Anda di halaman 1dari 2

KOMSAS TING.

2 : NOVEL MENITI
IMPIAN
Sinopsis Mengisahkan kegigihan seorang remaja, Zahar, yang menjadi
pelatih di IKM dalam bidang pembuatan perabot. Zahar
merupakan seorang remaja yang amat yakin pegangan
hidupnya dan ingin berdikari dalam mencapai cita-citanya.
Perjalanan hidupnya dipenuhi pelbagai konflik tetapi dia terus
berusaha memastikankonflik yang dialami tidak menghalang
cita-citanya. Kehadiran Suhaili dan Normi di dalam hidupnya
mempertemukannya dengan konflik cinta, cemburu dan
dendam. Suhaili merupakan sahabat baiknya di bangku sekolah
seperti menghinanya kerana menyambung pelajaran di IKM
dan meninggalkannya. Norimi pula cuba memahami
keadaannya dan bersimpati tetapi agak cemburu. Dengan
keyakinan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh
serta sokongan keluarga, rakan-rakan dan pihak MARA,
akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel perabotnya sendiri.

Persoalan • Usaha yang membawa kejayaan.


• Konflik percintaan dalam kalangan remaja.

• Persahabatan yang ikhlas.

Perwatakan • Zahar
-Rajin
-Anak yang baik
-Rasional
• Pak Yusuf
-Mengambil berat
-Gigih bekerja
-Pemaaf
• Suhaili
-Mengakui kesalahan
-Memandang rendah terhadap orang lain
-Mudah berputus asa
Nilai Murni • Saling memaafkan
-Pelatih senior dan pelatih baru saling memaafkan kesalahan

ketika berlangsungnya minggu suai kenal


• Keyakinan
-Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan
dia telah berusaha dengan sebaiknya di samping restu dari
ibunya
• Keprihatinan
-Pak Yusuf mengambil berat tentang anak-anak saudaranya
dan dia berjanji untuk membantu keluarga Zahar setakat
kemampuannya

Pengajaran • Kita perlulah yakin terhadap kemampuan diri sendiri


-Pelatih-pelatih IKM diseur agar yakin dengan kemampuan
diri sendiri dan tidak mudah mengalah kepada pandangan
masyarakat.
• Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita
-Pak Yusuf sentiasa memaafkan kesalahan isterinya, Mak
Temah walaupun Mak Temah lewat menghidangkan sarapan
• Kita perlulah berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan
kemampuan diri
-Zahar dan Norimi dengan berani mendeklamasikan sajak
ciptaan mereka sendiri semasa penutup minggu suai kenal

Anda mungkin juga menyukai