Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK

KEM TERENDAK
76200 MELAKA
Telefon : 06-3571126
Tel/fax : 06-3573775
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Kami : SMKKT.700-15/12 ( )
Ruj. Tuan :
Tarikh :

Kepada,

Yang Berbahagia,
Pegawai Memerintah,
Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja Para,
76200 Kem Terendak,
Melaka.

Yang Berbahagia Tuan,

MEMOHON BANTUAN KHEMAH SEMPENA KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK KEM TERENDAK
TAHUN 2020

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan SMK Kem Terendak akan mengadakan acara merentas desa
pada ketetapan berikut:

Tarikh : 31 Januari 2020 (Jumaat)


Masa : 8.00 petang – 10.00 pagi

3. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memberi bantuan khemah sebanyak dua (2) buah
bagi kegunaan ajk-ajk bertugas sepanjang acara ini berlangsung. Diharapkan juga pihak tuan dapat
memasang khemah ini selewat-lewatnya pada petang hari Khamis 30 Januari 2020.

4. Semoga kerjasama dari pihak tuan dapat melancarkan lagi perjalanan program ini. Pihak tuan
boleh berhubung dengan En.Norafif bin M.Amin (014-6627950) bagi sebarang makluman dan
pertanyaan.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Sk : Markas Garison 3 Divisyen


: Markas 10 Briged Para

“Melaka Berwibawa”
“Pintar, Hijau, Bersih”
“Pendidikan Berkusliti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

Anda mungkin juga menyukai