Anda di halaman 1dari 67

NAKDAPAT

CEMERLANG
DALAM

"SANTAI TAPI SAMPAI"


NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM

Terbitan:
Julai 2022

Disediakan Oleh:

Danish Anas Yap Taufiq -Yap


Emel: danish.anas.yap@gmail.com

Peyunting:
Farah Hannani Yap Taufiq -Yap

Hak cipta terpelihara. Anda tidak dibenarkan


untuk menerbitkan semula risalah dalam apa-
apa bentuk, bercetak, elektronik, fotokopi dsb.
kandungan di dalam ini merupakan
perkongsian daripada pelajar SPM 2021.
ISI KANDUNGAN

Pengenalan i

Pra Kata ii

Tips SPM 1

Apa yang saya buat 18


sebelum,semasa dan selepas SPM?

Macam mana nak istiqamah? 25

Macam mana nak elak burnout? 29

Culture membandingkan diri & 32


post-exam stress.

Tips hafal last minute 36

Percaya pada diri 40

Penutup 42

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Pengenalan
danishyapp
danishyapp
danishyapp_

Assalamualaikum wbt…
Saya Danish Anas Yap, salam perkenalan !

Saya merupakan bekas pelajar SM SRI Al Amin Bangi. Saya bukanlah


pelajar cemerlang di sekolah, saya hanyalah pelajar biasa seperti yang
lain. Namun, alhamdulillah saya bersyukur dengan keputusan dan
perjalanan hidup saya.

Setiap pejalanan seseorang berbeza, ada yang dapat dahulu daripada


kita, ada yang tak dapat langsung tapi digantikan dengan perkara lain
dan ada juga yang dapat tapi belum masanya lagi. Itulah rahsia. tapi
kunci kepada kejayaan adalah TINDAKAN !

Saya bukanlah sesiapa. Tetapi anda yang membaca ini yang


membuatkan saya menjadi saya. Terima kasih kerana memuat turun
ebook ini. Saya sangat hargai.

Anda telah melakukan langkah pertama anda untuk menuju ke


menara gading ! kejayaan menanti anda di hadapan !

Assalamualaikum. Salam Hormat.

Selamat membaca !

KEEP MOVING !
#nakcemerlangspm NAK
DAPAT

#DY CEMERLANG
DALAM

i
Pra Kata
Alhamdulillah, ebook Ini merupakan ebook yang pertama
saya. Tujuan saya membuat ebook ini adalah untuk
berkongsikan Kepada pelajar SPM bagaimana untuk
meraih keputusan yang terbaik dalam SPM. Ini merupakan
tips daripada pelajar yang memperoleh keputusan yang
cemerlang.

Peluang hanya datang sekali, maka gunakan sebaik


mungkin. Jadikan ini sebagai satu ujian yang terbesar. Dan
ingat, SPM ini bukanlah segala-galanya, tapi segala-
galanya bermula dengan SPM.
Buatlah yang terbaik , banggakan ibu bapa anda dan capai
impian anda !

Setiap usaha yang kita laburkan dalam pembelajaran tidak


akan menjadi sia-sia, malah akan menjadi permata yang
bernilai dalam diri kita. Oleh itu, kutiplah ilmu sebanyak
mungkin.

Satu perkara yang saya nak kongsikan,


"Kongsikanlah ilmu kepada rakan-rakan kerana sebaik-baik
manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada
orang lain."

Penyusun
DANISH ANAS YAP TAUFIQ-YAP
Penyusun E-Book
Nak dapat cemerlang dalam SPM?

ii
USAHA TIDAK
PERNAH
MENGKHIANATI
HASIL !

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Isi di dalam ebook ini adalah 100% hasil
tulisan daripada pelajar SPM 2021.

Ebook ini akan mengandungi isi yang


sama, namun penyampaian dan juga
huraian akan berbeza mengikut
pandangan orang yang berbeza. Oleh
itu, anda mesti membacanya.

E-book ini memberikan sedikit sebanyak


idea kepada para pembaca,khususnya
kepada pelajar yang bergelar pelajar
SPM.

Moga bermanfaat !
SELAMAT MEMBACA !

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Tips SPM by Huda (Pelajar straight A+ SPM 2021)

Semasa di sekolah;

1. Fokus sepenuhnya
Perkara yang paling penting adalah jangan tidur,
bersembang, termenung dsb. kena dengar apa yang
cikgu ajar dan tulis atau underline dalam buku teks.

2. Tidak faham ?, terus tanya


Jangan malu bertanya. Boleh tanya cikgu atau kawan-
kawan, minta mereka ajarkan.

3. Bersedia sebelum masuk kelas


Bawa semua buku yang diperlukan, jangan cikgu nak
masuk baru nak cari buku dekat kelas lain dsb. bawa
buku dan alat sendiri

1
Tips SPM by Huda (Pelajar straight A+ SPM 2021)

Self Revision
1. Siapkan semua latihan yang cikgu sekolah bagi.

2. Buat semua latihan buku teks terutama matematik


tambahan dan matematik

3. Buat nota untuk subjek yang banyak fakta atau perlu


hafal contohnya sejarah dan biologi

4. Eliminate distractions
(telefon bimbit, televisyen, permainan video dsb.)

5. Waktu mengulang kaji pelajaran, anda boleh memasang


audio ayat quran, lagu, asmr dsb yang boleh bantu fokus
atau tolak kita untuk teruskan buat kerja.

6. Siapkan past year papers (jika tidak mahu, baca skema


jawapannya)

7. Untuk Biologi dan Sejarah - buat quizziz/ quiz google


form

All the best :)

2
" JIKA KAMU MENGUBAH
DIRI KAMU,
SEMUA PERKARA AKAN
BERUBAH "

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Tips SPM by Amirah (Pelajar straight As SPM 2021)

Haiii !!! First of all I wish you all the best untuk SPM semua,
bittaufiq wannajah everyone :D

Anyways....Untuk tips yang saya kongsikan ini ada beberapa perkara yang
bantu saya (perkara yang membantu saya tidak semestinya membantu
membantu anda), jadi pilih mana yang sesuai & buang mana yang tidak
berkesan)

Target utama saya dalam belajar ialah untuk work efficiently


jadi tips saya banyak target ke situ.

1.Adab
- Adab dengan guru,kawan - kawan dan ilmu tu sendiri.
- Apabila guru sedang mengajar, elakkan buku letak di atas lantai, dengar
dengan baik dan saling tolong sesama rakan jika mereka tidak faham.
- Sudah semestinya perkara wajib jaga, minta pada Allah supaya
memudahkan urusan kita nak menerima ilmu.

2.Rehat
- Pastikan cukup tidur
- Saya dulu jenis tidur lambat 12 - 1 am nak study tapi serius innefficient
sangat - sangat.
- Saya mula tidur awal 10/ 11 pm dan lagi senang nak faham apabila
belajar.latihan juga dapat buat dengan baik.
- Kalau nak qailullah (tidur sebentar) pun boleh jika sempat tetapi saya
jenis bila tidur memang tak sedar jadi saya elakkan qailullah sebab
selalu terlajak...kalau anda boleh kawal, amat digalakkan.
- Jika sedang belajar sudah berasa penat berhenti sahaja sebab kalau
sambung tidak membantu.

"listen to what your body is telling you."


pergilah buat perkara lain.

3
Tips SPM by Amirah (Pelajar straight As SPM 2021)

3.Bertanya
- Jika tidak faham terus tanya, tanya dalam kelas atau kawan.
- Kalau segan nak tanya mintak kawan tanyakan.
- Kalau malu jugak "google"(ini lagi menyusahkan,lebih baik tanya
terus pada cikgu bukan?)
- Yang penting masa itu jugak anda fahamkan kerana jikalau anda
mahu fahamkan kemudian, percayalah anda tidak akan sentuh
balik topik itu sebab banyak lagi topik lain anda hendak sentuh.

4. Latihan
- Sementara belum habis silibus : buat soalan mengikut bab
- Habis silibus : buat soalan ala - ala exam (ikut anda nak buat
buku apa, nak buat soalan trial / SPM terus pun boleh kalau ada
versi online)
- Latihan dan modul cikgu bagi semua BUAT , cuba sedaya upaya
untuk siapkan sebelum deadline sebab cikgu sudah carikan dan
sediakan soalan - soalan yang patut pelajar buat, kita hanya
tinggal buat sahaja dan takperlu untuk mencari.

itu sahaja, yang utama bagi saya, yang penting you do your best,
ups and downs tu semua orang akan ada jadi dont be too
discouraged kalau macam tengah down in studies.Just hope and
doa for the best outcome.

wishing you all the best !

4
" 1000 Langkah bermula
daripada 1 langkah yang
pertama !! "

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Tips SPM by Mustafa (Pelajar straight As SPM 2021)

Kalau tips belajar dan tips ambil periksa saya kira


dua perkara yang berbeza. Sebab saya lihat ada
sahaja rakan - rakan yang pandai dan suka belajar
tetapi dia tidak skor dalam peperiksaan. Ada juga
yang tidak pandai mana tapi peperiksaan dia skor.

1. Baca apa yang kita belajar. Jangan harap untuk


dengar dalam kelas sahaja. Kadangkala masa cikgu
ajar, kita baca sekali apa tajuk yang cikgu ajar. Baca
lepas kelas juga bagus untuk kukuhkan kefahaman.
Baca sebelum kelas perlu semangat sikit kerana
kita tidak pernah dengar atau tidak rasa menarik
sesuatu topik itu.

2. Semasa melakukan eksperimen/latihan/kerja


kursus buat yang terbaik. Sebab inilah aplikasi
yang kita akan guna & feel benda yang kita belajar.
Ini part yang paling best !

5
Tips SPM by Mustafa (Pelajar straight As SPM 2021)

3. Walaupun subjek yang kita kurang minat, cari


bahagian yang kita suka. Sudah tentu dalam topik yang
tidak suka ada juga yang boleh kita suka.

4. Yang ini tips saya belum sempat guna tapi ada senior
pernah cerita pada saya. Belajar dan pulun subjek ikut
bulan. Contoh satu bulan fokus untuk latihan matematik
sahaja , tengok betul - betul setiap bab. Bulan depan lihat
subjek lain. Mungkin bila di sekolah kita belajar semua
subjek yang jauh nak kait satu sama lain, so cara ni dapat
membantu.

Akhir sekali, untuk SPM tu kena tahu teknik jawab


insyaAllah korang boleh go. Enjoy saja perjalanan belajar
kita !

6
" 80% bagi mencapai
kejayaan adalah dengan
USAHA !! "

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Tips SPM by Hasnan (Pelajar 9A SPM 2021)

1. Distraction
It's okay to have distraction, tapi elakkan distraction yang
buat kita ketagih. For example game, anime, tiktok, reels
instagram, short youtube or any short video content.
Sebab kita tidak akan puas tengok atau main. Sedar
atau tidak sudah masuk waktu tidur. Kalau saya, saya
tengok distraction yang tidak kegatih macam video ML
Studio, video orang main game, stream. Kadang -
kadang tidak minat pun nak tengok, tetapi hanya mahu
rehatkan minda dalam 15 minit. Lepas tu sambung
belajar balik.

2. Cari cara belajar sendiri,


Lain orang lain cara.
- Kalau saya, saya prefer belajar seorang sebab pace
saya mungkin lambat sikit dari orang lain. Jadi tak
boleh nak catchup dengan orang lain
- Fokus untuk baca buku instead of buat latihan.
Ini tak semua orang bersetuju, cuma bagi saya latihan
untuk kita uji kefahaman kita tetapi jika kefahaman kita
tidak ada, buat apa hendak buat latihan? Jadi fokus
sahaja dulu baca buku, each topic, each page, each word.
Fahamkan betul - betul. Dah faham baru buat latihan.

7
Tips SPM by Hasnan (Pelajar 9A SPM 2021)

3. Fahamkan dalam kelas


Benda paling penting, once anda tidak faham satu topik,
ia boleh kacau bab yang lain. Lagi - lagi matematik
tambahan, kita akan rasa overwhelmed nak cover seorang
diri balik, rasa sudah tidak boleh nak bawa subjek
matematik tambahan. Sebab banyak sangat kita
tertinggal atau tidak faham. Tanya sahaja, jangan malu...
orang lain tidak faham juga. Jika anda tanya boleh bantu
mereka sekali.

4. Tution. Perlu atau tidak?


- Perlu kalau anda rasa dah banyak tertinggal, tak faham,
tak boleh study sendiri.
- Tak perlu kalau rasa boleh study sendiri, dah faham
cuma tinggal nak hafal sahaja (ada beza antara tidak
faham dengan tidak hafal)

5. Mula belajar dari awal


Ini serius, paling penting. Nanti masa exam, anda tak
perlu struggle nak kena cover balik semua sekaligus.
Penat, tak mampu, exhausted, effect mental health. Mula
dari awal, at least fahamkan semua topik. Tak semestinya
kena terus hafal.

8
" Melakukan tindakan
adalah keputusan
yang TERBAIK ! "

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Tips SPM by Ariff (Pelajar 8A SPM 2021)

1. Nota
- Buat nota yang ringkas dan Bukan salin buku teks.
Dalam nota anda, tulis apa yang anda faham dalam certain bab
dan buat kata singkatan untuk memendekkan nota tu.

- Nota ini berguna kerana dia akan kurangkan stress anda. Ini
kerana apabila sudah dekat nak exam , anda tengok buku teks
yang banyak muka surat anda boleh dapat depression sebab
banyak yang tidak belajar tetapi apabila tengok nota nampak sikit
but really helpful !

- Make your notes interesting supaya anda lebih seronok untuk


belajar dengan lukis , warna ,highlight dsb.

2. Cover up all subject

- This is super crucial and penting sebab saya ada pandangan yang
jika kita hanya buat latihan tanpa cover dengan betul apa yang ada
dalam buku teks adalah satu tindakan yang kurang efektif.Hal ini
kerana apabila keluar soalan-soalan teori dan aplikasi yang dimana
memerlukan kefahaman daripada kandungan Bab , anda akan
stuck sebab anda hanya buat latihan dan anda tak faham secara
terperinci apa yang nak diterangkan dalam bab tersebut.

- Sebagai contoh subjek yang wajib cover sebelum SPM ialah


Biologi,Fizik,Kimia dan Sejarah.Ini tak bermaksud subjek lain tidak
perlu cover cuma anda perlu tekankan dekat subjek atas ni lebih
kerana anda perlu fahamkan dengan mendalam untuk boleh skor
subjek-subjek diatas.

9
Tips SPM by Ariff (Pelajar 8A SPM 2021)

3. Subjek matematik & matematik


tambahan tidak boleh last minute
- Matematik dan matematik tambahan adalah dua subjek
yang memang tidak boleh cover last minute,hal ini kerana anda
perlukan latihan yang banyak untuk mahirkan certain topik tu.

- Mungkin ada yang tanya, "Awak buat soalan banyak-banyak ,


soalan yang keluar bukan soalan yang sama ".
Baik biar saya bagitau apa yang anda dapat dengan buat
latihan.

Apabila anda membuat latihan, pace dan masa anda buat satu
soalan akan bertambah laju dan cepat sebab otak anda sudah
dapat capture apa yang perlu dilakukan.

Seterusnya , untuk skor dalam matematik dengan matematik


tambahan, anda memerlukan idea dan minda yang KBAT dan
kreatif, sebab mesti anda pernah jumpa dengan soalan yang
anda tidak dapat buat sebab tidak boleh fikir jalan kerja
walaupun anda sudah faham concept.

Latihan yang banyak akan buat anda terbuka hijab minda.


Maksudnya anda dapat nampak jalan kerja yang orang lain
tidak nampak.

10
Tanya pada diri anda,

" Adakah saya


mahu berjaya !! ? "

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Tips SPM by Iman Humaira' (Pelajar straight As SPM 2021)

Hai, Saya dari kelas aliran business, tetapi overall semua


orang boleh guna tips yang saya kongsikan ini.
since aliran ini mengambil 9 subjek , jadi saya tiada masalah
nak bahagikan masa.
Jadi saya tiada tips time management di sini.

1. Fomo
Anda mesti kena ada rasa fomo (fear of missing out) sebab
apabila anda sudah terbiasa ketinggalan, susah nak catch up
balik pelajaran pelajaran yang lama.

2. Source
Pastikan apabila anda belajar satu-satu topik, anda tidak
menghadkan sumber belajar anda to only one way.
Pelbagaikan. sebab selalunya ada banyak cara lagi yang
senang, tapi kita yang malas nak discover. Jadi, cari.
(youtube/google)

3. Movement
Personally, saya suka yoga. selain boleh ease back pain, boleh
improve kita punya breathing pattern jugak supaya kita
remain calm especially bila keluar soalan susah dalam exam.

11
Tips SPM by Iman Humaira' (Pelajar straight As SPM 2021)

4. Instruct yourself
Waktu exam saya bisik pada diri sendiri "okay lepas dapat
yang ini, buat yang ini." supaya otak kita relax dan boleh
function productively sebab ada banyak soalan nak kena
buat.

5. Baca doa selepas belajar


Selepas belajar, baca doa supaya tidak mudah lupa.
(you can google the du'a)

Tambahan untuk subjek business:


kerja kursus: buat setiap elemen sebiji macam timeline &
due date yang cikgu tetapkan, jangan lambat, jangan cepat
sebab kriteria selalu berubah.

Ujian lisan:

PQS: Tanya cikgu surah apa yang keluar, lazimkan bacaan


dalam solat supaya tiada rasa beban apabila nak dekat
tarikh exam.

BM: Ambil tahu isu semasa. cuba berlatih bercakap macam


buat ayat karangan.

ENGLISH: Practice daily conversation with family/friends. be it


any kinds of topics.

BA: Berlatih describe keadaan, ada banyak dalam buku teks.

12
" GUNAKAN MASA
YANG ADA INI SEBAIK
MUNGKIN !! "

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Tips SPM by Fatin Fatimah' (Pelajar straight As SPM 2021)

Pasangkan niat.
Mesti belajar kerana nak dapat reda Allah dan bukan kerana
peperiksaan semata - semata.

Ilmu yang kita belajar dalam kelas akan dibawa hingga ke


peringkat universiti. Jadi, lepas SPM, jangan lupakan apa ilmu
yang dah kita belajar. Saya kongsikan mengikut subjek supaya
lebih faham teknik dia..okayy !

English :
Speaking : Banyakkan practice speaking dari sekarang, cari topik
dan buat dengan kawan.
Writing : Wajibkan tulis esei at least 1 atau 2 kali esei
seminggu.
Listening : Practice dengar soalan - soalan dalam buku atau
trial supaya terbiasa dengan accent yang pelbagai.
Reading : Berlatih jawab soalan - soalan trial atau mana - mana
buku, wujudkan buku mini untuk (new vocab), catat new words
dalam buku mini dan hafal.

Bahasa Arab: Hafal perkataan - perkataan arab yang ada


dalam buku teks, berlatih buat bina ayat.

Bahasa Melayu :
Penulisan : kita kena tahu skop pemarkahan untuk dapat
markah cemerlang karangan, hafal banyak peribahasa, guna
teknik yang cikgu ajarkan.
Lisan : Berlatih bincang sesuatu topik dengan rakan.
Mendengar : berlatih kecekapan mendengar dan tulis dengan
pantas.

13
Tips SPM by Fatin Fatimah' (Pelajar straight As SPM 2021)

Perniagaan :
Anda mesti cipta kata kunci dan hafal isi. Pastikan jawab
bahagian A dan B dengan pantas, dan tahu cara buat esei.

Matematik :
Pastikan tidak ketinggalan sesuatu topik. Cepat - cepat cover.
"Master"kan bab form 1-5. Banyakkan buat latihan set soalan
trial dan soalan buku teks, banyakkan latihan topik yang lemah
dan selalu ajar rakan.

PSI & PQS:


Fahamkan daripada awal topik yang susah. “List” kan istinbat -
istinbat hukum, intisari - intisari ayat, hadis dan hafal. Kalau
ada topik tidak faham, boleh tengok youtube atau tanya guru.
Hafal hadis yang boleh guna pakai dalam banyak soalan KBAT.
(Boleh cari dalam telegram)

Sains :
Kena tahu teknik nak jawab soalan esei, perform eksperimen
dengan baik dan tengok youtube jika ada topik yang lemah.

Sejarah :
Sediakan kertas khas. Buka soalan trial atau past year papers,
keluarkan soalan dia dalam bentuk peta minda. Soalan dan
jawapan. Masa exam nanti, hanya selak sahaja bentuk soalan
dan jawapan peta minda yang anda sudah buat. Pastikan hafal
jawapan dan isi sebab kemungkinan besar dalam SPM bentuk
soalannya begitu juga.

14
Tips SPM by Fatin Fatimah' (Pelajar straight As SPM 2021)

Nak dapat STRAIGHT As? Kena ada strategi geng !

