Anda di halaman 1dari 76

24 Jam Bersama Rasulullah SAW

KANDUNGAN

• Mukadimah 2

• Pengertian Khilaf 4

• Penggunaan Kalimah Khilaf dan Ikhtilaf 9

• Pembahagian Ikhtilaf 11
Faktor Berlakunya Khilaf 13

• Pandangan Syeikh al-Qaradhawi 15

• Kaedah Nabi SAW, Para Sahabat dan 20


Salafussoleh Mengurus Khilaf

• Zaman Sahabat R.Anhum 22

• Adab Ulama’/ Salafussoleh 30

• Beberapa Syor dalam Menguruskan Khilaf 35

• Munajat Agar Diberi Petunjuk 41

• Penutup 43

Kajian Ilmiah - Siri 20 1


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

MUKADIMAH

A lhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi


atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang
tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka
yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke
Hari Kesudahan.

Bersempena dengan kedatangan bulan Rabi’


al-Awwal ini yang merupakan bulan kelahiran
kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW, siri Kajian
Ilmiah pada kali ini akan memfokuskan perbahasan
berkaitan amalan-amalan seharian oleh Rasulullah
SAW. Maka kami tajukkan perbahasan ini dengan “24
Jam Bersama Rasulullah SAW.”

Saya meminjam kata-kata Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali


al-Nadwi, katanya:
• Jika anda seorang pemuda, maka teladan
yang paling elok dan paling cantik bagimu
adalah Nabi Muhammad SAW.

2 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

• Jika anda telah mencapai umur tua, maka


Baginda SAW adalah contoh anda.
• Jika anda fakir dan miskin, maka Baginda SAW
teladan dan contoh bagi anda.
• Jika anda kaya, maka Baginda SAW imam anda.
• Jika anda berangkat untuk berperang, maka
Baginda SAW juga turut serta berperang.
• Jika kamu menginginkan perdamaian, maka
Baginda SAW akan memberikan kedamaian
sebelum kamu memintanya.
• Jika anda redha, maka Baginda SAW pun
redha. (Lihat Ma’rifah Rasulullah SAW, hlm.
52-53)

Semoga kita dapat menjadikan Rasulullah SAW


sebagai suri teladan kita di sepanjang hayat. Amin.

Kajian Ilmiah - Siri 20 3


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Rasulullah SAW sebagai


Qudwah dan Uswah

Sebagaimana yang kita ketahui, Rasulullah SAW


merupakan contoh ikutan yang terbaik sepertimana
yang telah dijelaskan di dalam al-Quran dan juga
hadith Nabi SAW. Antaranya firman Allah SWT:

َ ‫ـه ُأ ْس َو ٌة َح َسنَ ٌة َِّلن ك‬ ِ ‫ول ال َّل‬ِ ‫َان َلكُم ِف رس‬


‫َان‬ ُ َ ْ َ ‫َّل َقدْ ك‬
‫َي ْر ُجو ال َّلـ َه َوا ْل َي ْو َم ْال ِخ َر َو َذك ََر ال َّلـ َه كَثِ ًريا‬
Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi
kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
terbaik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
(keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,
serta dia pula menyebut dan mengingati Allah dengan
sebanyaknya (dalam masa susah dan senang).”
(Surah al-Ahzab: 21)

Menurut al-Hafiz Ibn Kathir, ayat ini merupakan


asas yang penting dalam berpegang dengan
Rasulullah SAW pada ucapan, perbuatan dan hal

4 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

keadaan Baginda SAW. [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 6/391]


Oleh sebab itu, Baginda SAW menyeru umatnya
agar berpegang dengan sunnah-sunnah yang
ditinggalkan oleh Baginda SAW. Di samping itu juga,
Allah SWT mengiktiraf Rasulullah SAW di dalam kitab-
Nya yang mulia bahawa Baginda SAW mempunyai
akhlak yang terpuji.

Allah SWT turut berfirman:

‫َّك َل َع َ ٰل ُخ ُل ٍق َعظِي ٍم‬


َ ‫َوإِن‬
Maksudnya: “Demi sesungguhnya, kamu (Rasulullah
SAW) mempunyai akhlak yang amat mulia.”
Surah al-Qalam: (4)

Syeikh Tahir Ibn Asyur dalam tafsirnya al-Tahrir wa


al-Tanwir berkata: “Sebagaimana Allah SWT
menjadikan rasul-Nya SAW di atas akhlak yang agung,
dia juga menjadikan syariatnya supaya membawa
manusia dengan akhlak yang agung dalam kemuncak
ketaatan. Dengan ini, bertambah jelaslah makna
tamakkun yang membawa kepada huruf isti’la’,
menggambarkan ketinggian pekerti serta nilai akhlak

Kajian Ilmiah - Siri 20 5


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

yang agung, yang dimiliki oleh Baginda SAW sehingga


ia juga tamakkun dalam menyampaikan dakwah
agamanya.”

Selain itu, terdapat banyak hadith yang menyeru


agar kita sentiasa berpegang dengan sunnah atau
petunjuk daripada Nabi SAW dalam kehidupan
seharian kita. Antaranya sepertimana dalam riwayat
daripada ‘Irbadh bin Sariyah R.A, bahawa Nabi SAW
bersabda:

ِ ِ ِ ‫اء‬ ِ ُْ ‫َفع َليكُم بِسنَّتِي وسن َِّة‬


‫ي َع ُّضوا‬ َ ْ ‫الراشد ْي َن ا َْل ْهد ِّي‬َّ ‫ال َل َف‬ ُ َ ُ ْ ْ َ
ِ ‫ وإِياكُم و ُمْدَ َث‬،‫اج ِذ‬
‫ َفإِ َّن ك َُّل‬،‫ات ْاألُ ُم ْو ِر‬ َ ْ َّ َ ِ ‫َع َل ْي َها بِالن ََّو‬
َ ‫بِدْ َع ٍة َض‬
‫ال َل ٌة‬
Maksudnya: “Hendaklah kamu berpegang dengan
sunnahku dan sunnah para khulafa’ al-Rasyidin yang
mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi
geraham dan jangan kamu mengikuti perkara-perkara
(bid’ah) yang dibuat-buat, kerana sesungguhnya
semua perkara bid’ah itu adalah sesat.”
Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi (Imam al-
Tirmidhi menilai hadith ini sebagai hasan sahih)

6 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Antara istifadah daripada


hadith ini adalah wajibnya
mengikut sunnah Nabi SAW.
Inilah jalan penyelamat iaitu
dengan kembali kepada
sunnah Nabi SAW dan
sunnah Khulafa’ al-Rasyidin.
Baginda SAW menamakan
mereka sebagai Khulafa’ al-Rasyidin
al-Mahdiyyin yang memberi maksud ‘pengganti-
pengganti yang pintar dan mendapat petunjuk’
adalah kerana mereka merupakan bintang ummah
yang dididik secara langsung oleh Baginda SAW, serta
mereka banyak menghayati keperibadian Rasulullah
SAW. Mereka mengetahui akan kebenaran dan
berhukum dengannya. Begitu juga Allah hidayahkan
mereka dengan kebenaran.

Dalam hadith di atas juga, perintah berpegang


dengan sunnah Nabi dan khulafa’ al-Rasyidin di-
bahasakan dengan gigi taring atau geraham bagi
menunjukkan kesungguhan berpegang dengan
petunjuk di atas. (Lihat al-Kafi Syarah Hadith 40, hlm.
266)

Kajian Ilmiah - Siri 20 7


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Selain itu, Anas bin Malik R.A meriwayatkan bahawa


Rasulullah SAW bersabda:

‫ب َع ْن ُسنَّتِي َف َل ْي َس ِمنِّي‬ ِ
َ ‫َف َم ْن َرغ‬
Maksudnya: “Barang siapa yang berpaling daripada
sunnahku, maka dia bukanlah daripada kalanganku
(umatku).”
[Riwayat al-Bukhari (5063)

Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan:

ِ ِ ِ‫ا ُْلراد ب‬
َّ ‫السنَّة ال َّط ِري َق ُة َل ا َّلتي ُت َقابِ ُل ا ْل َف ْر َض َو‬
‫الر ْغ َب ُة َع ِن‬ ُّ ُ َ
‫اض َعنْ ُه إِ َل َغ ْ ِي ِه َوا ُْل َرا ُد َم ْن ت ََر َك َط ِري َقتِي‬ ِ ْ ‫الش ِء‬
ُ ‫ال ْع َر‬ ْ َّ
‫َو َأ َخ َذ بِ َط ِري َق ِة َغ ْ ِيي َف َل ْي َس ِمنِّي‬
Maksudnya: “Maksud sunnah di sini adalah jalan
hidup Baginda SAW, bukan 'sunnah' yang bertentangan
dengan 'fardhu'. Lafaz raghiba (‫ب‬ ِ pada hadith ini
َ ‫)رغ‬
َ
ertinya berpaling daripada sesuatu menuju yang
lain. Maksudnya, sesiapa yang meninggalkan jalanku
dan mengambil jalan selainku, maka dia bukan
daripadaku. (Lihat Fath al-Bari, 9/105)

8 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Manakala dalam riwayat lain, daripada ‘Amr bin


‘Auf al-Muzani R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ َفإِ َّن َل ُه ِم َن‬،‫إِ َّن ُه َم ْن َأ ْح َيا ُسنَّ ًة ِم ْن ُسنَّتِي َقدْ ُأ ِميت َْت َب ْع ِدي‬
‫ور ِه ْم َش ْيئًا‬
ِ ‫األَ ْج ِر ِم ْث َل َم ْن َع ِم َل ِ َبا ِم ْن َغ ْ ِي َأ ْن َينْ ُق َص ِم ْن ُأ ُج‬

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang


menghidupkan sunnahku yang telah mati selepas
kewafatanku, maka baginya ganjaran (pahala)
sepertimana orang yang mengamalkannya tanpa
mengurangi ganjaran mereka (yang mengamal-
kannya) sedikit pun.”
Riwayat al-Tirmizi (2677) (Imam al-Tirmizi
menilai hadith ini sebagai hasan)

Syeikh al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa maksud


menghidupkan di sini adalah dengan menzahirkan
sunnah tersebut dan menyebarkannya dengan kata-
kata atau perbuatan. Atau dia menghidupkannya
kembali sunnah Baginda yang telah ditinggalkan
selepas kewafatan Baginda dengan cara mengerjakan
atau mendorong orang lain untuk mengetahuinya,
maka baginya ganjaran sepertimana orang yang
mengamalkannya.” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 7/443)

Kajian Ilmiah - Siri 20 9


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Syeikh al-
Mubarakfuri
menjelaskan
bahawa maksud
menghidupkan di
sini adalah dengan
menzahirkan
sunnah tersebut dan
menyebarkannya
dengan kata-kata
atau perbuatan.

10 Kajian Ilmiah - Siri 18


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Justeru, daripada kenyataan di atas, difahami


bahawa sunnah merupakan satu jalan yang ditempuh
atau dilalui dengan berpandukan kepada Baginda SAW
dan juga para khalifah Baginda SAW kerana mereka
sama sekali tidak akan melakukan perkara-perkara
yang menyelisihi sunnah atau petunjuk Baginda SAW.

Kepentingan Berpegang
dengan Sunnah

Kami nukilkan di sini beberapa kata-kata tokoh


ulama’, antaranya:

Pertama : Imam Ahmad berkata:

ْ‫ت َح ِدي ًثا َع ِن النَّبِ ِّي َص َّل اهللُ َع َل ْي ِه َو َس َّل َم إِ َّل َو َقد‬ ُ ‫َما َك َت ْب‬
‫ت بِ ِه‬ُ ‫َع ِم ْل‬
Maksudnya: “Tidak aku menulis (meriwayatkan) satu
hadith (sunnah) pun daripada Nabi SAW melainkan
aku telah mengamalkannya.” (Lihat al-Jami’ li Akhlak
al-Rawi, 1/144)

Kajian Ilmiah - Siri 20 11


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Kedua : Nafi’ berkata:

‫ض اهللُ َت َع َال َعنْ ُه إِ َذا ا َّت َب َع َأ َث َر‬ ِ


َ ‫َل ْو َن َظ ْر َت إِ َل ا ْب ِن ُع َم َر َر‬
‫من ُْو ٌن‬ ْ َ ‫ت َه َذا‬ َ ‫النَّبِ ِّي َص َّل اهللُ َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َل ُق ْل‬
Maksudnya: “Sekiranya kamu melihat cara Ibn ‘Umar
RA berpegang dengan sunnah Nabi SAW, nescaya
kamu akan berkata: Dia seorang yang gila.” (Lihat:
Hilyah al-Awliya’, 1/310)

Ketiga : Al-Zuhri berkata:

‫السن َِّة‬ ِ ِ ِ ِ
ُّ ِ‫َان َم ْن َم َض م ْن ُع َل َمئنَا َي ُق ْو ُل ْو َن إِ َّن ال ْعت َصا َم ب‬
َ ‫ك‬
‫ن ََجا ٌة‬
Maksudnya: “Adapun para ulama kita yang terdahulu
berkata: Sesungguhnya berpegang (beramal) dengan
sunnah merupakan satu jalan yang selamat.” (Lihat:
Hilyah al-Awliya’, 3/369)

12 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Definisi Sunnah

Sunnah dari sudut bahasa adalah jalan atau kehidupan


sama ada ia bersifat terpuji atau sebaliknya. Adapun
dari sudut istilah pula terbahagi kepada dua antara
definisi ahli hadith dan juga ahli usul:

• Di sisi ahli Hadith: “Sunnah adalah setiap


yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada
perkataan, perbuatan, taqrir (persetujuan),
sifat khuluqiyyah (akhlak), sifat khalqiyyah
(penciptaan) dan kehidupan baginda SAW
sama ada sebelum perutusan Baginda SAW
menjadi rasul.” [Lihat: Qawaid al-Tahdith, 61]

• Di sisi ahli Usul: “Sunnah adalah setiap yang


diambil daripada Nabi SAW selain daripada
al-Quran melalui perkataan, perbuatan dan
taqrir (persetujuan) Baginda SAW.”

Kesimpulannya, ahli hadith dan ahli usul bersepakat


mengatakan bahawa sunnah adalah setiap perkara
yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama
ada ia berbentuk percakapan, perbuatan ataupun
persetujuan daripada Nabi SAW.

Kajian Ilmiah - Siri 20 13


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Biografi Ringkas
Rasulullah SAW

Sebelum kami membicarakan berkaitan beberapa


sunnah-sunnah harian yang diamalkan oleh Rasulullah
SAW, ada baiknya sekiranya kita mengenali latar
belakang junjungan yang mulia ini secara ringkas.
Kami menukilkan sebahagian biografi ringkas ini
daripada karya Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi yang
bertajuk “Mukhtasar Sirah Nabi SAW.”

Nama dan Kunyah Rasulullah SAW


Abu al-Qasim (Kunyah) Muhammad bin ‘Abdullah bin
‘Abd al-Muttalib bin Hasyim bin ‘Abd Manaf bin Qusay
bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin
al-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin
Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Ma’ad bin ‘Adnan.

Tarikh Kelahiran & Kewafatan Rasulullah SAW


Berkenaan hal ini, tahun kelahiran yang disepakati
adalah Tahun Gajah dan bulan yang disepakati adalah
bulan Rabiul Awal. Namun, ahli sejarah telah berselisih

14 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

pendapat berkenaan tarikh kelahiran Rasulullah SAW


kepada beberapa pendapat. Antaranya:

• 12 Rabiul Awal pada Tahun Gajah, 531 M.


Inilah pendapat Ibn Ishak, al-Zahabi dan al-
Tabari.

• 9 Rabiul Awal, bersamaan 20 April 571 M


yang juga tahun pertama serangan tentera
bergajah. Pendapat ini disokong oleh Syeikh
Muhammad Sulaiman al-Mansurfuri dan Ahli
Falak terkenal, Mahmud Basha. Begitu juga
yang dinyatakan dalam Nur al-Yaqin.

• 2 Rabiul Awal. Inilah pendapat al-Waqidi.

• 8 Rabiul Awal. Ini berdasarkan pendapat


dalam Sifat al-Safwah. Ini juga pendapat Ibn
Abdi al-Bar, Imam al-Nawawi dan al-Baihaqi.

Adapun Baginda SAW wafat ketika berusia 63 tahun


pada waktu Dhuha hari Isnin 12 Rabiul Awal.

Kajian Ilmiah - Siri 20 15


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Ibu Rasulullah SAW


Aminah binti Wahb bin ‘Abd al-Manaf bin Zuhrah bin
Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib.

Ibu Susuan Rasulullah SAW


• Suwaybah yang merupakan hamba perempuan
Abu Lahab.
• Halimah binti Abi Zuaib al-Sa’diyyah.

Isteri-Isteri Rasulullah SAW


• Baginda SAW mempunyai 11 orang isteri, iaitu:
- Khadijah binti Khuwailid
- Saudah binti Zam’ah
- ‘Aisyah bin Abu Bakr
- Hafsah binti ‘Umar
- Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan
- Ummu Salamah Hind binti Abu Umayyah
- Zainab binti Jahsy
- Zainah binti Khuzaimah
- Juwairiyyah binti al-Harith
- Safiyyah binti Huyay
- Maimunah binti al-Harith

16 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Anak-Anak Rasulullah SAW


• Baginda SAW dikurniakan tujuh orang anak (tiga
lelaki dan empat perempuan):

Lelaki Perempuan
• Al-Qasim • Zainab
• ‘Abdullah • Ruqayyah
• Ibrahim (anak • Fatimah
daripada Mariah • Ummu
al-Qibtiyyah yang Kalthum
merupakan seorang
hamba yang
dihadiahkan oleh
pembesar Mesir
iaitu al-Muqawqas
kepada Rasulullah
SAW)

Kajian Ilmiah - Siri 20 17


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Sunnah-Sunnah Harian
Rasulullah SAW

Setelah kita mengenali secara ringkas biografi


junjungan yang kita cintai, maka marilah bersama-
sama kita mempelajari sebahagian sunnah-sunnah
harian Rasulullah SAW:

Sunnah Ketika Bangun daripada Tidur

1. Membaca doa bangun daripada tidur

Daripada Huzaifah R.A, katanya:

ِ ِ ِ ُ‫احلمد‬
ُ ‫ل ا َّلذي َأ ْح َيانَا َب ْعدَ َما َأ َما َتنَا َوإِ َل ْيه الن ُُّش‬
‫ور‬ ْ َ :‫َوإِ َذا َقا َم َق َال‬
Maksudnya: “Apabila Baginda SAW bangun daripada
ِ ِِ
tidur, Baginda akan membaca: “ ‫َحيَانَا بـَْع َد‬ ْ ‫الح ْم ُد لله الَّذي أ‬
َ
‫ور‬‫ش‬ُ ُّ
‫ن‬ ‫ال‬ ِ ‫( ” ما أَماتـنَا وإِلَي‬Segala puji bagi Allah yang telah
‫ه‬
ُ ْ َ ََ َ
menghidupkan kami kembali selepas mematikan
kami dan kepada-Nya tempat kembali.)”
Riwayat al-Bukhari (6312)

18 Kajian Ilmiah - Siri 20


‫‪24 Jam Bersama Rasulullah SAW‬‬

‫‪2. Menyapu muka dan membaca 10 ayat terakhir‬‬


‫‪daripada surah Ali-‘Imran.‬‬

‫‪Daripada Ibn ‘Abbas R.anhuma, katanya:‬‬

‫هلل َع َل ْي ِه َو َس َّل َم‪َ ،‬ف َج َل َس َي ْم َس ُح‬


‫ول اهللِ َص َّل ا ُ‬ ‫ْاس َت ْي َق َظ َر ُس ُ‬
‫اخل َواتِ َم ِم ْن‬
‫ات َ‬ ‫النَّوم عن وج ِه ِه بِي ِد ِه‪ُ ،‬ثم َقر َأ الع ْش اآلي ِ‬
‫َّ َ َ َ َ‬ ‫َ‬ ‫َْ َ ْ َ ْ‬
‫آل ِع ْم َر َان‬
‫سور ِة ِ‬
‫ُ َ‬
‫‪Maksudnya: “Apabila Rasulullah SAW bangun‬‬
‫‪daripada tidur, Baginda akan duduk sambil menyapu‬‬
‫)‪muka (bagi menghilangkan kesan-kesan tidur di muka‬‬
‫‪Baginda dengan tangan Baginda. Kemudian, Baginda‬‬
‫‪akan membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah‬‬
‫‪Ali ‘Imran.” 1‬‬

‫‪1‬‬
‫‪Berikut adalah sepuluh ayat terakhir Surah Ali Imran:‬‬

‫ين يَ ْذ ُك ُرو َن اللَّـهَ قِيَ ًاما َوقـُعُ ً‬


‫ودا‬ ‫َّ ِ‬
‫اب ﴿‪ ﴾١٩٠‬الذ َ‬ ‫ات ِّلُولِي ْالَلْبَ ِ‬ ‫ف اللَّْي ِل والنـََّها ِر َلي ٍ‬
‫َ‬ ‫َ‬
‫ض وا ْختِ َل ِ‬
‫الس َم َاوات َو ْال َْر ِ َ‬
‫إِ َّن فِي َخل ِْق َّ ِ‬
‫اب النَّا ِر ﴿‪﴾١٩١‬‬ ‫ذ‬‫َ‬ ‫ع‬ ‫ا‬ ‫ن‬ ‫ِ‬
‫ق‬ ‫ف‬
‫َ‬ ‫ك‬ ‫ن‬ ‫ا‬ ‫ح‬ ‫ب‬ ‫س‬ ‫ل‬
‫ً‬ ‫ِ‬
‫اط‬ ‫ب‬ ‫ا‬ ‫ذ‬
‫َ‬ ‫ـ‬
‫ٰ‬ ‫ه‬ ‫ت‬ ‫ق‬‫ْ‬ ‫ل‬
‫َ‬ ‫خ‬ ‫ا‬‫م‬ ‫ا‬ ‫ن‬ ‫ـ‬
‫َّ‬ ‫ب‬‫ر‬ ‫ض‬ ‫ِ‬ ‫َر‬ ‫ال‬‫ْ‬ ‫و‬ ‫ِ‬
‫ات‬ ‫او‬ ‫م‬ ‫الس‬ ‫ِ‬
‫ْق‬ ‫ل‬ ‫خ‬ ‫ي‬ ‫ِ‬
‫ف‬ ‫َى ُجنُوبِ ِه ْم َويـَتـََف َّك ُ َ‬
‫ن‬ ‫و‬ ‫ر‬ ‫َو َعل ٰ‬
‫ُْ َ َ َ َ َ َ‬ ‫َّ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ‬ ‫َ‬
‫آمنُوا‬‫ان أَ ْن ِ‬ ‫ك من تُ ْد ِخ ِل النَّار فـ َق ْد أَ ْخزيـتَهُ وما لِلظَّالِ ِمين ِمن أَنصا ٍر ﴿‪َّ ﴾١٩٢‬ربـَّنَا إِنـَّنَا س ِم ْعنَا منَ ِاديا يـنَ ِادي لِ ِْليم ِ‬ ‫َّ‬ ‫ِ‬
‫َ‬ ‫َ ُ ً ُ‬ ‫َ ْ َ‬ ‫َ ْ ََ‬ ‫َ َ‬ ‫َربـَّنَا َ َ‬
‫ن‬ ‫إ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫ك َوَل‬ ‫ل‬ ‫س‬ ‫ر‬ ‫َى‬ ‫ل‬ ‫ع‬
‫َ َ َ َ َ ََ َ َ ٰ ُُ َ‬‫ا‬ ‫ن‬ ‫ـ‬
‫َّ‬ ‫ت‬ ‫د‬ ‫ع‬ ‫و‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ا‬‫ن‬ ‫آت‬ ‫و‬ ‫ا‬ ‫ن‬ ‫ـ‬
‫َّ‬ ‫ب‬‫ر‬ ‫﴿‪﴾١٩٣‬‬ ‫ِ‬
‫ر‬ ‫ا‬‫ر‬ ‫ـ‬ ‫ب‬‫َ‬‫ال‬‫ْ‬ ‫ع‬ ‫م‬ ‫ا‬‫ن‬‫َّ‬‫ـ‬ ‫ف‬‫و‬ ‫ـ‬ ‫ت‬‫و‬
‫ْ َ ُ ََ َ ْ َ َ َ َ َ ََ َ َ َ َْ‬‫ا‬ ‫ن‬‫ات‬ ‫ئ‬ ‫ي‬
‫ِّ‬ ‫س‬ ‫َّا‬
‫ن‬ ‫ع‬ ‫ر‬ ‫ِّ‬
‫ف‬ ‫ك‬‫َ‬‫و‬ ‫ا‬ ‫ن‬ ‫ـ‬ ‫ب‬‫و‬ ‫ن‬‫ُ‬‫ذ‬ ‫ا‬ ‫َن‬
‫ل‬ ‫ر‬ ‫ف‬ ‫غ‬
‫ْ‬ ‫ا‬‫َ‬‫ف‬ ‫ا‬‫آم َ َ‬
‫ن‬ ‫ـ‬
‫َّ‬ ‫ب‬‫ر‬ ‫َّا‬
‫ن‬ ‫بَِربِّ ُك ْم فَ َ‬
‫يع َع َم َل َع ِام ٍل ِّمن ُكم ِّمن ذَ َك ٍر أ َْو أُنثَ ٰى‬ ‫ُ‬ ‫ُض‬‫اد ﴿‪ ﴾١٩٤‬فَاستَجاب ل َُهم ربـُُّهم أَنِّي َل أ ِ‬
‫ْ َ َ َْ ْ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬
‫تُ ْخ ِزنَا يـَْوَم َ َ َ ُ ْ ُ َ َ‬
‫يع‬ ‫ْم‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ف‬ ‫ل‬ ‫خ‬ ‫ت‬ ‫ل‬ ‫َ‬ ‫ك‬ ‫َّ‬
‫ن‬ ‫ِ‬
‫إ‬ ‫ِ‬
‫ة‬ ‫ام‬ ‫ي‬ ‫ِ‬
‫ْق‬‫ل‬ ‫ا‬
‫اج ُروا َوأُ ْخ ِر ُجوا ِمن ِديَا ِرِه ْم َوأُوذُوا فِي َسبِيلِي َوقَاتـَلُوا َوقُتِلُوا َلُ َك ِّف َر َّن َعنـْ ُه ْم َسيِّئَاتِ ِه ْم َوَلُ ْد ِخلَنـَُّه ْم‬ ‫ين َه َ‬
‫ض ُكم ِّمن بـع ٍ َّ ِ‬
‫ض فَالذ َ‬ ‫َْ‬ ‫بـَْع ُ‬
‫ين َك َف ُروا فِي‬ ‫ذ‬‫ك تـ َقلُّب الَّ ِ‬ ‫َّ‬
‫ن‬‫ر‬ ‫غ‬ ‫ـ‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫﴿‪﴾١٩٥‬‬ ‫ِ‬
‫اب‬ ‫و‬ ‫ـ‬ ‫ث‬ ‫ال‬ ‫ن‬ ‫س‬ ‫ح‬ ‫ه‬ ‫د‬ ‫ن‬ ‫ع‬ ‫ِ‬ ‫ـه‬ ‫َّ‬
‫ل‬ ‫ال‬‫و‬ ‫ِ‬
‫ـه‬ ‫َّ‬
‫ل‬ ‫ال‬ ‫ِ‬
‫ند‬ ‫ِ‬
‫ع‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ا‬‫اب‬ ‫و‬ ‫ـ‬ ‫ث‬ ‫ار‬ ‫ه‬ ‫ـ‬ ‫ن‬‫َ‬‫ال‬ ‫ا‬ ‫ه‬ ‫ِ‬
‫ت‬ ‫ح‬ ‫ت‬ ‫ن‬ ‫ِ‬
‫م‬ ‫ي‬ ‫ر‬‫ِ‬ ‫ج‬ ‫ٍ‬
‫َ َُّ َ َ ُ َ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬
‫َ ُ َُ ُ ْ ُ َ‬ ‫ِّ‬
‫َ ْ َ َْ ُ ََ ً ْ‬ ‫ْ‬ ‫َجن َ ْ‬
‫ت‬ ‫َّات‬
‫َّات تَ ْج ِري ِمن تَ ْحتِ َها‬ ‫ن‬ ‫ج‬ ‫م‬
‫َ ْ َ ُْ ُْ َ ٌ‬ ‫َه‬ ‫ل‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ـ‬
‫َّ‬ ‫ب‬‫ر‬ ‫ا‬‫و‬ ‫ق‬‫َ‬ ‫ـ‬
‫َّ‬ ‫ت‬ ‫ا‬ ‫ين‬ ‫ِ‬
‫ذ‬ ‫َّ‬
‫ل‬ ‫ا‬ ‫ِ‬
‫ن‬ ‫ِ‬
‫ك‬ ‫ـ‬
‫ٰ‬‫ل‬
‫َ‬ ‫﴿‪﴾١٩٧‬‬ ‫اد‬ ‫ه‬ ‫ِ‬
‫ْم‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫س‬ ‫ئ‬‫ِ‬‫ب‬‫و‬ ‫َّم‬
‫َ َ ٌ ٌ َّ َ َ ُ ْ َ َ ُ َ ْ َ َ ُ‬ ‫ن‬ ‫ه‬ ‫ج‬ ‫م‬ ‫اه‬ ‫ْو‬ ‫أ‬ ‫م‬ ‫م‬ ‫ُ‬‫ث‬ ‫يل‬ ‫ِ‬
‫ل‬ ‫ق‬
‫َ‬ ‫ع‬ ‫ا‬‫ت‬ ‫م‬ ‫﴿‪﴾١٩٦‬‬ ‫الْبِ َل ِد‬
‫اب ل ََمن يـُْؤِم ُن بِاللَّ ِـه َوَما‬ ‫ْكتَ ِ‬‫ند اللَّ ِـه وما ِعن َد اللَّ ِـه َخيـر لِّ ْلَبـرا ِر ﴿‪ ﴾١٩٨‬وإِ َّن ِمن أ َْه ِل ال ِ‬
‫َ ْ‬ ‫ٌْ َْ‬ ‫ََ‬
‫ْالَنـهار َخالِ ِدين فِيها نـزًل ِّمن ِع ِ‬
‫َ َ ُُ ْ‬ ‫َْ ُ‬
‫ِ‬ ‫ات اللَّ ِـه ثَ َمنًا قَلِ ًيل أُولَـٰئِ َ‬ ‫اش ِعين لِلَّ ِـه َل ي ْشتـرو َن بِآي ِ‬ ‫ِ‬
‫َج ُرُه ْم عن َد َربِّ ِه ْم إِ َّن اللَّـهَ َس ِر ُ‬
‫يع‬ ‫ك ل َُه ْم أ ْ‬ ‫َ َُ َ‬ ‫أُن ِز َل إِل َْي ُك ْم َوَما أُن ِز َل إِل َْي ِه ْم َخ َ‬
‫صابُِروا َوَرابِطُوا َواتـَُّقوا اللَّـهَ ل ََعلَّ ُك ْم تـُْفلِ ُحو َن ﴿‪﴾ ٢٠٠‬‬ ‫اصبِ ُروا َو َ‬ ‫آمنُوا ْ‬ ‫ين َ‬
‫َّ ِ‬
‫اب ﴿‪ ﴾١٩٩‬يَا أَيـَُّها الذ َ‬ ‫ْحس ِ‬
‫ال َ‬
‫ِ‬

‫‪Kajian Ilmiah - Siri 20‬‬ ‫‪19‬‬


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

3. Membasuh tangan

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW


bersabda:

‫َوإِ َذا ْاس َت ْي َق َظ َأ َحدُ ك ُْم ِم ْن ن َْو ِم ِه َف ْل َيغ ِْس ْل َيدَ ُه َق ْب َل َأ ْن ُيدْ ِخ َل َها‬
‫َت َيدُ ُه‬ ْ ‫ َفإِ َّن َأ َحدَ ك ُْم الَ َيدْ ِري َأ ْي َن َبات‬،‫ِف َو ُضوئِ ِه‬
Maksudnya: “Apabila seseorang itu bangun
daripada tidur, basuhlah tangannya terlebih dahulu
sebelum memasukkannya ke dalam bejana (bekas air)
ketika dia berwudhuk. Ini kerana, seseorang itu tidak
mengetahui di mana tangannya berada (ketika dia
sedang tidur).”
Riwayat al-Bukhari (162)

20 Kajian Ilmiah - Siri 18


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan, Imam Syafi'i dan


jumhur ulama' berpedoman dengan keumuman lafaz
"‫"من نومه‬, yakni digalakkkan perbuatan tersebut setiap
kali seseorang bangun tidur. (Lihat Fath al-Bari, 1/263)

4. Bersiwak (memberus gigi)

Daripada Huzaifah R.A, katanya:

ِ ِ
ُ ‫ َي ُش‬،‫َان النَّبِ ُّي َص َّل اهللُ َع َل ْيه َو َس َّل َم إِ َذا َقا َم م َن ال َّل ْي ِل‬
‫وص‬ َ ‫ك‬
ِ ‫َفاه بِالسو‬
‫اك‬ َ ِّ ُ
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW apabila bangun
pada pertengahan malam (daripada tidur), Baginda
akan memberus mulutnya dengan siwak (memberus
gigi).”
Riwayat al-Bukhari (245)

Kajian Ilmiah - Siri 18 21


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Ulama’ telah menyenaraikan beberapa faedah


bersiwak (memberus gigi). Antaranya dapat mem-
bersihkan mulut, memutihkan gigi, menghilangkan
bau, mengukuhkan gusi, memberi kesegaran mulut,
menajamkan penglihatan, ke-cergasan fikiran,
membersihkan hati dan kemuliaan untuk mengucap
syahadah ketika menghadapi kematian. Bersiwak
termasuk dalam sunat fitrah dalam agama kerana
membersihkan mulut membawa kepada keredhaan-
Nya. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 1/300).

Sunnah Apabila ke Tandas

5. Membaca doa masuk dan keluar dari tandas


Daripada Anas bin Malik R.A:

‫الله َّم‬ َ ‫َان النَبِ ُّي َص َّل اهللُ َع َل ْي ِه َو َس َّلم إِ َذا َدخَ َل‬
ُ : ‫اخل َل َء َق َال‬ َ ‫ك‬
ِ ِ‫اخلبائ‬ ِ ‫اخلب‬ ِ
‫ث‬ َ ‫ث َو‬ ُ ُ ‫إِ ِّ ْن َأ ُع ْو ُذ بِ َك م َن‬
Maksudnya: “Apabila Nabi SAW ingin memasuki
tandas. Baginda berdoa: “ ‫ث‬ِ ِ‫ث وال َخبائ‬
ِ ِ َ ِ‫” الله َّم إِنِّي أَعوذُ ب‬
َ ُ‫ك م َن ال ُخب‬ ُْ ْ ُ
(Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan
jantan dan syaitan betina.)”
Riwayat al-Bukhari (139)

22 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Daripada Aisyah R.Anha, katanya:

،‫ال َل ِء‬
َْ ‫َان النَّبِ ُّي َص َّل اللَُّ َع َل ْي ِه َو َس َّل َم إِ َذا َخ َر َج ِم َن‬
َ ‫ك‬
َ ‫ ُغ ْف َران‬:‫َق َال‬
‫َك‬
Maksudnya: “Apabila Nabi SAW keluar dari
tandas, Baginda akan berdoa: “ ‫ك‬
َ َ‫( ” غُ ْف َران‬Bermaksud:
“Keampunan-Mu.”)
Riwayat al-Tirmizi (7) Imam Ibn Hajar
al-‘Asqalani menilai hadith ini sebagai
hasan sahih.

Kajian Ilmiah - Siri 20 23


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Sunnah Sebelum Menunaikan Solat Subuh

6. Sifat Solat Malam Nabi SAW

Daripada Aisyah R.anha, beliau berkata:

َ ‫َت تِ ْل َك َص‬
ُ‫ال َت ُه َي ْس ُجد‬ ْ ‫ كَان‬،‫ش َة َر ْك َع ًة‬ َ ْ ‫َان ُي َص ِّل إِ ْحدَ ى َع‬ َ ‫ك‬
‫ َق ْب َل َأ ْن‬،‫ني آ َي ًة‬ ِ ِ ِ
َ ‫الس ْجدَ َة م ْن َذل َك َقدْ َر َما َي ْق َر ُأ َأ َحدُ ك ُْم َخْس‬ َّ
‫َي ْر َف َع َر ْأ َس ُه‬
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW menunaikan solat
sebanyak sebelas rakaat, kadar satu sujud Baginda SAW
adalah selama tempoh seseorang itu membaca 50 ayat
sebelum Baginda SAW mengangkat kepalanya.”

Riwayat al-Bukhari (1123)

Daripada Abu Salamah R.A, beliau bertanya Aisyah


R.anha: Bagaimana Nabi SAW bersolat (malam) pada
bulan Ramadhan? Maka Aisyah R.anha berkata:

َ ‫ول اهللِ َص َّل اهللُ َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َي ِزيدُ ِف َر َم َض‬


‫ان‬ ُ ‫َان َر ُس‬
َ ‫َما ك‬
َ ‫ َف‬،‫ش َر َة َر ْك َع ًة ُي َص ِّل َأ ْر َب ًعا‬ ِِ ِ
‫ال‬ َ ْ ‫َوالَ ف َغ ْيه َع َل إِ ْحدَ ى َع‬

24 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

ِ ‫تَس ْل عن حسن ِ ِهن و ُط‬


َ ‫ َف‬،‫ ُث َّم ُي َص ِّل َأ ْر َب ًعا‬،‫ول َّن‬
‫ال ت ََس ْل َع ْن‬ َ َّ ْ ُ ْ َ َ
ِ ‫حسن ِ ِهن و ُط‬
َ ‫ ُث َّم ُي َص ِّل َث‬،‫ول َّن‬
‫ال ًثا‬ َ َّ ْ ُ
Maksudnya: “Rasulullah SAW tidak solat melebihi
sebelas rakaat sama ada pada Ramadhan atau selain
daripadanya (Ramadhan). Baginda SAW menunaikan
solat sebanyak empat rakaat dan janganlah kamu
bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat
Baginda SAW. Kemudian, Baginda SAW menyambung
lagi sebanyak empat rakaat dan janganlah kamu
bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat
Baginda SAW. Setelah itu, Baginda SAW menyambung
lagi dengan tiga rakaat.”

Riwayat al-Bukhari (1147) (2013)


(3569) dan Muslim (738)

7. Berdoa (memohon perlindungan) sebelum


memberi salam
Daripada Abu Hurairah R.A, beliau mendengar
bahawa Nabi SAW bersabda:

:ٍ‫ َف ْل َي َت َع َّو ْذ بِاهللِ ِم ْن َأ ْر َبع‬،‫إِ َذا َف َر َغ َأ َحدُ ك ُْم ِم َن الت ََّش ُّه ِد ْال ِخ ِر‬
‫ َو ِم ْن فِ ْتن َِة ا َْل ْح َيا‬،‫اب ا ْل َق ْ ِب‬ ِ ‫ َو ِم ْن َع َذ‬،‫اب َج َهن ََّم‬ ِ ‫ِم ْن َع َذ‬

Kajian Ilmiah - Siri 20 25


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

ِ ‫ َو ِم ْن َش ا َْل ِسيحِ الدَّ َّج‬،‫ت‬


‫ال‬ ِ ‫وا َْلم‬
ِّ َ َ
Maksudnya: “Apabila kamu selesai membaca
tasyahhud akhir, maka mohonlah perlindungan dengan
Allah daripada empat perkara: Daripada seksaan
kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan
kematian serta daripada kejahatan al-Masih al-Dajjal.”

Riwayat Muslim (588)

8. Solat Witir

Daripada Jabir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫آخ ِر ال َّل ْي ِل َف ْل ُيوتِ ْر َأ َّو َل ُه َو َم ْن َط ِم َع‬


ِ ‫من خَ افَ َأ ْن الَ ي ُقوم ِمن‬
ْ َ َ ْ َ
ِ ‫ال َة‬ ِ ‫آخره َف ْليوتِر‬ ِ
‫آخ ِر ال َّل ْي ِل‬ َ ‫آخ َر ال َّل ْي ِل َفإِ َّن َص‬ ْ ُ ُ َ ‫َأ ْن َي ُقو َم‬
‫َم ْش ُهو َد ٌة َو َذلِ َك َأ ْف َض ُل‬
Maksudnya: “Barang siapa yang bimbang tidak
terbangun pada saat akhir malam, maka hendaklah
dia menunaikan solat witir di awal malam (sebelum
dia tidur). Barang siapa yang yakin bahawa dia akan
bangun pada akhir malam, maka hendaklah dia
menunaikan solat witir di akhir malam. Sesungguhnya
solat di akhir malam itu disaksikan (dihadiri oleh para

26 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

malaikat) dan itu adalah yang afdhal.”

Riwayat Muslim (755)

Tambahan pula, Nabi SAW pernah mewasiatkan


kepada Abu Hurairah R.A agar melazimi solat sunat witir
ini sebelum beliau melelapkan mata. Ini dinyatakan
sendiri oleh Abu Hurairah RA:

‫ ِص َيا ِم‬:‫ث‬ ٍ ‫ال‬


َ ‫َأ ْو َص ِان َخلِ ِيل َص َّل اهللُ َع َل ْي ِه َو َس َّل َم بِ َث‬
‫ َو َأ ْن ُأوتِ َر‬،‫الض َحى‬ ُّ ‫ َو َر ْك َعت َِي‬،‫ال َث ِة َأ َّيا ٍم ِم ْن ك ُِّل َش ْه ٍر‬
َ ‫َث‬
‫َق ْب َل َأ ْن َأنَا َم‬
Maksudnya: “Kekasihku (iaitu Nabi Muhammad SAW)
berpesan kepadaku agar melakukan tiga perkara iaitu:
Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat dhuha
dan melakukan solat sunat witir sebelum aku tidur.”

Riwayat al-Bukhari (1981)

Kajian Ilmiah - Siri 20 27


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

9. Solat Sunat Sebelum Fajar

Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫َر ْك َعتَا ا ْل َف ْج ِر خَ ْ ٌي ِم َن الدُّ ْن َيا َو َما فِ َيها‬


Maksudnya: “(Solat) Dua rakaat (sebelum) al-Fajar
lebih baik daripada dunia dan seisinya.”

Riwayat Muslim (725)

Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj fi Syarh Sahih


Muslim (6/5) menjelaskan bahawa yang dimaksudkan
dengan “lebih baik daripada dunia dan segala apa di
dalamnya” bererti lebih baik daripada harta benda
dunia. Solat sunat ini dikategorikan oleh ulama sebagai
salah satu solat sunat rawatib yang mengiringi solat
fardhu, iaitu solat fardhu Subuh. Waktu ditunaikannya
adalah setelah masuk waktu subuh dan sebelum
ditunaikan fardhu Subuh.

Hadith di atas jelas dalam menggambarkan


kelebihan mendirikan solat sunat sebelum subuh
adalah amat besar dan menjadi tuntutan untuk kita
sebagai umat Islam memelihara ibadah ini. Bahkan
kata Ummu al-Mu’minin A’isyah R.A : “Aku tidak pernah

28 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

melihat bahawa Rasulullah S.A.W lebih bersegera ke


arah mengerjakan solat-solat sunat melainkan dua
rakaat sebelum subuh.”

Sunnah Selepas Menunaikan Solat Subuh

10. I’tikaf didalam masjid sehingga terbit


matahari

Daripada Jabir bin Samurah R.A berkata:

َ ‫َأ َّن النَّبِ َّي َص َّل اهللُ َع َل ْي ِه َو َس َّل َم ك‬


‫َان إِ َذا َص َّل ا ْل َف ْج َر َج َل َس ِف‬
َّ ‫ُم َص َّل ُه َحتَّى َت ْط ُل َع‬
‫الش ْم ُس َح َسنًا‬
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW apabila selesai
menunaikan solat fajar, Baginda akan duduk (beri’tikaf)
di tempat solat Baginda sehingga matahari terbit
meninggi.”

Riwayat Muslim (670)

Kajian Ilmiah - Siri 20 29


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Sunnah Solat Dhuha

11. Solat Sunat Dhuha merupakan di antara solat sunat


yang sentiasa dilazimi oleh Baginda Rasulullah
SAW. Antara hadith yang menunjukkan ke-
pentingan perkara tersebut adalah:

Daripada Abu Zar R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫يح ٍة‬ ِ ِ
َ ِ‫ َفك ُُّل ت َْسب‬،‫ُي ْصبِ ُح َع َل ك ُِّل ُس َل َمى م ْن َأ َحدك ُْم َصدَ َق ٌة‬
‫ َوك ُُّل‬،‫ َوك ُُّل َ ْتلِي َل ٍة َصدَ َق ٌة‬،‫ َوك ُُّل َ ْت ِميدَ ٍة َصدَ َق ٌة‬،‫َصدَ َق ٌة‬
‫ َو َنْ ٌي َع ِن ا ُْلنْك َِر‬،‫وف َصدَ َق ٌة‬ ِ ‫ و َأمر بِا َْلعر‬،‫َت ْكبِري ٍة صدَ َق ٌة‬
ُْ ٌْ َ َ َ
‫الض َحى‬ ُّ ‫َان َي ْر َك ُع ُه َم ِم َن‬
ِ ‫ َو ُ ْي ِزئُ ِم ْن َذلِ َك َر ْك َعت‬،‫َصدَ َق ٌة‬
Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi setiap orang
daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka
setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap
tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap
takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh
berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang
daripada perkara yang mungkar adalah sedekah.
Semua itu memadai (bersedekah kepada semua sendi
itu) dengan dua rakaat yang didirikan oleh seseorang
itu daripada solat Dhuha.”
Riwayat Muslim (720)

30 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Daripada Nu’aim bin Hammar R.A, bahawa Nabi


SAW meriwayatkan daripada Allah SWT, firman Allah
SWT (di dalam hadith Qudsi):

ٍ ‫ َل ُتع ِجز ِْن ِمن َأرب ِع ر َكع‬،‫يا ابن آدم‬


،‫ات ِف َأ َّو ِل َنَ ِار َك‬ َ َ َْ ْ ْ ََ َ ْ َ
ِ ‫َأك ِْف َك‬
‫آخ َر ُه‬
Maksudnya: “Wahai anak Adam! Janganlah kamu
tinggalkan untukku empat rakaat pada awal siangmu
(solat sunat dhuha). Nescaya Aku akan cukupkan
bagimu di akhir siangmu.”

Riwayat al-Tirmizi (475) dan Abu Daud


(1289) Hadith ini dinilai hasan gharib oleh
Imam al-Tirmizi. Adapun Syeikh Syu’aib al-
Arna’out menilai hadith ini sebagai sahih
kerana perawi-perawinya adalah thiqah
(dipercayai).

Kajian Ilmiah - Siri 20 31


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Sunnah Solat Rawatib (Muakkad)


10
Rakaat

12. Solat Sunat Rawatib. Para ulama berbeza pandangan


dalam menentukan bilangan sebenar solat sunat
Rawatib yang muakkad ini kepada dua pandangan
iaitu:

Pertama | Sepuluh rakaat.

Daripada Ibn ‘Umar R.anhuma berkata:

ٍ ‫ت ِمن النَّبِي ص َّل اهللُ ع َلي ِه وس َّلم ع ْش ر َكع‬ ِ


‫ات‬ َ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ ِّ َ ُ ‫َحف ْظ‬
ِ ْ ‫ َو َر ْك َعت‬،‫َي َب ْعدَ َها‬
َ‫َي َب ْعد‬ ِ ْ ‫ َو َر ْك َعت‬،‫َي َق ْب َل ال ُّظ ْه ِر‬
ِ ْ ‫َر ْك َعت‬
ِ ْ ‫ َو َر ْك َعت‬،‫اء ِف َب ْيتِ ِه‬
‫َي‬ ِ ‫الع َش‬
ِ َ‫َي بعد‬ ِِ
ْ َ ِ ْ ‫ َو َر ْك َعت‬،‫ب ِف َب ْيته‬ِ ‫ا َملغ ِْر‬
ِ‫الص ْبح‬ ِ َ ‫َقب َل ص‬
ُّ ‫الة‬ َ ْ
Maksudnya: “Aku memelihara daripada apa yang
Nabi SAW sampaikan iaitu sepuluh rakaat: dua rakaat
sebelum zohor, dua rakaat selepasnya (zohor), dua
rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isyak di
rumah Baginda dan dua rakaat sebelum subuh.”

Riwayat al-Bukhari (1180)

32 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Kedua | Dua belas rakaat. 12


Rakaat
Daripada Ummu Habibah R.anha berkata,
Nabi SAW pernah bersabda:

‫ت ِف‬ ٌ ‫ش َة َر ْك َع ًة ُبن ِ َي َل ُه َب ْي‬ ِ ٍ ِ


َ ْ ‫َم ْن َص َّل ف َي ْو ٍم َو َل ْي َلة ثنْت َْي َع‬
ِ ْ ‫ َو َر ْك َعت‬،‫َي َب ْعدَ َها‬
َ‫َي َب ْعد‬ ِ ْ ‫ َو َر ْك َعت‬،‫ َأ ْر َب ًعا َق ْب َل ال ُّظ ْه ِر‬:‫اجلن َِّة‬
َ
‫َي َق ْب َل َص َل ِة‬ ِ ‫الع َش‬
ِ ْ ‫ َو َر ْك َعت‬،‫اء‬ ِ َ‫َي بعد‬
ْ َ ِ ْ ‫ َو َر ْك َعت‬،‫ب‬ ِ ‫ا َملغ ِْر‬
‫ا ْل َف ْج ِر َص َل ِة ا ْل َغدَ ِاة‬
Maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat
pada setiap hari sebanyak 12 rakaat, maka akan dibina
baginya sebuah rumah di dalam syurga iaitu: empat
rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepasnya (zohor),
dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isyak
dan dua rakaat sebelum fajar (subuh) iaitu solat al-
Ghadah (solat fajar).”

Riwayat al-Tirmidhi (415) Imam al-Tirmizi


menilai hadith ini sebagai hasan sahih.

Kajian Ilmiah - Siri 20 33


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

13. Menggunakan sutrah apabila ingin


menunaikan solat
Daripada Sahl bin Abi Hathmah R.A, bahawa Nabi
SAW bersabda:

َّ ‫ت ٍة َف ْل َيدْ ُن ِمن َْها َل َي ْق َط ِع‬


ُ ‫الش ْي َط‬
‫ان‬ ِ َ
َ ْ ‫إ َذا َص َّل أ َحدُ ك ُْم إ َل ُس‬
ِ
‫َع َل ْي ِه َص َل َت ُه‬
Maksudnya: “Jika seseorang daripada kamu solat
dengan menghadap ke arah sutrah, maka hendaklah
dia mendekatinya serta janganlah sampai syaitan
membatalkan solatnya.”

