Anda di halaman 1dari 3

KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL (KSKM)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


CAWANGAN PERAK
D/A SMK KG. DATO’ AHMAD SAID, LEBUH RAJAWALI, 30020 IPOH, PERAK.
No. Pendaftaran: 369 perakkskm@gmail.com 012-5622936
Bergabung dengan Cuepacs

Ruj. Tuan :
Rujukan Kami : bil (82)dlm.KSKM.Prk/02/2020
Tarikh : 19 Februari 2020

SEPERTI SENARAI EDARAN

Melalui,

PENGETUA
NEGERI PERAK

Tuan,

BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN (KIMIA) PEMBANTU MAKMAL.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan perhatian tuan.

2. Untuk makluman tuan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Kesatuan
Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Kementerian Pendidikan Semenanjung Malaysia Cawangan
Negeri Perak telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Jurulatih Utama Pembantu Makmal
(Fasa 1) Jabatan Pendidikan Negeri Perak pada 28-29 Januari 2020 di Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri Perak. Bengkel itu juga turut dihadiri oleh Penolong Setiausaha, Bahagian
Pembangunan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Hasil daripada bengkel itu, pihak BPSM Kementerian Pendidikan Malaysia telah meminta
pihak Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Cawangan Negeri Perak untuk membina dan
menyiapkan modul latihan yang khusus untuk pembantu makmal di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia. Modul latihan itu juga akan digunapakai di seluruh Malaysia.

4. Justeru itu, pihak KSKM Cawangan Negeri Perak sedang menyiapkan dan merangka modul
latihan tersebut. Untuk tujuan itu, tuan telah dijemput dan terpilih untuk menghadiri Bengkel
Pembangunan Modul Latihan (Kimia) Pembantu Makmal yang akan diadakan seperti ketetapan
berikut:

Tarikh : 24 Februari 2020 (Isnin)


Masa : 8 pagi – 5 petang
Tempat : Pejabat CUEPACS Perak, No 8 & 8A, Jalan Medan Istana,
Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh Perak
5. Pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk memberi pelepasan kepada pegawai yang
berkenaan untuk menghadiri bengkel tersebut.

Perhatian, kerjasama dan jasa baik yang pihak tuan berikan, saya dahului dengann ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih

“KERJASAMA KUKUH DAN MAJU”

Saya yang menjalankan amanah

Zuriati Noor Fatihah binti Dollah


Setiausaha
Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM)
Kementerian Pendidikan Semenanjung Malaysia
Cawangan Perak

Sk Fail
Pengerusi KSKM
SU KSKM
SENARAI EDARAN

BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN (KIMIA) PEMBANTU MAKMAL.

Tarikh : 24 Februari 2020 (Isnin)


Masa : 8 pagi – 5 petang
Tempat : Pejabat CUEPACS Perak, No 8 & 8A, Jalan Medan Istana,
Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh Perak

BIL. NAMA PESERTA MELALUI NAMA SEKOLAH

1 MOHD FAIRUZ HISHAM BIN HASHIM GHANI PENGETUA SMK KG DATO' AHMAD SAID

2 SHAMSHUL BIN MUSTAFA PENGETUA SMK PUSING

3 ZAIRIN ALFARI BINTI ISHAK PENGETUA SMK PUSING

SMK MUHIBBAH @ SEKOLAH


4 ZURIATI NOOR FATIHAH BINTI DOLLAH PENGETUA
SENI MALAYSIA PERAK

5 ZHAHARUDDIN BIN MD ALI PENGETUA SMJK SAM TET

6 SABRI BIN ABU HANIPAH PENGETUA SMK AYER TAWAR

7 ANUAR AHMAD BIN NAZEER AHMAD PENGETUA SMK JALAN TASEK

8 ABD ZAHIB BIN MOHD TERMIZI PENGETUA SMK SLIM

9 NOOR ASIMAH BINTI ABU HASSAN PENGETUA SMK AHMAD BOESTAMAM

Anda mungkin juga menyukai