Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN MUADZAM JAYA

26700 MUADZAM SHAH


PAHANG
TEL : 09 4526257
FAX : 09-4526255
_____________________________________________________________________________
Ruj Kami : CBA8036.100-18/1/1 ( )
Tarikh : 02 OKTOBER 2015

Kepada :

Ustaz Muhammad Safri bin Ibrahim,


SK Bukit Ridan
26700 Muadzam Shah, Pahang

Melalui dan Salinan,

Guru Besar
SK Bukit Ridan
26700 Muadzam Shah, Pahang

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Muadzam Jaya, Muadzam Shah akan menganjurkan


Program Kem Ibadah yang akan melibatkan murid Tahun 6. Program ini bertujuan untuk memberi
kefahaman serta pendedahan kepada murid-murid tentang perkara-perkara asas yang terdapat
dalam pengurusan jenazah dari sudut teori dan amali.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat
menyampaikan ceramah berkenaan. Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 09 Oktober 2015 (Jumaat)


Masa : 8.00 pagi 12.00 tengahari.
Tempat : Dewan Terbuka SK Muadzam Jaya

4. Kerjasama dan sokong bantu pihak tuan amatlah kami hargai. Semoga majlis ini dapat
memberi ilmu yang bermanfaat dan berguna untuk anak bangsa kita.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

…………………………………..
( MAHAMAD NORIZAN BIN MUSA )
Guru Besar
SK Muadzam Jaya

s.k fail

Anda mungkin juga menyukai