Riwayat Abu Daud (695) Imam Ibn Hibban


menilai hadith ini sebagai sahih.

Sutrah ialah penghadang sebagai tanda pemisah


di antara orang yang sedang solat dengan orang
yang lalu-lalang di hadapannya seperti dinding, tiang,
tongkat dan sebagainya. Oleh itu, menjadi sunnah
bagi sesiapa yang ingin menunaikan solat (secara
bersendirian) untuk menggunakan sutrah. Adapun,
ketika solat secara berjemaah sutrah bagi makmum
adalah imam (sutrah imam).

34 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Sutrah ialah penghadang sebagai tanda


pemisah di antara orang yang sedang
solat dengan orang yang lalu-lalang
di hadapannya seperti dinding, tiang,
tongkat dan sebagainya.

Oleh itu, menjadi sunnah bagi sesiapa yang


ingin menunaikan solat (secara bersendirian)
untuk menggunakan sutrah. Adapun, ketika
solat secara berjemaah sutrah bagi makmum
adalah imam (sutrah imam).

Kajian Ilmiah - Siri 20 35


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Sunnah dalam Muamalah dengan Manusia

14. Memberi Salam


Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

،‫ َو َل ت ُْؤ ِمنُوا َحتَّى َ َتا ُّبوا‬،‫النَّ َة َحتَّى ت ُْؤ ِمنُوا‬َْ ‫ون‬ َ ‫َل تَدْ ُخ ُل‬
‫ش ٍء إِ َذا ا َف َع ْلت ُُمو ُه َ َتا َب ْبت ُْم؟ َأ ْف ُشوا‬ َ
ْ َ ‫أ َو َل أ ُد ُّلك ُْم َع َل‬
َ
‫الس َل َم َب ْينَك ُْم‬
َّ
Maksudnya: “Mereka tidak akan masuk syurga
sehingga mereka beriman dan tidak beriman mereka
itu sehingga mereka berkasih sayang. Adakah kamu
mahu aku tunjukkan sesuatu yang mana apabila kamu
melakukannya, nescaya kamu akan saling menyayangi di
antara satu sama lain? Sebarkanlah salam sesama kamu.”

[Riwayat Muslim (93))

36 Kajian Ilmiah - Siri 18


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW


bersabda:

ُ ِ‫ َوال َقل‬،‫اع ِد‬


‫يل‬ ِ ‫ وا َملار ع َل ال َق‬،‫يس ِّلم الص ِغري ع َل ال َكبِ ِري‬
َ ُّ َ َ ُ َّ ُ َ ُ
‫َع َل الكَثِ ِري‬
Maksudnya: “Yang muda (hendaklah) memberi
salam kepada yang tua, orang yang sedang berjalan
hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk,
dan yang sedikit memberi salam kepada yang ramai.”

Riwayat al-Bukhari (6231)

15. Memberi Salam kepada Kanak-Kanak


Daripada Anas bin Malik R.A, apabila beliau melewati
kanak-kanak, maka beliau akan memberikan salam
kepada mereka. Anas bin Malik R.A berkata:

‫َان ال َّنبِ ُّي َص َّل اهللُ َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َي ْف َع ُل ُه‬


َ ‫ك‬
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW melakukan hal seperti
itu (memberikan salam kepada kanak-kanak.”

Riwayat al-Bukhari (6247)

Kajian Ilmiah - Siri 18 37


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Daripada Anas bin Malik R.A berkata, aku pernah


berjalan bersama Nabi SAW:

‫َم َّر َع َل ِغ ْل َم ٍن َف َس َّل َم َع َل ْي ِه ْم‬


Maksudnya: “Apabila Baginda SAW melewati kanak-
kanak maka Baginda SAW akan memberikan salam
kepada mereka.”
Riwayat Muslim (2168)

Imam Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan pandangan


Imam Ibn Battal berkaitan tuntutan memberi salam
kepada kanak-kanak adalah bagi mendidik mereka
akan adab-adab agama dan padanya (perbuatan
memberi salam kepada kanak-kanak) juga bagi tujuan
membuang pakaian (sifat) takabbur (sombong) yang
ada pada diri orang dewasa agar bersifat tawadhu’
serta mesra (dengan manusia). (Lihat Fath al-Bari,
11/33)

38 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

16. Senyum
Daripada Abu Zar R.A berkata, bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

َ ‫َت َب ُّس ُم َك ِف َو ْج ِه َأ ِخ‬


‫يك َل َك َصدَ َق ٌة‬
Maksudnya: “Senyumanmu pada wajah saudaramu
adalah sedekah bagimu.”

Riwayat al-Tirmizi (1956) Imam al-Tirmizi


menilai hadith ini sebagai hasan gharib dan
Imam Ibn Hibban menilainya sebagai sahih.

17. Bercakap perkara yang bermanfaat


Daripada Abu Hurairah R.A berkata, bahawa Nabi SAW
bersabda:

ْ ‫اآلخ ِر َف ْل َي ُق ْل َخ ْ ًيا َأ ْو لِ َي ْص ُم‬


‫ت‬ ِ ‫َان ي ْؤ ِمن بِاهللِ واليو ِم‬
َْ َ ُ ُ َ ‫َو َم ْن ك‬
Maksudnya: “Barang siapa yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia
mengucapkan perkataan yang baik (bermanfaat) atau
dia diam (sekiranya tidak mempunyai apa-apa untuk
diperkatakan).”
Riwayat al-Bukhari (6018)

Kajian Ilmiah - Siri 20 39


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Daripada hadith ini, dapat diambil istifadah


bahawa setiap Muslim hendaklah berhati-hati dalam
percakapan, dan bercakap hanya dalam perkara yang
bermanfaat, serta hendaklah menahan diri dalam apa
juga keadaan daripada bercakap perkara yang haram.

Perkataan yang tidak bermatlamat kadang-kala


boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan dan
tertegah daripada memasuki syurga. Oleh itu, setiap
Muslim yang hendak berbicara hendaklah berfikir
terlebih dahulu supaya apa yang dibicarakannya itu
baik dan berhak untuk memperolehi pahala. Sekiranya
ucapannya itu membawa kepada keburukan dan
tersebarnya kebatilan, maka hendaklah dia menahan
daripada berbicara. (Lihat al-Kafi Syarah Hadith 40,
hlm. 148-152)

18. Memberi makan (bersedekah)


Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr R.A berkata: Seorang
lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: Islam apakah
yang terbaik? Nabi SAW bersabda:

ِ
ْ ‫ت َو َع َل َم ْن َل‬
َ ‫ال َم َع َل َم ْن َع َر ْف‬ َّ ‫ َو َت ْق َر ُأ‬،‫ُت ْطع ُم ال َّط َعا َم‬
َ ‫الس‬
‫ف‬ْ ‫َت ْع ِر‬

40 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Maksudnya: “Memberi makan dan mengucapkan


salam kepada orang yang kamu kenal dan tidak kenal.”
Riwayat al-Bukhari (6236)

19. Sunnah bersalaman


Daripada al-Bara’ berkata, bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

‫ إِ َّل ُغ ِف َر َُل َم َق ْب َل َأ ْن‬،‫ان‬ ِ ‫ي َي ْلت َِق َي‬


ِ ‫ َف َيت ََصا َف َح‬،‫ان‬ ِ ْ ‫َما ِم ْن ُم ْسلِ َم‬
‫َي َت َف َّر َقا‬
Maksudnya: “Tidaklah ada dua orang islam itu
apabila bertemu, lalu bersalaman, melainkan akan
diampunkan dosa bagi keduanya sebelum mereka
berpisah.”
Riwayat Ahmad (18547)][Sheikh Syu’aib
al-Arna’out menilai hadith ini sebagai
sahih li ghairih

Kajian Ilmiah - Siri 20 41


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Daripada Qatadah R.A, beliau berkata kepada Anas


bin Malik RA:

‫اب النَّبِ ِّي َص َّل اهللُ َع َل ْي ِه َو َس َّل َم؟‬ ِ ‫َأكَان‬


ِ ‫َت ا ُمل َصا َف َح ُة ِف َأ ْص َح‬
‫ َن َع ْم‬:‫َق َال‬
Maksudnya: “Adakah terdapat perbuatan bersalaman
dalam kalangan sahabat Nabi SAW?” Jawab Anas:
“Ya.”
Riwayat al-Bukhari (6263)

Imam Ibn Batthal menyatakan bersalaman


merupakan satu kebaikan menurut kebanyakan
ulama dan Imam al-Nawawi juga menyatakan bahawa
bersalaman merupakan sunnah yang disepakati ketika
bertemu. [Lihat: Fath al-Bari, 55/11]

Namun, dalam situasi wabak COVID-19 sedang


menular mutakhir ini, maka buat masa ini kerana
maslahat, isyarat tangan ke dada dan senyum serta
ucapan salam atau ucapan yang baik juga adalah
memadai.

Ini kerana kita juga dituntut untuk berusaha


dengan sebaik mungkin bagi mengelak penularan

42 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

virus tersebut. Hal ini sepertimana nasihat daripada


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar
meminimumkan atau mengelakkan persentuhanan
seperti bersalaman kerana virus tersebut mampu
tersebar dengan cara tersebut.

20. Sunnah saling memberi hadiah


Hadiah berasal daripada perkataan bahasa Arab, yang
bermaksud pemberian seseorang yang sah memberi
ketika dia masih hidup, secara tunai tanpa ada
sebarang syarat dan mengharapkan balasan. (Lihat
Aqrab al-Masalik, 5/342)

Daripada Abu Hurairah R.A sabda Nabi SAW:

‫َ َتا ُدوا َ َتا ُّبوا‬


Maksudnya: “Hendaklah kamu saling memberi
hadiah. Nescaya, kamu akan saling mengasihi dan
mencintai.”
Riwayat al-Baihaqi (6/169), al-Tabarani
dalam al-Mu'jam al-Ausat (7240), dan al-
Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (594).
Hadith ini isnadnya dinilai hasan oleh al-
Hafiz Ibn Hajar dalam al-Talkhis al-Habir
(3/1047)

Kajian Ilmiah - Siri 20 43


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Abu Hurairah R.A turut meriwayatkan bahawa Nabi


SAW bersabda:

ِ ‫يا نِساء ا ُْلسلِم‬


‫ت الَ َ ْت ِق َر َّن َج َار ٌة َِل َار ِ َتا َو َل ْو فِ ْر ِس َن َش ٍاة‬ َ ْ َ َ َ
Maksudnya: “Wahai wanita-wanita beriman, jangan-
lah seseorang jiran tetangga meremehkan untuk
(memberikan) kepada jiran tetangganya walaupun
(berupa) kuku kambing.”

Riwayat al-Bukhari (2566)


dan Muslim (1030)

Manakala dalam hadith yang diriwayatkan daripada


Abu Zar R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ِ
َ ‫اهدْ ِج َريان‬
‫َك‬ َ ‫ت َم َر َق ًة َف َأكْث ْر َم‬
َ ‫اء َها َو َت َع‬ َ ْ‫َيا َأ َبا َذ ٍّر إِ َذا َط َبخ‬
Maksudnya: “Wahai Abu Zar, sekiranya engkau
memasak sayur, maka perbanyakkanlah airnya
(kuahnya) dan berilah sebahagian kepada jiran
tetanggamu.”

Riwayat Muslim (2625)

44 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Aisyah R.A pula meriwayatkan bahawa beliau pernah


bertanya Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Aku
mempunyai dua jiran. Yang mana satukah aku perlu
berikan hadiah?” Maka Baginda SAW menjawab:

‫إِ َل َأ ْق َر ِبِ َم ِمن ِْك َبا ًبا‬


Maksudnya: “Kepada yang paling dekat pintunya
darimu.”

Riwayat al-Bukhari (2259)

Selain itu, Rasulullah SAW akan membalas hadiah yang


diberikan kepadanya. Aisyah R.Anha meriwayatkan,
katanya:

ِ ِ َ ‫َأ َّن ال َّنبِ َّي َص َّل اللَُّ َع َل ْي ِه َو َس َّل َم ك‬


ُ ‫َان َي ْق َب ُل َْالد َّي َة َو ُيث ْي‬
‫ب‬
.‫َع َل ْي َها‬
Maksudnya: “Rasulullah SAW menerima hadiah dan
Baginda membalasnya.”

Riwayat Abu Daud (3536). Syeikh


Syu'aib al-Arnaut menyatakan
isnadnya hasan.

Kajian Ilmiah - Siri 20 45


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

21. Mendoakan orang yang bersin

Daripada Abu Hurairah R.A sabda Nabi SAW:

‫ َو ْل َي ُق ْل َل ُه َأخُ و ُه َأ ْو‬،ِِ‫احل ْمدُ ل‬ َ :‫إِ َذا َع َط َس َأ َحدُ ك ُْم َف ْل َي ُق ْل‬


ِ
:‫ َف ْل َي ُق ْل‬،َُ‫ح َك الل‬ ُ َ ‫ َي ْر‬:‫ َفإِ َذا َق َال َل ُه‬،ُ‫ح َك اهلل‬ ُ َ ‫ َي ْر‬:‫َصاح ُب ُه‬
‫َ ْي ِديك ُُم اهللُ َو ُي ْصلِ ُح َبا َلك ُْم‬
Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada
kamu bersin, maka hendaklah dia menyebut: “‫الح ْم ُد‬ َ
ِ ِ‫( ل‬Segala puji bagi Allah).” Maka hendaklah saudara
‫له‬
atau sahabatnya menyebut: “ ُ‫ك اهلل‬ َ ‫( يـَْر َح ُم‬Semoga Allah
merahmati kamu).” Sekiranya seseorang itu mendoakan
kepadanya (orang yang bersin): “ ُ‫ك اهلل‬ َ ‫( يـَْر َح ُم‬Semoga Allah
merahmati kamu),” maka hendaklah dia menyebut:
“ ‫صلِ ُح بَالَ ُك ْم‬ ِ
ْ ُ‫( يـَْهدي ُك ُم اهللُ َوي‬Semoga Allah memberi petunjuk
kepada kamu serta memperelokkan urusan kamu).”

Riwayat al-Bukhari (6224)

46 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

22. Sunnah ketika menguap

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW


bersabda:

‫اء َب َأ َحدُ ك ُْم َف ْل َيكْظِ ْم َما‬ َّ ‫ال َّت َثاؤُ ُب ِم َن‬


ِ ‫الش ْي َط‬
َ ‫ َفإِ َذا َت َث‬،‫ان‬
َ ‫ْاس َت َط‬
‫اع‬
Maksudnya: “Menguap itu daripada syaitan. Barang
siapa yang menguap maka hendaklah dia menahannya
sedaya yang mungkin (dengan meletakkan tangan
atau merapatkan mulutnya).”

Riwayat Muslim (2994)

23. Sunnah ketika masuk ke rumah

Daripada Jabir bin ‘Abdillah R.A berkata, bahawa Nabi


SAW bersabda:

،‫هلل ِعنْدَ ُدخُ ولِ ِه َو ِعنْدَ َط َع ِام ِه‬ َّ ‫إِ َذا َدخَ َل‬
َ ‫ َف َذك ََر ا‬،‫الر ُج ُل َب ْي َت ُه‬
َ ‫ َو َل َع َش‬،‫يت َلك ُْم‬
‫اء‬ َ ِ‫ َل َمب‬:‫ان‬ ُ ‫الش ْي َط‬
َّ ‫َق َال‬
Maksudnya: “Apabila seseorang itu masuk ke dalam
rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah ketika

Kajian Ilmiah - Siri 20 47


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

memasukinya dan juga ketika makan. Lalu, syaitan


akan berkata (kepada syaitan-syaitan yang lain): “Tiada
tempat menginap dan tiada makanan untuk kamu.”

Riwayat Muslim (2018)

Hal ini seperti membaca ‘Basmalah’ (‫الرِح ِيم‬ َّ ‫)بِ ْس ِم اللَّ ِـه‬
َّ ‫الر ْح َمـٰ ِن‬
dan mengucapkan salam ketika memasuki rumah.

Imam al-Nawawi menjelaskan: “Dalam hadith


ini terdapat anjuran berzikir kepada Allah ketika
memasuki rumah dan ketika makan.” (Lihat al-Minhaj
Syarh Sahih Muslim, 13/173)

23. Meminta izin sebanyak tiga kali sahaja


(ketika berkunjung ke rumah orang)

Daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A, Rasulullah SAW


pernah bersabda:

‫ َوإِ َّل َف ْار ِج ْع‬،‫ َفإِ ْن ُأ ِذ َن َل َك‬،‫ان َث َل ٌث‬


ُ ‫ِال ْستِئ َْذ‬
Maksudnya: “Meminta izin (untuk masuk) hanya tiga
kali, sekiranya diizinkan maka dipersilakan dan jika
sebaliknya maka pulanglah.”
Riwayat Muslim (2153)

48 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Sunnah ketika Makan

24. Membaca Basmalah, makan dengan tangan


kanan serta yang paling hampir
Daripada ‘Umar bin Abi Salamah RA berkata:
Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku:

َ ِ‫ َوك ُْل ِمَّا َيل‬،‫ َوك ُْل بِ َي ِمين ِ َك‬،َ‫ َس ِّم اهلل‬،‫ال ُم‬
‫يك‬ َ ‫َيا ُغ‬
Maksudnya: “Wahai anak kecil! Sebutlah (bacalah)
nama Allah (‫الرِح ِيم‬ َّ ‫ )بِ ْس ِم اللَّ ِـه‬dan makanlah dengan
َّ ‫الر ْح َمـٰ ِن‬
tangan kananmu serta apa yang hampir denganmu
terlebih dahulu.”

Riwayat al-Bukhari (5376)

Kajian Ilmiah - Siri 20 49


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Daripada Aisyah R.anha berkata, bahawa Nabi SAW


bersabda:

‫َس َأ ْن َي ْذك َُر‬ ِ َ َ


َ ‫ َفإِ ْن ن‬،‫إِ َذا أك ََل أ َحدُ ك ُْم َف ْل َي ْذك ُِر ْاس َم اهللِ َت َع َال‬
ِ ‫هلل َأو َله و‬ ِِ
‫آخ َر ُه‬ َ ُ َّ ِ ‫ْاس َم اهللِ َت َع َال ِف َأ َّوله َف ْل َي ُق ْل بِ ْس ِم ا‬
Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu ingin
makan, maka sebutlah nama Allah. Sekiranya dia
terlupa menyebut nama Allah pada awalnya (sebelum
daripada makan) maka bacalah: Dengan nama Allah aku
memulakannya dan aku mengakhirinya.”

Riwayat Abu Daud (3767) Syeikh Shu’aib


al-Arna’outh menilai hadith ini adalah
sahih li ghairihi

25. Menjilat jari

Daripada Jabir RA berkata, bahawa Nabi SAW


bersabda:

‫ َفإِ َّن ُه َل‬،‫يل َحتَّى َي ْل َع َق َأ َصابِ َع ُه‬ ِ ‫َو َل َي ْم َس ْح َيدَ ُه بِا ْلِن ِْد‬
ِِ
َ َ ‫ي َط َعامه ا ْل‬
‫ب َك ُة‬ ِّ ‫َيدْ ِري ِف َأ‬

50 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Maksudnya: “Janganlah seseorang itu menyapu


(membersihkan) tangannya dengan kain sehingga dia
menjilat jari-jemarinya kerana dia tidak mengetahui
bahagian mana daripada makanannya yang berkat.”

Riwayat Muslim (2033)

26. Bernafas sebanyak tiga kali ketika minum

Daripada Anas bin Malik R.A berkata:

ِ ‫الش‬ ِ ِ ُ ‫َان َر ُس‬


‫اب‬ َ َّ ‫ول اهللِ َص َّل اهللُ َع َل ْيه َو َس َّل َم َي َتنَ َّف ُس ف‬ َ ‫ك‬
‫ َف َأنَا‬:‫ َق َال َأن ٌَس‬،‫ إِ َّن ُه َأ ْر َوى َو َأ ْب َر ُأ َو َأ ْم َر ُأ‬:‫ول‬
ُ ‫ َو َي ُق‬،‫َث َل ًثا‬
ِ ‫الش‬
‫اب َث َل ًثا‬ ِ َ
َ َّ ‫أ َتنَ َّف ُس ف‬
Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW bernafas
sebanyak tiga kali ketika minum. Baginda SAW
bersabda: “Itu lebih melegakan, bersih dan ber-
manfaat.” Anas berkata: Aku bernafas sebanyak tiga
kali ketika minum.”
Riwayat Muslim (2028)

Kajian Ilmiah - Siri 20 51


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Imam al-Nawawi meletakkan hadith ini di dalam


bab kemakruhan bernafas di dalam bekas air dan
sunnah bernafas di luar bekas minuman sebanyak tiga
kali (sebelum meminumnya kembali). (Lihat al-Minhaj
Syarah Sahih Muslim, 198/13).

27. Memuji Allah selepas makan atau minum

Daripada Anas bin Malik RA berkata, bahawa Nabi


SAW bersabda:

‫إِ َّن اهللَ َل َ ْي َض َع ِن ا ْل َع ْب ِد َأ ْن َي ْأك َُل ْالَ ْك َل َة َف َي ْح َمدَ ُه َع َل ْي َها‬


‫الش َب َة َف َي ْح َمدَ ُه َع َل ْي َها‬ َ
ْ َّ ‫ش َب‬ َ ْ ‫أ ْو َي‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah meredhai
seorang hamba apabila dia makan dan minum, lalu
dia memuji Allah disebabkannya.”
[Riwayat Muslim (2734))

52 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

28. Tidak mencela makanan

Daripada Abu Hurairah RA berkata:

‫ إِ ِن ْاشت ََها ُه‬،‫اب النَّبِ ُّي َص َّل اهللُ َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َط َع ًاما َق ُّط‬ َ ‫َما َع‬
‫َأ َك َل ُه َوإِ َّل ت ََر َك ُه‬
Maksudnya: “Nabi SAW tidak pernah mencela
makanan walau sekali pun. Sekiranya Baginda SAW
menyukainya, maka Baginda akan memakannya.
Namun jika sebaliknya, maka Baginda SAW akan
meninggalkannya (tidak memakannya).”
[Riwayat al-Bukhari (5409))

29. Berkumur selepas makan atau minum

Daripada Ibn Abbas R.anhuma berkata:

ِ َ ‫ول اللَِّ َص َّل اللَُّ َع َل ْي ِه َو َس َّل َم‬


،‫ش َب َل َبنًا َف َم ْض َم َض‬ َ ‫َأ َّن َر ُس‬
‫ إِ َّن َل ُه َد َس ًم‬:‫َو َق َال‬

Kajian Ilmiah - Siri 20 53


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Maksudnya: “Apabila Rasulullah SAW meminum


susu, Baginda akan berkumur-kumur. Kemudian
bersabda: “Sesungguhnya susu mengandungi
lemak.”
[Riwayat al-Bukhari (211)]

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, hadith ini


dinyatakan sebab tuntutan agar berkumur selepas
meminum susu (kerana ia berlemak) dan ia juga
menunjukkan akan sunnah untuk berkumur daripada
semua makanan atau minuman yang berlemak (bukan
sahaja susu). [Lihat Fath al-Bari, 1/313]

Sunnah dalam Berpakaian

30. Memulakan dengan sebelah kanan pada


perkara yang baik

Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

ِ ِ
َ ‫ب ال َّت َي ُّم َن َما ْاس َت َط‬
‫اع‬ ُّ ‫َان النَّبِ ُّي َص َّل اهللُ َع َل ْيه َو َس َّل َم ُي‬ َ ‫ك‬
‫ور ِه َوت ََر ُّجلِ ِه َو َتنَ ُّعلِ ِه‬
ِ ‫ ِف ُط ُه‬،‫ِف َش ْأنِ ِه ُك ِّل ِه‬

54 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Maksudnya: “Adapun Nabi SAW suka mendahulukan


sebelah kanan dalam setiap perbuatan seperti ketika
bersuci, menyikat rambut dan memakai selipar
(kasut).”
[Riwayat al-Bukhari (426)]

Imam al-Nawawi berkata: “Kaedah syariat yang


terus berlaku bahawa segala yang berhubungan
dengan kemuliaan dan keindahan dianjurkan untuk
memulakan dengan sebelah kanan, dan segala yang
merupakan kebalikannya dianjurkan memulakan
dengan sebelah kiri.” (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih
Muslim, 3/160)

Daripada Abu Hurairah R.A katanya, bahawa Nabi


SAW bersabda:

‫ َفا ْبدَ ُءوا بِ َأ َي ِامنِك ُْم‬،‫ َوإِ َذا ت ََو َّض ْأت ُْم‬،‫إِ َذا َلبِ ْست ُْم‬
Maksudnya: “Apabila kamu ingin memakai pakaian
atau berwudhuk, maka mulakanlah dengan bahagian
anggota yang kanan.”
Riwayat Abu Dawud (4141)][Syeikh
Syu’aib al-Arna’out menilai sanad
hadith ini adalah sahih

Kajian Ilmiah - Siri 20 55


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

31. Sunnah ketika memakai kasut (selipar)


Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW
bersabda:

‫ َوإِ َذا َنز ََع َف ْل َي ْبدَ ْأ‬،‫ني‬ِ ‫إِ َذا ا ْن َت َع َل َأ َحدُ ك ُْم َف ْل َي ْبدَ ْأ بِال َي ِم‬
ِ ِ ‫ لِ َيك‬،‫الش َم ِل‬
َ ُ ‫ُن ال ُي ْمنَى َأ َّو َُل َم ُتنْ َع ُل َوآخ َر‬
‫ها ُتنْز َُع‬ ِّ ِ‫ب‬
Maksudnya: “Apabila kamu memakai kasut (selipar),
maka mulakan dengan kaki kanan. Namun apabila
kamu ingin menanggalkannya, maka mulakan
dengan kaki kiri agar kaki kanan menjadi yang paling
awal dipakai dan paling akhir ditanggalkan.”
Riwayat al-Bukhari (5855)

32. Menggunakan wangian

Daripada Anas bin Malik R.A berkata:

‫ب ِمن َْها‬ ِ ِ ْ ‫كَان‬


ُ ‫َت للنَّبِ ِّي َص َّل اهللُ َع َل ْيه َو َس َّل َم ُس َّك ٌة َي َت َط َّي‬
Maksudnya: “Nabi SAW memiliki tempat simpanan
minyak wangi untuk Baginda menggunakannya bagi
tujuan berwangi-wangian.”

