Anda di halaman 1dari 25

ISI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN.................................................................................................... 1

1.1 TAMADUN ISLAM................................................................................................... 3


Latar Belakang Kebudayaan Islam..........................................................................3
Sejarah Pemikiran Tamadun Islam...........................................................................5
Tokoh-Tokoh Tamadun Islam..................................................................................... 6
1.2 TAMADUN INDIA.................................................................................................... 7
Latar Belakang Budaya India...................................................................................7
Sejarah Pemikiran Tamadun India...........................................................................7
Tokoh-Tokoh Tamadun India..................................................................................... 9
1.3 TAMADUN CHINA................................................................................................ 10
Latar Belakang Kebudayan China.........................................................................10
Sejarah Pemikiran Tamadun China........................................................................10
Tokoh-Tokoh Tamadun China.................................................................................. 12
1.4 TAMADUN JEPUN................................................................................................. 13
Latar Belakang Kebudayaan Jepun........................................................................13
Sejarah PemikiranTamadun Jepun.........................................................................14
Tokoh-Tokoh Tamadun Jepun.................................................................................. 15
1.5 RUMUSAN........................................................................................................... 16
2.0

PETA MINDA & GRAFIK..................................................................................... 17

Interaksi Tamadun Islam dengan Melayu..............................................................17


Interaksi Tamadun China dengan Melayu..............................................................18
Interaksi Tamadun India dengan Melayu...............................................................18
Interaksi Tamadun Jepun dengan Melayu..............................................................20
3.0

REFLEKSI......................................................................................................... 21

RUJUKAN................................................................................................................... 23

1.0 PENGENALAN
Konsep tamadun boleh ditakrifkan menggunakan sudut bahasa dan peristilahan.
Sudut Bahasa:
Dalam bahasa Melayu, terdapat dua istilah yang sering digunakan iaitu
tamadun dan peradaban. Kedua-dua istilah tersebut dipinjam daripada bahasa Arab,
namun ia telah lama diterima pakai dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Tamadun
bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada
taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran. Manakala, peradaban pula
ditakrifkan sebagai keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan
rohani. Selain itu, ia juga boleh diertikan sebagai telah maju tingkat kehidupan dari segi
jasmani dan rohani, iaitu bertamadun (Kamus Dewan, 2005).
Dalam bahasa Arab terdapat lima istilah yang boleh dihubung kaitkan dengan
maksud tamadun iaitu umran, hadharah, tamaddun, madinah dan madaniyyah.
Istilah umran bermaksud membangun dan memakmurkan sesebuah bandar.
Hadharah juga boleh diertikan sebagai sebuah wilayah, daerah, ibu kota, bandar,
kampung dan kawasan tanah yang didiami. Istilah madinah yang berasal daripada
perkataan madana, bererti bandar-bandar. Sementelahan itu, istilah tamaddun dan
tamadyun pula berasal daripada perkataan madana yang beerti membina dan
membangunkan bandar. Istilah madaniyah telah ditakrifkan sebagai bandar ataupun
kehidupan bandar (Khalid, 2006).
Dalam bahasa Cina, peradaban disebut sebagai wen ming yang bererti cerah,
terang atau bercahaya yang merujuk kepada peradaban. Wen merujuk kepada
keindahan, kelembutan, keelokan atau budi pekerti. Ming merujuk kepada cahaya atau
kecerahan. Istilah wen ming juga boleh dikaitkan dengan amalan tradisi yang perlu
dipraktikkan, pemikiran yang bijaksana, pemahaman yang jelas dan bertutur secara
terbuka (Chinese Lexicon, 1994).
Dalam bahasa Tamil, peradaban dikaitkan dengan istilah nakarikam. Nakar
bermaksud kota atau bandar, manakala ikam pula membawa erti pembentukan. Nakar
1

juga merupakan simbol tentang penjelmaan Tuhan Siva, iaitu tuhan yang menciptakan
bandar (Shuid & Saad, 2002)
Dalam bahasa Inggeris istilah civilization bedasarkan sudut etimologi telah
diambil daripada perkataan Latin iaitu civitas yang bermaksud tamadun atau
peradaban (Hawkins, 2008).
Sudut peristilahan:
Menurut sarjana Islam, Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi,
tamadun dapat disimpulkan sebagai kehalusan adat atau kemurnian pencapaian
manusia yang hidup di kota dan mempunyai peraturan yang baik sehingga berjaya
menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran serta penghasilan teknologi yang
membantu menyempurnakan kehidupan kota yang bahagia.
Ahli sarjana Barat, pula mengertikan tamadun sebagai kebudayaan yang
berkembang di dalam kota. Tamadun ialah suatu kumpulan pemikiran daripada
pelbagai manifestasi, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang
bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral
(Toynbee, 1989).
Sarjana Melayu, mentakrifkan tamadun sebagai pencapaian tinggi pemikiran ahli
masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai
aspek kesenian, tatasusila iaitu adab, budi pekerti serta organisasi politik atau
kemampuan mewujud dan menguruskan sesebuah kerajaan yang demokratik serta
kemajuan dalam pengurusan ekonomi dan perdagangan serta peningkatan dalam
teknologi yang berkemampuan untuk meningkatkan keselesaan hidup manusia
(Hashim, 1997).
Kesimpulannya, berdasarkan pengertian yang telah dikemukakan konsep
ketamadunan boleh diertikan sebagai pencapaian kegemilangan manusia dalam
pelbagai aspek iaitu bentuk seni bina, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi,
kepercayaan, undang-undang dan pentadbiran politik.

1.1 TAMADUN ISLAM


Latar Belakang Kebudayaan Islam
Tamadun Islam lahir di Makkah, kemudiannya berkembang di Madinah dan
seterusnya ke seluruh pelosok dunia. Terdapat pelbagai faktor yang boleh melahirkan
sesebuah tamadun. Antaranya adalah:
Kelahiran ajaran Islam merupakan faktor utama lahirnya tamadun Islam. Ajaran
Islam bukan sahaja menitikberatkan pengukuhan akidah sebagai teras
pembangunan tamadun manusiawi, malahan menuntut keperluan akidah yang
dibina atas keyakinan berasaskan ilmu.
Allah SWT menurunkan wahyu pertama kepada Rasullah SAW. Ia menunjukkan
bahawa Islam amat mementingkan ilmu pengetahuan dan menekankan betapa
pentingnya penggunaan akal untuk mencari kebenaran. Lima ayat pertama
surah al-Alaq dengan jelas dan tegasnya menyeru umat Islam untuk membaca
dimana itulah tunjang dan kunci utama ilmu pengetahuan. Surah al-Alaq:
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, ia
menciptakan manusia dari sebuku darah beku; bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha
Pemurah yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia
apa yang tidak diketahuinya

(Surah al-Alaq 1-5)

Berdasarkan aspek politik, dunia pada umumnya didominasi oleh umat Islam pada
abad ke-8 hinggalah abad ke-13. Kestabilan politik membolehkan pemerintah dan umat
Islam menumpukan perhatian terhadap pembangunan kegiatan keilmuan dan
memakmurkan negara Islam. Islam adalah agama yang membawa berkat kepada
seluruh alam. Pemerintahan Islam bersifat adil kepada semua rakyat tanpa mengira
agama anutan mereka. Berdasarkan sudut ekonomi pula, zakat merupakan salah satu
daripada sumber kewangan Islam. Umat Islam tidak terbeban dengan kewajipan
berzakat malahan berlumba-lumba untuk mencari harta agar dapat dizakatkan. Selain
itu, apabila wilayah kekuasaan islam semakin berkembang maka sumber ekonomi umat
Islam juga turut bertambah. Ketenteraan yang kuat amat penting bagi menjamin
keamanan dan keselamatan sesebuah negara elemen yang terpenting adalah
mempunyai kekuatan ketenteraan. Fungsi utama wujudnya ketenteraan Islam adalah
3

untuk menggerunkan musuh. Semangat jihad yang tinggi dan kental merupakan rahsia
kekuatan negara Islam. Antara sumber tamadun Islam, adalah:
Al-Quran / Wahyu:

Wahyu diperturunkan oleh Allah SWT, ia adalah sumber utama tamadun Islam. Ia
merupakan mukjizat dan kalam (perkataan) Allah yang dikirimkan melalui Jibril
as. Sebagai perantaraannya dengan Nabi Muhammad SAW.

Mengandungi syariat Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, perundangan,


ilmu pengetahuan, persoalan-persoalan ghaib dan sebagainya.

Al-Sunnah:

Al-Sunnah bermaksud perkara-perkara yang meliputi perkataan, perbuatan, dan


sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW, serta menggambarkan kehidupan
Rasullah SAW.

Peranan utama al-Sunnah adalah sebagai pentafsir al-Quran serta menjelaskan


perkara-perkara yang kurang disentuh oleh al-Quran. Merealisasikan segala
intipati di dalam al-Quran secara nyata dan praktikal.

Ijtihad:

Ijtihad iaitu kesepakatan ataupun rumusan daripada para ulama mujtahidin Islam
didalam membahaskan atau menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh
sesuatu masyarakat berdasarkan ajaran Islam yang tidak disentuh oleh al-Quran
dan al-Sunnah.
Oleh itu, lahirlah tamadun Islam yang mempunyai umat yang yakin terhadap

ajaran Islam, mempunyai para pemimpin yang bertakwa dan bijaksana, sumber
ekonomi yang luas dan prasarana yang sempurna. Tambahan pula, dunia Islam
mempunyai kedudukan yang strategik, ketenteraan yang kuat justeru mempunyai politik
yang stabil, selari dengan kegiatan ilmu yang meluas serta sumber ilmu pengetahuan
yang dipercayai iaitu, al-Quran.
4

Sejarah Pemikiran Tamadun Islam


Keimanan dan pengabdian diri kepada Ilahi dalam kehidupan dapat digambarkan
melalui prinsip-prinsip tamadun Islam. Adalah amat ditekankan agar seseorang
berusaha untuk meningkatkan tahap keimanannya serta berusaha untuk menjelmakan
keimanannya itu ke alam realiti. Terdapat lima prinsip utama yang terkandung dalam
tamadun Islam iaitu:

2. Memelihara
1. Memelihara
akal dan
nyawa
fikiran

3. Memelihara 4. Memelihara 5. Memelihara


maruah dan harta
hak dan
keturunan
kebebasan

Tamadun Islam mempunyai matlamatnya yang tersendiri selari dan bersesuaian


dengan konsep ad-din al-Islam yang mencakupi keseluruhan cara hidup manusia.
Antara matlamatnya adalah seperti berikut:

Melahirkan manusia yang mentauhidkan Allah dan mengabdikan diri kepada

Allah dalam seluruh kehidupannya.


Melahirkan golongan Khalifah Allah yang bertanggungjawab terhadap agama,

manusia dan alam.


Melahirkan masyarakat yang hidup di dunia secara harmoni dan mendapat
keampunan Allah SWT di akhirat.

Dalam Tamadun Islam terdapat tiga aspek penting dalam perhubungan iaitu:

1. Hubungan manusia dengan


pencipta-Nya, Allah SWT

3. Hubungan manusia dengan


alam

2. Hubungan manusia dengan


manusia

Tokoh-Tokoh Tamadun Islam


Tokoh

Sumbangan

Al-Zarqali (Bapa Astronomi)

(tables of Toledo) telah

menjadikan bandar Toledo sebagai pusat

Nama sebenar beliau adalah

pengembangan intelek di Sepanyol. Jadual

Abu Ishaq Ibrahim ibn Yahya

Jadual Toledo

tersebut

Al-Zarqali
Dikenali sebagai Arzachel di

memuatkan

singkatan-singkatan

maklumat geografi yang memberi pendekatan

Eropah Latin dan Azarqueil di

baharu

memposisikan sistem planet-planet secara

Andalusia (Sepanyol) serta Itali


Beliau dilahirkan di luar kota

Toledo, Sepanyol pada 1029M


Pada usia 58 tahun, pada

matahari dan planet-planet lain.


Beliau juga mencipta jam air Toledo dan

1087M

beliau

menghembuskan

astrolab

nafasnya

astronomi,

bagi

yang

berbentuk

mendatar

bagi

mengukur pergerakan dan perjalanan objek di

yang terakhir

angkasa.

Dalam bidang perubatan karya beliau, Qanun


fi At-Tibb (Kanun Perubatan) merupakan

Dunia)

ahli

berkomputer dan menganggar pergerakan

telah

Ibnu Sina (Bapa Ketamadunan

kepada

ensiklopedia lengkap bidang perubatan yang

Dikenali sebagai Avicenna di


6

kalangan orang Barat


Dilahirkan di Asnafa
Beliau meninggal dunia pada

1037M, pada usia 57 tahun


Sepanjang hidupnya beliau
telah mengarang kira-kira 250

mempunyai 14 jilid. Karya ini menyenaraikan

sebanyak

760

pelbagai

jenis

ubat-ubatan

serta

penyakit-penyakit

yang

dihadapi oleh manusia.


Karya
beliau
al-Syifaa
ensiklopedia

buku dan 116 karya dalam

jenis

yang

mempunyai

merupakan
18

memuatkan pelbagai cabang ilmu falsafah

bidang perubatan

seperti ilmu metafizik, fizika, psikologi dan


lain-lain.

1.2 TAMADUN INDIA


Latar Belakang Budaya India
Dari tahun 3000-1550 S.M., dimulakan dengan zaman prasejarah. Di
Baluchistan, lahir masyarakat berasaskan pertanian dan lahirlah tamadun Harappa.
Daripada tahun 100-500S.M.pula, bermulalah Zaman Vedik. Dari tahun 500-325 S.M.
bermulanya zaman Buddha. Kelahiran Gautama
Buddha, melahirkan kerajaan Maghada. Dari tahun
322-183S.M.

merupakan

Zaman

Maurya

yang

diperintah oleh Chandragupta, kemudiannya diganti


oleh Bindusara, dan Asoka. Empayar Maurya
merupakan

empayar

yang

termasyhur

dan

merupakan zaman kegemilangan tamadun India.


Tahun 1526 hingga 1707 Masihi, merupakan zaman
keagungan Empayar Moghul yang diperintah oleh
Baber Humayun, Akhbar, Jahangir, Syah Jahan dan Aurangzeb. Pada zaman inilah
berlakunya kemunculan, kebangkitan dan keangungan Empayar Moghul.

Sejarah Pemikiran Tamadun India


Sistem kasta

jilid

merupakan satu hirarki kedudukan sosial yang unik dalam

tamadun India, ia juga turut dikenali sebagai sistem jati. Agama Hindu yang
menyatakan bahawa segala perbuatan (fizikal), fikiran (minda) dan percakapan (katakata) tetap membawa kepada tindak balas (pembalasan) adalah konsep karma.
7

Bermakna, yang baik membawa kepada tindak balas yang baik dan begitu juga
sebaliknya. Konsep ini mudah disalah tafsir oleh golongan-golongan tertentu. Golongan
kasta atasan seperti Brahmin menyatakan bahawa orang yang banyak dosanya
dilahirkan dalam jati / kasta bawahan dan sebaliknya.
Sementalahan itu, sistem Varna mempunyai perbezaan dengan sistem jati dan ia
tidak boleh dicampuradukkan. Sistem varna merupakan pembahagian kelas sosial yang
tetap hirarkinya dan tidak boleh diubah. Sistem ini mengehadkan mobiliti social dalam
kalangan masyarakat itu sendiri. Kelas sosial dibahagikan kepada lima kategori iaitu
pertama, Brahmin iaitu golongan guru-guru agama, pedanda, pengendali upacara di
kuil, golongan terpelajar dan lain-lain; kedua, Kshatriya iaitu kelas pemerintah dan
pasukan keselamatan negara; ketiga, Vaishya iaitu kelas perekonomian; keempat,
Shudra yang berkhidmat kepada tiga-tiga golongan di atas; dan kelima, Panchama /
Chandala iaitu golongan murtad dan dibuang varna.
Sistem varna yang tersebut di atas hanya diamalkan di India Utara dengan
begitu berkesan serta sistem ini dipelihara oleh pemerintah. Amalan sistem ini didapati
sudah wujud sekurang-kurangnya sejak Zaman Veda Awal (1500SM- 1000SM). Pada
akhir Zaman Veda (1000SM-500SM), terdapat pelbagai suku kaum yang berperang
antara satu sama lain. Pemerintahan pusat yang lemah tidak lagi dapat menjamin
keselamatan rakyat. Akibatnya, rakyat terpaksa menjaga kebajikan masing-masing.
Desakan dan tekanan ini menyebabkan orang Indo-Arya meletakkan dan menyusun
masyarakat mereka kepada unit-unit pentadbiran kecil berasaskan pengkhususan
pekerjaan. Dengan ini sistem varna menjadi lumpuh dan ini merintis jalan bagi
kewujudan unit-unit kecil yang dikenali sebagai jati yang pada asasnya adalah bersifat
kesatuan pekerja. Bezanya keahlian dalam jati ditentukan menurut kelahiran dan pada
peringkat awalnya, sistem jati tidak bersifat hirarki.
Jati merupakan kumpulan yang berfungsi berdasarkan pekerjaan yang
mempunyai identiti sosial dan kepentingan ekonomi. Sistem ini bermula di India Utara
dan kemudiannya tersebar meluas ke seluruh benua kecil India, dan tiada sesiapa pun
yang terkecuali dalam sistem ini. Sistem jati memiliki sistem pentadbiran, peraturanperaturan serta sistem keadilan yang tersendiri. Wakil jati akan memastikan kebajikan
8

masing-masing dipelihara. Semangat jati diri semakin bertambah kuat sehinggakan


dapat mengatasi semangat kebangsaan (nasionalisme). Selepas beberapa kurun
kemudiannya muncul pula pemeringkatan taraf dalam sistem jati dan ianya begitu
dititikberatkan. Pengasingan sosial yang diamalkan kemudiannya menjadi sebegitu
kejam

sehinggakan

terdapat

jati-jati

yang

dianggap

'tidak

boleh

disentuh'

(untouchables) iaitu Harijan, dan mereka ini juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan
kediaman jati-jati atasan tanpa urusan kerja. Manusia dalam golongan jati seumpama
ini sekarang dikenali sebagai 'Harijan' (anak-anak Tuhan) atau Dalit.

Tokoh-Tokoh Tamadun India


Tokoh

Sumbangan

Gautama Buddha

Nama

Pangeran Siddharta Gautama.


Pada akhir abad ke-7 S.M

sebenar

beliau

ialah

Beliau

Buddha.
Pengajaran Buddha adalah berasaskan

Gautama dilahirkan di bandar

mengatasi nafsu
4. Cara menamatkan kesengsaraan dan

merupakan putera kepada Raja

dan

mengambil

keputusan

meninggalkan
mencari

istana

makna

mengatasi nafsu

Permaisuri

Maha Maya.
Pada usia 29 tahun, beliau

agama

disebabkan oleh tuntutan nafsu


3. Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti

Kapilavastu/Kapilavathu.
Siddhartha
Gautama
Suddhodana

pengasas

Empat Kebenaran yang Mulia


1. Kehidupan penuh dengan kepahitan
2. Kepahitan
dan
kesengsaraan

(tahun 623 S.M.), Siddhartha

merupakan

ialah dengan cara

Jalan Lapan Lapis.


Terdapat juga The Five

Percept bagi

panduan penganut agama Buddha.

untuk
bagi

kehidupan

yang sebenar.
Mahatma Ghandi

Mohandas karamchand Ghandi


Dilahirkan pada 2 Oktober,
1869 di Porbandar

Membawa India keluar daripada Empayar


British

dan

menjadi

sebuah

Negara

merdeka.
Sejak umur 12 tahun lagi Mahatma Ghandi

Pada usia 18 tahun, beliau

telah menulis buku-buku yang berkisarkan

telah melanjutkan pelajarannya

hak wanita, kesedaran dalam penindasan

di

justeru

Southampton,

England

menyuntik

patriotism

dalam

kalangan pembacanya.

dalam bidang perundangan.

1.3 TAMADUN CHINA


Latar Belakang Kebudayan China
Orang Cina dipercayai berasal daripada keturunan bangsa Monggol. Ia juga
merupakan salah satu tamadun yang terawal di dunia. Ia bermula di bahagian utara, di
Sungai Kuning kira-kira 4000-2000 S.M. Orang Cina merupakan salah satu bangsa
yang mencipta peradaban yang paling awal. Era ini dikenali sebagai zaman batu
Terakhir di mana perkembangannya selama 4000 tahun membawa kegemilangan
dalam beberapa bidang iaitu pentadbiran,falsafah, sastera, unsur moral, penciptaan
dan sains.
Pada 2697 S.M. Raja Huang Di merupakan Raja China yang pertama.
Seterusnya, beliau diganti oleh Raja Chuan Hsiu Ku-Yao dan kemudiannya Raja Yu.
Raja Yu merupakan peneraju pemerintahan bercorak dinasti, beliau telah mengasaskan
Dinasti Xia ataupun Hsia dan diteruskan oleh pelbagai dinominasi-dinominasi dinasti
yang berbeza iaitu Dinasti Shang, Dinasti Chou, Dinasti Chou, Dinasti Han, Dinasti Sui,
Dinasti Tang, Dinasti Sung, Dinasti Yuan, Dinasti Ming, dan Dinasti Ching.
Tamadun China terbahagi kepada tiga zaman yang berbeza iaitu zaman
pembinaan, zaman peralihan dan zaman moden. Pada zaman pembinaan pemerintah
berkuasa mutlak dan pemerintah bertanggungjawab untuk membina empayar China.
Manakala, pada zaman peralihan China, mengamalkan pemerintahan monarki dan
menghadapi serangan orang gasar. Seterusnya pada zaman moden Negara China
menhadapi ancaman daripada kuasa-kuasa Barat yang kemudiannya mencetuskan
Perang Candu iaitu perang Inggeris-China yang pertama.

