Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera...

Sekalung budi buat pengacara, para guru yang bijak berkarisma


seterusnya hadirin hadirat yang ceria.

Hai kawan-kawan ..Nama saya ...............................

Pada Dengarkanlah dengarkanlah


zaman dahulu, Pak Kadokcerita saya
dan isterinya tinggal di sebuah
Nasib Pak Kadok, tajuk dibawa....
negeri yang dipanggil Cempaka Sari. Rajanya bergelar Raja Indera
Sari. Raja Indera Sari suka membela ayam sabung. Baginda ingin
mempamerkan kejaguhan ayamnya. Baginda ingin melihat ayam
siapa yang paling kuat di negerinya itu.

Khabar itu didengar oleh Pak Kadok. Pak Kadok pun bercita-
cita untuk menyabung ayamnya dengan ayam raja. ‘Ayam aku,
Biring Si Kunani ini ayam yang bertuah. Kalau lawan pasti menang,”
fikir Pak Kadok. Setiap hari, Pak Kadok melatih Biring Si Kunani
bersabung sambil menyanyi..

Biring kau memang kuat


Tajimu hebat gerakmu cepat
Duit yang banyak pasti ku dapat
Pak Kadok tidak sabar menunggu hari bersabung ayam. Hari
itu pasti istimewa baginya. Biring Si Kunani juga diberi makanan
yang berzat.

Hari yang ditunggu-tunggu itu sudah hampir tiba. Pak Kadok


pun mula berangan-angan yang ayam kepunyaannya akan menjadi
juara. Pak Kadok tahu syarat menyabung ayam itu mesti ada
taruhan. Tanpa berfikir panjang, Pak Kadok pun bercadang untuk
mempertaruhkan rumahnya.

Kawan-kawan, kitamemakai
Pak Kadok mahu mesti berfikir
bajupanjang supaya
baharu untuk tidak
menyabung
ayammenyesal
itu nanti. kemudian hari.
Lantas, dia pergi ke pekan untuk membeli kain.
Setelah puas memilih, Pak Kadok akhirnya membeli kertas bewarna
merah.

Sampai di rumah Pak Kadok menyuruh isterinya membuat


sepasang baju Melayu.

Digunting-gunting dilekat-lekat
Kertas warna merah menjadi bajunya
Baju dipakai pergi menyabung
Segaknya oh Pak Kadok
Pak Kadok kelihatan gagah umpama juara dalam sabung-
menyabung ayam. Pak Kadok pun menuju istana bersama-sama
Biring Si Kunani. Sampai sahaja di istana, Pak Kadok telah disapa
oleh Raja. Pak Kadok telah mempertaruhkan rumahnya sebagai
galang ganti dalam pertandingan sabung ayam.

Raja Indera Sari memerhati Biring Si Kunani. Baginda tahu


ayam jantan Pak Kadok ayam bertuah. Baginda berminat pada
ayam Pak Kadok itu. Lalu Raja Indera Sari pun membuat helah.
Baginda memuji kejaguhan ayam baginda si Jalak elok berbanding
ayam Pak Kadok yang belum tahu tuahnya. Tanpa berfikir panjang
Pak Kadok pun bersetuju untuk bertukar ayamnya dengan ayam
Raja. Kedua-dua ayam, Si Jalak dan Biring Si Kunani pun
dilepaskan ke gelanggang. Seperti yang sudah diduga, Biring Si
Kunani telah menang.

Ingat
Pakkawan-kawan, kita jangan
Kadok pun melompat danmudah terpengaruh
bertepuk dengan
tangan kegembiraan.
Diapujian. Takut
lupa yang nantiSimerana
Biring Kunanidiri.
bukan ayamnya lagi. Dia melompat
terlalu kuat hingga baju kertasnya koyak rabak. Orang ramai
bersorak melihat baju Pak Kadok terkoyak. Hahahahaha.....Pak
Kadok terus berlari pulang ke rumah yang bukan lagi miliknya.
Isterinya sedih dan menyatakan nasi sudah menjadi bubur. Pak
Kadok amat menyesali perbuatannya itu. Bak kata pepatah
“menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna”.
Liumber

Aduhai malang nasib Pak Kadok


Ayamnya menang rumah tergadai
Sungguh menyesal tidak terkata

Sebabkan tamak badan merana...

Sekian wasalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh dan


salam sejahtera...
,aoa

Tajuk : Pak Kadok

Cerita diolah semula oleh : Muhibah Ayob

Ilustrasi disediakan oleh : Zafar Aliff Zafaruddin

Terbitan : Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kuala Lumpur 2009

Sumber : Kedai Buku Dewan Bahasa Dan Pustaka

Cetakan Pertama : 2009

ISBN : 978-983-46-0337-3

Folk Literature, Malay.

Dicetak oleh : Dawama Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai