Anda di halaman 1dari 5

Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Sumbangan Tamadun China kepada peradaban dunia yang masih relevan 4
2.1 Sumbangan tamadun China dalam Bidang Sains dan Teknologi 5
2.2 Sumbangan tamadun China dalam pembinaan Tembok Besar China 5
2.3 Sumbangan tamadun China dalam percetakan kertas 5

3 .0 Nilai-nilai murni yang boleh diaplikasikan dalam konteks situasi negara Malaysia
4

4.0 Tiga dialog daripada video yang paling menyentuh perasaan 4


4.1 Dialog 1 5
4.2 Dialog 2 5
4.3 Dialog 3 5

5.0 Infografik 4

6.0 Kesimpulan 4

7.0 Rujukan 4

8.0 Reflektif Jurnal 4


1.0 Pendahuluan

Zaman Tamadun China telah berkembang dan, dari segi peradaban, adalah salah
satu tamadun tertua. Ini terbukti kerana berdasarkan sejarah Tamadun China telah wujud
sejak 4000-5000 tahun yang lalu. Berdasarkan kajian ketamadunan Asia, Tamadun Cina
mula bertapak di satu lembah Sunga Hwang Ho atau Sungai Kuning, dipanggil Sungai
Kuning kerana sungai itu membawa lumpur kuning sepanjang alirannya. Ia melintasi
utara China. Dipercayai oleh kebanyakan ahli sejarah bahawa tamadun ini telah wujud
sejak tahun 2500 SM. Tamadun ini wujud di lembah Sungai Kuning kerana tanahnya
yang subur memudahkan penduduk setempat boleh menjalankan aktiviti seharian mereka.
Penduduk China mewujudkan perkampungan tetap dan mendirikan sebuah kerajaan yang
mempunyai sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang unik. Lembah Sungai Kuning
pesat membangun pada zaman Dinasti Shang sekitar 1500 SM hingga 1027 SM atau
Dinasti Yin. Dinasti Shang dan Dinasti Yin merupakan dinasti terawal di China
berdasarkan kajian arkeologi. Pada zaman ini, Gangsa dan buluh telah digunakan secara
meluas. Pada zaman ini juga, berlakunya kewujudan beberapa negara kota. Kezaliman
pemerintah terakhir Dinasti Shang telah member impak besar kepada dinasti ini dimana
ia telah digulingkan oleh Wu Wang daripada keluarga Chou pada tahun 1027 SM.
Pemerintahan Dinasti Chou menandakan bermulanya era tamadun China yang baru. Pada
tamadun ini, tulisan Cina telah berkembang ke seluruh negeri.Kejatuhan Dinasti Chou
telah diambil alih oleh Dinasti Shih Huang Ti . Pada era ini, penyatuan masyarakat telah
menyumbang ke arah perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Pada zaman ini
juga, Tembok Besar China telah dibina dan wujudnya pelbagai sistem piawaian seperti
timbang berat, lebar jalan raya, bahasa dan lain lain lagi.

Objektif tugasan ini adalah untuk menilai kemahiran dan kebolehan pelajar dalam
membincangkan Tamadun China dan sumbangannya terhadap peradaban dunia. Antara
rujukan primer yang diaplikasikan dalam menyiapkan tugasan ini adalah nota-nota
kursus, video kuliah tentang Tamadun China, dan laman web yang berkaitan.
2.0 Sumbangan Tamadun China kepada peradaban dunia yang masih relevan

2.1 Sumbangan tamadun China dalam Bidang Sains dan Teknologi

Pada asalnya sains dan teknologi China adalah kesan daripada


kepercayaan magik dan kuasa ghaib. Melalui kepercayaan tersebut, orang Cina
cuba untuk menghuraikan jawapan tentang fenomena alam. Kejadian banjir,
hujan, pergerakan matahari dan bulan, antara perkara yang sukar untuk difahami
oleh masyarakat Cina. Maka, muncul nujum atau bomoh yang kononnya boleh
meramal dan member beberapa jawapan kepada persoalan alam. Melalui kajian
orang cina terhadap cengkerang kura-kura, tulang binatang, dan daun pokok maka
wujudlah pengetahuan mereka mengenai jawapan alam. Secara tidak langsung,
magis dan kuasa ghaib masyarakat cina membantu mereka mempelajari atau
menghasilkan pengetahuan mengenai bidang-bidang sains dan teknologi. Usaha
yang berterusan oleh nujum mereka mengenai fenomena siang dan malam telah
mendorong ke arah perkembangan sistem calendar. Selain itu, usaha mencari
rumus untuk hidup lebih lama telah membawa kepada penemuan kajian kimia dan
perubatan.
Sains dan teknologi Cina telah wujud pada sejak kurun ke-15 sehingga
kurun ke-11 Sebelum Masihi, ini dibuktikan melalui kajian arkeologi. Teknologi
kejuruteraan pada awalnya diaplikasikan dan dimajukan untuk mengawal banjir di
Sungai Kuning. Selain daripada bidang kejuruteraan, cabang teknologi yang telah
wujud pada waktu adalah dalam bidang astronomi, perubatan, optik dan bidang
kimia. Orang Cina di zaman Dinasti Zhou dalam kurun ke-11 telah mampu
menghasilkan maklumat berkenaan dengan bintang melalui peralatan astronomi
yang telah wujud pada waktu itu.

Sumbangan dalam bidang Matematik

Sempoa pertama kalinya digunakan oleh ahli Matematik Cina iaitu Xu


Yue pada kurun ke 2 Sebelum Masihi. Buku Jiuzhang Suanshu (Sembilan bab
matematik) menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negative, sistem pecahan
dan perpuluhan. Buku ini telah ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke-2. Chou
Pei Suan King dan Chiu Chang Suan Shu adalah antara dua buah karya matematik
tertua cina. Chou Pei Suan King membicarakan hal mengenai calendar, pengiraan
masa baying baying dan mengandungi catatan matematik. Manakala, Chiu Chang
Suan Shu pula adalah karya yang mengandungi Sembilan bab mengenai kira-kira,
ukuran dan beberapa teori matematik. Semua kemajuan dalam bidang matematik
ini masih diaplikasikan dalam kehidupan seharian pada masa kini.

Perkembangan perubatan cina bermula dari sistem perubatan cina tradisional yang terdiri dari
teori kosmik dualistik yin dan yang, teori lima elemen, dan juga teori jing dan luo. Teori yin dan
yang menyatakan keseimbangan kedua-dua kuasa ini mempengaruhi kesihatan manusia. Teori
lima elemen menganggap bahawa tubuh manusia yang terdiri dari organ luaran dan dalaman
adalah berpadanan dengan lima elemen dalam alam semesta. Teori jing dan luo merupakan asas
kepada rawatan terapeutik seperti moxisbustion (membakar daun moxa) dan akupuntur. Teori ini
berpendapat bahawa, organ dalaman, tangan dan kaki adalah berkaitan dan dihubungkan oleh
saluran dimana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Gangguan pada sistem ini akan
menyebabkan seseorang tidak sihat. Buku-buku perubatan cina seperti Huangdi neijing dan
Bencao gangmu dipercayai sebagai pemangkin kepada perkembangan perubatan modem oleh
barat.

Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan,
bahan letupan dan kompas. Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber
tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa
pemerintahan dinasti Tang (618 –906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal
dicetak iaitu pada 11 Mei 868. Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun
ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon.
Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan. Pada zaman
pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina. Penemuan
tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination)
dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan
kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.
2.2 Sumbangan tamadun China dalam pembinaan Tembok Besar China
2.3 Sumbangan tamadun China dalam percetakan kertas

Anda mungkin juga menyukai