Anda di halaman 1dari 2

Kata Hubung

Manakala menunjukkan sesuatu yang


berlawanan. lebih 1 orang
Ali membaca buku manakala adik tidur.
Abu bermain wau manakala Ali bermain
gasing.
Kakak sedang memasak manakala adik
mengemop lantai
Sementara menunjukkan dua perkara berlaku
serentak. (Satu orang sahaja)
Ali membaca buku sementara menunggu bas.
Ayah membaca surat khabar sementara
menunggu isteri memasak.


Sambil menunjukkan dua aktiviti dilakukan
serentak.
Duduk sambil membaca surat khabar.
Berjalan sambil minum Cola.
Mandi sambil menyanyi.

Lalu menunjukkan dua perkara dilakukan
berturut-turut.
Tutup lampu lalu tidur
Mengambil galah lalu menjolok
buah mangga
Mengutip daun kering lalu dimasukkan ke
dalam beg plastik.

Supaya/agar menunjukkan tujuan
membubuh baja agar pokok itu cepat
membesar
bersenam supaya badan sihat
Mencuci tangan supaya tidak dijangkiti
penyakit
Kerana menunjukkan sebab
tidak hadir ke sekolah kerana deman.
Menangis kerana ditumbuk
Sedih kerana mendapat keputusan yang
teruk.


Kata Hubung

Walaupun menunjukkan pertentangan
maklumat
Walaupun sudah larut malam, dia masih
juga menonton televisyen.
Anita gemar membaca walaupun kawan-
kawannya lebih suka bermain.
Tetapi menunjukkan pertentangan maklumat
Budak itu pandai tetapi malas.
Anita suka membaca tetapi dia benci menulis
karangan.

Jika/ kalau/sekiranya menunjukkan syarat
Saya akan pergi ke zoo jika ibu
mengizinkan.
Saya akan terbang di langit jika mempunyai
sayap.


Semasa/ ketika/apabila/Tatkala menunjukkan
masa
Murid berdiri tegak semasa lagu negaraku
dinyanyikan.

Polis meniup wisel semasa mengawal
kesesakan lalu lintas.

Anda mungkin juga menyukai