Anda di halaman 1dari 21

TUGASAN

Jan 2015 SEMESTER

KOD KURSUS

NAMA KURSUS

MPU 3123

TAMADUAN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

PROGRAM

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

BIL

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

Bahagian A

3-6

Bahagian B

7 11

Bahagian C

12 18

Rujukan

19 - 20

Bahagian A

Berdasarkan artikel tersebut yang mana membahas bagaimana kemunculan tamadun - tamadun
di rantau Asia memberikan impak yang besar untuk dunia hari ini. Tamadun tamadun tersebut
mencapai zaman kegemilangan masing masing dan melahirkan ramai tokoh tokoh ilmuwan
atau cendekiawan yang cemerlang dalam bidang masing masing. Apa yang diperhatikan
banyak penemuan yang dilakukan oleh para ilmuwan dalam tamadun tamadun tersebut
memberikan impak yang besar kepada dunia Barat. Impak tersebut menjurus kepada
perkembangan sains dan teknologi di mana ilmu ilmu yang diperoleh oleh para sarjana Barat
dari tamadun Asia berjaya diolah dan dibuat penambahbaikan dan hasilnya adalah apa yang
dirasai oleh masyarakat dunia hari ini.

Dalam bidang matematik. Dalam bidang matematik misalnya, tamadun India kuno
memberikan angka sifar kepada dunia. Dengan kelahiran beberapa teori matematik dan tersebar
luas sejak zaman Islam, ilmu ini terus berkembang untuk digunakan di seluruh dunia. Penulis
utama tentang matematik klasik India terdiri dari Aryabhata, Brahmagupta and Bhaskara II.
Mereka menyumbangkan idea tentang sistem penomboran, sifar, nombor negatif, kira - kira dan
algebra.1 Sehubungan itu ilmu matematik berkaitan dengan trigonometri adalah maju di India,
dan, khususnya, takrif moden sinus dan kosinus telah dibangunkan. Konsep - konsep matematik
tersebut telah diperkenalkan ke Timur Tengah, China, dan Eropah dan membawa kepada
perkembangan lanjut yang kini membentuk asas dalam banyak bidang matematik.
1 Masson-Oursel, Paul. (1986). Ancient India and Indian Civilization. New Delhi:Anmol Publications.
3

Astronomi klasik India tercatat dalam karya sastera dari Zaman Maurya (5 SM) sehingga
Dinasti Mughal (16 TM). Penulis-penulis pertama yang mempelajari tentang astronomi lahir
pada abad SM dan saat inilah dimulai astronomi India. Teori-teori seperti Aryabhata,
Aryabhatiya, Pancha-Siddhantika dapat diperhatikan. Astronomi dan astrologi India berdasarkan
beberapa perhitungan contohnya, kajian Brahmagupta terhadap gerakan planet, memberikan
persamaan betul untuk parallax, dan beberapa maklumat yang berkaitan dengan pengiraan
gerhana. Beliau juga telah mengemukakan teori bahawa setiap objek dengan jisim adalah tertarik
dengan bumi Karya-karya beliau memperkenalkan konsep India matematik berdasarkan
astronomi ke dunia Arab ( Hayashi, 2008)2.
Sehubungan dengan itu, Tamadun China kuno juga tidak ketinggalan dalam bidang
matematik dan astronomi, mulai dari dinasti Shang, tamadun tersebut telah maju sistem desimal.
Sejak dari zaman awal, mereka telah memahami aritmetik, algebra, persamaan, dan nombor
negatif dengan menghitung batang. Meskipun mereka lebih terfokus pada aritmetik dan algebra
untuk penggunaan astronomi, mereka juga adalah pertama untuk mengembangkan nombor
negatif, geometri algebra dan penggunaan desimal. Dalam bidang astronomi pula, tamadun
China kuno mengembangkan tiga model kosmologi yang berbeza. Yang pertama adalah Gai
Tian, atau kubah belahan, iaitu yang mengacu kepada langit sebagai belahan berbaring di atas
bumi yang berbentuk kubah. Model kosmologi kedua, terkait dengan sekolah Hun Tian, melihat
langit sebagai lingkup cakerawala tidak seperti model bola yang dikembangkan dalam tradisi
Hellenistic dan Yunani. Kosmologi ketiga, terkait dengan sekolah Xuan Ye, iaitu melihat langit
sebagai sesuatu tahap infiniti dan objek-objek angkasa yang mengambang sekitar pada jangka
waktu yang langka. (Needham & Colin, 1993).3

Tamadun Islam juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan yang signifikan dalam
kedua - dua bidang tersebut. Terjemahan karya Al-Khwarizmi banyak memberi pengaruh
matematik di Eropah. kebanyakan hasil awal algebra di Eropah sebenarnya mengiktiraf bahawa
2 Hayashi, Takao. (2008). Brahmagupta, Encyclopedia Britannica.
3 Needham, Joseph; Ronan, Colin (1993), "Chinese Cosmology", in Hetherington, Norris S.,
Cosmology: historical, literary, philosophical, religious, and scientific perspectives, New York: Garland
Publishing, Inc.

algebra pertama yang digunakan di benua tersebut yang adalah terjemahan dari karya alKhawarizmi dan sarjana Islam yang lain juga turut menyumbangkan banyak pengetahuan dalam
bidang trigonometri sfera.

perkataan algoritma, berasal dari kata Latin Algorism yang

diperkenalkan Al -Khwarizmi, dan algebra, berasal dari judul bukunya iaitu Hisab al-Jabr w'almuqabala, Kitab al -Jabr wa-l-Muqabala yang merupakan kata pinjaman dari bahasa Arab.
Dalam bidang astronomi pula, karya zij al-Khazini yaitu zij as Sanjari telah diterjemahkan ke
dalam bahasa Yunani oleh Gregory Choniades pada abad ke-13. Inovasi astronomi untuk model
Ptolemeus yang dibuat oleh al-Battani dan Averroes menyebabkan model bukan Ptolemy
dihasilkan oleh Mo'ayyeduddin Urdi, Nasir al-Din, al-Tusi dan Ibn al-Shatir, yang kemudian
disesuaikan ke dalam model heliosentris oleh Copernicus. Karya - karya seperti Abu al-Rayhan
al-Biruni Ta'rikh al-Hind dan Kitab al-Qanun al-Mas'udi telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Latin, masing-masing berjudul Indica dan Canon Mas'udicus (Katz, 2007)4.\

Dalam bidang perubatan pula, tamadun Islam contohnya telah melahirkan ramai ilmuwan
yang terkenal dalam bidang tersebut sehinggakan karya karya dan hasil kerja mereka diiktiraf
oleh Dunia Barat. Warisan yang ditinggalkan oleh Hipocrates (360M) dan Galen (210M)
dianggap pelopor awal dalam bidang perubatan. Hasil dari pengamatan dan penelitian oleh
ilmuan Islam, telah diterjemahkan dan diterapkan oleh sarjana Islam dengan beberapa
penambahan yang lebih baik. Ilmu-ilmu ini telah diintegrasikan dengan ilmu perubatan Nabi
Muhammad s.aw. yang telah diwarisi semenjak tahun pertama Hijrah.

Menurut

Sayyed

Hossein Nasr (1984)5 Sarjana terkenal seperti Ibnu Sina di mana salah satu karya perubatan
beliau yang terkenal yang diterjemahkan adalah The Canon of Medicine (Alqanun fi altibb)
yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan kemudian disebar luas dalam bentuk
manuskrip dan cetakan di seluruh Eropah. Ia kekal sebagai buku teks perubatan standard di
Eropah sehingga zaman moden awal, dan dalam abad ke-15 dan ke-16 sahaja, karya tersebut
telah diterbitkan lebih daripada tiga puluh lima kali.

4 Victor J. Katz, ed. (2007), The mathematics of Egypt, Mesopotamia, China, India, and Islam: a
sourcebook, Princeton University Press, ISBN 978-0-691-11485-9, p.4

5 Sayyed Hossein Nasr (1984). Science and Civilization in Islam, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam
5

Tamadun India juga memperkenalkan pengetahuan dalam bidang perubatan di mana


pengamalan perubatan tradisi Ayurveda telah dipraktikkan pada masa Buddha. Ketika itu dua
bahan kimia iaitu merkuri dan sulfur digunakan dalam penyediaan ubat. Nagarjuna adalah
praktis terkenal yang melahirkan banyak pil untuk beberapa penyakit. Ayurveda terus dipelihara
oleh orang-orang India sebagai kehidupan sains tradisi, meskipun teknik perubatan Barat mulai
dipraktikkan dengan wujudnya klinik dan penggunaan ubat - ubatan Barat tetapi dalam tahun
70an keberkesanan praktis ini mulai diakui yang mana pada hati teknik perubatan Ayurveda
dikenali di seluruh dunia (Bongard-Levin, 1985)6

Tamadun tamadun di Asia juga adalah cemerlang dalam bidang teknologi, contohnya
tamadun China telah menyumbangkan empat hasil teknologi yang terkenal iaitu kompas, serbuk
letupan, penghasilan kertas dan percetakan. kertas dan percetakan adalah ciptaan yang pertama di
mana percetakan yang pertama dicatatkan di China adalah semasa Dinasti Tang. Keempat-empat
penemuan tersebut mempunyai kesan besar kepada pembangunan tamadun Cina dan juga
memberi kesan secara global. Serbuk letupan, sebagai contoh, diperkenalkan bangsa Arab pada
abad ke-13 dan kemudiannya ke Eropah. Menurut Needham dan Colin (1993) 7, teknologi
percetakan, serbuk letupan dan kompas telah mengubah seluruh muka dan keadaan benda di
seluruh dunia; pertama dalam kesusasteraan, yang kedua dalam peperangan, yang ketiga dalam
pelayaran; dari manakah diikuti perubahan terkira, dalam begitu banyak yang tidak empayar,
tidak ada mazhab, tiada bintang seolah-olah telah memberikan kuasa yang lebih besar dan
pengaruh dalam hal-ehwal manusia daripada penemuan mekanikal.

Interaksi atau pertembungan antara tamadun terjadi ketika sesebuah tamadun bersikap terbuka
dan bersedia menerima pembaharuan di samping menyaring dan menilai agar tidak melanggar
nilai-nilai sosial masyarakat karena input tersebut kana menghasilkan efek negatif dan positif.
Setiap peradaban harus belajar dari pengalaman lalu untuk menciptakan hubungan yang baik
antara peradaban dalam upaya menghadapi tantangan-tantangan yang melanda dunia saat ini.
6 Bongard-Levin, G.M. (1985). Ancient Indian Civilization. New Delhi:Arnold-Heinemann.
7 Needham, Joseph; Ronan, Colin (1993), "Chinese Cosmology", in Hetherington, Norris S., Cosmology:
historical, literary, philosophical, religious, and scientific perspectives, New York: Garland Publishing, Inc.

Interaksi langsung peradaban - peradaban di Asia memperlihatkan sumbangan yang bersifat


komprehensif terutama dari segi sumbangan sains dan teknologi kepada dunia baik pada era
peradaban - peradaban tersebut berkembang atau pada hari ini iaitu sumbangan setiap peradaban
tersebut menjadi warisan yang bernilai kepada kelangsungan tamadun manusia hari ini.

Bahagian B

Perkataan tamadun digunakan untuk menggambarkan kemajuan suatu masyarakat khasnya dari
aspek ilmu pengetahuan dan fizikal. Selain itu, perkataan tersebut mengacu kepada pencapaian
yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi sejajar dengan kewujudannya dalam tamadun
Barat. Menurut Wikipedia (2015)8, masyarakat dalam sesebuah tamadun disusun dalam pelbagai
pembahagian kerja yang rumit dalam struktur hierarki sosial. Setiap tamadun yang muncul
memiliki sifat-sifat, prestasi serta keunikan tersendiri. Namun demikian ada juga tamadun yang
tertutup dan tidak menerima pengaruh luar, tetapi masih berupaya untuk berkembang dan
berhasil membentuk serta menemukan kemajuan tamadun itu.

Ttamadun Mesopotamia merupakan tamadun pertama di mana budayanya menjadi asas


kepada kebudayaan tamadun - tamadun lain hingga ke hari ini. Contohnya, penduduk
Mesopotamia memiliki sistem tulisan dan undang-undang. Mesopotamia juga merupakan
tamadun paling maju di mana rakyat mampu membina bangunan seperti ziggurat. Selain itu,
mereka juga sangat maju dari ilmu pengetahuan. Tamadun Mesopotamia juga banyak
meninggalkan bukti sejarah yang jelas, Taman Tergantung di Kota Babylon menjadi bukti yang
8 http://id.wikipedia.org/wiki/SejarahDunia . Diakses pada, Mac 10, 2015

sangat kuat yang mewakili bahawa bangsa Mesopotamia amat sangat maju di kalangan tamadun
yang terdapat pada masa itu. (Roger, 2003)9.

Mesopotamia merupakan rantau di kawasan Hilal Subur, tempat di maknanya wujudnya


beberapa negara kota pada zaman purba. Pertemuan di antara sungai Tigris dan Efrat di kawasan
tersebut mewujudkan tanah yang subur dan persediaan air untuk pengairan. Tamadun tamadun
yang muncul di sekitar sungai tersebut merupakan antara tamadun tertua yang diketahui setakat
ini. Tamadun Mesopotamia memberikan sumbangan yang penting bagi dunia dalam bidang
matematik. Mereka mengembangkan hitungan dengan dasar 60. Penemuan mereka tentang
hitungan lingkaran adalah 360o, satu jam adalah 60 minit, 1 minit adalah 60 detik masih kita
gunakan sampai sekarang. Pengetahuan di atas menjadi dasar untuk penghitungan waktu untuk
satu hari adalah 24 jam, satu bulan adalah 30 hari, satu tahun adalah 12 bulan. Penghitungan
waktu disebut dengan sistem kalendar yang kemudiannya dikembangkan berdasarkan pada
peredaran bulan.

Peradaban Mesir kuno di lembah sungai Nil wujud kerana kesuburan tanah di sekitar
lembah sungai tersebut yang diakibatkan oleh banjir yang membawa lumpur. Hal tersebut telah
menarik perhatian manusia untuk mulai hidup dan membangunkan tamadun di kawasan tersebut.
Menurut Shaw (2002)10, lembah sungai Nil yang subur menggalakkan masyarakat untuk bertani
di mana air sungai tersebut dimanfaatkan untuk pengairan dengan membina saluran air, terusanterusan dan takungan. Air sungai disalurkan ke ladang-ladang milik penduduk dengan
pengagihan yang sama rata. Untuk keperluan pengairan maka dibentuk organisasi pengairan
yang biasanya diketuai oleh para tuan tanah atau golongan feudal. Hasil pertanian Mesir adalah
seperti gandum, sekoi dan barli. Sehubungan itu, bagi memenuhi keperluan barang-barang serta
untuk menjual hasil pengeluaran rakyat Mesir, maka terbentuk hubungan dagang antara Mesir
Kuno dengan tamadun lain seperti Phoenicia, Mesopotamia dan Yunani di kawasan Laut Tengah.
9 Matthews, Roger (2003), The archaeology of Mesopotamia. Theories and approaches, Approaching the
past, Milton Square: Routledge.

10 Shaw, Ian (2003). The Oxford History of Ancient Egypt. Oxford, England: Oxford University Press.
8

Fungsi sungai Nil adalah sebagai satu cara pengangkutan perdagangan di mana terdapat banyak
perahu-perahu dagang yang melalui sungai Nil.

Masyarakat Mesir kuno memuja dewa-dewa di mana terdapat dewa yang bersifat semesta iaitu
Ra (Dewa Matahari), Amon (Dewa Bulan) yang kemudiannya menjadi Amon Ra. Sebagai
lambang pemujaan kepada Ra, maka dibangunkan obelisk iaitu tiang batu yang hujungnya
runcing. Obelisk juga dijadikan sebagai tempat mencatat kejadian-kejadian. Selain Amon Ra,
terdapat juga dewa-dewa tempatan yang dipuja pada daerah-daerah tertentu seperti Dewa Osiris
iaitu dewa alam baka, Dewi Isis iaitu dewi kecantikan isteri Osiris, Dewa Aris sebagai dewa
kesuburan dan dewa Anubis iaitu dewa kematian (Shaw, 2002)11.

Masyarakat Mesir kuno menggunakan bentuk tulisan yang disebut Hieroglyph iaitu tulisan yang
berbentuk gambar. Tulisan Hieroglyph ditemui di dinding piramid, tugu ataupun pada daun
papirus. Menurut Alberto (1998)12, huruf Hieroglyph terdiri dari gambar dan lambang berbentuk
manusia, haiwan dan benda-benda. Setiap lambang mempunyai makna. Tulisan Hieroglyph
berkembang menjadi lebih mudah kemudian dikenali dengan tulisan hieratic dan demotes.
Tulisan hieratic atau tulisan suci dipergunakan oleh para pendeta. Demotes adalah tulisan rakyat
yang dipergunakan untuk urusan seharian contoh transaksi jual beli. Sehubungan itu, dari
peninggalan bangunan-bangunan yang masih boleh dilihat pada hari ini menunjukkan bahawa
tamadun Mesir kuno mempunyai kemampuan yang menonjol dalam bidang matematik, geometri
dan seni bina. Peninggalan seni bina Mesir kuno yang terkenal adalah piramid dan kuil yang
mempunyai kaitan erat dengan upacara keagamaan.

Berikutnya adalah tamadun Lembah Sungai Kuning adalah tamadun bangsa Cina yang
muncul di lembah Sungai Kuning atau Hwang Ho. Sungai Hwang Ho disebut sebagai Sungai
Kuning kerana membawa lumpur kuning sepanjang alirannya. Di bahagian hilir Sungai Kuning,
terdapat dataran rendah yang subur dan merupakan pusat kehidupan tamadun China. Menurut
11 Shaw, Ian (2003). The Oxford History of Ancient Egypt. Oxford, England: Oxford University Press.
12 Siliotti, Alberto (1998). The Discovery of Ancient Egypt. Edison, New Jersey: Book Sales, Inc.
9

Tuan (2008)13, masyarakat Cina umumnya bercucuk tanam gandum, padi, teh, jagung, dan
kacang soya. Kegiatan pertanian tamadun China Kuno memang sudah diketahui sejak zaman
Neolitik di mana tanaman pertanian utama yang ditanam adalah padi. Kegiatan pertanian
mengalami kemajuan pesat semasa pemerintahan dinasti Qi. Pada masa tersebut, masyarakat
Cina telah melaksanakan sistem pertanian yang giat dengan penggunaan baja, pengairan yang
baik, dan perluasan tanaman gandum. Sehubungan itu, Peradaban Cina kuno telah memiliki
sistem tulisan sejak 1500 SM yang sama ada ditulis pada kulit penyu atau bambu. Pada awal,
huruf Cina yang dihasilkan adalah sangat mudah, iaitu satu lambang untuk satu maksud atau
pengertian. ketika pemerintahan Dinasti Han, seni sastera China kuno berkembang pesat seiring
dengan penemuan kertas. Ajaran Lao Tze, Confucius an Meng Zi banyak ditulis atau dihasilkan
oleh pengikut mereka. Hasil kebudayaan peradaban Cina kuno yang sangat terkenal hingga
sampai ke hari ini adalah Tembok Besar yang di bangun dalam Dinasti Qin untuk menangkis
serangan dari musuh di bagian utara China. Maharaja Shih Huang Ti menghubungkan dindingdinding pertahanan yang telah di bangun tersebut menjadi tembok raksasa sejauh 7000 km.

Tamadun China kuno mempunyai ramai ahli astronomi yang membantu masyarakat
dalam menghasilkan sistem kalendar . perkembangan ilmu astronomi merupakan asas kepada
pelbagai aktiviti kehidupan bangsa Cina kerana sistem pertanian, pelayaran, dan usaha lain
memerlukan maklumat tentang pertukaran musim. Perkembangan teknologi tamadun China kuno
dapat dilihat pada pembuatan barang-barang perdagangan seperti tembaga dan hasil ukiran yang
menghasilkan perabot rumah tangga, senjata, perhiasan dan alat pertanian.

Tamadun Lembah Sungai Indus, yang ada sekitar 2800 SM-1800 SM, merupakan sebuah
peradaban kuno yang berkembang di sepanjang Sungai Indus dan Sungai Ghaggar-Hakra yang
mana adalah negara Pakistan dan India barat pada hari ini. Menurut Wright (2010), peradaban
tersebut juga dikenal sebagai tamadun Harappan Lembah Indus, disebabkan kota penggalian
pertamanya disebut Harappa, atau juga tamadun Indus Sarasvati karena Sungai Sarasvati yang
13 Yi-Fu Tuan (2008). A Historical Geography of China. Aldine Transaction.
10

mungkin kering pada akhir 1900 SM. Pemusatan terbesar dari Lembah Indus berada di timur
Indus, dekat dengan wilayah yang dahulunya merupakan Sungai Sarasvati kuno yang pernah
mengalir. Pada akhir abad ke-1 SM, perkembangan tamadun tersebut lemba memasuki zaman
Weda, menurut perkiraan masa penyusunan Regweda iaitu sekitar 1700 SM sampai 1100 SM,
kelompok pemuja keagamaan yang menjadi dasar bagi agama Hindu dan aspek budaya lain pada
masyarakat India awal. Era tersebut sudah ada agama yang menjadi perintis bagi agama Hindu
seperti yang diketahui pada hari ini.

