Anda di halaman 1dari 16

MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1

1.0 : PENGENALAN

1.1 Tamadun China

Tamadun China mempunyai keunikan yang tersendiri dan menarik untuk dikaji.
Dianggarkan satu perlima penduduk dunia ada di sini dengan 56 buah etnik besar
yang mengamalkan budaya dan adat kebiasaan masing-masing (Afifah,
2003).Tamadun China memperlihatkan pertumbuhan dan perkembangan dinasti
yang muncul dan tenggelam silih berganti yang membawa kepada sistem republik
dan pengaruh komunisnya, penguasaan negara oleh orang luar seperti Monggol,
Muslim serta Barat. Ditambah pula dengan sumbangan-sumbangan yang cukup
bermakna kepada tamadun-tamadun dunia seperti aliran falsafah pemikiran
Konfusiusnisme dan Taoisme, Sistem Peperiksaan Awam, penciptaan kertas, bahan
letupan, teknologi perkapalan dan lain-lain lagi (Afifah, 2003).

Menurut Fatimah (2014), dinasti pertama menurut sumber sejarah China


merupakan Dinasti Chia tetapi tidak terdapat bukti arkeologi yang mengesahkan
kewujudan dinasti ini. Dinasti pertama yang disahkan ialah dinasti Shang yang
menduduki Lembah Sungai Hwang Ho. Semua dinasti yang muncul pada zaman ini
memiliki sistem pemerintahan yang bersifat feudal dan sistem ekonominya
berasaskan pertanian (Fatimah, 2014).

1.2 Sejarah dan Ciri-ciri Istimewa Tamadun China

Tamadun China dikesan sejak tahun 2000 SM sebagai tamadun ketiga muncul di
Eurasia selepas India dan Yunani (Afifah, 2003). Kepimpinan raja dan ketaatan
rakyat membantu menambah jangka hayat tamadun China. Sistem pentadbiran
China diperbaiki dengan mewujudkan pemerintahan berpusat dan sistem birokrasi
dibina berdasarkan sistem peperiksaan awam (Afifah, 2003).

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
Penduduk China mendirikan perkampungan tetap dan membentuk kerajaan
yang mempunyai sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks (Ghazali,
2001). Melalui kajian-kajian arkeologi yang dijalankan, menunjukkan Dinasti Shang
atau Dinasti Yin merupakan dinasti terawal di China. Pada zaman tersebut, gangsa
dan buluh telah digunakan secara meluas (Ghazali, 2001). Keruntuhan tamadun
Chou telah digantikan dengan tamadun Shih Huang Ti yang mana zaman ini
terkenal dengan perkembangan besar sains dan teknologi dan penyatuan orang
China (Ghazali, 2001). Pada zaman ini juga Tembok Besar China dibina, sistem
piawaian seperti timbang berat diperkenalkan, pembinaan jalan raya, perkembangan
bahasa dan lain-lain (Ghazali, 2001). Namun begitu, kegemilangan tamadun Shih
Huang Ti terganggu apabila beliau memusnahkan buku-buku lama.

Masyarakat China telah lama mencapai kemajuan malah tamadun China


dianggap paling awal wujud berbanding tamadun lain sebelum zaman moden.
Masyarakat China pada ketika itu telah mempunyai nilai ketamadunan yang tinggi,
maju dalam pertanian dan pentadbiran (Paul, 1988 dalam Ghazali, 2001).

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1

2.0 SUMBANGAN TAMADUN CHINA KEPADA TAMADUN-TAMADUN LAIN

Tamadun China merupakan satu daripada tamadun yang tertua dan


berkesinambungan hingga ke hari ini kerana memiliki sifat-sifat yang terbuka dalam
interaksinya dengan tamadun lain (Fatimah, 2014). Pelbagai sumbangan tamadun
China terhadap tamadun-tamadun lain antaranya dalam bidang perubatan,
astronomi, matematik, optik, sains dan teknologi, teknologi China dan sebagainya.

Tamadun China adalah sebuah tamadun telah lama menempa kemajuan.


