Anda di halaman 1dari 76

15.8.

3 Ilmu Fizik dan Kimia


Pengetahuan mengenai ilmu fizik dan kimia orang India adalah berkaitan dengan agama
dan teologi. Konsep jirim muncul berdasarkan intuisi dan logika, dan bukannya
eksperimen. Dipercayai bahawa alam semesta terdiri dari gabungan
lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Pengikut Buddha dan Ajivika
menolak angkasa. Hampirsemuaaliranagamadi India percaya bahawa unsur-unadr alam
kecuali angkasa adalah bercirikan atom. Ilmu atom India adalah lebih tulen dan berdikari
dengan sumbangan pakar atom seperti Pakudha Katyayana (sezaman dengan Buddha).
Menurut Jaina, corak percantuman atom yang berbeza menghasilkan elemen-elemen
dengan pelbagai sifat. Orang Buddha melihat atom sebagai "occupying minutest space in
the minutest time". Mengikut falsafah Vaisesika pula atom-atom membuat satu
percantuman diacldsin triad yang primari sebelum bercantum untuk membentuk sesuatu
objek bahan. Orang India percaya bahawa elemen-elemen tanah dan air adalah jenis
jatuh, api jenis menaik, padu [solid) dan bendalir jenis mengembang dalam panas. Tetapi
usaha eksperimen yang sebenar dan saintifik tidak dilakukan dalam bidang ini.
Konsep bunyi ditentukan berdasarkan eksperimen. Latihan bagi meningkatkan kebolehan
mendengar dibuat untuk memahami intonasi sebutan mazmur-mazmur Veda dengan lebih
tepat. Sejak awal lagi oktaf (octave) dibahagikan kepada 22 sruti (microtone).
Bidang kimia di India lebih tertumpu pada pembuatan ubat. Pengetahuan kimia tidak
digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi kepada emas, seperti yang
dilakukan di Eropah. Orang India membuat ubat bagi hidup lama, racun dan antidotnya.
Melalui kimia perubatan juga beberapa bahan alkali utama, asid dan garam logam dicipta
dengan proses yang mudah seperti pembakaran dan penyulingan. Mereka juga dikatakan
sudah mencipta ubat bedil.
15.3.4 Bidang Logam
Dalam bidang pertukangan besi, kemahiran orang India jelas nampak pada Iron Pillar
(Tiang Besi) di Delhi yang dibuat pada kurun ke-5. la merupakan sebatang besi 7 meter
tinggi dan begitu tulen sehingga tidak berkarat. Mereka berkemahiran dalam bidang ilmu
kaji logam dan barangan logam buatan mereka begitu dihargai di zaman Empayar
Romawi dan di Asia Barat.
15.8.5 Bidang Perubatan
Pengetahuan perubatan orang India bermula pada zaman Vedik sebagai sent ilmu sihir.
Unsur-unsur bidang perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan
yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang wujud sebelum tahun-

tahun masihi. Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2) dan
Susruta (kurun ke-4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen dalam beberapa
segi dan lebih maju pada keseluruhannya.

1.KOD UNDANG-UNDANG HAMMURABI

2. SISTEM TULISAN
3. PERKEMBANGAN ILMU ASTRONOMI

Kalendar
Pencerapan

terhadap

pergerakan

bulan,

bintang,

matahari

membawa

kepada

perkembangan ilmu matematik : sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak,


membahagi dan punca ganda dua
kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri
penguasaan dalam bidang astronomi juga membolehkan mereka menggunakan jalan laut
dan mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang berasaskan 12 bulan dalam satu
tahun
4. PERKEMBANGAN ILMU PERUBATAN
Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khusus semasa zaman Assyria.
kerajaan ini sangat mementingkan kesihatan anggota tenteranya
500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatelogkan dan
disampelkan penggunaannya
cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sebagai
panduan kepada pengamal perubatan

5. PENCIPTAAN RODA

6. CIPTAAN ALAT PENGANGKUTAN


mencipta kapal layar
menghasilkan pengangkutan beroda
7. MEMPERKENALKAN TEKNIK MEMBUAT BATU BATA DARIPADA TANAH
LIAT

Patung Raja Gudea


mereka mahir mencipta arca dan tiang batu
** patung Raja Gudea
arca tiang batu dapat dilihat dalam seni bina ziggurat
8. KEPIMPINAN RAJA SARGON
F1 Menghasilkan Kod Undang-undang Hammurabi
H1a digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon
H1b undang-undang berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
H1b hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan
H1c tetapi hukuman berbeza mengikut susun lapis masyarakat
H1d mengandungi sebanyak 282 undang-undang
H1e dipahat pada tembok dan tiang besar agar mudah dibaca oleh rakyat

H1f menjadi dasar perundangan di Mesopotamia

F2 Mewujudkan sistem tulisan cuneiform


H2a membawa kepada kewujudan istem pendidikan
H2b mampu melahirkan jurutulis
H2c membolehkan segala urusan pentadbiran/ perniagaan direkodkan

F3 Menghasilkan epik Gilgamesh


H3a merupakan hasil kesusasteraan tertua di dunia
H3b menerangkan falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia

F4 Memajukan ilmu astronomi


H4a membolehkan pencerapan terhadap pergerakan bulan/ bintang/ matahari
H4b membolehkan mereka menggunakan jalan laut
H4c mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang meengandungi 12 bulan dalam
satu tahun

F5 Menyumbang kemajuan ilmu matematik


H5a sistem mengira perpuluhan/ menambah/ menolak/ mendarab/ membahagi/ punca
ganda dua/ geometri

F6 Memajukan ilmu perubatan

H6a kerajaan Assyria mementingkan kesihatan anggota tenteranya


H6b sebanyak 500 jenis ubat-ubatan dan herba / ramuan perubatan telah dikatalogkan/
disampelkan penggunaannya
H6c cara mengubat penyakit dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan

F7 Mencipta roda
H7a menghasilkan kereta kuda untuk kegunaan dalam peperangan/ guna pada masa aman
H7b mencipta kincir air untuk mengairi kawasan tandus dan mengawal banjir

F8 Menghasilkan layar
H8a dapat membina kapal layar
H8b dapat berhubung menerusi jalan laut hingga ke kawasan Laut Mediterranean dan
wilayah India

F9 Menghasilkan batu bata


H9a diperbuat daripada tanah liat yang dikeringkan kepada panas matahari

F10 Mencipta arca dan tiang batu


H10a contoh arca patung Raja Gudea
H10b boleh dilihat dalam seni bina zigurat

F11 Mewujudkan empayar pertama di dunia

Kertas

Tulisan

Ilmu Perubatan

Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait dengan kepercayaan orang Mesir.
Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan.
Ilmu Matematik

Pendidikan

Pengairan

Menukar kawasan padang pasir kepada kawasan pertanian yang subur

Sumbangan Tamadun Mesir Purba

BIBLIOGRAFI

China is an East Asian country with a large territory, a huge population and an ancient
history. With written records dating back 4,000 years, it is recognized as one of the four
great ancient civilizations of the world, together with ancient Egypt, Babylon and India.
Moreover, it is the only ancient civilization that has continued to this very day.
China was one of the cradles of the human race. The Chinese nation is not only the most
populous but also one of the oldest in the world. Fossils that have been found in Chinese
territory include those of Yuanmou Man, the first Homo erectus, who lived 1.7 million
years ago, those of Lantian Man, who lived 750,000 years ago, and those of the Peking
Man, who lived at Zhoukoudian in today's suburban Beijing 600,000 years ago. The
fossils of Shu Ape, a primate that lived 45 million years ago, which is known as the "first
anthropoid", were discovered in China in 1994.

The first light of Chinese civilization revealed itself 7,000 to 8,000 years ago, as
indicated by the ruins of the Daxi Culture in Sichuan and Hubei provinces, the Majiapang
Culture in Jiangsu and Zhejiang provinces, the Hemudu Culture in eastern Zhejiang and
the Yangshou Culture along the middle reaches of the Yellow River and its main
tributaries.
According to legend, the primitive tribes that inhabited the middle and upper reaches of
the Yellow River were unified into two powerful tribes under the Yellow Emperor and
Fiery Emperor, and began their push southward 5,000 years ago. After years of warfare,
they conquered the Sanmiao and Jiuli tribes active in south China under the leadership of
Chi You. Part of the defeated tribe was incorporated into the tribes under the Yellow and
Fiery emperors to become a component part of the Han people, which marked the
beginning of the Chinese nation. This history has also given rise to the term "descendants
of the Yellow and Fiery emperors" that Chinese often use to refer to themselves.
Archaeological studies have revealed that around 5,000 years ago the Chinese entered the
stage of patriarchal society. Not only did villages begin to appear but also the initial
forms of cities began to become evident. Extensive communities indicated that the
population at the time had already reached a fairly large size and agriculture had made
great headway. The earliest discoveries took place during this period. Shen Nong tried
and tasted various kinds of wild plants to select crops appropriate to be cultivated for
food and herbal medicine to cure disease. The Yellow Emperor invented the compass,
which helped him defeat Chi You. More importantly, the appearance of chariots greatly
reduced labor intensity. Lei Su, wife of the Yellow Emperor, discovered silk making by
raising silkworms, and produced the first garments, which allowed the ancient people to
bid goodbye to the period when they wore animal skins and tree leaves. The tribe under
Chi You in the south learned how to make weapons with copper, creating the conditions
for making bronze vessels, metallurgy and alchemy of later times.
During the Xia Dynasty, 4,000 years ago, China entered the period of slave society. The
Shang Dynasty (16-11th centuries BC), which replaced the Xia, saw the height of bronze
culture, when superb smelting and casting techniques brought forth beautiful wares made
of bronze. Pottery making also developed very rapidly with the appearance of primitive
pottery wares. Sericulture and silk weaving reached maturity at this time.
From 475 BC to the end of the 19th century, China went through a long feudal period.
Before the 15th century, China was one of the most powerful countries in the world,
occupying a leading position in the development of productivity and technology. Ancient
China enjoyed a developed agriculture and advanced irrigation system, an independent
tradition of medicine and advanced botanical knowledge. China's four great inventions,
namely, the compass, gunpowder, movable type printing and papermaking, not only
changed the world but also accelerated the evolution of world history. Besides, China was
rich in ceramics and silk textiles which were great inventions that exerted a great impact
worldwide. China also kept the world's most detailed and earliest astronomical records.
The first people to take note of such astronomical phenomena as comets, sunspots and
new stars were all Chinese. It was also the Chinese who produced the most advanced

astronomical observatory apparatus of the time. In metallurgy, China long held a leading
position. When Europeans still could not turn out a single piece of cast iron in the 14th
century, Chinese people had already produced cast iron on an industrial scale four
centuries earlier.
In the field of thought, Confucius, founder of Confucianism, not only had far-reaching
significance for China, but for the whole of East and Southeast Asia. The warfare
strategies introduced by the noted military strategist Sun Zi are still studied and referred
to today. Taoism was an important school of thought, and is known for its simple
dialectical elements. Its position of "quietude and inaction" has many identical views with
the thoughts of modern man. Taoism, based on the Taoist doctrines, is an independent
religion established in China.
When commenting on the relationship between China's civilization and that of the rest of
the world, the late Joseph Needham, historian of China's science and technology and
professor at Cambridge University, once said that people must remember that China was
way ahead of the West in almost every discipline of science and technology, from chart
making to gunpowder, in early times and into the Middle Ages. Western civilization, he
went on to say, did not begin until the era of Columbus, and China had left the Europeans
far behind in science and technology before that time.
Unfortunately, the country's feudal bureaucratic system held back science and inventions
from making further progress, and prevented Chinese society from developing modern
science, resulting in China staying long in the experimental stage in science and
technology.
Modern China is experiencing a completely new era in which respect for science and
inventions and encourage creativity have become the guiding principles of society.
Looking back at the contributions China's civilization has made to the world, we have
reason to believe that a more prosperous and stronger China will surely make new
contributions to the civilization of mankind.

17.1 PENGENALAN: ASAL-USUL DAN LATAR BELAKANG

17.1.1 Kebudayaan Yangshao


Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM).
Bagaimanapun, berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaankebudayaan Neolitik (Zaman Batu Baru), yang paling awal dan mempunyai ciri tersendiri
disebut Yangshao berdasarkan namatinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan ini yang
terletak di Yangshao di provinsi Shaanxi. Tapak terawal petempatan Yangshao yang

dibangunkan sepenuhnya itu pula mula muncul pada milenium ke-5SM di Banbo, Xi'an
di provinsi Shaanxi. Tapak- tapak tradisi kebudayaan Yangshao ini dijumpai di teres-teres
berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River) dan ini
menunjukkan kawasan terletaknya pusat peradaban Cina. Di kawasan ini, selama
berkurun-kurun lamanya tanah pasir halus yang dimendapkan oleh angin telah menjadi
tanah loes yang subur, lembap serta mudah untuk dikerjakan terutama dalam bidang
pertanian. Keadaan bentuk geografi ini telah mendorong dan menggalakkan
pembangunan petempatan manusia dan kegiatan pertanian.
Berdasarkan tinggalan arkeologi, didapati bahawa orang Yangshao menetap di
perkampungan kecil dengan kegiatan bertani, memelihara babi, membuat tembikar
berlukisan (paintedpottery) dan menanam mayat si mati dalam tanah perkuburan yang
khas. Makanan asasi atau ruji orang Yangshao ialah bijirin (milet) dan ia kekal diet asas
rakyat biasa di bahagian utara negara China. Satu lagi unsur tradisi dan kesinambungan
ialah peranan orang Cina dalam bidang penternakan binatang seperti babi (dan
kemudiannya ayam) sebagai diet tambahan. Asas teknologi pertanian yang diubahsuaikan
secara turun-temurun ini, juga menyumbang terhadap asas pertumbuhan ekonomi dalam
tamadun Cina.
Selama lebih kurang 5,000 tahun lamanya iaitu kira-kira 6 mileniumSM, kebudayaan
atau tamadun Yangshao ini telah berkembang serta terbentang di bahagian-bahagian
tengah dan ulara negara China, dan kemudiannya diganti secara beransur-ansur oleh
kebudayaan Longshan.
17.1.2 Kebudayaan Longshan dan Zaman Gangsa
Kebudayaan Longshan muncul sejak pertengahan kurun ke-2SM dan Zaman Gangsa
Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2SM atau awal milenium pertamaSM merupakan
kebudayaan yang lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao. Tamadun Longshan
diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan, di provinsi Shandung.
Manakala pusat-pusat penting peradaban Zaman Gangsa terletak di Lembah Sungai
Yangzi di provinsi Jiangxi dan juga di Sanxingdui, di provinsi Sichuan.
Berbanding tembikar bertanda tali pintal (cord-marked) dan yang berlukisan, tembikar
Longshan (terutamanya tembikar hitam) bergantung kepada gaya dan bentuk sebagai
daya penarik estetiknya dan jarang dijumpai lukisan hiasan seperti yang ada pada bekasbekas Yangshao. Kualiti tembikar Longshan yang lebih tinggi mutunya menunjukkan
penggunaan mesin peroda tembikar
(potter's -wheel) dalam pengeluarannya. Ciri-ciri peradaban pertanian Longshan termasuk
penanaman bijirin dengan menggunakan penyodok dan sabit.
Dalam Zaman Gangsa pula, gangsa dinilaikan sebagai simbol elit kuasa diraja dinasti
Shang (1766SM-1122SM) dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat
yang penting di negara ini. Logam gangsa dihubung kait dengan bekas-bekas ritus (ritual

vessels) atau untuk upacara keagamaan selain digunakan untuk membuat loceng dan
senjata. Penggunaan gangsa tersebar meluas di kalangan kaum bangsawan yang lebih
rendah taraf statusnya di sepanjang tempoh dinasti Zhou (kk 1123-221SM). Artifakartifak halus termasuk lampu dan patung-patung kecil, kesemuanya diperbuat daripada
gangsa secara berterusan sepanjang era empayar tersebut. Namun begitu, pembangunan
teknologi besi sejak lebih kurang 500SM telah mengehadkan perkembangan kegunaan
gangsa untuk tujuan umum.
Dinasti Shang memperlihatkan dengan ketara mengenai satu fasa pembangunan yang
baru iaitu kemunculan peradaban melalui kelahiran ciri-ciri bertamadun antaranya
pembentukan negara-kota, penggunaan sistem tulisan, peningkatan pengkhususan
pekerjaan dan organisasi masyarakat yang lebih kompleks. Peradaban Shang berpusat di
bahagian utara He'nan, yang ditemui dua tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang yang
memberikan maklumat sejarah mengenai dinasti dan tamadun ini. Namun begitu, tarikh
tepat peradaban Shang dan dinasti Shang masih tidak dapat ditetapkan. Walaupun tahun
1766SM-1122SM adalah tarikh yang diterima secara tradisi, namun terdapat bukti- bukti
yang menyokong pendapat bahawa dinasti Shang bermula kira-kira 1600SM dan berakhir
pada tahun 1027SM.
Selain penemuan inskripsi di atas tulang oracle dan kulit kura-kura (tortoise shells) dan
bekas-bekas yang diperbuat dengan gangsa rata yang ditarik oleh kuda, tembok-tembok
mengelilingi ibu kota-ibu kota dinasti Shang, hasil penemuan arkeologi ini
memperlihatkan perbezaan-perbezaan utama antara peradaban Shang dengan peradabanperadaban Neolitik sebelumnya.
17.2 UNSUR-UNSUR ASAS TAMADUN CINA
17.2.1 Alam Sekitar yang Mencorakkan Tamadun Cina
Tempoh Neolitik di negara China mempunyai kedudukan yang unggul dalam sejarah
perkembangan peradaban Cina kerana dalam tempoh terdekat ini, aktiviti-aktiviti
pertanian telah dimulakan. Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran
tinggi Loes, menggalakkan penanaman bijirin, bersesuaian dengan keadaan cuaca
gersang di bahagian timur negeri China.
Tapak kebudayaan Hemudu terletak di bahagian bawah Lembah Yangzi, di selatan Teluk
Hangzhou, provinsi Zhejiang. Benih-benih padi telah ditemui di sekitar tapak tersebut,
yang menandakan bahawa ia adalah tapak awal sawah
padi ditanam secara meluas. Cuaca lembap dan panas dengan lokasi geografinya yang
rendah menyumbang terhadap kejayaan penanaman sawah padi di kawasan ini.
17.2.2 Sistem Pertanian Purba
Ternyata asal-usul peradaban pertanian purba di negara China memperlihatkan

kesanggupan manusia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan lokasi
geografi yang berbeza (di kedua-dua dataran loes tinggi dan lembah Sungai Yangzi), dan
menghasilkan apa yang disebut Kebudayaan Milet (Bijirin) dan Kebudayaan Sawah Padi
yang wujud secara berasingan di bahagian utara dan selatan China. Kedua-dua jenis
kebudayaan tersebut telah mengasaskan peradaban pertanian di negara China untuk
selama beberapa ribu tahun. Faktor- faktor tersebut juga membantu menjawab persoalan
(dari perspektifsejarah) kenapa pembangunan berbentuk pertanian begitu dititikberatkan
oleh dinasti- dinasti Cina yang lepas.
Berbanding negara-negara kelautan yang memiliki kawasan pedalaman yang terhad,
wilayah-wilayah di negara China adalah luas sekali. Ini ditambah lagi dengan dataran
pedalamannya yang luas tanpa wujudnya halangan-halangan semula jadi yang
menghalang atau membatasi hubungan rakyat telah memudahkan integrasi dan
keseragaman politik, ekonomi, kebudayaan dan ketenteraan. Berdasarkan lokasi geografi
negara China, di bahagian timurnya menghadap ke lautan, di bahagian barat-laut
dirintangi oleh gurun yang luas dan di barat daya iaitu Dataran Tinggi Qinghai-Tibet yang
terluas di dunia (dengan ketinggian 4,000 hingga 5,000 meter secara purata) telah
membentuk satu zon yang separuh tertutup dari dunia luar. Alam sekitar sedemikian
bersama daerah pedalamannya yang luas telah mencorakkan sikap bangsa Cina yang
berdikari, peramah serta cintakan pendamaian. Keyakinan diri pula membolehkan mereka
menerima dan mengasimilasikan sebarang kebudayaan luar yang dibawa masuk ke dalam
negara China. Mengenai peranan dan kepentingan sungai, pengaliran sungai yang
kebanyakannya menghala ke kawasan timur atau selatan, di samping musim panas yang
jauh lebih panjang berbanding dengan keadaan di utara telah menggalakkan pergerakan
penduduk, terutamanya para petani untuk menetap di bahagian selatan China. Seiring
dengan pola pergerakan ini, perkembangan kebudayaan juga turut menghala ke kawasan
selatan.
Berbanding dengan bilangan penduduk yang agak besar sejak dinasti Qin (221SM206SM) dan Han (206SM-220TM), tanah yang sesuai untuk dijalankan kegiatan
bercucuk tanam itu adalah terhad. Tekanan kekurangan tanah ini telah mengakibatkan
tanah diusahakan secara maksimum. Bagaimanapun, pendapatan danpada hasil tanaman
ini sekadar untuk menampung kehidupan mereka. Namun, sikap terikat dengan tanah,
bekerja keras dan berpuas hati dengan segala yang sedia dimiliki mereka telah
mencerminkan psikologi bangsa yang merindui kampung asal dan ontakan tanah air.
17.2.3 Bahasa dan Sistem Tulisan Cina
Berdasarkan perbandingan dari segi bahasa, dengan bahasa-bahasa lama ("kuno'i
mencatatkan sejarah kerana penggunaannya yang meluas di zaman silam, tetapi bahasa
Cina pula merupakan satu-satunya bahasa yang masih kekal, hidup dan berkembang dan
digunakan sehingga masa kini.
Mengenai sistem tulisan, tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah

dicipta berdasarkan kaedah xiang xing (lambang bergambar), zh'shi (lambang petunjuk),
huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng (gabungan bentuk-bunyi), bersamaan
dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu hurufCina, iaitu
zhuanzhu (mutual semantik transfer) dan jiajie [loan character). Kesemua kaedah tersebut
dikenali secara tergolong sebagai liushu (six principles of writing).
Selain sebutan bunyi dan maksud, setiap tulisan Cina mempunyai bentuk yang istimewa.
Bentuk tulisan Cina inilah yang telah menyumbang terhadap perpaduan bangsa Cina dan
pembentukan kebudayaan Cina yang agung di dunia. Ini adalah kerana sungguhpun
terdapat banyak diaiek di China yang sebutannya mungkin jauh berbeza antara satu
dengan yang lain, tetapi orang Cina hanya perlu mempunyai satu sistem tulisan yang
tunggal yang boleh digunakan oleh semua orang Cina sebagai bahasa pengantar untuk
berkomunikasi. Maka bahasa Cina telah menjadi faktor unifikasi utama dan amat penting
bagi rakyat Cina dan tamadun Cina.
Selain bangsa Cina, tulisan Cina juga digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Asia
terutama di Asia Timur seperti negara Jepun, Vietnam dan Korea. Walaupun mereka
mempunyai bahasa tersendiri namun tulisan Cina juga digunakan sebagai sebahagian
daripada tulisan mereka.
17.2.4 Pembentukan Bangsa Tionghoa
Dari aspek kenegaraan, China merupakan sebuah negara besar yang mengandungi
masyarakat yang berbilang kaum. Menurut sejarahnya, melalui proses peredaran zaman
dan kerjasama antara semua kaum, maka terbentuk suatu bangsa Tionghoa dalam erti
kata nation (rninzu) yang moden, yang mengandungi pelbagai kaum di negara China.
Melalui penemuan arkeologi dan catatan-catatan sejarah purba negara China yang begitu
banyak menunjukkan bahawa terdapat suku-suku yang berbilang kaum pada zaman
Neolitik dan zaman purba yang berikutnya. Di kalangan suku-suku im mereka tirumeniru, berkahwin campur, bersengketa dan berperang, dan berintegrasi, sehingga
menjadi satu suku bangsa yang kuat. Seterusnya, mereka memimpin suku-suku kecil di
sekitar wilayahnya dan
mendirikan negara yang berbentuk primitif. Perkembangan ini merupakan asas kepada
struktur pembentukan bangsa Tionghoa.
Menurut para sarjana China, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar pada zaman
purba Cina iaitu pertama, kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di yang
dikatakan berasal dari kawasan loes di Provinsi Shaanxi di bahagian barat China; kedua,
kumpulan Feng-Yang yang tersebar di sekitar dataran-dataran yang terletak di bahagian
timur China dan ketiga, kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku-suku bangsa di
Selatan China. Hasil daripada integrasi ketiga-tiga kumpulan bangsa utama yang tersebut
di atas, di samping suku-suku bangsa yang lain selama beberapa ribu tahun maka
terbentuklah suatu entiti bersepadu yang diberi nama bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu)

pada hari ini.


17.2.5 Pandangan Semesta dalam Tamadun Cina
Pemujaan nenek moyang dan Tian di samping kepercayaan primitif, iaitu animisme iaitu
pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa lain yang
dipercayai wujud dalam alam semula jadi, telah wujud di kalangan masyarakat Cina sejak
zaman silam lagi.
Konsep Tian atau langit sebagai makhluk unggul {supreme being) yang menguasai nasib
seseorang telah wujud sejak dinasti Zhou (kkll23SM-221SM). Namun, Tian juga
membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta serta dalam konteks etika
Konfusianisme.
Dalam kitab Daoisme iaitu Daodejing pula, Tian disamakan dengan Daa Konsep Dao
secara harfiah bermaksud jalan {the way). Dalam kitab ini juga, Dao dianggap prinsip
agung yang merangkumi keseluruhannya {all embracing), tempat asal-usul semua
makhluk. Dao diibaratkan sebagai ibu yang melahirkan serta memupuk makhluk sejagat
{wanwu) dan ia juga merupskanprimordial (bentuk permulaan), dengan semua makhluk
berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka.
Di samping konsep Dao, kitab Yijing (The Books of Changes) pula menggunakan konsep
Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad (ultimate reality). Menurut kitab ini,
tiada sebarang batasan bagi diri Taiji. Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dua kuasa
dwikutub (bipolar) Yin dan Yang. Fasa pertukaran bergilir-gilir dua kuasa dwikutub pula
menghasilkan lima unsur {wuxing) yang menjadi asas kepada kewujudan semua benda
{material). Manifestasi kuasa Yin dan Yang serta lima unsur tersebut disifatkan sebagai
proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. Ini
disebabkan kesemua fenomena tersebut akan berubah kepada kutub yang berlawanan
apabila mencapai peringkat kemuncak. Perubahan yang berterusan ini diibaratkan sebagai
pergerakan Dao.
Konsep perpaduan antara Tian dengan insan {tian-ren hey!) pula terbentuk berdasarkan
sesuatu pernyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada
Tian. Disebabkan hubungan antara insan dan Tian yang begitu rapat maka segala
kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi akan menghasilkan manifestasi
fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian
dan amaran kepada kerajaan berkenaan. Konsep yang menggabungkan aliran pemikiran
Yin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme ini dikemukakan oleh Dong
Zhongshu (kkl79SM-kkl04SM), seorang pujangga Konfusian di zaman dinasti Han.
Konsep ini terus mempengaruhl tradisi pemikiran orang Cina sehingga masa kini dalam
proses perkembangan ketamadunannya.
Prinsip kesederhanaan atau zhongyong (The Golden Mean) pula merupakan pemikiran

moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Prinsip ini merupakan
norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat
sekiranya ia dihayati dan diamalkan sepenuhnya. Dalam kitab The Doctrine of Mean
dinyatakan bahawa pencapaian tahap pemusatan (centrality) dan keseimbangan akan
mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi ini, dengan kesempurnaan hidup
semua makhluk terpelihara.
Tahap pencapaian keharmonian masyarakat yang paling ideal ialah datong (The Grand
Unity). Datong merupakan Utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung.
Jalan Agung ini dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di
dunia ini dikongsi atau dibahagi oleh semua pihak dengan adil serta saksama, tanpa
membazir dan digunakan demi kepentingan umum. Ini termasuklah yang tua akan dijaga
dan yang muda dipelihara dengan sempurna di samping tiada perbuatan maksiat, mencuri
atau pemberontakan yang berlaku di atas muka bumi tersebut. Walaupun matlamat
tersebut amat sukar untuk dicapai, namun Utopia Konfusian ini tetap menjadi pegangan
bagi masyarakat Cina. Usaha berterusan untuk merealisasikan matlamat ini memaparkan
ciri- ciri keyakinan diri, nilai-mlai murni serta ketabahan hati yang mendorong mereka
agar menghala ke Jalan Agung yang dicita-citakan itu.
17.2.6 Falsafah dan Agama Cina
Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan (state) yang merangkumi aspek- aspek
falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius
(551SM-479SM). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik
yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects,
pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia,
terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (/;) dan ketaatan kepada ibu bapa
(xiao). Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia
(junzi). Mencius (372SM-289SM), salah seorang pujangga agung Konfusianisme telah
menegaskan sifat semula jadi manusia yang baik ketika dilahirkan. Oleh yang demikian,
manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat
yang baik, iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li) dan keanfan (zhi).
Buddhisme diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (kk 563SM- 483SM) di India
pada kurun ke-6SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun Masihi yang
pertama. Bagaimanapun, selepas disebarkan Buddhisme ke negara China, agama ini telah
mengalami pelbagai pengubahsuaian dan sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang
menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga ia dikenali sebagai Buddhisme Cina. Namun
begitu, asas pengajarannya tetap berkekalan iaitu penderitaan adalah berpunca daripada
hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu
bagaimanapun, dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan
Pertengahan (middle way) yang mengelakkan din daripada melakukan perbuatan
melampau yang terlalu mengikut perasaan menurut ajaran Gautama Sidhartha Buddha.
Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting dibahagikan kepada tiga

bahagian iaitu pertama, panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betui
{Right Understanding) dan pemikiran yang betui (Right Thought); kedua, samadhi
(penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betui (Right Speech), tindakan yang betui
(RightAction) dan cara hidup yang betui (Right Livelihood); dan ketiga, sila (moral) yang
meliputi usaha yang betui (Right Efford), pertimbangan yang betui (Right Mindfulness),
dan tumpuan yang betui (Right Concentration).
Daoisme pula diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi yang dilahirkan
pada tahun 604SM dan Zhuang Zi (kk 369SM-2865SM) yang berpendapat bahawa
pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan
secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang
utama iaitu pertama, pemikiran falsafah Dao (daojia) dan aliran keagamaan Dao
(daojiao). Kitab Daoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi
aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang nngkas, penuh dengan konotasi
yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik
Dao. Dao iaitu jalan (the way} yang mempunyai pengertian bahawa punca segala
penjelasan yang tidak dilahirkan (unproduced) dan tidak dapat diperikan (inexpressible).
Tahap pencapaian pengamalan Dao yang tertinggi ialah kembali semula dan bersatu
dengannya.
Moisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). Antara konsep penting dalam
pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), mengecam sikap suka
berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan
cerdik pandai (shangxian). Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar
kepentingan (gongli), pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan
oleh aliran Konfusianisme. Aliran Moisme menitikberatkan konsep nama dan
penganalisisan mengenainya dan ini bermakna, aliran ini telah mempelopori analisis
logik di negara China.
Legalisme pula diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi dan dilaksanakan
semasa China di bawah pemerintahan dinasti Chin. Legalisme mengutamakan pemikiran
sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme
menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada
pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran ini telah
mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
17.2.7 Institusi Politik dan Sistem Pemerintahan
Pemikiran politik tradisional Cina asasnya telah terbentuk sejak tempoh sebelum dinasti
Qin (221SM-209SM). Antara aliran pemikiran politik yang terutama ialah
Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme. Pusat pemikiran politik
Konfusianisme berasaskan perhubungan sesama manusia (renlun) yang
berperikemanusiaan dan bermoral.
Pemikiran politik aliran Daoisme pula cenderung kepada fahaman anarki dalam erti kata

moden pada masa kini. Pengikut pemikiran Daoisme menafikan bulat-bulat peranan
institusi politik, sistem moral dan tatasusila yang begitu dititikberatkan oleh
Konfusianisme. Sebaliknya Daoisme mencadangkan gaya pemerintahan tanpa
menguatkuasakan sebarang usaha yang keras (wuwel) dan juga kehidupan secara
primitifyang mengharmonikan diri dengan alam semesta. Pemikiran ini cuma menjadi
penawar hati kepada mereka yang gagal dalam kerjaya sebagai pegawai kerajaan dan
orang yang tidak berpuas hati dengan kenyataan hidup, tetapi tidak mendatangkan impak
yang besar kepada sistem politik negara China.
Aliran pemikiran yang memberi kesan sebenar kepada tempoh sebelum dinasti Qin yang
huru-hara dan mengalami perubahan besar dari segi masyarakat dan politik China ialah
Legalisme. Kedua-dua teori dan perlaksanaan Legalisme berjaya membawa pembaharuan
yang menggantikan sistem pemerintahan feudal bercirikan pelbagai negeri atau jajahan
(multistate) kepada sistem pentadbiran commanderies dan counties (junxian zhi) iaitu
kerajaan birokratik terpusat (centralized bureaucractic government memperoleh
kuasanya. Sistem birokrasi ini telah menyumbang kepada pengekalan pentadbiran dan
kestabilan politik di sepanjang sejarah ketamadunan China.
Aliran pemikiran politik Moisme pula menegaskan penyelarasan peraturan dan
pembentukan kekuasaan pusat (shangtong) itu, walaupun selari dengan kehendak lapisan
pemerintah, namun pengajarannya yang menggalakkan berjimat-cermat (jieyong) dan
melantik sesiapa yang berkelayakan dan berkemampuan (xuan xian yu neng) ke jawatan
kerajaan, kadang-kadang sukar hendak dipatuhi sepenuhnya. Oleh sebab itu, pemikiran
politik aliran Moisme kemudiannya diketepikan oleh pihak pemerintah.
Bagaimanapun, selepas dinasti Qin (221SM-206SM) dan Han (206SM-220 TM),
keempat-empat aliran pemikiran politik telah bersepadu. Namun,
golongan pemerintah China biasanya menonjolkan pemikiran Konfusianisme sedangkan
menguatkuasakan pentadbiran negara menerusi pemikiran Legalisme. Pemikiran politik
aliran Moisme dan Daoisme mungkin memainkan peranan yang membawa kepada
ideologi pembaharuan atau menjadi batu api kepada permulaan satu-satu revolusi
termasuk mewujudkan pemberontakan terhadap pemerintah. Namun begitu, selepas pihak
pemberontak berjaya menguasai dan memimpin negara, ideologi yang merupakan
cantuman Konfusianisme dan Legalisme itu tetap berkesinambungan dan memainkan
peranan yang terpenting dalam sistem pentadbiran negara.
17.2.8 Keluarga dan Masyarakat Cina
Walaupun sistem kekeluargaan masyarakat Cina tradisional dan organisasinya pernah
mengalami pelbagai perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa
bapa (patriachy) dan nisab bapa (patrilineat) tetap berkekalan dan berlanjutan selama
beberapa ribu tahun. Sistem kekeluargaan tradisional Cina berasaskan kuasa bapa ini
telah terserap masuk ke dalam pelbagai aspek kehidupan sosial dan mendatangkan impak
yang mendalam terhadap arah perkembangan kebudayaan Cina dan pembawaan

(temperament) bangsa Cina.


Antara ciri-ciri masyarakat yang memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan Cina
termasuk waris sebelah bapa dan pemerintah yang memusatkan kuasa bapa, kuasa suami
yang tertinggi dan perhubungan suami isteri yang berjauhan, mementingkan anak lelaki
berbanding anak perempuan, mementingkan pertalian darah dan kaum kerabat keluarga,
penguasaan masyarakat berdasarkan pendidikan yang membezakan nama (mingfen) dan
kedudukan sosial, dan kecenderungan nilai yang memuja autokrasi dan mengagungagungkan zaman silam.
17.2.9 Orientasi Sistem Nilai dalam Tamadun Cina
Terdapat persetujuan agak ramai di kalangan cendekiawan bahawa tamadun Cina
berorientasikan humanisme, iaitu manusia dianggap mempunyai kedudukan yang unggul
dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Banyak sifat khas tamadun Cina
dan nilai-nilainya, yang akan dinyatakan di bawah adalah hasil daripada humanisme
antaranya transendensi dalaman, sifat sekular, moralisme sebagai ideologi, personalisme,
hubungan manusia dengan alam semesta, institusi keluarga dan pendidikan diberi
keutamaan, serta keharmonian merupakan nilai utama. Tamadun Cina amat berbeza
daripada tamadun- tamadun lain yang berorientasikan teisme atau kepercayaan kepada
satu Tuhan semesta sebagai pencipta dan pemerintah alam. Sungguhpun tamaduntamadun berbeza dari segi orientasi pada peringkat nilai, manusia dapat berinteraksi dan
bekerjasama atas nilai-nilai yang berbentuk sejagat. Walaupun orang Cina menganggap
bahawa prmsip-prinsip moral serta nilai-nilai murni (Dao) berasal daripada Maha Agung
(Tian), tetapi manusia sendiri
mampu menjangkau segala kekangan duniawi lalu mencapai kebijaksanaan dan kesucian
iaitu transendensi bergantung kepada ikhtiar orang perseorangan - transendensi dalaman.
Hal ini dapat dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain yang berdasarkan teisme dan
mementingkan transendensi luaran.
Humanisme menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular iaitu memisahkan
urusan duniawi dengan urusan keagamaan. Teokrasi tidak pernah dijadikan agenda atau
pernah muncul sepanjang sejarah China, sebaliknya sisrem politik dan pemerintahan,
sistem pendidikan dan institusi-institusi yang lain dipisahkan daripada agama. Namun
begitu, ini tidak bererti orang Cina tidak ada rasa takut kepada Maha Agung atau Tian.
Masyarakat dan negara harus diperintah secara beretika. Keabsahan kuasa dan
kewibawaan maharaja, menteri, pemimpin, guru dan ketua keluarga berasaskan moral
yang tinggi sebagai ideologi. Kerajaan dan sistem politik berpadu dengan akhlak.
Berkhidmat dalam kerajaan bermakna dipertanggungjawabkan mendukung akhlak dan
menjadi pegawai kerajaan berakhlak tinggi. Kepentingan moral begitu dipentingkan
sehingga timbul tanggapan menuntut ilmu yang mendalam tidak bermakna sekiranya
tidak berakhlak.

Berdasarkan transendensi dalaman, orang perseorangan harus berusaha sendiri untuk


mempertingkatkan darjahnya dari segi kesarjanaan, kebijaksanaan dan akhlak. Dalam
proses pembinaan diri ini antara aspek yang perlu diberi penekanan ialah disiplin diri,
pengorbanan diri dan harga diri. Orang perseorangan mestilah mempunyai batin atau
dalaman yang murni dan niat yang ikhlas. Adalah nyata bahawa yang mencirikan minda
orang Cina ialah personalisme (penyendirian) dan bukannya egoisme atau individualisme
yang agresif.
Manusia dianggap berkedudukan tinggi iaitu di antara Tian dengan Di (langit dan bumi).
Manusia dapat menyertai dan membantu proses perubahan dalam alam semesta. Manusia
harus sentiasa menjalin hubungan yang harmoni dengan alam semesta supaya tercapai
kesatuan antara kedua-duanya.
Sistem etika Konfusianisme berasaskan pada keluarga yang merupakan institusi sosial
yang terulung dalam tamadun Cina. Negara merupakan lanjutan daripada keluarga.
Hubungan luar keluarga dianggap selaras dengan hubungan dalam keluarga.
Oleh sebab pegangan yang kuat dan teguh kepada humanisme, personalisme dan
moralisme maka pendidikan yang beitradisi panjang diberi penghargaan yang tinggi.
Golongan birokrat dan cendekiawan merupakan kelas sosial yang tertinggi
kedudukannya, dan masyarakat menjunjung tinggi golongan guru dan pekerjaannya. Ibu
bapa sedaya-upaya berusaha untuk membiayai anak- anak kerana pelajaran merupakan
satu-satunya saluran mobiliti sosial dalam masyarakat Cina tradisional.
Keharmonian dititikberatkan dalam sebarang bentuk hubungan sama ada hubungan
antara individu dengan individu, antara individu dengan kelompok, keluarga, komumti
atau institusi, antara kelompok dan juga antara manusia dengan alam semesta.
Keharmonian dianggap sebagai suatu nilai yang bersesuaian dengan humanisme dan
moralisme.
Bab 18
TAMADUN CINA: KESUSASTERAAN, KESENIAN, SAINS DAN TEKNOLOGI
CINA
Teo Lay Teen
Bahasa dan Sastera, Kesinambungan Budaya, Kepelbagaian Genre, Puisi, Nyanyian dan
Muzik, Prosa Klasik dan Vernakular, Fungsi Moral dan Etika, Drama dan Nilai,
Konfusianisme, Fiksyen, Budaya dan Adat resam, Muzik, Lukisan dan Kaligrafi, Seni
Pembinaan, Sifat Berharmoni dengan Alam Semesta, Landskap, Tema Bermspirasi,
Konsep Fengshui, Sains dan Teknologi, Sifat Konservatif, Astrononii, Matematik,
Perubatan, Teori Yin dan Yang, Akupunktur, Kemerosotan Sains dan Teknologi Cina.

18.1 PENGENALAN
Tamadun Cina pada dasarnya merupakan. sebuah tamadun berorientasikan agraria atau
pertanian yang sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan sifat geografi dalam proses
pembangunan dan perkembangan. Bagaimanapun, sebagai mana yang telah dibincangkan
dalam bab terdahulu, proses pembangunan tamadun Cina mengambil masa yang panjang.
Tamadun Cina telah melahirkan perkembangan pelbagai aliran falsafah, organisasi politik
secara kompleks, serta sistem pentadbiran dan institusi sosial yang maju. Bab ini akan
membincangkan mengenai beberapa aspek lain yang tidak kurang pentingnya dalam
tamadun Cina iaitu bahasa dan kesusasteraan, kesenian, sains dan teknologi.
18.2 BAHASA DAN KESUSASTERAAN CINA KLASIK

Sifat bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik (alphabetic-phonetic) bermakna hurufhurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan. Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan
cara dari segi fonologi mengikut tempat atau mengikut kesesuaian selaras dengan
perubahan zaman-zaman dalam sejarah Cina. Namun begitu, maksud sesuatu huruf tetap
sama tidak kira dalam diaiek apapun ia disebutkan atau dipertuturkan. Maka itu
kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan dihayati oleh semua yang mengenali huruf Cina.
Sesebuah karya klasik Konfusius misalnya, boleh dibaca dalam apa jua diaiek tanpa
menjejaskan maksudnya. Sifat bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina
dan membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina
yang amat bemilai.
18.3 KEPELBAGAIAN GENRE SASTERA CINA KLASIK
18.3.1 Puisi
Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi). Antologi ini
mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang wujud
pada tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke-11SMP-771SM) hingga zaman Musim
Bunga Musim Luruh (770SM-476SM) dan dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe. la
dipercayai disusun pada lebih kurang masa Konfusius (551SM-479SM). Puisi-puisi
dalam antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi
contoh dan member! inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian. Shijing
bersama empat klasik lain iaitu Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji
(Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai
Wujing (Lima Klasik) dan sejak kurun ke-2SM ianya sangat dihormati oleh sarjanasarjana Cina. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada asasnya dinyanyikan dengan
iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya puisi kuil juga diiringi oleh tarian.
Pada keseluiuhannya kebanyakan puisi dalam Shijing mementingkan elemen lirik lebih

daripada elemen naratif. Rima akhir diutamakan untuk mencapai kesan muzik dan tidak
bergantung kepada penggunaan kecantikan retorik. Puisi dalam Shijing mempunyai
fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. la digunakan dalam pertemuan
rasmi; raja dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi sesuatu
keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar.
Chu ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap mewakili
antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai Yangzi. Puisi-puisi
yang berasal dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama yang agak berbeza
daripada Shijing, misalnya baris-bans lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan
puisinya lebih sesuai dideklamasikan.
Mulai dari Shijing hmgga ke Chu ci, puisi Cina klasik kian matang dan sempurna. Dmasti
Tang (618-907) menyaksikan kemuncak perkembangan genre ini. Keadaan politik dan
ekonomi yang stabil khasnya pada tahap permulaan zaman ini menggalakkan
perkembangan puisi Cina klasik mencapai tahap keemasan. Puisi yang telah dihasilkan
tiada tandingan dari segi kuantiti dan kualiti. Quan Tangshi (Koleksi Lengkap Puisi Tang)
mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang 50,000 buah, hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih
orangpenyajak, termasuk penyajak agung seperti Li Bai, Du Fu dan Bai Juyi. Bentuk
puisi utama yang wujud dalam sejarah puisi Cina klasik seperti jueju (puisi empat baris)
dan lu shi (puisi lapan baris) juga telah mencapai tahap kematangan. Puisi- puisi ini
dihasilkan dan ditulis dengan menggunakan pelbagai terna.
Bagi orang Cina, skop genre shi, yang biasanya diterjemahkan puisi, adalah sangat
terhad. Sebenarnya yang boleh kita klasifikasikan di bawah golongan genre puisi wujud
dalam banyak bentuk selain bentuk shi. Balada misalnya, begitu banyak jumlahnya.
Kebanyakan teks drama juga mengandungi nyanyian dalam bentuk puisi. Yang harus
diberi perhatian ialah sejenis puisi yang timbul dari nyanyian penghibur dan digubah
dalam rangkap berlainan panjang mengikut bunyi atau suit muzik tertentu dikenali
sebagai lirik ci. Di bawah usaha sebilangan penulisan ci yang berbakat seperti Liu Yong,
Su Shi, Li Qingzhao, Zhou Bangyan dan Xin Qiji, bentuk ini mengambil tempat shi pada
zaman pemerintahan dinasti Song (960-1279) untuk menjadi genre yang paling popular
dan representatif.
Ringkasnya, bolehlah kita simpulkan di sini secara keseluruhannya, puisi Cina klasik
mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri yang hams diberikan perhatian ialah pertama,
puisi Cina berhubungan rapat dengan muzik; kedua, bersifat kompak (padat) dan singkat,
panjangnya kadang-kadang serupa dengan sepucuk telegram; ketiga, puisi naratif atau
deskriptif yang boleh dikatakan panjang mengikut standard sastera lain di dunia ini
sangat kurang, dan epik tidak wujud; dan keempat, puisi mempunyai fungsi sosial dan
politik selain fungsi sastera.
18.3.2 Prosa
Garis pemisah antara puisi dengan prosa kurang jelas. Ini dapat dilihat khususnya dalam

tiga jenis genre. Bentuk fu, genre representatif bagi dinasti Han (206SM-220) misalnya,
menunjukkan sifat puisi bercampur prosa. Ini menjelaskan mengapa/M diberi label
berlainan seperti prosa bersifat puisi (poetic prose), prosa berima (rhyme prose), rapsodi
(rhapsody), puisi bersifat prosa (prose poetry) dalam bahasa Inggeris. Genre lain dalam
kumpulan ini termasukpianwen (prosa selari) iaitu sejenis prosa berirama iaitu syaratsyarat tertentu khasnya mengenai kecantikan retorik dikenakan, dan bagu wenzhang
(eight-legged essay), yang merupakan kayu pengukur paling utama dalam menggredkan
calon peperiksaan perkhidmatan awam. Prosa jenis bagu ini mensyaratkan penults perlu
mematuhi pelbagai syarat dari segi kandungan dan bentuk apabila menulis. Prosa jenis
bagu begitu dominan dalam bidang penulisan Cina selama berabad-abad (1487- 1901).
Prosa klasik, atau dikenali guwen, adalah dominan dalam sastera Cina klasik. la
menggunakan bahasa klasik. Terdapat juga prosa vernakular, atau haihuawen, yang ditulis
dalam bahasa pertuturan (percakapan). Prosa klasik berdasarkan standard dan stall karya
pakar zaman purba, khasnya klasik-klasik Konfusius dan karya ahli falsafah zaman awal
sebagai model. Bahasa klasik adalah jauh berbeza dan bahasa pertuturan sehan-hanan
kerana la sukar untuk difahami atau dikuasai. Bagaimanapun, bahasa klasik telah menjadi
medium bagi hampir semua penulisan prosa disebabkan ia adalah bahasa yang dikhaskan
dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana penghormatan tradisional yang ada pada
pencapaian budaya zaman dahulu. Prosa vernakular yang ditulis dalam bahasa sehari-hari
itu dipandang rendah. Bahasa percakapan, walaupun lebih mendekati kegunaan biasa,
tidak ditegaskan dalam tradisi Cina, dan dielakkan dalam penulisan sastera sehmgga
kurun ke-13 dan ia mulai diguna oleh penulis drama dan fiksyen.
Berlainan dengan prosa di Barat, prosa Cina seperti puisi purba, juga mempunyai rungsi
sosial dan politik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, sesebuah
prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. Satu daripada tujuan
penulisan prosa adalah untuk 'menyampaikan dao', atau menunjukkan jalan atau cara dari
segi moral dan etika.
Zhuang Zi (Zhuang Zi juga nama penulis) boleh dikatakan prosa pra- Qin yang indah
sekali. Manakala Shiji (Rekod Sejarah) hasil Sima Qian, sebuah buku sejarah mempunyai
penulisan prosa yang terbaik sekali bagi zaman dinasti Han (206SM-220SM).
Kecemerlangan Shiji terletak kepada sifatnya sebagai model percantuman sejarah dan
kesusasteraan. Buku ini diberi nilai sastera yang amat tinggi dan mempunyai pengaruh
besar terhadap bukan sahaja prosa, tetapi juga novel dan drama hari kemudian.
18.3.3 Drama
Drama Cina berkembang agak lewat. Pada dinasti Yuan (1279-1368), prestij tradisi lama
mulai merosot di bawah pemerintahan Mongol, dan kawasan utara China, di mana
penakluk asing mendirikan pusat pentadbiran mereka, menjadi satu persekitaran yang
unik dengan aktiviti sastera yang bukan konvensional seperti drama berkembang. Drama
Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang
digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Pelbagai tema

dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama. Terdapat penulis-penulis yang


menghasilkan karya dan menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk
mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan. Dengan ini zaju bukan
sahaja member! hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya
mendapat konsensus dan simpati penonton. Sebagai contoh, drama Dou'er yuan
(Ketidakadilan Dou'er) karya Guan Hanqing, mengkritik kelemahan pegawai Mongol
yang menerima rasuah sehingga mengakibatkan seorang suri rumah dihukum mati tanpa
melakukan apa-apa kesalahan. Karya lain seperti drama Xixiangji (Percintaan Kamar
Barat) hasil penulisan Wang Shifu, menyanjung cinta bebas melalui pelukisan watak
utama sebagai berani menentang tradisi lama dalam hal perkahwinan. Zaju banyak
menyokong nilai-nilai Cina tradisional khasnya nilai seperti zhong (kesetiaan), xiao
(penghormatan terhadap ibu bapa), jie (kesucian seseorang wanita) dan yi (keadilan).
Drama jenis lain yang harus diperkenalkan ialah chuanqi. Chuanqi yang berkembang
semasa zaju, lebih panjang dari segi skop iaitu biasanya berjumlah tiga sehingga empat
puluh adegan (babak) dan lebih fleksibel dari segi muzik dan nyanyian. Selain chuanqi,
kunqu Juga amat menarik. Bentuk drama ini berdominan sejak kurun ke-16 sehingga ke18 dan merupakan kegemaran golongan pujangga kerana stall nyanyiannya halus dan
muziknya bergaya.
Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dan berlainan daerah mula berkembang dan
semakin popular sehingga akhirnya dipentaskan di pentas- pentas di Beijing. Dari sini,
kegiatan drama ini akhirnya melahirkan opera Cina yang menjadi salah satu kegemaran
ramai masyarakat Cina sehingga masa kini.
Seperti yang dibincangkan di atas, prinsip moral Konfusius terkandung di dalam drama
Cina tradisional. Tanggungjawab terhadap ibu bapa dan suami atau taat setia kepada tuan
atau ketua adalah nilai yang berulang kali disalurkan dalam karya-karya drama. Secara
keseluruhannya, drama Cina lebih berkecenderungan menekankan nilai-nilai etika
berbanding agama. Drama bertujuan mendukung kelakuan baik dan memberi amaran
atau berwaspada terhadap perbuatan-perbuatan jahat. Konsep tragedi seperti yang
terdapat di Barat yang menegaskan bahawa manusia tidak berupaya memahami atau
menguasai kuasa alam semesta tidak mendapat tempat dalam drama Cina. Sesebuah
drama Cina yang tipikal akan berakhir dengan mesej yang mengatakan
sesiapa yang berbuat baik akan mendapat ganjaran dan sebaliknya, yang jahat akan
menerima hukuman.
18.3.4 Fiksyen
Disebabkan cerita-cerita yang ditulis adalah dalam bahasa vernakular maka golongan
terpelajar tradisional yang memandang tinggi stall klasik secara rasmi tidak menganggap
fiksyen bernilai untuk diberi taraf sastera. Istilah Cina bagi merujuk genre ini ialah
xiaoshuo bermaksud percakapan kecil, dan percakapan sia-sia. Ternyata, kedudukan
fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa yang selama ini bukan sahaja mempunyai

fungsi sastera tetapi juga berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan
juga sebagai alat politik. Walau bagaimanapun, pada zaman awal dinasti Song (960-1279)
perkembangan cerita dalam bahasa harian telah mulai wujud, selanjutnya mencapai tahap
kematangan dan kegemilangan pada zaman dinasti Yuan (1279-1368), dinasti Ming
(1368-1644) dan dinasti Qing (1644-1911).
Hasil karya berbentuk fiksyen begitu banyak dicipta dan kebanyakannya merupakan
naratif yang panjang. Sebahagiannya adalah dalam bentuk roman sejarah. Contoh terbaik
ialah Sanguoyanyi (Roman Tiga Negara), sebuah roman berdasarkan cerita yang telah
lama tersebar di kalangan rakyat mengenai perebutan kuasa tiga buah negara pada akhir
kurun ke-2. Roman sejarah seperti Sanguo yanyi mengandungi maklumat-maklumat dan
bahan-bahan yang begitu menarik bagi penulis drama Cina. Beberapa fiksyen
mempunyai nilai yang amat tinggi misalnya Honglou meng (Mimpi Loteng Merah), yang
melukiskan kehidupan dan nasib sebuah keluarga besar pada zaman dinasti Qing. la
merupakan sebuah novel dengan pencapaian sangat cemerlang kelihatan dari segi
perwatakan dan pelukisan gambaran yang mendalam serta bermaklumat tentang
kehidupan dan adat resam orang Cina.
Fiksyen Cina kadangkala digunakan sebagai alat untuk menggambarkan dunia Utopia,
dan menyokong perubahan misalnya, karya Shuihu zbuan (Kisah Pinggir Air). Terdapat
fiksyen mengenai keghaiban seperti Xijouji (Perjalanan ke Barat) dan ada juga yang
merupakan mengenai pornografi seperti/w PingMei (Emas Vas Plum), walaupun buku ini
juga mempamerkan sudut gelap masyarakat Cina yang penuh dengan rasuah dan
keruntuhan moral. Nilai terbesar novel China boleh dilihat dari aspek bahawa
kebanyakannya member! wawasan mendalam tentang budaya dan adat resam orang Cina
pada zaman sesuatu novel itu ditulis.
Bertepatan dengan penerimaan Buddhisme natijah dari interaksi dengan tamadun India
maka terdapat pengaruh unsur-unsur agama ini yang jelas. Fiksyen Cina berkembang di
atas dasar tradisi mencerita {story-telling) zaman lebih awal iaitu penglipur lara telah
meniru format dikir agama Buddha untuk menyampaikan cerita mereka. Selain daripada
cara penyampaian, terdapat juga
fiksyen yang temanya telah diilhamkan oleh catatan agama Buddha. Antara contoh
terbaik ialah Xiyou ji, yang menceritakan dengan penuh imaginasi perjalanan seorang
sami Cina ke India untuk mendapatkan kitab suci Buddha.
18.4 KESENIAN CINA
18.4.1 Muzik Klasik
Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang
dalam dunia ini. Bukti dokumentasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak
terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di
istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Namun begitu,

bahan muzik ini telah hilang dan yang masih dapat dilihat hanya bahan yang wujud sejak
dari zaman dinasti Song, dan Jumlahnya sudah sama dengan jumlah kesemua bahan
sistem muzik utama dalam sejarah Eropah.
Sistem melodi (tune) muzik Cina klasik adalah kompleks. Alat-alat muzik Cina
dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu
dimainkan. Pada dasarnya bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera,
kayu, labu dan buluh. Berdasarkan cara sesuatu jenis alat muzik ini dimainkan muzik
Cina dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup, genderang, memetik dan
menggesek.
Mengenai asal-usul muzik Cina, rekod Cina menyatakan bahawa lebih kurang pada tahun
2697SM, Maharaja Huang Di (maharaja legenda yang dikatakan salah satu maharaja
terawal yang wujud di dalam sejarah Cina) telah menghantar orang untuk mencari paip
buluh. Palp buluh yang dicari ini dikatakan boleh mengeluarkan bunyi serupa dengan
bunyi burung phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik yang berharmoni dengan alam
semesta. Perbincangan dan rujukan terhadap muzik juga terdapat dalam buku-buku klasik
seperti Li ji (Rekod Ritual) yang bertarikh pada kurun ke-2SM dan Shi jing. Tokoh-tokoh
seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik
yang lebih khusus serta prinsip estetik tentang muzik.
Pemikiran bahawa muzik harus berharmoni dengan alam semesta bukan sahaja wujud
dalam legenda. Dalam bab "Yue ji" (Rekod Muzik) yang terkandung dalam buku Liji
telah direkodkan komen bahawa muzik adalah hasil harmoni langit dengan bumi.
Tanggapan bersifat kosmologi ini memang bukan kepercayaan karut tetapi merupakan
pemahaman mendalam mengenai fungsi budaya muzik dalam dunia manusia. Konfusius
memberi pendapat yang sama, mengatakan bahawa muzik teragung adalah muzik yang
berharmoni dengan alam sekitar, dan melalui harmoni ini dapat memulihkan keadaan
dunia fizikal. Konfusius meletakkan muzik berkedudukan (status) penting, mengiktiraf
peranannya dalam memberikan perkhidmatan dan membuat sumbangan
terhadap pembentukan dunia yang bersifat teratur dan bermoral. Pada pendapat beliau,
muzik dan pihak pemerintah adalah saling membayangkan atau lengkap melengkapi.
Hanya manusia yang bersifat unggul (superior) dan yang berupaya memahami muzik
mempunyai kelengkapan memerintah. Muzik, melalui pemaparan enam jenis emosi, iaitu
kesedihan, kepuasan, kegembiraan, kemarahan, ketaatan dan kecintaan dapat
mempamerkan sifat benar seseorang. Sifat yang suka berpura-pura dan menipu tidak
mungkin dapat berterusan. Beliau juga menghuraikan tentang pemilihan muzik yang
bersesuaian demi menyempurnakan seseorang berbudi pekerti dari segi moral.
Kedatangan muzik India melalui penerimaan agama Buddha telah memberikan
kenikmatan muzik yang berlainan. Muzik bercorak Asia Tengah dan Asia Barat, misalnya
muzik dari Iran juga banyak mempengaruhi muzik Cina melalui aktiviti perdagangan dan
penyebaran agama Islam ke China pada abad ke-8. Selain itu, muzik Cina juga
menggabungkan pelbagai corak muzik kaum minoriti dari seluruh negara China.

Pengaruh muzik Cina pula dapat dilihat terhadap tamadun-tamadun lain terutama sekali
muzik Korea dan Vietnam natijah daripada interaksi antara tamadun. Muzik Cina tersebar
ke Korea sejak zaman pemerintahan dinasti Song (960-1279) dan masih digunakan serta
dikekalkan sebagai muzik sembahyang sehingga masa kini. Manakala di Vietnam, corak
muzik Cina klasik banyak dipelajan dan sebahagian dan peralatan muzik berasal dari
negara China. Cerita yang terkandung dalam muzik Vietnam banyak diambil daripada
sejarah dan legenda Cina.
18.4.2 Kaligrafi
Berbanding dengan bentuk kesenian yang lain, kaligrafi diberi penghormatan yang paling
tinggi di negara China. Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan
kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti.
Sebagaimana usaha menghasilkan kaligrafi, untuk memkmati seni im Juga memerlukan
kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa.
Berbanding dengan sent lukisan, contoh kaligrafi lebih tersebar meluas. Dalam sistem
pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat
dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar. Inskripsi dijumpal di mana-mana sama
ada dalam bentuk batu bersurat yang terletak di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda,
gerbang kehormat, tiang bangunan dan di rumah-rumah. Skrol yang tergantung
berpasangan dan mengandungi tulisan sepadan hampir dapat dilihat di seluruh tempat.
Terdapat pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul di antaranya ialah Wang Xizhi (321379).
Kaligrafi menggunakan bahan-bahan antaranya dakwat, berus, kertas, dan kadang-kadang
sutera. Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek dan akan digosok pada batu
dakwat bersama sedikit air sehingga mendapat
kekonsistenan yang betui sebelum menulis. Berus diperbuat daripada bulu kambing, rusa
atau serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas yang diguna ialah sejenis kertas xuan
yang mudah menyerap dakwat.
Kaligrafi Cina telah menghasilkan banyak stall tulisan yang telah dikembangkan.
Terdapat enam jenis stail tulisan yang masih digunakan masa sekarang walaupun ada di
antaranya yang hanya digunakan untuk tujuan spesifik. Empat stall tulisan lebih biasa
digunakan masa kini, termasuklah pertama, stall biasa atau kaishu iaitu setiap pergerakan
berus dan garis (stroke) ditulis dengan jelas; kedua, lishu iaitu sejenis stall yang
dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan kerani, tulisannya lebih berbentuk segi
empat, dengan pergerakan berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada
pergerakan berus dan garis tegak; ketiga, xingshu atau stall berlari iaitu bentuknya
seakan-akan kaishu tetapi tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila
menulis, dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur; dan keempat,
caoshu atau stall rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan rupa bentuk iaitu
rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak tetapi pada hal adalah teratur. Jenis

kaishu ialah stall yang biasa digunakan dalam buku cetakan. Caoshu pula hanya dapat
difahami oleh pakar kaligrafi yang telah mahir dalam seni ini dan bukan satu stall yang
sesuai untuk kegunaan biasa.
Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi
seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk garis yang menarik lalu menggubah
struktur yang cantik berdasarkan garis-garis ini. Usaha ini hams dijalankan tanpa
sebarang percubaan dengan sengaja untuk memperelok atau menggelapkan stroke-stroke
tertentu. Pada masa yang sama seseorang pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di
antara stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya dapat dicapai
hanya selepas berlatih dalam tempoh masa yang lama.
Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina sama dengan semua jenis seni Cina, iaitu alam semula
jadi. Sebagai mana ranting pokok yang hidup adalah bernyawa, setiap garis dalam sebuah
kaligrafi yang halus juga mempunyai tenaga benda hidup. Ini adalah sangat berbeza
daripada garis hurufyang terdapat dalam bahan cetakan, dengan variasi bentuk dan
struktur tidak dibenarkan.
Pakar kaligrafi Cina terutama pakar caoshu, tidak mentoleransikan sifat ketetapan.
Sebuah kaligrafi yang baik bukanlah satu susunan bersimetri bagi bentuk konvensional,
bahkan ia boleh disamakan dengan gerak-geri dalam sebuah tarian yang dikoordinasikan
dengan penuh kemahiran, dengan impuls, momentum, poise sejenak, dan interaksi yang
penuh kekuatan bergabung untuk menghasilkan satu kesempurnaan seimbang.
Kecantikan sesebuah kaligrafi tidak dinilai secara perkataan demi perkataan tapi dibuat
terhadap keharmonian yang ditunjukkan oleh keseluruhan hasil.
18.4.3 Seni Lukis
Dalam tradisi Cina, lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga
puisi. Kebanyakan pelukis bukan sahaja mahir melukis tetapi juga merupakan sarjana dan
pakar kaligrafi antaranya Su Dongpo (1037-1101) pada zaman dinasti Song. Biasanya
sebuah puisi yang berkaitan dengan sesuatu lukisan ditulis di sudut ruangan kosong
supaya mencapai tahap 'kesatuan di antara puisi, kaligrafi dan lukisan'. Sebuah lukisan
Cina merupakan kombinasi sent puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir cap (seal
engraving).
Berdasarkan cara penyampaian, lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua
kategori iaitu pertama, xieyi (bebas tangan/freehand brushwork) dan kedua, gonghi
(menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir). Xieyi
merupakan pendekatan asas lukisan Cina. Teori estetik xieyi menitikberatkan sentimen
dan mengabaikan realisme. Aspek seperti perspektif dan cahaya tidak penting. Qi Baishi,
pelukis Cina terkenal pada masa moden misalnya, tidak melukis udang, serangga, burung
atau bunga mengikut rupa bentuk sebenar tetapi hanya menunjukkan sifat paling penting
(essence) objek-objek ini mengikut pengalaman dan fahaman sendiri. Apabila melukis
landskap, jarang pelukis xieyi melukis tempat yang benar-benar wujud, tetapi mereka

hanya meminjam bentuk-bentuk gunung, sungai, batu, pokok untuk dijadikan alat
menyatakan perasaan dan idea mereka. Walaupun mereka mengelakkan dari memberi
gambaran tepat, mereka perlu membuat lukisan landskap yang digemari mereka sebagai
landskap, dan membawa peminat ke dalam dunia alam semula jadi serta bersatu
dengannya.
Dalam lukisan Cina, bahan yang sama digunakan sebagai mana yang digunakan oleh ahli
kaligrafi Cina. Kebanyakan lukisan Cina dilukis dengan menggunakan dakwat
monokrom.
Seseorang pelukis perlu memastikan terlebih dahulu mengenai apa yang ingin dilukiskan
supaya tidak berlaku kesilapan atau kesalahan apabila melukis dan beliau perlu
menyiapkan hasil lukisan dengan penuh keyakinan, kelajuan serta kemahiran menguasai
teknik lukis. Keyakinan dan kemahiran ini hanya dapat diperolehi melalui latihan yang
panjang dan berdasarkan pengalaman. Format lukisan biasanya dalam bentuk skrol
panjang yang digantung secara tegak atau skrol tangan melintang yang berbeza
panjangnya, kadang-kadang sepanjang lima belas meter. Bentuk lain ialah kipas dan
lembaran album.
Kriteria menilai lukisan berdasarkan kriteria sama yang digunakan untuk menilai
kaligrafi. Sesuatu lukisan yang bernilai harus menunjukkan pergerakan berus yang penuh
dengan tenaga (vitality) dan perasaan (expressiveness) serta komposisi yang bersifat
harmoni secara keseluruhan. Bagi seseorang peminat lukisan Cina, tandatangan pelukis,
tulisan, biasanya puisi dan cap merupakan bahagian komposisi yang juga diperlukan.
Lukisan Cina di peringkat awal dihasilkan oleh tukang-tukang lukis yang tidak diketahui
namanya untuk kegunaan istana dan keluarga feudal.
Bagaimanapun, selepas dinasti Han (206SM-220SM) konsep seni halus (fine art) mulai
wujud sebagai hasil kegemaran waktu lapang bagi golongan atasan yang berpendidikan.
Lama-kelamaan satu tradisi wujud iaitu pelukis pujangga amatur ini kian terpisah dengan
tukang lukis istana dan tukang lukis profesional yang menjual lukisan mereka untuk
tujuan mendapat keuntungan. Sedangkan tukang lukis istana dan profesional lebih
cenderung kepada sifat realisme pelukis pujangga mengabaikan pencapaian ketepatan
dari segi visual (visual accuracy). Dalam lukisan mereka maksud sebenar disampaikan
secara tersembunyi kerana bukan semua maksud hams dikatakan. Bagi seorang pelukis
pujangga, sedikit bayangan adalah mencukupi. Percubaan untuk menyampaikan lebih
daripada apa yang diperlukan akan menyebabkan sesuatu lukisan itu dikritik sebagai
kasar, dan dianggap tidak ada konsep seni.
Berbanding tema dalam lukisan Barat, tema lukisan Cina adalah terhad dan tidak
dianggap menyeluruh. Subjek seperti peperangan, kekerasan, kematian, kawasan bandar,
sudut gelap dalam kehidupan dan kebogelan jarang menarik minat pelukis Cina. Bagi
orang Cina, seni lukisan bukan dihasilkan dengan maksud untuk menggambarkan
kesemuanya ini dan objek yang tidak bernyawa jarang dilukiskan. Batu dan sungai

dianggap seperti bernyawa dan merupakan manifestasi kuasa yang tidak dapat dilihat
dalam alam semesta. Lukisan yang hanya mementingkan bentuk juga tidak ada tempat
kerana orang Cina tidak menerima lukisan yang bentuknya cantik tetapi temanya tidak
memberikan manfaat dari segi keimanan dan akhlak.
Lukisan landskap merupakan jenis lukisan utama. Lukisan mengenai tumbuh-tumbuhan
dan binatang-binatang juga digeman. Selam itu juga terdapat lukisan potret dan figura.
Dalam konteks ini, perhubungan antara manusia sangat penting dalam negara China. Jadi
satu tema biasa bagi lukisan figura ialah berkenaan dengan para lelaki yang berbudi
bahasa menikmati aktiviti ilmiah bersama atau berkenaan perpisahan dan pertemuan
semula para pegawal kerajaan.
Boleh dikatakan kebanyakan lukisan Cina bersifat simbolik. Buluh menandakan
semangat seorang sarjana yang mungkin dibengkok oleh sebab keadaan tertentu tetapi
tidak boleh dipatah; burung jenjang bersimbolik hidup panjang; dan itik mandarin yang
selalu berpasangan menunjuk kepada kesetiaan suami-isten. Simbol paling popular yang
diambil dan dunia tumbuh-tumbuhan ialah orkid, simbol Konfusian bagi kesucian dan
kehalusan budi pekerti. Bunga plum pada musim sejuk yang berbunga juga dalam cuaca
saiji melambangkan semangat atau kehalusan kualiti yang tidak akan tunduk dilihat dari
segi politik, dan pokok pain tua yang berbonjol-bonjol mewakili sifat bertahan dalam
persekitaran politik yang keras atau semangat usia tua yang tidak dapat ditakluk. Sifat
simbolik ini menjadikan lukisan Cina sebagai satu perantara paling baik yang
membayangkan personaliti, perasaan dan jiwa seseorang pelukis. Oleh itu, kebanyakan
pelukis Cina memberi fokus kepada menyatakan kesedaran
dalaman terhadap sesuatu lebih daripada cuba menggambarkan objek sebenar atau
menyampaikan rasa realiti (sense of reality) atau objek bertiga dimensi.
Masyarakat Cina yang bersifat pertanian menegaskan manusia harus memahami corak
alam semula jadi dan hidup bertepatan serta secara harmoni dengannya. Dalam lukisan,
terutamanya lukisan landskap, penekanan diberi kepada menggambarkan kefahaman
manusia terhadap alam semula jadi. Pelukis juga suka melukis objek kecil dalam alam
sekitar seperti buluh, burung, tumbuhan, bunga, ikan dan sebagainya. Kita dapat
menyimpulkan aspek lukisan Cina ini sebagai aspek Daois. Bukan semua lukisan Cina
berkecenderungan Daois. Hasil lukisan di peringkat awal misalnya, juga mempunyai
fungsi sosial dan moral. Lukisan potret membayangkan peribadi dan peranan sosial
seseorang. Tukang lukis istana juga melukiskan berkenaan peristiwa-peristiwa yang
dianggap bertuah dan tidak dapat dilupakan. Ini merupakan aspek Konfusian lukisan
Cma.
Mengenai pengaruh dari tamadun lain, seni khat dengan tulisan Arab bercorak Islam telah
bersatu dengan seni kaligrafi Cina untuk menghasilkan sent khat bersifat Cina beragama
Islam. Seni lukis Cina juga dipengaruhi oleh agama Buddha sejak zaman dinasti Han.
Latar belakang dan dewa-dewi yang berwarna-warm diambil daripada centa dan ajaran
agama Buddha masih dapat dilihat di dinding dalam Groto Dunhuang tinggalan dinasti

Tang. Kaligrafi dan lukisan Cina memberi kesan terhadap seni Asia Timur, iaitu Korea
dan Jepun yang masih mengekalkan tulisan Cina kuno sebagai tulisan klasik mereka.
Seni kaligrafi telah disebarkan ke Korea dan Jepun pada zaman dinasti Tang. Sehingga
masa kini, pakar-pakar kaligrafi masih dihormati oleh masyarakat Korea dan Jepun serta
karya kaligrafi dianggap sebagai bahan seni yang amat bernilai. Lukisan Korea dan Jepun
mempunyai kesan corak seni lukis dinasti Tang. Kesan corak Lingnan shanshui iaitu
lukisan landskap sekolah Lingnan dari dinasti Song banyak terdapat dalam lukisan
landskap Jepun.
18.4.4 Seni Pembinaan
Dalam aspek seni bina, tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih
wujud sehingga kini sangat berkurangan. Ini disebabkan sebahagian besar bahan-bahan
yang digunakan iaitu kayu tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh ikhm dan cuaca.
Ciri utama binaan Cina dapat dilihat dari pelbagai segi antaranya yang paling jelas lalah
kemginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Sejak dari awal lagi,
orang Cina mempercayai sekiranya manusia ingin maju ia tidak harus menimbulkan
kemarahan atau cuba menguasai alam semesta tetapi sebaliknya, harus berusaha untuk
mencapai keharmonian dengannya. Pemikiran ini dapat dinyatakan dengan jelas dalam
kepercayaan fengshui (geomancy), iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau
kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teon fengshui. Lokasi dan susunan yang
mempunyai fengshui yang buruk, iaitu yang tidak berharmoni dengan alam semesta akan
menjejaskan masa depan sesebuah keluarga.
Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana
semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan.
Di peringkat kampung dan desa, kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi
kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan
dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua
puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu
yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan
meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu
tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat menara
yang tinggmya beberapa tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh
dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan juga di
dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China). Tembok juga dibina bukan
sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumahrumah kediaman.
Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan
mempunyai rangka yang berbentuk "tiang dan ambang" (post-and-lintel frame), atau
tiang tegak dengan balak melintang di atas. Tiang kayu yang digunakan untuk
menyokong bumbung kadang-kadang dicat dan kayu lintang yang mengikut keseluruhan
binaan biasanya dihiaskan dengan ukiran atau lukisan corak berwarna.

Bumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun curam dengan cucur bumbung yang
melengkung ke atas di sudutnya. Bumbung biasanya dipasang tembikar walaupun
keluarga miskin menggunakan bumbung atas. Bumbung kuil dan istana biasanya
mempunyai tembikar berwarna kilat misalnya, bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di
Beijing yang berwarna kilat biru.
Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan Juga merupakan satu cin seni bina
Cina. Ciri lain termasuklah pagoda, yang dipengaruhl oleh agama Buddha. Pagoda hilang
hubungannya dengan agama Buddha kemudian, dan kebanyakan pagoda yang dibina
terkemudian adalah untuk tu]\iznfengshui. Pailou Sitnupaifang iaitu gerbang pada asalnya
dibina untuk tujuan memperingati seseorang berdasarkan merit, misalnya seorang balu
muda yang hidup mulia hingga ke usia tua; atau sebuah keluarga yang hidup bersama
untuk beberapa generasi. Jambatan kebanyakannya dibina dari batu dan ada yang
mempunyai lebih dari satu gerbang, adalah ciri lain binaan Cina.
Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina. Taman- taman Cina bahkan
taman-taman diraja atau persendirian, melanjutkan lagi pnnsip binaan dengan reka bentuk
telah diubahsuaikan untuk bersesuaian dengan alam sekitar dan bukan untuk berdominan.
Istana Musim Panas (The Summer Place) di kawasan desa Beijing mempamerkan
kejayaan cemerlang orang Cina
dalam merancangkan susunan binaan yang bersesuaian dengan landskap. Dilihat dari segi
pembinaan, Beijing yang dibina bertepatan dengan statusnya sebagai ibu kota sebuah
empayar boleh dikatakan bandar yang paling mengagumkan.
18.4.5 Seni Cina yang Lain
Hasil area di negara China biasanya tidak diperbuat sebagai objek seni tetapi untuk tujuan
keperluan istiadat, agama atau pengkebumian. Hasil area yang teragung merupakan
patung dewa-dewi agama Buddha yang diukir daripada batu atau kayu.
Seni hias yang paling penting termasuk seni tembikar, seni ukir, sent logam, seni lakuer,
perabot dan tekstil. Hasil tembikar berkilat telah wujud seawal kurun ke-2SM dan
porselin diperkembangkan pada kurun ke-6, lebih awal daripada penemuannya di Eropah.
Pengaruh seni porselin Cina terhadap seni tembikar Eropah adalah sangat besar.
Secara umumnya, dapat disimpulkan mengenai beberapa aspek-aspek penting dalam
bidang bahasa dan kesusasteraan, dan kesenian dalam tamadun Cina. Pertama,
pencapaian kesusasteraan dan kesenian Cina telah memperkayakan tamadun Cina.
Kedua, kegunaan bahasa Cina telah menyebabkan perkembangan kesusasteraan Cina
berterusan tanpa gangguan. Bagaimanapun, unsur luar seperti kedatangan Buddhisme
menggalakkan interaksi tamadun dan seterusnya membawa pengaruh asing kepada
sastera Cina. Ketiga, kesusasteraan Cina mempunyai fungsi sosial dan politik selain
rungsi sastera. Sastera khasnya sastera yang wujud sebelum pemerintahan orang Mongol,

harus mempunyai tujuan mempertingkat dan menyempurnakan seseorang individu dan


segi moral dan etika. Keempat, sifat harmoni diutamakan. Sastera Cina menegaskan ciri
zhonghe, iaitu harmoni antara emosi dengan rasional, selaras dengan semangat
zhongyong (kesederhanaan) dalam tamadun Cina. Kesenian Cina juga menunjukkan sifat
harmoni dengan alam semesta. Dan kehma, falsafah Konfusius tidak memberi pengaruh
yang kuat terhadap aspek seni Cina. Sebaliknya, seni Cina banyak memperlihatkan ciriciri Daoisme dan Buddhisme. Selain itu, unsur-unsur budaya pendatang dari kawasan
sekitar negara China juga diserap dalam bidang seni.
18.5 SAINS DAN TEKNOLOGI CINA

Interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang terserlah sehinggalah
kemunculan zaman moden. Namun begitu, wujud pertemuan sekali- sekala yang
berlangsung antaranya pengembaraan Marco Polo pada tahun 1275- 1292. Ini telah
menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan teknologi Cina dan seterusnya berlaku
pemindahan pengetahuan teknologi dan China ke Barat. Ilmu mengenai sutera, kompas,
pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari negara China.
Bagaimanapun, para pemerintah China tidak berminat untuk menggalakkan penciptaan
atau perniagaan dan perindustrian serta tidak menggalakkan perhubungan perniagaan
dengan dunia luar. Kesannya, negara China telah ketinggalan dalam bidang sains dan
teknologi sehingga abad ke-20 yang kemudiannya, evolusi politik dan pergolakan sosial
telah membangkitkan kesedaran orang Cina tentang kepentingan sains dan teknologi
moden.
18.5.1 Bidang Astronomi
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina
telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan
komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi
dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang
lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang
paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.
18.5.2 Bidang Matematik

18.5.3 Bidang Perubatan

Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan
yang dan juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan
secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan
manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang seimbang, kesakitan
berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal dan ini merupakan
tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional. Teori lima elemen menganggap
badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti
hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam
semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh
api. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah.
Berdasarkan dua teori ini doktor Cina tradisional mengambil berat tentang kepentingan
melaraskan semula keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.
Satu lagi bentuk teori penting ialah teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan
asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa).
Mengikut teori ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan
dihubungkan oleh saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabilaywg
atau luo tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan
kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir lancar merupakan asas dan
langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.
Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional.
Berdasarkan teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau
mencucuk jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke
dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan
titik tertentu pada saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat
dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500SM atau lebih awal
dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan. Dalam rawatan moxibustion,
daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu
dibakar.
Bahan yang digunakan sebagai ubat-ubatan sangat luas termasuklah tumbuh-tumbuhan
(herba), binatang dan sumber galian. Terdapat herba zaman purba yang berjumlah lebih
kurang 1,000 jenis. Kegunaan ubat-ubatan dalam rawatan pada dasarnya ialah untuk
memulihkan keseimbangan yin dan yang dan merupakan satu perkara yang agak rumit.
Ini menyebabkan cara mempreskripsi
(menentukan penggunaan ubat-ubatan) bersifat kompleks. Terdapat ubat yang telah
diguna oleh sistem perubatan Barat misalnya rubarb, besi (untuk anemia), dan kapur
barus (champor). Herba mahuang telah digunakan sekurang-kurangnya sepanjang 4,000
tahun di negara China dan sekarang sangat berguna dalam bidang perubatan Barat untuk
merawat penyakit lelah (asthma) dan penyakit lain yang berkaitan.
Buku mengenai perubatan dan farmokologi Cina tradisional sangat berguna dalam

memperkembangkan sains perubatan Cina. Huangdi neijing (Klasik Perubatan Maharaja


Kuning), yang dipercayai dihasilkan oleh sarjana perubatan tidak bernama pada Zaman
Negeri Berperang (475-221SM), merupakan kesimpulan sempurna yang pertama bagi
perubatan Cina tradisional. Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) yang ditulis oleh Li
Shizhen (1518-1593) ialah farmakopeia Cina teragung dan mengandungi 52 jilid yang
masih dianggap berwibawa sehingga masa kini.
18.5.4 Bidang Optik
Dalam bidang optik, saintis Cina awal telah memberi perhatian kepada penyongsangan
(inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubangjarum (pin- hole camera), dan begitu
juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave- lens). Mereka juga
memahami prinsip fokus.
18.5.5 Bidang Alkimia
Ahli alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat manusia
hidup selama-lamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan" (elixir of life).
"Eliksir kehidupan" ini mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan
arsenik. Bahan-bahan tersebut kebanyakan adalah bersifat toksik dan ahli alkimia sedar
akan sifat ini. Dalam bidang perubatan moden, penggunaan bahan beracun adalah biasa.
Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan usia
manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur pelbagai bahan, termasuk bahan
beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.
18.5.6 Teknologi Cina

Masyarakat Cina juga menyedari mengenai kebaikan tumbuh-tumbuhan dan binatangbinatang dari segi perekonomian. Dari China, dibawa kain sutera ke dunia Barat semasa
pemerintahan era Roma, dan ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di Eropah
pada kurun ke-6. Manakala fosil dikenali buat pertama kali di negara China kira-kira
pada tahun 1050 oleh Zhu Xi, sedangkan di Eropah hanya selepas Leonardo da Vinci
iaitu kira-kira pada kurun ke-15.
18.6 EMPAT PENCIPTAAN AGUNG
Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dan segi
sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat
penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.

18.7 KEMEROSOTAN DAN CIRI-CIRI SAINS CINA


Seperti yang dibincangkan di atas, negara China telah banyak menyumbang kepada
tamadun dunia di bidang sains dan teknologi terutamanya sebelum kurun ke-14. Akan
tetapi, selepas ini sains dan teknologi di China boleh dikatakan mengalami tahap
kemerosotan.
Beberapa ciri yang berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi Cina boleh
dirumuskan seperti berikut iaitu pertama, sifat orang Cina yang pragmatik dan praktikal.
Orang Cina lebih mengutamakan teknologi atau alat- alat penciptaan untuk tujuan
pragmatik atau kegunaan berbanding dengan menjalankan penyelidikan dalam bidang
sains untuk maksud pengetahuan yang bersifat asas dan teoretikal.
Kedua, cara berfikir Cina yang mengutamakan pengalaman. Berdasarkan pengalaman
orang Cina telah mencapai tahap kemajuan yang tinggi mengenai teknologi dan alat-alat
penggunaan seperti kalendar, cara pengairan, abacus, perubatan Cina tradisional dan
sebagainya. Akan tetapi, mereka kurang menjalankan penyelidikan tentang teori sains
secara kritis, analisis dan logik. Mereka jarang mengaplikasikan pendekatan kuantitatif
dan logik terhadap pengetahuan empirik. Mereka berminat akan aspek 'apa' dan bukan
aspek 'mengapa' tentang sesuatu keadaan atau benda.
Ketiga, falsafah Cina yang mementingkan aspek humanisme. Pemikiran Konfusius yang
berasaskan sifat humanisme mengutamakan aspek pembinaan akhlak perseorangan
supaya menjadi individu yang berguna terhadap keluarga, masyarakat, negara dan dunia.
Sehubungan ini, kewajipan sosial seseorang dalam konteks 'lima hubungan sosial'
ditegaskan dalam sistern pendidikan Cina. Akibatnya, para sarjana kurang berminat
terhadap pengetahuan sains, khususnya sains semulajadi (natural science).
Keempat, kesan sistem peperiksaan perkhidmatan awam. Sistem peperiksaan ini
mementingkan aspek falsafah dan etika Konfusianisme dan dengan ini tidak
menggalakkan kemunculan bakat yang mahir dalam bidang sains.
Dan kelima, pendekatan holistik terhadap kehidupan. Pendekatan holistik ini jelas
kelihatan di bidang perubatan Cina yang memandang seluruh bahagian badan manusia itu
sebagai satu, iaitu sebarang bahagian badan tidak
terpisah daripada bahagian yang lain, dan seseorang pesakit diteliti dari konteks yang luas
termasuk sosial dan biologi.
Sumbangan tamadun Cina terhadap tamadun dunia di bidang sains dan teknologi adalah
banyak dan besar. Interaksi antara tamadun di bidang sains dan teknologi berlaku sejak
tahap permulaan dengan pelbagai tradisi sains saling pengaruh mempengaruhl antara satu
sama lain.
18.8 PENUTUP

Kesusasteraan klasik dan kesenian Cina merupakan hasil budaya Cina yang amat bernilai.
Seperti komponen budaya Cina yang lain, kandungan kesusasteraan klasik dan kesenian
Cina adalah sangat kaya dan menarik.
Di bidang sains dan teknologi, walaupun perkembangannya tidak sebegitu pesat
berbanding dengan sains dan teknologi moden, orang Cina telah mempelopori penciptaan
kertas, percetakan, bahan letupan dan kompas yang banyak memberi manfaat kepada
permodenan negara-negara Barat.
Dengan pencapaian-pencapaian penting dalam bidang bahasa dan kesusasteraan,
kesenian, sains dan teknologi dalam tamadun Cina, ini membuktikan bahawa tamadun
Cina merupakan antara penyumbang utama dan penting kepada perkembangan tamadun
dunia. Melalui hubungan atau interaksi antara tamadun, pencapaian-pencapaian tamadun
Cina kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan kepada tamadun-tamadun lain
sehingga sesetengahnya kekal sehingga masa kini walaupun berlaku proses pembaharuan,
perubahan dan penyesuaian menurut zaman.
Bab 19
TAMADUN
CINA:
INTERAKSI
DENGAN
RELEVANSINYA DI MALAYSIA DAN DUNIA

TAMADUN

LAIN

DAN

Cheng Gek Nai


Zaman Xia, Asimilasi, Bulatan budaya Cina: Korea, Jepun, Vietnam, Interaksi Budaya:
China-Asia Tenggara; China-India; China-Dunia Arab, Amalgamasi, Akulturasi, Proses
Penyesuaian Diri, Dialog Peradaban, Buddhisme di China, Jalan Sutera, Islam di China,
Dampak Barat, Globalisasi Zaman Informasi, Kerelevanan Tamadun Cina di Malaysia.
19.1 INTERAKSI ANTARA TAMADUN: PENGENALAN
Pada zaman Xia (kk kurun ke-21SM hingga ke-16SM), nama seperti Hua, Xia dan
Zhongguo mula digunakan untuk merujuk kepada kawasan di bahagian tengah antara dua
sungai besar, iaitu Huanghe dan Yangzi. Ini menunjukkan penduduk di kawasan
berkenaan telah mempunyai satu perasaan identiti sosial dan budaya, iaitu kesedaran
bahawa dari beberapa aspek budaya mereka adalah satu entiti yang berlainan daripada
kumpulan-kumpulan lain di sekelilingnya. Perasaan identiti ini adalah hasil daripada satu
proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik yang
menetap di kawasan tersebut. Proses ini memakan masa beribu-ribu tahun dan sukar
dikesan dalam kebudayaan Xia. Oleh kerana kebudayaan Cina berpunca daripada
kebudayaan Xia maka dapat dianggap bahawa interaksi kebudayaan Cina dengan
kebudayaan lain bermula pada zaman ini. Melalui proses interaksi antara budaya ini,
interaksi pada peringkat tamadun antara China dengan dunia lain mula terbentuk.

Interaksi antara budaya terus berlangsung sehingga mengakibatkan banyak lagi kumpulan
etnik, yang namanya dapat dikesan dalam rekod sejarah
Cina, telah bergabung atau diasimilasikan dengan orang Xia (kemudiannya dikenali
sebagai orang Han atau Cina). Kawasan yang dipengaruhi oleh kebudayaan Cina terus
berkembang serentak dengan perkembangan tanah jajahan dinasti Zhou (kk 1123SM221SM), dinasti Qin (221SM-206SM), dinasti Han (206SM-220 TM) dan zaman
seterusnya. Sistem politik yang berwibawa, kuat dan stabil serta pencapaian tahap
kemajuan yang lebih tinggi secara relatifnya telah mendorong kebudayaan Cina
berkembang ke rantau lain, sama ada di kawasan berdekatan atau jauh. Mengikut ahliahli antropologi, kawasan-kawasan yang dipengaruhi (dilingkungi) oleh sesuatu
kebudayaan dapat dikenali sebagai bulatan budaya. Bagi kebudayaan Cina, bulatan
budayanya meliputi kawasan Korea, Jepun dan Vietnam. Di peringkat luar bulatan
budaya, kebudayaan Cina telah berinteraksi dengan kebudayaan di rantau Asia Tenggara,
India, Tanah Arab dan Parsi (Islam), dan Eropah.
19.2 INTERAKSI BUDAYA CINA DENGAN KAWASAN BULATAN BUDAYA
19.2.1 Interaksi Budaya Cina dengan Korea
Bukti-bukti arkeologi menunjukkan bahawa Korea semasa zaman Neolitik dan Gangsa
(sehingga kk kurun ke-10SM) mempunyai kebudayaan yang sama dengan Provinsi
Liaoning dan Shandong, China. Walau bagaimanapun, orang Korea adalah berlainan
daripada orang Cina dari segi ras dan bahasa. Oleh sebab kedua-dua negeri berdekatan
dan bercorak agraria, kebudayaan Cina amat berpengaruh terhadap kebudayaan Korea
sehingga awal kurun ke-20.
Pada zaman dinasti Shang (kk kurun ke-16SM-ke-11SM) orang Cina telah mengenali
Korea sebagai satu kawasan dan entiti yang tersendiri. Selain kegiatan perdagangan,
orang Cina berhijrah ke Korea kerana melarikan diri daripada peperangan ataupun
penyeksaan politik. Seorang pelarian politik Cina iaitu Wiman, dikatakan pernah
memerintah sebuah wilayah puak Korea iaitu Chosan pada kurun ke-2SM. Pada tahun
108SM, wilayah-wilayah puak Korea termasuk Chosan telah dikuasai dan dijajah oleh
empayar Han. Imigrasi orang Cina, pemerintahan Wiman dan penjajahan empayar Han
telah mempengaruhi orang Korea mirip kepada kebudayaan Cina sepanjang sejarahnya,
sehingga Korea dijajah oleh kuasa Jepun pada tahun 1910.
Antara kurun pertama dengan ke-6, muncul tiga negeri berbentuk sukuan iaitu Koguryo,
Paekche dan Silla yang masing-masing menyatukan sebilangan wilayah puak-puak.
Unsur-unsur kebudayaan Cina telah diserap secara besar- besaran oleh setiap negeri
sukuan ini. Proses perkembangan ini mencapai kemuncaknya apabila Korea muncul
sebagai sebuah negara berfahaman Konfusianisme semasa dinasti Li (1392-1910) yang
memerintah seluruh
Semenanjung Korea. Dari dinasti Sui sehingga dinasti Qing (581-1911), interaksi antara

China dengan Korea tidak terhenti-henti malah sentiasa berkembang. Antara unsur-unsur
kebudayaan Cina yang amat berpengaruh di Korea ialah Konfusianisme dan Buddhisme.
Melalui Konfusianisme, undang-undang dan institusi sosial, budaya dan politik Cina
diterima secara bulat-bulat oleh semua lapisan masyarakat Korea. Klasik Konfusius
begitu terkenal dan bernilai di kalangan golongan atasan dan cendekiawan, dan pengajian
Konfusianisme diiktiraf oleh kerajaan sebagai pengajian yang unggul. Ketiga-tiga negeri
sukuan tersebut mendirikan institusi pendidikan untuk mengkaji Konfusianisme dan
Buddhisme di samping dijadikan bahan pengajaran. Untuk mengukuhkan kedudukan ini,
kerajaan menghantar beratus-ratus pelajar ke negara China untuk mempelajari
Konfusianisme dan memahami sistem pentadbiran China. Akibat daripada interaksi ini,
sistem birokrasi, peperiksaan, perundangan dan ketenteraan telah dipindah atau dibawa
sepenuhnya ke Korea. Setiap tahap perkembangan Konfusianisme di China, seperti NeoKonfusianisme yang diketuai oleh Zhu Xi (1130-1200) di zaman dinasti Song dan Wang
Yangming (1472-1528) di zaman dinasti Ming, telah tersebar dan berkembang ke Korea.
Sarjana-sarjana Korea telah mengikuti, mengkaji, dan mempelajari proses perkembangan
ini.
Buddhisme dibawa masuk dan disebar oleh sami-sami Cina yang dikirim oleh
pemerintah-pemerintah negara China. Buddhisme di Korea merupakan agama yang telah
ditafsir dan diubahsuai mengikut kebudayaan Cina. Sebagaimana Konfusianisme,
kemasukan "Buddhisme Cina"disambut baik dan berkembang pesat di ketiga-tiga negara
sukuan tersebut. Pada tahun 392, kerajaan Koguryo mengeluarkan dekri bahawa semua
rakyat harus percaya pada Buddhisme. Paekche pula dikenali sebagai sebuah negeri yang
mempunyai banyak kuil (rumah peribadatan) dan terdapat ramai sami. Setelah kejayaan
menyatupadukan Korea, kerajaan Silla dianggap sebagai "dinasti Buddha "kerana
pemerintahnya menggunakan agama Buddha untuk mengesahkan atau mengabsahkan
kedaulatannya di Korea. Sebagaimana di negara China, oleh sebab persaingan dan
perdebatan antara Buddhisme dan Konfusianisme, maka Buddhisme juga mengalami
jatuh-bangun dalam proses perkembangannya di Korea. Bagaimanapun, Konfusianisme
dan Buddhisme adalah dua unsur yang penting dalam kebudayaan Korea.
Selain faktor geografi, interaksi budaya antara Korea dengan China dimudahkan lagi
melalui penggunaan bahasa Cina oleh orang Korea sejak kurun ke-5SM sebagai bahasa
perantara untuk mempelajari apa-apa sahaja unsur kebudayaan dari negara China,
terutamanya Konfusianisme dan sastera klasik Cina. Akibatnya, Korea amat kuat
dipengaruhi oleh kebudayaan Cina dalam kedua-dua bidang tersebut. Pada kurun ke-15
(dinasti Li Korea), sistem tulisan Korea dicipta dengan merujuk kepada hasil yang
tercapai dalam ilmu fonetik Cina. Sehingga kini perbendaharaan kata bahasa Korea masih
penuh dengan istilah-istilah Cina.
Sejak zaman purba, bidang kesenian, sains dan teknologi Cina telah mengalir masuk ke
Korea secara berterusan. Melalui kajibanding, lukisan-lukisan mural dalam kubur-kubur
lama di Korea menunjukkan teknik, gaya dan isi kandungan yang sama dengan yang
terdapat di China. Apabila Buddhisme memasuki Korea, diperkenalkan lagi unsur-unsur
kesenian Buddha dalam sent bina, sent area dan sent lukis. Kesenian Korea termasuk seni

tembikar, seni lukis dan kaligrafi sebenarnya merupakan lanjutan kesenian Cina. Melalui
interaksi ini juga, Korea kuno telah memperolehi pelbagai teknologi penghasilan
(pertanian, pertukangan, perubatan, dan lain-lain), buatan logam dan kraftangan yang
berasal dari China. Teknologi Cina dalam perkilangan kertas, pencetakan dan pembuatan
bahan letupan dibawa masuk ke Korea lebih awal berbanding dengan negeri-negeri lain,
kerana China dan Korea amat berdekatan. Begitu juga mengenai teknik dan ilmu
pengetahuan dalam bidang astronomi, penggubalan kalendar, perubatan dan lain-lain lagi.
19.2.2 Interaksi Budaya Cina dengan Jepun
Interaksi secara langsung atau tidak langsung iaitu melalui Korea antara Jepun dengan
sesetengah wilayah China telah berlangsung pada kurun ke-2SM, iaitu di zaman Qin
(221SM-206SM). Interaksi di peringkat awal ini telah membawa masuk teknologi
pertanian, pemeliharaan ulat sutera dan pembuatan perkakas best dan gangsa ke negara
Jepun, lalu telah memajukan masyarakat Jepun. Hubungan diplomatik antara China
dengan Jepun telah bermula semasa pemerintahan dinasti Han Timur (25-220). Pada
zaman dinasti Sui (581-618) dan dinasti Tang (618-907), bilangan pelajar dari Jepun yang
menuntut di China agak ramai. Selain melalui diplomat dan pelajar, pengaliran dua hala
yang melibatkan sami, ahli seni, dan pedagang dan imigran telah mempertingkatkan lagi
interaksi budaya China dengan Jepun. Bermula dari zaman Nara hingga zaman
Kesyogunan Tokugawa (646-1867), negara Jepun telah mengalami satu proses panjang
dalam mempelajari pelbagai aspek kebudayaan Cina termasuklah bahasa, sejarah,
falsafah, agama, kesenian, sistem politik dan sebagainya.
Pada zaman Qin (221SM-206SM), orang Cina yang bermigrasi telah membawa masuk
bahasa Cina untuk disebarkan di Jepun. Beberapa kurun kemudiannya, keluarga diraja
dan golongan atasan baru mementingkan bahasa Cina sebagai alat untuk menuntut ilmu
pengetahuan dari negara China. Bahasa Cina terus digunakan oleh orang Jepun kerana
bahasa Jepun ketiadaan sistem tulisan sendiri, dan bahasa Cina adalah bahasa bersama
bagi China dan Jepun buat masa yang panjang. Pada kurun ke-9, Kana, iaitu sistem
tulisan Jepun, dicipta berdasarkan Kanji, iaitu sistem tulisan Cina. Kini kedua-dua sistem
tulisan ini diguna secara bercampur dalam bahasa Jepun. Dalam bidang persejarahan
pula, rekod rasmi yang terawal mengenai sejarah Jepun ialah Nihongi (Annals of Japan],
tergubal dalam bahasa Cina pada awal kurun ke-8. Seterusnya sehingga awal kurun ke20, penulisan sejarah rasmi di Jepun semuanya adalah
dalam bahasa Cina. Bahkan, format dan susunan, pendekatan, perspektif dan orientasi
nilai adalah sama dengan persejarahan Cina.
Konfusianisme dibawa masuk dan disebar keJepun pada masa dinasti Jin Barat (265316). Perkembangan Konfusianisme diJepun boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap
yang pertama meliputi jangka masa antara awal kurun ke-5 hingga akhir kurun ke-12.
Pada tahap ini, akibat peningkatan pengajian mengenai Cina diJepun, maka tata etika,
teori politik, pemikiran dan institusi perundangan dan pendidikan yang berasaskan ajaran
Konfusianisme amat berpengaruh dalam masyarakatJepun. Ajaran Konfusianisme ini

bersendikan prinsip semesta Dao (atau Mishi dalam bahasa Jepun). Mengikut Dao, semua
perkara akan sempurna dengan tidak bersusah payah sekiranya mematuhi hukum- hukum
alam semula jadi. Fahaman Lao Zi (kk kurun ke-6SM) dan Zhuang Zi (kk 369-286SM)
turut bergabung dalam prinsip Dao. Pada kurun ke-7, pengaruh Konfusianisme begitu
kuat sehinggakan Maharaja Jepun terdorong mengisytiharkan satu dekri untuk
mengaplikasi prinsip dan konsep Konfusianisme terhadap perkara sosial dan etika. Dalam
sistem pendidikan, kurikulum pelajaran klasik Konfusian dan teks Cina digunakan
dengan luasnya sama ada dalam bidang etika, kesusasteraan ataupun dalam bidang
matematik dan perubatan.
Tempoh masa antara akhir kurun ke-12 sehingga awal kurun ke-17 merupakan tahap
kedua perkembangan Konfusianisme diJepun. la bermula dengan tersebarnya NeoKonfusianisme diJepun dan berakhir dengan wujudnya beberapa aliran falsafah. Dalam
jangka waktu ini, pengajian mengenai Konfusianisme merupakan bahan utama dalam
pendidikan intelektual, dan ahli falsafah Cina pada masa dinasti Song (960-1279) amat
dihormati. Golongan sami mazhab Buddhisme Zen, sama ada keturunan Cina atau Jepun,
giat menyebarkan falsafah Neo-Konfusianisme.
Zaman Edo atau Kesyogunan Tokugawa (1603-1867) dikenali sebagai tahap ketiga
perkembangan Konfusianisme di Jepun. Selaras dengan pemerintahan Syogun Tokugawa
yang bersifat tegas maka adalah bermanfaat bagi pihak kerajaan memajukan pengajian
mengenai Konfusianisme. Pengaruh Konfusianisme menjadi sebegitu kuat sehingga
akhirnya membantu pembentukan minda atau mentaliti Jepun moden. Pada masa ini
terdapat tiga aliran fahaman Konfusianisme iaitu pertama, Aliran Shushi yang
berdasarkan rukun-rukun Zhu Xi (1130-1200), mengkaji dan mengajar falsafah
Rasionalistik, dan diterima secara rasmi oleh Kesyogunan Tokugawa sebagai ortodoks
dan amat berpengaruh; kedua, Aliran Wang Yangming yang berdasarkan doktrin Wang
(1472-1528), seorang ahli falsafah pada zaman dinasti Ming (1368-1644); dan ketiga,
Aliran Kogaku (Pelajaran Purba), yang mementingkan klasik Konfusian yang asli, dan
bertentangan dengan fahaman Zhi Xi dan Wang.
Buddhisme yang diamalkan diJepun ternyata mempunyai banyak ciri- ciri Jepun. Pada
hal, agama Buddha disebarkan pada awal kurun ke-6 dari
China sebagai sebahagian daripada kebudayaan Cina, iaitu yang telah dicinakan. Agama
Buddha mendapat sambutan baik diJepun pada zaman dinasti Sui (581- 618) dan dinasti
Tang (618-907). Mazhab Buddha yang berasal dari China masing-masing berkembang di
Jepun. Putera Shotoku (573-621) menganggap fahaman Buddha sebagai fahaman yang
terunggul di dunia dan mengeluarkan dekri menyuruh rakyat jelata supaya menganutinya.
Banyak bidang ilmiah dan kesenian Jepun yang menerima pengaruh dari kebudayaan
Cina seperti sent bina, sent lukis, kaligrafi, kesusasteraan dan muzik. Teknologi
pencetakan penghasilan barang lakuer, porselin dan tembikar, kain sutera, kertas, bahan
letupan dan banyak lagi menyebar ke Jepun juga secara berterusan sehingga kedatangan
kuasa Barat pada pertengahan kurun ke-19. Unsur-unsur kebudayaan China dalam

kehidupan sehari-hari pun banyak menyerap dalam pakaian (kimono), makanan (tauhu,
teh dan seni teh, kicap, penggunaan penyepit), permainan (wau, mahjong), perkebunan,
pesta dan perayaan, upacara dan ritus (penyembahan).
19.2.3 Interaksi Budaya Cina dengan Vietnam
Di kalangan negara-negara Asia Tenggara, Vietnam merupakan negara yang kuat sekali
dipengaruhi oleh kebudayaan Cina. Oleh itu, Vietnam dianggap berada dalam bulatan
budaya Cina, sungguhpun pada suatu ketika dahulu pernah dipengaruhi dan dikuasai oleh
kebudayaan Hindu. Kajian etnografi dan bukti arkeologi menunjukkan wujudnya
pelbagai unsur yang terlibat dalam pembentukan orang Vietnam sebagai satu kumpulan
ras atau etnik yang tersendin. Antara unsur-unsur tersebut, unsur Cina yang dikatakan
bermula pada zaman Paleolitik dan Neolitik (kk 8000SM-2000SM) adalah nyata sekali.
Unsur Cina dalam kebudayaan Vietnam amat menonjol kerana kedua-dua negara
berdekatan dan Vietnam merupakan sebahagian daripada empayar China dalam satu
jangka masa yang panjang (111-939).
Melalui interaksi dan penaklukan ke atas Vietnam, kebudayaan Cina amat berpengaruh
secara meluas dan mendalam terhadap sistem bahasa, pemikiran, adat resam dan sistem
nilai orang Vietnam. Sebelum Vietnam dijajah oleh kuasa Perancis, bahasa Cina telah
digunakan dalam bidang pentadbiran, kesusasteraan, persejarahan, perubatan dan bidangbidang ilmiah. Melalui bahasa Cina, mstitusi dan sistem kerajaan serta politik,
perundangan, pendidikan dan peperiksaan dari China terus dipinjam. Konfusianisme
merupakan rukun panduan bagi pihak golongan pemerintah dan semua lapisan
masyarakat. Klasik Konfusian dijadikan bahan peperiksaan awam yang berfungsi sebagai
mekanisme untuk pengambilan dan pelantikan pegawai-pegawai kerajaan. Pendek kata,
Konfusianisme amat berpengaruh sebagai suatu sumber rujukan bagi politik, ekonomi,
pendidikan, sosial dan etika sepanjang sejarah Vietnam sehingga
kedatangan kuasa penjajah-penjajah Barat. Selain Konfusianisme, Buddhisme merupakan
lanjutan daripada Buddhisme Cina di Vietnam.
Sebagaimana Korea dan Jepun, terdapat banyak lag! aspek-aspek budaya sehari-harian
orang Vietnam yang berasal daripada kebudayaan Cina, antaranya pakaian, makanan,
permainan, peralatan muzik, perayaan (Tahun Baru Cina), ritus dan upacara. Dalam
sejarah Vietnam, tidak dapat dinafikan kemunculan juga orang Vietnam yang memiliki
kepandaian dalam menulis puisi Cina dan mahir dalam seni lukis, seni ukir, seni bina dan
kaligrafi Cina.
19.3 INTERAKSI BUDAYA CINA DI LUAR LINGKUNGAN BULATAN BUDAYA:
TUMPUAN TERHADAP ASIA TENGGARA, INDIA, DUNIA ISLAM DAN BARAT
19.3.1 Jalan Sutera: Saluran Interaksi antara Tamadun
Interaksi antara China dengan Asia Barat dan Eropah agak lembap, berbanding

interaksinya dengan Asia Timur kerana dari segi geografi negara China agak terpisah
daripada Eropah dengan padang gurun dan gunung-ganang. Namun demikian, negara
China pernah berinteraksi dengan negara-negara Eropah sehingga ke Rom seawal kirakira kurun pertama sebelum masehi melalui saluran perdagangan terutama kain sutera.
Jalan yang menghubungkan antara China dengan kawasan Asia Timur, Asia Barat Tengah
dan Barat, dan Eropah dikenali sebagai Jalan Sutera Lama, manakala jalan laut yang
menghubungkan China dengan kawasan rantau Asia Tenggara, India dan Afrika dikenali
sebagai Jalan Sutera Maritim (Laut).
Jalan Sutera Lamaterbentang arah ke barat dari Chang'an (kini dikenali Xi'an), China ke
Antakya di Turki sejauh lebih 7,000 km. Pembukaan Jalan Sutera Lama ini adalah akibat
usaha empayar Han untuk menerokai kawasan- kawasan di sebelah barat wilayahnya.
Pada zaman dinasti Han (206SM-220 TM), kaum Xiongnu iaitu suatu kuasa bersekutu
nomad yang semakin kuat kekuasaannya di utara China telah menimbulkan ancaman
terhadap perdagangan antara China dengan Arab dan Rom. Untuk mengatasi ancaman
ini, Maharaja Han Wu (140SM-87SM) telah mengirim Zhang Qian pada tahun 138SM ke
Bactria dengan tujuan menggembleng sokongan kaum Yuezhi untuk menentang kaum
Xiongnu. Namun begitu, usaha ini gagal dan beliau telah ditangkap dan terus ditahan
selama 10 tahun oleh orang Xiongnu. Akhirnya Zhang Qian kembali dengan membawa
berjenis-jenis tumbuhan (antaranya buah anggur) dan hasil-hasil semula jadi yang lain,
serta maklumat tentang keadaan geografi dan kehidupan kaum-kaum di Asia Barat, Asia
Tengah dan Mesir. Pada tahun 119SM, sekali lagi Zhang Qian melawat ke kawasankawasan barat. Seterusnya, China telah saling utus-mengutus dengan kerap dengan
negara-negara di Asia Tengah dan Asia Barat. Ekspedisi Zhang Qian berjaya
memperluaskan wilayah
empayar China serta mempertingkatkan hubungan perdagangan antara China dengan
kawasan-kawasan barat melaluiJalan Sutera Lama ini.
19.3.2 Interaksi Budaya Cina dengan Asia Tenggara
Mengikut rekod sejarah China, pada zaman Tiga Negara (220-280) negara Wu (222-280)
pernah mengutus satu rombongan ke negeri Funan (Kampuchea) dan negeri-negeri di
Asia Tenggara lain untuk menerokai satu jalan laut ke Rom. Tetapi, penemuan-penemuan
arkeologi menunjukkan hubungan antara China dengan rantau Asia Tenggara terbentuk
lebih awal lagi iaitu pada zaman dinasti Han (206SM-220TM) ataupun dinasti Qin
(221SM-206SM). Hubungan ini semakin berkembang berikutan peningkatan teknologi
pembinaan kapal dan pengemudian di China, dan mencapai kemuncaknya pada zaman
dinasti Tang (618-907) dan dinasti Ming (1368-1644).
Melalui beberapa saluran interaksi seperti pengiriman utusan atau misi diplomatik,
perniagaan dan perdagangan, peperangan dan ketenteraan, dan imigrasi maka
kebudayaan Cina telah meninggalkan banyak kesan terhadap rantau Asia Tenggara.
Selain menjalinkan pertalian rasmi antara negara, misi diplomatik dahulu kala berfungsi
juga seperti perdagangan iaitu saling bertukar barang secara besar-besaran sebagai

hadiah. Justeru itu, dapat dikatakan bahawa melalui perdagangan dan juga misi
diplomatik, China memperkenalkan kepada Asia Tenggara jenis-jenis tekstil (kain)
antaranya kain sutera dan kain kapas, barang yang diperbuat daripada porselin, tembikar,
lakuer atau logam, dan makanan seperti taugeh, tauhu, kicap dan sayur-sayuran. Barangbarang ini ada yang merupakan bekas dan perkakas untuk dapur, makanan, rumah, tenun,
pertukangan, muzik, dan sebagainya, dan ada yang merupakan hiasan. Bersama- sama
ini, selain pengenalan teknik dan cara memasak yang baru, diperkenalkan juga teknologi
penghasilan barangan (gula tebu, samsu, kertas, kain, bahan letupan, lilin, kasut, kain,
dan sebagainya), pembinaan, perlombongan, pertanian (padi dan sayur-sayuran) dan
pertukangan (emas dan besi) yang lebih baik dan berkesan, bahkan nilai kerja dan estetik
yang baru. Daripada rantau Asia Tenggara pula, China menerima kemasukan hasil
ekonomi antaranya rempah, produk haiwan dan tumbuh-tumbuhan, dan semuanya dapat
memperkayakan kebudayaan kebendaan negara China.
Melalui saluran interaksi peperangan dan imigrasi, beberapa teknik dan teknologi Cina
telah dibawa masuk lalu disebarkan di rantau Asia Tenggara. Dinasti Yuan (1279-1368)
mengirim ekspedisi tentera yang berperang dengan Myanmar sebanyak tiga kali pada
separuh kedua kurun ke-13. Pada awal kurun ke-14, angkatan tentera Yuan telah
memperkukuhkan kedudukannya di Myanmar selama lebih daripada 20 tahun. Ekspedisi
tentera Yuan pernah melanggar Pulau Jawa pada tahun 1292. Melalui ekspedisi
ketenteraan ini, ramai anggota tentera Yuan kemudiannya mengambil keputusan menetap
di luar negara. Di kalangan
mereka terdapat golongan artisan yang memiliki pelbagai kemahiran dan dipercayai
mereka ini telah memudahkan pemindahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan teknologi
Cina.
Imigrasi orang Cina ke rantau Asia Tenggara secara langsung juga menyumbang kepada
interaksi antara budaya terutamanya pemindahan budaya kebendaan. Pada akhir dinasti
Tang (618-907), dinasti Song (960-1279), dinasti Yuan (1279-1368) dan dinasti Ming
(1368-1644), apabila keadaan politik dan ekonomi menjadi kurang stabil, sejumlah orang
Cina terpaksa bermigrasi ke rantau Asia Tenggara. Selain itu, menjelang pertengahan
kurun ke-19, kuasa- kuasa penjajah Barat di rantau Asia Tenggara telah membawa masuk
dan menggalakkan import tenaga buruh dari India dan China untuk memenuhi keperluan
di sektor perladangan dan perlombongan. Akibatnya, setlap negara di Asia Tenggara
mempunyai satu komuniti Cina yang agak besar berbanding dengan komuniti Cina
seberang laut di luar rantau Asia Tenggara.
Melalui penempatan tetap orang-orang Cina di rantau Asia Tenggara maka satu proses
budaya iaitu amalgamasi (penyatuan) atau perkahwinan campur telah berlaku dengan
penduduk tempatan. Kadar amalgamasi agak tinggi berlaku di Thailand dan Filipina,
manakala di Malaysia dan Indonesia, komuniti peranakan muncul akibat perkahwinan
campur antara orang Cina dengan orang tempatan sejak dua atau tiga kurun dahulu.
Selain amalgamasi, proses akulturasi (pembudayaan), iaitu proses pertembungan yang
membawa kepada saling pinjam- meminjam unsur-unsur budaya berlaku hasil daripada

interaksi antara dua kumpulan etnik, semakin meningkat juga dengan wujudnya komuniti
Cina yang hidup saling berdampingan dengan pelbagai etnik lain di Asia Tenggara.
Proses akulturasi antara orang Cina dengan orang tempatan lebih melibatkan aspek
kebendaan seperti makanan, pakaian, pengucapan dan tingkah laku, tetapi aspek institusi
dan nilai juga turut terlibat. Di Filipina misalnya, banyak unsur budaya Cina didapati
menonjol dalam kehidupan dan pengurusan keluarga, adat resam perkahwinan, upacara
pengkebumian, selain daripada makanan, masakan dan perkakas dapur. Nilai-nilai dalam
kebudayaan Cina seperti keharmonian, integrasi keluarga, penghormatan terhadap ibu
bapa, dimanifestasikan juga dalam kehidupan keluarga orang Filipina.
Dalam interaksi antara China dengan Myanmar dan China dengan Thailand, Buddhisme
merupakan salah satu komponen penting dalam interaksi ini. Buddhisme di China
merupakan aliran Mahayana manakala di Myanmar dan Thailand merupakan aliran
Buddha Theravada. Sungguhpun demikian, ketiga-tiga pihak yang berinteraksi ini tetap
mementingkan ajaran agama Buddha yang asal. Sesetengah kitab awal Buddhisme dalam
bahasa Sanskrit atau Pali yang sudah hilang atau musnah masih terdapat dan disimpan di
China tetapi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Oleh itu, sami-sami Cina telah
menyelamat dan menyumbang kepada pemulihan kitab-kitab asal ajaran ini. Di
Myanmar, sebilangan konsep Buddhisme berasal-usul China danterdapat rumah
peribadatan iaitu kuil yang sama reka bentuk dengan kuil-kuil di negara China.
Hubungan antara tamadun Cina dengan Asia Tenggara mencapal zaman kemuncaknya
semasa dinasti Ming (1368-1644) berikutan ekspedisi pelayaran Hulubalang Zheng He
(1371-1433). Ekspedisi ini melancarkan pelayaran ke rantau Asia Tenggara, India, Tanah
Arab dan Afrika Timur sebanyak tujuh kali dalam jangka masa 28 tahun (1405-1433).
Ekspedisi Zheng He merupakan ekspedisi pelayaran yang terbesar di dunia pada masa itu
dari segi muatan dan keperluan, bilangan anak kapal dan tugas yang dilaksanakan. Asia
Tenggara berkedudukan strategik bagi China dan negara-negara Asia Timur untuk
berhubung dengan dunia luar melalui jalan laut atau kemudiannya dikenali sebagai Jalan
Sutera Maritim (Laut). Selat Melaka merupakan satu jalan lintasan yang amat diperlukan
untuk menghubungkan dunia timur dengan dunia barat. Myanmar merupakan salah satu
persinggahan yang penting dalam perjalanan ke India atau kawasan di seberang dan
sebaliknya. Melalui Filipina pula, semasa di bawah kuasa penjajah Sepanyol, China telah
membentuk hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat secara tidak langsung.
Melalui kedudukan yang strategik kerana terletak di pertengahan jalan perdagangan
antara dunia timur dan dunia barat, beberapa tamadun dan agama telah bertembung dan
berinteraksi di rantau Asia Tenggara. Dalam satu jangka masa panjang, Asia Tenggara
secara keseluruhannya pernah dipengaruhi kuat oleh tamadun India yang berteraskan
Buddhisme dan kemudiannya Hinduisme. Kedatangan dan penyebaran agama Islam di
Gugusan Kepulauan Melayu dan kedatangan agama Kristian di utara Filipina telah
memberikan dampak yang mendalam terhadap kebudayaan atau cara hidup di kedua-dua
kawasan ini. Oleh itu, interaksi antara China dengan rantau Asia Tenggara adalah berbeza
daripada interaksi antara China dengan Korea, Jepun dan Vietnam terutama dari segi pola

dan dampak. Malaysia merupakan satu model yang unik hasil daripada pertembungan
dan interaksi antara tamadun di Asia Tenggara. Satu bahagian akan dikhaskan untuk
meninjau kesan dan kepentingan tamadun atau kebudayaan Cina dalam proses pembmaan
negara Malaysia.
19.3.3 Interaksi Budaya Cina dengan India
Tamadun Cina dan tamadun India masing-masing terbentuk semenjak kira-kira 5,000
tahun dahulu dan berkembang sehingga kini di kawasan yang berlainan di benua Asia.
Dalam proses yang panjang ini, kedua-dua tamadun agung tersebut melebarkan atau
tersebar ke kawasan persekitaran, lalu membentuk lingkungan bulatan budaya masingmasing. Pada kurun ke-2, tamadun Cina telah bertembung dan berinteraksi dengan
tamadun India di rantau Asia Tenggara. Mengikut rekod sejarah China, hubungan
perniagaan dan perdagangan antara China dengan India telah terbentuk lebih awal lagi
iaitu sekurang-kurangnya pada kurun ke-2SM. Pada masa itu yang menjadi aliran utama
tamadun India
ialah kebudayaan Arya. Pada kurun ke-6SM, ajaran Buddha telah muncul di India dan
kemudiannya disebarkan ke kawasan Asia Tengah, Asia Tenggara dan Asia Timur.
Bersama-sama dengan ajaran Buddha, banyak unsur-unsur kebudayaan India, sama ada
berkaitan dengan ajaran Buddha atau tidak, terus tersebar ke China dan meninggalkan
kesan yang tidak dapat dikikis pada pelbagai aspek kebudayaan Cina. Ciptaan
kesusasteraan, seni muzik dan tarian, seni area dan seni mempertahankan diri dari India
diminati lalu dipinjam, diserap ataupun dicontohi oleh orang Cina. Pertukaran pemikiran,
pengetahuan dan teknologi juga berlaku dalam bidang falsafah, perubatan, sains dan
teknologi. Selain itu, terdapat juga bahasa dan ilmu fonetik Cina yang menunjukkan
wujudnya ciri-ciri kebudayaan India.
Agama Buddha yang berkembang pesat di India pada kurun ke-6SM kemudiannya telah
dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China pada kurun pertama (zaman Han
Timur). Namun begitu, amat sukar bagi agama Buddha untuk diterima di China dengan
mudah kerana ajarannya tidak bersesuaian dengan institusi keluarga dan politik serta
tataetika dan moral orang Cina yang berasaskan Konfusianisme. Oleh itu, penyebaran
agama Buddha di China merupakan satu proses penyesuaian diri dengan tradisi budaya
Cina termasuk doktrin Daoisme. Akhirnya agama Buddha menjadi satu sistem
kepercayaan yang menggabungkan unsur-unsur penting kebudayaan Cina, tetapi prinsipprinsip asas dan identiti tidak terjejas. Perkembangan agama Buddha di China adalah
merupakan satu contoh dialog peradaban yang gemilang dalam sejarah ketamadunan
manusia. Dalam konteks untuk memahami ajaran Buddha ini, para sami-sami dan
penziarah-penziarah Cina harus melakukan suatu perjalanan yang sukar, menetap di India
dan mempelajari kitab Buddha dalam bahasa Sanskrit. Selain itu, terdapat juga
perdebatan dan perbincangan antara Buddhisme dengan Konfusianisme untuk selama
beberapa ratus tahun di negara China.
Dalam proses berinteraksi ini, antara kerja atau usaha asas yang dilaksanakan ialah

melakukan penterjemahan kitab-kitab Buddhisme dari bahasa Sanskrit atau Pali ke dalam
bahasa Cina. Dalam tempoh masa lebih daripada 700 tahun (68-789), orang Cina telah
dapat menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi berjudul Tripitaka yang meliputi
kandungan kitab Mahayana dan Hinayana (berjumlah 3,673 teks dalam 15, 682 jilid) dan
melibatkan hampir 200 orang penterjemah dalam usaha penterjemahan ini. Antara
penterjemah penting yang memberikan sumbangan besar ialah sami Fa Xian (338-423)
pada zaman dinastiJin Timur (317-420) dan sami Xuan Zang (596-664) pada zaman
dinasti Tang (618-907). Kedua-dua sami ini pernah melakukan lawatan ke India, menetap
di situ, mempelajari bahasa Sanskrit dan mengkaji ajaran agama Buddha. Kerja
penterjemahan ini berterusan sehingga kurun ke-13. Sesetengah kitab Buddhisme asal
yang hilang atau kehilangan sebahagiannya kemudian dapat dipulihkan semula dalam
bahasa Sanskrit berdasarkan penterjemahan Cina.
Selain hasil penterjemahan Cina seperti Tripitaka ini dan buku-buku yang ditulis oleh Fa
Xian, Xuan Zang dan sami Cina lain, catatan mengenai pengalaman mereka mengembara
ke India juga merupakan sumber yang bernilai untuk mengkaji sejarah dan kebudayaan
India kuno dan interaksinya dengan tamadun Cina. Tripitaka yang telah diperkenal dan
diterbitkan di Korea dan Jepun menyumbang kepada penyebaran agama Buddha di
seluruh keseluruhan Asia Timurini.
Beberapa jenis peralatan muzik (konghou, pipa) dan struktur muzik yang mengandungi
tujuh nota setiap tala diperkenalkan ke China daripada India atau Parsi. Rekod sejarah
China menunjukkan muzik dan tarian dari India dan Xiyu (kawasan-kawasan barat
China) adalah popular dan terkenal di dalam istana, golongan kelas atasan atau
bangsawan, dan di kalangan tentera.
Di kawasan bahagian barat dan utara China, terutama di Xinjiang dan Gansu, terdapat
banyak groto dengan area Buddha dan mural yang bercorak seni Buddha Gandhara.
Sebagai satu gabungan gaya seni Yunani-Rom dengan kebudayaan etnik India yang
berpusat di Gandhara, seni Buddha Gandhara ini amat kuat dipengaruhi oleh ajaran
Buddha dan ini membanggakan Asia Tengah dan Asia Timur dengan karya-karya yang
cemerlang. Di samping itu, sesetengah kuil Buddha India di negara China
memperlihatkan gaya reka bentuk seni bina Yunani-Rom.
Penciptaan dalam bidang sains dan teknologi orang Cina yang memberi sumbangan besar
kepada dunia seperti senkultur dan penanaman pokok mulberi, pembuatan kertas,
tembikar dan bahan letupan, teknologi pencetakan dan penggunaan kompas, pasti telah
dibawa masuk ke India melalui perdagangan dan pelbagai saluran lain. Pada zaman
dinasti Tang (618-907), teknologi India menghasilkan gula daripada tebu diperkenalkan
ke China.
Menurut rekod sejarah China, Sejarah Dinasti Sui menyenaraikan tajuk 60 koleksi ilmu
astronomi India yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Pada zaman dinasti
Tang (618-907) pula, kalendar lunar Cina didapati kurang tepat maka sistem India
diperkenalkan pada akhir kurun ke-7. Salah seorang ahli astronomi India terpenting,

Gautama dan keturunan beliau sebanyak empat generasi telah berkhidmat di Balai Cerap
Tang selama 110 tahun. Melalui kerjasama dan usaha sama antara pakar astronomi India
dan China maka satu sistem kalendar lunar Cina yang baru telah diperkenal dan
dirasmikan pada tahun 727.
Dalam bidang ilmu perubatan, tamadun India dan Cina masing-masing mempunyai
keunggulan tersendiri. Semasa sami Cina, Yi Jing, melawat India pada tahun 671-685
yang bertujuan untuk mempelajari dan mengkaji kitab Buddha, beliau mendapati
perubatan Cina sangat diberikan kedudukan dan penghormatan tinggi di India. Namun
begitu, ahli-ahli perubatan Cina amat tertarik dengan teori dan presknpsi India. Mengikut
Sejarah Dinasti Sui, banyak karya perubatan India diterjemahkan ke dalam bahasa Cina,
manakala dalam
buku-buku perubatan dinasti Tang tercatat juga ubat dan teknik surgeri India dalam
bidang oftalmologi, pediatriks dan ginakologi. Mengikut rekod sejarah, istana Tang amat
menaruh keyakinan pada ahli-ahli perubatan India dan antara ubat yang diperkenalkan
ialah ubat untuk umur panjang.
Kitab-kitab Buddha boleh dianggap sebagai ciptaan sastera yang penuh dengan pelbagai
puisi indah, dongeng dan ibarat untuk menambah daya penarikan doktrin Buddha dan
menerangkan kisah mengenai kehidupan dan perbuatan Buddha. Oleh itu, kitab Buddha
membekalkan banyak bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina, lalu
memperkayakannya dari segi perbendaharaan kata, tema, gaya atau genre. Mengikut satu
pendapat, perkataan dan frasa dalam bahasa Cina yang ada kaitan dengan konsep
Buddhisme berjumlah 30,000. Corak Bianwen, iaitu satu genre penulisan naratif yang
digunakan untuk menyampaikan dongeng pada zaman dinasti Tang (618-906) dan ditulis
dalam bentuk prosa bercampur dengan puisi, adalah sama dengan corak sesetengah kitabkitab Buddha.
Pengajian mengenai fonetik bahasa Cina sukar untuk dilakukan kerana bahasa ini tidak
berabjad. Bermula dari zaman dinasti Sui (581-618), ilmu fonetik bahasa Cina menjadi
semakin maju kerana orang Cina menggunakan pengetahuan dan teknik-teknik daripada
ilmu fonetik bahasa Sanskrit. Fanqie iaitu suatu cara orang Cina menunjukkan sebutan
perkataan, adalah salah satu hasil penting yang berkaitan.
Buddhisme merupakan satu sistem falsafah selain sebagai sistem kepercayaan, dan antara
falsafah India, falsafah Buddha adalah yang paling berpengaruh di China. Beberapa
aliran falsafah Buddha telah dikembangkan di China antaranya aliran Tiantan, Huayan
dan Chan (Zen dalam bahasa Jepun). Kesemua aliran ini memberikan dampak tertentu
terhadap Neo-Daoisme dan Neo-Konfusianisme.
Pada kurun ke-10, kedudukan agama Buddha di India semakin merosot dan akhirnya
kehilangan pengaruh. Selepas itu, agama ini tidak begitu penting lagi dalam interaksi
antara India dengan China. Namun begitu, ini tidak menjejaskan pengaruh Buddhisme di
bulatan budaya Cina. Pada kurun-kurun berikutnya, hubungan India dengan China

semakin meningkat tetapi hanya dalam bidang perdagangan dan diplomatik. Hubungan
ini mencapai zaman kemuncaknya melalui ekspedisi-ekspedisi Hulubalang Zheng He ke
India pada kurun ke-15. Dapat dirumuskan, bahawa sebahagian besar dialog antara
tamadun Cina dengan India berlangsung melalui peranan agama Buddha.
19.3.4 Interaksi Budaya Cina dengan Dunia Islam
Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua saluran jalan
pada kira-kira kurun ke-8: pertamanya, melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi
yang mendarat di selatan China (mereka ini mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou dan
Quanzhou; dan keduanya, melalui peranan
pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan.
Di peringkat awal, walaupun terdapat cebisan-cebisan tulisan dalam bahasa Cina
mengenai Islam demi memperkenalkan ajaran agama ini kepada orang Cina tetapi ianya
didapati tidak berkesan. Dampak Islam menjadi semakin kuat dan mendalam beberapa
kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti Wang Daiyu (kkl5801658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874).
Mereka menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina sertaterjemahantentang agama
Islam. Mereka tidak sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam
tetapi juga pakar dalam klasik Cina, khasnya klasik Konfusianisme. Antara mereka, Wang
Daiyu ialah tokoh yang pertama menghasilkan karya tentang agama Islam dalam bahasa
Cina. Karya pertama beliau yang berjudul Zhengiao zhenquan (Anotasi Tulin Ajaran
Ortodoks) diterbitkan pada tahun 1642. Semenjak itu, berpuluh-puluh sarjana KonfusianMuslim mengikut jejak langkah Wang Daiyu dalam memainkan peranan penting dan
memberikan sumbangan dalam tradisi keilmuan Islam di negara China.
Melalui penelitian terhadap hasil-hasil karya sarjana-sarjana tersebut, diperlihatkan
beberapa ciri-ciri yang menonjol. Misalnya, demi membolehkan orang Cina memahami
dan menenma agama Islam, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep
Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu
(altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam. Liu Zhi pula menggunakan
kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama
Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha
Esa dalam Islam. Kedua-dua mereka juga cuba mencantumkan konsep wugong (lima
rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk
menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi
sebaliknya adalah saling melengkapi. Usaha-usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan
prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama. Pada masa itu dan sehmgga kirn,
agama Islam ditenma dengan baik di negara China. Rakyat China yang beragama Islam
dianggarkan sejumlah 17 juta orang dan terdiri daripada 10 kaum. Kebanyakan penganut
Islam berbangsa Cina ini terdapat di kawasan autonomi seperti Xinjiang, Ningxia dan
beberapa wilayah lain di bahagian barat laut China.
Interaksi budaya antara China dengan dunia Arab, terutamanya dalam perdagangan

barangan dua hala berlangsung dalam tempoh masa yang panjang. Mengikut rekod
sejarah, tentera Cina tewas dalam pertembungan dengan tentera Arab di Sungai Talas
pada tahun 751. Salah satu kesan dari peristiwa ini ialah teknologi Cina dibawa dan
diperkenalkan ke dunia Arab dan kemudian dari sana diperkenalkan ke benua Eropah.
Teknologi membuat kertas merupakan satu contoh yang menonjol dari sana ke Eropah.
Teknologi membuat kertas merupakan contoh yang paling menonjol kerana tawanan Cina
telah mengajar
orang Arab mengenai teknologi ini. Teknologi ini kemudiannya disebarkan dari
Samarkand ke Baghdad dan Damascus, ke Mesir dan Maaghreb, dan akhi-nya ke
Andalusia (Sepanyol) pada kurun ke-10. Selain itu, antara tawanan Cina terdapat juga
tukang sepeiti tukang tenun sutera, tukang emas dan pelukis. Tiga ciptaan Cina yang
penting, iaitu kompas (kk pada kurun ke-13), bahan letupan (pada kurun ke-8) dan
teknologi pencetakan (pada kurun ke-13) juga diperkenalkan ke dunia Arab dan
seterusnya dari sana ke Eropah. Selain itu, teknologi metalurgi (logam dan aloi) dan
barangan Cina lain seperti sutera dan porselin juga sampai ke dunia Arab sebelum
merebak ke Eropah dan Afrika.
Dari dunia Arab pula, selain daripada barangan rempah dan bahan-bahan perubatan,
pelbagai ilmu pengetahuan dibawa masuk dan diperkenalkan ke China secara besarbesaran sejak zaman dinasti Tang (618-907). Misalnya, Li Xun (kk 855-930), seorang
sarjana Muslim Cina yang berasal dari Parsi, telah menyusun enam jilid Haiyao bencao
(Materia Medica Seberang Laut) yang mencatat sekurang-kurangnya 124 jenis ubatubatan dari Arab. Kaedah rawatan dan perubatan dari Arab atau Parsi juga dibawa masuk
ke China. Dalam bidang astronomi, Jamal al-Din, seorang ahli astronomi Parsi, telah
mencipta tujuh jenis peralatan astronomi serta satu kalendar baru untuk Kublai Khan
pada tahun 1267. Selain itu, seorang Nestorian dari Syria bernama Ai-xue (Isa Tarjaman),
ahli matematik dan astronomi yang juga pakar perubatan dan farmasi, berkhidmat dengan
kerajaan Mongol antara tahun 1250-1308; manakala Alowating (mungkin ala' al-Din) dan
Isumayin (mungkin Ismail) berkhidmat pada tahun 1271. Rekod sejarah juga
menunjukkan bahawa orang Cina mula menggunakan angka Arab pada zaman dinasti
Yuan (1260-1368).
Kesan pengaruh atau dampak Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi
fizikal melalui reka bentuk beribu-ribu masjid, dewan membaca al-Quran dan tanahtanah perkuburan di seluruh negara China. Secara umumnya, reka bentuk masjid di China
terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu pertama, yang mengekalkan ciri-ciri reka
bentuk masjid Arab, seperti kebanyakan masjid di Xinjiang; dan keduanya, mirip kepada
reka bentuk kuil atau istana Cina tradisional, terutamanya yang dibina selepas kurun ke14, dengan menggunakan kayu sebagai komponen bahan utama seperti masjid Niujie di
Beijing. Walau bagaimanapun, hanya struktur luar sahaja kelihatan menerima pengaruh
seni bina Cina tradisional sedangkan bahagian dalaman masjid di China tidak
mengorbankan sama sekali prinsip asas agama Islam.
19.3.5 Dampak Barat dan Respons China

Pada kurun ke-13, apabila negara China diperintah oleh dinasti Mongol, terdapat ramai
golongan pengembara dan mubaligh yang datang dan ada amara mereka yang menetap di
sini. Marco Polo (1275-1292) misalnya, dikaiakan bertugas sebagai pegawai di China
selama 16 tahun dan rekod pengembaraannva di China
amat mengagumkan orang Barat. Pengalaman Marco Polo dianggap sebagai satu fasa
baru bagi interaksi budaya antara China dengan Barat.
Melalui interaksi awal dengan Barat, agama Kristian dibawa masuk ke China oleh
penganut Kristian Nestorian sebelum kurun ke-7, tetapi ia gagal menarik perhatian dan
minat orang Cina. Pengaruh agama Kristian mulai bertapak pada akhir kurun ke-16
apabila maharaja dinasti Ming (1368-1644) membenarkan para mubaligh Jesuit yang
diketuai oleh Matteo Ricci (1552-1610) membinagerejasertamenetapdiBeijing dan
bandar-bandar lain. Matteo Ricci merupakan seorang Jesuit dari Itali yang tiba di China
pada tahun 1582. Di waktu itu, revolusi sains baru sedang bermula di Eropah sedangkan
ilmu sains di China sedang mengalami kemerosotan. Beliau berada di China selama 28
tahun dan menetap di Beijing selama 10 tahun. Dengan matlamat untuk menyebarkan
agama Kristian, beliau menggunakan strategi penyesuaian diri dengan kebudayaan Cina.
Beliau mempelajari bahasa dan sejarah Cina, mengangkat nama Cina, Li Madou,
mempelajari Konfusianisme dan menghormati tradisi Cina termasuk amalan pemujaan
nenek moyang. Ricci juga memperkenalkan ilmu pengetahuan Barat yang ma)u dalam
bidang sains, matematik, perubatan, geografi dan astronomi. Misalnya, beliau
menghasilkan peta dunia baru, mencipta beberapa peralatan astronomi, menterjemahkan
buku- buku mengenai agama, astronomi, matematik dan sains. Ini menimbulkan
kekaguman orang Cina khususnya pegawai-pegawai kerajaan. Oleh itu, memang diakui
kebenaran bahawa Ricci telah memainkan peranan penting sebagai pembina jambatan
budaya baru antara China dengan dunia Barat.
Di negara China pula, Xu Guangqi (1562-1633), seorang pegawai Cina Muslim dan juga
pembantu Matteo Ricci, telah menghasilkan banyak buku sains merangkumi pelbagai
bidang seperti matematik, astronomi, pertanian, ketenteraan dan perubatan. Xu Guangqi
memang boleh dianggap sebagai pengasas sains moden Cina dan juga penghubung antara
sains Barat dengan cendekiawan Cina.
Ternyata bahawa interaksi antara China dengan Barat bermula melalui penyebaran
berbentuk kebendaan termasuk empat ciptaan agung Cina. Akibatnya, orang Barat sedar
akan penting dan perlunya untuk mengadakan hubungan dengan China. Pada kurun ke18, minat orang Barat terhadap China, yang mula-mula bertumpu pada aspek kebendaan
seperti sutera dan porselin, telah beralih kepada pemikiran dan kebudayaan. Misalnya,
Francois Voltaire (1694-1778), seorang ahli falsafah dan pemikir Perancis yang
menyanjung tinggi Konfusius sebagai The Sage of Morality, dan Gottfried W. Leibniz
(1646-1716), seorang ahli falsafah Jerman yang memuji keunggulan akhlak masyarakat
Cina. Gottfried W. Leibniz dan sesetengah sarjana Eropah berpendapat bahawa budaya
Cina dan budaya Eropah masing-masing mempunyai kekuatan yang tidak bercanggah

tetapi saling bermanfaat. Misalnya, Barat lebih maju dalam bidang sains semula jadi,
sains pemikiran dan logik, sedangkan falsafah Cina
mengutamakan kegunaan dan etika dalam pengurusan masyarakat dan negara. Maka
interaksi budaya antara dua pihak ini pasti akan mendatangkan manfaat kepada keduaduanya.
Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya peranan mubaligh dan orang Barat sebelum
kurun ke-20 tidak mendatangkan kesan yang kuat terhadap China, kerana kebanyakan
golongan intelektual Cina masih bertanggapan bahawa Barat sebagai barbarian tidak
setanding dan setarafdengan China yang mempunyai tamadun yang terunggul di dunia.
Apabila Yong Zheng ditabal sebagai Maharaja (r. 1723-173 5), beliau memerintahkan
semua mubaligh supaya berpindah ke Macao dan dihalang masuk ke China, kerana beliau
mengesyaki mereka sedang berkonspirasi menggulingkannya. Oleh yang demikian, pintu
ke China telah pun tutup bagi orang Jesuit dan mubaligh Kristian lain selama 120 tahun
sehingga tamatnya Perang Candu pada tahun 1842. Dasar tutup pintu (isolasi) ini
menyebabkan China ketinggalan zaman dan mengalamai kemunduran pada kurun ke-19.
Sejak pertengahan sehingga ke akhir kurun ke-19, negara China telah mengalami
kekalahan berturut-turut dalam empat peperangan utama dengan kuasa-kuasa asing
seperti Perang Candu (1839-1842), Perang Anglo-China (1856-1860), Perang ChinaPerancis (1884-1885) dan Perang China-Jepun (1894-1895). Setiap kali ditewaskan,
kerajaan Qing terpaksa menandatangani perjanjian yang tidak adil dengan kuasa asing,
antaranya membayar berjuta-juta wang ganti rugi, menyerahkan hak milik kawasan
tertentu, membuka pelabuhan tertentu untuk perdagangan, memberikan hak bidang kuasa
luar wilayah (extraterritoriality rights), serta status negara yang paling diutamakan (mostfavoured nation).
Dalam jangka masa setengah kurun tersebut, kekalahan berturut-turut yang amat
memalukan China telah mendatangkan pelbagai reaksi dari golongan intelektual Cina. Di
kalangan mereka ada yang berpendapat bahawa supaya terus hidup, orang Cina hams
mempelajari barbarian untuk mengawal barbarian, khasnya ilmu pengetahuan Barat
dalam bidang ketenteraan dan persenjataan moden. Antara langkah yang dilaksanakan
ialah pelancaran Gerakan Menguatkan Kendiri (Self-Strengthening Movement) dan
penubuhan Biro Penterjemahan. Namun begitu, langkah-langkah tersebut hanya
memperkenalkan modenisasi yang dianggap cetek dan tidak berkesan manakala
perkembangan sistem politik, institusi ekonomi dan sistem pendidikan diabaikan atau
dipinggirkan. Slogan yang terkenal pada akhir kurun ke-19 ialah "Ilmu Cina sebagai asas,
ilmu Barat untuk kegunaan" (Chinese learning as essence. Western learning for practical
use)'yang diutarakan oleh Zhang Zhidong (1837-1909) pada tahun 1898.
Sarjana lain pula seperti yang diwakili oleh Liang Qichao (1873-1929), melancarkan
Gerakan Reformasi 100 Hari (Hundred Days' Reform} pada tahun 1898. Matlamat
gerakan ini bertujuan untuk menasihati Maharaja Qing supaya

mencontohi reformasi institusi dan politik yang dilancarkan di Jepun oleh Emperor Meiji,
yang dikenali sebagai Temulihan Meiji". Namun begitu, usaha gerakan ini mengalami
kegagalan kerana maharaja ketika itu tidak mempunyai kuasa sebenar. Sementara itu,
rakyat Cina telah menunjukkan sikap permusuhan terhadap orang Barat yang dianggap
bertanggungjawab terhadap segala huru- hara yang sedang berlaku di negara China. Dua
tahun selepas kegagalan gerakan reformasi ini seiring dengan sikap permusuhan maka
tercetuslah Pemberontakan Boxer yang mengakibatkan banyak jiwa terkorban dan harta
benda musnah. Kejadian-kejadian tersebut telah menyebabkan seluruh rakyat Cina hilang
keyakinan terhadap pemerintahan dinasti Qing.
Pada akhir kurun ke-19, Dr. Sun Yatsen (1866-1925) berpendapat bahawa negara China
tidak dapat diselamatkan dengan perubahan sesetengah institusi-institusi sahaja (tidak
menyeluruh) dan penderitaan China hanya dapat diselesaikan dengan tindakan
menggulingkan dinasti Qing. Walaupun pemerintahan dinasti Qing kemudiannya
dijatuhkan melalui Revolusi 1911, cara hidup tradisi dan fahaman lapuk orang Cina
masih berkekalan, dan keadaan negara terus kacau-bilau. Sistem pemerintahan berbentuk
republik diperkenalkan tetapi tidak membawa banyak erti kepada rakyat kerana negara
China masih terus mundur. Oleh itu, golongan intelektual Cina berpendapat bahawa
China tidak akan menjadi negara moden, jika perubahan pemikiran di kalangan rakyat
dan pembelajaran mengenai cara Barat (ilmu Barat) secara keseluruhan tidak berlaku.
Untuk mencapai matlamat ini, diperkenalkan Gerakan Kebudayaan Baru oleh kalangan
intelektual yang menerima pendidikan sama ada di Jepun, negara Eropah atau Amerika
Syarikat. Puncak gerakan ini ialah Gerakan 4 Mei pada tahun 1919 yang mengakibatkan
pertentangan sepenuhnya terhadap cara hidup tradisi lama dan segala ajaran Konfusius.
Banyak aliran pemikiran falsafah Barat telah diserap masuk ke negara China. Berikutan
interaksi dengan Barat ini, golongan intelektual Cina amat tertarik dengan dua ideologi
Barat iaitu pertama, PragmatismeJohn Dewey yang menekankan pendekatan evolusi
untuk memajukan keadaan sosial, dan keduanya, Marxisme yang menekankan
pendekatan revolusi yang berinspirasikan kejayaan peristiwa Revolusi Rusia. Selain itu,
dua konsep yang popular pada masa itu ialah "sains " dan "demokrasi".
Selain perubahan sistem politik, pengaruh Barat telah mendorong tercetusnya banyak
perubahan-perubahan sosial di negara China. Pada tahun 1905, Peperiksaan
Perkhidmatan Awam yang telah berrungsi sebagai tangga mobihti ke kelas atasan selama
berkurun-kurun lamanya telah dimansuhkan. Sistem pendidikan tradisi telah digantikan
dengan institusi-institusi pendidikan Barat. Pengaruh Barat semakin ketara terutama
selepas Gerakan 4 Mei apabila nilai-nilai Barat seperti idea individu, kebebasan dan
persamaan antara lelaki dan wanita tersebar luas. Dalam bidang bahasa dan kesusasteraan
pula, karya- karya berbahasa vernakular telah menggantikan karya-karya berbahasa
klasik yang selama lebih dua ribu tahun telah dianggap sebagai ortodoks. Sastera moden
yang mencontohi sastera Barat juga menjadi popular. Walaupun pelbagai usaha
dilaksanakan dan perubahan-perubahan berlaku di kalangan orang Cina, namun keadaan
politik pada tahun-tahun selepas Gerakan 4 Mei masih tidak tenteram dan stabil, maka ini

bermakna usaha-usaha pemodenan dianggap masih belum selesai dan mencapai


matlamat.
19.4 TAMADUN CINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN
DUNIA
19.4.1 Prospek Globalisasi: Masalah dan Cabaran
Dari segi persejarahannya, negara Malaysia merupakan satu dataran bagi pertembungan
beberapa tamadun utama Timur dan Barat kerana kedudukannya dari segi geografi.
Akibatnya kini, Malaysia mempunyai sebuah masyarakat majmuk dengan berbilang
kelompok etnik masing-masing mempunyai tradisi budaya yang berakar umbi dalam
tamadun-tamadun yang bertembung itu. Hakikat ini serta implikasi-implikasinya bagi
pembinaan negara perlu disedari dan diambil kira oleh para pemimpin dan rakyat
Malaysia. Oleh itu, sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957, integrasi nasional
diberikan penekanan sebagai satu nilai yang terunggul dalam proses pembinaan negara.
Dalam hubungan ini, pucuk pimpinan negara hendaklah berpegang kepada integrasi
nasional yang harus berasaskan keharmonian antara kaum melalui interaksi budaya dan
dialog peradaban serta keadilan terhadap semua pihak.
Di peringkat global, kemajuan sains dan teknologi telah meningkatkan taraf hidup
manusia pada kurun ke-20 dan awal kurun ke-21 ini yang memungkinkan terbentuknya
zaman informasi (teknologi maklumat). Proses globalisasi dalam zaman informasi ini
turut melibatkan Malaysia. Malaysia dan negara-negara lain akan menghadapi tiga
prospek yang berkaitan iaitu pertama, negara-negara harus bekerjasama untuk menangani
segala masalah dan cabaran yang berbangkit daripada globalisasi; kedua, interaksi
budaya dan dialog peradaban akan menjadi lebih giat dan mendalam; dan ketiga, satu set
ideal, kepercayaan dan nilai yang baru harus dikenal pasti untuk dipatuhi di peringkat
sejagat. Dalam hubungan ini, Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991
merupakan cita-cita dan strategi pucuk pimpinan negara untuk menghadapi tiga prospek
globalisasi yang tersebut itu. Pada ketika ini, Malaysia amat beruntung kerana memiliki
satu khazanah yang kaya dengan pelbagai sumber kerohanian. Sumber-sumber
kerohanian sejagat ini harus digali, dikupas dan diberi pengertian baru dalam konteks
semasa. Penemuan-penemuan daripada penelitian semula ini akan menyumbang kepada
perumusan ideal, kepercayaan dan nilai untuk negara dan dunia sejagat.
Dalam proses globalisasi ini, wujud masalah-masalah dalam zaman informasi. Walaupun
banyak kemajuan yang telah dicapai dalam zaman moden
ini, namun manusia masih menghadapi masalah-masalah yang berkesinambungan
semenjak dahulu dan baru yang lebih mencabar. Antara masalah-masalah tersebut ialah
pertama, pembangunan ekonomi dan kebendaan jauh lebih pesat berbanding dengan
pembangunan kerohanian. Kedua, oleh sebab pengagihan kekayaan yang tidak seimbang,
sebilangan besar manusia masih menghadapi masalah- masalah akibat kemiskinan dan
kemunduran. Ketiga, institusi keluarga dan perkahwinan menjadi semakin lemah atau
longgar kerana diserap oleh unsur- unsur negatifmodenisasi, mengakibatkan kemerosotan

ketenteraman sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan sesetengah masyarakat moden.


Dan keempat, akibat eksploitasi sumber alam secara besar-besaran, pencemaran alam
sekitar dan gangguan keseimbangan ekologi akan mengancam kehidupan manusia.
Masalah-masalah tersebut disebabkan oleh kemerosotan akhlak dan kelemahan manusia
sendiri, seperti kecenderungan kepada amalan rasuah, sifat tamak haloba, sifat
mementingkan nafsu, sifat mementingkan diri dan sikap materialistik. Justeru itu,
dimensi moral dan etika adalah penting dan harus diambil kira demi mengatasi masalahmasalah ini.
Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam proses pembinaan negara
dan pemantapan tamadun Malaysia terkandung dalam Wawasan 2020. Antaranya, yang
paling utama adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dengan sifat-sifat yang
diingini, supaya masalah-masalah pada zaman informasi itu dapat diatasi. Masyarakat
yang diidamkan adalah seperti berikut:
1. Masyarakat yang demokratik, mengamalkan "demokrasi Malaysia" yang mantap,
bermuafakat dan berorientasikan komuniti.
2. Masyarakat yang bermoral dan beretika dengan rakyatnya berpegang kuat pada nilainilai agama dan rohaniah serta mempunyai standard etika yang tertinggi.
3. Masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi, supaya rakyat yang berbilang kaum
bebas mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama masing-masing tanpa keterasingan.
4. Masyarakat yang berkebudayaan penyayang yang berteraskan satu sistem sosial yang
memegang pada konsep kepentingan kolektif mendahului kepentingan individu, dan satu
institusi keluarga yang teguh supaya kebajikan warganya berkisar pada keluarga, dan
bukan pada kerajaan atau negara.
Dapat dirumuskan bahawa cabaran yang dihadapi oleh Malaysia adalah untuk mendirikan
sebuah negara-bangsa beretika yang terdiri daripada rakyat yang beretika, yang
menempatkan pula dalam keluarga yang beretika.
Pada tahun-tahun 1990-an, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan beberapa konsep
dan rancangan baru untuk merealisasikan matlamat Wawasan
2020. Antaranya, Multimedia Super Corridor (MSC) yang merupakan satu projek untuk
memenuhi keperluan telekomunikasi antara negara dengan dunia pada zaman informasi
ini. Projek ini akan melibatkan banyak pelaburan dalam pembangunan tenaga manusia
demi perkembangan teknologi peraiatan (hardware) dan program perisian (software).
Selain itu, Malaysia memerlukan banyak lagi tenaga manusia yang terlatih dalam
pelbagai bidang demi menmgkatkan produktiviti setiap sektor, khususnya perindustrian
dan perdagangan. Oleh itu, pendidikan negara harus dipertingkatkan dari segi kualiti dan
kuantiti. Sehubungan ini, beberapa inovasi telah diperkenalkan dalam bidang pendidikan.
Inovasi yang agak berkesan ialah sektor swasta dibenarkan melabur dalam bidang

pendidikan terutamanya pada peringkat tinggi. Melalui usaha bersama sektor awam dan
sektor swasta, kini kemampuan sistem pendidikan Malaysia membekalkan kemudahankemudahan untuk latihan dan penyelidikan telah meningkat berlipat ganda, di samping
melatih dan mengeluarkan sumber tenaga manusia. Dua lagi rancangan inovatif dalam
pendidikan ialah sekolah bestan (smart school) dan universiti maya (virtual university)
yang menggunakan teknologi telekomunikasi dari MSC. Perkembangan ini akan
mendatangkan pembaharuan yang bersifat revolusi dalam pendidikan, lalu menjelmakan
cita-cita Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini dan juga sebuah
negara yang maju pada kurun ke-21.
Sejak Julai 1997, Malaysia dan juga beberapa buah negara di Asia Tenggara dan Asia
Timur mengalami kegawatan ekonomi yang agak teruk. Oleh sebab terdapatnya banyak
faktor luaran yang di luar kawalan negara kita dan dunia, kita mungkin akan menghadapi
prospek kemerosotan yang umum. Justeru itu, Wawasan 2020 mungkin tidak dapat
direalisasikan dalam tempoh masa yang dirancangkan. Walau bagaimanapun, ideal,
kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh rakyat dan pucuk pemimpin Malaysia tetap
tidak berubah, sekiranya Wawasan 2020 terus menjadi cita-citanva.
19.4.2 Tamadun Cina: Relevansinya di Malaysia dan Dunia
Berdasarkan masyarakat ideal yang digambarkan di atas, Wawasan 2020 terus
menyatakan pelbagai wawasan rakyat Malaysia pada kurun ke-21 dan strategi untuk
merealisasikannya. Nilai-nilai yang harus dioenkan tumpuan dapat dikenal pasti daripada
kenyataan ini. Bahagian ini akan mengenal pasti nilai-nilai itu dan membandingkannya
dengan nilai-nilai dalam tamadun Cina untuk melihat persamaan dan kaitan antara keduadua set nilai itu. Perbandmgan ini dilakukan dengan merujuk kepada wawasan atau
strategi dalam bidang-bidang tertentu iaitu bidang politik, sosial, psikologi, ekonomi,
pendidikar. dan pemeliharaan alam sekitar.
Dalam bidang politik, nilai utama yang diberikan tumpuan ialah integrasi nasional
(perpaduan nasional). Selain itu, yang ditekankan ialah mengenai ideal demokrasi
(khasnya kematangan, kemuafakatan, komuniti sebagai
tumpuan), keamanan dan keharmonian, keadilan dan dedikasi terhadap negara. Tamadun
Cina yang berasaskan humanisme dan moralisme memang menekankan keharmonian,
kesederhanaan, keadilan, ketaatan dan ideal-ideal demokrasi seperti yang terkandung
dalam The Grand Unity sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dalam bidang sosial, yang diidamkan ialah sebuah masyarakat bermoral dan beretika,
berkebudayaan penyayang, bersifat terbuka dan toleransi, bersifat bebas untuk
mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama, bersifat saintifik dan progresif, dan
berasaskan institusi keluarga yang kukuh. Sebagai mana yang telah dibincangkan
sebelum ini, tamadun Cina dalam proses perkembangannya telah menerima banyak
pengaruh agama dan kebudayaan asing kesan daripada interaksi dengan tamadun lain.
Tamadun Cina memang bersifat terbuka dan bertolak ansur. Selain itu, sistem etika Cina

sejak zaman purba berasaskan keluarga semata-mata dan mengutamakan kebaikan hati
(benevolence atau cohumanity) serta keharmonian dalam hubungan antara sebarang entiti
(individu, kelompok, alam). Oleh itu, ajaran Konfusianisme mungkin memberi banyak
implikasi bagi pemupukan kebudayaan penyayang dan pembangunan masyarakat yang
beretika, liberal dan bebas dari segi agama dan budaya.
Dalam bidang psikologi, rakyat Malaysia harus dibangunkan psikologinya agar selaras
dengan aspek pembangunan yang lain terutama pembangunan kebendaan. Sifat-sifat
psikologis yang diperlukan ialah keyakinan kendiri secara kolektif, iaitu rasa bangga
kerana keahlian dalam masyarakat dan pencapaian masyarakat; bersikap teguh terhadap
pelbagai cabaran; tabah hati mengejar kualiti; dan adanya pembebasan psikologi (tidak
rasa diri kurang penting). Dalam tamadun Cina yang bercirikan personalisme
sebagaimana yang telah dibincangkan, pemupukan kendiri wajar diamalkan atas premis
bahawa manusia berkeupayaan untuk mencapai semaksima kebaikan dan memberi
manfaat. Lanjutan daripada premis ini ialah kepercayaan bahawa setiap orang tanpa
mengira latar belakangnya harus dididik dan boleh dididik. Selain itu, pemupukan kendiri
dalam tradisi Cina bertujuan untuk kepentingan keluarga, negara dan dunia, dan bukan
untuk diri sendiri semata-mata. Nyatalah bentuk- bentuk pemikiran ini terdapat dalam
tamadun Cina yang sememangnya relevan sebagai pedoman untuk merancang kurikulum
dan pedagogi bagi pembangunan psikologi yang dimgini.
Dalam bidang ekonomi, keadilan dan sikap berpatutan merupakan dua nilai yang penting.
Kedua-dua nilai ini khasnya merujuk kepada pengagihan kekayaan secara adil saksama
dan pekerjaan tidak dikenal pasti dengan ras. Sebenarnya keadilan pengagihan kekayaan
adalah salah satu ideal dalam The Grand Unity. Selain itu, terdapat banyak nilai dalam
tamadun Cina yang patut ditekankan dalam aktiviti ekonomi. Misalnya, kerajinan,
berjimat-cermat, tanggungjawab (komitmen), integriti dan ketaatan akan memanfaatkan
pertubuhan perniagaan secara langsung; nilai etika seperti keharmonian, kesetiaan,
kesopanan, kepatuhan kepada norma dan peraturan, disiplin din, semangat bekerjasama
dan sebagainya mungkin memberi implikasi yang positif bag! teori organisasi, tingkah
laku organisasi, pengurusan perniagaan dan psikologi perindustrian.
Dalam bidang pendidikan, pendidikan merupakan kunci pembangunan dan medium
untuk merealisasikan Wawasan 2020. Banyak inovasi dan ciri baru diperkenalkan ke
dalam sistem pendidikan sejak tahun 1990. Kita harus mengambil satu perspektif
perbandingan supaya kebijaksanaan dan fikiran Konfusianisme dan tradisi lain dapat
digunakan dalam segala pertimbangan mengenai perkembangan kurikulum dan strategi
mengajar dan pengajaran. Dalam konteks ini, warisan-warisan tamadun Cina yang
relevan dan menarik hati ialah pertama, kepercayaan optimistik pada potensi manusia
untuk mencapai kecemerlangan individu atau berkelompok; kedua, pendidikan sentiasa
diutamakan; ketiga, kepercayaan bahawa setiap individu harus dan boleh dididik;
keempat, pembentukan keperibadian atau ajaran moral dan etika diberikan keutamaan;
dan kelima, guru harus dihormati dan diberi status sosial yang tinggi. Nyatalah bahawa
warisan-warisan ini adalah berpunca daripada humanisme, personalisme, intelektualisme

dan moralisme dalam tamadun Cina.


Dalam bidang pemeliharaan alam sekitar, isu ini menjadi semakin runcing dan
memerlukan persetujuan konsepsi dan kerjasama di permgkat sedunia. Secara asasnya,
manusia perlu merujuk kepada tradisi yang menekankan serta mengamalkan hubungan
harmoni antara manusia dengan alam semulajadi. Sehubungan ini, tamadun harus
berdialog antara satu dengan yang lain supaya mencapai satu konsepsi yang rasional
mengenai alam, kaitannya dengan manusia dan kewajipan manusia bagi mengatasi
kemerosotan mutu alam sekitar. Mengikut ajaran sama ada Konfusianisme, Daoisme atau
Buddhisme dalam tamadun Cina, manusia berkedudukan setaraf dengan alam, maka
manusia harus berusaha memahami prinsip-prinsip alam semesta (tian) supaya tercapai
satu keadaan yang dikenali sebagai "kesatuan tian dengan manusia". Fahaman mengenai
alam dan keadaan kesatuan ini adalah bersifat transendensi dan bukan empirik. Walau
apapun, keharmonian yang tertinggi darjahnya harus diusahakan dalam hubungan
manusia dengan alam semesta.
19.4.3 Kekuatan Tamadun Cina sebagai Sumber Rujukan
Selain daripada adanya kaitan tamadun Cina, khasnya sistem nilainya dengan Malaysia
dan dunia dalam konteks pembentukan semula sistem etika, perlu ditekankan di sini
bahawa terdapat tiga kekuatan tamadun Cina sebagai sumber rujukan.
Pertama, dan sudut kesesuaian. Ideal Konfusian mengenai penubuhan sesebuah negara
beretika bersesuaian dengan Wawasan 2020. Kedua-duanya mempunyai konsepsi yang
sama mengenai kepercayaan, ideal dan nilai.
Khususnya, keluarga dianggap sebagai satu institusi sosial penting yang seharusnya
dipelihara dan dipertahankan. Tambahan lagi, Malaysia sebagai satu negara-bangsa
moden amat komited terhadap pembangunan pendidikan, berdasarkan kepercayaan pada
perkembangan sepenuh potensi manusia peringkat perseorangan. Dalam hal ini, ideologi
Konfusianisme yang berteraskan humanisme, humanitarianisme, intelektualisme dan
rasionalisme, adalah secocok dengan fikiran pendidikan moden di Malaysia dan dunia.
Kedua, dari sudut skop yang komprchensif. Sungguhpun Konfusianisme dikembangkan
lebih kurang 2,500 tahun dahulu, konsepsinya mengenai perhubungan sosial, iaitu Lima
Perhubungan (wulun), adalah sahih lagi komprehensifsehingga masa kini. Dalam
Konfusianisme, nilai, sifat moral dan prinsip etika yang berkisar kepada lima
perhubungan sosial adalah penting dan cukup sesuai untuk memberi ilham kepada
mereka yang memikirkan satu sistem nilai yang sewajarnya.
Dan ketiganya, dari sudut kaya dengan wawasan dan kebijaksanaan. Wawasan Konfusian
mengenai masa depan manusia, seperti yang dinyatakan dalam The Grand Unity amat
berkaitan dengan masyarakat global. Pada tahun- tahun kebelakangan ini terdapat ramai
sarjana yang terlibat dalam perbincangan tentang kaitan tamadun Cina dengan dunia
moden dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi, pendidikan, ketenteraan,

pemeliharaan alam sekitar, pengurusan perniagaan, perubatan dan kesihatan. Pelbagai


pendapat tentang keistimewaan atau keunikan dan juga kelemahan-kelemahan dalam
tamadun Cina telah diutarakan. Sebilangan kecil mereka menegaskan bahawa tamadun
Cina yang wujud dan berlangsung beribu-ribu tahun itu mempunyai unsur-unsur yang
kurang sesuai pada masa kini. Namun, pada keseluruhannya, kebanyakan sarjana percaya
bahawa tamadun Cina mempunyai unsur positif dan kebijaksanaan seperti yang telah
dibincangkan. Tegasnya, seperti tamadun- tamadun lain yang memiliki jangka hayat yang
lama, tamadun Cina yang kaya dengan wawasan dan kebijaksanaan akan terus menjadi
satu sumber inspirasi yang relevan bagi manusia pada kurun ke-21.
Rujukan
Al-Quran terjemahan
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1977. Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak. Kuala
Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.
.................................................................... 2001. Risalah Untuk Kaum Muslimin. Kuala
Lumpur: ISTAC.
Abdul Latif Muda. 1983. Pemikiran Islam Menghadapi Cabaran: Satu kajian Tentang
Pemikiran Malek Bennabi. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.
Abdul Rauh Yaacob. 1994. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam. (ed.). Selangor:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Qardhawi, Yusuf. 1992. Wawasan Islam: Antara Keaslian dan Kemodenan. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Azam Hamzah dan Zulekha Yusoff. 1990. Tamadun Islam: Konsep Pencapaiannya.
Selangor: Academe Art Printing Services Sdn. Bhd.
Azhar Hj. Mad Aros. 2000. TITAS 1. (et. al. ). Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ibrahim Abu Shah, Prof. Dr., Lelawati Abdul Hamid, Mohd Asri Abdullah. 1977.
Kecemerlangan Tamadun Islam: Dalam Menghadapi Cabaran Abad Ke-15 Hijrah/21
Masihi. (et.al.). Shah Alam: Biroteks ITM.
Ismail al-Faruqi, Dr. Prof. 1984. Islam: The Civilization Forcs Islamic Civilazation.
Seminar, kuala Lumpur, 18-22 May, 1984, Anjuran Berita Harian dan Ministry of Culture
Youth And sports.
Mahayudin Haji Yahya. 1986. Tamadun Islam dan Ideologi-Ideologi Masa Kini.
Selangor: Penerbit Nadhi.

M.A.J. Beg, 1980. Islamic And Western Concepts of Civilization. Kuala Lumpur:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
................... 1980. The Image of Islamic Civilization. Kuala Lumpur: National Universiti
of Malaysia.
Wan Kamariah Lemah (et.al). 1997. Sejarah dan Tamadun Islam. Shah Alam: Angkatan
Edaran Enterprise Sdn. Bhd.

TEMA: MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA


TAJUK: BUDAYA DAN TRADISI MASYARAKAT INDIA
1.0
PENGENALAN
Tamadun adalah merupakan suatu perubahan yang berlaku samada tamadun tersebut
dapat membawa kemajuan atau tamadun tersebut membawa kepada kemunduran atau
kemusnahan. Selalunya tamadun dikaitkan dengan perubahan dari segi pembangunan,
sikap atau manusia itu sendiri. Jelasnya tamadun adalah satu proses perubahan yang
sentiasa berlaku di dalam kehidupan manusia tidak kira ianya memerlukan satu proses
perubahan jangka panjang ataupun sebaliknya.
2.0
DEFINISI TAMADUN
Tamadun berasal dari perkataan Maddana yang bermaksud memajukan sesebuah
bandar . Tamadun juga terdapat istilah yang berbeza-beza. Antara yang sering digunakan
ialah Madanna, Umran, Hadarah, Civilization dan juga Peradaban. Tamadun juga
diertikan sebagai peradaban di mana definisi umum konsep tamadun bukan hanya
mementingkan pencapaian lahiriah seperti pembinaan kota atau bandar semata-mata
tetapi ia juga merangkumi aspek rohaniah, tatasusila dan moral.Takrif tamadun juga
membawa erti.Pencapaian manusia dalam bentuk kota, sistemtulisan, kesenian,
senibina, kepercayaan, undang-undang dan politik (M.A.J Beg 1985)

__________________________________________________SADN 10133 TAMADUN


ISLAM DAN ASIA
3.0
KONSEP TAMADUN
Secara amnya, tamadun boleh dimaksudkan dengan: Madain atau mudun atau madana
bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan civilisation pula berasal
dari Greek civitas bermakna bandar.Maksud tamadun dari sudut Barat: tamadun
pembangunan lahirah seperti dalam aspek kebudayaan penulisan undang-undang,
kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah
masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara
luaran sahaja. Manakala maksud tamadun dari sudut Islam: meliputi pembangunan
lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibn Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan
bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang

tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat merupakan maksud
tamadun.Terdapat banyak negara yang terkenal dengan ketamadunan.Antaranya ialah
Mesir,Yunani,Rom,Parsi dan termasuklah di Asia tamadun China dan India.
4.0
TAMADUN INDIA
Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M. Selepas tempoh ini tamadun Indus telah
mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah
membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.Tahap ini
dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama
bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setelah
beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi
perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.
__________________________________________________SADN 10133 TAMADUN
ISLAM DAN ASIA
Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan
raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada
atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan
kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India.
Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah
disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan
Asoka.
5.0
BUDAYA DAN TRADISI MASYARAKAT INDIA
Kedatangan orang Aryan telah memainkan peranan penting dalam memperkenalkan cara
hidup budaya dan tradisi masyarakat india, seperti pengaruh dalam susun lapis
masyarakat, budaya, sistem politik, ekonomi dan sebagainya. Pada amnya, masyarakat
India boleh dibahagikan kepada dua golongan besar berdasarkan kepada keluarga bahasa,
iaitu pertama, orang Indo Arya dan kedua, orang Dravidia. Dari segi demografi, orang
Indo Arya menetap di kawasan utara India manakala orang Dravidia menetap di kawasan
selatan India. Orang Indo Arya dan orang Dravidia memiliki tradisi kebudayaan masingmasing. Pertembungan antara kedua-dua golongan budaya dan tradisi yang berbeza sejak
beberapa kurun sebelum masihi lagi telah melahirkan suatu budaya yang dikongsi
bersama, dan budaya serta tamadun itulah dianggap sebagai tamadun India.
5.1
Sistem Kasta
Kehidupan berkasta:
- Brahmin : golongan intelek, ahli agama = mengendali kuil
- Kshatriya : pemerintah, pentadbir, tentera = pertahan negara
- Vaisya : Pedagang, peniaga = menjana kekayaan
- Sudra : buruh, petani
Tiga kasta teratas adalah masyarakat Aryan.Manakala Sudra adalah masyarakat tempatan.
Antara sekatan kepada mereka iaitu kasta sudra dilarang belajar Veda, tidak boleh tukar
kasta, tidak digalakkan kahwin campur. Falsafah mereka ialah menjana kebahagiaan
masyarakat, setiap golongan masyarakat memainkan peranan masing-masing. Kegagalan
mana-mana golongan akan membawa kelemahan kepada masyarakat dan negara.
Ashrama dharma (Empat Peringkat Kehidupan) iaitu Brahmacarya : Mempelajari ilmu
pengetahuan. Grhastha : Berumah tangga dan bekerja. Vanaprastha : Bertapa dan

membebaskan diri dari duniawi dan Sanyasa menyebar ilmu kepada masyarakat.
Purusharta (Empat Objektif Kehidupan) ialah Dharma/Aram : Kepatuhan kepada moral
dan kerohanian. Hindu = Kebahagiaan, kekuatan spritual. Porul/Artha: Bekerja untuk
Kekayaan (berasaskan dharma) = biayai golongan memerlukan seperti sanyasa dan
___________________________________________SADN 10133 TAMADUN ISLAM
DAN ASIA
sebagainya. Inbam/Kama iaitu cinta-kasih sayang (kama sutra) dan kepuasan nikmati
hartabenda. Gunakan kepada kebaikan. Vidu/Mokhsa ialah Kesempurnaan rohani hasil
bebas diri dari duniawi.
Sistem kasta merupakan satu institusi sosial yang unik bagi masyarakat India dan ia juga
dikenali sebagai sistem jati. Selalunya sistem jati dianggap sebagai salah satu aspek
dalam ajaran agama Hindu tetapi tafsiran seperti ini adalah salah dan usaha untuk
menghubungkaitkan konsep karma dengan sistem jati merupakan interpretasi yang salah.
Konsep karma merupakan salah satu ajaran agama Hindu yang menyatakan bahawa
segala perbuatan (fizikal), fikiran (minda) dan percakapan (kata-kata) tetap membawa
kepada tindak balas (pembalasan). Bermakna, yang baik membawa kepada tindak balas
yang baik dan begitu sebaliknya.Konsep seumpama ini mudah disalah tafsir demi untuk
kepentingan golongan-golongan tertentu.
Golongan kasta atasan seperti Brahmin menyatakan bahawa orang yang banyak dosanya
dilahirkan dalam jati/kasta. bawahan dan sebaliknya. Peristiwa-peristiwa yang dapat
menyokong pandangan ini diselitkan dalam beberapa karya yang bersifat agama
kemudiannya.
Sistem Varna
Terdapat perbezaan yang nyata antara sistem vama dengan sistem jati dan kedua- duanya,
tidak boleh dicampuradukkan. Sistem varna merupakan pembahagian kelas sosial yang
tetap hierarkinya dan tidak boleh diubah iaitu sistem ini menghadkan mobiliti sosial.
Kelas sosial dibahagikan kepada lima kategori iaitu pertama, Brahmin iaitu golongan
guru-guru agama, pedanda, pengendali upacara di kuil, golongan terpelajar dan lain-lain;
kedua, Kshatriya iaitu kelas pemerintah dan pasukan keselamatan negara; ketiga, Vaishya
___________________________________________SADN 10133 TAMADUN ISLAM
DAN ASIA
iaitu kelas perekonomian; keempat, Shudra yang berkhidmat kepada tiga-tiga golongan di
atas; dan kelima, Panchama/Chandala iaitu golongan murtad dan dibuang varna.
Sistem varna yang tersebut di atas hanya diamalkan di India Utara dengan begitu
berkesan serta sistem ini dipelihara oleh pemerintah. Amalan sistem ini didapati sudah
wujud sekurang-kurangnya sejak Zaman Veda Awal (1500SM- 1000SM). Kehadiran
kumpulan orang Arya ke benua kecil India, terutamanya di India Utara telah mencetuskan
pertembungan dan pertentangan dengan kebudayaan tempatan. Orang tempatan
merupakan masyarakat tani, berkulit gelap, berambut kerinting, tidak mengenah ajaranajaran Veda dan bahasa serta budaya orang Arya.
Orang Arya merupakan masyarakat yang sentiasa berperang yang tidak mengenali sistem
pertanian setempat, berkulit cerah dan hidup secara berpindah-randah. Apabila mereka
sampai ke kawasan barat laut India dan membuka petempatan, budaya kebendaan mereka

masih tidak maju. Interaksi, pertembungan dan pertentangan budaya ini telah menjadi
asas bagi permusuhan antara penduduk tempatan dan kumpulan pendatang, orang Arya.
Namun begitu, sifat orang Arya membolehkan mereka dapat mengatasi orang tempatan
dan mereka beranggapan kaum mereka lebih bermartabat berbanding orang tempatan.
Maka itu orang tempatan dipanggil sebagai dasha ataupun dasyu bererti hamba abdi.
Pada awalnya kegiatan pertanian turut dianggap sebagai sektor pekerjaan yang tidak
bermartabat kerana ianya diceburi oleh orang tempatan. Di samping itu, kejahilan orang
Arya mengenai bidang pertanian menyebabkan mereka memandang hina kegiatan ini.
Tetapi selepas beberapa lama kemudian orang Arya mula menyedari akan kepentingan
bidang pertanian dan mulai menunjukkan rasa hormat terhadap bidang tersebut kerana
mereka sudah mula mempelajari cara-cara pertanian daripada orang tempatan.
___________________________________________SADN 10133 TAMADUN ISLAM
DAN ASIA
Pertentangan budaya yang berlaku menyebabkan orang tempatan tidak dimasukkan
dalam sistem varna di peringkat awal. Orang Arya telah meletakkan dan menyusun
kedudukan mereka dalam tiga varna. Ini termasuklah varna. Brahmin, Kshatriya dan
Vaisya yang dikenali sebagai Trivama dan kemudiannya, orang tempatan dimasukkan ke
dalam sistem vama dengan diletakkan sebagai varna keempat, Shudra. Dengan ini,
konsep Caturvama iaitu empat varna diterima oleh masyarakat Arya.
Sistem Jati
Pada akhir Zaman Veda Kemudian (1000SM-500SM), terdapat pelbagai suku kaum yang
berperang antara satu sama lain. Pemerintahan pusat yang lemah tidak lagi dapat
menjamin keselamatan rakyat dan kesannya, rakyat terpaksa menjaga kebajikan masingmasing. Desakan dan tekanan ini menyebabkan orang Indo-Arya meletakkan dan
menyusun masyarakat mereka kepada unit-unit pentadbiran kecil berasaskan
pengkhususan pekerjaan. Dengan ini sistem varna menjadi lumpuh dan ini merintis jalan
bagi kewujudan unit-unit kecil yang dikenali sebagai jati yang pada asasnya adalah
bersifat kesatuan pekerja.
Bezanya keahlian dalam jati ditentukan menurut kelahiran dan pada peringkat awalnya,
sistem jati tidak bersifat hierarki.Jati merupakan kumpulan yang berfungsi berdasarkan
pekerjaan yang mempunyai identiti sosial dan kepentingan ekonomi. Sistem ini bermula
di India Utara dan kemudiannya tersebar meluas ke seluruh benua kecil India, dan tiada
sesiapa pun yang terkecuali dalam sistem ini. Sistem jati memiliki sistem pentadbiran,
peraturan-peraturan serta sistem keadilan yang tersendiri. Sistem keadilan bagi jati
dikendalikan oleh jawatankuasa lima orang iaitu Panchayat. Pemerintahan pusat tidak
dipedulikan oleh ahli-ahli jati kerana segala isu mereka dikendalikan oleh jati-jati
berperanan sebagai unit politik terkecil. Wakil jati akan memastikan kebajikan masingmasing dipelihara. Semangat jatisme semakin bertambah kuat sehinggakan dapat
mengatasi semangat kebangsaan (nasionalisme). Selepas beberapa kurun kemudiannya
muncul pula pemeringkatan taraf dalam sistem jati dan ianya begitu dititikberatkan.
Pengasingan sosial (makan-minum, perkahwinan, dan sebagainya) digunakan sebagai alat
yang berkesan untuk menjaga identiti jati masing-masing. Perkahwinan endogami amat
dipentingkan supaya martabat jati tidak dicemari.Sistem jati bukan sahaja wujud di
kalangan orang beragama Hindu, sebaliknya terdapat juga di kalangan penganut agamaagama lain sepeiti Kristian, Islam, Bahai dan sebagainya di India yang turut

mengamalkan jati masing-masing.


Pengasingan sosial yang diamalkan kemudiannya menjadi sebegitu kejam sehinggakan
terdapat jati-jati yang dianggap 'tidak boleh disentuh' (untouchables) iaitu Harijan, dan
mereka ini juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan kediaman jati-jati atasan tanpa
urusan kerja. Manusia dalam golongan jati seumpama ini sekarang dikenali sebagai
'Harijan' (anak-anak Tuhan) atau Dalit.
5.2
KEDUDUKAN KAUM WANITA.
Masyarakat Indo-Arya
Pada zaman Veda Awal (1500SM-1000SM), kaum wanita dihormati dan diberikan
kebebasan serta kesaksamaan seperti kaum lelaki. Terdapat bukti- bukti yang
menunjukkan kaum wanita menjadi orang pertapa dan mereka dapat membawa mazmurmazmur suci serta kitab-kitab suci. Mereka juga diberikan peluang untuk mendapat
pendidikan yang sama.
____________________________________________SADN
10133
TAMADUN
ISLAM DAN ASIA
Namun begitu, pada Zaman Veda Kemudian (1000SM-500SM) dan selepasnya didapati
kedudukan kaum wanita merosot dan banyak sekatan dikenakan ke atas mereka. Peranan
dan tanggungjawab mereka dihadkan dalam lingkungan urusan rumah tangga sematamata. Malah mereka tidak lagi dibenarkan untuk membaca kitab-kitab suci ataupun
menjalankan upacara- upacara keagamaan. Dari segi pendidikan, dirasakan pendidikan
asas memadai untuk kaum wanita dan ini kemudiannya seolah-olah menjadi undangundang tidak bertulis.Selepas kehadiran dan pengukuhan kuasa British di India,
pergerakan-pergerakan reformasi Hinduisme telah membawa mengenai masalah
kedudukan wanita kepada pihak British supaya ianya dapat dihalang atau diketepikan
dengan meluluskan undang-undang.
Dengan kerjasama pergerakan-pergerakan
reformasi seperti Brahmo Samaj, Prarthana Samaj dan sebagainya, kedudukan kaum
wanita dapat dipulihkan pada kurun ke-19 dan kurun ke-20.
Masyarakat Dravida
Pada Zaman Sangam (kurun ke-3SM- kurun ke-3 TM), kaum wanita telah diberikan
kedudukan yang tinggi dalam masyarakat India Selatan. Sifat keibuan yang ada pada
mereka dihormati, disanjung dan dianggap sebagai suatu nilai yang mulia. Anak
perempuan yang kecil dipanggil sebagai 'amma' bererti emak kerana anak perempuan itu
bakal menjadi ibu apabila berkahwin. Dalam konteks ini, peranan kaum ibu amat penting
dan mereka mempunyai segala kebebasan termasuk untuk mendapatkan pendidikan yang
setinggi mungkin. Antara pujangga-pujangga Tamil yang terkemuka pada zaman Sangam
termasuklah beberapa pujangga wanita. Pujangga-pujangga wanita ini didapati berupaya
membuktikan kebolehan mereka dengan mencipta puisi-puisi yang dianggap setanding
____________________________________________SADN
10133
TAMADUN
ISLAM DAN ASIA
malah adakalanya lebih baik berbanding dengan kaum lelaki. Di samping itu, terdapat
juga kaum wanita yang pernah menjadi pertapa-pertapa yang disegani lagi dihormati
dalam masyarakat tersebut.

Akhirnya, kedudukan kaum wanita mulai mengalami kemerosotan selepas Zaman


Sangam. Masalah kemerosotan ini dapat diatasi atau dipulihkan semula selepas
kedatangan dan pertapakan kuasa penjajah khasnya kuasa British di India. Di India
Selatan juga pergerakan-pergerakan reformasi menjadi asas kepada pihak British untuk
meluluskan undang-undang bagi melindungi serta menegakkan hak kaum wanita
5.3
. Pemerintahan & Pentadbiran.
Sistem Beraja.
Pada tahap awal pembentukannya, iaitu antara tahun 600 - 320 S.M., tamadun India
mempunyai dua bentuk kerajaan, iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar. Kerajaan kecil
masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja. Manakala kerajaan besar diketuai
oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.
Dalam tamadun ini, sememangnya raja mengamalkan kuasa mutlak Kedudukan
seseorang raja ini kemudiannya diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang
berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati.
Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan peranan penting dan ini
diikuti dengan golongan Ksyatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan
golongan dominan.

______________________________________________SADN 10133 TAMADUN


ISLAM DAN ASIA
Pemerintahan Berbentuk Empayar
Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, Chandragupta Maurya telah membentuk
empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India dari tahun 321-185
S.M. Hal ini telah mengubah status raja kepada maharaja. Empayar Maurya meliputi
kawasan dari Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negaranya terletak
di Pataliputra. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan
Maharaja Asoka, iaitu dari tahun 273 - 232 S.M.. Penilaian itu dibuat berasaskan
kejayaan
Asoka menamatkan perang saudara. selepas Kematian ayahnya, Bindusara, dan menakluk
negeri Kalinga yang memiliki penduduk yang ramai di India. Selepas Perang Kalinga,
Asoka. lebih menekankan kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan
melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan.
Walaupun beliau merupakan maharaja berkuasa mutlak tetapi beliau telah membentuk
birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya.
5.4 Ekonomi
Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan. Pada zaman
tamadun awal di Lembah Indus, tanaman kapas diusahakan. Kemudian muncul perusahan
memintal kapas. Di kawasan Harappa penduduk telah menanam barli, kacang, gandum
dan kapas. Mereka juga menternak ayam, kambing, kerbau, unta, gajah , anjing dan
khinzir.Roda digunakan sebagai kincir air untuk mengangkut air dari sungai. Empayar
Maurya di bawah Chandragupta Maurya telah membenarkan petani-petani menggunakan
tanah milik kerajaan untuk kegiatan pertanian dan 1/3 daripada hasil perkapita mestilah
diserahkan kepada kerajaan. Beliau juga membina sistem pengairan untuk meningkatkan

______________________________________________SADN 10133 TAMADUN


ISLAM DAN ASIA
lagi pengeluaran hasil pertanian. Semasa pemerintahan Asoka, sistem ekonomi
diperkemaskan lagi dengan menyuruh golongan Sudra membersihkan tanah baru untuk
dijadikan kawasan pertanian Perusahaan utamanya ialah menenum kain kapas,
pertukangan gangsa, tembaga, emas, perak dan. tembikar (tanah liat). Di peringkat antara
bangsa, India telah membuat hubungan perdagangan dengan Mesopotamia, Parsi,
Saurashtra, Rajasthan, Afghanistan, Tibet,dan Asia Tengah. India telah mengimport kulit
siput (dari Saurashtra dan Deccan), gangsa (dari Parsi), perak , firus, dan lapis lazuli (dari
Parsi dan Afghanistan) dan batu jed (dari Tibet dan Asia Tengah).
Kain tenun merupakan eksport utama tamadun ini di samping alat-alatan daripada
gangsa, emas, tembaga, perak dantanah liat. Pada zaman Maurya, perdagangan peringkat
antara bangwsa bertambah aktif. Perdagangan melibatkan negara-negara Greek, Ceylon,
Timur Tengah, China dan Asia Tenggara. Perdagangan dengan Asia Barat ialah melalui
laut. Perlombongan turut diusahakan seperti emas, perak dan tembaga. Di laut mereka
mengusahakan kutipan mutiara, berlian dan garam. Orang India Selatan merupakan
peniaga yang giat menjalankan perniagaan dengan dunia luar.
5.5
Bahasa dan Kesusasteraan
Di negara India, terdapat lebih kurang 325 bahasa dan 750 loghat tetapi hanya 14 bahasa
utama diperakui menurut perlembagaan. Lebih kurang 87 peratusdaripada rakyat India
menggunakan 14 bahasa utama ini. Bahasa-bahasa tersebut dan peratus penggunaannya
ialah bahasa Hindi (30%), Telugu (9%), Bengali (8%), Marathi (8%), Tamil (7%), Urdu
(5%), Gujarati (5%), Kannada (4%), Malayalam (4%), Punjabi (3%), Assam (2%), Oriya
(1%), Kashmiri (1%) dan lain-lain (13%). Bahasa-bahasa di India dibahagikan kepada
dua rumpun keluarga bahasa iaitu bahasa-bahasa Indo Arya dan bahasa-bahasa Dravida.
Mengenai bahasa Indo-Arya, bentuk asli bahasa ini terdapat dalam bahasa Sanskrit.
Apabila orang-orang Indo-Arya meluaskan kawasan sehingga ke Lembah Ganges dan ke
timur,perbezaan loghat tempatan (bersifat daerah) membawa perubahan dalam bahasa
Sanskrit. Pada tahun 800SM, bahasa Sanskrit mengalami perubahan fonologi dan
morfologi sehingga wujudnya loghat- loghat baru zaman pertengahan seperti Prakrit,
Pali, Shauraseni, Magadhi dan lain-lain. Pada zaman Buddha (500SM), loghat-loghat ini
dianggap sebagai bahasa-bahasa tempatan yang dihubungkan dengan kawasan geografi
masing- masing. Bahasa-bahasa ini menjadi awalan (precursors) kepada bahasa-bahasa
tempatan yang digunakan sekarang. Bahasa-bahasa dalam kumpulan ini termasuklah
Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu,
Rajastam dan Sindhi.
Mengenai bahasa Dravida, bahasa Dravida kuno digunakan oleh beberapa puak seperti
Toda. Bahasa-bahasa Dravida termasuklah Tamil, Malayalam, Kannada, Telegu dan juga
Gondi (Madhya Pradesh), Brahui (Baluchistan), Kaudh atau Kui (Orissa) dan di kalangan
puak-puak Toda dan Kota.
Selain daripada kumpulan bahasa Indo-Arya dan bahasa Dravida terdapat juga kumpulan
bahasa Munda yang digunakan terutama di kawasan pergunungan di Bengal dan Bihar
(Kherwari), Orissa Quang) dan Madhya Pradesh (Kurku). Contoh kumpulan bahasa
Tibet-Burma ialah Ladakhi di Kashmir dan Garo, Tripura Naga dan Kuku Chin di Assam.

Bahasa-bahasa yang belum diklasifikasikan termasuklah Burushaski di Kashmir Utara


dan Andamanese di kepulauan Andaman.Dokumen bertulis yang tertua sekali ialah
inskrispsi-inskripsi Zaman Asoka (kurun ke-3 S.M.) yang menggunakan skrip Kharosthi.
Skrip ini juga digunakan di Parsi dan di barat laut India, dan kemudiannya tidak
digunakan selepas kurun ke-3. Skrip Parsi-Arab yang diperkenalkan oleh orang-orang
Muslim dari Arab dan Parsi masih digunakan dalam bahasa Urdu moden. Bentuk arah
tulisannya ialah dari kanan ke kiri dan ia menggunakan beberapa vokal sahaja. Tetapi
kebanyakan skrip-skrip India mempunyai asal-usul dalam skrip Brahmi kerana
adaptasinya kepada pelbagai bunyi bahasa-bahasa India. Selain daripada bentuk lama
Brahmi terdapat juga skrip India Utara, iaitu skrip Devanagari yang menggunakan garis
di atas perkataan untuk menyambung huruf-huruf. Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan
variasi-variasi tempatan seperti Punjabi, Oriya, Gujarati dan Bengali menggunakan skrip
ini. Skrip yang digunakan di India Selatan mengambil bentuk yang berlainan, iaitu hurufhurufnya mempunyai perhiasan bulat. Orang-orang Tamil mengembangkan huruf-huruf
mereka tersendiri.
Kesimpulannya,orang Aryan telah memberikan sumbangan yang sangat besar kepada
tamadun India di dalam pembentukkan masyarakat dan budaya yang telah melahirkan
pelbagai variasi tradisi masyarakat, budaya, falsafah dan sebagainya.
Kemajuan dalam tamadun India juga telah mempengaruhi perkembangan dan kemajuan
sains dan teknologi moden yang juga turut menyumbang kebangkitan serta kegemilangan
tamadun India.
Secara umumnya,setiap tamadun itu mestilah mempunyai cirri-ciri tersendiri dan cirri-ciri
itulah yang membentuk jati diri dan identity sesuatu tamadun.Malahan sesuatu tamadun
itu melambangkan bangsa,agama dan budaya.Walaubagaimanapun pertembungan antara
tamadun telah memperkayakan lagi nila-nilai yang ada pada sesuatu tamadun.

Rujukan
1.Hashim bin Musa, 1997. "Konsep Tamadun dan Peranan Tamadun Melayu Islam dalam
Pembinaan Tamadun Dunia dalam Era Globalisasi" (The Concept of Civilization and the
Role of Malay-Islamic Civilization in the Development of World Civilization in the
Globalization Era)", paper presented at Forum Universiti Malaya-Universiti Sumatera
Utara: Nilai Melayu dalam Era Globalisasi, organized by Academi Pengajian Melayu
Universiti Malaya and Universiti Sumatera Utara, at the Universiti Malaya Kuala
Lumpur, 3-4 January, 1997.(Buku)
2.Hashim bin Hj Musa, 2001 Pertalian Tamadun India dan China dalam Bahasa dan
Kebudayaan Melayu, dalam Jurnal Pengajian Malayu Jilid 10, Akademi Pengajian
Melayu, Universiti Malaya.(Jurnal)
3.Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun ditulis oleh Penyelenggara :
Esa Khalid dan Mohd. Azhar Abd. Hamid ,2010 , Beberapa Aspek Tamadun Melayu,
India, China dan Jepun ,Penerbit Universiti Teknologi Malaysia .
4.Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia Utusan Publication &

Distributors Sdn.Bhd(Buku)
5.Sivachandralingam Sundara Raja Dan Ayadurai Letchumanan (200). Tamadun Dunia.
Fajar Bakti Sdn.Bhd (Buku)

Kepentingan Budaya Ilmu dalam Pembentukan Masyarakat Bertamadun.


1.1 Pengenalan
Sejarah telah mengajar kita melalui berbagai peristiwa penting yang sekali gus
membuktikan bahawa golongan manusia yang tamadunnya tinggi adalah bersendikan
kepada budaya intelektual (ilmu) yang tinggi dalam zaman mereka. Golongan manusia
yang hanya mempunyai kekuatan bersifat fizikal seperti tenaga manusia atau kekuatan
ketenteraan sebenarnya bukanlah menonjolkan sebuah kekuatan hakiki tetapi
berpandukan dari sejarah tamadun manusia, sering kali kita saksikan bahawa sesebuah
bangsa yang kuat tetapi tidak diasaskan oleh budaya ilmu yang baik, akan memeluk dan
menganut nilai dan ciri tamadun lain yang ditaklukinya itu (Wan Mohd. Nor,1997)
Antara contoh bersejarah yang dapat diambil ialah seperti golongan Mongol yang telah
menyerang Baghdad, menjatuhkan Dinasti Abbasiyyah dan seterusnya merosakkan
sumber-sumber keilmuan dan tamadun Islam yang sekali gus paling menyedihkan dalam
sejarah (Mahayudin Hj Yahaya dan Ahmad Jelani Halimi,1996) kemudiannya telah
memeluk Islam dan melahirkan generasi Islam baharu di Turki, China dan Rusia pada
hari ini (Wan Mohd. Nor,1997). Kejayaan intelektual dan peradaban tinggi yang dicapai
oleh kaum-kaum Yunani, Yahudi, China, India dan umat Islam di zaman silam serta
betapa canggihnya pencapaian sains dan teknologi negara-negara Barat pada hari ini juga
adalah bukti nyata di mana sesebuah golongan manusia itu jika ilmu dan budaya
dimartabatkan sehingga ke kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat mereka, akan
menempa kemajuan.
Zaman Yunani kuno telah melahirkan ramai ilmuwan terkenal seperti Socrates, Plato dan
juga Aristotle yang banyak mempelopori ilmu falsafah, logik serta geometri. Albert
Einstein, Karl Marx dan Sigmund Freud dilihat sebagai diantara tokoh intelektual
berketurunan Yahudi yang berpengaruh besar di dalam pelbagai bidang keilmuan moden.
Mazhab Konfuciunisme Baru yang mewarnai tamadun China klasik di mana
kecenderungan amali telah memberi sumbangan besar kepada manusia sejagat melalui
penghasilan kertas, sutera, percetakan, kompas serta ubat meriam. Budaya India Kuno
pula yang lebih memberikan penekanan kepada ilmu yang paling abstrak telah
memberikan sumbangan bernilai terhadap bidang astronomi , geometri serta perubatan .
Fenomena budaya ilmu itu mula berubah apabila agama Kristian yang menguasai negaranegara Barat pada Zaman Pertengahan telah menyebabkan ilmu itu sendiri telah diilhami
oleh semangat sekular sekali gus mempengaruhi setiap aspek kehidupan dan pemikiran
manusia moden hari ini . (Wan Mohd. Nor, 1997)
1.2 Budaya Ilmu

Perkataan ilmu pula memiliki definisi yang sangat luas dan susah untuk didefinisikan.
Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat bahawa ilmu itu sendiri sebenarnya tidak
bersifat neutral , budaya yang berbeza memiliki konsep yang juga berbeza mengenai ilmu
walaupun ada persamaan mengenainya. Terdapat perbezaan yang ketara dan tidak seiring
mengenai konsep ilmu di antara budaya Islam dan juga Barat. (Wan Mohd. Nor, 1998)
Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din mendefinisikan ilmu itu kepada daya
membuat generalisasi, konsepsi terhadap idea-idea yang abstrak dan keupayaan
memperoleh kebenaran intelektual. (Hamid Fahmy Zarkasyi, 1990) Maka budaya ilmu
yakni apabila kedua-dua konsep budaya dan ilmu digabungkan boleh diertikan sebagai
segala aktiviti keilmuan yang dilaksanakan oleh setiap anggota masyarakat dan diterima
sebagai nilai tara utama dalam amalan mereka. (Mok Soon Sang, 2000)
Paul Kennedy (2004), telah menganalisis tentang kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa
besar dunia. Beliau mendapati faktor penting yang menentukan kebangkitan dan
kejatuhan kuasa-kuasa besar ini ialah sikap bangsa tersebut terhadap ilmu dan
penghayatan budaya ilmunya. Manakala, Ibn Khaldun (1993), seorang pemikir Islam di
abad ke-14 pernah menyatakan bahawa bangsa yang mempunyai kekuatan tenaga
manusia serta kekuatan tentera, walaupun berperanan untuk menjadikan bangsa itu kuat,
tetapi ianya tidak menjadi faktor utama bagi memberi kekuatan hakiki. Malah telah
berlaku beberapa peristiwa dalam sejarah bagaimana sesuatu bangsa yang kuat tetapi
tidak ditunjangi oleh budaya ilmu dan kemahiran yang baik, lambat-laun akan memeluk
dan menganuti ciri-ciri tamadun bangsa yang ditaklukinya. Budaya ilmu dan kemahiran
bagi sesebuah masyarakat memberi maksud bahawa keadaan di mana setiap lapisan
masyarakat melibatkan diri baik secara langsung, mahupun tidak langsung dengan teratur
dalam kegiatan keilmuan dan kemahiran bagi setiap kesempatan. Ia juga merujuk kepada
kewujudan satu keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu,
organisasi, mahupun masyarakat diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran. Di dalam budaya ilmu dan kemahiran, ilmu dianggap sebagai satu
keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat, sementara kemahiran
pula mampu menjadikan sesuatu ilmu itu lebih bermanfaat kepada semua golongan
masyarakat.
1.3 Masyarakat Bertamadun
Bagi ahli antropologi tempatan, Wan Hashim Wan Teh (1997) menegaskan bahawa
konsep tamadun dalam sains sosial merujuk kepada pencapaian tinggi pemikiran ahli
masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai aspek
kesenian, tatasusila, serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan mengurus
sebuah kerajaan yang demokratis.
Ciri utama yang mendasari sesebuah tamadun ialah pertumbuhan bandar atau kota.
Istilah-istilah yang membawa makna peradaban seperti civitas, maddana atau hadarah
dan nakarikam menggambarkan kehidupan di bandar. Hal ini kerana ciri-ciri kehidupan
di bandar itu lebih kompleks yang melahirkan pengkhususan kerja, inovasi dan kemajuan
dalam pelbagai bidang. Gordon Childe menegaskan bahawa peradaban lahir apabila

manusia menetap dalam kumpulan-kumpulan besar dan menjalankan pengkhususan di


bandar. Bagaimanapun dalam era dunia tanpa sempadan, konsep bandar mungkin boleh
dilihat dengan lebih luas kerana peranan kota telah diambil alih oleh negara bangsa atau
kerajaan atau benua. Masyarakat mungkin bersetuju mengiktiraf Jepun sebagai negara
bertamadun ( tidak bandar-bandar Tokyo, Hiroshima dan sebagainya ) dan ramai akan
menyetujui bahawa benua Eropah atau tamadun Barat menguasai tamadun lain.
Ciri kedua yang perlu dimiliki oleh masyarakat bertamadun ialah mempunyai tingkah
laku yang luhur dan murni. Hal ini telah ditegaskan melalui perkataan civilize dalam
bahasa Inggeris dan adab serta adbun dalam bahasa Arab. Begitu juga dengan Syed
Naguib yang menekankan kepada kehalusan tatasusila bagi mencerminkan masyarakat
bertamadun. Layanan orang Ansar terhadap orang Muhajirin di Madinah semasa era Nabi
Muhammad s.a.w. menunjukkan orang Ansar memiliki tingkah laku yang terpuji.
Kemajuan dalam pelbagai bidang merupakan ciri ketiga untuk membuktikan bahawa
sesebuah masyarakat itu bertamadun. Rom misalnya terkenal dengan unsur seni bina dan
undang-undang, Athens pula melahirkan ahli-ahli falsafah manakala kerajaan bani
Abbasiyah semasa pemerintahan Harun al-Rasyid memberi sumbangan yang besar dalam
bidang intelektual. Generasi muda perlu dibekalkan dengan kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang secukupnya agar kesinambungan kemajuan dapat diteruskan.
Masyarakat Arab tidak berupaya membina semula Empangan Maarib sehingga memasuki
era Zaman Jahiliah kerana masyarakat mereka tidak memiliki kemahiran dan buta huruf.
Konsep tamadun kurang lengkap jika definisinya tidak dimasukkan unsur-unsur
kemajuan material dan spiritual. Pencapaian dalam bidang material seperti unsur seni
bina, pentadbiran yang berkesan, pencapaian ilmu pengetahuan dan sebagainya perlu
disertai dengan unsur-unsur moral atau kerohanian. Pencapaian dalam aspek kebendaan
pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. mungkin tidak sehebat pencapaian unsur-unsur
spiritual yang dimiliki oleh masyarakat Islam ketika itu yang mahu menegakkan agama
Islam.
1.4 Kepentingan Budaya Ilmu dalam Pembentukan Masyarakat Bertamadun
1.4.1 Masyarakat Berilmu
Sesebuah masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu sudah setentunya akan memiliki
beberapa ciri-ciri tertentu yang membezakan mereka dengan masyarakat yang tiada
berkecenderungan terhadap aktiviti keilmuan. Wan Mohd Nor (1997) antara lain
menggariskan ciri-ciri tersebut adalah seperti; Penglibatan setiap ahli masyarakat di
dalam kegiatan keilmuan. Tindakan manusia baik secara individu mahu pun di peringkat
masyarakat, diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada
melalui pengkajian mahu pun syura. Ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi
dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap peringkat, Individu dan institusi
berpengaruh dalam masyarakat akan memberi keutamaan, bantuan , kemudahan , dan
pengiktirafan yang tinggi kepada mana-mana pihak yang melibatkan diri di dalam usaha
mencari dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Dalam diri dan masyarakat, tidak akan
mengiktiraf sifat jahil, bebal dan anti ilmu. Dalam diri dan masyarakat yang berbudaya
ilmu, akan menolak dan membenci pandangan, pernyataan, serta amalan yang tidak

berasaskan ilmu dan kebenaran. Budaya ilmu bukan sekadar kesungguhan memahami,
mendalami dan menghayati sesuatu bidang ilmu tetapi lebih penting juga mampu
menjelmakan sifat keilmuan dalam pelbagai bidang (multi-disciplinary) dan merentas
bidang (inter-disciplinary) agar pemaduan ilmu dapat mewujudkan kepaduan diri dan
masyarakat.
Justeru itu , Wan Mohd. Nor (1997) selanjutnya menambah bahawa masyarakat yang
berbudaya ilmu seharusnya memiliki beberapa nilai tertentu, iaitu ;
a. Kepentingan Ilmu
Masyarakat yang berbudaya ilmu akan menjadikan ilmu sebagai asas segala kebaikan.
Ilmu yang dipelajari bukanlah tiket untuk mendapatkan kemewahan material , melahirkan
pekerja yang cekap atau peluang untuk pekerjaan lumayan tetapi lebih kepada
penanaman sikap untuk memuliakan ilmu dengan cara menuntutnya dan seterusnya
menghayatinya seumur hidup . Pendidikan menurut Ibnu Khaldun (1993) , dapat
membantu individu dan masyarakat menuju kemajuan dan kecemerlangan (Gamal Abdul
Nasir Zakaria , 2003)
b. Hasil Ilmiah Yang Berkekalan
Berkekalan di sini bermaksud bahawa sebarang usaha dan hasil yang berteraskan ilmiah
itu seharusnya merupakan sumbangan dan amal kebajikan penting bagi diri sendiri dan
juga manusia , dan sumbangan tersebut akan diberi ganjaran yang bersifat kekal. Bagi
ilmuwan non-Muslim , mereka pasti mendapat kemasyhuran nama sepanjang zaman
manakala bagi ilmuwan Muslim pula percaya kepada ganjaran pahala amal jariah di
akhirat .
c. Usaha Keilmuan Yang Berkekalan
Di dalam masyarakat yang berbudaya ilmu , anggota masyarakatnya perlu maklum
bahawa pendidikan itu adalah proses pembelajaran sepanjang hayat yakni dari buaian
hingga ke liang lahad .
d. Hormat-Kritis Terhadap Ilmu
Masyarakat berbudaya ilmu juga mesti berani mencari kebenaran dan memperbaiki hasil
pemikiran tokoh ilmuwan terdahulu . Perkara ini dapat disaksikan melalui rentetan
sejarah di mana Imam Syafii serta Imam Abu Hanifah pernah berguru dengan Imam
Malik . Contoh lain pula Imam al-Ghazali mengkritik kekeliruan ahli falsafah Islam yang
terpengaruh dengan unsur dan pemikir Yunani tetapi tetap mengakui sumbangan dan
keagungan para pemikir Yunani tersebut .
e. Kesinambungan Tradisi Keilmuan
Peka dan sedar betapa pentingnya kesinambungan atau sejarah ilmu atau keilmuan juga
sebuah nilai yang amat mustahak di mana ilmu itu sendiri tidak terbatas kadarnya serta
manusia itu sendiri tidak akan dapat memikirkannya bermula dari titik kosong .
Khazanah keilmuan generasi terdahulu dan juga semasa seharusnya diketahui dan
seterusnya direkodkan .
f. Kepimpinan

Masyarakat yang mahu memilih barisan para pemimpin mereka setentunya terlebih
dahulu mesti memahami dan menghayati budaya ilmu itu sendiri sebelum menilai ,
memilih dan mengukuhkan pemimpin yang berilmu , adil , bijaksana , berwawasan jauh
dan tegas . Ini juga bermakna , mana-mana individu atau kumpulan pemimpin yang mahu
memimpin masyarakat , semestinya melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dasar dan
kepakaran yang sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa bersesuaian dengan
keperluan zamannya .
g. Pengiktirafan Peranan Wanita
Wanita memang berperanan besar di dalam menentukan dan membina budaya ilmu dan
ketinggian tamadun manusia . Zaman pramoden menyaksikan kaum wanita secara tidak
rasmi telah berpengaruh besar di dalam peringkat rumah tangga khususnya mengenai
urusan penerusan adat resam , penjagaan keluarga dan kemahiran hidup berkeluarga .
Ahli sejarah melihat pengabaian pendidikan kaum wanita seperti di dalam tamadun
Yunani Kuno dilihat sebagai punca kepada kejatuhan tamadun masyarakat Yunani itu
sendiri . Agama Islam pula bersumberkan dari wahyu atau hadis , memerintahkan kepada
kaum Muslimin , lelaki dan juga perempuan untuk sama-sama menuntut ilmu
pengetahuan dan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah SWT di
muka bumi ini . Isteri-isteri Rasulullah saw sendiri terutamanya Siti Aisyah adalah
sumber rujukan para sahabat khususnya mengenai al-Quran , hadis , fikah selain syair ,
sejarah Arab , nasab keturunan (salasilah) dan juga perubatan . Jelas di sini bahawa ,
kaum wanita memberi kesan kepada sesebuah institusi keluarga. Manakala kekeluargaan
pula merupakan paksi kekuatan sesebuah masyarakat .(Hasan Langgulung ,1979)
1.4.2 Pembudayaan Ilmu Dalam Masyarakat
Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan
serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya
fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan individu dan bangsa.
Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan
sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Wan Mohd. Nor Wan Daud (1997),
menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan
masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan
kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan
manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan
dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah
satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai
kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan
negara.

1.4.3 Keintelektualan Masyarakat


Merujuk kepada perkara asas pencarian ilmu pengetahuan itu, proses pencarian ilmu

berkait rapat dengan pendidikan manakala pendidikan berkait rapat pula dengan
organisasi keilmuan itu sendiri yang mana dalam konteks lumrahnya disebut sebagai
institusi pengajian atau sekolah (dilihat dari konteks pendidikan formal). Di Nusantara,
sejarah pendidikannya menerusi proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan
bangsa dan negara Melayu semenjak zaman awal sebelum kedatangan Islam. Evolusi
pendidikan ini telah melalui lima fasa, iaitu:
1. Zaman Sebelum Islam
2. Zaman Pra Islam
3. Zaman Pasca Islam
4. Zaman Klasikal
5. Zaman Penjajahan
Evolusi peralihan zaman ini memperlihatkan pelbagai perubahan dan pembaikan sistem
pendidikan negara terutamanya dekad terakhir abad ke-20 melalui perlaksanaan dasardasar baru dan akta-akta yang dipinda antaranya:
1. Akta Pendidikan 1996 menggantikan Akta Pelajaran 1961 khususnya peruntukan
kuasa-kuasa Menteri Pelajaran dan penginstitusian prasekolah;
2. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 bermatlamat menjadikan Malaysia
sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan;
3. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 membolehkan penubuhan sebuah majlis
untuk pembentukan dasar dan menyelaras pembangunan pendidikan tinggi;
4. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara 1996 menyediakan peruntukan
pinjaman pelajar dan skim tabungan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi;
5. Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996 memperluas autonomi dalam
pengurusan dan kewangan kepada universiti awam bagi menentukan program ke arah
kecemerlangan alam pendidikan;
6. Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 memastikan tahap akademik yang tinggi,
jaminan kualiti tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara dalam penyediaan
pendidikan tinggi swasta;
7. Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000 membolehkan ITM dinaik taraf
menjadi universiti;
8. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000 membenarkan
pinjaman kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Sejajar dengan arus pemodenan ini, fokus masyarakat dunia turut berubah daripada
penemuan di bidang pertanian ke zaman industri dan yang terkini penyertaan yang
meluas dalam bidang teknologi maklumat. Merujuk kepada pandangan pakar dan sarjana
ulung dunia, mereka mengatakan bahawa sains dan teknologi boleh merubah segalanya
dalam pendapat Keneichi Ohmae(1995), dan Bryan S.Turner (1983) dengan idea zaman
Pasca Modenisme. Jika dikaji secara mendalam, semua kebangkitan di atas merujuk
kepada perkembangan dan ledakan pesat sains dan teknologi ke dalam masyarakat dunia.
Secara amnya, sains dan teknologi banyak merubah cara hidup dan peradaban manusia
sejak zaman dahulu hingga kini, malahan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi ini
semakin meningkat dan turut mempengaruhi cara hidup manusia serta persekitarannya.
Perhubungan di antara sains dan teknologi dan masyarakat semakin meningkat dan ketara

di masa hadapan. Oleh itu beberapa perubahan am akan berlaku secara langsung ataupun
tidak langsung. Perkembangan sains dan teknologi boleh memberi kesan yang positif atau
negatif bergantung kepada pandangan dan penerimaan setiap individu dan masyarakat itu
sendiri (Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional, Terjemahan; Suriah Mohamad).
Sikap keterbukaan dan usaha bersungguh-sungguh yang ditonjolkan oleh Malaysia ini
terbukti telah memperlihatkan kejayaan. Menurut hasil dapatan daripada kajian Trends in
International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2003, pencapaian pelajar
Malaysia dalam subjek Matematik meningkat daripada tempat ke-16 ke tempat ke-10 dan
mendahului 40 buah negara lain termasuk negara maju seperti United kingdom (UK),
Amerika Syarikat (AS), Australia dan New Zealand. Manakala bagi subjek Sains pula,
kedudukan Malaysia meningkat dari tempat ke-22 ke tempat ke-20 dan mendahului 30
buah negara lain termasuk Norway dan Itali (Wahid Hashim, 2005). Walau
bagaimanapun, Malaysia tidak pernah memandang kejayaan tersebut sebagai penamat
bagi usahanya. Malaysia senantiasa berusaha mencapai matlamat mutlaknya iaitu bagi
mencapai status negara cemerlang, gemilang dan terbilang menerusi Wawasan 2020.
Usaha ini diteruskan menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010
yang telah dirangka untuk melaksana dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang
holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP akan menjadi garis panduan yang
jelas kepada semua pihak supaya segala dasar, program dan aktiviti pendidikan yang
dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
1.4.4 Melahirkan Modal Insan
Sesungguhnya, dari pandangan Islam, status dan keutamaan ilmu adalah amat jelas
sekali. Perkataan yang paling awal diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w adalah iqra
yang membawa maksud bacalah. Hal ini juga menunjukkan betapa Islam memberikan
perhatian yang utama dalam hubungan dengan ilmu dan proses pengilmuan (Zakaria
Stapa, 2001). Imam Shafie menegaskan bahawa: Sesiapa yang berkehendakkan kepada
keduniaan, maka hendaklah dia mencari ilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kepada
akhirat juga hendaklah dia mencari ilmu. Hakikatnya, perjalanan sejarah hidup manusia
telah mencatatkan secara tepat bahawa ilmu adalah suatu pengaruh malahan suatu kuasa.
Fakta betapa misalnya golongan kecil bangsa Greek dengan pencapaian ilmu mereka,
terutamanya yang berpusat di Athen mempunyai pengaruh yang cukup besar ke atas
Roman dan bangsa-bangsa lain sehingga ke hari ini (Wan Mohd Nor, 1990). Ilmu juga
ternyata merupakan suatu kuasa dan boleh menjadi teras kekuatan budaya dan kualiti
hidup masyarakat.
Peter F. Drucker (1999) menjelaskan bahawa ilmu menjadi penentu dalam penguasaan
bidang ekonomi. Beliau dengan jelas menyatakan bahawa kumpulan sosial yang paling
utama dan penting dalam zaman akan datang ialah pekerja dan eksekutif yang berilmu
pengetahuan dan tahu menggunakan ilmu untuk suatu kerja yang produktif (Zakaria
Stapa, 1994). Namun kini, ilmu pengetahuan di kalangan umat Islam mengalami
kemunduran seiring dengan mundurnya kekuasaan politik mereka. Sejak keruntuhan
Dinasti Abbasiyah (1258) yang sangat menyanjung ulama dan ilmuwan. Ilmu
pengetahuan sedikit demi sedikit juga mengalami kemunduran (Mohd Shauki Abd Majid,

2004). Tamadun yang agung kini dilihat bermula dari sebelah dunia Barat. Amerika
Syarikat dilihat sebagai teras tamadun Barat mendahului negara-negara lain di dunia
dalam pelbagai bidang kira-kira 20 tahun ke hadapan (Hashim Musa, 2004). Pada zaman
sebelumnya, sesuatu kuasa lazimnya terhasil daripada penggunaan sumber politik,
ekonomi dan ketenteraan, namun kini merubah pendekatan itu dengan menampilkan
peranan ilmu khususnya ilmu-ilmu dan teknologi strategis dilihat sebagai suatu kuasa
tuntas kerana dengannya, kekayaan dan kekuasaan menyeluruh dapat dijana.
1.4.5 Cabaran Budaya Ilmu
Terdapat banyak cabaran yang perlu ditangani agar hasrat untuk mewujudkan sebuah
masyarakat yang berbudaya ilmu pada zaman sekarang . Di antaranya ialah ;
1. Salah tanggapan masyarakat terhadap ilmu. Masyarakat Melayu silam melihat ilmu
dan usaha ke arahnya itu hanya sebagai memenuhi kepada keperluan peribadatan sahaja .
Contohnya mempelajari ilmu astronomi hanya untuk memastikan waktu-waktu solat atau
ketibaan bulan-bulan penting sahaja . Ilmu matematik hanya khusus untuk mengira
fidyah , zakat atau pembahagian harta pusaka (Wan Mohd. Nor Wan Daud,1997).
Masyarakat pada hari pula melihat aspek pendidikan sebagai syarat untuk lulus
peperiksaan sekali gus sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang lumayan ,
kurikulum yang tersedia juga kurang memberi peluang untuk para pelajar untuk berfikir
secara aktif , ilmu itu juga telah disempitkan melalui pengkhususan dan pengelasan , ilmu
tidak dapat kaitkan dengan iman dan amal serta terpinggirnya kesan ilmu terhadap aspek
akhlak . (Tajul Ariffin Nordin dan NorAini Dan,2002) Oleh itu , set minda masyarakat
yang sempit yang berkemungkinan diakibatkan oleh pelbagai aspek seperti pengaruh
sekularisme atau dualisme yang diperkenalkan oleh pentadbiran kolonial silam misalnya
perlulah diubah melalui pendidikan Islam agar konsep ilmu yang luas dapat memberi
impak yang sempurna kepada masyarakat.
2. Pengaruh berlebihan budaya korporat dan penswastaan terhadap ilmu dan sistem
pendidikan. (Tajul Ariffin Nordin dan Dr. NorAini Dan,2002). Apabila manusia hanya
asyik memikirkan keuntungan material sahaja dengan cara memperniagakan kegiatan
intelektual secara komersial secara tidak langsung akan menyebabkan terpinggirnya
budaya ilmu itu sendiri kerana ia sudah tidak lagi diasaskan oleh konsep ibadah dan
keikhlasan.
3. Tiada wujudnya kesinambungan usaha intelektual di alam karier
(Azyumardi,1999).Usaha membuat kajian dan penyelidikan (research and development)
di dalam sektor kerajaan serta swasta sebenarnya memberikan impak besar terhadap
kemajuan negara . Tanpa adanya dapatan daripada penyelidikan dan kajian yang
berterusan , produktiviti yang dikecapi hanyalah bersifat minima sahaja .
4. Institusi informal dan non-formal dalam masyarakat yang pincang. Perkara ini dapat
dilihat melalui kurangnya peranan ibu bapa yakni kekeluargaan di dalam budaya ilmu
(M.Wasiullah Khan,1989)Realiti zaman sekarang menyaksikan para ibu bapa kurang
berperanan sebagai ejen sosialisasi dan role model penting kepada keluarga mereka . Hal
ini sama sekali berbeza dengan masyarakat zaman silam yang tidak begitu terdedah

dengan pengaruh negatif dari budaya luar kerana utuhnya sistem kekeluargaan yang rapat
walaupun para ibu bapa selalunya tiada berpendidikan tinggi .
5. Kurangnya imbalan atau insentif pihak kerajaan kepada para ilmuwan dan kegiatan
intelektual. Ibn Khaldun (1993) di dalam kitab Muqaddimahnya ada menceritakan
tentang kepesatan dan kemajuan ilmiah yang dicapai oleh wilayah Islam semasa
pemerintahan amir-amir Turki di mana sekolah-sekolah (zawiyah) dan wakaf-wakaf
banyak didirikan sebagai industri pelaburan di mana keuntungan yang diperoleh akan
digunakan sebagai upah dan insentif serta motivasi bagi para pendidik dan pelajar.
Kurangnya usaha mempublisitikan ilmu, tokoh keilmuan dan karya intelektual kepada
masyarakat (Wan Mohd. Nor Wan Daud,1997) yang disebabkan oleh pendedahan
berlebihan terhadap dunia hiburan dan sukan melalui media massa serta gazet elektronik .
6. Khazanah karya intelektual yang dilupakan. Usaha mengkaji dan menyelidik karyakarya intelektual tokoh-tokoh keilmuan zaman silam perlulah dijalankan ,
diperkembangkan dan didedahkan kepada pelbagai lapisan masyarakat dari masa ke
semasa agar segala pengajaran , nilai tujuan , kandungan dan kejayaan atau kegagalan
para tokoh ilmuwan tersebut dapat dimanfaatkan secara hormat-kritis (Wan Mohd. Nor
Wan Daud,1997).
Persoalannya apakah yang akan terjadi sekiranya masyarakat kita tidak berbudaya ilmu?
Masyarakat yang tidak berbudaya ilmu pastinya akan berbudaya jahil atau bebal , bukan
kerana ketiadaan maklumat atau fakta yang betul tetapi kerana rendahnya sifat rohaniah
dan degil walaupun mempunyai maklumat yang betul dan cukup (Wan Mohd. Nor Wan
Daud,1997).
1.5 Kesimpulan
Untuk memupuk kesedaran berbudaya ilmu di dalam masyarakat bukanlah satu impian
yang terlalu ideal atau mustahil untuk dicapai. Ini kerana melalui pengalaman sejarah
silam, generasi manusia terdahulu seperti masyarakat Yunani, China, India dan Islam
sendiri pernah mencapainya di dalam pelbagai bidang keilmuan. Kecanggihan sains dan
teknologi yang didominasi oleh negara-negara Barat dan negara Jepun moden sekarang
ini adalah manifestasi dari budaya ilmu yang disemai di dalam masyarakat mereka. Ibn
Khaldun (1993) sendiri ada menyatakan bahawa ilmu pengetahuan dan pengajaran
(talim) merupakan hal semula jadi di dalam peradaban manusia. Jadi, tidak hairanlah
bila mana tokoh itu tersebut pernah menyatakan bahawa sejarah jatuh bangun sesuatu
bangsa berkaitan dengan budaya ilmu yang dihayatinya.
Rujukan
Azyumardi , M.A., 1999 . Esei-Esei Intelektual Muslim & Pendidikan Islam . Indonesia :
PT Logos Wacana Ilmu
Bryan S ,Turner, (1983) Religion and Social Theory, London: Heinemann.
Gamal Abdul Nasir Zakaria , 2003 . Prinsip-Prinsip Pendidikan Islam . Malaysia , Pahang
Darul Makmur : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Hasan Langgulung , 1979 . Pendidikan Islam . Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Antara

Hashim Musa, 2004. Encountering the Globalizing West. Kuala Lumpur: University of
Malaya Press.
Ibn Khaldun , 1993 . Mukadimah Ibn Khaldun (terjemahan). Malaysia, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Keneichi Ohmae, 1995. The end of the nation state: the rise of regional economies, New
York: The Free Press.
M.Wasiullah Khan 1989. Pendidikan dan Masyarakat Dalam Islam . Mohamad Nordin
Zainuddin(penterjemah) . Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Mahayudin Hj Yahaya dan Ahmad Jelani Halimi 1992 . Sejarah Islam . Shah Alam :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd Shauki Abd Majid, 2004.Wacana Hadhari dalam Islam, Kuala Lumpur : Anzagan.
Mok Soon Sang 2000 . Ilmu Pendidikan Untuk KPLI . Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Paul Kennedy, 2004. The Rise and Fall of the Great Powers: Economic Change and
Military Conflict from 1500-2000 New York NY: Random House
Peter F. Drucker, (1999) Post-Capital Society Oxford : Butterworth-Heinemann
Tajul Ariffin Noordin dan Nor Aini Dan , Dr. 2002 . Pendidikan & Pembangunan
Manusia : Pendekatan Bersepadu . Selangor Darul Ehsan , Bandar baru Bangi : AsSyabab Media .
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2003. International
Mathematics Report - International Science Report - Technical Report (muat turun pada
30 July 2008 http//www. timss.bc.edu/timss2003i/conference_IR.html
Wan Hashim Wan Teh, Tamadun Melayu dan Pembinaan Tamadun Abad Kedua Puluh
Satu dalam Ismail Hussein, Wan Hashim Wan The dan Ghazali Shafie, 1997. Tamadun
Melayu Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu, Bangi: Penerbit UKM,
Wan Mohd Nor Wan Daud, (1990).Penjelasan Budaya Ilmu. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Wan Mohd. Nor Wan Daud 1997. Penjelasan Budaya Ilmu. Malaysia, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Mohd. Nor Wan Daud 1998 . The Educational Philosophy and Practise of Syed
Muhammad Naquib al-Attas : An Exposition of the Original Concept of Islamizaton .
Kuala Lumpur : International Institute Of Islamic Thought and Civilization
Zakaria Stapa. 1994. Gesaan Rasulullah s.a.w. dan Keunggulan Citra Ummah. Dewan
Budaya. (Februari, 1994): 19-23.
Zakaria Stapa. 2001.Akidah & Akhlak Dalam Kehidupan Muslim, Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur,.

Anda mungkin juga menyukai