Anda di halaman 1dari 16

SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (PENGURUSAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN

SEPTEMBER 2019

MPU3122

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

NO. MATRIKULASI : 950209035554001


NO. KAD PENGNEALAN : 950209-03-5554
NO. TELEFON : 011-23094384
E-MEL : nurulfatihah.nufa@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTRE

1
Isi Kandungan

1.0 Pengenalan .....................................................................................................................................3


2.0 Sumbangan Tamadun China Dan Hubungannya Dengan Kemajuan Bidang Sains Dan
Teknologi.....................................................................................................................................4-8
3.0 Sumbangan Tamadun China Kepada Pemikiran Inovatif Masyarakat Kini..................................9
4.0 Cadangan Ciptaan-Ciptaan Baharu Dan Kesan Kepada Tamadun
Kini............................................................................................................................................9-13
5.0 Kesimpulan..............................................................................................................................13-14
Rujukan.....................................................................................................................................15
Refleksi Jurnal...........................................................................................................................16

2
1.0 Pengenalan

Tamadun bermaksud sebuah peradaban sesuatu bangsa dan negara. Di dunia terdapat
tujuh keajaiban dunia yang terdiri daripada, Chichen Itza (Piramida El Castillo) iaitu di
Mexico, Patung Kristus di Brasil, Collesuem di Itali, Machu Picchu di Peru, Petra di
Yordania, Taj Mahal India dan Tembok Besar di Cina. Setiap keajaiban dunia terdapat kisah
dan sejarah serta sumbangannya tersendiri. Objektif penulisan esei ini adalah untuk
membincangkan tentang Tamadun China, sumbangan dan kesan inovatif terhadap masyarakat
dan dunia masa kini.

Rajah 1: Tembok Besar China (sumber google)

  Tamadun China merupakan salah sebuah tamadun tertua di dunia. Tamadun ini dibina
dan diperkembangkan selama 4000 tahun telah membawa kepada kegemilangan dalam
beberapa bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral, penciptaan dan sains.
Kegemilangan ini membawa kemajuan dan kemakmuran kepada tamadun ini serta memberi
sumbangan kepada kehidupan masyarakat di dunia pada hari ini. Tamadun China juga
menyamai tamadun-tamadun tua yang lain seperti tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir,
Tamadun India dan Tamadun Greek. Walaupun kemunculannya tidak sama namun
pencapainya adalah setanding dengan tamadun-tamadun tadi. Sebagai contoh pembinaan
Tembok Besar China seperti dinyatakan dalam rajah 1 merupakan salah satu dari tujuh benda
ajaib di dunia. Ia seiringan dengan Piramid di Mesir, Taman Bergantung Babylon di Iran dan
Taj Mahal di India. Tembok Besar China telah tersenarai sebagai salah satu daripada tujuh
keajaiban dunia. Kini, tembok ini menjadi antara tempat tumpuan perlancongan di negara
China.

3
2.0 Sumbangan Tamadun China dan hubungannya dengan kemajuan bidang sains
dan teknologi

Tamadun China banyak menyumbang kepada bidang astronomi, fizik, kimia, biologi,
perubatan, matematik, penciptaan dan teknologi kepada dunia. Hasil daripada penyumbangan
tamadun ini, banyak manfaat kepada perederan dan perubahan zaman sekarang. Kajian
arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina telah wujud pada kurun ke-15 sehingga
kurun ke-11 SM. Pada awalnya teknologi kejuruteraan digunakan dan dikembangkan kerana
untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Antara lain-lain teknologi adalah dalam bidang
astronomi, perubatan, optik dan kimia. Di zaman dinasti Zhou dalam kurun ke11 hingga ke 3
SM, orang cina telah mampu menyediakan maklumat berkaitan dengan bintang dengan
terciptanya peralatan astronomi.

Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas,
pencetakan, bahan letupan dan kompas. Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan
menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi pencetakkan telah mula
diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 –906) di mana buku Jingang Jing
dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. Bahan letupan telah dihasilkan
oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan
saltpetre dengan sulfur dn karbon. Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah
menggunakannya dalam peperangan. Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM)
sifat-sifat magnet telah ditemui di cina. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (Induced
Magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (Declination) dan juga kekutuban magnet
(Polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina
dan digunakan semasa pelayaran.

2.1 Sumbangan Pertama Dalam Bidang Perubatan

Perubatan cina telah bermula sejak 10 ribu tahun dahulu. Amalan perubatan cina
berkembang melalui kaedah empririkal iaitu melalui pemerhatian pada tubuh badan manusia
dan beberapa jenis penyakit. Sebagai contoh kaedah perubatan akupuntur pernah diamalkan
oleh masyarakat cina dengan menggunakan serpihan tulang yang ditajamkan sebelum
peralatan moden dicipta. Dokumen paling awal yang mengandungi maklumat tentang
perubatan tradisional cina ialah Huang-Ti-Nei-Chang yang ditulis pada abad ke-3 S.M. antara
konsep Yang dan Yin yang berperanan menjelaskan konsep kesihatan manusia. Selain itu
4
anggota badan manusia juga dikaitan dengan lima unsur iaitu hati dikaitkan dengan lima
unsur kayu, jantung dengan unsur api, perut dengan unsur tanah, paru-paru dengan unsur
logam dan buah pinggang dengan unsur api.

Rajah 2 : Simbol Yin dan Yang (Sumber Google)

Simbol Ying Yang seperti rajah 2 dari segi pemikir-pemikir cina mempercayai
bahawa perkara – perkara yang berlaku atau wujud di dalam alam ini akibat dari interaksi
antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin dan Yang. Yin mewakili perempuan iaitu
keadaan pasif, sejuk, gelap, basah, lembut dan lain-lain. Yang pula mewakili lelaki, aktif,
panas, cerah, kering, keras dan lain-lain. Yin dan Yang merupakan dua kuasa yang saling
bertindak dalam alam semester ini. Dalam bentuk fizikal, Yang merupakan langit dan Yin
adalah bumi.

Rajah 3 : Buku-buku farmologi pada tamadun cina yang menjadi rujukan kepada
perubatan pada waktu tersebut. (Sumber Google)

5
Materia medica, moksibusi dan akupuntur. Teori lima elemen menganggap badan
manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati,
jantung, limpa, paru-paru, dan ginjal.- Teonjing (saluran) dan Luo (kolateral), asas bagi
rawatan terapeutik seprti akupuntur dan moxibustion (membakar daun moxa). Akupuntur
melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril.. Antara
buku-buku mengenai perubatan dan farmakologi Cina tradisional dalam rajah 3 iaitu Huangdi
Nejing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning) menumpukan soal kelebihan terapeautik
dariakupuntur, herba,diet dan senaman. dan Bencao Gangmu (Farmakopeia Agung), Li
Shizhen (1518-1593). Amalan-amalan perubatan cina juga diperoleh dari karya-karya tulisan
oleh pengamal perubatan cina. Sewaktu dinasti han, muncul karya Treat On Dieases By Cold
Factors yang ditulis oleh Li Shih-Chen semasa Dinasti Ming. Karya ini merupakan sebuah
ensiklopedia yang menjelaskan mengenai 1892 jenis perubatan. Treat On Diseases Cause By
Cold Factors antara karya – karya perubatan yang dihasilkan ialah Inner Cannon (Nei
Ching) yang merupakan rekod menyeluruh mengenai rekod teori perubatan cina.

2.2 Sumbangan Kedua Dalam Bidang Matematik

Pencapaian dalam bidang matematik turut mengharumkan nama tamadun cina.


Penguasaan dalam bidang matematik juga meruapakan salah satu faktor kepada
kecemerlangan orang cina dalam bidang ekonomi. Menjelang abad ke-14 perkembangan ilmu
matematik di china berkembang lebih pesat berbanding di eropah. Pada ketika itu,
masyarakat cina mahir menggunakan pengetahuan mereka dalam bidang matematik. Dalam
abad ke-2m penggunaan abacus, kajian kualiti negatif, nilai pai, sistem perpecahan, dan
sistem perpuluhan telah dihasilkan oleh pakar-pakar matematik cina. Terdapat dua buah
karya matematik cina tertua iaitu yang pertama ialah Chou Pei Suan King yang
membincangkan mengenai kalendar, pengiraan masa bayang-bayang dan mengandungi
catatan matematik sekitar tahun 1105 s.m. karya kedua pula ialah Chiu Chang Sua Shu yang
mengandungi sembilan bab mengenai kira-kira, ukuran dan beberapa teori matematik yang
lain. Karya ini dihasilkan oleh Liu Hui (250 s.m) dan merupakan kitab yang paling unggul
sebelum 1000m.

Angka positif dan negatif juga wujud dalam matematik cina. Angka positif biasanya
disukai kerana ia membawa makna keuntungan manakala angka negatif memberi keburukan
iaitu mengenai hutang dan begitu juga telah pandai menggunakan angka perpuluhan
berasaskan sepuluh dan al-jabar. Ia banyak dibinancangkan oleh ahli matematik cina iaitu
6
Chin Chiu Shoa. Dalam karyanya, beliau menerangkan persamaan berangka tinggi,
persamaan tak tentu dan menggunakan al-jabar dalam persamaan trigonometri.
Perkembangan dalam al-jabar (algebra) ini bermula pada abad ke – 113m. Perkembangan
ilmu matematik di china memberikan sumbangan kepada dunia luar serta kemudahan kepada
tamadun-tamadun lain untuk terus mendalami ilmu tersebut serta mengaplikasikan dalam
kehidupan harian.

Rajah 4 : Sempoa (sumber google)

Rajah 4 menunjukkan sempoa (abacus), pengunaan sempoa disebut buat pertama kali
pada kurun ke – 2 dalam karya ahli matematik Xu Yue. Sampoa digunakan pertama kalinya
oleh ahli matematik cina iaitu Xu Yue dalam kurun ke2 SM. Buku Jiuzhang Suanshu
(sembilan bab matemetik) yang ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke-2 menunjukkan
penemuan mengenai kuantiti negatif, sistem pecahan dan perpuluhan.

2.3 Sumbangan Ketiga Dalam Bidang Pembinaan

Semasa pemerintahan dinasti Qin (221 SM), Maharaja Qin Shi Huangdi telah
membina Tembok Besar China. Dibina sebagai kubu bagi menghalang serangan daripada
suku nomad Hsiung Nu dari utara China. Pekerja pembinaan terdiri daripada penduduk
sekitar, banduan dan juga para tentera. Dalam 200 tahun berikutnya, tembok ini diperbaiki
dengan penambahan meriam dan juga menara pengawal. Tembok terbentang di sepanjang
Shanhaiguan di bahagian timur hingga ke Lop Lake di sebelah barat. Panjangnya mencecah
8852.8 km. Tingginya adalah 30 kaki dan mempunyai lebar seluas 15 kaki. 4 orang askar
yang menunggang kuda dapat berjalan sejajar di atasnya, senjata dan bahan makanan dapat
diangkut di atasnya. Tangga dan pintu yang dibina di sebelah dalam digunakan oleh askar
untuk turun dan naik. Tembok besar dibina menggunakan batu dan kayu pada awalnya,
kemudian batu-bata panjang turut digunakan. Di tengahnya diisi dengan tanah atau ketulan

7
batu. Pengguanaan kayu dan batu pada awal pembinaan adalah kerana ianya mudah didapati.
Kubu pertahanan mempunyai banyak fungsi. Antaranya ialah sebagai tempat berlindung bagi
askar semasa berperang. Mereka juga boleh berehat di kubu itu pada waktu aman di samping
menjadi tempat menyimpan senjata dan bekalan bahan makanan. Semasa diserang musuh,
tahi serigala dibakar di atas kubu pertahanan tersebut dan membentuk asap bagi
menyampaikan isyarat bahaya dengan segera. Tembok besar yang masyhur itu mengandungi
semangat dan perasaan bangsa China. Kini, tembok besar ini telah menjadi lambang bangsa
China. Pada tahun 1987, Tembok Besar China telah tersenarai sebagai Warisan Dunia.

Tamadun China juga terkenal dengan seni binanya. Arkitaktur China tersebut boleh di
kesan sekitar beberapa kawasan yang di kelilingi pergunungan Tibet di barat, Gobi di utara
serta Burma, Laos dan Vietnam di barat daya. Seni bina terawal China banyak menggunakan
Kayu yang di sambung tanpa menggunakan paku. Antara senibina yang terawal ialah Kuil
Nan Chan (rujuk rajah 5) di gunung Wutai yang terletak di daerah Shan Xi. Ianya dibina
sekitar 782 sebelum Masihi pada Dinasti Tang. Jerome Silbergeld dalam artikelnya Chinese
architecture (2017) mengatakan bahawa seni bina pada tamadun China sangat terkenal
dengan perincian dan ketepatan kerana menggunakan sistem ukuran yang diperkenalkan
pada Dinasti Song. Ini telah merevolusikan seni pembinaan yang sedia ada masa kini.
Ketelitian dan ketepatan ini juga dapat di lihat pada seni bina Pagoda China di daerah Zhei
Jiang yang di bina pada 1165 sebelum Masihi dan Kuil Miao Ying yang juga di kenali
sebagai Kuil Putih Stupa di daerah XiCheng yang di bina sekitar Dinasti Liao. Tamadun
China juga adalah pelopor kepada sistem bumbung yang lebih maju ketika itu kerana
tamadun Asia yang lain masih menggunakan atap yang di perbuat dari daun nipah dan buluh.

Rajah 5 : Dewan utama Kuil Nan Chan

8
3.0 Sumbangan Tamadun China kepada kesan pemikiran inovatif (perubahan
secara kreatif) masyarakat kini.

Hasil daripada sumbangan tamadun cina kepada peredaran zaman memberi impak
yang besar kepada dunia masa kini. Setiap sumbangan berevolusi dengan sendiri daripada
bidang perubatan sehingga ke bidang matematik, dimana setiap sumbangan tersebut diguna
pakai dalam aktiviti harian pada masa kini. Idea-idea baru terhasil yang diinspirasikan
daripada sejarah dan ketamadunan masa lalu.

Antara contoh-contoh perubahan secara kreatif pada masa kini ialah penciptaan bunga
api yang diinspirasikan daripada penciptaan (gunpower) untuk tujuan peperangan. Perubahan
terjadi secara perlahan-lahan dan mengubah daripada kegunaan untuk peperangan kepada
tujuan perayaan sesuatu kaum dan agama.

Selain itu, penghasilan mesin pencetak yang banyak diguna pakai dalam era masa kini
lebih kepada industri perniagaan dan penghasilan pakaian. Mesin pencetak berevoluis
daripada mesin pencetak terdahulu yang lebih diguna pakai untuk penghasilan dan
pencetakkan kertas.

Contoh lain yang antara memberi kesan yang besar kepada zaman sekarang adalah
pengunaan aplikasi Waze. Aplikasi ini diinspirasi daripada penghasilan dan penciptaan
kompas matahari yang diguna pakai pada masyarakat terdahulu yang menjadi pandu arah.

4.0 Cadangan ciptaan-ciptaan baharu dan kesan kepada tamadun kini.

Hasil daripada kemajuan tamadun cina terhasil empat penciptaan agung yang
mempengaruhi sampai ke tamadun kini. Antara pencapaian teknologi cina purba yang paling
berguna dan berpengaruh dan segi sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta
tamadun dunia ialah empat penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakkan,
bahan letupan dan kompas.
Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-
bahannya menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas
9
ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia barat melalui jalan sutera lama
(The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.

Teknologi teknik pencetakan (Printing) telah mula diperkenalkan semasa


pemerintahan Dinasti Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih
wujud sehingga kini ialah Fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi cina yang bertarikh 11
Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di muzium British di England. Buku ini dianggap
mewakili hasil daripada pengalaman lama orang cina dalam teknik percetakkan blok (Block-
Printing). Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakkan bergerak (Mobile-Type
Printing) dan mula menggunakannya secara umum. Pencipataan Bi Sheng adalah 400 tahun
lebih awal daripada penciptaan yang sama di dunia barat yang hanya berlaku pada kurun ke –
15.

Rajah 6 : Bahan letupan (Gunpowder)

Bahan letupan (Gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli kimia Doais yang
menemui formulanya dalam uji kaji mencampur salpetre dengan sulfur dan karbon.
Menjelang kurun ke-7, orang cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat
bunga api. Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh Ketua
Tang (618-906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada
kurun ke-13 dan seterusnya dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.

10
Rajah 7 : Kompas (sumber google)

Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun cina
yang memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa
Dinasti Han (206SM – 220SM) sifat-sifat magnet sudah diketahui di negara china. Antara
kurun pertama dengan kurun ke-6, orang cina sudah pun menemui pengetahuan tentang
gejala kemagnetan aruhan (Induced Magnetism), dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu
pengetahuan ini, orang cina telah menghasilkan kompas (rujuk rajah 7), yang ada mulanya
untuk digunakan dikapal.

4.1 Ciptaan 1: Bahan letupan (Bunga Api)

Bunga api disini merujuk kepada bunga api yang ditembak ke langit, menghasilkan
corak dan warna yang menarik. Bunga api tercipta daripada tamadun cina iaitu penciptaan
bahan letupan (Gun Power) yang digunakan untuk peperangan pada tamadun tersebut.
Dalam tempoh 200 tahun berikunya, bunga api melalui evolusi, diolah dalam bentuk roket,
lebih efisyen untuk tujuan peperangan.

11
Rajah 8: Bunga api (sumber google)

Di Malaysia, seperti rajah 8 di atas. Mercun dan bunga api diharamkan sama sekali
kerana sebelum ini pernah menyebabkan korban nyawa. Kebiasaanya, bunga api digunakan
untuk perayaan terutama perayaan aidilfitri untuk masyarakat melayu yang beragama islam,
masyarakat tamil yang merayakan perayaan deepavali dan bagi masyarakat cina merayakan
perayaan tahun baru cina. Sementara itu di china, mereka masih lagi dalam perniagaan bunga,
menghasilkan dan mengesport lebih banyak bunga api daripadalain-lain negara di dunia.

4.2 Ciptaan 2: Mesin pencetakkan

Mesin pencetakkan berasal dari negara Cina purba sebagai kaedah


menera tekstil sebelum kertas. Sebagai kaedah menera kain, contoh-contoh terlama yang
masih wujud dari negara Cina bertarikh selewat tahun 220 M di samping contoh-contoh
dari Mesir Rom sekitar abad keempat. Cebis-cebisan teraan bongkah kayu terawal yang
masih wujud adalah dari negara China dan berupa sutera yang tetera bunga-bunga tiga warna
dari Dinasti Han (sebelum 220 M), sementara contoh-contoh teraan bongkah kayu pada
kertas yang terawal muncul pada abad ke-7 di China.

Antara contoh- contoh jenis pencetak yang boleh menghasilkan gambar/imej  yang
terbaik. pada masa kini. Pencetak laser iaitu menggunakan toner kartrij untuk mencetak.   Ia
mencetak lebih laju berbanding pencetak dakwat jet.  Pencetak jenis ini menggunakan
teknologi di mana kertas itu disembur dengan titisan mikroskopik dakwat. Pencetak foto iaitu
pencetak seperti ini biasanya boleh didapati di kedai foto ataupun “photobooth”. Selain
daripada itu pencetak terma adalah satu lagi jenis pencetak dipanggil pencetak haba. Pencetak
ini akan berfungsi apablia suhu meningkat pada kertas reaktif.
Kertas akan bertukar warna apabila mendapat tindak balas haba. 
Akhir sekali, pencetak pelbagai fungsi mesin ini adalah pilihan yang berdaya maju dalam

12
persekitaran korporat. Ia menawarkan perkhidmatan seperti mencetak, mengimbas, menyalin
dan faks dari satu unit. Saiz pencetak ini adalah lebih besar daripada pencetak dakwat jet

4.3 Ciptaan 3: Waze

Waze adalah aplikasi nombor satu bagi pemandu. Waze (disebut sebagai  ways) ialah
sebuah  program aplikasi navigasi geografi berkaitan GPS bagi telefon pintar yang
mempunyai sokongan GPS dan skrin paparan yang menyediakan informasi ikut urutan dan
masa perjalanan yang dikemukakan pengguna dan maklumat laluan, memuat turun maklumat
lokasi yang bergantung ke atas rangkaian telefon mudah alih.

Waze berlainan daripada perisian navigasi GPS tradisional kerana ia ialah aplikasi


berasaskan komuniti yang mengumpulkan beberapa data peta pelengkap dan maklumat trafik
daripada pengguna. Seperti perisian GPS lain, ia belajar dari masa memandu pengguna untuk
menyediakan laluan dan kemas kini trafik masa sebenar. Orang ramai boleh melaporkan
kemalangan, kesesakan lalu lintas, kelajuan dan perangkap polis, dan boleh mengemas kini
jalan raya, mercu tanda, nombor rumah, dan lain-lain. Waze juga mengenal pasti stesen
minyak yang termurah berhampiran pengguna atau di sepanjang laluan mereka Waze boleh
digunakan di mana sahaja di dunia tetapi ia memerlukan lebih ramai pengguna untuk
mempunyai utility. Selain navigasi suara ikut urutan, lalu lintas masa nyata dan khusus
lokasi-isyarat lain, Waze serentak menghantar maklumat tanpa nama, termasuk kelajuan dan
lokasi pengguna, kembali ke pangkalan data untuk meningkatkan perkhidmatan secara
keseluruhan. Khidmat luar kumpulan ini membolehkan komuniti Waze untuk melaporkan
navigasi dan kesilapan pemetaan dan kemalangan hanya dengan menjalankan aplikasi.

5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, tamadun China merupakan satu tamadun yang kuat


pengaruhnya. Perkembangan tamadun China sehingga ke dunia barat menunjukkan tamadun
china berupaya bersaing dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun China telah memberi idea
kepada sesebuah negara agar beretika dalam penubuhan sesebuah kerajaan.

Kebolehan tamadun China dalam teknologi dengan menyumbangkan empat ciptaan


agung kepada dunia menunjukkan tamadun cina telah awal lebih maju berbanding dengan

13
tamadun lain. Walaupom pada zaman pemerintahan Yong Zheng (1723-1735), dasar
isolation telah diperkenalkan, ini tidak memudaratkan ,masyarakat cina. Namun sedikit
sebanyak memberi impak kepada kemajuan secara global. Kebangkitan para intelektual cina
setelah China kalah beberapa kali dalam peperangan telah memberi kesan positif kepada
pembangunan China. Memandangkan tamadun China telah maju dalam pelbagai bidang
terutamanya dalam bidang kesenian. “ Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China”. Negara
China seharusnya dijadikan contoh kepada negara-negara lain di Asia agar sejarah tamadun
China dapat dikekalkan sepanjang hayat. Impak daripada sumbangan tamadun tersebut, dunia
telah berubah menjadi lebih baik dan maju.

14
Rujukan

Darusalam,G.(2019). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (1st ed). Open University Malaysia.

Khairul Amilien Bin Rahim (Jan 2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Retrieved from
https://www.slideshare.net/alkepuloh/87223601-assignmenttitas

Osman Affandi (22 Dec 2017). 5 Fakta dan Sejarah Menarik Mengenai Tembok Besar China.
Retrieved from https://iluminasi.com/bm/5-fakta-dan-sejarah-menarik-mengenai-tembok-
besar-china.html

Shaa Ismail (2019) Limau Mandrin, Tembok China Disebalik Seni Bina Yang Megah.
Retrieved from https://limaumandarin.com/tembok-besar-china-di-sebalik-seni-bina-yang-
megah/

MJ Suhaimi (29 Sep 2018), Sejarah Penciptaan Bunga Api Yang Tercapai Sejarah Tak
Sengaja. Retrieved from https://iluminasi.com/bm/sejarah-penciptaan-bunga-api-yang-ramai-
tidak-tahu.html

Aku Zaki, Sains and Teknologi Tamadun China. Retrieved from


https://www.academia.edu/29659619/Sains_dan_Teknologi_Tamadun_China

Titas Tugasan Kumpulan, (6 April 2012), Tamadun China. Retrieved from http://welcome-to-
tamadunchina.blogspot.com/2012/04/pengenalan-dan-pembinaan-tamadun-china.html

Asri Jusnaidi (22 Nov 2013), Sumbangan Tamadun Cina Kepada Dunia Dalam Bidang Sains
& Teknologi. Retrieved from https://prezi.com/nmen5ivb8jqj/sumbangan-tamadun-cina-
kepada-dunia-dalam-bidang-sains-teknologi/

Muhammad Hafizi Hafizi, Student at Universiti Kebangsaan Malaysia. Sumbangan Tamadun


China. Retrieved from https://www.slideshare.net/muhamadhafizi95/sumbangan-tamadun-
cina-40748142

15
Refleksi Jurnal

Alhamdulillah, matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia merupakan satu


subjek yang baru bagi saya. Bagi semester ini, saya telah diberi tugasan kerja kursus pendek.
Saya perlu mencari, membaca, meneliti dan mempersembahan penemuan saya dan kisahkan
ia dalam penulisan sebagai tugasan kerja kursus pendek saya. Tajuk tugasan ini adalah
sumbangan Tamadun Cina kepada dunia masa kini dan sumbangan Tamadun China kepada
kesan pemikiran inovatif (perubahan secara kreatif) masyarakat kini serta ciptaan baru.
Sebelum saya mendapat tugasan ini, pengetahuan tentang sejarah dunia agak sedikit. Saya
menyedari sejarah setiap tamadun adalah refeleksi kepada masa kini sama mengulang,
menambah baik pulih atau lebih baik dari terdahulu.

Objektif kerja kursus pendek ini ialah pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut.
Tugas tersebut ialah menyatakan secara jelas sumbangan dalam tamadun cina untuk
kemajuan teknologi dan sains masa kini teruatama kepada Malaysia. Sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini, saya mendapati topik ini agak mudah kerana terdapat banyak
maklumat mengenai tamadun cina di internet serta sumber-sumber yang lain.

Walaubagaimanapun, saya telah banyak menimba ilmu baru sepanjang saya


menyiapkan tugasan ini. Tamadun cina, topik ini telah saya pelajari sewaktu di bangku
sekolah namun pengetahuan yang ada tidaklah begitu mendalam. Melalui tugasan ini, saya
sedikit sebanyak telah mendalami pengetahuan tentang tamadun cina. Terima Kasih kepada
pihak tutor dan pihak OUM Shah Alam yang banyak membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini. Selain itu, kemudahan yang disediakan kepada saya seperti perpustaakan yang
menjadi tempat saya mecari rujukan, bilik belajar dan selesa dan sistem yang mudah serta
selamat.

Antara sumbangan tamadun kepada diri dan masyarakat masa kini ialah generasi
masa kini akan lebih kreatif dan inovatif dalam membina dan mencipta kejayaan di persada
dunia. Sumbangan kepada diri sendiri adalah, generasi kini akan lebih menghargai sesebuah
tamadun dan menanam jadi diri agar lebih maju sama ada untuk diri sendiri, masyarakat,
bangsa, agama dan negara.

16

Anda mungkin juga menyukai