Anda di halaman 1dari 2

IKAN BERSISIK EMAS

ASSALAMUALAIKUM KAWAN-KAWAN

Kolek berkolek ke dada laut

Deru kucah ombak berombak

Laut ke laut tempat berpaut

Nelayan hidup dilambung ombak

Berhadapan Laut Cina Selatan tinggal sepasang suami isteri, Pak Lamat dan
Mak Andau. Pak Lamat seorang nelayan miskin yang baik hati sementara Mak Andau
sangat garang dan selalu mengherdinya. Sedahlah hidupnya miskin, tidak dikurniakan
anak pula. Namun pak lamat tetap redha dengan nasib dirinya.

Cuaca pada hari itu sangat baik. Awan di dada langit bergumpal indah. Angin
sepoi-sepoi bahasa. Seperti biasa Pak Lamat turun ke laut. Dia sentiasa berdoa agar
usahanya mendapat hasil. Cusss kedengaran bunyi jala ditebarkan Pak Lamat.
Setelah beberapa lama menunggu dia terasa jalanya direntap sesuatu. Tanpa
berlengah Pak Lamat menarik jala buruknya ke permukaan air. Alangkah gembiranya
apabila mendapati seekor ikan bersisik keemasan tersangkut pada jalanya.

Tiba-tiba kedengaran satu suara meminta tolong. Alangkah terkejutnya Pak


Lamat, rupa-rupanya ikan itu boleh berkata-kata. Ikan bersisik emas merayu kepada
Pak Lamat minta dilepaskan. Tidak sampai rasa di hati, permintaan si ikan, Pak Lamat
turuti. Kerana rasa terhutang, nelayan disuruh meminta apa yang dihajati. Pak Lamat
tidak bersikap tamak, hanya 4 ekor ikan kecil yang diminta segera ditunaikan. Ikan
bersisik emas berpesan kepada PakLlamat supaya datang kembali sekiranya
memerlukan bantuan.

Pak Lamat segera pulang dan menceritakan kejadian di laut kepada Mak
Andau. Apa lagi bertubi-tubilah herdikan Mak Andau menerjah ke telinganya. Hai Pak
Lamat pun satu, apalah faedahnya bercerita kepada Mak Andau. Tetapi sudah
menjadi adab berumahtangga, segala cerita suka mahu pun duka pasti ingin dikongsi
bersama. Dengan perasaan tamak haloba, Mak Andau menyuruh suaminya ke tempat
ikan yang diceritakan agar membuat permintaan. Pak Lamat segera menurut perintah
isterinya. Sampai ke tempat yang dituju, Pak Lamat segera memberitahu bahawa
isterinya inginkan sebuah rumah yang besar dan cantik. Ikan bersisik emas bersetuju
memenuhi permintaannya.

Sekembalinya ke rumah, nelayan sangat gembira melihat pondoknya telah


bertukar menjadi sebuah rumah yang besar dan cantik. Tetapi belum sempat Pak
Lamat masuk ke rumah, Mak Andau keluar dengan perasaan tidak berpuas hati dan
menyuruh Pak Lamat pergi berjumpa ikan bersisik emas semula. Dia mahukan
sebuah istana. Pak Lamat cuba menasihati isterinya agar bersyukur dengan apa yang
diperolehi, tetapi Mak Andau sedikit pun tidak mengendahkannya. Itulah Pak Samat,
sedari dulu terlalu sangat mengikut apa saja kemahuan isteri. Dia sekali lagi
menyampaikan hasrat Mak Andau. Kali ini juga ikan bersisik emas berjanji memenuhi
hasratnya. Mak Andau tersenyum lebar lagak permaisuri. Kali ini Pak Lamat tidak
diherdiknya lagi kerana istana yang dihajati sudah diperolehi.

Kawan-kawan nak tahu, dasar manusia yang tidak pernah puas hati dengan
apa yang ada. Keesokkan harinya Mak Andau sekali lagi menyusruh Pak Lamat
membuat permintaan. Mak Andau semakin keterlaluan, kata-kata nasihat Pak Lamat
umpama mencurah air ke daun keladi. Tidak tahan dengan sikap isterinya, Pak Lamat
berlari ke tepi pantai dan memanggil ikan bersisik emas. Pak Lamat tunduk malu
memberitahu bahawa isterinya inginkan kuasa yang dapat menahan matahari dan
bulan.

Ya isteri Pak Lamat memang sudah melampau. Sifat tamak dan angkuhnya
telah mengundang kemarahan ikan bersisik emas, lalu ditraiknya kembali apa yang
telah diberikan kepada keluarga nelayan yang miskin itu.

Ya, kawan-kawan setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Janganlah kita
lupa di mana tempat kita bermula. Hindarilah sifat tamak dan mementingkan diri
sendiri. Hormatilah perasaan orang lain serta berazam, memperbaiki diri menuju
kajayaan yang diredai.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai