Anda di halaman 1dari 16

<PROGRAM >

<SEMESTER / TAHUN >

<KOD KURSUS>

<TAJUK KURSUS>

NO. MATRIKULASI : <NO MATRIKULASI>

NO. KAD PENGNEALAN : <NO. KAD PENGENALAN>

NO. TELEFON : <TELEFON>

E-MEL : <EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN : <PUSAT PEMBELAJARAN>


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1

1.0 : PENGENALAN

1.1 Tamadun China

Tamadun China mempunyai keunikan yang tersendiri dan menarik untuk dikaji. Dianggarkan
satu perlima penduduk dunia ada di sini dengan 56 buah etnik besar yang mengamalkan
budaya dan adat kebiasaan masing-masing (Afifah, 2003).Tamadun China memperlihatkan
pertumbuhan dan perkembangan dinasti yang muncul dan tenggelam silih berganti yang
membawa kepada sistem republik dan pengaruh komunisnya, penguasaan negara oleh orang
luar seperti Monggol, Muslim serta Barat. Ditambah pula dengan sumbangan-sumbangan
yang cukup bermakna kepada tamadun-tamadun dunia seperti aliran falsafah pemikiran
Konfusiusnisme dan Taoisme, Sistem Peperiksaan Awam, penciptaan kertas, bahan letupan,
teknologi perkapalan dan lain-lain lagi (Afifah, 2003).

Menurut Fatimah (2014), dinasti pertama menurut sumber sejarah China merupakan
Dinasti Chia tetapi tiada bukti arkeologi yang mengesahkan kewujudan dinasti ini. Dinasti
pertama yang disahkan ialah dinasti Shang yang menduduki Lembah Sungai Hwang Ho.
Semua dinasti yang muncul pada zaman ini memiliki sistem pemerintahan yang bersifat
feudal dan sistem ekonominya berasaskan pertanian (Fatimah, 2014).

1.2 Sejarah dan Ciri-ciri Istimewa Tamadun China

Tamadun China dikesan sejak tahun 2000 SM sebagai tamadun ketiga muncul di Eurasia
selepas India dan Yunani (Afifah, 2003). Kepimpinan raja dan ketaatan rakyat membantu
menambah jangka hayat tamadun China. Penduduk China mendirikan perkampungan tetap
dan membentuk kerajaan yang mempunyai sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang
kompleks (Ghazali, 2001). Melalui kajian-kajian arkeologi yang dijalankan, Dinasti Shang
atau Dinasti Yin merupakan dinasti terawal di China. Pada zaman tersebut, gangsa dan buluh
telah digunakan secara meluas (Ghazali, 2001). Keruntuhan tamadun Chou telah digantikan
dengan tamadun Shih Huang Ti yang terkenal dengan perkembangan besar sains dan

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
teknologi serta penyatuan orang China (Ghazali, 2001). Pada zaman ini juga Tembok Besar
China dibina, sistem piawaian seperti timbang berat diperkenalkan, pembinaan jalan raya,
perkembangan bahasa dan lain-lain (Ghazali, 2001).

Masyarakat China telah lama mencapai kemajuan malah tamadun China dianggap
paling awal wujud berbanding tamadun lain sebelum zaman moden. Masyarakat China pada
ketika itu telah mempunyai nilai ketamadunan yang tinggi, maju dalam pertanian dan
pentadbiran (Paul, 1988 dalam Ghazali, 2001).

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
2.0 SUMBANGAN TAMADUN CHINA KEPADA TAMADUN-TAMADUN LAIN

Tamadun China merupakan satu daripada tamadun yang tertua dan berkesinambungan hingga
ke hari ini kerana memiliki sifat-sifat yang terbuka dalam interaksinya dengan tamadun lain
(Fatimah, 2014). Pelbagai sumbangan tamadun China terhadap tamadun-tamadun lain
antaranya dalam bidang perubatan, sains dan teknologi, astronomi, matematik, dan
sebagainya.

Tamadun China telah lama menempa kemajuan. Alat cetak misalnya diperkenalkan
sejak abad ke-11 Masihi lagi bagi membolehkan buku-buku dicetak dengan banyak dan
cepat. Pada abad ini juga, wang kertas telah digunakan bagi melancarkan urusan perniagaan
(Afifah, 2003). Dalam bidang ketenteraan juga, tamadun China dikatakan memiliki
kelengkapan perang paling banyak misalnya pada tahun 1402 Masihi dinasti Ming
mempunyai 1350 kapal perang (Afifah, 2003). China juga menjadi pengeluar sutera utama di
dunia. Era dinasti Han mencatatkan sejarah penulisan kamus dan penemuan teh yang menjadi
minuman harian masyarakat seluruh dunia sehingga kini (Afifah, 2003).

2.1 Bidang perubatan


Dalam bidang perubatan Cina, beberapa karya tulisan pengamal perubatan Cina sangat
terkenal dan menjadi rujukan beberapa negara Asia Timur dan Eropah. Karya-karya seperti
Inner Cannon (tulisan Nei Ching) dan Metarial Medica (Pen TsOao Kang Mu) telah
diterjemahkan dalam bahasa asing. Mengikut masyarakat Cina, penyakit boleh dirawat
melalui 3 kaedah iaitu material medica (penggunaan bahan seperti herba), moksibusi
(penggunaan sumbu atau moksa yang dibuat daripada herba tertentu untuk dilekatkan) dan
kaedah akupuntur yang mecucukkan jarum pada badan manusia.

2.2 Bidang Matematik


Dalam bidang Matematik, penggunaan sempoa oleh masyarakat China menjadi sangat
popular dan disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue.
Selain itu, ahli Matematik Cina juga dikatakan menemui nilai pi (π ¿, sistem pecahan dan
sistem perpuluhan.

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
2.3 Bidang Astronomi
Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan
penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna dan tepat sehingga mampu menyediakan
katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sistem kalendar Cina juga
adalah salah satu sistem paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia
ini.

2.4 Bidang Sains dan Teknologi


Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15
sehingga kurun ke-11 SM. Pada peringkat permulaannya, budaya Cina sangat menghargai
kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina
yang bergantung kepada kejayaan mengawal banjir Sungai Kuning (Fatimah, 2014).
Penyelidik percaya, teknologi lain seperti melebur dan menuang besi ke dalam acuan,
pengeluaran porselin, pembuatan kertas dan loyang telah wujud pada masa yang lebih awal
lagi (Fatimah, 2014). Keunggulan teknologi Cina sangat menarik perhatian dunia Barat
sehingga berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dari China ke Barat. Ilmu mengenai
sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat sebenarnya dibawa masuk dari
negara China. Semasa dinasti Han, sifat-sifat magnet telah ditemui China sehingga
menghasilkan kompas oleh orang Cina. Kompas pada mulanya digunakan semasa pelayaran.

2.5 Bidang pertanian


Tamadun China dikenali juga sebagai tamadun pertanian. Sehingga hari ini, kita dapat
melihat kerbau digunakan untuk aktiviti penanaman padi dan kuda dijadikan sebagai binatang
tunggangan. Semua ini dimulakan semasa tamadun China dahulu. Masyarakat Cina juga
memelihara serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan mengadakan kawalan serangga
perosak dengan menggantungkan sarang semut pada pokok buah-buahan (Fatimah, 2014).
Bangsa Cina juga dikatakan memulakan penciptaan cangkul, bajak serta membina terusan
( Ghazali, 2001).

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
2.6 Ciptaan kertas dan pencetakan
Seorang Cina telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan
iaitu Cai Lun. Teknologi membuat kertas telah diperkenalkan ke dunia Barat dan tiba di
Eropah pada kira-kira kurun ke-13. Teknologi teknik pencetakan telah mula diperkenalkan
semasa pemerintahan Dinasti Tang. Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik pencetakan
bergerak dan mula menggunakannya secara umum.

Kesimpulan
Tamadun China mendahului revolusi di Barat dan memberi sumbangan yang sangat besar
terhadap perkembangan tamadun-tamadun lain di dunia. Tamadun China di dicirikan sebagai
tamadun yang unik dan tersendiri dan membibitkan perkembangan awal sains dan teknologi.
Tamadun China bukan sahaja menekankan aspek ekonomi tetapi juga peradaban manusia dan
kelestarian alam sekitar. Dalam aspek politik, sistem pemerintahan monarki diteruskan
hingga ke zaman dinasti Ching. Hanya sedikit perubahan dilakukan terutama gelaran raja
ditukar kepada maharaja. Dengan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di
China hingga abad ke-20.

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
3.0 TEMBOK BESAR CHINA

3.1 Tujuan pembinaan Tembok Besar China

Tembok Besar China bukan hanya merupakan monumen warisan sejarah namun ianya juga
merupakan simbol persatuan. Bangsa China menggunakan Tembok Besar ini sebagai alat
untuk menunjukkan kebanggaan, kecintaan, persaudaraan dan persatuan China (Lovell,
2011). Tembok Besar China merupakan struktur penting kubu pertahanan tentera bagi China
kuno ( Ai Jing, 2015). Tembok Besar China tidak hanya menjadi warisan sejarah bagi bangsa
China sendiri, namun juga menjadi salah satu warisan dunia yang menunjukkan bagaimana
peradaban tinggi China telah dibangunkan ribuan tahun yang lalu.

Tujuan pembinaan Tembok Besar China adalah untuk mempertahankan negara


daripada serangan musuh. Tembok Besar China ini dibina melintasi pergunungan yang
tinggi, lembah dan curam yang berbahaya. Menurut Wicaksono (2019), tenaga buruh diambil
daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti tentera, rakyat jelata, petani tetapi sebahagian
besarnya terdiri daripada tahanan-tahanan yang dihukum kerana yang melanggar peraturan
negeri Qin. Ironinya, tahanan-tahanan yang dikerah juga dirantai sepanjang jalan
(Wicaksono, 2019)

Walapun tembok bata dan batu yang wujud kini, berasal dari tahun 1400-an, Tembok
Besar China telah mula dibina daripada bata tanah pada 214 Sebelum Masihi di bawah
pemerintahan Shi Huangdi (Farndon, 2005). Pada 246 SM, maharaja Qin bersama Zheng
meluaskan empayar itu dan menggelarkan dirinya sebagai Shi Huangdi, Maharaja Pertama.
Beliau mengarahkan pembinaan Tembok Besar sepanjang 4,000 kilometer untuk melindungi
empayarnya daripada puak nomad yang datang dari bahagian utara.

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
3.2 Warisan sejarah Tembok Besar China

Tembok Besar China merupakan destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi kerana
pembinaan tembok ini merupakan antara yang ajaib di dunia. Teknologi pembinaan yang
digunakan untuk membina tembok besar China sangat dikagumi dan merupakan warisan
sejarah yang perlu dijaga dan dikekalkan.

Menurut Fatimah (2014), Tamadun China mempunyai reka bentuk seni bina yang
agak berlainan daripada tamadun lain. Tembok Besar China yang dibina sejak zaman dinasti
Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu
dari Kansu hingga ke Peking (Fatimah, 2014). Ikonik Tamadun China yang merupakan antara
tujuh keajaiban dunia ini,merekodkan panjang keseluruhan tembok dengan segala cabangnya
mejangkau 8,851.8 kilometer (5500.3 batu). Rekod ini diperolehi hasil tinjauan arkeologi
baru pada tahun 2009 yang menggunakan teknologi termaju (Fatimah, 2014).

3.3 Hubungan Tembok Besar China dengan perkembangan sains dan teknologi

Pembinaan tembok besar China yang kukuh sehingga hari ini menimbulkan pelbagai
persoalan terhadap kekuatan teknologi kejuruteraan dan pembinaan pada zaman tersebut. Hal
ini menyebabkan pelbagai kajian yang dilakukan terhadap projek tembok besar China ini.
Dengan panjang yang mencecah lebih 8,000 kilometer, dibina di pergunungan dan di
bawahnya gaung bercuram, bagaimanakah peralatan yang digunakan dan berapa juta tenaga
buruh yang diperlukan untuk menyiapkan tembok besar ini.

Inkuri ini disusuli dengan pelbagai kajian yang meledak kepada perkembangan sains
dan teknologi untuk penghasilan binaan lain dan peralatan moden yang lain. Tembok besar
ini dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada zaman
negara-negara berperang (Fatimah,

2014). Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian
atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan
lebih lama.

Batu-batu yang digunakan untuk pembinaan diangkut menggunakan keldai. Keldai


adalah penting dalam memulihara Jiankou iaitu stesen lengkungan Tembok Besar sejauh 20

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
kilometer. Terletak kira-kira 70 kilometer dari utara pusat Bandar Beijing, zon yang sangat
mencabar kerana laluan cerun yang berbahaya.

Berdasarkan pembinaan Tembok Besar China ini, manusia berfikir untuk


menghasilkan kaedah pengangkutan untuk mengangkut bahan dan peralatan seperti batu bata
yang menjurus kepada penciptaan kenderaan darat seperti kereta kuda dan sebagainya.
Penciptaan tayar untuk menggerakkan kenderaan juga dihasilkan melalui permasalahan yang
timbul semasa proses pembinaan Tembok Besar China. Bahan yang digunakan untuk
membentuk batu menjadi tembok supaya mejadi kukuh dihasilkan, penghasilan besi, kaedah
melebur dan mencanai besi serta batu. Bukan sahaja teknologi kejuruteraan, seni bina yang
menarik dan sesuai untuk dijadikan kubu pertahanan juga perlu difikirkan menjurus kepada
perkembangan seni pembinaan bangunan dan monumen-monumen besar seperti Istana
Musim Panas Beijing dan Terusan Besar yang menghubungkan Sungai Kuning dengan
Sungai Yangtze (Suffian, 2003). Penghasilan peralatan moden dan pembinaan yang indah
merupakan hasil daripada perkembangan sains dan teknologi apabila pencipta-pencipta cuba
menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

3.4 Kesan sumbangan tamadun China terhadap pemikiran inovatif msyarakat

Tamadun China telah memberikan sumbangan yang besar dalam mencorakkan inovasi dalam
banyak bidang di dunia. Dalam bidang perkapalan misalnya, masyarakat Cina berusaha untuk
menyelesaikan masalah untuk menguruskan dua sungai terpenting mereka iaitu Sungai
Kuning dan Sungai Yangtze (Fatimah, 2014). Ditambah pula dengan kawasan perairan China
yang sangat luas, Bahan-bahan semula jadi yang digunakan mereka ialah giant bamboo yang
mempunyai ketinggian sehingga 24 meter (Fatimah, 2014). Buluh-buluh ini bukan sahaja
digunakan untuk membuat rakit tetapi juga digunakan untuk tiang-tiang layar kapal.
Pembinaan Jong-jong Cina merupakan salah satu binaan perkapalan yang unik dan kukuh
(Fatimah, 2014).

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
Penciptaan rakit dievolusikan kepada penciptaan kapal perang, kapal layar, bot, kapal
selam dan sebagainya. Bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa, terdapat juga kenderaan
dua alam yang dicipta iaitu untuk kegunaan di darat dan di air.

Dalam bidang pencetakan misalnya, tamadun China memperkenalkan teknik


pencetakan blok namun kini, teknologi tersebut dikembangkan dengan penciptaan mesin
pencetak, mesin fotostat, komputer dan sebagainya.

Bahan letupan telah dicipta oleh ahli-ahli kimia China, misalnya ahli kimia Daois
telah menemui formula bahan letupan melalui uji kaji mencampur saltpeter dengan sulfur dan
karbon. Bahan letupan yang pada mulanya digunakan untuk membuat bunga api
kemudiannya diinovasi menjadi bahan letupan untuk peperangan. Ilmu bahan letupan ini
telah dibawa masuk ke negara Arab seterusnya Eropah.

