Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SMK SERI MEDAN


Jalan Parit Haji Arif Tel : 07- 4850243
83400 Sri Medan Faks : 07- 4859343
Batu Pahat, Johor Emel : smkserimedan@gmail.com

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : JEA0014/300-1/2/4
Tarikh : MEI 2017

Ketua Unit ICT,


Bahagan Teknologi Pendidikan Negeri Johor,
Jalan Hang Jebat,
Taman Skudai Baru,
81300 Skudai, Johor.

Tuan,

PERMOHONAN PERALATAN ICT

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan SMK Seri Medan sekolah Gred A, sekolah luar Bandar, yang
mempunyai pelajar seramai 1373 orang. Memandangkan jumlah pelajar yang sedia ada,
tambahan pula mata pelajaran ICTL telah diajar mulai pelajar Tingkatan 1, bilangan
peralatan ICT yang sediada, tidak dapat menampung proses Pengajaran & pembelajaran
berjalan dengan lancar. Pada tahun 2015, sebanyak 10 buah laptop telah diterima, tetapi
telah diagihkan ke kelas PPKI. Memandangkan peralatan ICT yang sedia ada tidak
mencukupi untuk tujuan tersebut, kami mohon penambahan peralatan-peralatan berikut
untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

2.1 LCD - 5 buah


2.2 Netbook - 82 buah
2.3 Printer - 2 buah
2.4 Scanner - 2 buah

3. Sekian semoga permohonan kami ini dalam makluman dan tindakan pihak tuan
selanjutnya.

Sekian,terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

NORIHA BINTI AHEM


Pengetua,
SMK Seri Medan,
Batu Pahat.

Sk: PKG Seri Medan.

SINERGI MEMACU TRANSFORMASI

CERTIFIED TO ISO 9001:2008 CERTIFIED TO ISO 9001:2008


CERT. NO. : AR 4166 CERT. NO. : AR 4166
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SMK SERI MEDAN
Jalan Parit Haji Arif Tel : 07- 4850243
83400 Sri Medan Faks : 07- 4859343
Batu Pahat, Johor Emel : smkserimedan@gmail.com

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : JEA0014/300-2/4
Tarikh : MEI 2017

Ketua Unit ICT,


Bahagan Teknologi Pendidikan Negeri Johor,
Jalan Hang Jebat,
Taman Skudai Baru,
81300 Skudai, Johor.

Tuan,

PERMOHONAN PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan ada 40 buah CPU di Makmal Komputer SMK Seri Medan yang
telah rosak dan memerlukan penyelenggaraan.

3. Sehubungan dengan itu, kami mohon wakil daripada

pihak tuan untuk membuat penyelenggaraan peralatan ICT tersebut.

3. Sekian semoga permohonan kami ini dalam makluman dan tindakan pihak tuan
selanjutnya.

Sekian,terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

NORIHA BINTI AHEM


Pengetua,
SMK Seri Medan,

SINERGI MEMACU TRANSFORMASI

CERTIFIED TO ISO 9001:2008 CERTIFIED TO ISO 9001:2008


CERT. NO. : AR 4166 CERT. NO. : AR 4166
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SMK SERI MEDAN
Jalan Parit Haji Arif Tel : 07- 4850243
83400 Sri Medan Faks : 07- 4859343
Batu Pahat, Johor Emel : smkserimedan@gmail.com

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh : 5hb September 2017
Kepada
Semua Ibu bapa / Penjaga
SMK Seri Medan,
83400 Batu Pahat,
Johor.

Tuan,

HARI KEUSAHAWANAN DAN KOKURIKULUM SMK SERI MEDAN TAHUN


2017

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala sukacitanya adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan


mengadakan Hari Keusahawanan dan Kokurikulum mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 9 September 2017 (Sabtu)


Tempat : SMK Seri Medan
Masa : 8.00 pagi – 3.00 petang

3. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar diminta untuk memberi sumbangan sebanyak
RM10 (kupon) dan sumbangan ikhlas daripada ibubapa / penjaga. Untuk makluman
tuan/puan, sumbangan tersebut akan digunakan untuk pembangunan sekolah khasnya
pembangunan kokurikulum bagi tahun 2018.

4. Semoga kehadiran serta sumbangan yang tuan/puan hulurkan akan dapat memberi
manfaat kepada anak-anak didik khususnya dan warga SMK Seri Medan amnya. Segala
pertanyaan boleh berhubung dengan En Saian bin Juakir (013 7734952).

Sekian , terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

........................................................
( HJH NORIHA BINTI AHEM )
Pengetua
SMK Seri Medan

SINERGI MEMACU TRANSFORMASI

CERTIFIED TO ISO 9001:2008 CERTIFIED TO ISO 9001:2008


CERT. NO. : AR 4166 CERT. NO. : AR 4166
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SMK SERI MEDAN
Jalan Parit Haji Arif Tel : 07- 4850243
83400 Sri Medan Faks : 07- 4859343
Batu Pahat, Johor Emel : smkserimedan@gmail.com

SINERGI MEMACU TRANSFORMASI

CERTIFIED TO ISO 9001:2008 CERTIFIED TO ISO 9001:2008


CERT. NO. : AR 4166 CERT. NO. : AR 4166

Anda mungkin juga menyukai