Anda di halaman 1dari 7

SINOPSIS NOVEL DI SEBALIK DINARA

Bab 1
Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang
memenuhi balai berlepas Lapangan Terbang Senai. Farisha memerhatikan
seorang wanita yang sedang berbicara dengan seseorang melalui telefon
bimbitnya. Suaranya kedengaran agak tinggi beberapa kali. Suara wanita itu
sedikit sebanyak menimbulkan kejengkelannya.
Di dalam pesawat, Farisha dikejutkan dengan sapaan seorang pemuda
yang meminta untuk duduk di sebelahnya. Farisha teringin untuk berbual
lanjut tetapi kelopak matanya terlalu berat. Lelaki itu kelihatan segak dan
mengenakan seutas jam tangan yang kelihatan begitu aneh. Lelaki itu
perasan  Farisha sedang memerhatikannya lalu menjelaskan yang jam
tangan itu sebenarnya pusat kawalan elektroniknya.
Farisha sampai ke apartmennya lalu cuba membuka pintu dengan
mengimbas kad pintarnya namun gagal. Farisha merenung kaca segi empat
di sebelah jeriji pintu, rupanya sudah agak berlainan. Dia berasa hairan. Dia
menekan interkom untuk menghubungi teman serumahnya, Shida. Rupa-
rupanya, sistem keselamatan rumahnya baru sahaja ditukar oleh abang
Farisha , Azraai. Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan
menyambungkan interkom rumahnya dengan rumah Azraai. Farisha
mengeluh kecil.

Bab 2
Farisha mulai gelisah menanti Rosman. Rosman berjanji untuk
mengambilnya untuk ke Hotel Renaissance menghadiri Simposium Persatuan
Penggodan Antarabangsa. Rupa-rupanya kereta Rosman rosak dan dia
meminta Farisha menaiki monorel. Sampai ke tempat simposium itu, Farisha
disambut oleh sebuah robot penyambut tetamu. Robot penyambut tetamu
membawa Farisha ke tempat duduk. Ratusan peserta simposium sudah
bersedia mendengar ucaptama.
Farisha bertemu semula dengan pemuda yang duduk di sebelahnya
dalam pesawat. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Aqram. Aqram bekerja
di Sot Lab, Cyberjaya. Farisha agak terkejut apabila Aqram menawarkan
satu projek mini di Soft Lab untuk Farisha dan Rosman. Farisha berjanji akan
memikirkannya dan akan menyatakan keputusannya melalui e-mel. Dia perlu
bertanya abangnya, Azraai dahulu.
Sebenarnya Aqram mempunyai tujuan lain. Pen yang dihulurkan
kepada Farisha untuk menulis alamat e-mel tadi merupakan ‘penetrator’
alat yang boleh menerobos ruang minda Farisha. Selepas Farisha memegang
pen tersebut, Farisha berasa kepalanya berdenyut-denyut.
Bab 3
Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam itu juga,
selepas    selesai sesi bengkel yang ketiga. Aqram membalas e-mel tersebut
10 minit kemudian dan menetapkan masa dan tarikh untuk pertemuan
seterusnya. Farisha membaca e-mel tersebut berulang kali kerana tidak
percaya akan bekerjasama dengan syarikat gergasi IT di Malaysia.
Esoknya Farisha dan Rosman ke Soft Lab untuk membincangkan
projek mini yang ditawarkan. Farisha berkenalan dengan Dr Maxi, salah
seorang yang penting di situ. Farisha diberikan projek bernilai RM1.5 juta
dan perlu disiapkan dalam masa empat minggu. Farisha dikehendaki untuk
menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab.  Farisha berasa agak musykil
dengan tawaran tersebut dan meminta masa untuk mempertimbangkan
tawaran tersebut.
Farisha turut diperkenalkan dengan saintis yang menjadi pelopor Soft
Lab iaitu Karl. Karl terbaring di katil dan dirawat oleh jururawat dalam
sebuah bilik khas yang dilengkapkan dengan peralatan seperti sebuah wad
hospital. Dr Maxi memberitahu Karl telah 3 tahun menderita kerana sakit
kanser usus. Walaupun sakit, Karl masih aktif dengan projek penyelidikan.
Projek terbaharunya ialah Dinara iaitu sistem yang akan digodam oleh
Farisha.

Bab 4
Farisha berjumpa abangnya untuk meminta pendapat tentang projek
mini di Soft Lab. Abangnya memberi galakan supaya dia menyahut cabaran
tawaran tersebut. Esoknya Farisha ke Soft lab bersama teman serumahnya
Shida yang kebetulan ada temu janji di tempat yang sama.
Farisha disambut oleh Aqram yang kemudiannya menunjukkan
pejabat Farisha di Soft Lab. Farisha berasa terharu kerana kelengkapan yang
disediakan sungguh di luar jangkaannya. Aqram meneruskan perbualan
dengan sesi penerangan tentang projek yang akan dijalankan oleh Farisha.
Farisha mulai jelas dengan tanggungjawabnya untuk menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara.  Sewaktu minum tengah hari, Shida berjumpa
Farisha dan memberitahu dia mendapat tugas untuk menulis rencana dan
biografi Dinara dengan bayaran RM40 ribu.
Pada masa itu juga, Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar bertemu daan
berbincang di bilik perbincangan Soft Lab. Khairul memberi laporan tentang
Shida dan Aqram memberi laporan tentang Farisha. Dr Maxi terenyum dan
berpuas hati. Dr Maxi menyatakan Shida perlu berada bersama-sama Farisha
dan mungkin akan menjadi ‘back up’ jika sesuatu terjadi kepada Farisha.
Bab 5
Hari pertama Farisha bertugas di ______________ disambut oleh Alia.
Alia membawa Farisha ke pejabat dan menerangkan penggunaan alatan di
pejabat tersebut. Farisha terlopong mendengar pembentangan Alia yang
sangat lancar, tenang dan fasih tentang ____. Farisha berasa kagum dan
hairan kerana dia tidak nampak Alia mengerdipkan mata sejak tadi.
Sewaktu makan tengah hari bersama_______, mereka bertukar-tukar
cerita tentang pengalaman hari pertama di Soft Lab. Shida ada
menimbulkan cerita tentang Alia yang dirasakannya agak pelik terutamanya
_________ dan __________. Mungkin Alia ada membuat pembedahan
_________. Farisha menegur mulut celupar Shida.
Selepas makan tengah hari, Farisha menyambung sesi perbincangan
dengan Aqram. Sepatutnya Aqram menerangkan ____ slaid kepada Farisha,
tetapi hanya _______ sahaja yang sempat diterangkan. Farisha menimbulkan
terlalu banyak persoalan dan berjaya mengesan kelemahan ________.  

Bab 6
Farisha terlewat sampai ke pejabat kerana mengalami mimpi ngeri
malam tadi. Alia menyambut di muka pintu pejabatnya. Farisha teringat
mimpinya tentang _______, _____________ dan _____________. Bulu
romanya merinding tiba-tiba. Dia berasa ________. Alia menawarkan diri
untuk mengurut kepalanya. Farisha bersandar di kerusi dan Alia mengurut
kepala dan tengkuknya. Rasa mengantuk menguasai Farisha dan akhirnya dia
terlelap.
Ketika itu dua _______ mudah lentur keluar dari kepala kerusi dan
mula mencucuk kiri dan kanan tengkuknya. Tiba-tiba Farisha terdengar
namanya dipanggil. Di bilik yang lain Dr Maxi, Aqram dan Khairul Anwar
sedang memerhatikan sebuah _____________ yang memancarkan imej
Farisha  dan Alia. Farisha sedang berkomunikasi secara bawah sedar dengan
Karl yang koma. Ketika itu Alia mendengus dan terjerit pekik tidak puas
hati. Dr Maxi cuba mententeramkan Alia tetapi tidak berjaya.  Akhirnya
Aqram mematikan _____ di belakang tengkuk Alia. Serta merta Alia berdiri
tegak dan kaku.

Bab 7
Rosman, Shida dan Farisha berbincang di pejabat lama mereka,
___________. Mereka bertiga membincangkan kontrak yang telah disediakan
oleh bahagian perundangan Soft Lab. Shida sangat diperlukan kerana dia
mempunyai asas ______________. Perbincangan terpaksa ditamatkan kerana
Farisha _____________.
Esok malamnya, Farisha ke rumah abang Azraai kerana dijemput
untuk makan malam. Farisha menegur abangnya yang kelihatan sedikit
_______. Selepas makan malam, Azraai memberitahu ada dua berita penting
yang ingin disampaikan kepada adiknya. Farisha marah dan akhirnya
menangis apabila mengetahui abangnya merahsiakan sakit yang dialaminya
iaitu _____________.
 Berita kedua yang lebih menyakitkan Farisha apabila dia mendapat tahu
yang dia hanyalah ____________. Abang Azraai memberikan satu fail plastik
mengandungi ____________ penting tentang latar belakang Farisha.
Sepanjang malam Farisha menangis dan tidak dapat melelapkan mata.

Bab 8
Farisha __________ di pejabat. Alia terpinga-pinga dan cemas. Dia
takut jika dia dituduh menyebabkan Farisha pengsan. 10 minit kemudian
ambulans tiba dan membawa Farisha ke hospital. Aqram dan Khairul Anwar
mendapatkan Shida untuk bertanya jika Farisha sakit. Shida _________ dan
menyatakan Farisha tiada sebarang sakit.
Pesanan ringkas dari Dr Maxi. Doktor yang merawat Farisha meminta 
dia rehat di hospital beberapa hari. Aqram menyimpan ____________ di
dalam saku. Aqram dan Khairul Anwar duduk diam dan berpandangan
sesama sendiri sambil menanti kepulangan _____________.
Pukul 4.30 petang Shida dipanggil ke pejabat Dr Maxi. Dia ditanya jika
tahu apa-apa tentang  penyakit Farisha. Dr Maxi juga bertanya jika Farisha
______________. Shida tergelak kerana Farisha belum ____________ dan
tiada teman lelaki. Tiba-tiba Shida teringat  _________________ Farisha
yang mungkin terlepas ke tangan orang lain.

Bab 9
Dr Maxi berbincang dengan Aqram dan Khairul Anwar. Dr Maxi
berpendapat mungkin Farisha keletihan selepas melalui ____ sesi
berkomunikasi dengan ______. Mereka mula memikirkan Plan B. Shida akan
menggantikan tempat Farisha. Tidak mudah untuk Dr Maxi membuat
keputusan kerana Shida  tidak sebagus Farisha.
Ada banyak prosedur perlu dilakukan untuk menggantikan tempat
Farisha. Masalah utama ialah cara mereka hendak meyakinkan Karl untuk
berkomunikasi dengan Shida. Karl telah menulis amanah, jika berlaku apa-
apa kepadanya, hanya Farisha sahaja yang boleh menyiapkan tugasannya.
________ yang tertanam di tubuh Farisha telah direka khas oleh Karl untuk
menyalurkan pemikirannya kepada wanita itu. Karl menggunakan kaedah itu
sebagai satu kaedah telepati supaya dia boleh berhubung dengan Farisha.
Di rumah, Shida mula menyelongkar __________. Dia mencari jika
ada sebarang ubat-ubatan yang dimakan oleh Farisha. Hanya dua botol ubat
_______. Shida tergerak untuk masuk ke bilik Farisha dan mencari jika
Farisha ada menyembunyikan ubat di dalam bilik. Tiba-tiba Shida
terpandang ______________. Gerak hatinya kuat untuk membukanya.
Perasaan bersalah menerpa. Dia tidak sepatutnya menceroboh bilik Farisha
tetapi Shida terpaksa. Dia ternampak fail plastik yang diikat dengan tali
berwarna __________. Isi fail itu sangat mengejutkan Shida.
Bab 10
Pagi itu di arkib Soft Lab, Shida semakin teruja untuk mengetahui
kisah Medina. Dia semakin leka membaca buku laporan nipis bertajuk
___________. Shida tertarik untuk mengkaji tentang nama ini kerana dia
mendapati nama Medina telah _____________ daripada kebanyakan laporan
kerja penyelidikan. Acap kali Medina menjadi pembantu penyelidik kepada
Karl. Ternyata seluruh Soft Lab dibayangi oleh Karl. Shida mengeluh.
Shida tidak perasan Alia datang ke belakangnya kerana asyik
membaca. Alia memberitahu Shida yang Dr Maxi memanggilnya ke bilik
____________. Shida terkejut tetapi tidak bertanya soalan lagi. Apabila
sampai di makmal, Aqram dan Dr Maxi sudah menunggu. Belum sempat
Shida bertanya apa-apa, Alia menekupkan kedua-dua belah tangannya ke
muka Shida. Selepas itu Shida tidak ingat apa-apa lagi.
Shida tersedar apabila Aqram mengejutkannya daripada tidur dan
menyatakan sudah jam _____ petang. Aqram menyuruh Shida
_______________________ dan akan berjumpa semula pukul 2.30 petang di
________________. Shida tidak pasti adakah benar Alia ada memanggilnya
tadi ataupun dia bermimpi.  
Petang itu, di bilik Farisha. Shida mendapati Aqram, Dr Maxi dan
Khairul Anwar sudah menunggunya. Dr Maxi memulakan penerangan dan
meminta Shida menggantikan tempat Farisha. Shida terkejut kerana dia
bukanlah seorang yang pakar dalam bidang __________. Dr Maxi
menenangkan Shida dan memintanya hanya mengikut arahan. Shida akan
dibawa ke alam bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Situasi yang
mereka saksikan adalah agak aneh. Pergerakan tubuh Shida menunjukkan
seolah-olah dia mengalami mimpi __________. Suis dimatikan dan sesi
ditamatkan apabila Shida mula membantingkan tubuhnya ke kiri dan ke
kanan.

Bab 11
Azraai melawat Farisha di _________. Farisha ingin tahu nama ibu
kandungnya. Ibu kandungnya bernama _________, wanita Portugal. Tiada
rekod tentang nama bapa kandungnya. Farisha bersyukur kerana dia
diserahkan dan membesar dalam keluarga Islam.
Perbualan dua beradik terganggu apabila Farisha mengatakan dia
bertemu ibunya dalam tidurnya. Azraai terkejut lantas menyatakan Farisha
dalam bahaya dan perlu dibawa keluar segera. Farisha ingin bertanya lanjut
tetapi dia tahu abangnya tidak suka dibangkang atau dipersoalkan. Azraai
membawa adiknya jauh dari Kuala Lumpur. Mungkin ke ________.
Dalam perjalanan, Azraai menerangkan sebab-sebab dia tidak
membenarkan Farisha bertemu dengan ibunya. Ibu bapa Farisha merupakan
orang yang sangat taksub dengan sains dan sanggup mengorbankan anak
sendiri demi sains.
Pada masa yang sama di pejabat Farisha, Shida sedang meronta-ronta
dan berguling-guling di lantai. Nafasnya kencang dan matanya terbelalak
beberapa ketika. Karl telah menguasai jasad Shida. Perdebatan berlaku
antara Karl dengan Dr Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Karl tidak mahu
Shida menggantikan tempat Farisha. Farisha perlu dibawa segera ke
____________.
Sementara itu, dalam perjalanan Farisha mengaduh kesakitan. Dia
minta abangnya mencara ubat di dalam begnya. Ketika itu juga cermin
kereta mereka diketuk oleh dua lelaki berkaca mata hitam.  Azraai terpaksa
membuka cermin tingkap apabila mereka mengacukan ______________ ke
muka Azraai. Dua lelaki itu membawa lari Farisha.

Bab 12
Azraai mulai cemas apabila Farisha ______________. Dia
menghubungi Rosman untuk membantunya. Azraai tidak sempat untuk
menjelaskan situasi sebenar kepada Rosman yang kebingungan. Mereka terus
memecut kereta menuju ke ____________.
Dua lelaki yang menculik Farisha ialah ________ dan ________.
Mereka berdua merupakan _____________ Marilyn, ibu kandung Farisha.
Dalam kereta, Farisha masih pengsan. Marilyn cuba berhubung dengan
anaknya secara bawah sedar. Perbualan itu dirakamkan. Dalam perbualan
itu, Farisha meronta-ronta dan tidak mahu berjumpa dengan ibunya.
Sementara itu, di pejabat Farisha keadaan Shida agak terkawal.
Namun ingatannya terganggu dan bercampur aduk dengan ingatan Karl. Karl
telah memindahkan ingatannya selama _____ tahun ke dalam otak Shida.
Alia berbual-bual dengan Shida. Alia dahulunya ialah _________ Karl
bernama Rusmina. Dia menjadi isteri derhaka kerana tidak mahu mengikut
Karl meninggalkan agama. Karl menyeksanya sehingga __________. Walau
bagaimanapun, Rusmina tidak dibiarkan mati. Sebaliknya Rusmina diberikan
nyawa baharu, wajah baharu dan personaliti baharu yang dikenali sebagai
Alia.  

Bab 13
Dr _______, doktor yang merawat Karl memaklumkan keadaan Karl
kurang stabil. Aqram meminta beberapa minit lagi untuk menamatkan sesi
komunikasi bawah sedar antara _____ dan Karl. Alia menyedari Karl telah
menguasai tubuh Shida. Karl ( dalam tubuh Shida ) minta agar ikatan
tangannya dibuka kerana dia telah mendapat ilham untuk menghapuskan
_______ yang menyerang Dinara. Jari jemari Shida pantas menari-nari
menaipkan beberapa baris program di terminal ____________. Belum selesai
tugasnya, tiba-tiba datang seorang wanita dan dua lelaki berdiri di muka
pintu. Medina?! Dr Maxi dan Alia terkejut.
Shida menghentikan tugasnya menyahaktif virus dan terpaksa
berdepan dengan Medina. Farisha yang tidak tahu apa telah berlaku,
terkejut dengan suara Shida yang berubah. Farisha turut tertanya-tanya
kenapa orang di pejabat itu memanggil ibunya ‘ Medina’. Medina @ Marilyn
membuka rahsia ______ tahun lalu. Karl ialah bapa ___________ Farisha.
Sejak Farisha kecil, bapanya telah menanam ________ beberapa kali di
dalam tubuh Farisha tanpa ubat bius. Farisha juga telah diberikan berjenis-
jenis ubat untuk menjadikannya kanak-kanak _______. Kaki Farisha longlai
apabila mengetahui kebenaran asal usul dirinya.
Dalam keadaan tegang itu, Dr Maxi menerima panggilan daripada Dr
Haris yang mengatakan Karl sedang nazak. Aqram dan Khairul Anwar
menamatkan sesi Shida dan Karl. Medina membentak agar diberikan peluang
bercakap dengan Karl. Dia tidak tahu Karl sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah agam Karl, di ___________. Keadaan
semakin genting, Farisha minta penjelasan daripada Aqram.

Bab 14
Farisha berdepan dengan saat-saat yang paling hiba. Dia akan
bertemu dengan ayah kandungnya dalam keadaan yang tidak dijangka. Karl
terbaring dan aktiviti otaknya semakin menurun.  Setiap orang diberikan
peluang untuk bertemu secara berseorangan dengan Karl. Tepat jam 7
malam, Karl menghembuskan nafasnya. Alia meraung, Medina hanya
teresak-esak. Farisha hanya terkedu.
Wasiat terakhir Karl, agar mayatnya dibakar dan abunya ditabur di
_____________. Selepas Subuh hari Ahad, upacara itu disempurnakan oleh
berpuluh-puluh orang pekerja ________. Farisha berasakan cinta Medina dan
Karl sungguh aneh, walaupun bersaing dan salinh mencabar tetapi Medina
masih sayang akan Karl.
Dalam perjalanan pulang dari upacara itu, Aqram beriringan dengan
Shida dan Farisha. Tetapi Aqram dan Farisha berasa pelik dengan sikap
_______. Dia mula berfalsafah  seperti Karl. Aqram berasa sesuatu yang
tidak kena kerana tiba-tiba Shida ketawa panjang dan garau. Aqram
merenung tepat ke mata Shida dan mendapati Karl berada di dalam tubuh
Shida. Farisha berlari ketakutan dan mendapatkan Medina.

Anda mungkin juga menyukai