Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ MAHARAJA LELA

45800 JERAM, SELANGOR DARUL EHSAN.


NO. TEL/FAX: 03-3264 8530
KOD SEKOLAH: BBA 3004
“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
”SKDML BEBAS DARVIH”

KERTAS KERJA
PROGRAM
KECEMERLANG
”INSAN KAMIL ”
2017 - 2019

Panitia Pendidikan Agama Islam


KERTAS KERJA PROGRAM KECEMERLANGAN
SAHSIAH ”INSAN KAMIL” SKDML

1.0 Pendahuluan

Setiap tahun pihak sekolah merancang program dan aktiviti khas untuk kecemerlangan

murid-murid khasnya bagi tahun 6 yang akan menduduki UPSR. Segala program yang

dilaksanakan juga bertujuan meningkatkan tahap akhlak dan sahsiah murid-murid khususnya

di kalangan tahun 6 yang menyandang tanggungjawab besar. Perancangan program ini

bertujuan meningkatkan kualiti dari segi pencapaian 6A serta memaksimumkan prestasi

kelulusan dan peratus (%) lulus ABC murid-murid. Di samping kecemerlangan dalam

akademik, aspek kerohanian dan jasmani juga tidak diabaikan. Kecemerlangan murid-murid

dalam akademik dan sahsiah yang mulia merupakan aset penting. Mereka akan menjadi

modal insan yang sangat berguna kepada negara. Berlandaskan hakikat tersebut, seluruh

warga sekolah dengan dibantu oleh PIBG serta seluruh warga sekolah telah merancang

program utama, sampingan dan sokongan untuk mencapai aspirasi semua pihak bagi

mencapai hasrat kecemerlangan dan kejaayan murid-murid yang bakal menghadapi UPSR.

2.0 Rasional

Penekanan dalam program ini memberikan tumpuan terhadap usaha meningkatkan daya

usaha, pengetahuan, kemahiran dan kerohanian demi kecemerlangan dalam bidang

akademik dan sahsiah. Ia turut memberi peluang seluas-luasnya peluang kepada kepada

murid-murid mendapatkan pengetahuan secara langsung dan berterusan. Secara

keseluruhannya, program ini nanti dapat memberikan perhatian kepada perkembangan yang

menyeluruh dan seimbang dalam bidang intelek, rohani dan jasmani.


3.0 Matlamat

Menggalakkan murid agar mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan

terhadap pembelajaran masa kini seterusnya mengusai kemahiran asas dalam subjek yang

dipelajari. Berlandaskan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara, diharap murid-murid dapat

bergaul secara sihat, menghargai hak dan kebolehan orang lain di samping mengamalkan

semangat kerjasama dan toleransi antara satu sama lain. Pihak sekolah menaruh harapan

besar agar potensi murid dapat dikembangkan ke tahap yang paling optimum agar mereka

dapat mengenali diri masing-masing untuk berdepan yang lebih mencabar.

4.0 Objektif

1. Melahirkan calon yang berkelakuan dan berkebolehan mencapai sasaran cemerlang

khususnya UPSR.

2. Murid dapat belajar dalam kumpulan secara berkesan dalam dan luar bilik darjah.

3. Untuk mencapai sasaran peratus lulus yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

4. Melahirkan rasa akrab dan perkongsian antara murid dan guru.

5. Meningkakan mutu pembelajaran murid dan kaedah menjawab dengan lebih berkesan

dalam memperolehi pencapaian optimum.


5.1 Jawatankuasa Program Kecemerlangan UPSR

Pengerusi : En. Mohd Rozali bin Awang Soh ( Guru Besar )

Naib Pengerusi : Pn. Noriah binti Abu Bakar

Tn. Hj. Zainuddin bin Mahroni

En. Mohd Razy bin Abd. Hamid

En. Che Amaluddin bin Che Mahmood

Penyelaras ; Pn. Kamsiah binti Amat

Setiausaha : Pn. Mariyati binti Mohamad

Jawatankuasa : En. Fadzil bin Sulaiman

Pn. Norazra binti Amzah

Pn. Norhidayah binti Jaffar

Pn. Hjh. Hazura binti Saprani

Pn. Maslyza binti Aminan

Pn. Nur Fadzlina binti Abdullah @ Abd. Aziz

En. Abd. Latif bin Abdullah

Pn. Nur Zaleha binti Jamal

En. Mohd Faizal bin Abdul Manaf

Pn. Shamsila Wati binti Abd. Latif

Pn. Atiqah Syahira binti Ahmas Shukri

En. Alex Devadass a/l Ranjan Devadass

Pn. Hjh Haslina binti Mohd Baroja

Pn. Nazlina binti Hashim


6.0 Anggaran Perbelanjaan Prog. Kecemerlangan Sahsiah ”Insan Kamil SKDML 2017 – 2019”

Bil. Perkara Sasaran Jumlah

1. Program Insan Kamil UPSR 2017 241 orang murid RM 1500.00

2. Program Insan Kamil UPSR 2018 250 orang murid RM 1500.00

3. Program Insan Kamil UPSR 2019 250 orang murid RM 1500.00

7.0 Penutup

Diharap segala usaha murni pihak sekolah khususnya guru-guru tahun enam ini diberi

kemudahan dan mendapat keberkatan dari yang maha Esa. Strategi dan perancangan serta

kerjasama semua pihak khasnya pihak penaja ( TESCO ) merupakan usaha positif yang dapat

membantu meningkatkan lagi kecemerlangan murid-murid dalam akademik dan sahsiah

murid-murid.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

........................................................ ......................................

( HASLINA BINI MOHD BAROJA )

Ketua Panitia Pendidikan Islam

SKDML.

Anda mungkin juga menyukai