56 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Riwayat Abu Daud (4162)] [Syeikh Syu’aib al-


Arna’out menilai sanad hadith ini adalah sahih

Sunnah ketika Ingin Tidur

33. Menutup pintu dan lampu

Daripada Jabir RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ِ
َ ‫ َو َغ ِّل ُقوا األَ ْب َو‬،‫يح إِ َذا َر َقدْ ت ُْم‬
‫اب‬ َ ِ‫َأ ْطفئُوا ا َمل َصاب‬
Maksudnya: ““Padamlah lampu sekiranya kamu
ingin tidur dan tutuplah pintu.”
Riwayat al-Bukhari (6296)

Ibn Daqiq al-‘Id berkata: "Menutup pintu


mengandungi kemaslahatan agama dan duniawi,
iaitu untuk menjaga jiwa dan harta daripada pelaku
kerosakan, lebih-lebih daripada para syaitan.” (Lihat
Fath al-Bari, 18/45)

Kajian Ilmiah - Siri 20 57


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

34. Mengebas tempat tidur

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

‫اخ َل ِة‬
ِ َ‫اشه بِد‬ ِ ِ ِ ِ
ُ َ ‫إِ َذا َأ َوى َأ َحدُ ك ُْم إِ َل ف َراشه َف ْل َينْ ُف ْض ف َر‬
‫ َفإِ َّن ُه الَ َيدْ ِري َما َخ َل َف ُه َع َل ْي ِه‬،‫َار ِه‬
ِ ‫إِز‬

Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu


mendatangi tempat tidurnya, maka hendaklah dia
mengebas tempat tidurnya dengan memegang
bahagian dalam kainnya kerana dia tidak mengetahui
apa yang terdapat di atasnya.”
Riwayat al-Bukhari (6320)

35. Berwudhuk dan mengiring ke kanan


sebelum tidur

Daripada al-Bara’ R.A katanya, bahawa Nabi SAW


bersabda:

‫ ُث َّم‬،‫ال ِة‬ ِ
َ ‫ َفت ََو َّض ْأ ُو ُض‬،‫ك‬
َّ ‫وء َك ل‬
َ ‫لص‬ َ ‫ت َم ْض َج َع‬ َ ‫إِ َذا َأ َت ْي‬
َ ‫ج ْع َع َل ِش ِّق‬
‫ك األَ ْي َم ِن‬ ِ ‫اض َط‬ ْ

58 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Maksudnya: “Apabila kamu ingin berbaring di tempat


tidur, maka berwudhuklah sepertimana wudhuk solat.
Kemudian, berbaringlah dengan mengiring ke kanan.”
[Riwayat al-Bukhari (247)

36. Meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan

Daripada Hafsah R.Anha katanya:

َ ‫ول اهللِ َص َّل اهللُ َع َل ْي ِه َو َس َّل َم ك‬


َ‫َان إِ َذا َأ َرا َد َأ ْن َي ْر ُقد‬ َ ‫َأ َّن َر ُس‬
‫ ال َّل ُه َّم ِقنِي َع َذا َب َك‬:‫ول‬ ُ ‫ت خَ دِّ ِه ُث َّم َي ُق‬ َ ‫َو َض َع َيدَ ُه ا ْل ُي ْمنَى َ ْت‬
‫ ِع َبا َد َك َث َل َث ِم َر ٍار‬،‫ث‬ ُ ‫َي ْو َم َت ْب َع‬
Maksudnya: “Apabila Baginda SAW ingin tidur,
Baginda SAW akan meletakkan tangan kanannya
di bawah pipi kanan. Lalu Baginda akan membaca:
ِ ُ ‫ك يـوم تـبـع‬ ِِ
“‫اد َك‬
َ َ‫ عب‬،‫ث‬ َْ َ َ َْ َ َ‫( ”اللَّ ُه َّم قني َع َذاب‬Ya Allah, Peliharalah
diriku daripada azab-Mu iaitu pada hari Engkau
membangkitkan hamba-hamba-Mu!)” sebanyak tiga
kali.
Riwayat Abu Daud (5045)][Imam Ibn
Hajar al-Asqalani menilai hadith ini
sebagai hasan

Kajian Ilmiah - Siri 20 59


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

37. Membaca doa

Daripada Hudhaifah RA berkata:

،‫اش ِه‬
ِ ‫َان النَّبِي ص َّل اهللُ ع َلي ِه وس َّلم إِ َذا َأوى إِ َل فِر‬
َ َ َ َ َ ْ َ َ ُّ َ ‫ك‬
‫وت َو َأ ْح َيا‬
ُ ‫ك َأ ُم‬َ ‫اس ِم‬
ْ ِ‫ ب‬:‫َق َال‬
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW apabila ingin tidur,
Baginda akan membaca: “‫َحيَا‬
ْ ‫وت َوأ‬ َ ‫اس ِم‬
ُ ‫ك أ َُم‬ ْ ِ‫( ”ب‬Dengan
nama-Mu aku mati dan hidup).”
Riwayat al-Bukhari (6312)

38. Sunnah ketika bermimpi baik atau buruk

Daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A, bahawa Nabi SAW


bersabda:

َ‫ َف ْل َي ْح َم ِد اهلل‬،ِ‫ َفإِ َّنَا ِم َن اهلل‬،‫الرؤْ َيا ُيِ ُّب َها‬


ُّ ‫إِ َذا َر َأى َأ َحدُ ك ُُم‬
‫ َفإِن ََّم ِه َي‬،‫َع َل ْي َها َو ْل ُي َحدِّ ْث ِ َبا َوإِ َذا َر َأى َغ ْ َي َذلِ َك ِمَّا َيك َْر ُه‬
،‫ َوالَ َي ْذك ُْر َها ِلَ َح ٍد‬،‫ش َها‬ ِ ِ ِ
ِّ َ ‫ َف ْل َي ْستَع ْذ م ْن‬،‫الش ْي َطان‬ َّ ‫ِم َن‬
‫َض ُه‬َّ ُ ‫َفإِ َّنَا َل ْن ت‬

60 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Maksudnya: “Sekiranya salah seorang daripada


kamu bermimpi yang mana mimpi tersebut
disukainya (mimpi yang baik), ketahuilah ia daripada
Allah dan hendaklah kamu memuji Allah (menyebut
alhamdulillah) serta ceritakanlah ia (kepada orang
lain). Adapun sekiranya dia bermimpi selain daripada
itu, iaitu mimpi yang tidak disukai (mimpi buruk)
olehnya, maka ia datang daripada syaitan. Hendaklah
dia memohon perlindungan Allah daripada
keburukannya, serta janganlah dia menceritakannya
kepada sesiapa. Sesungguhnya mimpi tersebut tidak
akan memudharatkannya.”
[Riwayat al-Bukhari (7045))

Daripada Abu Qatadah R.A, bahawa Nabi SAW


bersabda:

‫ َفإِ َذا َح َل َم َأ َحدُ ك ُْم‬،‫ان‬ ِ ‫الش ْي َط‬ َّ ‫ال ْل ُم ِم َن‬ ُْ ‫ َو‬،ِ‫الرؤْ َيا ِم َن اهلل‬ ُّ
‫ َو ْل َي َت َع َّو ْذ بِاهللِ ِم ْن‬،‫ث َع ْن ي َي َس ِار ِه َث َل ًثا‬ ْ ‫ُح ْل ًم َيك َْر ُه ُه َف ْل َينْ ُف‬
‫َض ُه‬ َّ ُ ‫ َفإِ َّنَا َل ْن ت‬،‫ش َها‬ ِّ َ
Maksudnya: “Mimpi yang baik daripada Allah
dan mimpi yang buruk daripada syaitan. Sekiranya
salah seorang daripada kamu bermimpi yang mana
mimpi tersebut tidak disukainya, maka hendaklah

Kajian Ilmiah - Siri 20 61


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

dia meludah (isyarat seperti meludah) sebanyak tiga


kali di sebelah kirinya dan hendaklah dia memohon
perlindungan Allah daripada keburukannya serta
mimpi tersebut tidak akan memberi mudharat
kepadanya.”
Riwayat Muslim (2261)

Sunnah ketika Menziarahi Orang Sakit

Antara sunnah dan adab-adab dalam menziarahi orang


sakit ialah:
Pertama: Hendaklah berniat ikhlas dan tujuan yang
baik ketika menziarahi orang sakit. Rasulullah SAW
bersabda:

‫ي ِ ْف َسبِ ْي ِل اهللِ نَا َدا ُه‬


ْ ‫َار َأخ ًا َل ُه ِف اهللِ َأ‬
َ ‫َم ْن َعا َد َم ِر ْيض ًا َأ ْو ز‬
ً‫الن َِّة َمن ِْزال‬
َْ ‫اك َو َت َب َّو ْأ َت ِم َن‬ َ ‫ت َو َط‬
َ ‫اب َم ْ َش‬ َ ‫َاد بِ َأ ْن طِ ْب‬
ٍ ‫من‬
ُ
Maksudnya: “Sesiapa yang menziarahi orang yang
sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah
atau di jalan Allah, akan ada yang akan menyeru
kepadanya: ‘Engkau telah melakukan kerja mulia
dan langkahmu juga mulia (dalam menziarahinya),

62 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

serta akan engkau menempati mahligai di Syurga.”


Riwayat al-Tirmizi (2008) dan
Ibn Majah (1433)

Selain itu, orang yang ingin menziarahi hendaklah


memilih situasi dan keadaan yang sesuai. Jangan
memberatkan orang yang diziarahi dan pilihlah waktu
yang sesuai. Selain itu, elakkan daripada duduk terlalu
lama.

Kajian Ilmiah - Siri 20 63


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Kedua: Hendaklah orang yang menziarahi itu men-


doakan orang yang sakit dengan kesembuhan dan
kesihatan. Hal ini berdasarkan hadith:

َ ‫ الَ َب ْأ َس َط ُه ْو ٌر إِ ْن َش‬:‫إِ َذا َدخَ َل َع َل َم ْن َي ُع ْو ُد َق َال‬


.ُ‫اء اهلل‬
Maksudnya: “Apabila engkau menziarahi orang
َ ‫ْس طَ ُه ْوٌر إِ ْن َش‬
yang sakit, sebutlah: ‘ُ‫اء اهلل‬ َ ‫( ’الَ بَأ‬Tidak
mengapa, semoga sakitmu ini menjadikan dosamu
bersih, insya Allah).”
Riwayat al-Bukhari (5656)

Orang yang ingin menziarahi


hendaklah memilih situasi
dan keadaan yang sesuai.
Jangan memberatkan orang
yang diziarahi dan pilihlah
waktu yang sesuai.

64 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Ketiga: Mengusap bahagian yang sakit dengan tangan


kanan dan mengucapkan:

ِ ‫ب ا ْلب ْأس و ْاش‬ ِ ِ ‫ال َّلهم رب الن‬


ْ ِ ‫الش‬
َ‫اف ال‬ َ ‫ف َأن‬
َّ ‫ْت‬ َ َ َ ِ ‫َّاس َأ ْذه‬ َّ َ َّ ُ
ِ ‫ِش َفاء إِالَّ ِش َفاؤُ َك ِش َفاء الَ يغ‬
.‫َاد ُر َس َق ًام‬ ُ ً َ
Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan Pemelihara manusia,
hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah.
Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tidak ada
kesembuhan melainkan hanya kesembuhan dari-
pada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan
penyakit walau sedikit pun.”
Riwayat al-Bukhari (5743) dan Muslim (2191)

Kajian Ilmiah - Siri 20 65


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Keempat: Apabila melihat orang yang ditimpa


musibah dan penyakit, hendaklah berdoa dengan
suara yang perlahan untuk keselamatan dirinya, iaitu
dengan doa:

‫ال َك بِ ِه َو َف َّض َلن ِ ْي َع َل كَثِ ْ ٍي‬


َ ‫ان ِمَّا ا ْب َت‬
ْ ِ ‫ي َعا َف‬
ِ
ْ ‫َا َْل ْمدُ ِهللِ ا َّلذ‬
ً ‫ِم َّ ْن َخ َل َق َت ْف ِض ْي‬
.‫ال‬
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang
menyelamatkan daku daripada musibah yang Allah
timpakan kepadamu. Dan Allah telah memberikan
kemuliaan kepadaku melebihi orang lain.”
Riwayat al-Tirmizi (3431) dan Ibn Majah (3892)

Sunnah ketika Menziarahi Orang Mati

Orang lelaki sunat mengiringi jenazah ke kubur. Hal ini


berdasarkan hadith, al-Barra’ bin Azib berkata:

‫ َو ِع َيا َد ِة‬،‫النَائِ ِز‬


َْ ‫َأ َم َرنَا النَّبِ ُّى َص َّل اهللُ َع َل ْي ِه َو َس َّل َم بِا ِّت َبا ِع‬
ِ ْ ‫ َون‬،‫اعى‬
‫َص ا َْل ْظ ُلو ِم‬ ِ َّ‫ وإِجاب ِة الد‬،‫س‬ ِ ِ ِ ِ ‫ا َْل ِر‬
َ َ َ ِ ‫ َوت َْشميت ا ْل َعاط‬،‫يض‬

66 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Maksudnya: “Rasulullah SAW menyuruh kami


mengiringi jenazah, menziarahi pesakit, mendoakan
pesakit, mendoakan orang bersin, memenuhi
jemputan dan membantu orang yang teraniaya.”
Riwayat al-Bukhari (1182)

Begitu juga sunat menunggu mayat selesai di-


kebumikan. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Abu
Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

ٌ ‫النَا َز َة َحتَّى ُي َص ِّ َل َع َل ْي َها َف َل ُه ِق َري‬


َ‫ َو َم ْن َش ِهد‬،‫اط‬ َْ َ‫َم ْن َش ِهد‬
:‫ان؟ َق َال‬ ِ ‫يل َو َما ا ْل ِقريا َط‬ َ ‫ ِق‬.‫ان‬ ِ ‫َان َل ُه ِقريا َط‬ َ ‫َحتَّى تُدْ َف َن ك‬
َ َ
ِ ْ ‫يم‬ِ َْ ‫ِم ْث ُل‬
ِ ْ ‫ال َب َل‬
‫ي‬ َ ‫ي ا ْل َعظ‬
Maksudnya: “Sesiapa yang bersama-sama jenazah
sehingga selesai disolatkan dia mendapat satu qirath
(‫ )قِ َيراط‬dan sesiapa yang bersama-samanya sehingga
selesai dikebumikan dia mendapat dua qirath. Lalu
Baginda ditanya: Apakah dua qirath itu? Baginda
menjawab: Ganjarannya umpama dua buah bukit
yang besar.”
Riwayat al-Bukhari (1261) dan
Muslim (945)

Kajian Ilmiah - Siri 20 67


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Antara adab mengiringi jenazah ialah:

Pertama: Mengiringi dengan berjalan kaki. Namun,


ketika pulang, tidak mengapa sekiranya berkenderaan.
Hal ini berdasarkan hadith, daripada Thauban RA:

‫اجلنَاز َِة َف َأ َبى َأ ْن َي ْركِ َب َها َف َل َّم‬


َ ‫َأ َّن َر ُس ْو َل اهللِ ُأ ِ َت بِدَ ا َّب ٍة َو ُه َو َم َع‬
‫َت‬ ْ ‫الئِ َك َة كَان‬ َ ‫ إِ َّن ا َْل‬:‫ َف َق َال‬،‫ َف ِق ْي َل َل ُه‬،‫ب‬ ِ ٍ
َ ‫ْصفَ ُأ ِ َت بِدَ ا َّبة َف َرك‬ َ َ ‫ان‬
‫ت‬ُ ‫ب َو ُه ْم َي ْم ُش ْو َن َف َل َّم َذ َه ُب ْوا َركِ ْب‬ ِ
َ ‫َتْش َف َل ْم َأك ُْن ألَ ْرك‬
ِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW dibawakan binatang


tunggangan kepadanya ketika Baginda sedang
mengiringi jenazah tetapi Baginda enggan
menungganginya. Ketika balik, Baginda telah
menunggangi pula binatang tunggangan yang
dibawakan kepadanya. Apabila ditanya, Baginda
menjawab: Ketika itu para malaikat bersama-sama
berjalan, masakan aku pula menaiki tunggangan
sedangkan mereka berjalan kaki. Aku menaiki
tunggangan setelah mereka pergi.”
Riwayat al-Bukhari (3177)

Hal yang demikian dianggap sunat kerana telah


thabit bahawa Baginda SAW pernah juga berkenderaan
ketika mengiringi jenazah pada masa yang lain.

68 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Kedua: Makruh berbuat bising ketika mengiringi


jenazah. Hendaklah bertafakur mengingati kematian
dan balasannya. Hal ini berdasarkan hadith, daripada
Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

‫َار‬ ٍ ‫النَا َز ُة بِصو‬


ٍ ‫ت َوالَ ن‬ َْ ‫الَ ُت ْت َب ُع‬
ْ َ
Maksudnya: “Jenazah tidak sepatutnya diringi bunyi
suara dan api.”
Riwayat Abu Daud (3171)

Ketiga: Sunat mengucapkan takziah kepada keluarga


si mati. Hal ini berdasarkan hadith, Nabi SAW bersabda:

‫َما ِم ْن ُم ْؤ ِم ٍن ُي َعزِّى َأ َخا ُه بِ ُم ِصي َب ٍة إِالَّ ك ََسا ُه اللَُّ ُس ْب َحا َن ُه‬


‫ِم ْن ُح َل ِل ا ْلك ََر َام ِة َي ْو َم ا ْل ِق َي َام ِة‬
Maksudnya: “Orang Islam yang mengucapkan
takziah kepada saudaranya ketika ditimpa
kemalangan, pasti Allah mengurniakannya ke-
muliaan pada hari Kiamat.”
Riwayat Ibn Majah (1601)

Kajian Ilmiah - Siri 20 69


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Sebahagian Zikir Amalan


Rasulullah SAW

Membaca atau mengkhatamkan al-Quran

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr R.A katanya, bahawa Nabi


SAW pernah bersabda kepadaku:

:‫ َق َال‬،ً‫ إِ ِّن َأ ِجدُ ُق َّوة‬:‫ت‬


ُ ‫ َق َال ُق ْل‬.‫آن ِف ك ُِّل َش ْهر‬ َ ‫ا ْق َرأِ ا ْل ُق ْر‬
:‫ َق َال‬،ً‫ إِ ِّن َأ ِجدُ ُق َّوة‬:‫ت‬ ُ ‫ َق َال ُق ْل‬.‫ين َل ْي َل ًة‬
َ ‫ش‬ ِ ْ ‫َفا ْق َر ْأ ُه ِف ِع‬
‫َفا ْق َر ْأ ُه ِف َس ْب ٍع َو َل ت َِز ْد َع َل َذلِ َك‬
Maksudnya: “Bacalah (khatamkan) al-Quran pada
setiap bulan. Aku berkata: Sesungguhnya aku lebih
kuat daripada itu. Maka Nabi SAW bersabda: Jika
begitu, bacalah (khatamkan) ia (al-Quran) pada
setiap 20 malam. Aku berkata lagi: Sesungguhnya
aku lebih kuat daripada itu. Lalu Nabi SAW bersabda
lagi: Maka bacalah (khatamkan) ia (al-Quran) pada
setiap 7 hari dan janganlah kamu menguranginya
lagi daripada itu.”
Riwayat Muslim (1159)

70 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Memperbanyakkan Istighfar

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa beliau mendengar


Rasulullah SAW bersabda:

‫ُوب إِ َل ْي ِه ِف ال َي ْو ِم َأ ْك َث َر ِم ْن‬ ِ
ُ ‫َواهللِ إِ ِّن َلَ ْس َتغْف ُر اهللَ َو َأت‬
‫ني َم َّر ًة‬ ِ
َ ‫َس ْبع‬
Maksudnya: “Demi Allah! Sesungguhnya aku
beristighfar kepada Allah dan memohon keampunan
kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali.”
Riwayat al-Bukhari (6307)

Kajian Ilmiah - Siri 20 71


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Ada juga riwayat menyebut sebanyak 100 kali. Antara


kelebihan istighar adalah sepertimana disebut dalam
firman Allah SWT:

‫﴾ ُي ْر ِس ِل‬١٠﴿ ‫َان َغ َّف ًارا‬ َ ‫ت ْاس َتغ ِْف ُروا َر َّبك ُْم إِ َّن ُه ك‬
ُ ‫َف ُق ْل‬
‫ني‬ ِ ٍ ‫﴾ ويم ِددكُم بِ َأمو‬١١﴿ ‫السمء ع َليكُم مدْ رارا‬
َ ‫ال َو َبن‬ َْ ْ َُْ ً َ ِّ ْ َ َ َ َّ
‫ي َعل َّلك ُْم َأ ْنَ ًارا‬ ٍ
ْ َ ‫ي َعل َّلك ُْم َجنَّات َو‬ْ َ ‫َو‬
Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada
mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan
kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan
menghantarkan hujan lebat mencurah-curah,
kepada kamu; "Dan Ia akan memberi kepada kamu
dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-
pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-
kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu
sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”
Surah Nuh: (10-12)

72 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Penutup

Kesimpulannya, mengikuti setiap yang dibawa oleh


Nabi SAW adalah satu sifat yang terpuji kerana ia
merupakan bukti kecintaan kita kepada Baginda SAW.
Tambahan pula, dengan mencintai dan mentaati Nabi
SAW akan melahirkan kecintaan dan ketaatan kepada
Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-
Quran:

َ ‫اع ال َّلـ َه ۖ َو َمن ت ََو َّ ٰل َف َم َأ ْر َس ْلن‬ ِ


‫َاك‬ َ ‫ول َف َقدْ َأ َط‬
َ ‫الر ُس‬
َّ ‫َّمن ُيط ِع‬
‫َع َل ْي ِه ْم َح ِفي ًظا‬
Maksudnya: “Sesiapa yang taat kepada Rasulullah,
maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah dan
sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah
kamu berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami
tidak mengutuskanmu untuk menjadi pengawal
(yang memelihara mereka daripada melakukan
kesalahan).”
(Surah al-Nisa’: 80)

Kajian Ilmiah - Siri 20 73


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Selain itu juga, seseorang itu mampu meraih


cinta Allah SWT yang sebenar serta mendapatkan
keampunan-Nya dengan mengamalkan sunnah atau
petunjuk Nabi SAW dalam kehidupan seharian mereka.
Firman Allah SWT:

‫يبِ ْبك ُُم ال َّلـ ُه َو َيغ ِْف ْر َلك ُْم‬ ِ ‫ون ال َّلـ َه َفا َّتبِ ُع‬
ْ ُ ‫ون‬
ِ ُ ‫ُق ْل إِن كُنتُم‬
َ ‫ت ُّب‬ ْ
ِ
‫يم‬
ٌ ‫وور َّرح‬ ٌ ‫ُذنُو َبك ُْم ۗ َوال َّلـ ُه َغ ُف‬
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika
benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku
(Rasulullah SAW), nescaya Allah akan mengasihi
kamu serta mengampuni dosa-dosa kamu. Dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”
Surah Ali 'Imran: (31)

74 Kajian Ilmiah - Siri 20


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Kami akhiri dengan memohon kepada Allah SWT


agar menghiasi diri kita semua dengan akhlak yang
mulia sepertimana junjungan besar Nabi Muhammad
SAW. Di samping itu juga, marilah sama-sama kita
memperbanyakkan doa kepada Allah agar diberikan
kekuatan dalam mengamalkan sunnah-sunnah Nabi
SAW supaya dengan sebab itu, kita semua akan
dihimpunkan bersama Baginda SAW serta bersama
para pencinta Baginda SAW di dalam syurga kelak.
Amin.

َِ ‫المدُ لَِّ ا َّل ِذي بِنِعمتِ ِه تَتِم الص‬


ُ ‫ال‬
‫ات‬ َّ ُّ َْ ْ َْ
Selesai disemak dan dikemaskini
pada 14/10/2021 bersamaan 6 Rabi ul Awal 1443 Hijri.

Kajian Ilmiah - Siri 20 75


24 Jam Bersama Rasulullah SAW

76 Kajian Ilmiah - Siri 20

Anda mungkin juga menyukai