Anda di halaman 1dari 3

KISAH PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang;

Ada isteri dibunuh

Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin

Sauh dilabuh bayu berpuput

Ada rumah bertandang duduk

Aduhai malang Pak Kaduk.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,
barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa serta hadirin sekalian.
Apa khabar kawan-kawan? Moga sihat hendaknya...Kawan-kawan kenal Pak
Kaduk? Kalau belum kenal, dengarkanlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk
‘Pak Kaduk’.

Tersebutlah kisah seorang lelaki yang bernama Pak Kaduk. Pak Kaduk. Pak
Kaduk tinggal di negeri yang bernama Chempaka Sari. Negeri Chempaka Sari
diperintah oleh Raja Indera Sari yang sangat gemar menyabung ayam. Pada suatu
hari, Raja Indera Sari mahu mengadakan pesta menyabung ayam. Pak Kaduk yang
mendengar berita itu hendak mengambil bahagian dalam pesta itu. Penduduk sering
berkata ayam sabung Pak Kaduk, Biring Si Kunani itu bertuah dan ayam itu pasti
menjadi juara.
Sebelum ke pesta itu, Pak Kaduk membeli kertas dan menyuruh isterinya
membuat baju dan seluar untuk ke pesta itu. Walaupun Pak Kadok miskin tetapi dia
tetap suka bergaya. Mak Siti segera menggunting baju dan seluar kertas itu. “Tak
usahlah dijahit, pakai pelekat saja,” kata Pak Kaduk.

Mak Siti mengikut sahaja kata suaminya itu dan selepas siap Pak Kaduk pun
memakai baju dan seluar kertas itu. Pak Kaduk nampak bergaya sekali dan tampak
kacak seperti juara yang mahir dalam hal sabung-menyabung ayam. Pak Kaduk
menangkap ayamnya Biring Si Kunani dan menuju ke gelanggang raja untuk
menyabung ayam dengan raja.

Sebelum perlawanan dimulakan, Pak Kaduk pun dititah mengadap raja. Baginda
bertitah;

“Hai Pak Kaduk, mari kita bertukar ayam. Ambillah ayam beta ini, elok, cuba
lihat romannya jalak putih mata, dan ayam Pak Kaduk, Biring Si Kunani sahaja tiada
berapa tuahnya,” titah baginda pula. Pak Kaduk terharu mendengar kata-kata
baginda itu maka tanpa berfikir panjang Pak Kaduk pun setuju bertukar ayam
dengan baginda raja.

Maka titah baginda, "Hai Pak Kaduk, apakah yang akan kamu pertaruhkan?”
Pak Kaduk pun berkata, "Ampun Tuanku patik bukannya berharta yang patik ada
cuma perkampungan patik saja. Maka jika tidak keberatan izinkan patik gadaikan
kampung untuk taruhan kali ni."

Baginda pun bersetuju dengan taruhan Pak Kaduk itu. Masing-masing pun
melepaskan ayam. Pertarungan antara Biring Si Kunani dan Jalak Putih dengan
sengit sekali. Jalak Putih cuba untuk membalas serangan daripada Biring Si Kunani
tetapi tewas juga, Jalak Putih tersungkur di tengah gelanggang.

Melihat situasi tersebut Pak Kaduk bersorak sambil melompat-lompat. Pak


Kadok terlupa yang dia telah bertukar ayam dengan ayam raja dan kerana
melompat-lompat, baju dan seluar kertas Pak Kaduk habis terkoyak.
Orang ramai menjadi riuh-rendah melihat Pak Kadok bertelanjang di tengah
gelanggang dan kerana berasa amat malu Pak Kaduk terus berlari pulang ke
rumahnya

“Malang Pak Kadok, ayam menang, kampung tergadai!” baginda titah.

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita hendaklah berfikir dahulu sebelum
membuat sesuatu keputusan dan hindarilah sikap suka berjudi kerana tidak
mendatangkan sebarang keuntungan. Oleh itu, kawan-kawan jangan jadi seperti
Pak Kaduk ya.

Anda mungkin juga menyukai