Anda di halaman 1dari 2

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
2. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
(a) tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.
Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.
ii. Borang itu perlu anda isi.
(b) berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh serta
kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
4. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Pertama
(a) Saya mencuci kasut sekolah. (a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Kita menerima keputusan itu. (b) Keputusan itu kita terima.
(c) Aku akan memetik bunga itu. (c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu. (d) Jadual itu sudah kami susun.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Kedua
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu. (a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu. (b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya. (c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu. (d) Kereta itu perlu kamu baiki.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Ketiga
(a) Mereka mengecat bangunan. (a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar. (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur. (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
(d) Dia sedang menjahit baju. supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.
Ayat Aktif Ayat Pasif
LATIHAN 1. Ali membaca buku itu. Buku itu dibaca oleh Ali.
2. Ibu memasak nasi lemak. Nasi lemak dimasak oleh ibu.
3. Kita mesti mendengar nasihat Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
guru kita. Adiknya dipukul dengan kuat oleh
4. Salmah memukul adiknya Salmah.
dengan kuat. Kerusi patah dibawa oleh Yusof
5. Yusof membawa kerusi patah.
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.
1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya.

2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang
tersebut.

3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu.

4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.


Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.


Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.


1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.
Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.
2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.
Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut.
3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.
4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.
Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham
tersebut.
5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.
Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas
plastik.

Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif.


1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi negara yang sedang
menghadapi kemelut ekonomi.
2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi menarik penyertaan orang
ramai.
3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi memudahkan keluarga yang
menetap di situ.

4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di Kuala Lumpur.

5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagi semua mata pelajaran teras.

6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan pada akhir bulan itu.

7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabila dia lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan itu.

8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera, Indonesia
pada sekitar tahun 1520'an.

9. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga diskaun sehingga 50 peratus
oleh pemilik pusat terbabit.

10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihak kerajaan bagi memacu
pendapatan golongan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai