Anda di halaman 1dari 7

SKRIP DRAMA

TAJUK DRAMA: ABAH, ALONG DERHAKA


WATAK DAN PERWATAKAN:
Sally - Gadis yang berumur 19 tahun yang bakal menduduki STPM. Seorang yang degil dan
suka bersosial.
Haron - Bapa kepada Sally. Berumur 59 tahun. Amat prihatin kepada anaknya dan memanggil
anaknya Along.
Misha - Isteri Haron dan merupakan ibu kepada Sally. Seorang yang suka memanjakan
anaknya, dia juga memanggil Sally, Along.
Romeo - Teman lelaki kepada Sally. Berusia 23 tahun, baik namun suka bersosial.
Lana - Rakan kepada Sally. Berumur 19 tahun dan sangat rapat dengan Sally.
Cikgu Rina Guru kelas Sally, kelas 6 Atas Angkasa yang berusia 25 tahun.
Dialog:

BABAK 1
Jam menunjukkan pukul 11.45 malam. Sally dan Lana kelihatan di luar perkarangan rumah
Sally.
Sally : Terima kasih, Lana sebab menghantarkan saya ke rumah.
Lana : Sama-sama Sally. Minggu depan kita keluar ke kelab lagi ya? Maaf, esok aku ada hal,
tak dapat teman kau ke kelab dengan Romeo.
Sally : Baik, Lana.
Sally dengan berjalan perlahan-lahan masuk ke rumah dari pintu hadapan.
Haron : Along! Apa Along buat tengah-tengah malam ni hah? Along pergi mana lewat sebegini
baru nak balik rumah? (Ayah Sally bertanya dengan mimik muka yang bengis)
Sally : Alaa, abah ni. Along baru balik dari rumah kawanlah. Kami baru habis study group tadi.
Itupun nak bising-bising. (Mata Sally berkelip dengan laju menunjukkan dia sedang berdusta,
lalu dia berjalan ke biliknya dengan wajah yang masam)
Haron : Hisyyyhh budak ni. (Mendengus sendiri)

BABAK 2
Keesokan harinya, tepat pada jam 8 pagi, suasana di dalam kelas 6 Atas Angkasa. Kelihatan
guru kelas sedang mengambil kehadiran para pelajar.
Cikgu Rina : Lana, mana kawan baik kamu tu si Sally? Sudah tiga hari dia tidak hadir ke
sekolah. (Mempamerkan riak wajah kerisauan)
Lana : Err.. (Berfikir sejenak, tanpa memandang mata Cikgu terus menjawab) Haa... dia tidak
sihatlah cikgu.
Cikgu Rina : Kamu pastikah dia tidak sihat? Dia sakit apa? (Bertanya dengan wajah ingin tahu)
Lana : (Menggaru-garu kepala yang tidak gatal) Dia demam cikgu.
Cikgu Rina : Hurmm.. (mengangguk-anggukkan kepala) baiklah kalau macam itu, nanti cikgu
akan menelefon ibu bapanya.
Lana : Err.. baik cikgu. (Mempamerkan wajah yang gusar)
Beberapa jam kemudian, tepat pada jam 12.00 malam. Sally baru pulang ke rumah.
Haron : Along! Apa nak jadi dengan kau ni? Anak dara asyik balik lambat je ke rumah. Kau
ingat ni rumah tumpangan ke senang kau pergi dan balik lewat sebegini?
Dek kerana suara Haron yang agak kuat itu, ia telah didengari oleh Misha, isterinya.
Misha : Apa yang bising-bising tengah malam ni, abang?
Haron : Ni haa, cuba awak tengok anak dara awak ni, baru balik jam sebegini? Tak malu ke
dilihat jiran tetangga kita? Abang malulah dengan apa tanggapan orang lain nanti.
Misha : Hisyhhh abang ni, anak kita kan dah besar, tahulah dia menjaga diri sendiri. Along
sayang kamu ke mana tadi?
Sally : Along pergi ke rumah Lana mak, kami buat study group tadi bincang tentang soalan
peperiksaan nanti. Mak dan abah janganlah risau. (Menjawab tanpa memandang mata ibu
bapanya)
Misha : Haaa, dengar tu bang, kan anak kita dah cakap dia pergi ke rumah kawan dia. Tak
payah la abang nak risau-risau lagi ya. Dah sekarang ni Along pergi masuk bilik, mandi dan
makan.
Sally : Baiklah, mak.
Haron : Itulah awak, asyik memanjakan anak awak tu! Bukannya kita boleh percaya sangat
budak-budak remaja sekarang.
Misha : Saya tahu, tapi tak mungkin Along akan buat perkara yang tak elok kan?
Haron mendengus perlahan dan masuk ke bilik tidur, dia serabut memikirkan perihal anak
daranya itu.

BABAK 3
Suasana pada waktu pagi yang indah dan cerah, tepat pada jam 7 pagi di perkarangan pagar
depan sekolah, kelihatan Romeo sedang menunggu kedatangan Sally.
Romeo : Jom sayang, kita ke Times Square.
Sally : Jom, mana kereta awak?
Romeo : Seberang sana, jom cepat sebelum Pengetua awak nampak.
Sally : Baiklah.
Sally dan Romeo terus berlalu setelah menaiki kereta dengan tergesa-gesa.

BABAK 4
Setelah sampai di Times Square, Sally dengan kadar segera ke tandas untuk menukar pakaian
seragam sekolahnya itu bagi mengelakkan perhatian orang ramai. Mereka kemudiannya
berjalan-jalan pula di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Pada sebelah malam pula, mereka ke
Kelab Malam Kaktus dan Mawar yang terletak di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Suasana di
kelab malam begitu bingit dan kelihatan ramai pemuda dan pemudi yang senang melayan
perasaan dengan menari dan melakukan aksi-aksi yang tidak senonoh. Kelihatan juga Sally
dan Romeo turut serta menari dan hanyut melayan muzik yang membingitkan itu.

Babak 5
Sementara itu, suasana di ruang tamu rumah Sally sunyi sepi, tiba-tiba kedengaran bunyi
telefon rumah berdering, kringgggkringgg... Haron dengan segera menjawab panggilan
tersebut.
Cikgu Rina : Salam sejahtera, adakah ini rumah Cik Sally Haron?
Haron : Salam sejahtera. Ya, ini adalah rumah Sally. Saya Haron bapa kepada Sally, ada apa
yang boleh saya bantu? Bolehkah saya bertanya siapa di hujung talian?
Cikgu Rina : Saya Rina, guru kelas Sally. Saya nak tanya Encik Haron, betulkah dia demam
sebab dah tiga hari dia tidak hadir ke sekolah?
Haron : (Terperanjat) Hah, betulkah cikgu?
Cikgu Rina : Ya, encik. Kenapa? (Tertanya-tanya)
Haron : Oh... tidak ada apa-apa. Terima kasih Cikgu Rina sebab menelefon dan memaklumkan
saya.
Cikgu Rina. Baiklah, sama-sama.
Haron dengan segera meletakkan gagang telefon, dia berasa sangat marah dan terkejut
dengan perbuatan anaknya itu. Dia memberitahu isterinya akan hal tersebut, Misha yang turut
terkejut dengan tingkah laku anak emasnya itu menjadi khuatir. Tepat pada jam 1 pagi, Romeo
telah menghantar Sally pulang ke rumah. Sebelum pulang, Sally sudah menukar pakaiannya
kepada uniform sekolahnya agar dia tidak disyaki oleh ibu bapanya. Haron secara senyap
mengintai gerak geri Sally melalui tingkap ruang tamu. Sally kemudiannya membuka pintu
utama dan berjalan perlahan-lahan menuju ke biliknya. Kemudian, kedengaran suara garau dan
garang bapanya menengkingnya.
Haron : Hoi! Along dah tak pandai ketuk pintu ke? Along dari mana?! Along balik dengan siapa
tadi? (Haron melontarkan soalan secara bertubi-tubi)
Sally : (Gugup dan mempamerkan riak muka ketakutan) AloAlong baru balik dari rumah
kawan. Tadi kawan hantar.
Haron : Kawan lelaki ke perempuan?
Sally : (Gugup) Pe..Perempuan abah.
Haron : Anak kurang ajar!
Pangggg! Satu tamparan hinggap di pipi Sally. Kelihatan pula Misha bergegas keluar dari bilik
dan menghampiri anaknya. Sally menangis teresak-esak dipangkuan ibunya.
Misha : Abang! Kenapa ni abang? Kenapa abang tampar Along?
Haron : Awak tengok anak awak sekarang ni, dia dah pandai menipu abang.
Misha : Apa dia buat abang?
Haron : Dia menipu abang, dia kata yang dia balik dengan kawan perempuan padahal kawan
lelaki. Saya lihat dengan mata saya sendiri tadi.
Misha : Betul ke ni Along?
Sally diam membisu lalu tunduk dan terus menangis. Haron mengambil beg galas Sally dan
melihat di dalamnya.
Haron : Awak tengok ni, apa yang dia buat kat sekolah. (Sambil mengeluarkan pakaian ganti
Sally) Along! Kau pergi mana ha? Dengan bawa baju semua ni? Kau ponteng sekolahkan?
Patutlah guru kelas Along menelefon kami petang tadi. Inikah kerja Along selama ini?
Sally hanya tunduk membisu. Lalu Haron membaling beg galas tersebut terkena Sally.
Misha : Sanggup Along buat mak begini! Apa salah silap mak, Along?
Sally : Mak! Mak! Jangan buat Along macam ni.
Misha : Selama ni mak terlalu manjakan kau, selalu membelahi kau tapi ni balasan kau
terhadap mak dan abah kau? Mak malu sebab ada anak macam kau. Sampai hati kau buat
kami macam ini.
Sally : Maafkan Along, mak abah. Maafkan Along. Tolong jangan halau Along dari rumah.
Haron : Baiklah, kami berikan Along peluang yang terakhir, kalau buat juga, tahulah apa nasib
kau! (Riak wajah dan nada kecewa serta marah)
BABAK 6
Pada keesokan harinya, Haron menghantar anaknya ke sekolah untuk memastikan dia tidak
lagi melencong kemana-mana, setelah menghantar anaknya itu, dia terus berlalu pergi. Sally
pula masih berada di hadapan pagar sekolah. Sally menyeluk poket sakunya dan mencapai
telefon bimbitnya.
Sally : Hello! Sayang, awak kat mana? Boleh datang ambil saya sekarang? Saya sedihlah,
abah saya memarahi saya semalam.
Romeo : Saya ada dekat rumah, kejap lagi saya datang. Sabar sayang.
Setelah 15 minit menunggu, Romeo tiba di perkarangan pagar sekolah. Sally kemudiannya
tergesa-gesa masuk ke dalam kereta kerana khuatir ditangkap oleh pengetua sekolah. Mereka
kemudiannya melalui simpang keluar dari kawasan sekolah itu. Disitulah Haron
menyembunyikan diri bersama keretanya untuk mengawasi anaknya itu. Haron, mengekori
kenderaan itu dari belakang. Romeo memandu kereta dengan terlalu laju, ayah Sally pun
kehilangan mereka lalu Haron terus memandu ke jalan yang lurus. Dihujung jalan tersebut
kelihatan sebuah Kelab Malam dan Haron ternampak kelibat Sally dan Romeo dari seberang
jalan. Haron juga bergegas keluar dari kereta lalu berlari dan menyeberang jalan tanpa melihat
kereta yang lalu lalang. Sally yang pada ketika itu berada dalam kereta terlihat kelibat ayahnya
yang sedang melintas jalan dan ternyata ayahnya mengekori mereka. Sally menjerit kerana
terlalu terkejut dan takut, Romeo turut terkejut dan menekan pedal minyak. Tiba-tiba, bunyi
yang kuat kedengaran praaakkkkkMalang tidak berbau, Haron telah dilanggar oleh sebuah
kereta Waja.

BABAK 7
Beberapa hari kemudian, di Hospital. Sally mula sedarkan diri.
Sally : (Terlihat kelibat ibunya dengan nada teragak-agak) Mak, mana abah?
Misha : Abah Along dah meninggal dunia, Along. (Misha menangis teresak-esak)
Sally : Tak mungkin! Abah masih hidupkan mak? Mak tipu Alongkan?!
Misha terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan anaknya. Sally cuba untuk
mengerakkan kakinya untuk mencari ayahnya namun dia tidak dapat bergerak, kakinya kini
lumpuh akibat kemalangan tersebut. Misha memberitahu Sally bahawa dia kini lumpuh separuh
badan dan bapanya telah meninggal dunia kerana Haron telah dilanggar oleh kereta Waja yang
dipandu oleh Romeo, yang kini turut berada di wad kecemasan.
Sally : Abah (Sally meraung), ampunkan Along sebab menipu abah. Along anak derhaka
pada mak dan abah. Along janji tak akan menipu lagi. Maafkan Along AbahAlong derhaka
abah! (meratapi bapanya)
Namun, penyelesalan itu tidak berguna lagi kerana bapanya telahpun meninggal dunia.
Tamat

Anda mungkin juga menyukai