Anda di halaman 1dari 46

Matapelajaran Pengajian

Umum (MPU) Subject

MPU3123 TITAS
BAB 6: ISU-ISU
SEMASA DAN
MASA DEPAN

1
DUNIA BERBILANG Matapelajaran Pengajian

TAMADUN
Umum (MPU) Subject

1. Masyarakat Timur memiliki pengalaman beratus


tahun hidup bersama dengan tamadun-tamadun lain
2. Mereka turut menjalani hidup bersama dengan
tamadun-tamadun lain dan telah menjalani hidup
secara harmoni (toleransi dan persefahaman)
3. Nilai seperti toleransi dan persefahaman tersebut
sebenarnya patut diikuti oleh tamadun Barat yang
selama ini bersikap dominasi
4. Ini merupakan sumbangan tamadun-tamadun Timur
kepada tamadun Barat serta semua tamadun manusia.

2
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

1. Dampak Budaya
Kebendaan Barat 2. Dominasi Politik

CABARAN
GLOBALISASI.
(Globalisasi: 3.
5. Dunia tanpa Dominasi
Dominasi sempadan) Ekonomi
Budaya

4. Dominasi Media

3
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

DAMPAK BUDAYA KEBENDAAN BARAT


Dampak: pengaruh atau kesan yang ketara
Kebendaan: material
3. Realiti paling penting pada masa kini yang mencabar
tamadun Islam dan tamadun Asia ialah arus globalisasi
kebudayaan kebendaan tamadun Barat moden
4. Oleh itu, kita hendaklah tahu kesan dan dampak
dunia Barat moden bagi merancang masa depan

4
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

5. Jika tidak dibendung, ia akan menghilangkan ciri-ciri


jati diri seseorang.
6. Jati diri: rangkuman nilai, budaya, bahasa, pegangan,
fahaman jagat sesuatu kaum. Ia membentuk watak, sifat
peribadi seseorang, cara berfikir, cara hidup, dan
penampilan diri yang melambangkan bangsa dan
kaumnya.
7. Seluruh dunia kini seperti ‘sebuah dunia Barat yang
besar’ yang bersifat hegemoni, yang tidak
memperlihatkan identiti selain daripada identiti tamadun
Barat.

5
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

8. Pengaruh dunia Barat ke atas seluruh bangsa


manusia berpunca daripada sejarah penjajahan yang
panjang
9. Penjajahan Barat mempunyai kesan yang
mendalam ke atas masyarakat Islam dan Asia
sehingga merubah struktur ekonomi, institusi
politik dan nilai budayanya.
10. Disebabkan itulah, masyarakat yang berada
dibawah pengaruh jajahan tersebut merasa rendah
diri sehingga meninggalkan sejarah dan warisan
bangsa mereka sendiri

6
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

11. Tamadun Barat menjadi piawai untuk menilai


pencapaian masyarakat mereka sendiri.
12. Penjajahan pemikiran: merupakan kemuncak
penjajahan Barat dalam memperkukuhkan
dominasinya ke atas bangsa manusia yang lain
13. Walaupun telah merdeka, kesan peninggalan
penjajahan ke atas masyarakat yang pernah dijajah
masih ada

7
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

14. Masyarakat Islam dan Asia adakalanya sukar


dikenali dengan ciri-ciri kebangsaan yang tersendiri.
15. Kebebasan dan kemerdekaan yang telah dicapai
masih lagi dikongkong dengan pelbagai bentuk
dominasi baru

8
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

PERGAULAN BEBAS 9
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

DOMINASI POLITIK
1.Dalam banyak keadaan, negara yang dikatakan
merdeka masih terikat dengan telunjuk Barat dalam
membuat keputusan politik terutama di peringkat
antarabangsa.
2.Politik antarabangsa hari ini didominasi hampir
sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar yang
secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia
Barat

10
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

3.Struktur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri


mencerminkan keadaan politik dunia selepas Perang Dunia
Kedua (Oktober 1945), dengan negara-negara seperti Amerika,
Britain dan Perancis yang telah mengalahkan Jerman dan
Jepun, memperoleh kuasa veto.
#Kuasa veto PBB kini: China, Perancis, Rusia, Britain,
Amerika.
#PBB ditubuhkan bagi mengelakkan berlakunya sebarang
konflik seperti Perang Dunia Kedua.
# pada mulanya, PBB hanya mempunyai 51 negara dan kini
telah menjadi 193 buah negara menyertai PBB
# Amerika merupakan negara terkuat dan mendominasi Majlis
Keselamatan PBB dengan kuasa vetonya bersama-sama China,
Perancis, Rusia dan Britain

11
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

5. PBB sepatutnya menjadi satu medium penting bagi


memastikan keamanan dunia dapat dikecapi bersama,
namun kuasa-kuasa veto ini sering membelakangkan
Majlis Keselamatan PBB seperti peristiwa
pengeboman Sudan dan Afghanistan pada tahun 1998.
Pengeboman berlaku kerana mereka menganggap
Sudan dan Afghanistan adalah sarang pengganas

12
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

AMERIKA MENDUDUKI IRAQ


13
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

6. Amerika juga tanpa kebenaran PBB telah menyerang


dan menakluki Iraq pada March 2003.
# tujuannya penaklukan: menyangka Iraq mempunyai
senjata merbahaya dan untuk menjatuhkan Saddam
Hussain yang bersekongkol dengan Al-Qaeda.
# Pada Disember 2014, tentera Amerika keluar dari Iraq

7. Amerika seperti menganggap diri mereka seperti


‘Polis Dunia’ dengan membabitkan diri mereka dengan
hampir semua persengketaan antarabangsa seperti
Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir dan
lain-lain lagi.
14
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

8. Amerika mendominasi dunia dengan kekuatan


ketenteraannya.
9.Setelah perang dingin (Cold war) berakhir dengan
robohnya tembok Berlin pada 1989, dan perpecahan
Soviet Union pada 1991, maka Amerika telah muncul
menjadi satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak
mempunyai saingan
# mewujudkan satu dunia unipolar, tanpa imbangan
kuasa
# Amerika juga mempunyai senjata nuklear yang
besar dan canggih, namun melarang sekeras-kerasnya
negara-negara lain mempunyai senjata nuklear seperti
Korea Utara dan Iran
15
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

10. Negara-negara yang mempunyai senjata nuklear:


Amerika, Rusia, Britain, Perancis, China, India,
Pakistan, Korea Utara dan Israel

16
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

DOMINASI EKONOMI
1.Semasa zaman penjajahan, penjajah Barat
mendominasi sumber-sumber semulajadi wilayah
yang dijajah.
2.Kini, perkara yang sama tetap berlaku. Syarikat-
syarikat multinasional dari Barat seperti Amerika,
Britain dan negara-negara Eropah yang lain
termasuk Jepun telah menguasai perdagangan
antarabangsa.

17
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

3. Mereka turut mendominasi penggunaan sumber-


sumber semulajadi, pengeluaran hasil perindustrian dan
perkembangan sains dan teknologi sesebuah negara.
4. Sistem kewangan juga turut dikawal oleh sejumlah
kecil syarikat kewangan, pedagang mata wang dan juga
pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa.

18
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

5. Ia turut disokong oleh institusi-institusi seperti:


• International Monetary Fund (IMF)
• Bank Dunia
• World Trade Organization (WTO)
• kumpulan G8 :negara-negara Perindustrian
seperti Rusia, Perancis, Jerman, Italy, Japan,
Britain, Amerika, dan Kanada. Sekarang dikenali
sebagai G7 sebab Rusia telah dikeluarkan pada 2014.

19
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

6. sumber-sumber semulajadi telah dimonopoli tanpa


disedari oleh negara tersebut.
7. Ia menjadikan satu bentuk penjajahan yang
terselindung di sebalik gagasan perdagangan tanpa
sempadan, perdagangan bebas atau economic
globalisation.

20
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

DOMINASI MEDIA
1.Dunia Barat mendominasi penyebaran berita
antarabangsa melalui bidang teknologi komunikasi
dan maklumat
2.Amerika juga turut mendominasi media massa
3. Media massa dan elektronik dikuasai oleh
sekumpulan syarikat gergasi yang berpusat di Barat
seperti CNN, BBC, Bloomberg, Reuters, UPI (United
Press International) dan AP (Associated Press) dan
lain-lain.

21
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

4. Agensi berita antarabangsa dari Amerika


khususnya akan menentukan bagaimana maklumat
tentang peristiwa-peristiwa antarabangsa diolah
dan dipersembahkan pada masyarakat dunia

22
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

DOMINASI BUDAYA
1.Dalam 3 dekad kebelakangan ini, dunia Barat
terutamanya Amerika telah membanjiri dunia dengan
pengeksportan budayanya
2.Sebagai contoh bidang hiburan.
3.Budaya barat berteraskan hedonisme (pandangan
hidup yang menganggap bahawa kesenangan dan
kenikmatan material adalah tujuan utama hidup)
melalui filem, muzik, nyanyian, kartun dan komik dari
Barat telah tersebar luas ke seluruh dunia.

23
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

KONSERT K-POP DI MALAYSIA 24


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

4. Rancangan American Idol juga ditiru oleh beberapa


negara termasuk Malaysia
5.Jenama-jenama seperti Coca-cola, McDonalds, Levi’s
dan lain-lain telah menjadi sebahagian gaya hidup
global.
6.Masyarakat menerima makanan, pakaian dan hiburan
ala-ala Amerika dalam kehidupan mereka.

25
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

MC DONALDS DI MALAYSIA
26
TEORI PERTEMBUNGAN TAMADUN
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

1.Pada 1989, seorang penulis Amerika, Francis


Fukuyama, telah mengemukakan tesis The End of
History yang menyatakan dunia akan menjadi
homogen dengan dicirikan oleh pemikiran
liberalisme dan demokrasi Barat.
# homogen: jenis, watak atau sifat yang sama
# ia berlaku apabila blok-blok Timur mula
menerima liberalisme dan demokrasi Barat dalam
menentukan hala tuju sosial, ekonomi dan politik
# negara Rusia dan China mula membuka pintu
kepada dunia luar.

27
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

2. Seorang professor Sains Politik di Universiti Harvard,


Samuel Phillips Huntington mengemukakan teori The
Clash of Civilizations.beliau menjangkakan akan
berlaku pertembungan antara tamadun Barat dan
tamadun-tamadun lain yang akan mencorakkan politik
sejagat.
3. beliau telah membukukan teori tersebut ke dalam
bukunya yang bertajuk The Clash of Civilizations and
the Remaking of World Order yang diterbitkan pada
1996.
4. Teori Pertembungan Tamdun telah mendapat pelbagai
reaksi

28
1. Selepas era perang dingin
Matapelajaran Pengajian
perbezaan yang paling Umum (MPU) Subject
ketara antara masyarakat
sejagat bukan lagi ideologi,
2. Tamadun merupakan entiti
politik, dan ekonomi tetapi
budaya yang terbesar
budaya
justeru konflik yang bakal
timbul adalah disebabkan
perbezaan antara budaya
yang membawa kepada
3 ANDAIAN pertembungan antara
TEORI tamadun
HUNTINGTON

3. Teras utama kepada isu-isu yang


berkaitan dengan agenda
antarabangsa sebenarnya berkaitan
dengan perbezaan yang wujud
antara pelbagai tamadun
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

4. Menurut Huntington, wujud kepelbagaian tamadun


menyebabkan pertembungan tidak dapat dielakkan lagi.
Tamadun Barat akan bertembung dengan tamadun Islam.
• Antara petanda awal adalah peristiwa Perang Teluk
pada 1990.
• Perang Teluk 1990-1991: berlaku di Iraq dan
Kuwait
5. Teori Huntington dilihat sebagai satu ramalan besar.
Para intelektual mula mengaitkan teori tersebut dengan
perang di Bosnia-Herzegovina (1992-1995)

30
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

6. Teori Huntington akhirnya mengembangkan lagi


bidang disiplin ilmu pengajian tamadun dan sains
politik.
7. Walaupun ramai yang tidak dapat menerima teori
Huntington ini, namun masih ada menerimanya
terutamanya apabila berlaku konflik antara dunia
Barat dengan Islam dengan pelancaran ‘Perang
Terhadap Keganasan’ oleh Amerika.

31
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

DAMPAK PERISTIWA 11SEPTEMBER


1.Peristiwa 11 September 2001 sering dilihat
sebagai kemuncak konflik dunia Islam dan
dunia Barat
2.Sebelum peristiwa 11 September, beberapa
peristiwa serangan ke atas kepentingan Barat
khususnya Amerika telah berlaku.

32
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Pada tahun1993, World Trade Center telah diserang


oleh Ramzi Ahmed Yousef, seorang fundamentalis
Islam. Golongan fundamentalis percaya perjuangan
mereka itu suci dan penting. Mereka melihat diri
mereka sebagai pemelihara agama, prinsip dan
doktrin penting, dan cara hidup dan jalan ke arah
kebenaran. Masyarakat yang hidup dalam undang-
undang dengan cara hidup agama yang jelas dalam
segala aspek merupakan matlamat dan janji gerakan
fundamentalis.

33
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Pada tahun1996, 19 tentera Amerika terbunuh dan


300 cedera dalam satu serangan di Khobar Towers
di Dhahran, Arab Saudi.
Pada tahun1998, kedutaan Amerika di Dar es
Salaam (Tanzania) dan Nairobi (Kenya) telah
dibom, 250 terkorban.
Oktober 2000, kapal USS Cole diserang di Yemen,
17 mati dan 38 cedera.

34
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

3. Semua kejadian di atas dikaitkan dengan pengganas


Islam.
• Termasuk pejuang Palestin yang menuntut
kemerdekaan di negara mereka sendiri turut dipanggil
pengganas
• termasuk perjuangan orang Islam di Kashmir dan
Chechnya turut dilabel sebagai pengganas.
4. Operasi ketenteraan yang diketuai oleh Amerika di
Afghanistan dan yang terakhir di Iraq dilihat sebagai
satu penjajahan ke atas masyarakat Islam

35
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

5. Mereka mula menyekat penyebaran sains dan


teknologi secara langsung dan tidak langsung.
• masyarakat Islam dari negara-negara Arab hampir
ditutup peluang untuk meneruskan pengajian
mereka dalam bidang sains dan teknologi di
Amerika dan Britain.
• Jepun juga turut memikirkan semula dasar luar
mereka dengan negara-negara Islam.
6. bagaimanapun, selepas 11 September, dialog antara
dunia Islam dan bukan Islam mula berkembang, dan
akhirnya mereka mula memahami tentang Islam.
36
DIALOG PERADABAN SEBAGAI Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

MEKANISME MENGHADAPI CABARAN


1. PBB mengishtiharkan tahun 2001 sebagai
Tahun Dialog Tamadun seperti yang
dicadangkan oleh Presiden Iran ketika itu,
Mohammad Khatami
2. Di peringkat antarabangsa, permasalahan yang
diwarisi dalam perhubungan antara tamadun
perlu ditangani bukan secara keganasan atau
konfrontasi, tetapi menerusi dialog
3. Maka ketika inilah, dialog memainkan peranan
dalam hubungan manusia dan hubungan
antarabangsa

37
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

4. Dalam dialog tersebut, manusia mesti sedar


bahawa setiap agama, budaya dan tamadun
masing-masing mengandungi nilai dan pandangan
semesta yang menekankan kesatuan, kejujuran,
maruah dan kebebasan manusia
5. Melalui dialog, masyarakat Islam, masyarakat
Asia dan lain-lain dapat membina satu barisan
bersama untuk menentang dominasi oleh
sekumpulan kecil manusia terutama kuasa Barat
dan bonekanya.