1.Kita kena cari 'The BIG WHY' kenapa nak dapat straight
As.
Big Why saya ada banyak, tapi antara contoh Big Why saya
adalah nak buktikan bahawa pelajar kelas belakang pun
mampu dapat Straight As ! Bila kita ada big why, kita akan
jadi lebih bersemangat. Alhamdulillah impian menjadi
kenyataan. Jadi, kalau ada yang rasa duduk kelas belakang
rasa down, jangan terlalu rendah diri, buktikan kepada
guru dan rakan - rakan yang anda semua juga mampu dapat
straight As !

2. Perlu senaraikan tajuk - tajuk setiap subjek dan


tampal di dinding besar - besar.
Listkan semua topik apa bakal keluar SPM, dan buat
catatan untuk tanda kita dah revise topik itu atau belum.
Anda akan nampak topik mana anda belum belajar dan
mana yang sudah. Listkan topik dari tingkatan 4 dan
tingkatan 5. Kecuali Matematik. Yang ini kena prepare dari
tingkatan 1 hingga 5. Letak target nak revise berapa kali
topik tu sebelum tiba hari trial dan hari SPM sebenar. Take
note topik -topik yang kita lemah.

15
Tips SPM by Fatin Fatimah' (Pelajar straight As SPM 2021)

3. Buat past year papers atau soalan trial.


"Tapi kan kita silibus baharu?" saya akan banyakkan buat
soalan - soalan trial dan soalan - soalan dalam buku text.
Soalan - soalan trial sangat membantu sebab kita nampak
bentuk - bentuk soalan terkini yang akan ditanya oleh KPM.
Agak sukar nak buat past year papers, sebab lain silibus. Jadi,
buat list target untuk jawab SEMUA soalan trial bagi setiap
subjek. Nanti guru - guru akan bagi, atau boleh rujuk link ini,
ada banyak soalan - soalan daripada negeri lain. saya selalu
buka link ini untuk jawab soalan - soalan trial.

https://bit.ly/spmtrial2021

Lagi bagus kalau print dan jawab soalan ala - ala SPM sebenar.
Selepas itu, kumpulkan soalan - soalan yang sudah dijawab ke
dalam file yang ada banyak layer. Nak dekat SPM nanti, tengok
balik dan hafal bentuk soalan dia beserta jawapan. Ni paling
best ! Sebab banyak keluar sama bentuk dalam SPM !

4. Tampal azam, tengok setiap hari.


Contoh saya akan tulis berapa A yang saya target, dan tampal
besar - besar dekat dinding. Letak sekali kata - kata semangat
supaya apabila tengok waktu penat, akan jadi lebih semangat.

5. Pastikan letak target tinggi untuk dicapai Jangan letak


target yang rendah.
Contoh letak target nak dapat 9A+. Walaupun rasa anda tak
mampu, tapi 'Make it become reality' sebab tiada apa yang
mustahil disisi Allah. Lagi tinggi target kita letak, lagi tinggi
usaha dan hasilnya.

16
Tips SPM by Fatin Fatimah' (Pelajar straight As SPM 2021)

6. Bila rasa down atau malas apa nak buat?


Saya selalu akan tengok youtube 'Hari Result SPM
keluar' dimana hari itu pasti kita akan lalui juga. Anda boleh
lihat riaksi kakak dan abang yang ambil result masa tu.
Tujuannya supaya anda dapat jadikan sebagai pembakar
semangat masa anda masa ambil result SPM nanti. saya
yakin nanti akan terus rasa semangat naik balik.

7. Jangan buat salah dengan parents.


Saya akan selalu minta maaf setiap kali ada rasa salah
silap sebab takut ada yang tidak berkat masa belajar atau
takut susah nak faham dalam pelajaran.

8. Sentiasa cuba untuk jadi 'The Best Student' dalam


kelas walaupun kita rasa kita belum lagi best student.
Contohnya, selalu buat apa yang guru suka macam selalu
hantar kerja sekolah awal, sentiasa buka mic dan camera
dalam kelas (semasa zaman PKP) dan rajin - rajinkan tanya
guru jika ada soalan.

9. Mulakan Solat Hajat dari sekarang.


Jika rasa masih lambat tarikh nak SPM, rajin - rajinkan solat
sunat banyak - banyak bermula sekarang. Sentiasa
banyakkan solat hajat, taubat dan istikharah supaya Allah
bagi petunjuk dan hati yang tenang ketika nak jawab SPM
akan datang. Jika dah nak tiba tarikh SPM pula, saya akan
cuba paksa diri untuk solat hajat setiap hari.

17
"Make it become
reality !! "

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Apa yang saya buat
sebelum,semasa dan selepas
SPM?
by Adriana (Pelajar straight As SPM 2021)
Hi everyone! :)
Okay, but before we start, kalau ada yang tidak boleh ikut, then
abaikan sahaja, Tetapi kalau awak rasa awak boleh ikut jadi
silakan;

APA YANG SAYA BUAT SEBELUM SPM?

Honestly, kalau nak tanya bab study saya sebenarnya tidak


berapa consistent dalam study sebelum ni.. Tapi, few weeks before
SPM barulah ada kesedaran diri nak betul-betul fokus buat
preparation untuk SPM (this one please, jangan ikut, kalau boleh
dari sekarang dah kena sedar dan buat preparation awal - awal
untuk SPM)

Okay, back to the topic. Apa yang saya buat sebelum SPM?

1. Fokus.
Nampak mudahkan? Mostly kalau baca mana-mana tips atau
tengok tips - tips yang dekat atas semua sebut pasal fokus but
trust me, benda ini yang paling penting untuk kita success. Dia
macam kunci untuk kita mulakan journey kita dalam SPM.
Sangat penting untuk kita fokus dalam kelas. Tetapi saya tahu,
tidak semua mudah nak fokus dalam kelas, betul?
Takpa, Sini saya share apa yang saya buat untuk kekal fokus
dalam kelas :

18
Sediakan air masak.
Haa, yang ini WAJIB! As we know, air penting untuk bekalkan
oksigen ke otak kita supaya kita tidak mengantuk, right?
Alaa..benda ni memang cliche, semua orang tahu. Tapi itulah,
kadang ada antara kita yang susah sangat nak bawa botol air ke
sekolah. Betul? Starting from now, mana yang tidak rajin
membawa botol air, BAWA.. Mungkin selama ini anda susah nak
fokus dalam kelas sebab kepala kurang oksigen, kan? Jadi,
minum air ini dapat bantu elakkan kita daripada rasa mengantuk
dalam kelas.Tetapi kalau dah minum air pun masih mengantuk
juga macam mana? Bangun, minta izin cikgu untuk ke tandas
dan cuci muka. Buat regangan sikit masa pergi ke tandas
supaya badan rasa segar balik.

Sediakan kudapan ringan


macam kurma atau kismis. Nak sediakan biskut pun boleh
tetapi bagi pendapat saya yang paling mudah ialah kismis.
Berkhasiat pun ye juga. Jadi, apa yang nak kena buat dengan
kudapan ni? Haa.. makanlah, apa lagi. But make sure minta izin
cikgu dulu sebelum makan. Tetapi selalunya cikgu akan bagi kita
nak makan kudap-kudapan ringan dalam kelas untuk hilangkan
mengantuk.

Participate actively in class.


Jika cikgu suruh jawab soalan dekat depan, pergi. Trust me,
benda ni lagilah boleh bantu hilangkan rasa mengantuk kita.
Plus, dapat bantu untuk tingkatkan confident kita lagi sebab
berani ke hadapan.

Orang tua-tua kata "menyelam sambil minum air "

19
2. Study group
Okay yang ini mungkin ada yang suka dan ada yang tidak.
Terpulang nak ikut atau tidak, saya share sahaja. Untuk yang
rasa kalau duduk dengan kawan dia akan bercakap 24/7 then
saya tak galakkan.

Selalunya, bila buat latihan macam matematik, matematik


tambahan dengan akaun, saya suka buat sama-sama dengan
kawan saya. Maksud saya, bila saya buat latihan, saya lagi suka
kalau ada kawan-kawan saya sekali sebab kalau ada soalan
yang saya tidak tahu atau tidak pasti nak jawab macam mana,
then my friend is there to help me :)

3. Sediakan reward untuk diri sendiri


Okay, for this one maybe jarang dengar tapi inilah cara saya
untuk "boost"kan semangat saya for study dan buat saya rasa
lagi excited nak habis SPM, jadi rasa nervous nak exam pun
terus hilang ;)
reward dekat sini ada 2.

- Reward after study.


- Reward after SPM.

Kalau saya, reward after study selalunya tengok drama. Tapi


terpulang kepada masing-masing nak letak reward apa. Janji
reward itu dapat relax kan kita dan bukan makin stress. Reward
after SPM pula keluar dengan kawan-kawan. Disebabkan
sebelum SPM saya memang dah lama tidak keluar dengan
kawan-kawan saya, Jadi saya jadikan benda tu as reward untuk
diri saya selepas SPM :)

20
APA YANG SAYA BUAT SEMASA SPM?

1. Tidur awal

Ini penting sangat sangat. Jika rasa tidak mahu tertidur


dalam dewan, tidur awal. Lagi-lagi untuk subjek yang
melibatkan pengiraan and nombor macam akaun,
matematik dan matematik tambahan. Plus, bila tidur awal
badan akan rasa lagi segar dan sedia untuk exam. Kita pun
senang nak fokus masa jawab exam nanti. Jika tanya saya
tidur awal macam mana? , selalunya masa SPM saya akan
tidur antara waktu 10 - 10.30pm dan saya akan bangun
antara waktu 5 - 5.20am. Jadi waktu tidur saya disitu sudah
cukup dan terjaga.

2. Sediakan barang keperluan untuk SPM awal-awal.

Barang-barang keperluan seperti air, ic, alat tulis and ubat-


ubatan yang diperlukan. Lagi bagus kalau buat list siap-siap
supaya tiada barang yang tertinggal. Semua ini better
prepare sebelum masuk tidur. Jangan esoknya nak pergi
sekolah baru kelam-kabut.. Nanti anda penat dan stress nak
jawab exam lagi-lagi kalau barang itu tidak jumpa :(

Kalau saya, selalunya lepas habis buat revision saya akan


terus siapkan barang-barang baru masuk tidur.

Tambahan :
Selain barang-barang penting yang nak kena bawa, masa SPM
saya bawa makanan-makanan sunnah juga macam kismis, kurma
dan air zamzam. Jika ada hari yang exam sampai petang saya
akan bawa air isotonik atau air yang boleh bantu "boost"kan
energy kita balik.

21
3. Buat revision.

Kalau nak tanya cara revision semua tu saya rasa boleh reffer
yang kawan-kawan saya. Tapi, cuma dekat sini yang saya nak
bagitahu, apabila saya buat revision selalunya saya akan
study paper yang saya akan exam pagi esoknya (sebab
kadang dalam sehari ada 2 subjek jadi saya akan fokus dekat
subjek pagi dulu. Habis paper pagi baru fokus untuk next
paper pula).

Oh, lupa. Selalunya saya buat revision after maghrib and stop
dalam jam 9.40 - 10 untuk siapkan barang yang nak bawa
esoknya and prepare untuk masuk tidur. Waktu revision
sebolehnya telefon letak tepi.. Jangan pegang melainkan
kalau kawan tanya tentang study ke atau nak tengok bahan
rujukan atau soalan ramalan. Benda-benda lain macam ig,
tiktok, twitter jangan buka!

4. Tenangkan diri.

Selalunya kita kena masuk dewan exam at least 15 minute


sebelum exam mula. Dalam masa 15 minute selalunya
pengawas akan edarkan kertas soalan & akan bacakan
peraturan exam. Jadi dalam masa ini, saya gunakan untuk
tenangkan diri saya dengan berdoa banyak-banyak kepada
Allah. Masa 15 minute ini sebolehnya jangan fikirkan balik
perkara yang kita dah study sebelum masuk dewan.

Banyakkan berdoa pada Allah, minta pada Allah


tenangkan kita, bantu untuk fokus semasa menjawab exam,
lancarkan urusan kita pada hari itu, minta Allah untuk bantu
kita ingat balik apa yang kita dah belajar dan bantu kita kalau
kita terlupa masa jawab exam nanti. Lepas itu doalah apa
lagi yang anda nak tapi jangan lupa dalam berdoa tu selitkan
juga doa untuk kawan-kawan seperjuangan dalam dewan ;)

22
APA YANG SAYA BUAT SELEPAS SPM?

Basically tak ada apa sangat dah cuma dekat sini


memandangkan paper pun dah habis jawab jadi kita
cuma mampu berserah pada Allah. Cumanya, bukan
berserah macam itu sahaja, mesti ada usaha juga. Yes,
kita dah usaha macam-macam kan tadi, tapi jangan
lupa untuk sentiasa berdoa pada Allah, minta supaya
dia lembutkan hati pemeriksa kertas kita nanti. Jangan
lupa untuk buat solat hajat dan solat dhuha sekali
(tahajud pun sama) :)

Kesimpulannya :
Sejujurnya, Bab study saya tidaklah sehebat rakan-
rakan saya. Tapi saya percaya apa yang membuatkan
saya berjaya dalam SPM ni sebenarnya disebabkan
doa-doa orang sekeliling saya. Saya rasa bertuah dan
bersyukur sangat sebab dihadirkan orang yang baik-
baik dalam hidup saya. Sebelum SPM hari itu, saya
telefon nenek, makcik dan pakcik untuk minta mereka
doakan saya sepanjang SPM. Parents lagilah, kita tidak
perlu minta pun kita tahu yang parents kita akan
sentiasa doakan kejayaan anak-anak mereka <3

23
Jadi, apa yang saya nak sampaikan dekat sini is the power of du'a.
Trust me, jika kita rasa kita tidak mampu atau terlalu penat,
berdoalah. InsyaAllah, kalau Allah izinkan, Allah akan makbulkan
doa kita. Kalau tidak dimakbulkan, maybe belum masanya lagi
untuk doa kita dimakbulkan. Apapun yang paling penting kita mesti
sentiasa yakin dengan doa kita dan yakin pada Allah sebab Allah
akan bagi apa yang terbaik untuk kita :)

Akhir kalam, goodluck untuk adik-adik yang tengah berjuang untuk


SPM <3 walau apapun "outcome"nya nanti,
terimalah dengan hati yang terbuka ;)

24
" WORK HARD IN
SILENCE, LET YOUR
SUCCESS DO THE
NOISE !! "

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Macam mana nak
istiqamah? by Hasnan (Pelajar 9A SPM 2021)

"Hard work beats talent when talent doesn't work"


Ini kata-kata yang saya selalu pegang sebagai prinsip


hidup saya. Semua orang mampu untuk berjaya dan
skor dalam exam. Orang-orang yang kita nampak talent
hanya disebabkan kita tidak nampak usaha mereka. Apa
yang kita nampak hanyalah hasil mereka. Jadi mulai
pada harini, fokus dan percaya pada diri sendiri, kita
juga mampu berjaya.

So back to the topic, bagi saya "belajar" is all about


istiqamah. Walaupun kita ada 1001 cara belajar sekali
pun, kalau tidak istiqamah tidak kemana juga. Biasanya
orang akan semangat pada awalnya, akhirnya sudah
hilang semangat. Jadi macam mana nak istiqamah untuk
terus bersemangat?

25
Macam mana nak
istiqamah? by Hasnan (Pelajar 9A SPM 2021)

Kena ada goals/big why


Semua orang akan cakap benda ini, sebab benda ini
sangat penting. Dengan adanya big why, kita akan ada
mata lebah yang pandang semua perkara sebagai madu.
Maksudnya, apabila kita ada matlamat/big why, game
pun boleh jadi motivasi kepada kita. Anime, youtube,
facebook, tiktok ini semua akan jadi motivasi. For
example kalau saya, big why saya nak berjaya spm sebab
nak belajar di jepun. Jadi apabila saya tengok anime
(cerita jepun) somehow ia akan kasi motivation dekat saya
untuk belajar. Tetapi kita kena pandai kawal. Tengok
youtube pun akan tengok tentang jepun sahaja,
facebook pun, tiktok pun. Jadi carilah big why untuk diri
anda. Kenapa anda nak berjaya dalam spm.

https://youtube.com/shorts/Butjm2cakn4?feature=share

Silakan tengok link ini. Saja mahu kongsikan

26
" Dengan adanya BIG WHY,
kita akan ada mata lebah
yang pandang semua
perkara sebagai madu. "

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Macam mana nak
istiqamah? by Ariff (Pelajar 8A SPM 2021)

1. Lagu

- Option ini tidak valid untuk semua subjek, hanya untuk subjek
matematik dan matematik tambahan sahaja boleh guna.
- Matematik adalah salah satu subjek yang anda memang boleh
buat sambil dengar lagu tetapi dengan syarat anda sudah
faham dan sudah tahu cara buat soalan tersebut. Dalam erti
kata lain anda boleh dengar lagu apabila anda nak buat latihan
dan bukan waktu nak mula study.
- Bergantung kepada keadaan, kalau anda buat sambil dengar
lagu tetapi dalam sejam itu hanya dua tiga soalan sahaja siap ,
jadi nampak disitu yang anda sudah distracted, jadi pilihan ini
tidak sesuai untuk anda.

2. Rest Time

- Tolong jangan push otak anda to the limit,sebab apabila otak


anda penat, ilmu tidak masuk,jadi rehat sangat penting untuk
build up balik momentum dan tenaga untuk otak kembali segar
- Masa rehat perlulah berpatutan dengan masa belajar contoh
anda rehat dalam 15-20 minit selepas habis belajar selama 1
jam atau selepas habis cover 2-3 bab.Masa rehat tak boleh
lebih sebab nanti akan mengurangkan semangat belajar dan
anda akan jadi malas.

27
Macam mana nak
istiqamah? by Ariff (Pelajar 8A SPM 2021)

3. Study group

- This tips memang bagus sebab anda akan terima satu


semangat belajar yang luar biasa apabila anda lihat kawan-
kawan anda semua belajar, semangat dia lain daripada
belajar sendiri.
- Anda jugak boleh bincangkan soalan yang anda rasa
susah bila buat sendiri dan pada masa yang sama anda
boleh belajar perkara baharu yang anda tidak pernah tahu
sebelum ini.
- Pastikan kawan anda ialah orang yang betul-betul
komited dalam belajar dan fokus serta tidak main-main,
kerana perkara itu akan ganggu anda waktu study group
nanti.

28
"Pastikan kawan
korang ialah orang
yang betul-betul
komited dalam belajar
dan fokus"

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Macam mana nak elak
burnout? by Khadijah (Pelajar straight As SPM 2021)

Pernah tak anda study pulun habis sampai penat tak boleh bawa
masuk meeting (bincang) ?
Dalam kelas otak jammed, balik rumah kena join tution pulak..kelas
berjam-jam sampai malam.
Homework nak sumbat mana?? Aduh penatnyaa !

Ok jangan risau, i got you covered ! :)


Disini kita kena tackle dua benda :
Priorities (keutamaan) & pengurusan masa.

1. Prioritise school. (Utamakan sekolah)


Anda join tution? Tahniah! Itu satu anugerah, hargai baik - baik cakap
terima kasih pada ibu bapa sebab hantar. Tak join? its okay! Generally
kita join tution sebab nak tingkatkan kefahaman, dapatkan
pengulangan dalam pembelajaran topik tertentu atau mungkin
learning style yang berbeza. Semua ada sebab masing - masing.

Tapi ingat, jangan syok tution sampai tidak buat homework !!


at least siapkan kerja sekolah dulu baru join tution
And ingat tution is not for everyone. Jika anda rasa tidak boleh carry /
penat sampai tidak boleh fokus di sekolah sebab jadual padat, drop
sahaja beberapa kelas. You know you.

Tapi serius cakap, utamakan sekolah.

29
Macam mana nak elak
burnout? by Khadijah (Pelajar straight As SPM 2021)

2. Masa

Ikut anda hendak ada jadual atau tidak.


Kalau anda selesa buat to-do list, go ahead.

Saya suka buat macam ini;


Plan/To-do list - 15 minit
45 minit study (dekat meja belajar)
15 minit rehat (wajib bangun dari meja belajar pergi tempat lain)
kemudian, ulang sampai lunch break~

Oleh itu, kita tidak duduk dekat meja belajar sepanjang masa. Otak
akan associate studying/high intensity brain activity dekat meja
sahaja, apabila bangun pergi tempat lain dia relax. Jadi tidak cepat
penat :)

(Disclaimer: saya bukan pakar otak)

30
Macam mana nak elak
burnout? by Khadijah (Pelajar straight As SPM 2021)

Pernah dengar tak “bila masa study, study betul - betul. Bila
masa main/rehat, main/rehat betul - betul.” Memang rasanya
ni antara cara disiplinkan diri yang seronok. ada kawan saya 5-7pm
masa untuk dia workout, buat hobi dsb. Kemudian, 8pm study
semula. Kalau saya, masa wajib rehat (jauhkan diri dari buku/nota)
1-3pm , 7-9pm , 11pm-6am.

Dan kalau kawan ajak outing, keluarlah ( kalau tak nak, tiada
masalah). Kalau rasa bersalah sebab tak study, itu tak patut. Make
sure you make time for your own happiness untuk kurangkan stress
level. Stressed brains don’t learn well. Wujudkan masa untuk buat
benda anda suka.

31
" FOKUS PADA MATLAMAT ANDA
UNTUK BERJAYA, JANGAN MEMBIAR
PERKARA YANG KECIL MENGANGGU
ANDA "

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Culture membandingkan diri
& post-exam stress.
by Nurin Afendi (Pelajar straight As SPM 2021)

Hai !!! Harini saya nak share kepada semua tentang perkara yang
bagi orang lain mungkin nampak 'Eleh benda kecik je' sedangkan
tekanan itu hanya tuan badan & Allah sahaja tahu - iaitu
culture membandingkan diri & post-exam stress.

disclaimer: Ini semua based on my experience. Setiap orang punya


experience berbeza, but do know that we are always here for you!

1. Culture membandingkan diri dengan orang lain.


NOW FIRST OF ALL, topik ni tidak cover isu (makcik bawang compare
result anak dia dengan diri anda), kita cuma fokuskan pada self POV
sahaja.

"Kawan saya banyak main, tapi dia punya result lagi bagus daripada
saya."
"Kenapa result saya tak macam dia sedangkan kami study group
sama - sama ?"
Pernah ada fikiran macam ni?

Asalnya, persaingan diantara kawan itu sebenarnya sihat, because it


gives us a 'push-factor' untuk kita terus perbaiki diri & jadi a better
version of ourselves. Tapi kadang - kadang tanpa kita sedari,
semangat persaingan yang terlalu tinggi boleh memakan diri kita
semula. Persaingan yang mula - mula subtle & hanya suka - suka
dikhuatiri boleh bertukar menjadi satu tekanan yang SANGAT BESAR
kepada diri kita.

32
Culture membandingkan diri
& post-exam stress.
by Nurin Afendi (Pelajar straight As SPM 2021)

Satu perkara yang KITA SEMUA perlu akui dan fahami ialah
semua orang ada pace/rentak yang tersendiri. Sesetengah
orang memang capable untuk dapat straight As setiap kali
exam sampailah SPM while some of us memerlukan masa &
terpaksa menghadapi pelbagai kegagalan & cabaran terlebih
dahulu sebelum nampak sinar kejayaan.

All we need to do is TRUST THE PROCESS! Instead of


mengasingkan diri daripada rakan yang 'skor' masa exam
atas alasan perbezaan markah yang tertera pada sekeping
kertas, JOIN THEM! Ambillah sebanyak mana manfaat yang
anda boleh daripada mereka (in a good way yaa!).

Here's a proof: I stumbled upon multiple challenges throughout


my SPM days yang hanya Allah sahaja tahu betapa peritnya,
tambah pula dengan dapat classmate yang otak tahap
"Einstein". I never got straight As for any of my exams before
SPM & I was super duper stressed out. But I knew I need to keep
on going plus I received endless support from my friends &
family and Alhamdulillah, I got straight As for my SPM. It's all
because I trusted the process (of embracing my mistakes &
failure and moving on to learn & improve) & also because I put
my trust in Allah.

which brings us to the next point!

33
Culture membandingkan diri
& post-exam stress.
by Nurin Afendi (Pelajar straight As SPM 2021)

2. Post-exam stress & anxiety


It's normal to feel dissatisfied or anxious after exams & before
taking our results (tak kisahlah exam apapun). Kadang - kadang
rasa macam 'Ok, boleh skor ni!', tapi kadang - kadang rasa
macam 'Oh no, I think I screwed up the exam!". It's a never-ending
cycle sampailah result exam keluar.

Sometimes, too much negative thoughts will eliminate our positive


ones and eventually mengundang stress tentang perkara yang
belum berlaku (in this case, the examination result). More "Ahh
habislah!" & "I'm never gonna achieve what I want!" thoughts will
come out & buat kita lupa tentang satu perkara yang penting -
kebergantungan kepada Allah.

Kadang kita lupa yang Allah sedang mendengar setiap bisikan


di dalam hati kita - the positive ones & the negative ones dan kita
lupa yang Allah merupakan Yang Maha Mengkabulkan
Permintaan Hambanya, Yang Maha Pemberi Rezeki & Dia
mengikut sangkaan hambanya. Jadi siapalah kita; hamba
yang lemah ni untuk bersangka buruk dengan takdir Allah?

34
Culture membandingkan diri
& post-exam stress.
by Nurin Afendi (Pelajar straight As SPM 2021)

The key is : jangan pernah berhenti berdoa & yakinlah yang


Allah akan memakbulkan permintaan kita! Siapa tahu, mungkin
takdir yang tertulis di luh mahfuz is as you wished.
Namun... macam mana jika Allah tidak memakbulkan
permintaan kita? Then it's okay! Allah akan kabulkan permintaan
anda bila masa yang sesuai tiba ATAU Allah ada perancangan
yang lebih baik untuk anda!

Sebab :
...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik
untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia
buruk untukmu...

I know this sounds like a tazkirah but everyone needs to hear this !

Okay, I think that's all for now. If you've successfully read all of
these from top to bottom, congratulations! No presents
unfortunately, but I wish you all the best for your examination!
Highschool life is tough, but believe me! The hard days shall pass
and you'll miss it one day!
Don't forget to create awesome memories while you can!

35
"Don't forget to create
awesome memories
while you can !! "

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Tips hafal last minute
by Nurin (Pelajar straight As SPM 2021 )

Sebelum saya kongsikan, saya sangat tidak menggalakkan


study last minute. Tips ini berkesan hanya kalau anda dah faham
semua topik yang nak hafal. Sebenarnya tips ini boleh juga
digunakan untuk long term study, dan kalau guna memang
sangat effective memang boleh ingat sampai next exam. Anda
ada banyak lagi masa sebelum SPM jadi gunakan teknik ini
untuk mula awal. Saya discover kaedah ini masa tingkatan 5 jadi
sempat guna untuk last minute. Selalu guna cara ni untuk
subjek menghafal (PQS, PSI, SEJARAH & BIOLOGI), tetapi guna
untuk hafal apapun boleh seperti definisi dalam
fizik atau kimia.

1. Masa.
Perkara ini effective jika anda buat sehari/dua hari sebelum
exam, sebab ia akan masuk "short term memory" sahaja, tapi
boleh masuk long term jika buat selalu macam saya cakap di
atas tadi. Kalau macam saya, memang harapkan last minute jadi
memang lepas beberapa hari akan lupa apa yang sudah hafal.
Oleh sebab itu,saya memang tidak menggalakkan, cuma kalau
nak ace dalam exam, silakan guna. Pastikan anda sudah faham
semua dahulu.

36
Tips hafal last minute
by Nurin (Pelajar straight As SPM 2021 )

2.“Active recall technique” or “Active learning”


Banyak dekat youtube, yang penting anda dah faham
topik tersebut, baru mudah hendak hafal. Untuk last
minute study memang sangat sangat sangat effective,
saya tidak pernah study pqs/psi lebih daripada a few
days sebelum exam (jangan ikut) lepas tahu teknik ini.
Bangun tidur masa hari exam semua info masih
segar lagi.

Masuk dewan jangan lupa spill semua benda yang


anda ingat dekat kertas kosong belakang sekali.
Takut terlupa bila nervous.

Tambahan, carilah kawan yang nak study sama.


Saya berkawan dengan kawan yang bijak and then
result spm hampir sama. Jangan sampai ditch your
friends bila kawan dapat semua A+. Tapi serius, sebab
saya dapat banyak tips ini disebabkan bermentor
dengan kawan bijak, mostly classmates saya banyak
bantu.

37
" Cari kelebihan &
kehebatan anda untuk
membantu anda "

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Tips hafal last minute
by Aisyah Razali (Pelajar straight As SPM 2021)

Saya juga sangat tidak menggalakkan untuk study last minute,


tapi kadang - kadang kita juga terleka dengan semua yang ada
di sekeliling kita.

1. Jangan pernah rasa tidak sempat belajar.


apabila kita asyik rasa tidak sempat, motivasi untuk study akan
hilang, rasa tidak semangat, rasa nak pasrah . Tapi ada cikgu
tution saya pernah kata, "selagi awak tak masuk dewan, selagi
tu awak masih sempat". motivasi ini sangat penting untuk kita
bangkitkan diri kita untuk teruskan usaha.

2. Tampal nota dekat sekeliling kita.


Sebagai visual learner, perkara ini sangat efektif untuk kita.
Letaklah dekat dalam almari, dekat pintu bilik, tepi katil, janji
dekat tempat yang anda selalu nampak atau lalu. nanti masa
exam tiba - tiba "Eh ini yang nota depan tandas tu"

3. Lihat skema jawapan


Of course semua orang mesti akan ada buku aktiviti masing -
masing kan? Kalau rasa malas sangat, tengok skema jawapan.
Salin balik jawapan dekat ruang jawapan dalam buku aktiviti.
Jangan lupa, kalau rasa macam ada certain soalan yang kita
selalu lupa cara jawab, lipat/tanda untuk rujukan nanti (lagi -
lagi matematik tambahan)

38
Tips hafal last minute
by Aisyah Razali (Pelajar straight As SPM 2021)

4. Gunakan masa yang berbaki dengan sebaik mungkin.


Walaupun tengah keluar makan, anda boleh buat quizziz yang
ringan - ringan tanpa perlu kira pakai kalkulator. Tetapi jika
anda rajin, boleh sahaja. Masa SPM, sementara menunggu
kertas seterusnya, SILA tengok nota yang ada, bincang dengan
kawan, tanya cikgu yang ada.

Akhir skali, please always remind yourself why you study.


Yes, we study kerana Allah, tapi what pushed me untuk study was
to get scholarships supaya tidak membebankan parents. tulis
besar - besar dekat mana - mana for example, saya letak
sebagai background laptop saya, sebab saya selalu buka laptop
dulu dan bila tengok, terus rasa macam,
''Eh saya mesti study ni ! ''

Saya percaya, berkat usaha & doa, Allah akan bantu.


Tuhan tidak akan membebankan seseorang melebihi
kemampuannya.

39
TRUST YOURSELF !!

NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM
Percaya by Ibnu Hisham (Pelajar 10A SPM 2021)

Mungkin anda boleh dapat banyak tips power daripada orang-


orang yang hebat belaka di sini. Jadi, saya akan kongsikan
beberapa perkara spiritual (rohani) yang boleh dilakukan.

Percayalah, hampir semua murid cemerlang pasti ada perkara-


perkara lain daripada lain yang mereka lakukan.
Jadi mari kita tengok sikit apa yang kita boleh buat.

1. Pastikan ada ibadah rahsia (harian)


Contoh : Istighfar 100x / Selawat 100x setiap pagi.

Benda ini akan menjadi bukti sifat komited kita dengan


pergantungan menyeluruh kepada Tuhan.

2. Jangan tinggi suara dengan ibu bapa/guru


Cadangan : Diam lebih baik daripada berkata-kata (kalau
tengah marah, diam)

Belajar untuk diam/tidak respon atau masuk dalam bilik bila


kita rasa perlukan ruang. Tindakan menyendiri lebih baik
daripada bertengkar, meninggi suara, dan marah tidak
menentu kepada mereka.

40
Percaya by Ibnu Hisham (Pelajar 10A SPM 2021)

3. Ulang doa sama setiap hari


Contoh : Setiap kali solat 5 waktu + sunat doa

"Wahai Tuhan, kurniakanlah keputusan SPM terbaik buat diriku


dan kawan-kawan"

Ulang banyak kali sebab Tuhan kita suka kepada hamba yang
meminta dan menyerah diri kepadanya.

4. Doakan kawan-kawan dahulu, baru doa kepada diri


sendiri
Sebaik-baik doa ialah bila kita doakan orang lain tanpa
pengetahuan dia.

Lebih baik jika sebut sekali nama mereka dalam iringan doa.

Sampai di sini sahaja dulu antara amalan menarik yang boleh


diimplementasikan dalam kehidupan. Kehidupan menuntut
penjagaan fizikal, mental dan rohani agar semuanya seimbang.

Pendek kata, bergantung harap sepenuhnya kepada si "Dia"


yang menciptakan kita.

Moga yang terbaik buat anda.

41
Penutup
Terima kasih kerana anda sudi
membaca perkongsian ini.

Anda akan tahu pelbagai cara atau teknik


yang baru di dalam ini.
Namun, cuba tanya pada diri anda,

Adakah anda akan melakukannya ?


Perlu ke anda untuk mendapat straight As ?


Apakah sumbangan yang anda akan berikan kepada


orang lain sekiranya mendapat keputusan cemerlang?

Jika anda sudah tahu pembelajaran yang hendak anda ambil


selepas SPM, anda boleh fokuskan pada subjek yang
berkenaan sahaja sudah memadai.
Tanpa perlu untuk mendapatkan keseluruhan A. Tetapi jika
anda mampu, dipersilakan.

Ingat, tidak semestinya orang yang berjaya ialah orang yang


mendapat cemerlang dalam SPM. SPM hanya tiket untuk
memasuki universiti dikemudian harinya dan merupakan
salah satu pencapaian. Namun, orang yang berusaha
bersungguh - sungguh dalam kehidupannya dialah orang
yang berjaya.

" Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran


disertai kemudahan. ”

42
Pernah dengar SPM kita punya? Journey SPM yang sungguh
menarik untuk dipelajari. Bukan sahaja kita belajar sesuatu, tapi
turut mengajarkannya. Disini perkongsian ilmu akan dikongsikan
kepada anda !

Jom ikuti saya di telegram tekan link ini !


https://t.me/SPMkitapunya

danishyapp danishyapp_ SPMkitapunya


NAK
DAPAT

CEMERLANG
DALAM

danishyapp danishyapp danishyapp_


NAK
DAPAT

CEMERLANGDALAM

Himpunan tips kuasai SPM

Buku ini diterbitkan khusus kepada


pejalar-pelajar SPM. Segala rahsia, tips &
formula daripada pelajar SPM untuk
meraih keputusan cemerlang tertinggi
telahpun dikongsikan didalam ebook ini.

Mulakan langkah anda dengan membaca


perkongsian daripada mereka !

"Setiap yang kita impikan di dunia ini


mampu dicapai dengan melakukan
satu langkah pertama iaitu

TINDAKAN ! "

Anda mungkin juga menyukai