Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PIBG Sek. Jen. Keb. (Tamil) Air Kuning Selatan


73200 Gemencheh,Tel / Fax : 06-447 9529
Negeri Sembilan Darul Khusus.Email : NBD5032@moe.gov.my

Tarikh : 20 JULAI 2023


Kepada,
YB TUAN VEERAPAN A/L SUPERMANIAM
PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK KESIHATAN,
ALAM SEKITAR KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN,
EXCO & ADUN REPAH,
Tingkat1. Blok C, Wisma Negeri,
70503 Seremban,
Negeri Sembilan.

Tuan YB,

Per : MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN DAN KHEMAH BAGI PERKHEMAHAN


PENGAKAP SEKOLAH TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya Pengerusi PIBG SJKT Air Kuning Selatan ingin memohon sumbangan berbentuk
kewangan/khemah untuk Perkhemahan Pengakap Sekolah Tahun 2023.

3. Untuk makluman, dana yang ada setakat ini belum mencukupi untuk menjalankan program -
program sekolah. Khemah yang sedia ada untuk aktiviti perkhemahan telah rosak. Sumbangan ini
turut akan digunakan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

4. Di sini saya lampirkan kertas kerja untuk permohonan tersebut.

5. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak Tuan dapat menghulurkan sumbangan bagi
menampung perbelanjaan untuk menjayakan program tersebut. Sumbangan boleh diserahkan seperti
berikut :
i. Kewangan/Cek : PIBG SJK TAMIL AIR KUNING SELATAN
No Akaun : 005091501172

6. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi En.Ragupathi (Tel:017-3252614) atau


Bendahari Pn.N.Kogila (Tel:010-5604542).

Segala kerjasama dan keprihatinan Tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

...........................................................

Anda mungkin juga menyukai