Alat cetak misalnya diperkenalkan sejak abad ke-11 Masihi lagi bagi membolehkan
buku-buku dicetak dengan banyak dan cepat. Pada abad ini juga, wang kertas telah
digunakan bagi melancarkan urusan perniagaan (Afifah, 2003). Dalam bidang
ketenteraan juga, tamadun China dikatakan memiliki kelengkapan perang paling
banyak misalnya pada tahun 1402 Masihi dinasti Ming mempunyai 1350 kapal
perang (Afifah, 2003).

China juga menjadi pengeluar sutera utama di dunia. Pedagang-pedagang


China telah berdagang hingga ke Rom. Perubahan ekonomi ini membawa
perubahan sosial dengan kemunculan golongan pedagang di China. Era dinasti Han
mencatatkan sejarah penulisan kamus dan penemuan teh yang menjadi minuman
harian masyarakat seluruh dunia sehingga kini (Afifah, 2003).

2.1 Bidang perubatan


Dalam bidang perubatan Cina, beberapa karya tulisan oleh pengamal perubatan
Cina sangat terkenal dan menjadi rujukan beberapa negara Asia Timur dan Eropah.
Karya-karya seperti Inner Cannon (tulisan Nei Ching) dan Metarial Medica (Pen
TsOao Kang Mu) telah diterjemahkan dalam bahasa asing. Rangka asas teori
perubatan Cina tradisional ialah berdasarkan teori Yin dan Yang serta 5 elemen.
Mengikut masyarakat Cina, penyakit boleh dirawat melalui 3 kaedah iaitu material
medica (penggunaan bahan seperti herba), moksibusi (penggunaan sumbu atau

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
moksa yang dibuat daripada herba tertentu untuk dilekatkan) dan kaedah akupuntur
yang mecucukkan jarum pada badan manusia.

2.2 Bidang Matematik


Dalam bidang Matematik, penggunaan sempoa atau abakus oleh masyarakat China
menjadi sangat popular dan disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya
ahli matematik Xu Yue. Selain itu, ahli Matematik Cina juga dikatakan menemui nilai
pi (π ¿, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.

2.3 Bidang Astronomi


Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan
penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna dan tepat. Semasa pemerintahan
dinasti Zhou, orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat
rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sistem kalendar Cina juga adalah salah
satu sistem paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.

2.4 Bidang Sains dan Teknologi


Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-
15 sehingga kurun ke-11 SM. Pada peringkat awal permulaannya, budaya Cina
sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik
kerana kewujudan budaya Cina yang bergantung kepada kejayaan atau keupayaan
mengawal banjir Sungai Kuning (Fatimah, 2014). Penyelidik percaya, teknologi lain
seperti melebur dan menuang besi ke dalam acuan, pengeluaran porselin,
pembuatan kertas dan loyang telah wujud pada masa yang lebih awal lagi (Fatimah,
2014). Keunggulan teknologi Cina sangat menarik perhatian dunia Barat sehingga
berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dari China ke Barat. Ilmu mengenai
sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat sebenarnya dibawa
masuk dari negara China. Semasa dinasti Han, sifat-sifat magnet telah ditemui
China. Penemuan tentang gejala magnet aruhan dan juga kekutuban magnet telah
menghasilkan kompas oleh orang Cina. Kompas pada mulanya digunakan semasa
pelayaran.

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
2.5 Bidang pertanian
Tamadun China dikenali juga sebagai tamadun pertanian yang menyebabkan
berlakunya perkembangan dalam bidang biologi China. Sehingga hari ini, kita dapat
melihat kerbau digunakan untuk aktiviti penanaman padi dan kuda dijadikan sebagai
binatang tunggangan. Semua ini dimulakan semasa tamadun China dahulu.
Masyarakat Cina juga memelihara serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan
mengadakan kawalan serangga perosak dengan menggantungkan sarang semut
pada pokok buah-buahan (Fatimah, 2014). Bangsa Cina juga dikatakan memulakan
penciptaan cangkul dan bajak serta membina terusan ( Ghazali, 2001).

2.6 Ciptaan kertas dan pencetakan


Seorang Cina telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-
tumbuhan iaitu Cai Lun. Teknologi membuat kertas telah diperkenalkan ke dunia
Barat dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13. Teknologi teknik pencetakan
telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan Dinasti Tang. Pada tahun 1045, Bi
Sheng mencipta teknik pencetakan bergerak dan mula menggunakannya secara
umum.

Kesimpulan
Tamadun China mendahului revolusi di Barat dan memberi sumbangan yang sangat
besar terhadap perkembangan tamadun-tamadun lain di dunia. Tamadun China di
dicirikan sebagai tamadun yang unik dan tersendiri dan membibitkan perkembangan
awal sains dan teknologi. Tamadun China bukan sahaja menekankan aspek
ekonomi tetapi juga peradaban manusia dan kelestarian alam sekitar. Dalam aspek
politik, sistem pemerintahan monarki diteruskan hingga ke zaman dinasti Ching.
Hanya sedikit perubahan dilakukan terutama gelaran raja ditukar kepada maharaja.
Dengan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad
ke-20.

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1

3.0 TEMBOK BESAR CHINA

3.1 Tujuan pembinaan Tembok Besar China

Tembok Besar China bukan hanya merupakan monumen warisan sejarah namun
ianya juga merupakan simbol persatuan. Bangsa China menggunakan Tembok
Besar ini sebagai alat untuk menunjukkan kebanggaan, kecintaan, persaudaraan
dan persatuan China (Lovell, 2011). Tembok Besar China merupakan struktur
penting kubu pertahanan tentera bagi China kuno ( Ai Jing, 2015). Tembok Besar
China tidak hanya menjadi warisan sejarah bagi bangsa China sendiri, namun juga
menjadi salah satu warisan dunia yang menunjukkan bagaimana peradaban tinggi
China telah dibangunkan ribuan tahun yang lalu.

Tujuan pembinaan Tembok Besar China adalah untuk mempertahankan


negara daripada serangan musuh. Tembok Besar China ini dibina melintasi
pergunungan yang tinggi , lembah dan curam yang berbahaya. Menurut Wicaksono
(2019), tenaga buruh diambil daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti tentera,
rakyat jelata, petani tetapi sebahagian besarnya terdiri daripada tahanan-tahanan
yang dihukum kerana yang melanggar peraturan negeri Qin. Ironinya, tahanan-
tahanan yang dikerah juga dirantai sepanjang jalan (Wicaksono, 2019)

Walapun tembok bata dan batu yang wujud kini, berasal dari tahun 1400-an,
Tembok Besar China telah mula dibina daripada bata tanah pada 214 Sebelum
Masihi di bawah pemerintahan Shi Huangdi (Farndon, 2005). Pada 246 SM,
maharaja Qin bersama Zheng meluaskan empayar itu dan menggelarkan dirinya
sebagai Shi Huangdi, Maharaja Pertama. Beliau mengarahkan pembinaan Tembok
Besar sepanjang 4,000 kilometer untuk melindungi empayarnya daripada puak
nomad yang datang dari bahagian utara.

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
3.2 Warisan sejarah Tembok Besar China

Tembok Besar China merupakan destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi


kerana pembinaan tembok ini merupakan antara yang ajaib di dunia. Teknologi
pembinaan yang digunakan untuk membina tembok besar China sangat dikagumi
dan merupakan warisan sejarah yang perlu dijaga dan dikekalkan.

Menurut Fatimah (2014), Tamadun China mempunyai reka bentuk seni bina
yang agak berlainan daripada tamadun lain. Tembok Besar China yang dibina sejak
zaman dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina
sepanjang 1500 batu dari Kansu hingga ke Peking (Fatimah, 2014). Ikonik Tamadun
China yang merupakan antara tujuh keajaiban dunia ini,merekodkan panjang
keseluruhan tembok dengan segala cabangnya mejangkau 8,851.8 kilometer
(5500.3 batu). Rekod ini diperolehi hasil tinjauan arkeologi baru pada tahun 2009
yang menggunakan teknologi termaju (Fatimah, 2014).