3.5 Cadangan ciptaan-ciptaan baharu yang memberi kesan kepada tamadun kini

Revolusi dunia bertukar dalam masa yang singkat dengan perkembangan sains dan teknologi
yang sangat maju dan terkini. Beberapa cadangan terhadap ciptaan baharu adalah seperti
berikut:

i. Pembinaan jambatan dengan seni bina yang unik yang menghubungkan 4 negara di
Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei. Tamadun Islam antara
ketiga-tiga negara akan terus berkembang dengan mudah apabila rakyat ketiga-tiga
negara mudah untuk akses dan mengembangkan agama Islam, memajukan ekonomi
dan menguntungkan sektor pelancongan.
ii. Pembinaan terowong bawah laut yang menghubungkan Malaysia dan Singapura
sebagai permulaan untuk kemajuan teknologi laluan air di Asia Tenggara. Terowong
bawah laut dilalui pejalan-pejalan kaki atau dilalui oleh kenderaan lain manakala di
atasnya bot-bot atau kapal layar bebas melaluinya.
iii. Penggunaan passport ditukar kepada hanya menggunakan mesin pengimbas cap jari,
muka, mata dan anggota badan. Mesin pengimbas ini diseragamkan di seluruh dunia
dan tidak menggunakan tenaga elektrik. Maklumat diri orang yang melalui mesin
pengimbas ini disimpan dan dicetak mengikut keperluan.

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
iv. Pembinaan rumah kediaman yang selamat daripada banjir dan menyerap gegaran
gempa bumi. Ini bagi mengelakkan banyak kemusnahan yang berlaku apabila
terjadinya bencana alam.
v. Pemasangan kamera litar tertutup (cctv) di semua kawasan perumahan dan dipantau
dari setiap balai polis yang berhampiran. Kamera yang digunakan tidak menggunakan
tenaga elektrik dan akan terus berfungsi walaupun bekalan elektrik terputus. Ini bagi
mengurangkan kes jenayah yang semakin meningkat.

KESIMPULAN

Kejayaan tamadun China bukan sekadar faktor kebijaksanaan pemerintah dan kemajuaan
sains dan teknologi yang ditemui masyarakat Cina pada ketika itu. Kejayaan sesebuah
tamadun berkait dengan hubungan rakyat dengan pemimpin dan peradaban manusia.
Kepercayaan dan agama berperanan penting dalam perkembangan tamadun China, dimulai
dengan kepercayaan alam sekitar, roh nenek moyang, fahaman dan bertukar ke bentuk
agama. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan sistem pemerintahan agar taat dan
patuh dengan pemimpin. Semangat bangsa dan kekitaan yang dimiliki masyarakat Cina
merupakan kekuatan kepada kejayaan tamadun China.

Perkembangan sains dan teknologi tidak seharusnya membelakangkan budaya dan


kepercayaan agama. Setiap ciptaan yang dibuat, perlu memberikan manfaat kepada semua
manusia dan setiap manusia yang menggunakan ciptaan-ciptaan tersebut perlu
memanfaatkannya ke arah kebaikan. Kejayaan mencipta ubat untuk rawatan kanser misalnya
perlu digunakan untuk merawat penyakit dan bukan sekadar mengaut keuntungan dengan
menjual dengan harga yang sangat mahal. Dalam agama Islam misalnya, perniagaan
merupakan salah satu bidang yang dianjurkan sebagai punca rezeki namun ada perkara yang
tidak boleh dilakukan seperti mengaut keuntungan berlipat ganda sehingga merugikan
pelanggan, menipu dan tidak amanah semasa urus niaga, tidak mengeluarkan zakat
perniagaan dan lain-lain. Ciptaan seperti bahan letupan, kamera litar tertutup, telefon bimbit
dan internet misalnya sepatutnya digunakan untuk kebaikan. Teknologi yang dicipta adalah
untuk memudahkan manusia melakukan aktiviti harian. Namun, jika teknologi disalah
gunakan, bencana akan menimpa masyarakat dunia yang membawa kepada penindasan
bangsa yang lemah.

RUJUKAN

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
Abdul Rahman Ismail. (2001). China Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Afifah Abu Yazid. (2003). Pengajian Tamadun Asia Edisi Ke-2. Pahang : PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

Ai Jing. (2015). A History Of The Great Wall Of China. New York : SCPG Publishing
Corporation.

Ann Wan Seng. (2008). Rahsia Islam di China : Gemilang Di Sebalik Tembok Besar China.
Selangor : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Arthur Waldron. (1990). The Great Wall of China: From History to Myth. Cambridge :
Cambridge University Press

Brian Williams. (2004). Questions & Answer Encyclopedia World History. Barfield: Miles
Kelly Publishing Ltd.

Fatimah Hamrie. (2014). Tamadun India dan China. Negeri Sembilan : Pustaka Cahaya Ilmu.

Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

J.A.G Roberts. (2001). Prehistory To The Nineteenth Century An Illustrated History. New
York: Allan Sutton Publishing Ltd.

John Farndon. (2005). 2000 Things You Should Know About World History. Barfield: Miles
Kelly Publishing Ltd.

Julia Lovell. (2011). Tembok Besar (The Great Wall) : China Melawan Dunia 1000 SM -
2000. Jakarta : PT. Elex Media Komputindo

Lok Chong Hoe. (2000). Tamadun Cina, Corak Pemikiran, Sains & Kesusasteraan. Pulau
Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Sterling Seagrave. (2011). Cina:Penakluk Bisnes Lautan Pasifik. Selangor : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
Suffian Mansor. (2003). Tamadun China. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Wicaksono, M. (2019). Kaisar Pertama China - Qinshihuang, Tentara Terakota dan Tembok
Besar. Jakarta : PT Gramedia

Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina Muhamad & Farahwahida
Mohd Yusof. (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Skudai : Universiti
Teknologi Malaysia

Atas talian. http://hidayatimohamed.blogspot.com/2012/05/upsr-science-machine-pulley-


year-6.html (11/11/2019)

(Rujukan: 290 muka surat)

REFLEKTIF JURNAL

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
Saya perlu melakukan tugasan berkaitan sumbangan tamadun China terhadap tamadun-
tamadun lain di dunia. Apa yang menarik, gambar tembok besar China dalam arahan tugasan.
Saya tahu dan pernah mendengar tentang tembok besar China iaitu salah satu daripada 7
keajaiban di dunia. Panjang tembok besar China yang berkilo-kilo meter, dibina di
pergunungan yang curam dan gaung yang dalam. Secara logiknya, tidak tercapai akal untuk
memikirkan bagaimana masyarakat zaman dahulu dengan teknologi yang terhad dapat
membina monumen yang kukuh sehingga hari ini.

Saya melakukan pencarian bahan untuk mendapatkan maklumat mengenai tembok


besar China dan tamadun China. Usaha saya yang pertama ialah membuat carian di ‘google’
sekiranya terdapat jurnal atau tulisan ilmiah mengenai tembok besar China. Namun, usaha
saya kurang berhasil kerana maklumat yang saya fokuskan tidak mempunyai sumber yang
diboleh dipercayai. Jika adapun, saya perlu melanggan artikel tersebut. Seterusnya, saya
mengambil keputusan untuk membuat pencarian buku di Perpustakaan Awam Negeri Kedah
(PPAK). Di PPAK, saya dibantu kakitangan perpustakaan untuk mencari buku yang saya
kehendaki. Buku-buku yang menjadi fokus saya ialah yang berkaitan dengan Tamadun China
dan Tamadun Asia

Tembok Besar China dan hubungan dengan perkembangan Sains dan Teknologi

Tembok Besar China merupakan seni bina unggul yang dikenali oleh sesiapapun di dunia ini
kerana mewariskan keunikan dan sejarah bangsa Cina. Tembok yang begitu panjang dan
dibina di kawasan pergunungan, sudah tentu mengambil masa yang sangat panjang untuk
disiapkan. Tenaga buruh juga perlu dikerah siang dan malam untuk menyiapkan tembok
besar tersebut. Melalui pembacaan, saya mendapat maklumat bahawa ramai tenaga buruh
yang terdiri daripada banduan, petani dan orang buangan yang mati semasa berusaha
menyiapkan tembok besar China, kebanggaan rakyat China. Ada juga penulis menyatakan
tembok besar China juga merupakan kubur terpanjang di dunia kerana ramai yang mati demi
untuk mendirikannya sebagai monumen yang megah di dunia.

Saya terfikir bagaimana batu bata, peralatan pembinaan dibawa ke puncak gunung.
Daripada situ mungkin terciptanya ciptaan seperti pedati, roda untuk kenderaan, sistem takal

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
untuk mengangkat batu-bata, mesin gerudi, acuan untuk melebur besi, tuas, roda dan gandar,
skru serta baji. Semua ciptaan ini diperlukan dalam pembinaan bangunan dan perkembangan
ciptaan ini bermula daripada projek sesebuah bangsa yang kreatif dan bijak.

Rajah 1.0 : Takal dan tali sawat


Sumber : http://hidayatimohamed.blogspot.com/2012/05/upsr-science-machine-pulley-year-
6.html

Kesan sumbangan tamadun China kepada pemikiran inovatif masyarakat kini

Tamadun China memberikan inspirasi kepada manusia untuk bersaing mencipta sesuatu
peralatan untuk manfaat semesta. Kapal misalnya dicipta oleh bangsa Cina untuk manfaat
kepada mereka kerana mempunyai kawasan perairan yang luas. Saya terfikir bagaimana
masyarakat Cina pada ketika itu memperoleh ilmu apungan dan teknologi maritim untuk
pembinaan kapal perang. Mungkin penggunaan buluh secara meluas oleh masyarakat Cina
telah mencetuskan idea kepada mereka untuk menggunakan buluh sebagai rakit dan

seterusnya membina perahu dan kapal-kapal besar. Sifat inovatif masyarakat Cina
mempengaruhi masyarakat dunia pada masa kini untuk mencipta kapal yang lebih besar dan

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
berteknologi tinggi. Penggunaan dron misalnya hasil inovasi dalam bidang pertanian
masyarakat Cina yang menggunakan racun serangga buatan sendiri (sarang semut).
Kemudian petani menggalas pam racun serangga untuk menyembur pada tanaman. Namun,
pada hari ini kaedah dron digunakan untuk menyembur racun serangga pada tanaman. Bidang
perubatan juga menyerap inovasi yang serba canggih. Daripada perubatan herba masyarakat
Cina, masyarakat berubah kepada pil-pil ubat. Kini, bacaan tekanan darah, degupan jantung
boleh diukur menggunakan jam pintar. Telefon bimbit juga boleh merekodkan berapa
langkah yang diambil kita pada setiap hari.

Ciptaan-ciptaan baharu yang memberi kesan kepada tamadun kini

Saya melihat beberapa isu tentang pembinaan bangunan khususnya di Malaysia. Kualiti
pembinaan rumah tidak sekukuh dahulu. Banyak isu keretakan dinding rumah, bumbung
yang tidak kuat, tanah runtuh membabitkan rumah di pinggir bukit. Saya terfikir bagaimana
pembinaan tembok besar China kukuh sehingga hari ini. Oleh yang demikian, saya
mencadangkan beberapa ciptaan yang jika boleh diterjemahkan menjadi realiti akan
menyumbang kepada manfaat ramai manusia. Jambatan yang menghubungkan 4 negara iaitu
Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei jika direalisasikan, akan memberi manfaat kepada
masyarakat nusantara. Terowong bawah laut membabitkan kerjasama kerajaan Malaysia dan
Singapura. Rumah yang mampu menyerap getaran gempa bumi dan terlindung daripada
banjir. Ciptaan-ciptaan ini mampu mengubah lanskap sejarah negara dan membawa kepada
tamadun moden yang megah di Asia Tenggara.

(2999 patah perkataan tidak termasuk rujukan)

Semester September 2019

Anda mungkin juga menyukai