Anda di halaman 1dari 5

SMK SELANCAR,

26700 MUADZAM SHAH, PAHANG.


Tel : 09 4371357
Fax : 09 4371357

KERTAS KERJA KELAS ALAF 21

TAHUN 2014

DISEDIAKAN OLEH :

PIBG SMK SELANCAR


1.0 PENDAHULUAN

SMK Selancar mempunyai visi yang jelas iaitu Sekolah Cemerlang Menjelang 2015.
Bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memartabatkan bidang
pendidikan melalui PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2014 (PPPM), SMK
Selancar sedang berusaha untuk menjadi sebuah sekolah harian biasa antara yang tebaik di
daerah ini.

Abad Ke-21 dijangkakan akan mengalami perkembangan pesat lagi mencabar dalam
bidang ekonomi, politik dan sosial. Perkembangan ini berlaku di seluruh dunia tidak kira sama
ada di negara maju atau negara sedang membangun. Ramai pihak berpendapat bahawa
perubahan tersebut sedikit sebanyak mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan
bidang pendidikan

Sehubungan dengan itu, demi memperkasakan pendidikan sebagai pemangkin dan


pembentuk insan yang serba lengkap untuk menempuh cabaran-cabaran abad ke-21, banyak
negara, samada negara-negara maju mahupun negara membangun, membangunkan
kecanggihan ICT sebagai pencetus minda pelajar masa kini. Kecanggihan ICT melalui pelbagai
aspek, dari segi pekakasan mahupun perisian mampu menjana daya kognitif pelajar dan
kemahiran psikomotor pelajar dari pelbagai aspek. Antara ciri-ciri kelas Alaf 21

1.1 Berinformasi : iaitu berkemahiran dan bersedia untuk memberi input maklumat
di mana dan bila-bila masa sahaja.
1.2 Pengkomputeran : iaitu berkemahiran penggunaan peralatan dan perisian
komputer untuk melaksanakan tugasan dengan lebih cepat dan tepat.
1.3 Berotomasi : iaitu berkemahiran untuk berfikir secara analitik dan di luar
pemikiran biasa.

Pihak kami yakin dengan adanya kemudahan yang kondusif dapat merealisasikan cita-cita ini.
2.0 RASIONAL

2.1 Menyediakan kemudahan yang lebih baik supaya proses pembelajaran dan pengajaran
dapat dijalankan dengan lebih lancar.

2.2 Menyediakan Tranformasi menyeluruh pengurusan dan susunan bilik darjah.

3.0 OBJEKTIF

Untuk mencapai matlamat yang dinyatakan, berikut adalah objektif usaha ini:

3.1 Menyediakan kelengkapan dan peralatan yang bersesuaian dengan konsep


teknologi pengetahuan.

3.2 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

3.3 Melahirkan murid yang cintakan ilmu dan mewujudkan suasana yang lebih
menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.0 AHLI JAWATANKUASA

Ahli jawatankuasa terdiri daripada AJK PIBG sesi 2013/2014


NAMA AJK PIBG
En. Ramlan bin Md Yasin Pengetua
En. Hamdan bin Mat Arshad YDP
Pn. Suria binti Shapeei Setiausaha
Pn. Nurul Azuwa binti Mohd Arif Bendahari
En. Hasnidi Bin Hassan Disiplin
Pn. Aidawati Zaleha Binti Ismail Kaunselor
Pn. Nurul Hidayah binti Omar AJK Guru
En. Amir Marzuki bin Ismail AJK Guru
En. Nasir bin Ibrahim AJK Guru
En. Rosli bin Yaacob AJK Guru
Pn. Surayani Bin Zainuddin AJK Ibubapa
En. Mohd Rashidi bin Muslim AJK Ibubapa
En. Azmi bin Yusuf AJK Ibubapa
Pn. Salina bt Mohd Sufian AJK Ibubapa
Pn. Norhayati binti Mohd Sadiq AJK Ibubapa
Pn. Zuraini binti Mohamad AJK Ibubapa
En. Samsu Rosdi Juru Audit Dalaman
Pn. Suhana Juru Audit Dalaman

5.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN


Anggaran perbelanjaan adalah seperti berikut.

Perbelanjaan Kuantiti (RM)

Komputer 3 4500.00

(3 unit )

Pemancar LCD, speaker dan skrin layar 3 6000.00

Televisyen “ 3 6000.00

JUMLAH 16 500.00

                                     

6.0 PENUTUP

6.1 Pihak sekolah amat mengharapkan bantuan dari segi sumbangan bagi menjayakan dan
mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan agenda Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

Sekian, terima kasih.

Di sediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________ ___________________
(SURIA BINTI SHAPEEI) (ENCIK HAMDAN MAD ARSHAD)
Setiausaha PIBG YDP PIBG
SMK Selancar SMK Selancar
26700, Muadzam Shah, 26700, Muadzam Shah,
Pahang. Pahang.

Disemak oleh dan disahkan :

_________________________
(ENCIK RAMLAN BIN MD YASIN)
Pengetua
SMK Selancar
26700 Muadzam Shah,
Pahang.
Lampiran.

Anda mungkin juga menyukai