Anda di halaman 1dari 1

Penebang Kayu dengan Anaknya

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang
akan saya sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.
Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin . Penebang
kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu
hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan
membiarkannya tinggal di situ.
Bagaimana nanti kalau jiran tetangga kita menanya tentang ayah? tanya isteri
penebang kayu.
Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan sisa-sisa
hidupnya, kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa
percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.
Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli sebuah bakul yang
besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan bapanya ke
dalam bakul tersebut.
Apa yang kamu cuba lakukan? tanya bapanya.
Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa
sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga
dengan baik, kata penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua itu
berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya
berjalan kearah hutan.
Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak penebang
kayu itu menjerit, Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!
Mengapa? tanya penebang kayu itu kehairanan.
Ayah, kata anak penebang kayu itu dengan lembut, Apabila ayah tua kelak, saya
akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.
Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia tunduk sambil
berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata kepada anaknya. Marilah kita pulang
ke rumah.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai