Anda di halaman 1dari 13

Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Sumbangan Tamadun China kepada peradaban dunia yang masih relevan 4
2.1 Sumbangan tamadun China dalam Bidang Sains dan Teknologi 5
2.2 Sumbangan tamadun China dalam Kesusasteraan dan kesenian 5
2.3 Sumbangan tamadun China dalam bidang penciptaan5

3 .0 Nilai-nilai murni yang boleh diaplikasikan dalam konteks situasi negara Malaysia
4

4.0 Tiga dialog daripada video yang paling menyentuh perasaan 4


4.1 Dialog 1 5
4.2 Dialog 2 5
4.3 Dialog 3 5

5.0 Infografik 4

6.0 Kesimpulan 4

7.0 Reflektif jurnal 4

8.0 Rujukan 4
1.0 Pendahuluan

Zaman Tamadun China telah berkembang dan, dari segi peradaban, adalah salah
satu tamadun tertua. Ini terbukti kerana berdasarkan sejarah Tamadun China telah wujud
sejak 4000-5000 tahun yang lalu. Berdasarkan kajian ketamadunan Asia, Tamadun Cina
mula bertapak di satu lembah Sunga Hwang Ho atau Sungai Kuning, dipanggil Sungai
Kuning kerana sungai itu membawa lumpur kuning sepanjang alirannya. Ia melintasi
utara China. Dipercayai oleh kebanyakan ahli sejarah bahawa tamadun ini telah wujud
sejak tahun 2500 SM. Tamadun ini wujud di lembah Sungai Kuning kerana tanahnya
yang subur memudahkan penduduk setempat boleh menjalankan aktiviti seharian mereka.
Penduduk China mewujudkan perkampungan tetap dan mendirikan sebuah kerajaan yang
mempunyai sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang unik. Lembah Sungai Kuning
pesat membangun pada zaman Dinasti Shang sekitar 1500 SM hingga 1027 SM atau
Dinasti Yin. Dinasti Shang dan Dinasti Yin merupakan dinasti terawal di China
berdasarkan kajian arkeologi. Pada zaman ini, Gangsa dan buluh telah digunakan secara
meluas. Pada zaman ini juga, berlakunya kewujudan beberapa negara kota. Kezaliman
pemerintah terakhir Dinasti Shang telah member impak besar kepada dinasti ini dimana
ia telah digulingkan oleh Wu Wang daripada keluarga Chou pada tahun 1027 SM.
Pemerintahan Dinasti Chou menandakan bermulanya era tamadun China yang baru. Pada
tamadun ini, tulisan Cina telah berkembang ke seluruh negeri.Kejatuhan Dinasti Chou
telah diambil alih oleh Dinasti Shih Huang Ti . Pada era ini, penyatuan masyarakat telah
menyumbang ke arah perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Pada zaman ini
juga, Tembok Besar China telah dibina dan wujudnya pelbagai sistem piawaian seperti
timbang berat, lebar jalan raya, bahasa dan lain lain lagi.

Objektif tugasan ini adalah untuk menilai kemahiran dan kebolehan pelajar dalam
membincangkan Tamadun China dan sumbangannya terhadap peradaban dunia. Antara
rujukan primer yang diaplikasikan dalam menyiapkan tugasan ini adalah nota-nota
kursus, video kuliah tentang Tamadun China, dan laman web yang berkaitan.
2.0 Sumbangan Tamadun China kepada peradaban dunia yang masih relevan

1. Sumbangan tamadun China dalam Bidang Sains dan Teknologi

Pada asalnya sains dan teknologi China adalah kesan daripada


kepercayaan magik dan kuasa ghaib. Melalui kepercayaan tersebut, orang Cina
cuba untuk menghuraikan jawapan tentang fenomena alam. Kejadian banjir,
hujan, pergerakan matahari dan bulan, antara perkara yang sukar untuk difahami
oleh masyarakat Cina. Maka, muncul nujum atau bomoh yang kononnya boleh
meramal dan member beberapa jawapan kepada persoalan alam. Melalui kajian
orang cina terhadap cengkerang kura-kura, tulang binatang, dan daun pokok maka
wujudlah pengetahuan mereka mengenai jawapan alam. Secara tidak langsung,
magis dan kuasa ghaib masyarakat cina membantu mereka mempelajari atau
menghasilkan pengetahuan mengenai bidang-bidang sains dan teknologi. Usaha
yang berterusan oleh nujum mereka mengenai fenomena siang dan malam telah
mendorong ke arah perkembangan sistem calendar. Selain itu, usaha mencari
rumus untuk hidup lebih lama telah membawa kepada penemuan kajian kimia dan
perubatan.
Sains dan teknologi Cina telah wujud pada sejak kurun ke-15 sehingga
kurun ke-11 Sebelum Masihi, ini dibuktikan melalui kajian arkeologi. Teknologi
kejuruteraan pada awalnya diaplikasikan dan dimajukan untuk mengawal banjir di
Sungai Kuning. Selain daripada bidang kejuruteraan, cabang teknologi yang telah
wujud pada waktu adalah dalam bidang astronomi, perubatan, optik dan bidang
kimia. Orang Cina di zaman Dinasti Zhou dalam kurun ke-11 telah mampu
menghasilkan maklumat berkenaan dengan bintang melalui peralatan astronomi
yang telah wujud pada waktu itu. Walau bagaimanapun, penemuan sains mereka
tidak dianggap sebagai satu perkembangan teknologi yang mampu meningkatkan
tamadun mereka. Keadaan ini terbukti apabila China gagal bersaing dengan
kemaraan Barat pada abad ke-19. Usaha-usaha pemodenan mereka juga menjadi
gagal.
Bidang Matematik

Sempoa pertama kalinya digunakan oleh ahli Matematik Cina iaitu Xu


Yue pada kurun ke 2 Sebelum Masihi. Buku Jiuzhang Suanshu (Sembilan bab
matematik) menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negative, sistem pecahan
dan perpuluhan. Buku ini telah ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke-2. Chou
Pei Suan King dan Chiu Chang Suan Shu adalah antara dua buah karya matematik
tertua cina. Chou Pei Suan King membicarakan hal mengenai calendar, pengiraan
masa bayang bayang dan mengandungi catatan matematik. Manakala, Chiu
Chang Suan Shu pula adalah karya yang mengandungi Sembilan bab mengenai
kira-kira, ukuran dan beberapa teori matematik. Semua kemajuan dalam bidang
matematik ini masih diaplikasikan dalam kehidupan seharian pada masa kini.

Bidang Perubatan

Bidang perubatan Cina telah berkembang sejak 10000 tahun dahulu.


Amalan perubatan Cina berkembang melalui kaedah empirikal iaitu melalui
kaedah pemerhatian terhadap badan manusia dan jenis-jenis penyakit. Kaedah
akupuntur pula pernah diamalkan oleh masyarakat Cina dengan menggunakan
serpihan tulang yang ditajamkan sebelum peralatan perubatan dicipta. Kaedah
perubatan tradisional Cina terdiri daripada prinsip dualistik cakerawala dari yin
dan yang, prinsip lima unsur, dan bahkan prinsip jing dan luo. Kesejahteraan
manusia dipengaruhi oleh prinsip yin dan yang mencatat keseimbangan kedua
kekuatan ini. Prinsip lima elemen tersebut menunjukkan bahawa lima elemen di
seluruh dunia merujuk kepada tubuh manusia, yang terdiri daripada organ luaran
dan dalaman. Prinsip jing dan luo adalah asas terapi perubatan seperti akupunktur
dan moxisbustion (pembakaran daun moxa). Teori ini menunjukkan bahawa jalan
di mana aliran darah dan qi (tenaga dinamik) saling berkaitan dan terikat oleh
organ dalaman, tangan dan kaki. Gangguan boleh menjadikan seseorang tidak
selamat dalam kerangka ini. Dorongan untuk memperkenalkan perubatan moden
oleh Barat didakwa sebagai buku perubatan Cina seperti Huangdi neijing dan
Bencao gangmu.

2. Sumbangan tamadun China dalam Kesusasteraan dan kesenian

Seawal abad ke-14 SM, tradisi sastera Cina bermula dan pertumbuhannya
berlangsung selama lebih dari 300 tahun. Walaupun China pernah dikalahkan
oleh orang asing, seperti Mongol (Dinasti Yuan, 1279-1368) dan Manchus
(Dinasti Qing, 1644-1911), bahasa Cina akan mempertahankan identitinya. Ini
kerana ia bukan fonetik melainkan prosa Cina yang grafik. Kewujudan grafik ini
mempunyai pengaruh terhadap penyebaran kesusasteraan Cina. Kesusasteraan
Cina klasik mempunyai banyak gaya, seperti ayat, naratif, drama dan juga novel.
Shi jing, yang merangkumi 305 lagu kuil, lagu istana dan lagu rakyat yang
berkembang pada masa antara era Zhou Barat (abad ke-11 SM-771 SM) dan
waktu Musim Bunga Musim Luruh (770 SM-476 SM), adalah antologi tertua
Puisi Cina. Di wilayah Lembah Huanghe, antologi ini dikumpulkan semasa
zaman Konfusianisme (551 SM-479 SM). Puisi Cina secara bebas dikaitkan
dengan muzik secara umum dan ringan dan pendek. Puisi beliau juga mempunyai
ciri sosial dan politik yang lebih abstrak.
Drama cina berkembang agak lewat kerana penaklukan dinasti Yuan
(1279 –1368). Walaubagaimanapun, drama cina dari jenis zaju – drama berbentuk
puisi yang digubah mengikut kesesuaian muzik sangat bersemarak pada zaman
dinasti Yuan. Drama digunakan oleh penulis sebagai saluran untuk meluahkan
ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama Dou’er
Yuan (ketidakadilan Yuan).
Muzik bagi tamadun cina adalah sesuatu yang berharmoni dengan alam
semesta dan di letakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman konfusius.
Pada abab ke-8, kemasukkan muzik dari tamadun lain telah memeriahkan lagi
suasana muzik di cina terutamanya dengan kemasukkan tamadun India dan Asia
Tengah.
3. Sumbangan tamadun China dalam bidang Penciptaan

Dalam masyarakat Cina, terdapat empat penemuan hebat, termasuk


kaedah pembuatan kertas, percetakan, bahan letupan dan kompas. Pada tahun 105,
Cai Lun berjaya menggunakan serat tumbuhan untuk menghasilkan kertas.
Semasa pemerintahan dinasti Tang (618-906), di mana jingang jing dianggap
sebagai buku pertama yang dicetak pada 11 Mei 868, teknologi percetakan
pertama kali diadopsi. Pada abad ke-7, ahli kimia China mengembangkan bahan
letupan ketika ahli kimia Taois menggabungkan garam garam dengan sulfur dan
karbon dengan jayanya. Tentera menggunakannya dalam peperangan di bawah
dinasti Tang. Di China, sifat magnetik diketahui semasa pemerintahan dinasti Han
(206-220 SM). Penemuan pada abad ke-6 kesan kemagnetan, deklinasi dan
kekutuban yang disebabkan pada abad ke-8 dan ke-9 menyebabkan orang Cina
membuat kompas dan menggunakannya semasa navigasi.
3.0 Nilai-nilai murni yang boleh diaplikasikan dalam konteks situasi negara Malaysia

Kita dapat mempelajari lima nilai dalam Tamadun China yang dapat kita aplikasikan
dalam situasi negara Malaysia.

1. Nilai Masyarakat - Nilai masyarakat ialah bagaimana masyarakat hendak


mencapai kejayaan, jasa dan nama. Seperti masyarakat Cina, mereka sentiasa
mencari peluang untuk naik ke atas.
2. Nilai Koneksis - Merupakan nilai intelektual tradisi Confuniasm . Nilai ini dilihat
sebagai nilai pegangan dalam hubungan intelektual.
3. Nilai Politik – Menekankan kekuasaan untuk member jaminan supaya
kepentingan golongan pemerintah dapat dikekalkan. Selain itu, memperjuangkan
kepentingan untuk menjaga kewibawaan golongan suruhan yang terdapat dalam
politik.
4. Nilai Ekonomi – menitik beratkan tentang pertanian dimana perkembangan
keluarga sebagai asas dalam pertanian, mengutamakan suku kaum dan modal.
Pertanian merupakan kayu ukur yang paling utama.
5. Nilai Akhlak – Merupakan nilai yang paling penting dalam budaya China.
Bertujuan untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat.
4.0 Tiga dialog daripada video yang paling menyentuh perasaan

4.1 Dialog 1 : Minit 29:54

“When you calm down, the answer becomes clear” - Master Oogway.

