Anda di halaman 1dari 13

DRAMA : AKU ANAK DERHAKA

AKU ANAK DERHAKA


Sinopsis :
Seorang anak tunggal yang bernama Liza yang sangat degil dan tidak
mempedulikan perasaan ibu bapanya yang telah tua. Dia suka ponteng sekolah
walaupun tahun itu dia bakal menduduki SPM. Dia suka bersosial dan bergaul
bebas dengan teman lelakinya yang bernama Sam yang umurnya 23 tahun. Liza
mempunyai seorang rakan yang bernama Sabrina . Sabrina sangat rapat dengan
Liza, dia sering menyembunyikan rahsia Liza daripada pengetahuan ibu bapa Liza.
Tetapi kawanya seorang lagi bernama Mastura sering memberi nasihat kepada
kedua-dua kawannya. Liza sering dimarahi bapanya gara-gara pulang lewat ke
rumah. Ibunya selalu menyebelahi Liza dan memanjakan anaknya itu.

Watak :
1. Liza - Gadis yang berumur 17 tahun dan bakal menduduki SPM. Seorang
yang degil dan suka bersosial (THARANI A/P RENGGHTHURAI)

2. Pak Samat- Bapa kepada Liza Berumur 59 tahun. Amat prihatin kepada
anaknya. (SASVIN NAIR A/L BATMANATHAN)

3. Mak Leha- Isteri Pak Samat dan merupakan ibu kepada Liza . Seorang yang
suka memanjakan anaknya. (ANUSSHA A/P RAMAN)

4. Sam- Teman lelaki kepada Liza. Berumur 23 tahun dan suka bersosial. Dia
suka membawa Liza ke pusat beli belah . (YUKENDER A/L
RAVICHANDAR)

1
5. Sabrina - Rakan kepada Liza. Berumur 17 tahun dan sangat rapat dengan
Liza. (DURGASREE)

6. Mastura - Rakan kepada Liza dan Sabrina berumur 17 tahun yang serimg
memberi nasihat kepada rakannya.( THANALETCHUMY A/P
VATUMALAI)

7. Cikgu Janani – Guru Kelas Liza yang berumur 25 tahun.


(JANANI A/P MAILWAGANAM)

8. Pembantu kedai - memerhatikan tinglah laku Liza dan Sam semasa di


kedai.
( PAVITRA A/P SELVAM)

9. Adik Liza – Rajin belajar dan sayang akan kakaknya. ( KAMALASHINI


A/P )
10. Narrator – KIRTHI VARTHNA SRI A/P GANASAN)

Dialog :
BABAK 1
Suasana di rumah tepat jam pukul 11.45 malam. Kelihatan Sabrina dan Liza di
hadapan rumah Liza.

Liza : Terima kasih Sabrina sebab hantarkan aku ke rumah.

2
Sabrina : Sama-sama Liza. Minggu depan kita keluar lagi ya. Maaf, esok aku ada
hal, tak dapat teman kau keluar dengan Sam.

Liza : Baik Sabrina.


Kelihatan Liza berjalan perlahan-lahan masuk ke rumah dari pintu hadapan.

Pak Samat : Liza ! Apa kau buat tengah-tengah malam ni hah? Kau pergi mana
lewat sebegini baru balik rumah? Dengan uniform sekolah tu lagi. Apa nak jadilah
dengan kau ni Liza.

Liza : Alaa, abah ni. Liza baru balik dari rumah kawanlah. Kami baru habis study
group tadi. Itupun nak bising-bising. (berjalan ke bilik dengan wajah yang masam)

Pak Samat : Hisyyyhh… budak ni. (mendengus sendiri)


BABAK 2
Keesokan harinya. Tepat jam 8 pagi, suasana di dalam kelas 5 Ruby. Kelihatan
guru kelas sedang mengambil kehadiran para pelajar.

Cikgu Janani : Sabrina, mana kawan baik kamu tu si Liza? Dah tiga hari dia tidak
hadir ke sekolah.

Sabrina : Err.. (berfikir sejenak) haa... dia tidak sihatlah cikgu.

Cikgu Janani : Tidak sihat? Dia sakit apa?

Sabrina : (menggaru-garu kepala yang tidak gatal) Dia demam cikgu.

3
Cikgu Janani : Hurmm.. (mengangguk-anggukkan kepala) baiklah kalau macam
itu, nanti cikgu akan menelefon ibu bapanya.

Sabrina : Err.. baik cikgu. 

Mastura : Eh! Sabrina … Betulke Liza demam ni… saya rasa dia keluar dengan
Sam lagi. Awak jangan nak rahsiakan dari saya. Baik awak mengaku.

Sabrina : Eh Mak cik Mastura ni …. .. boleh tak awak jangan masuk campur hal
kami…..

Mastura: Saya bimbang akan kamu berdua ni Sabrina!! Perbuatan kamu berdua ni
akan menjejeskan masa depan kamu sendiri. Tak lama lagi kita akan menduduki
SPM. Kita harus mengulangkaji pelajaran.

Sabrina: yalah ….yalah…..

Tepat jam 12.00 malam. Liza baru pulang ke rumah.


Pak Samat : Liza ! Apa nak jadi dengan kau ni? Anak dara asyik balik lambat je ke
rumah. Kau ingat ni rumah tumpangan ke senang kau pergi dan balik lewat
sebegini?
Suara Pak Samat yang agak kuat itu telah didengari oleh Mak Leha.

Mak Leha : Apa yang bising-bising tengah malam ni bang ?

Pak Samat : Ni haa, cuba awak tengok anak dara awak ni, baru balik jam sebegini?
Tak malu ke dilihat jiran tetangga kita?

4
Mak Leha : Hisyhhh abang ni, anak kita kan dah besar, tahulah dia menjaga diri
sendiri. Liza, kamu ke mana tadi?

Liza : Liza ke rumah kawan mak, kami buat study group tadi bincang tentang
soalan peperiksaan nanti. Mak abah janganlah risau.

Mak Leha : Haaa, dengar tu bang, kan anak kita dah cakap dia pergi ke rumah
kawan dia. Tak payah la abang nak risau-risau lagi ya. Dah Liza, kamu pergi
masuk bilik, mandi dan makan.

Liza : Baik mak.

Pak Samat : Itulah awak, asyik memanjakan anak awak tu aja. Bukannya kita boleh
percaya sangat budak-budak remaja sekarang.

Mak Leha : Yelah-yelah abang, jom masuk tidur.

Pak Samat mendengus perlahan dan masuk ke bilik tidur.

5
BABAK 3
Suasana pada waktu pagi, tepat jam 7 pagi di perkarangan pagar depan sekolah,
kelihatan Sam menunggu Liza.

Sam : Jom sayang, kita ke Times Square.

Liza : Jom, mana kereta you?

Sam : Seberang sana, jom cepat sebelum Pengetua you nampak.

Liza : Ok.

Mereka terus berlalu pergi menaiki kenderaan.


Tepat jam 8 pagi, suasana di dalam kelas 5 Ruby. Kelihatan guru kelas sedang
mengambil kehadiran para pelajar.

Cikgu Janani : Sabrina, mana kawan baik kamu tu si Liza? Dah tiga hari dia tidak
hadir ke sekolah.

Sabrina : Err.. (berfikir sejenak) haa... dia tidak sihatlah cikgu.

Cikgu Janani : Tidak sihat? Dia sakit apa?

Mastura: Cikgu.... sebenarnya..............(Sabrina menutup mulut Mastura manakala


Cikgu sedang menanda buku kedatangan.)
6
Sabrina : (menggaru-garu kepala yang tidak gatal) Dia demam cikgu.

Cikgu Janani : Hurmm.. (mengangguk-anggukkan kepala) baiklah kalau macam


itu, nanti cikgu akan menelefon ibu bapanya.

Sabrina : Err.. baik cikgu. 

BABAK 4
Setelah Liza dan Sam sampai di Times Square, Liza ke tandas untuk menukar
pakaian seragam sekolahnya itu bagi mengelakkan perhatian ramai. Mereka
kemudiannya berjalan-jalan pula di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Pada waktu
7
sebelah malam pula mereka ke Warung makan yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala
Lumpur.

Suasana di warung yang riuh rendah , kelihatan ramai pemuda dan pemudi yang
senang menyaksikan perlawanan bola sepak.

Mak Cik Warung : Adik nak Makan apa? Ini menu..

Liza: Saya sangat lapar Sam.. Penat kita pergi berjalan-jalan tadi kan.....?

Sam : Order sayang, Sayang nak makan apa?

Mak Cik Warung : Eh ! adik ni macam saya kenal ni..... Adik nak Pak Samad kan.
Dah lewat malam, tak balik rumah lagi ke ?.

Liza : Sayang mak cik ni kenal abah saya. Macam mana ni .. Jom kita balik..

Sam : Jom..jom... tak apalah mak cik lain kali je lah..( Liza dan Sam bergesa-gesa
meninggalkan warung dan pulang ke rumah.)

Babak 5
Suasana di ruang tamu rumah Liza , kedengaran bunyi telefon rumah berdering.
Pak Samat segera menjawab panggilan tersebut.

Cikgu Janani : Helo ….ini rumah Liza ke?

Pak Samat : Hello ya. Ini rumah Liza. Ini siapa ya?

8
Cikgu Janani : Saya Janani, guru kelas Liza. Saya nak tanya Pak Samat, betulkah
dia demam sebab dah tiga hari dia tidak hadir ke sekolah?

Pak Samat : (terperanjat) Betulkah cikgu ?

Cikgu Janani : Iya encik. Kenapa ? (tertanya-tanya)

Pak Samat : Oh... tidak ada apa-apa. Terima kasih Cikgu Janani sebab menelefon
saya.
Cikgu Janani: Baik, sama-sama.

Pak Samat berasa sangat marah dan terkejut dengan perbuatan anaknya itu. Dia
segera memberitahu isterinya Mak Leha.

Tepat jam 2 pagi, Sam telah menghantar Liza pulang ke rumah. Sebelum pulang,
Liza sudah menukar awal-awal pakaiannya kepada uniform sekolah bagi tidak
disyaki oleh ibu bapanya. Pada ketika itu, Liza tidak perasan bahawa bapanya telah
melihat mereka  dari tingkap ruang utama. Liza kemudiannya membuka pintu
utama dan berjalan perlahan-lahan menuju ke biliknya. Kemudian, kedengaran
suara garau bapanya menegur.

Pak Samat : Kau ke mana Liza?! Kau balik dengan siapa tadi?

Liza : (gugup) Li…Liza baru balik dari rumah kawan. Tadi kawan hantar.

Pak Samat : Kawan lelaki ke perempuan?


Liza : (gugup) Pe..Perempuan abah.

Pak Samat : Anak kurang ajar !

9
Pangggg! Satu tamparan hinggap di pipi gebu Liza. Kelihatan pula Mak Leha
bergegas keluar dari bilik dan menghampiri Liza. Liza menangis teresak-esak
dipangkuan ibunya.

Mak Leha : Abang! Kenapa ni abang? Kenapa abang tampar anak kita?

Pak Samat : Awak tengok anak awak sekarang ni, dia dah pandai menipu saya.

Mak Leha : Dia dah buat apa abang?

Pak Samat : Dia menipu saya, kata yang dia balik dengan kawan perempuan
padahal kawan lelaki. Saya lihat dengan mata saya sendiri tadi.

Mak Leha : Betul ke Liza?


Liza tunduk dan terus menangis.

Pak Samat mengambil beg galas Liza dan melihat di dalamnya.

Pak Samat :Awak tengok ni, apa yang dia buat kat sekolah. (sambil mengeluarkan
pakaian seragam Liza) Liza ! Kau pergi mana ha? Dengan bawa baju semua ni?
Kau ponteng sekolahkan? Patutlah guru kelas telefon kami petang tadi. Ini kerja
kau selama ini Liza ?

Liza hanya tunduk membisu. Lalu Pak Samat membaling beg galas tersebut
terkena Liza.

Mak Leha : (bangun berdiri) Anak tak guna ! Berambus kau dari sini !

10
Adik Liza : Mak ! Mak! Jangan buat Kak Liza macam ni.

Mak Leha : Adik jangan masuk campur. Adik masuk bilik. Selama ni mak terlalu
manjakan kau, selalu membelahi kau tapi ni balasan kau buat pada mak dan abah
kau? Mak malu sebab ada anak macam kau. Sampai hati kau buat kami macam ini.

Liza : Maafkan Liza, mak abah. Maafkan Liza. Tolong jangan halau Liza dari
rumah ni.

Pak Samat : Baiklah, kami beri kau peluang yang terakhir, kalau buat juga, tahulah
apa nasib kau Liza.

BABAK 6
Pada keesokan harinya, Pak Samat menghantar anaknya ke sekolah, setelah
menghantar anaknya itu, dia terus berlalu pergi. Lieya pula masih berada di
hadapan pagar sekolah. Liza menyeluk poket sakunya dan mencapai telefon
bimbitnya.

Liza : Hello ! Sayang kat mana? Boleh datang ambil saya sekarang?

Sam : dekat rumah, ok.

Setelah 15 minit, Sam sampai di hadapan pagar sekolah. Liza kemudiannya


tergesa-gesa masuk ke dalam kereta kerana kuatir ditangkap oleh pengetua

11
sekolah. Mereka kemudiannya melalui simpang keluar dari kawasan sekolah itu.
Disitulah Pak Samat menyembunyikan diri bersama kereta untuk mengawasi
anaknya itu. Pak Samat segera mengecam kembali kereta yang dipandu Sam itu
sama dengan kereta yang membawa anaknya pulang. Dalam masa itu juga Pak
Samat dapat melihat anaknya di cermin tingkap kereta. Lalu Pak Samat mengekori
kenderaan itu dari belakang.

Sampai sahaja di sebuah Pusat membeli belah, Liza dan Sam keluar dari kereta
berjalan menuju ke pintu depan Pusat membeli belah tersebut. Pak Samat bergegas
keluar dari kereta lalu berlari dan menyeberang jalan tanpa melihat kereta yang
lalu lalang. Tiba-tiba, Pak Samat dilanggar oleh sebuah kereta Waja. Liza yang
pada ketika itu telah terdengar bunyi perlanggaran segera melihat. Liza sangat
terkejut melihat bapanya terbaring di tengah jalan raya dengan banyak lumuran
darah di kepala. Sam telah menelefon ambulans dengan segera. Liza sangat
menyesal dan dia juga tahu bapanya telah mengekori mereka. Namun,
penyelesalan itu tidak berguna lagi kerana bapa Liza telah meninggal dunia akibat
kehilangan banyak darah.

Liza : Abah, ampunkan Liza sebab menipu abah. Liza dah jadi anak derhaka pada
mak dan abah. Liza janji tak akan menipu lagi. Maafkan Liza…. (meratapi
bapanya)

Setelah insaf Liza bersama kawan-kawannya mengulangkaji pelajaran dengan


bersungguh-sungguh dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam
SPM. Walaupun arwah ayahnya tidak bersama Liza mendapat restu daripada
ibunya.

12
Suara Latar : Kesimpulannya, janganlah kita menjadi anak derhaka. Justeru itu,
kita sebagai anak haruslah taat dan patuh akan arahan ibu bapa kita walaupun
kadangkala mereka sedikit mengongkong kebebasan kita namun suatu hari nanti
kita akan mengetahui bahawa itu semua adalah yang terbaik untuk kita berjaya
kelak.

Tamat

13

Anda mungkin juga menyukai