaitu bandar
Dunhuang dan Khotan. Oleh kerana cuaca di sana kering membolehkan kertas tanpa reput
sepenuhnya.

Pembuatan kertas yang paling awal dicipta kira-kira 100 tahun sebelum masihi, pada
Dinasti Han. Namun teknologi pembuatan kertas telah diperbaharui oleh seorang ahli sains
pada zaman Dinasti Han, iaitu Cai Lu. Sebelum Cai Lu memperkenalkan teknologi
pembuatan kertas mereka menulis sesuatu pada kepingan kayu dan buluh, kain sutera dan
lain-lain.

9
http://tamaduncina.blogspot.com/2012/04/sumbangan-tamadun-cina-empat-ciptaan.html

https://iluminasi.com/bm/sejarah-penciptaan-kertas-yang-berasal-dari-china.html

Bahan utama yang digunakan dalam pembuatan kertas adalah kulit pokok, serpihan
rami, kain dan jaring ikan. Bahan-bahan tersebut akan dikoyakkan kecil-kecil dan direndam
di dalam air untuk jangka masa yang panjang. Kemudian, bahan tersebut diaduk menjadi
cecair yang pekat. Ia dikukus dan direbus lalu dihamparkan pada tikar dan dijemur. setelah
selesai .proses tersebut maka terhasillah kertas.

10
Ketiga-tiga sumbangan diatas memberi kesan besar dalam teknologi dan sains
tamadun China. Teknologi pembuatan kertas dapat membantu dalam menghasilkan buku-
buku dan catatan ketika tamadun tersebut. Tanpa teknologi tersebut mereka tidak dapat
menghasilkan buku dalam kos yang murah.

Selain itu, sumbangan kereta sorong juga amat membantu masyarakat tamadun China
dalam urusan harian. Ia menjadi pengangkutan dalam perniagaan, perubatan, pertanian,
perlombongan dan macam-macam lagi. Tanpa kereta sorong masyarakat ketika itu akan
terbeban untuk mengangkut sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Seterusnya, serbuk letupan juga merupakan salah satu ciptaan agung yang menjadi
rujukan seluruh dunia dalam penggunaan serbuk letupan. Serbuk letupan merupakan bahan
penting dalam teknologi peperangan dan di inovasikan oleh tamadun China sehinggalah
mereka menghasilkan bom menggunakan serbuk tersebut.

KESAN SUMBANGAN TAMADUN

I. Individu

Sebagai yang hidup dalam dunia pasca merdeka ini, haruslah sentiasa berdaya saing
maju kehadapan supaya tidak ketinggalan kebelakang. Sifat sentiasa ingin mencuba haruslah
dipupuk seiring dengan akhlak yang terpuji. Tamadun China merupakan salah satu tamadun
yang hebat dimana banyaknya terhasil ciptaan baru dari ahli ilmuwan yang berkaliber.
Contohnya seperti Daios seorang ahli kimia ketika itu yang mencipta serbuk letupan.

II. Bidang sosial

Sebagai masyarakat yang hidup dalam negara yang majmuk, kita seharusnya
mempunyai sifat bertolak ansur dari segi agama, kebudayaan, perayaan dan macam-macam

11
lagi. Tanpa sikap bertolak ansur sesebuah negara mampu mundur kerana tiada kerjasama
antara penduduk sesebuah negara. Dalam Tamadun China mereka banyak menerima
pengaruh agama dan kebudayaan dari tamadun lain ini kerana kesan dari interaksi dari
tamadun lain. Selain itu, masyarakat china memupuk budaya yang penyayang dan membina
masyarakat yang beretika dan bebas dri segi agama dan budaya berdasarkan ajaran
konfusianisme.

III. Ekonomi

Untuk menjadikan ekonomi sesebuah negara maju dan berdaya saing, aktiviti eksport
dn import haruslah dipertingkatkan dan diperluaskan dari segi semua aspek. Buktinya amat
jelas apabila negara-negara yang maju mendominasikan aktiviti ini sebagai sumber
pendapatan ekonomi yang utama. Tamadun China adalah sebuah tamadun yang kaya, mereka
amat terkenal dengan aktiviti perdagangan seperti benang, kain sutera, teh, kapas, tekstil dan
barang perhiasan. Sikap masyarakat China yang rajin, berjimat cermat, bertanggungjawab,
harmoni, setia, sopan, patuh pada peraturan, disiplin dan semangat kerjasama memberikan
impak positif dalam menguruskan perniagaan.

IV. Teknologi

Manusia abad-21 kini dan teknologi bagaikan aur dan tebing, tidak boleh dipisahkan
sama sekali dan saling membantu. Teknologi yang ada haruslah sentiasa diperbaharui dan di
inovasikan supaya dapat digunakan pada setiap abad.

Banyak ciptaan dari tamadun China yang masih digunakan pada hari ini tetapi di
inovasikan supaya sesuai mengikut peredaran zaman. Misalnya, penciptaan kertas yang
berasal dari tamadun China masih digunapakai sehingga ke hari ini. Pengunaan kertas boleh
dikatakan ada dalam setiap urusan seperti resit pembelian, kertas peperiksaan, urusan pejabat
dan macam-macam lagi.

12
Selain itu, serbuk letupan yang asalnya hanyalah serbuk dan digunakan dalam
teknologi peperangan pada zaman itu kini telah digunakan secara menyeluruh. Contoh selain
digunakan dalam peperangan ia juga digunakan untuk mercun, pertanian, malah dalam
perubatan juga digunakan.

Seterusnya, ciptaan kereta sorong yang dicipta untuk tujuan pengangkutan dalam
peperangan ketika itu masih digunakan sehingga ke hari ini. Kereta sorong yang digunakan
pada hari ini dikenali sebagai kereta tolak. Pengunaan kereta tolak banyak membantu
masyarakat kini lebih-lebih lagi dalam pertanian, contohnya seperti mengangkat sayur-
sayuran, baja, tanah, anak pokok dan macam-macam lagi.

Penciptaan seperti ini, dikatakan penciptaan agung kerana memberi manfaat kekpada
genersi seterusnya. Ia tidak hanya memberi manfaat kepada dirinya sendiri tetapi kepada
seluruh dunia sehingga beratus tahun.

CIPTAAAN-CIPTAAN BARU

Dalam era globalisasi serba maju masa kini, manusia semakin bergantung pada
teknologi dan makin kekurangan masa dalam menguruskan sesuatu. Oleh kerana itu, segala
urusan kini mampu diuruskan dihujung jari tanpa perlu pergi ke sesuatu tempat. Selain itu,
wanita yang dulu hanya menguruskan keluarga dan rumah kini mampu seiring bekerja seperti
lelaki. Maka banyak ciptaan baru yang wujud untuk memudahkan pekerjaan wanita dalam
menguruskan keluarga di rumah. Antaranya adalah ;

I. Mesin lipat baju

13
http://nulis.co.id/wp-content/uploads/2017/11/293830-mesin-pelipat-otomatis.jpg

Sebagai seorang suri rumah yang bekerja, untuk menguruskan pakaian ia memerlukan
masa yang agak lama dari cucian sehingga masuk ke dalam almari semula. Oleh kerana itu,
mesin ini sangat membantu suri rumah yang bekerjaya menguruskan pakaian dalam masa
yang singkat.

Mesin ini juga didatangi dengan teknologi stim, dimana ia mampu menghilangkan
kedutan pada baju. Ia juga hanya memerlukan 4 minit untuk 40 helai baju. Baju hanya perlu
digantung pada mesin dan mesin akan menyedut baju secara automatic dan memberi
semburan haruman pada baju. Ia juga mesra kanak-kanak dan dilengkapi bluetooth dan wifi.

II. Mesin basuh pinggan

14
https://ms.decoratex.biz/kuhnya-posudomojki/modeli/

Mesin basuh pinggan merupakan ciptaan yang sangat membantu suri rumah
bekerjaya. Dimana, pinggan merupakan salah satu perkakas rumah yang digunakan setiap
hari dan hampir setiap masa. Mencuci pinggan dalam kuantiti yang banyak memerlukan masa
yang agak lama, lebih-lebih lagi jika ada majlis di rumah.

Saiz mesin basuh pinggan yang kecil ini boleh diletakkan di mana-mana ruang tanpa
memerlukan ruang yang besar. Selain itu, mesin ini memerlukan kira-kira 15-20 liter air
untuk membasuh 12-13 set pinggan, ia amat menjimatkan berbanding basuh mengunakan
tangan.

III. E-Pasar Mini

E-pasar mini merupakan sebuah kedai menjual barangan kegunaan harian yang di
jalankan secara atas talian. Aplikasi ini mempunyai sistem masa yang sama seperti kedai
runcit biasa. Pembeli hanya perlu memilih barang melalui aplikasi dan ia akan dihantar ke

15
alamat yang telah diberi. Ia menjimatkan masa dan amat memudahkan pembelian barangan.
(Azmira) 2003

Kini terdapat banyak aplikasi yang memudahkan suri rumah terutamanya. E-runcit
merupakan salah satu aplikasi yang boleh digunakan. Ia amat memudahkan pembelian seperti
ayam, sayur, ikan, gara dan macam-macam lagi.

16
KESIMPULAN

Tamadun China mempunyai ciri tersendiri dan ianya mempunyai keunikan tersendiri
jika dibandingkan dengan tamadun lain di Asia kerana ia sangat berkait rapat dengan aliran
falsafah mereka. Bidang sains dan teknologi merupakan antara bidang yang maju di negara
China. Sumbangan ilmuan dari negara ini merupakan salah satu sumber kejayaan yang
dicipta dalam tamadun mereka. (Fauzi) 2019

Terlalu banyak penciptaan agung tamadun China seperti perubatan, astronomi,


magnet, sutera, serbuk letupan, kereta sorong dan macam2 lagi. Setiap sumbangan yang
diberikan oleh tamadun China membawa dunia ke taraf yang lebih tinggi. “Tuntutlah ilmu
sehingga ke negeri China”, membuktikan bahawa negara China mempunyai banyak contoh
yang boleh dipelajari. Setiap penciptaan yang tercipta mempunyai kisah tersendiri.

Selain itu, sebagai manusia yang bertamadun kita seharusnya menilai dan mengambil
setiap perkara yang baik untuk dijadikan sebagai tauladan. Sikap sentiasa ingin mencuba
memperbaharui dan memperbaiki setiap permasalahan yang ada haruslah ditanam dalam
setiap individu.

Mereka yang tidak belajar dari sejarah pasti akan mengulanginya. Oleh sebab itu, kita
perlu mempelajari tentang sejarah supaya kita tidak mengulangi perkara yang tidak patut dan
mengambil sesuatu yang baik untuk dijadikan contoh ikutan. Contohnya seperti penciptaan
Tembok Besar China yang mempunyai banyak kisah suka duka, namun yang perlu kita ambil
adalah teknologi pembuatannya.

17
RUJUKAN

http://malay.cri.cn/741/2009/04/19/125s97617.htm
https://iluminasi.com/bm/sejarah-penciptaan-kertas-yang-berasal-dari-china.html
https://www.academia.edu/29659619/Sains_dan_Teknologi_Tamadun_China
https://www.academia.edu/28634455/Sumbangan_Tamadun_Cina
https://www.slideshare.net/yinyinhong/sumbangan-tamadun-cina

http://vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Bab%2008%20TC%20(Perkembangan%20&%20Pe
ncapaian%20Tamadun%20Cina).pdf
http://tamaduncina.blogspot.com/2012/04/sumbangan-tamadun-cina-empat-ciptaan.html
http://titasib2013.blogspot.com/2013/04/teknologi-cina.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Empat_Ciptaan_Hebat_Cina_purba
https://www.chinahighlights.com/greatwall/construction-materials.htm
https://www.academia.edu/27703861/Sejarah_Tembok_Besar_China_teknik_deskriptif

http://eprints.utm.my/id/eprint/78471/1/17%20MohamadFauziMohdEsa2018_TamadunCinad
alamSainsIslam.241-250.pdf
https://iluminasi.com/bm/sejarah-penciptaan-kertas-yang-berasal-dari-china.html

https://iluminasi.com/bm/kenali-9-ciptaan-bersejarah-tamadun-china-purba-yang-masih-
digunakan-sehingga-hari-ini.html

https://www.telegraph.co.uk/gardening/3295271/The-noble-ancestry-of-the-
wheelbarrow.html
http://studentsrepo.um.edu.my/354/3/BAB2.pdf

https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/perbandingan-konsep-dan-perspektif-
tamadun-islam-dan-barat/
https://teratakkhanah.blogspot.com/2019/06/penciptaan-kereta-sorong.html

https://thecoverage.my/bahasa/teknologi/malas-lipat-baju-anda-pasti-mahukan-mesin-
foldimate-ini/
http://nulis.co.id/wp-content/uploads/2017/11/293830-mesin-pelipat-otomatis.jpg
https://www.academia.edu/8509194/Pencapaian_Teragung_Dalam_Sejarah_Tamadun_China
https://issuu.com/fadhilahadibah/docs/17_mohamadfauzimohdesa2018_tamadunc