Petikan kata kata motivasi ini pada asalnya disebut oleh Bil Keane yang berbunyi
“Your mind is like this water, my friend. When it is agitated, it becomes difficult to see.
But if you allow it to settle, the answer becomes clear.”. Bila diterjemahkan secara terus,
ia bererti “Fikiran kita seperti air . Apabila dalam keadaan gelisah, sukar dilihat. Tetapi
jika kita membiarkannya tenang, jawapannya menjadi jelas”. Fikiran kita diumpamakan
seperti air kerana apabila air 'pegun', ia mempunyai kemampuan semulajadi untuk
melepaskan semua sedimen terlarut. Seiring waktu sedimen menetap di bahagian bawah
menjadikan air bersih dan jernih. Tetapi jika air diaduk lagi, sedimen bercampur semula
dengan air menjadikannya lebih keruh sekali lagi.

Inilah yang berlaku dalam fikiran kita juga. Apabila fikiran kita gelisah, ia
dipenuhi dengan pemikiran dan dalam semua kekacauan itu, menjadi sukar untuk berfikir
dengan jelas. Kita menjadi keliru. Tetapi seperti air, akal kita mempunyai kemampuan
untuk melepaskan fikiran dan menjadi lebih tenang ketika dalam keadaan tenang.

Kata kata ini di ungkapkan oleh Master Oogway kepada Po ketika Po dalam keadaan
gelisah dan tidak dapat berfikir cara untuk menyelesaikannya.
4.2 Dialog 2 : Minit 30:57

“Yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a gift, that’s why it’s called the
present” - Master Oogway.

Dialog ini memberi maksud "Semalam adalah sejarah, esok adalah misteri, hari
ini adalah hadiah atau anugerah Tuhan, itulah sebabnya kita menyebutnya masa kini."
Hari semalam menyimpan banyak kenangan. Apa yang telah berlalu kita tidak akan
dapat mengulanginya lagi. Masa akan terus bergerak maju dan tidak akan membiarkan
detik berhenti. Apa yang kita katakan dan lakukan semalam, tidak dapat diputar kembali.
Kita tidak dapat merasakan kesedihan atau kegembiraan yang sama seperti semalam.
Biarkan semuanya berlalu. Sehingga bila-bila masa, esok akan tetap menjadi misteri. Kita
tidak akan tahu apa yang akan berlaku pada kita esok. Kita tidak tahu apa yang akan kita
ketawa atau menangis. Esok masih menjadi teka-teki. Terdapat banyak kejutan yang akan
kita alami esok.
Esok akan tiba, jadi jangan risau. Hari ini adalah hari yang istimewa. Pintu masa
lalu telah ditutup sehingga kita tidak dapat kembali kepada mereka dan pintu masa depan
tidak lagi terbuka yang tidak dapat kita masuki. Pusatkan kehidupan kita pada hari ini.
Jangan membuang masa kerana ketika kita membuang masa, sama seperti kita
membuang usia. Apabila kita dapat mengawal masa dengan baik, maka kita juga dapat
menguasai kehidupan dengan baik. Perlakukan orang lain dengan baik hari ini, sayangi
orang di sekeliling kita dengan sepenuh hati kerana esok cerita telah berubah.
4.3 Dialog 3: Minit 56:48
“The real warrior never quit” - Master Shifu.

Master Shifu mengucapkan kata-kata ini semasa mengajar Po kung fu.


Maknanya adalah bahawa pahlawan sejati tidak pernah berputus asa. Sekiranya kita ingin
berjaya dengan impian dan cita-cita, maka kita harus menjadi seperti pejuang sejati yang
tidak pernah berputus asa. Setiap individu belajar dengan cara dan motivasi sendiri. Shi
Fu akhirnya mengetahui bahawa Po yang baru bermotivasi dan dapat mengeluarkan
semua kemampuannya, ketika datang ke makanan. Po tidak dapat menjalani latihan
seperti pelajar yang lain. ada 3 gaya pembelajaran, gabungan ketiganya menjadikan
setiap orang mempunyai gaya pembelajaran yang unik. Perkara-perkara yang mendorong
setiap orang juga berbeza-beza.