10

Sejarah Pemikiran Tamadun China


Masyarakat Cina mempunyai susunan lapis masyarakat yang sistematik. Dimana
dalam susun lapis masyarakat Cina, Raja menduduki tangga teratas. Maharaja
mempunyai kuasa tertinggi namun terikat dengan etika moral. Masyarakat Cina
- Termasuk kelas
dibahagikan kepada empat kelas utama, iaitu:
pemerintah
- Golongan kedua
- Kelas yang amat
terpenting
berpengaruh
Golo
- Dianggap insan yang
ngan
mulia kerana
bijak
pand
membekalkan makanan.
ai
Golongan petani

Golongan artisan dan tukang

Kelas
ketiga
dalam
masyarakat
Terdiri daripada tukangtukang mahir

Golongan terbawah
Dianggap penipu dan
pengaut keuntungan

Golongan pedagang

Masyarakat dalam tamadun Cina juga mempunyai kepercayaan dan agama.


Masyarakat pada zaman Shang pada peringkat awalnya mengamalkan pemujaan
terhadap alam semula jadi, roh nenek moyang dan juga dewa dewi. Ia dilakukan oleh
pawang dengan menggunakan tulang dawata (oracle bone). Pada zaman Chou pula,
penyembahan bulan, binatang, roh nenek moyang dan sungai dilakukan. Mereka juga
turut menyembah Tuhan yang digelar sebagai Tien, ia dianggap sebagai anak Tuhan
yang mendapat mandat untuk memerintah. Manakala pada zaman Han, amalan
penyembahan tokoh-tokoh agung diperkenalkan oleh Hu Ti. Beliau mengarahkan
supaya tokong dibina utuk Han Kao Tsu, ibu bapanya di seluruh negara.
Agama Buddha berkembang di China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han.
Ajaran Buddha bermula di India dan tersebar luas dalam kalangan masyarakat Cina.
Buddhisme banyak banyak dipengaruhi oleh agama Hindu dan aspek-aspek budaya
India kerana agama ini wujud dalam kerangka budaya masyarakat India. Agama
Buddha kurang mendapat sambutan kerana ramai orang Cina sudah sebati dengan
11

ajaran falsafah Konfucianisme. Agama Buddha mula

berkembang semasa zaman

Dinasti Wei (386-564M). Ia berkembang dengan pesat kerana Konfucianisme semakin


kurang pengaruh dalam hal ehwal pentadbiran. Ajaran Buddha berkaitan dengan
penderitaan manusia dan cara untuk mengatasinya iaitu melalui nirvana menjadi ubat
kepada masyarakat pada masa tersebut kerana China berada dalam keaadaan huruhara. Ajaran Buddha turut dipengaruhi oleh unsur-unsur penyembahan dewa tempatan.
Sejak turun temurun lagi Negara China merupakan sebuah masyarakat yang
mengamalkan masyarakat patriark dimana masyarakat tersebut dikuasai oleh kaum
lelaki dan akan mewarisi harta bagi meneruskan legasi keluarga. Dalam ajaran
Konfucianisme menyatakan bahawa wanita merupakan kaum yang lemah dan
mempunyai kedudukan yang rendah dalam masyarakat serta menjadi golongan yang
menurut perintah. Dalam masyarakat Cina sehingga tahun 1917, wanita daripada kelas
pertengahan atau kelas atasan akan mengikat kaki semasa berumur lima tahun untuk
mendapatkan lotus feet, ia merupakan satu seksaan seumur hidup bagi wanita tersebut
dan menghukumnya untuk menjadi aktif. Masyarakat Cina lebih suka mempunyai anak
lelaki daripada anak perempuan kerana anak prempuan dianggap merugikan dan tiada
nilainya dalam masyarakat. Wanita juga harus melatih dirinya untuk menjadi seorang
isteri yang baik dan peranannya hanyalah tertumpu kepada keluarganya sahaja.

Tokoh-Tokoh Tamadun China


Tokoh
Cheng Ho

Nama asal beliau ialah Ma Ho


Beliau berasal dari Yunnan
Dilahirkan pada tahun 1371 M
di Desa He Dai, Kunjang,
Yunnan

Merupakan anak yang kedua

Laksamana Cheng Ho
beragama Islam

Sumbangan

Membuktikan keunggulan dan keupayaan


pengurusan dan teknologi China kepada

dunia
Menjelajah laut yang belum diterokai di

sekitar China
Menjalinkan hubungan diplomatik (Melaka)
Ramai orang cina memeluk islam
Pengaruh Islam telah disebarkan ke asia

tenggara
Merupakan panglima yang banyak berjasa
Berjaya berlayar ke Afrika

12

Confucius

ikhlas, murah hati dan rajin.


Segala tingkahlaku hendaklah sederhana,

Confucius dilahirkan dalam

mengikut jalan pertengahan. Tiap-tiap orang

sebuah keluarga kelas

harus bertindak mengikut peraturan.


Menekankan teladan yang baik.
Confucius ingin menghasilkan:

pemerintahan

Beliau menekankan sifat sopan santun,

Ahli falsafah China yang


terkenal pada Dinasti Chou

Nama sebenarnya ialah Kung

- Ibu yang setia

Fu Tze

- Bapa yang jujur

Beliau merupakan orang Cina


yang pertama memperkenalkan
pendidikan.

Beliau meninggal dunia pada


tahun 479 SM semasa berusia

- Anak yang menurut perintah


- Pegawai yang rajin
- Pemerintah yang jujur
- Raja yang bijaksana
- Perajurit yang berani.
Peperiksaan awam untuk memilih pegawai
kerajaan adalah hasil daripada pengaruh

72 tahun.

Confucianisme

supaya

negara

dapat

dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan


dan bukan kerana keturunannya.

1.4 TAMADUN JEPUN


Latar Belakang Kebudayaan Jepun
Nama untuk negara Jepun atau Nihon (Nippon) dalam bahasa Jepun bermakna
Tanah Matahari Terbit. Kepulauan Jepun mengandungi empat buah pulau utama iaitu
Pulau Honshu, Kyushu, Shikoku dan Hokkaido. Dari segi ekonomi, jepun merupakan
Negara yang kaya dengan sumber dan hasil bumi, terutamanya arang batu tetapi
memiliki kawasan tanah subur untuk bercucuk tanam yang terhad. Dari segi
sejarahnya, orang Jepun dikatakan berasal dari tiga keturunan iaitu Orang Ainu
(Kaukosid), Orang Mongoloid (China-Monggolia) dan Nusantara (Asia Pasifik), orang
Ainu (bangsa proto-Caucasoid) dikatakan telah menduduki Jepun lebih awal bebanding
dengan orang Mongoloid, iaitu lebih kurang 5000 tahun dahulu. Terdapat pelbagai

13

zaman yang wujud dalam tamadun Jepun antaranya adalah: Zaman Jomon, Zaman
Yayai, Zaman Yamato, Zaman Heian, Zaman Meiji dan lain-lain.

Sejarah PemikiranTamadun Jepun


Masyarakat Jepun telah mempunyai kepercayaan agama purba iaitu Shinto
(cara Tuhan-tuhan [The Way of the Gods]) atau Kami-no-Michi wujud lebih awal
berbanding agama Buddha dan Konfusianisme di Jepun. Agama ini dianggap sebagai
agama peribumi yang tidak memiliki doktrin-doktrin falsafah dan prinsip-prinsip moral
sebagaimana agama Buddha; ia tidak mempunyai pengasas atau guru-guru atau waliwali; dan tidak mempunyai kitab suci. Pandangan semesta Shinto adalah sama
sebagaimana dengan pandangannya terhadap manusia iaitu manusia itu adalah baik
dan tidak adalah istilah dosa di dalam kehidupannya. Shinto meletakkan dunia sebagai
tumpuan utama tetapi tidak menafikan kewujudan dunia lain. Menurut legenda purba
Jepun, Kami iaitu Dewi Amaterasu menjadikan atau mewujudkan bumi Jepun dengan
tanah yang baik dan diperintah olehnya untuk selama-lamanya. Terdapat tiga dunia lain
iaitu; Takama No Hara (Syurga), Yomi No Kuni (Dunia Bawah/Neraka), Tokoyo No Kuni
(Dunia).
Dalam bentuk asalnya, Shinto merupakan suatu jenis pemujaan terhadap alam,
pemujaan terhadap roh nenek moyang dan sebagainya, dan dianggap tidak merupakan
agama yang teratur. Agama Shinto memiliki banyak tuhan dan setiap golongan (suku)
atau Uji memuja satu tuhan. Tuhan-tuhan agama Shinto dikenali sebagai Kami.
Terdapat pelbagai Kami yang berbeza tetapi mempunyai beberapa ciri persamaan iaitu:

Pertama, Kami yang berbeza tetapi mempunyai ciri persamaan iaitu pertama,
Kami tidak mempunyai bentuk. Sesetengah orang dianugerahkan sebagai
pengantara antara Kami dengan manusia yang biasanya terdiri dari kaum wanita

yang disebut Miko.


Kedua, Kami tidak mempunyai moral yang mempunyai kuasa dan bertindak
balas sama ada disukai atau tidak oleh manusia, berdasarkan kepada layanan
atau tindakan manusia terhadap mereka. Sekiranya manusia melayani dengan
baik iaitu dengan upacara-upacara yang teratur, pemberian-pemberian dan
pemujaan yang penuh khusyuk, Kami ini akan membalas dengan restu di dalam
14

bentuk hasil tuaian (pertanian) yang baik perlindungan dari kebakaran, penyakit

dan sebagainya.
Ketiga, Kami menetap di dunianya yang tersendiri dan hanya melawat manusia
pada musim-musim tertentu. Masturi merupakan upacara Shinto yang paling

asas.
Keempat, kebanyakan daripada Kami tidak menyukai darah, kekotoran dan

kematian.
Dan akhirnya, Kami digunakan untuk merestui kepentingan kebendaan
(material). Sesetengah kami dipohon untuk pelbagai permintaan, ada Kami yang
dipohon untuk pemberian yang tertentu, memulihkan daripada penyakit,
mengatur perkhawinan yang bahagia dan berbagai-bagai permohonan lagi.
Shintoisme telah dipertemukan dengan Buddhisme. Pertemuan antara dua

fahaman agama ini membawa kepada sistem kepercayaan yang saling melengkapi,
iaitu Shintoisme memuja Kami dan melalui Buddhisme diserapkan nilai etika dan moral.

Tokoh-Tokoh Tamadun Jepun


Tokoh

Sumbangan

Tokugawa Ieyasu

Merupakan
berkuasa

sekutu
kepada

semasa zaman Sengoku Jidai

Kuasai

politik

antara

Tokugawa

merupakan

pemerintah

Bakufu,

wujud

daimyo

dan

Hatamoto.

Rakyat

dibahagikan kepada empat kumpulan: pahlawan


(samurai), kaum tani (nomin), petukang (shonin)

Merupakan pemimpin teragung


Kesyogunan

untuk tuan punya tanah)


Dalam
sistem
sosial

(kuge),

Kesyogunan Tokugawa

feudalisme

puncak piramid ialah golongan bangsawan

Hideyoshi dan mengasaskan

di Jepun pada kurun ke-17

sistem

pembahagian kelas masyarakat yang ketat: di

tahun

1603-1616 selepas kematian

Amalkan

(sistem pemegangan tanah dengan bekerja

paling
Hideyoshi

Pemerintahan:

dan saudagar (chonin)


60 000 sekolah kampung (terakoya) dibina

untuk tampung pendidikan anak-anak petani


Seni lukis: ukiyo-e, puisi, sastera, kabuki
berkembang pesat. Pelukis terkenal: Hishikawa

kerajaan tentera paling lama

Moronobu-pengasas sekolah seni lukis ukiyo-e


15

(1603-1867M)

Ieyasu berjaya satukan Jepun

Maharaja Meiji

Lahir pada 3 November 1852


dan meninggal dunia pada 30

Julai 1912
Merupakan

yang ke-122.
Nama sebenar baginda iailah

Maharaja

Jepun

Bapa Pemodenan Jepun


Memulihkan kuasa Maharaja sebagai

pemimpin rakyat Jepun


Menggariskan piagam

pegawai
Penghapusan sistem feudal
Membentuk perlembagaan
Memajukan sistem pendidikan

bagi

panduan

Mutushito.

1.5 RUMUSAN
Setiap tamadun mempunyai latar belakang kebudayaan yang berbeza. Namun
begitu, terdapat juga pertembungan-pertembungan budaya dan perkongsian sejarah
pemikiran sesebuah tamadun terhadap tamadun yang lain. Bersyukur kita kepada Ilahi
kerana

dikaruniakan

tokoh-tokoh

yang

tidak

kedekut

berkongsi

ilmu

justeru

menyumbang pelbagai ilmu yang tidak ternilai harganya sama ada dalam bidang
keagamaan ataupun ilmu semantic. Jatuh bangunnya, sesebuah tamadun itu adalah
hasil kerjasama dari sekecil-kecil nilainya seorang individu, yang kemudiannya
membina persahabatan, seterusnya keluarga yang membentuk komuniti dan menjadi
sebuah masyarakat yang bersatu padu bagi memasti tamadun serta negara terus maju
dan berkembang dengan jayanya menuju Wawasan 2020.

16

2.0 PETA MINDA & GRAFIK


Interaksi Tamadun Islam dengan Melayu
Peta Pelbagai Alir
Kedatangan Islam di Asia

Menyebabkan

Tenggara.

kerajaan-kerajaan

munculnya
kecil.

Contohnya seperti;
Pattani, Brunei, Bentan,

Maratam dan lain-lain.


Kesan dan
Pengaruh

Islam membawa perubahn

Bermula

Quran
Contohnya, Melaka telah

Tamadun Islam

kepada sistem pendidikan.

terhadap Tamadun

pengajaran

menjadi

Melayu

al-

pusat

penterjemahan dan tempat


penyalinan.

Kedatangan

mubaligh

dan

Mengantikan
kepada

pedagang dari keturunan Arab.

kepercayaan
agama

Islam

menggantikan Hindu Buddha


-

dan Animisme.
Menggunakan bahasa

Arab

dan

Jawi.

sistem

tulisan

Contohnya, perkataan seperti


wali, ijab, kabul, dan nikah
dipinjam
-

daripada

bahasa

politik

dan

Arab.
Sistem
pemerintahan

17

berciri

keislaman. Contohnya, agam


Islam agama rasmi Melaka.

Interaksi Tamadun China dengan Melayu


Peta Dakap

18

Interaksi Tamadun India dengan Melayu

Peta Buih

Perkataan
Cina dalam
bahasa

BahasaBahasa dan
sanskrit:
Kesusasteraan
Bhumi - Bumi
-Bhudi - Budi

Melayu.
Contohnya:

Makanan Bakmi,
me, mesua, kueh,
bepang, dll.

Adat Resam:
Wanita yang
mengandung
membawa pisau
Kesan dan Pengaruh
untuk Tamadun
mengelakkan
China terhadap
Tamadun
semangat jahat
Melayu

Manusia Apek,

Kesan dan
Pengaruh
Tamadun India
Terhadap
Tamadun
Melayu

kesusateraan
nyonya,
Melayu
pengaruh
dll.
Hindu:
- Epik Seri
Rama

taukeh,

Kemunculan
komuniti Baba

Kesenian
seperti seni tari
dan muzik: Ronggeng dan
Boria

dan Nyonya.
Berkahwin
dengan wanita

kepercayaan
Hindu Buddha,
sebelum
Budaya dan Kesenian
kedatangan
Islam.

tempatan dan
melahirkan
kacukan anak

Cina-Melayu.
Menggunakan
bahasa
Melayu dalam
pertuturan
seharian

19

Interaksi Tamadun Jepun dengan Melayu


Peta Pelbagai Alir

Kesan dan
Pengaruh Tamadun
Jepun dalam
Melayu

Pendidikan di Jepun terbahagi


v
kepad empat peringkat. Terdapat
asimilasi
dalam
sistem
pembelajaran yang kini digunakan
di Malaysia.

20

Di
Malaysia,
peringkat
sekolah
rendah
adalah
selama enam tahun, serupa
dengan di Negara Jepun.
Peringkat
sekolah
menengah
rendah
juga
mempunyai tempoh yang
sama iaitu selama tiga
tahun.
Peringkat
sekolah
menengah
tinggi
juga
selama tiga tahun sekiranya
pelajar
tersebut
menyambung pelajarannya
sehingga Tingkatan 6.
Pada peringkat Universiti
pengajian adalah selama 4
tahun mengikut bidang yang
diambil.

3.0 REFLEKSI
Pada 10 Februari 2014, Dr. Haji Saidi Mohd. telah memberikan kerja kursus bagi
subejek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), WAJ3101. Tempoh yang diberikan
bagi menyiapkan kerja kursus ini adalah selama tiga minggu dan tarikh hantar kerja
kursus tersebut adalah pada 27 Februari 2014.
Sebaik sahaja mendapat kerja kursus ini saya telah pergi ke perpustakaan Ibnu
Sina, IPGKDRI bagi mencari buku-buku yang berkaitan dengan tajuk yang saya akan
kupaskan dalam kerja kursus saya. Saya menggunakan pelbagai jenis buku yang di
tulis oleh penulis serta penerbit yang berbeza bagi memvariasikan sumber saya dan
mendalami secara terperinci justeru meningkatkan lagi pengetahuan saya tentang topik
yang saya kupaskan iaitu Latar Belakang Kebudayaan bagi Tamadun India, Cina, Islam
dan Jepun.
Setelah membaca beberapa buku yang berbeza saya dapati terdapat perbezaan
di antara buku-buku tersebut namun ia memberikan saya lebih banyak idea yang
bernas bagi menyempurnakan tugasan saya. Saya juga semakin faham akan budaya,
adat dan cara pemikiran masyarakat Islam, Cina dan India yang kini menjadi
sebahagian daripada masyarakat majmuk di negara kita yang makmur dan damai ini,
Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah mengasihi antara satu sama lain dan
bertolak ansur kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan agama
tanpa sebarang diskriminasi.
Saya juga amat mengagumi tokoh Islam yang terkemuka iaitu, Ibn Sina kerana
beliau mampu menguasai pelbagai jenis bidang ilmu contohnya bidang perubatan,
bidang sains, bidang muzik dan pelbagai lagi. Selain itu, saya juga mempelajari
pelbagai nilai baik yang terdapat dalam ajaran tokoh India iaitu Gautama Buddha yang
menekankan konsep Empat Kebenaran Mulia dan juga Jalan Lapan Lapis yang kini
membuka mata dan hati saya agar menjadi seorang pendidik yang dapat

21

memotivasikan dan mendorong pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang daripada
aspek sahsiah ataupun akademik di masa hadapan.

22

Bagi tugasan yang kedua iaitu membuat rekabentuk grafik saya telah memilih
pelbagai jenis peta minda antaranya adalah peta minda dakap dan juga peta minda
pelbagai alir. Saya memilih peta minda yang pelbagai bagi menunjukkan variasi dan
juga mengikut kesesuaian data ataupun maklumat yang telah saya dapati untuk di
isikan dalam peta minda tersebut. Dalam peta minda tersebut saya dapat menyatakan
sebab dan kesan sesebuah pertembungan tamdun dengan mudahnya. Peta minda
tersebut juga dapat saya gunakan untuk mengulangkaji pelajaran.
Sebagai seseorang yang meminati bidang Sejarah, saya amat berbesar hati
untuk mempelajari tentang pembentukan tamadun serta kebudayaan pelbagai jenis
budaya. Pepatah Melayu ada mengatakan, jauh perjalanan, luas pemandangan. Bagi
saya, membaca buku-buku sejarah ibarat saya telah mengorak langkah ke dalam
negara itu sendiri. Saya amat berminat untuk melihat hasil tinggalan zaman
kegemilangan Islam di Sepanyol. Selain itu, sistem kasta di India juga amat menarik
minat saya dan sehingga kini saya sedari bahawa masyarakat India di Malaysia juga
masih lagi mempunyai pengelasan sebegitu rupa namun kini mereka tidak
mendiskriminasi golongan bawahan.
Akhir sekali, syukur kepada Tuhan yang maha Esa, kerana saya dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna dan setinggi-tinggi terima kasih saya
ucapkan kepada Dr. Haji Saidi Mohd. atas penerangan dan informasi yang telah
diberikan oleh beliau mengenai kerja kursus ini. Seterusnya kepada rakan-rakan yang
banyak membantu dalam berkongsi bahan dan membantu dari segi memberi pendapat
serta memberi sokongan moral.
(500 Patah Perkataan)

23

RUJUKAN
Chinese Lexicon. (1994).
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. (2004). Universiti Malaya.
Kamus Dewan (Keempat ed.). (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arif, S., Noor, A. R., Sulaiman, N., Hassan, M. A., & Rawi, A. H. (2007). Tamadun Islam
dan Tamdun Asia. McGraw-Hill .
Daud, M. H. (2001). Tamadun Dunia. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Hamid, M. L. (2006). Pengajian Tamadun Islam. PTS Professional .
Hashim, W. T. (1997).
Hawkins, J. M. (2008). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Keempat ed.). Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Jusoh, M. N. (2011). Tamadun Islam & Tamadun Asia. Farhus Enterprise.
Khalid, E., & Hamid, M. A. (2004). Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China, dan
Jepun. Universiti Teknologi Malaysia.
Khalid, O. H. (2006). Kamus Arab-Melayu Dewan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Latif, A. Z., Hamzah, A., & Aros, A. M. (2012). Tamadun Islam dan Tamdun Asia. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Musa, H. H. (2005). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi
Barat. Universiti Malaya.
Omar, A. Z., Suratnu, D. R., Abdullah, M. N., Ali, D. R., Rozali, M. H., & Shuid, M.
(2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Penerbit Multimedia SDN. BHD.
Shuid, M., & Saad, S. (2002). Tamadun Islam. Petaling Jaya : Pearsons Malaya Sdn.
Bhd.
Toynbee, A. (1989).

24

Anda mungkin juga menyukai