Berdasarkan peninggalan arkeologi seperti reruntuhan bangunan kota Mohenjo Daro dan
Harappa, kehidupan peradaban Lembah Sungai Indus mencerminkan tata kota yang moden yang
memberikan gambaran bahawa masyarakat lembah sungai Indus memiliki sistem pemerintahan
yang teratur, maju dan makmur. Penemuan benteng tembok yang di dalamnya ada bangunan
gudang, bangsal pertemuan dan tempat mandi umum, yang kemungkinan tempat tersebut
merupakan pusat pemerintahan peradaban tersebut. Dalam pada itu, dalam bidang teknologi
peradaban Lembah Indus sudah memiliki ilmu pengetahuan dan teknologi, Kemampuan mereka
dapat diketahui melalui peninggalan-peninggalan budaya yang ditemukan, seperti bangunan
Kota Mohenjo-Daro dan Harappa, berbagai jenis patung, perhiasan emas, perak, dan berbagai
macam segel dengan lukisan yang bermutu tinggi dan alat-alat perang seperti tombak, pedang,
dan panah (Feuerstein et al, 2001)14.

14 Feuerstein, Georg; Kak, Subhash; Frawley, David (2001). In Search of the Cradle of Civilization: New
Light on Ancient India. Quest Books. p. 73

11

Bahagian C

Menurut Wikipedia, perkataan budaya adalah berasal dari bahasa Sanskrit yang bermakna hal-hal
yang berkaitan dengan budi dan akal manusia , atau sebuah sistem pengetahuan yang meliputi
sistem idea manusia yang mana idea tersebut diamalkannya sehari-hari. Manakala Kamus Dewan
Edisi keempat pula mendefinisikan budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran , akal
budi, cara berfikir atau cara perlakuan.

Perkataan ilmu pula memiliki definisi yang luas dan sulit untuk didefinisikan secara jelas.
Syed Muhammad Naquib al-Attas menyatakan bahawa ilmu itu adalah tidak bersifat netral,
budaya yang berlainan memiliki konsep yang berbeza tentang pengertian ilmu meskipun ada
persamaan. Ada perbezaan yang signifikan dan tidak sejajar tentang konsep ilmu di antara

12

budaya Islam dan juga budaya Barat (Wan Mohd. Nor, 1997). 15 Maka, budaya ilmu di mana
kedua konsep budaya dan ilmu dikombinasikan dapat didefinisikan sebagai segala kegiatan
keilmuan yang dilaksanakan oleh setiap anggota masyarakat dan diterima sebagai nilai tara
utama dalam praktik mereka (Mook Soong Sang, 2000)16.

Ilmu merupakan inti sistem nilai agama Islam dan memiliki kedudukan yang tinggi.
Penekanan ilmu oleh agama Islam dijelaskan dengan nyata dalam al -Qur'an serta ajaran Nabi
Muhammad saw iaitu Sunah serta dari tokoh - tokoh Islam dari zaman dahulu sampai ke hari ini.
Selain itu, penekanan terhadap aspek membaca sebagai medium penting dalam usaha mencari
ilmu serta pengakuan dari Allah di mana ilmu pengetahuan manusia adalah suatu sumber yang
bernilai. Islam adalah agama yang didasarkan pada pengetahuan untuk itu pada akhirnya
pengetahuan tentang Keesaan Allah s.w.t dikombinasikan dengan iman dan komitmen
keseluruhan kepada-Nya yang menyelamatkan manusia. Teks al - Qur'an lengkap dengan ayatayat mengundang manusia untuk menggunakan akal, untuk merenungkan, berfikir dan
mengetahui, untuk tujuan hidup manusia untuk menemukan kebenaran yang tidak lain adalah
menyembah Allah dalam Keesaan-Nya. Sumber utama tamadun Islam adalah al-Quran. Kitab
yang diturunkan oleh Allah s.w.t adalah suci mengandung nilai mukjizat yang tinggi baik dari
sudut akidah, syariah, akhlak dan moral, bahasa, persejarahan, pemikiran dan intelektual,
peradaban, rahsia alam semesta dan sebagainya. Ini sesuai sepanjang zaman dan lengkap, sesuai
dengan tingkat manusia dan peradaban. Isinya mendorong manusia berfikir untuk mencapai
kesejahteraan hidup, memberi dorongan dan semangat mereka untuk menjelajahi alam di
segenap bidang. Segala kegiatan dan kemajuan yang dibuat diinginkan mengikuti lunas-lunas
yang telah ditetapkan.

Allah s.w.t. menyatakan secara jelas dan terang tentang kedudukan manusia di bumi di
mana kedudukan tersebut mempunyai kelebihan dalam aspek ilmu pengetahuan. Budaya ilmu
15 Wan Mohd. Nor Wan Daud 1997 . Penjelasan Budaya Ilmu . Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka

16 Mok Soon Sang (2000) Ilmu Pendidikan Untuk KPLI . Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
13

dalam agama Islam bertitik tolak dari dunia roh di mana di alam roh, Allah s.w.t. telah mengajar
Nabi Adam tentang nama nama segala sesuatu yang tidak dimiliki atau diberikan kepada
malaikat dan juga syaitan ( Surah al Baqarah (2): 30 35) 17 . Selain itu, Hadis juga penuh dengan
rujukan kepada kepentingan ilmu pengetahuan. Kata-kata Muhammad seperti "Tuntutlah ilmu
sampai ke negeri Cina", "Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad", dan "Sesungguhnya
mereka yang berilmu adalah pewaris para nabi", telah bergema dalam sepanjang sejarah Islam
dan menyerukan umat Islam untuk mencari ilmu di mana saja ia mungkin ditemukan. Dalam
kebanyakan sejarah, peradaban Islam telah menjadi saksi kepada respon terhadap ilmu. Itulah
sebabnya setiap kota Islam tradisional memiliki perpustakaan awam dan swasta dan beberapa
kota-kota seperti Cordoba dan Baghdad di mana perpustakaannya memiliki lebih dari 400.000
buku. Kota-kota ini juga memiliki toko-toko buku, ada yang dijual sejumlah besar judul. Hal ini
menjadi alasan mengapa para ulama yang selalu dipandang tinggi dalam masyarakat Islam (Wan
Mohd. Nor, 1998)18

Al-Quran menguraikan prinsip-prinsip dasar, kemudian diurai dan rinci oleh al-Sunnah.
Ia merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan
tamadun Islam. Sesuatu reformasi yang dilakukan, dapat dikatakan peradaban, tetapi tidak dapat
digolongkan sebagai Tamadun Islam kalau bertentangan dengan sumber-sumber ini. Singkatnya,
semua sudut peradaban Islam berpola di atas acuan al-Quran dan al-Sunnah. Dari al-Quran dan
al-Sunnah dipecahkan kepada akidah, syariah dan akhlak untuk dilaksanakan dalam kehidupan
manusia. Pelaksanaannya ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para ulama setelah beliau.
Dalam peradaban manusia banyak perkembangan baru terjadi. sebahagian dari reformasi itu
tidak jelas dari segi hukumnya, disebabkan tidak ada secara nyata dalam Al-Quran dan AlSunnah. Oleh itu menjadi fungsi ulama atau cendekiawan Islam untuk mengolah hukum terhadap
hal-hal baru berdasarkan keilmuan yang mereka miliki dengan mengacu pada sumber Al-Quran
dan al-Sunnah. Oleh yang demikian, umat Islam dianjurkan untuk membuat penelitian dan

17 Surah al Baqarah (2): 30 35


18 Wan Mohd. Nor Wan Daud (1989). The Concept of Knowledge in Islam and Its Implications for
Education in Developing Countries. London: Mansell Publication) Bab 3
14

menjelajahi bidang-bidang kepentingan kemajuan umat Islam khususnya dan dunia umumnya
selama mana tidak bertentangan dengan tuntutan syariat Islam.

Dengan tersebarnya kebudayaan Islam ke merata tempat adalah hasil dari agama Islam
itu sendiri ini karena Islam adalah agama yang pertama yang menyatakan bahwa setiap manusia
berhak malah diperintahkan untuk menuntut ilmu pengetahuan dan mempelajari keterampilan
berdasarkan minat masing-masing. (Hassan Langgulung, 1979)19. Hal ini dibuktikan oleh
Muhammad ketika beliau mendirikan masjid yang pertama di dalam Islam iaitu Masjid Quba.
Pembangunan masjid tersebut adalah sama seperti pembangunan masjid-masjid lain iaitu
bukanlah semata-mata untuk menjalankan ibadah solat saja malahan turut menjadikan masjid
sebagai tempat untuk pertemuan, kesatuan dan markas yang sesuai di mana umat Islam dapat
bertemu, berdiskusi dan mempelajari ilmu. Selain itu, Muhammad turut mengajar dan memberi
khutbah dalam bentuk halaqah di masjid dan para sahabat akan duduk mengelilingi beliau untuk
mendengarkan berikutnya mengadakan sesi tanya jawab tentang urusan agama atau kehidupan
sehari-hari. Ini adalah kontras dengan peradaban kuno lain seperti peradaban China dan India
kuno di mana proses keilmuan hanya bertumpu kepada golongan tertentu saja seperti bangsawan,
kaum lelaki atau khusus untuk golongan pendeta atau ahli agama (Wan Mohd. Nor, 1997).20

Islam mewajibkan ilmu pengetahuan di mana pandangan ini adalah bertentangan dengan
pandangan para ilmuwan Yunani dan masyarakat moden di mana golongan ini meragukan
kemampuan manusia untuk memperoleh pengetahuan yang pasti. Dengan penyebaran agama
Islam ke negara = negara utara iaitu ke Syria, Mesir dan Parsi, ia berhadapan dengan warisan
ilmu kuno yang telah dipelihara di pusat-pusat yang kini menjadi bagian dari dunia Islam.
Alexandria telah menjadi pusat utama sains dan pembelajaran selama berabad-abad, di mana
ilmu pengetahuan Yunani yang dibudayakan di Alexandria ditentang oleh pemerintah Byzantium
yang telah membakar perpustakaan sebelum munculnya Islam. Tradisi pembelajaran Alexandria
19 Hasan Langgulung (1979) . Pendidikan Islam . Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Antara.
20 Wan Mohd. Nor Wan Daud (1997). Penjelasan Budaya Ilmu . Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

15

tidak mati, namun. Ia telah berpindah ke Antioquia dan dari sana ia menyebar lebih jauh ke timur
ke kota-kota seperti Edessa oleh umat Kristen Timur yang menentang pemerintah Byzantium dan
berharap untuk memiliki pusat-pusat ilmu pengetahuan mereka yang bebas.

Menurut Gregorian (2003)21, ketika peradaban Islam mendirikan kerajaan Islam yang
baru pada era Uthmaniyah, fokus dan perhatian dialihkan ke pusat-pusat pembelajaran yang
telah dipelihara dan mencuba untuk membiasakan diri dengan pengetahuan yang diajarkan dan
dibudayakan ke dalam pemikiran. Oleh yang demikian, para ilmuwan Islam mulai mengatur
dengan upaya bersama untuk menterjemahkan karya karya seperti falsafah dan ilmiah yang
tersedia untuk mereka dari tidak hanya karya Yunani dan Syria tetapi juga dari Pahlavi, bahasa
ilmiah kerajaan Parsi sebelum kedatangan Islam malahan juga dari bahasa Sanskrit. Gerakan
besar - besaran penterjemahan berlangsung dari awal abad ke - 8 sampai akhir abad ke-9 dan
mencapai puncaknya dengan pembentukan 'House of Wisdom' (Bayt al hiLmah) oleh khalifah alMatmun pada awal abad ke-9.

Dalam memberi penekanan terhadap kepentingan ilmu, pengiktirafan yang tinggi


diberikan kepada para ilmuwan dan orang orang jahil atau yang mengikut ikut tanpa berfikir
dan ilmu pengetahuan adalah di rendah rendahkan. Tanggungjawab pencarian ilmu adalah di
tangan lelaki dan wanita yang waras dari segi pemikiran dan bukan hanya dari satu golongan
manusia sahaja. Alam dan manusia adalah tidak terpisah dari Allah s.w.t, yang mana pandangan
ini adalah berbeza di kalangan pemikiran Yunani kuno dan pemikiran sekular moden. Bahkan
manusia adalah digalakkan untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap setiap kejadian
fenomena alam, proses peradaban manusia dan juga pengalaman ekstrinsik manusia sebagai
sumber ilmu yang memberikan gambaran akan kebesaran, kalimah dan sunah Allah s.w.t.

Peradaban Islam tidak menterjemahkan karya-karya ilmiah dan falsafah peradaban lain
disebabkan risau atau takut akan dominasi politik atau ekonomi tetapi ia disebabkan oleh struktur
Islam itu sendiri didasarkan pada keunggulan pengetahuan. tamadun Islam juga tidak
menganggap bentuk-bentuk pengetahuan dari tamadun lain sebagai tidak Islamik asalkan mereka
21 Vartan Gregorian (2003). "Islam: A Mosaic, Not a Monolith", Brookings Institution Press, pg 2638
16

menegaskan akan doktrin keesaan Allah. . Setelah ilmu tersebut dan falsafah menegaskan prinsip
keesaan Allah s.w.t, maka tamadun Islam mulai mengembangkan ilmu-ilmu Islam berdasarkan
apa yang telah mereka terjemah, analisis, kritik, dan berasimilasi serta menolak apa yang tidak
sesuai dengan perspektif Islam.

Pemikiran para ilmuwan Islam pada zaman kegemilangan peradaban Islam selalu tertarik
pada ilmu matematik sesuai dengan doktrin keesaan yang terletak pada inti agama Islam. Ilmu
matematik secara tradisional termasuk astronomi, matematik itu sendiri dan banyak dari apa
yang dipanggil sebagai fizik pada hari ini. Dalam astronomi Islam terintegrasi tradisi astronomi
dari India, Persia dan juga Yunani menjadi sintesis yang mulai memetakan sebuah babak baru
dalam sejarah astronomi dari abad ke-8 dan seterusnya. Para ilmuwan Islam juga mengamati
langit dengan teliti dan menemukan banyak bintang baru. Buku tentang bintang-bintang seperti
karya 'Abdal-Rahman al-Sufi yang mana telah diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol oleh
Alfonso X el Sabio dan memiliki pengaruh yang mendalam pada toponimi bintang dalam bahasa
Eropah. Dalam pada itu, tamadun Islam juga memiliki aplikasi praktis termasuk tidak hanya
menemukan arah kiblat untuk tujuan solat, namun juga merancang almanak yang mana kata
tersebut itu sendiri berasal dari bahasa Arab.

Tamadun Islam turut menerapkan pengetahuan astronomi mereka untuk pertanyaan


waktu dan kalender. Kalender matahari yang paling tepat yang ada untuk hari ini adalah kalender
Jalali direncanakan di bawah arahan Umar Khayyam pada abad ke-12 dan masih digunakan di
Iran dan Afghanistan sehingga hari ini. Dalam bidang matematik pula, seperti astronomi, ia
menerima dorongan langsung dari Al-Qur'an bukan hanya karena struktur matematik yang
berkaitan dengan teks Kitab Suci, tetapi juga kerana hukum warisan digambarkan dalam Quran
memerlukan penyelesaian matematik yang agak rumit. Di sini sekali lagi umat Islam
mengintegrasikan matematik Yunani dan India. Menurut Katz (1995)22, ahli matematik Islam
yang terkenal iaitu al-Khwarizmi telah menterjemah sebuah risalah aritmetik dari bahasa Latin
yang kemudiannya memperkenalkan konsep apa yang dikenal sebagai angka Arab ke Barat.
Sehingga kini perkataan guarismo yang berasal dari namanya, bermaksud angka atau digit dalam
22 Katz, Victor J. (1995). "Ideas of Calculus in Islam and India". Mathematics Magazine
17

bahasa Sepanyol sementara algoritma masih digunakan dalam bahasa Inggeris. Al-Khwarizmi
juga penulis buku yang pertama buku tentang konsep algebra.