Vince Lombardi, seorang jurulatih bola sepak Amerika yang terkenal, pernah
berkata, "Orang yang mengalah tidak pernah menang dan pemenang tidak pernah
berhenti". Kita pernah mendengar pernyataan ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup
kita. Dan kita semua memiliki kesempatan untuk menerapkan pepatah ini pada sebagian
kehidupan kita, baik dalam pasukan sukan, dalam akademik, di tempat kerja atau bahkan
dalam hubungan. Pemenang atau pendekar adalah seseorang yang bertekad untuk
mencapai cita-citanya, tidak kira betapa sukarnya perjalanan itu. Seorang pemenang
bersedia menghadapi cabaran dan rintangan yang mungkin timbul di antara dia dan
matlamatnya. Sebaliknya, seorang yang berhenti merasa terganggu oleh cabaran, dan di
tengah-tengahnya, menyerah. Oleh kerana dia tidak bertekad untuk menghadapi
kesulitan, dia tidak pernah mencapai tujuannya dan dinyatakan berhenti.

5.0 INFOGRAFIK
6.0 KESIMPULAN

 Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik jika dibandingkan
dengan tamadun-tamadun lain di Asia. Ini memandangkan tamadun China telah maju dalam
pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kesenian. . “ Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri
China”. Negara China seharusnya dijadikan contoh kepada negara-negara lain di Asia agar
sejarah tamadun china dapat dikekalkan sepanjang hayat.  Tamadun Cina merupakan satu
tamadun yang kuat pengaruhnya. Perkembangan tamadun Cina sehingga ke dunia Barat
menunjukkan tamadun cina berupaya bersaing dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun Cina
telah memberi pandangan baru kepada tamadun lain. Pegangan konfusianisme telah memberi
idea kepada sesebuah negara agar beretika dalam penubuhan sesebuah kerajaan.

Konsep konfusianisme yang mementingkan humanisme, humanitaarianisme,


intelektualisme dan rasionalisme adalah bersesuaian untuk diamalkan dalam kehidupan harian
manusia. Kebolehan tamadun Cina dalam teknologi dengan menyumbangkan empat ciptaan
agung kepada dunia menunjukkan tamadun Cina telah awal lebih maju berbanding dengan
tamadun lain. Walaupun pada zaman pemerintahan Yong Zheng (1723-1735), dasar isolation
telah diperkenalkan, ini tidak memundurkan masyarakat cina. Namun sedikit sebanyak memberi
impak kepada kemajuan secara global. Kebangkitan para intelektual Cina setelah China kalah
beberapa kali dalam peperangan telah memberi kesan positif kepada pembangunan China.
Revolusi Gerakan Kebudayaan Baru yang dilancarkan oleh para intelektual Cina telah
menyedarkan kerajaan China bahawa pembaharuan perlu dilakukan untuk memajukan
tamadunnya sendiri.
7.0 REFLEKTIF JURNAL

Tugasan ini banyak memberi pengetahuan baru kepada saya. Tujuan utama tugasan ini
adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang selok belok Tamadun China. Sebelum
mempelajari tentang tamadun Cina, banyak perkara yang tidak saya ketahui tentang asal-usul
bangsa Cina, latar belakang, pencapaian mereka dan sumbangan mereka terhadap dunia hari ini.

Saya mempelajari banyak nilai murni masyarakat dan budaya bangsa Cina daripada
Filem Kung fu Panda. Pengalaman saya menonton Filem Kungfu Panda ini amat bermakna, sifat
rendah diri Po si panda amat menyentuh hati,walaupun fizikal Secara keseluruhannya, tamadun
ini sangat tinggi semangat juang serta kepatuhan mereka kepada pemerintah mereka.Sebagai
contoh, dalam Filem Kungfu Panda, kita dapat lihat kesetiaan anak murid kepada guru, ketaatan
anak kepada orang tua.

Anda mungkin juga menyukai