Anda di halaman 1dari 6

ANAK DERHAKA

Sinopsis :
Seorang anak tunggal yang bernama Laila yang sangat degil dan tidak mempedulikan
perasaan ibu bapanya yang telah tua. Dia suka ponteng sekolah walaupun tahun itu dia
bakal menduduki SPM. Dia suka bersosial dan bergaul bebas dengan teman lelakinya
yang bernama Yunus yang umurnya lebih tua iaitu 20 tahun. Lieya mempunyai seorang
rakan yang bernama Dayah. Dayah sangat rapat dengan Laila, dia sering
menyembunyikan rahsia Dayah daripada pengetahuan ibu bapa Dayah. Dayah sering
dimarahi bapanya gara-gara pulang lewat ke rumah. Ibunya selalu menyebelahi Dayah
dan memanjakan anaknya itu. Beberapa konflik dialami oleh keluarga tersebut.
Latar: Zaman Moden
Watak:
Laila - Gadis yang berumur 17 tahun, bakal menduduki SPM. Seorang yang degil dan
suka bersosial
Pak Min - Bapa kepada Laila. Berumur 60 tahun. Amat prihatin dan sayang akan
kepada anaknya
Mak WIyah - Isteri Pak Min dan merupakan ibu kepada Laila. Seorang yang suka
menyebelahi dan memanjakan anaknya
Yunus - Teman lelaki kepada Laila, umurnya 20 tahun dan suka bersosial seperti ke
kelab malam
Dayah - Rakan karib kepada Lieya. Juga berumur 17 tahun dan sangat rapat dengan
Laila.
Cikgu Syikin - Guru Kelas Laila yang berumur 26 tahun

Dialog :
BABAK 1
Suasana di rumah Laila, jam menunjukkan hampir jam 11 malam. Angin di luar rumah
mendayu-dayu meniup tiap helaian daun di luar rumah. Kelihatan Laila dan Dayah di
hadapan rumah.
Laila : Terima kasih Dayah sebab hantarkan aku ke rumah lewat malam macam ni.
Maaf sebab aku selalu menyusahkan kau. Kau sorang je kawan yang aku ada dan
boleh harapkan.
Mieza : Sama-sama Lieya. Minggu depan kita keluar ke kelab lagi ya. Maaf, esok aku
ada hal, tak dapat teman kau ke kelab dengan Sam.
Lieya : Baik Mieza.
Kelihatan Lieya berjalan perlahan-lahan masuk ke rumah dari pintu hadapan.
Pak Samat : Lieya ! Apa kau buat tengah-tengah malam ni hah? Kau pergi mana lewat
sebegini baru balik rumah? Dengan uniform sekolah tu lagi. Apa nak jadilah dengan kau
ni Lieya.
Lieya : Alaa, abah ni. Lieya baru balik dari rumah kawanlah. Kami baru habis study
group tadi. Itupun nak bising-bising. (berjalan ke bilik dengan wajah yang masam)
Pak Samat : Hisyyyhh… budak ni. (mendengus sendiri)

BABAK 2
Keesokan harinya. Tepat jam 8 pagi, suasana di dalam kelas 5 Ruby. Kelihatan guru
kelas sedang mengambil kehadiran para pelajar.

Cikgu Rina : Mieza, mana kawan baik kamu tu si Lieya? Dah tiga hari dia tidak hadir ke
sekolah.
Mieza : Err.. (berfikir sejenak) haa... dia tidak sihatlah cikgu.
Cikgu Rina : Tidak sihat? Dia sakit apa?
Mieza : (menggaru-garu kepala yang tidak gatal) Dia demam cikgu.
Cikgu Rina : Hurmm.. (mengangguk-anggukkan kepala) baiklah kalau macam itu, nanti
cikgu akan menelefon ibu bapanya.
Mieza : Err.. baik cikgu.

Tepat jam 12.00 malam. Lieya baru pulang ke rumah.

Pak Samat : Lieya ! Apa nak jadi dengan kau ni? Anak dara asyik balik lambat je ke
rumah. Kau ingat ni rumah tumpangan ke senang kau pergi dan balik lewat sebegini?
Suara Pak Samat yang agak kuat itu telah didengari oleh Mak Leha.
Mak Leha : Apa yang bising-bising tengah malam ni bang ?
Pak Samat : Ni haa, cuba awak tengok anak dara awak ni, baru balik jam sebegini? Tak
malu ke dilihat jiran tetangga kita?
Mak Leha : Hisyhhh abang ni, anak kita kan dah besar, tahulah dia menjaga diri sendiri.
Lieya, kamu ke mana tadi?
Lieya : Lieya ke rumah kawan mak, kami buat study group tadi bincang tentang soalan
peperiksaan nanti. Mak abah janganlah risau.
Mak Leha : Haaa, dengar tu bang, kan anak kita dah cakap dia pergi ke rumah kawan
dia. Tak payah la abang nak risau-risau lagi ya. Dah Lieya, kamu pergi masuk bilik,
mandi dan makan.
Lieya : Baik mak.
Pak Samat : Itulah awak, asyik memanjakan anak awak tu aja. Bukannya kita boleh
percaya sangat budak-budak remaja sekarang.
Mak Leha : Yelah-yelah abang, jom masuk tidur.
Pak Samat mendengus perlahan dan masuk ke bilik tidur.

BABAK 3
Suasana pada waktu pagi, tepat jam 7 pagi di perkarangan pagar depan sekolah,
kelihatan Sam menunggu Lieya.

Sam : Jom sayang, kita ke Times Square.


Lieya : Jom, mana kereta you?
Sam : Seberang sana, jom cepat sebelum Pengetua you nampak.
Lieya : Ok.
Mereka terus berlalu pergi menaiki kenderaan.

Tepat jam 8 pagi, suasana di dalam kelas 5 Ruby. Kelihatan guru kelas sedang
mengambil kehadiran para pelajar.

Cikgu Rina : Mieza, mana kawan baik kamu tu si Lieya? Dah tiga hari dia tidak hadir ke
sekolah.
Mieza : Err.. (berfikir sejenak) haa... dia tidak sihatlah cikgu.
Cikgu Rina : Tidak sihat? Dia sakit apa?
Mieza : (menggaru-garu kepala yang tidak gatal) Dia demam cikgu.
Cikgu Rina : Hurmm.. (mengangguk-anggukkan kepala) baiklah kalau macam itu, nanti
cikgu akan menelefon ibu bapanya.
Mieza : Err.. baik cikgu.

BABAK 4
Setelah Lieya dan Sam sampai di Times Square, Lieya ke tandas untuk menukar
pakaian seragam sekolahnya itu bagi mengelakkan perhatian ramai. Mereka
kemudiannya berjalan-jalan pula di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Pada waktu
sebelah malam pula mereka ke Kelab Malam Mee Lee Bar yang terletak di Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur.

Suasana di kelab malam, kelihatan ramai pemuda dan pemudi yang senang melayan
perasaan dengan menari dan melakukan aksi-aksi yang tidak senonoh seperti
berpelukan dan saling berpegangan.

Kedengaran lagu Turn Up The Love oleh Far East Movement dipasang dan ramai
remaja yang menari melayan rentak lagu yang dipasang DJ bertugas. Kelihatan Lieya
dan Sam juga turut serta menari sambil melayan muzik tersebut.

Babak 5
Suasana di ruang tamu rumah Lieya, kedengaran bunyi telefon rumah berdering. Pak
Samat segera menjawab panggilan tersebut.

Cikgu Rina : Assalamualaikum wbt, ini rumah Lieya Suzanna ke?


Pak Samat : Wa,alaikumussalam wbt, ya. Ini rumah Lieya. Ini siapa ya?
Cikgu Rina : Saya Rina, guru kelas Lieya. Saya nak tanya Pak Samat, betulkah dia
demam sebab dah tiga hari dia tidak hadir ke sekolah?
Pak Samat : (terperanjat) ya Allah. Betulkah cikgu ?
Cikgu Rina : Iya encik. Kenapa ? (tertanya-tanya)
Pak Samat : Oh... tidak ada apa-apa. Terima kasih Cikgu Rina sebab menelefon saya.
Cikgu Rina. Baik, sama-sama.

Pak Samat berasa sangat marah dan terkejut dengan perbuatan anaknya itu. Dia
segera memberitahu isterinya Mak Leha.
Tepat jam 2 pagi, Sam telah menghantar Lieya pulang ke rumah. Sebelum pulang,
Lieya sudah menukar awal-awal pakaiannya kepadauniform sekolah bagi tidak disyaki
oleh ibu bapanya. Pada ketika itu, Lieya tidak perasan bahawa bapanya telah melihat
mereka dari tingkap ruang utama. Lieya kemudiannya membuka pintu utama dan
berjalan perlahan-lahan menuju ke biliknya. Kemudian, kedengaran suara garau
bapanya menegur.

Pak Samat : Kau ke mana Lieya?! Kau balik dengan siapa tadi?
Lieya : (gugup) Lie…Lieya baru balik dari rumah kawan. Tadi kawan hantar.
Pak Samat : Kawan lelaki ke perempuan?
Lieya : (gugup) Pe..Perempuan abah.
Pak Samat : Anak kurang ajar !
Pangggg! Satu tamparan hinggap di pipi gebu Lieya. Kelihatan pula Mak Leha
bergegas keluar dari bilik dan menghampiri Lieya. Lieya menangis teresak-esak
dipangkuan ibunya.
Mak Leha : Abang! Kenapa ni abang? Kenapa abang tampar anak kita?
Pak Samat : Awak tengok anak awak sekarang ni, dia dah pandai menipu saya.
Mak Leha : Dia dah buat apa abang?
Pak Samat : Dia menipu saya, kata yang dia balik dengan kawan perempuan padahal
kawan lelaki. Saya lihat dengan mata saya sendiri tadi.
Mak Leha : Betul ke Lieya?
Lieya tunduk dan terus menangis.

Pak Samat mengambil beg galas Lieya dan melihat di dalamnya.

Pak Samat : Astaqfirullah.. Awak tengok ni, apa yang dia buat kat sekolah. (sambil
mengeluarkan pakaian seragam Lieya) Lieya ! Kau pergi mana ha? Dengan bawa baju
semua ni? Kau ponteng sekolahkan? Patutlah guru kelas telefon kami petang tadi. Ini
kerja kau selama ini Lieya ?

Lieya hanya tunduk membisu. Lalu Pak Samat membaling beg galas tersebut terkena
Lieya.
Mak Leha : (bangun berdiri) Anak tak guna ! Berambus kau dari sini !
Lieya : Mak ! Mak! Jangan buat Lieya macam ni.
Mak Leha : Selama ni mak terlalu manjakan kau, selalu membelahi kau tapi ni balasan
kau buat pada mak dan abah kau? Mak malu sebab ada anak macam kau. Sampai hati
kau buat kami macam ini.
Lieya : Maafkan Lieya, mak abah. Maafkan Lieya. Tolong jangan halau Lieya dari
rumah ni.
Pak Samat : Baiklah, kami beri kau peluang yang terakhir, kalau buat juga, tahulah apa
nasib kau Lieya.
BABAK 6
Pada keesokan harinya, Pak Samat menghantar anaknya ke sekolah, setelah
menghantar anaknya itu, dia terus berlalu pergi. Lieya pula masih berada di hadapan
pagar sekolah. Lieya menyeluk poket sakunya dan mencapai telefon bimbitnya.

Lieya : Hello ! Sayang, you kat mana? Boleh dating ambil I sekarang?
Sam : I dekat rumah, ok.

Setelah 15 minit, Sam sampai di hadapan pagar sekolah. Lieya kemudiannya tergesa-
gesa masuk ke dalam kereta kerana kuatir ditangkap oleh pengetua sekolah. Mereka
kemudiannya melalui simpang keluar dari kawasan sekolah itu. Disitulah Pak Samat
menyembunyikan diri bersama kerete untuk mengawasi anaknya itu. Pak Samat segera
mengecam kembali kereta yang dipandu Sam itu sama dengan kereta yang membawa
anaknya pulang. Dalam masa itu juga Pak Samat dapat melihat anaknya di cermin
tingkap kereta. Lalu Pak Samat mengekori kenderaan itu dari belakang.

Sampai sahaja di sebuah kelab, Lieya dan Sam keluar dari kereta berjalan menuju ke
pintu depan kelab tersebut. Pak Samat bergegas keluar dari kereta lalu berlari dan
menyeberang jalan tanpa melihat kereta yang lalu lalang. Tiba-tiba, Pak Samat
dilanggar oleh sebuah kereta Waja. Lieya yang pada ketika itu telah terdengar bunyi
perlanggaran segera melihat. Lieya sangat terkejut melihat bapanya terbaring di tengah
jalan raya dengan banyak lumuran darah di kepala. Sam telah menelefon ambulans
dengan segera. Lieya sangat menyesal dan dia juga tahu bapanya telah mengekori
mereka. Namun, penyelesalan itu tidak berguna lagi kerana bapa Lieya telah meninggal
dunia akibat kehilangan banyak darah.

Lieya : Abah, ampunkan Lieya sebab menipu abah. Lieya dah jadi anak derhaka pada
mak dan abah. Lieya janji tak akan menipu lagi. Maafkan Lieya…. (meratapi bapanya)

Suara Latar : Kesimpulannya, janganlah kita menjadi anak derhaka. Justeru itu, kita
sebagai anak haruslah taat dan patuh akan arahan ibu bapa kita walaupun kadangkala
mereka sedikit mengongkong kebebasan kita namun suatu hari nanti kita akan
mengetahui bahawa itu semua adalah yang terbaik untuk kita berjaya kelak.

Anda mungkin juga menyukai