Gernet, J., & GERNET, J. A. (1996). A history of Chinese civilization. Cambridge University
Press.[Accessed on: 11 November 2019}

18
Sulaiman, M., & Sulaiman, A. (2011). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS)-Edisi
Lengkap. Universiti Sains Islam Malaysia. .[Accessed on: 11 November 2019]

Noor Azmira, O. (2002). Pasar mini elektronik (e–Pasar mini)/Noor Azmira


Othman (Doctoral dissertation, University of Malaya). .[Accessed on: 15 November 2019]

19
JURNAL REFLEKTIF

Pada mula menerima tugasan ini, saya agak risau dan bimbang. Walaupun sebelum ini
saya pernah membuat tugasan assigment , tetapi sya sudah dua tahun berhenti belajar dan
tidak membuat tugasan, ini membuatkan saya agak kekok untuk memulakan tugasan ini.

Selain itu, kekangan masa yang saya hadapi untuk menyiapkan tugasan ini
membuatkan saya khuatir memandangkan saya bekerja dan juga seorang suri rumah. Saya
juga bimbang adakah saya mampu menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang
ditetapkan.

Di samping itu, sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi masalah dalam
mencari bahan rujukan. Ini kerana, buku tentang tajuk tugasan ini yang berbahasa melayu
tidak banyak di laman sesawang.

Namun, ini semua tidak mematahkan semangat saya menyiapkan tugasan yang diberi.
Langkah pertama yang saya ambil adalah saya menyusun semula jadual harian saya agar saya
mempunyai masa menyiapkan tugasan ini. Dengan bantuan ahli keluarga, saya dapat
membuat tugasan saya mengikut jadual yang telah saya susun.

Seterusnya, saya membaca semula tugasan-tugasan assignment saya yang dulu. Saya
juga mencari contoh-contoh assignment dalam laman sesawang untuk dijadikan bahan
rujukan. Selain itu, e tutor dalam laman sesawang juga banyak memberi tunjuk ajar dalam
menyiapkan tugasan ini.

Dalam mencari bahan rujukan, saya mengkajii bagaimana cara mencari bahan rujukan
yang sahih di dalam internet selain dari buku. Saya juga membaca buku tamadun yang
berbahasa inggeris dan menterjemahkannya supaya saya lebih memahami isi buku tersebut.
Saya juga melakukan perbincangan dengan rakan-rakan dan pensyarah bimbingan tentang

20
bahan rujukan yang boleh dirujuk. Perbincangan bersama rakan dan pensyarah ini amat
membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Dalam melaksanakan tugasan ini, saya memperoleh pelbagai ilmu tentang tamadun
china. Dimana tamadun china merupakan tamadun yang hebat dengan pelbagai ciptaan agung
yang masih diguna pakai sehingga ke hari ini. Selain itu, saya juga mengetahui kisah
disebalik pembinaan tembok besar Chinayang menjadi simbolik kepada negara China.
Tembok besar China yang memakan masa beratus tahun untuk disiapkan mempunyai
pelbagai kisah suka duka.

Setelah menyiapkan tugasan ini, saya mendapati bahawa menjadi individu yang
sentiasa inginkan perubahan yang baik terhadap negara amatlah penting. Ini kerana, setiap
masa dunia mengalami perubahan abad dimana memerlukan ciptaan baharu. Dan yang amat
penting dalam sesebuah tamadun adalah sikap bersatu hati antara rakyat supaya tamadun
terus maju dan berdaya saing.

Akhir sekali, sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli
keluarga, rakan-rakan dan pensyarah bimbingan banyak memberi tunjuk ajar dan membantu
dalam menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

21

Anda mungkin juga menyukai