Pengaruh para cendekiawan tamadun Islam di berbagai bidang ilmu adalah sangat
signifikan dan ini telah memberikan sumbangan yang signifikan terhadap kemajuan manusia.
Yang penting adalah budaya ilmu dalam Islam tidak hanya berfokus pada kaedah deduktif tetapi
berpandukan kepada prinsip - prinsip adalah al - Qur'an, sunnah dan pemikiran serta akal yang
sihat tetapi juga kaedah induktif, yang menekankan fakta - fakta dari semesta dan persepsi
manusia dalam sejarah atau dirinya sendiri. Selain itu, yang lebih penting juga adalah bahawa
budaya pengetahuan Islam adalah bersifat demokratis. Sifat demokrasi pendidikan dalam erti
janji golongan pemikir sekular adalah sesuatu harapan yang palsu yang mana menyatakan akan
usaha manusia untuk mencapai pengetahuan yang akan, tapi menurut Islam, ia bermaksud
bahawa seseorang dapat memperoleh pengetahuan - pengetahuan yang merupakan asas untuk
kesejahteraan individu tugas. Ini juga bererti bahawa Allah memilih siapa saja yang Dia inginkan
tanpa mengira warna kulit atau martabat sosial - ekonomi pengetahuan untuk disampaikan ilmu
pengetahuan.

Maka oleh yang demikian, adalah jelas bahawa al-Quran merupakan sumber kepada
proses keilmuan. Dari sumber tersebut maka wujudnya budaya keilmuan yang diamalkan oleh
individu dan setiap anggota masyarakat dan menyebabkan perubahan peradaban manusia yang
kemudian menjadi pemacu pembangunan peradaban umat Islam. Imbalan serta janji untuk
berada di sisi Allah s.w.t pada hari kiamat adalah insentif yang sangat signifikan untuk umat
Islam dalam pencarian dan penyebaran ilmu yang mana hal ini telah melahirkan satu budaya
ilmu yang sangat universal. Umumnya, umat Islam adalah berfikiran dan bersikap terbuka
meskipun agak kritis dan lantang dengan warisan ilmu pengetahuan dari peradaban - peradaban
lain dan pada saat yang sama mencuba untuk mengadaptasikan ilmu - ilmu tersebut agar sesuai
dengan nilai - nilai dan tuntutan agama Islam. Selain itu, insentif yang disebutkan juga membuat
pemimpin Islam untuk menjadi pelopor ilmu tetapi pada saat yang sama rakyat turut
menempatkan idealisme yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan meskipun tidak semua mereka
terlibat secara langsung atau secara aktif. Tradisi mengkaji dengan bebas di samping menghargai
fikiran manusia adalah keberhasilan di dalam kehidupan intelektual Islam. Ini selaras dengan
18

ayat al-Quran pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan seruan bacalah
dan kata al-Qalam (pena) membuktikan bahawa Islam menganjurkan umatnya agar menuntut
ilmu. Ia juga menunjukkan bahawa tingginya nilai ilmu serta kedudukannya dari perspektif
Islam.

RUJUKAN
Bongard-Levin, G.M. (1985). Ancient Indian Civilization. New Delhi:Arnold-Heinemann.
Hasan Langgulung (1979) . Pendidikan Islam . Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Antara.

19

Hayashi, Takao (2008). Brahmagupta, Encyclopedia Britannica.


Kamus Dewan : Edisi Keempat . 2003. Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Katz, Victor J. (1995). "Ideas of Calculus in Islam and India". Mathematics Magazine.
Plofker, Kim (2009). Mathematics in India: 500 BCE1800 CE, Princeton, NJ: Princeton
University Press. Pp. 384., ISBN 0-691-12067-6.

Masson-Oursel, Paul. (1986). Ancient India and Indian Civilization. New Delhi: Anmol
Publications.
Matthews, Roger (2003), The archaeology of Mesopotamia. Theories and approaches,
Approaching the past, Milton Square: Routledge.

Mok Soon Sang (2000) Ilmu Pendidikan Untuk KPLI . Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Needham, Joseph; Ronan, Colin (1993), "Chinese Cosmology", in Hetherington, Norriss S.,
Cosmology: historical, literary, philosophical, religious, and scientific perspectives,
New York: Garland Publishing, Inc., pp. 2532

Sayyed Hossein Nasr (1984). Science and Civilization in Islam, Dewan Pustaka Fajar, Shah
Alam

Shaw, Ian (2003). The Oxford History of Ancient Egypt. Oxford, England: Oxford University
Press.

Vartan Gregorian (2003). "Islam: A Mosaic, Not a Monolith", Brookings Institution Press, pg
2638
20

Wan Mohd. Nor Wan Daud (1997). Penjelasan Budaya Ilmu . Malaysia, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka

Wan Mohd. Nor Wan Daud (1989). The Concept of Knowledge in Islam and Its Implications for
Education in Developing Countries. London: Mansell Publication) Bab 3.

Wright, Rita P. (2010), The Ancient Indus: Urbanism, Economy, and Society, Cambridge
University Press.

Yi-Fu Tuan (2008). A Historical Geography of China. Aldine Transaction.


Diperoleh daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/Islamic_contributions_to_Medieval_Europe#cite_note-22,
diakses pada, Mac 10, 2015
http://id.wikipedia.org/wiki/Budaya . Diakses pada, Mac 10, 2015

21

Anda mungkin juga menyukai