3.3 Hubungan Tembok Besar China dengan perkembangan sains dan


teknologi

Pembinaan tembok besar China yang kukuh sehingga hari ini menimbulkan pelbagai
persoalan terhadap kekuatan teknologi kejuruteraan dan pembinaan pada zaman
tersebut. Hal ini menyebabkan pelbagai kajian yang dilakukan terhadap projek
tembok besar China ini. Dengan panjang yang mencecah lebih 8,000 kilometer,
dibina di pergunungan dan di bawahnya gaung bercuram, bagaimanakah peralatan
yang digunakan dan berapa juta tenaga buruh yang diperlukan untuk menyiapkan
tembok besar ini.

Inkuri ini disusuli dengan pelbagai kajian yang meledak kepada


perkembangan sains dan teknologi untuk penghasilan binaan lain dan peralatan
moden yang lain. Tembok besar ini dibina dengan menggabungkan beberapa
tembok sedia ada yang dibina pada zaman negara-negara berperang (Fatimah,

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
2014). Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan.
Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda negeri China. Ia lebih
kukuh dan tahan lebih lama.

Batu-batu yang digunakan untuk pembinaan diangkut menggunakan keldai.


Keldai adalah penting dalam memulihara Jiankou iaitu stesen lengkungan Tembok
Besar sejauh 20 kilometer. Terletak kira-kira 70 kilometer dari utara pusat Bandar
Beijing, zon yang sangat mencabar kerana laluan cerun yang berbahaya.

Berdasarkan pembinaan Tembok Besar China ini, manusia berfikir untuk


menghasilkan kaedah pengangkutan untuk mengangkut bahan dan peralatan seperti
batu bata yang menjurus kepada penciptaan kenderaan darat seperti kereta kuda
dan sebagainya. Penciptaan tayar untuk menggerakkan kenderaan juga dihasilkan
melalui permasalahan yang timbul semasa proses pembinaan Tembok Besar China.
Bahan yang digunakan untuk membentuk batu menjadi tembok supaya mejadi
kukuh dihasilkan, penghasilan besi, kaedah melebur dan mencanai besi serta batu.
Bukan sahaja teknologi kejuruteraan, seni bina yang menarik dan sesuai untuk
dijadikan kubu pertahanan juga perlu difikirkan menjurus kepada perkembangan
seni pembinaan bangunan dan monumen-monumen besar seperti Istana Musim
Panas Beijing dan Terusan Besar yang menghubungkan Sungai Kuning dengan
Sungai Yangtze (Suffian, 2003). Penghasilan peralatan moden dan pembinaan yang
indah merupakan hasil daripada perkembangan sains dan teknologi apabila
pencipta-pencipta cuba menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

3.4 Kesan sumbangan tamadun China terhadap pemikiran inovatif msyarakat

Tamadun China telah memberikan sumbangan yang besar dalam mencorakkan


inovasi dalam banyak bidang di dunia. Dalam bidang perkapalan misalnya,
masyarakat Cina berusaha untuk menyelesaikan masalah untuk menguruskan dua
sungai terpenting mereka iaitu Sungai Kuning dan Sungai Yangtze (Fatimah, 2014).
Ditambah pula dengan kawasan perairan China yang sangat luas, Bahan-bahan
semula jadi yang digunakan mereka ialah giant bamboo yang mempunyai ketinggian
sehingga 24 meter (Fatimah, 2014). Buluh-buluh ini bukan sahaja digunakan untuk
membuat rakit tetapi juga digunakan untuk tiang-tiang layar kapal. Pembinaan Jong-

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
jong Cina merupakan salah satu binaan perkapalan yang unik dan kukuh (Fatimah,
2014).

Penciptaan rakit dievolusikan kepada penciptaan kapal perang, kapal layar,


bot, kapal selam dan sebagainya. Bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa,
terdapat juga kenderaan dua alam yang dicipta iaitu untuk kegunaan di darat dan di
air.

Dalam bidang pencetakan misalnya, tamadun China memperkenalkan teknik


pencetakan blok namun kini, teknologi tersebut dikembangkan dengan penciptaan
mesin pencetak, mesin fotostat, komputer dan sebagainya.

Bahan letupan telah dicipta oleh ahli-ahli kimia China, misalnya ahli kimia
Daois telah menemui formula bahan letupan melalui uji kaji mencampur saltpeter
dengan sulfur dan karbon. Bahan letupan yang pada mulanya digunakan untuk
membuat bunga api kemudiannya diinovasi menjadi bahan letupan untuk
peperangan. Ilmu bahan letupan ini telah dibawa masuk ke negara Arab seterusnya
Eropah.

3.5 Cadangan ciptaan-ciptaan baharu yang memberi kesan kepada tamadun


kini

Revolusi dunia bertukar dalam masa yang singkat dengan perkembangan sains dan
teknologi yang sangat maju dan terkini. Beberapa cadangan terhadap ciptaan
baharu adalah seperti berikut:

i. Pembinaan jambatan dengan seni bina yang unik yang menghubungkan 4


negara di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei.
Tamadun Islam antara ketiga-tiga negara akan terus berkembang dengan
mudah apabila rakyat ketiga-tiga negara mudah untuk akses dan
mengembangkan agama Islam, memajukan ekonomi dan menguntungkan
sektor pelancongan.
ii. Pembinaan terowong bawah laut yang menghubungkan Malaysia dan
Singapura sebagai permulaan untuk kemajuan teknologi laluan air di Asia

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
Tenggara. Terowong bawah laut dilalui pejalan-pejalan kaki atau dilalui oleh
kenderaan lain manakala di atasnya bot-bot atau kapal layar bebas
melaluinya.
iii. Penggunaan passport ditukar kepada hanya menggunakan mesin pengimbas
cap jari, muka, mata dan anggota badan. Mesin pengimbas ini diseragamkan
di seluruh dunia dan tidak menggunakan tenaga elektrik. Maklumat diri orang
yang melalui mesin pengimbas ini disimpan dan dicetak mengikut keperluan.
iv. Pembinaan rumah kediaman yang selamat daripada banjir dan menyerap
gegaran gempa bumi. Ini bagi mengelakkan banyak kemusnahan yang
berlaku apabila terjadinya bencana alam.
v. Pemasangan kamera litar tertutup (cctv) di semua kawasan perumahan dan
dipantau dari setiap balai polis yang berhampiran. Kamera yang digunakan
tidak menggunakan tenaga elektrik dan akan terus berfungsi walaupun
bekalan elektrik terputus. Ini bagi mengurangkan kes jenayah yang semakin
meningkat.

KESIMPULAN

Kejayaan tamadun China bukan sekadar faktor kebijaksanaan pemerintah dan


kemajuaan sains dan teknologi yang ditemui masyarakat Cina pada ketika itu.
Kejayaan sesebuah tamadun berkait dengan hubungan rakyat dengan pemimpin
dan peradaban manusia. Kepercayaan dan agama berperanan penting dalam
perkembangan tamadun China, dimulai dengan kepercayaan alam sekitar, roh
nenek moyang, fahaman dan bertukar ke bentuk agama. Agama dan kepercayaan
berkait rapat dengan sistem pemerintahan agar taat dan patuh dengan pemimpin.
Semangat bangsa dan kekitaan yang dimiliki masyarakat Cina merupakan kekuatan
kepada kejayaan tamadun China.

Perkembangan sains dan teknologi tidak seharusnya membelakangkan


budaya dan kepercayaan agama. Setiap ciptaan yang dibuat, perlu memberikan
manfaat kepada semua manusia dan setiap manusia yang menggunakan ciptaan-
ciptaan tersebut perlu memanfaatkannya ke arah kebaikan. Kejayaan mencipta ubat

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
untuk rawatan kanser misalnya perlu digunakan untuk merawat penyakit dan bukan
sekadar mengaut keuntungan dengan menjual dengan harga yang sangat mahal.
Dalam agama Islam misalnya, perniagaan merupakan salah satu bidang yang
dianjurkan sebagai punca rezeki namun ada perkara yang tidak boleh dilakukan
seperti mengaut keuntungan berlipat ganda sehingga merugikan pelanggan, menipu
dan tidak amanah semasa urus niaga, tidak mengeluarkan zakat perniagaan dan
lain-lain. Ciptaan seperti bahan letupan, kamera litar tertutup, telefon bimbit dan
internet misalnya sepatutnya digunakan untuk kebaikan. Teknologi yang dicipta
adalah untuk memudahkan manusia melakukan aktiviti harian. Namun, jika teknologi
disalah gunakan, bencana akan menimpa masyarakat dunia yang membawa kepada
penindasan bangsa yang lemah.

RUJUKAN

Abdul Rahman Ismail. (2001). China Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Afifah Abu Yazid. (2003). Pengajian Tamadun Asia Edisi Ke-2. Pahang : PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ai Jing. (2015). A History Of The Great Wall Of China. New York : SCPG Publishing
Corporation.

Ann Wan Seng. (2008). Rahsia Islam di China : Gemilang Di Sebalik Tembok Besar
China. Selangor : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Arthur Waldron. (1990). The Great Wall of China: From History to Myth. Cambridge :
Cambridge University Press

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
Brian Williams. (2004). Questions & Answer Encyclopedia World History. Barfield:
Miles Kelly Publishing Ltd.

Fatimah Hamrie. (2014). Tamadun India dan China. Negeri Sembilan : Pustaka
Cahaya Ilmu.

Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

J.A.G Roberts. (2001). Prehistory To The Nineteenth Century An Illustrated History.


New York: Allan Sutton Publishing Ltd.

John Farndon. (2005). 2000 Things You Should Know About World History. Barfield:
Miles Kelly Publishing Ltd.

Julia Lovell. (2011). Tembok Besar (The Great Wall) : China Melawan Dunia 1000
SM - 2000. Jakarta : PT. Elex Media Komputindo

Lok Chong Hoe. (2000). Tamadun Cina, Corak Pemikiran, Sains & Kesusasteraan.
Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Sterling Seagrave. (2011). Cina:Penakluk Bisnes Lautan Pasifik. Selangor : PTS


Professional Publishing Sdn. Bhd.

Suffian Mansor. (2003). Tamadun China. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.

Wicaksono, M. (2019). Kaisar Pertama China - Qinshihuang, Tentara Terakota dan


Tembok Besar. Jakarta : PT Gramedia

Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina Muhamad &
Farahwahida Mohd Yusof. (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Skudai
: Universiti Teknologi Malaysia

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
Atas talian. http://hidayatimohamed.blogspot.com/2012/05/upsr-science-machine-
pulley-year-6.html (11/11/2019)

(Rujukan: 286 muka surat)

REFLEKTIF JURNAL

Saya perlu melakukan tugasan berkaitan sumbangan tamadun China terhadap


tamadun-tamadun lain di dunia. Apa yang menarik, gambar tembok besar China
yang dilampirkan dalam arahan tugasan. Saya tahu dan pernah mendengar tentang
tembok besar China iaitu salah satu daripada 7 keajaiban di dunia. Panjang tembok
besar China yang berkilo-kilo meter, dibina di pergunungan yang curam dan gaung
yang dalam. Secara logiknya, tidak tercapai akal untuk memikirkan bagaimana
masyarakat zaman dahulu dengan teknologi yang terhad dapat membina monumen
yang kukuh sehingga hari ini.

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
Saya melakukan pencarian bahan untuk mendapatkan maklumat mengenai
tembok besar China dan tamadun China. Usaha saya yang pertama ialah membuat
carian di ‘google’ sekiranya terdapat jurnal atau tulisan ilmiah mengenai tembok
besar China. Namun, usaha saya kurang berhasil kerana maklumat yang saya
fokuskan tidak mempunyai sumber yang diboleh dipercayai. Jika adapun, saya perlu
melanggan artikel tersebut. Seterusnya, saya mengambil keputusan untuk membuat
pencarian buku di Perpustakaan Awam Negeri Kedah (PPAK). Di PPAK, saya
dibantu kakitangan perpustakaan untuk mencari buku yang saya kehendaki. Buku-
buku yang menjadi fokus saya ialah yang berkaitan dengan Tamadun China dan
Tamadun Asia

Tembok Besar China dan hubungan dengan perkembangan Sains dan


Teknologi

Tembok Besar China merupakan seni bina unggul yang dikenali oleh sesiapapun di
dunia ini kerana mewariskan keunikan dan sejarah bangsa Cina. Tembok yang
begitu panjang dan dibina di kawasan pergunungan, sudah tentu mengambil masa
yang sangat panjang untuk disiapkan. Tenaga buruh juga perlu dikerah siang dan
malam untuk menyiapkan tembok besar tersebut. Melalui pembacaan, saya
mendapat maklumat bahawa ramai tenaga buruh yang terdiri daripada banduan,
petani dan orang buangan yang mati semasa berusaha menyiapkan tembok besar
China, kebanggaan rakyat China. Ada juga penulis menyatakan tembok besar China
juga merupakan kubur terpanjang di dunia kerana ramai yang mati demi untuk
mendirikannya sebagai monumen yang megah di dunia.

Saya terfikir bagaimana batu bata, peralatan pembinaan dibawa ke puncak


gunung. Daripada situ mungkin terciptanya ciptaan seperti pedati, roda untuk
kenderaan, sistem takal untuk mengangkat batu-bata, mesin gerudi, acuan untuk
melebur besi, tuas, roda dan gandar, skru serta baji. Semua ciptaan ini diperlukan
dalam pembinaan bangunan dan perkembangan ciptaan ini bermula daripada projek
sesebuah bangsa yang kreatif dan bijak.

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1

Rajah 1.0 : Takal dan tali sawat


Sumber : http://hidayatimohamed.blogspot.com/2012/05/upsr-science-machine-pulley-year-
6.html
Kesan sumbangan tamadun China kepada pemikiran inovatif masyarakat kini

Tamadun China memberikan inspirasi kepada manusia untuk bersaing mencipta


sesuatu peralatan untuk manfaat semesta. Kapal misalnya dicipta oleh bangsa Cina
untuk manfaat kepada mereka kerana mempunyai kawasan perairan yang luas.
Saya terfikir bagaimana masyarakat Cina pada ketika itu memperoleh ilmu apungan
dan teknologi maritim untuk pembinaan kapal perang. Mungkin penggunaan buluh
secara meluas oleh masyarakat Cina telah mencetuskan idea kepada mereka untuk
menggunakan buluh sebagai rakit dan seterusnya membina perahu dan kapal-kapal
besar. Sifat inovatif masyarakat Cina mempengaruhi masyarakat dunia pada masa
kini untuk mencipta kapal yang lebih besar dan berteknologi tinggi. Penggunaan
dron misalnya hasil inovasi dalam bidang pertanian masyarakat Cina yang
menggunakan racun serangga buatan sendiri (semut). Kemudian petani menggalas
pam racun serangga untuk menyembur pada tanaman. Namun, pada hari ini kaedah
dron digunakan untuk menyembur racun serangga pada tanaman. Bidang perubatan
juga menyerap inovasi yang serba canggih. Daripada perubatan herba masyarakat
Cina, masyarakat berubah kepada pil-pil ubat. Kini, bacaan tekanan darah, degupan

Semester September 2019


MPU3323 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1
jantung boleh diukur menggunakan jam pintar. Telefon bimbit juga boleh
merekodkan berapa langkah yang diambil kita pada setiap hari.

Ciptaan-ciptaan baharu yang memberi kesan kepada tamadun kini

Saya melihat beberapa isu tentang pembinaan bangunan khususnya di Malaysia.


Kualiti pembinaan rumah tidak sekukuh dahulu. Banyak isu keretakan dinding
rumah, bumbung yang tidak kuat, tanah runtuh membabitkan rumah di pinggir bukit.
Saya terfikir bagaimana pembinaan tembok besar China kukuh sehingga hari ini.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan beberapa ciptaan yang jika boleh
diterjemahkan menjadi realiti akan menyumbang kepada manfaat ramai manusia.
Jambatan yang menghubungkan 4 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan
Brunei jika direalisasikan, akan memberi manfaat kepada masyarakat nusantara.
Terowong bawah laut membabitkan kerjasama kerajaan Malaysia dan Singapura.
Rumah yang mampu menyerap getaran gempa bumi dan terlindung daripada banjir.
Ciptaan-ciptaan ini mampu mengubah lanskap sejarah negara dan membawa
kepada tamadun moden yang megah di Asia Tenggara.

Semester September 2019

Anda mungkin juga menyukai