38
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

6. Dialog juga membawa banyak manfaat. Masalah


kini seperti pencemaran alam sekitar, keretakan
perhubungan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah
serta dadah berlaku di serata dunia dan ia
memerlukan jalan penyelesaian.
7. Melalui dialog dengan pihak-pihak yang
berkenaan, mereka akan dapat idea-idea yang
bernas untuk menangani masalah terbabit

39
PEMUPUKAN NILAI-NILAI SEPUNYA Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

MENERUSI DIALOG TAMADUN


1. Demi membina dan mengukuhkan nilai-nilai
sejagat yang dikongsi bersama dalam tamadun
Islam dan tamadun Asia, hendaklah diadakan
dialog dalam semua peringkat masyarakat
2. IPT atau universiti dan sekolah-sekolah boleh
didedahkan dengan pengetahuan dan dialog-
dialog mengenai tamadun-tamadun dunia
3. Akhbar dan majalah juga mesti
memperkenalkan tentang kepentingan
mengadakan dialog antara tamadun ini

40
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

4. Radio dan televisyen juga mesti mempunyai


rancangan-rancangan yang bercirikan dialog
5. Pelbagai agama dan tamadun perlu
berdialog terutama dalam zaman teknologi
komunikasi. Kini penghuni dunia mula sedar
akan kewujudan penghuni lain daripada
pelbagai agama dan tamadun berbanding
sebelum ini.

41
Keganasan dan ketidakadilan: isu ini berpunca
Matapelajaran Pengajian
daripada kegagalan pelbagai golongan yang terlibat Umum (MPU) Subject
untuk mengatasi masalah yang dihadapi melalui meja Perebutan kuasa
rundingan politik dan
ekonomi:
terdapat
masalah yang
Layanan buruk: berpunca
layanan buruk daripada
terhadap orang perebutan kuasa
Islam yang politik atau
bermastautin di ISU-ISU DALAM ekonomi antara
negara-negara DIALOG TAMADUN dunia Islam
Barat boleh dengan Barat
mengakibatkan seperti
tindak balas yang perebutan telaga
tidak terkawal. minyak di Teluk
Parsi

Kejahilan tentang tamadun lain: tidak dapat


dinafikan bahawa unsur-unsur kejahilan wujud di
kalangan pihak terbabit hingga keganasan yang
tercetus dilihat sebagai permusuhan tamadun
42
DIALOG TAMADUN: DIMENSI
DALAMAN DAN DIMENSI LUARAN
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

DIALOG ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA


1. Dialog pada peringkat ini melibatkan golongan etnik
yang berlainan budaya di Malaysia.
2. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah
seperti:
# persefahaman antara kaum yang berasaskan nilai
budaya dan tamadun sepunya
# Rukun Negara sebagai asas tamadun Malaysia
# Mengambil kira kepercayaan dan amalan setiap
budaya dan tamadun di Malaysia.

43
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

3. Di peringkat global boleh dikatakan bahawa


semangat dan amalan dialog sebenarnya telah pun
banyak dibangkitkan.
semasa The Islamic Symposium on Dialogue
pada 1999, Pertubuhan Negara-negara Islam
(OIC) misalnya telah menerbitkan sebuah
deklarasi mengenai dialog peradaban
ia diterima sebagai satu resolusi semasa
perhimpunan agung PBB 53/22 yang telah
mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun
Dialog Antara Peradaban Sedunia

44
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

4. Memahami hakikat ini, Malaysia telah


menekankan betapa pentingnya diadakan
Dialog Antarabangsa sebagai jalan mencari
keamanan dunia yang penuh kebencian,
kecurigaan, dan keganasan khususnya setelah
tragedi 11 September 2001.

45
DIALOG ANTARA TAMADUN BARAT
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

DENGAN TAMADUN ISLAM DAN


TAMADUN ASIA
1. Dialog pada peringkat ini melibatkan Tamadun Islam dan
Asia dengan Tamadun Barat perlu mengambil kira akan
perkara-perkara berikut:
# nilai-nilai sepunya
# menghormati realiti dunia berbilang tamadun
# saling kebergantungan dalam pembangunan ketamadunan
# memahami isu-isu yang memisahkan antara tamadun
Barat dan tamadun Islam
# memahami isu keganasan bukan sahaja dari perspektif
Barat tetapi juga dari perspektif masyarakat Islam dan Asia.
46

Anda mungkin juga menyukai