Anda di halaman 1dari 22

1.

Solat sunat Dhuha

---

2. Solat Sunat Taubat

1…

Cara Melaksanakan Solat Taubat


1. Niat solat taubat

“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat


kerana Allah Ta’ala.”

2. Bacaan semasa solat


Pada rakaat pertama hendaklah membaca surah al-Fatihah dan al-Kafirun. Manakala pada rakaat
yang kedua pula hendaklah membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas.

3. Bertasbih
Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih
berikut sebanyak 40 kali:

“Tidak ada Tuhan selain


Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

4. Beristighfar
Banyakkan beristighfar selepas memberi salam.

1. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 atau 100 kali.


“Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha
berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.”

2. Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 atau 100 kali.

“Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup Lagi
Maha Mengurus! Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada
menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai
kematian, hidup dan kebangkitan.”

3. Penghulu istighfar sebanyak 3 kali

“Ya,
Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah
hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat
mampuku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui atas segala
nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah
aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. ”

5. Baca doa taubat


Bacalah doa yang biasa dibaca untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah SWT.
Berdoalah dengan penuh harapan untuk mendapat keampunan daripada Allah.

Luahkan segalanya kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Anggaplah seolah-olah sekejap
lagi kita akan mati. Pasti kita akan berdoa dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh.

Mudah sahaja kan untuk solat taubat? Ambil masa dan muhasabah diri setiap hari. Saban hari,
ada saja dosa yang kita lakukan. Bersihkan kembali diri kita daripada dosa dengan
membanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada-Nya. Amalkan solat sunat taubat
setiap hari jika boleh.

Mari kita renungkan, Rasulullah s.a.w yang bebas dosa itu pun beristighfar tidak kurang dari 70
kali setiap hari. Jadi, sudah tentu kita manusia yang setiap detiknya sentiasa menambah koleksi
dosa seharusnya lebih banyak beristighfar dan memohon keampunan Allah.

Lalu, bagaimana pula dengan kita yang mahu mengikut dan menjadi umat Rasulullah? Sudahkah
kita beristighfar lebih 70 kali pada hari ini?

======

Baca Doa Taubat


.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon
ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha
Mengurus!

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang
tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu
mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).

Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya.


Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan


daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala
dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-


Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya
daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni
dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan


kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang!

‫ َونَ ِد ْمنَا َعلَى َما َف َع ْلنَا‬، ‫اهلل‬


ِ ‫ ورجعنَا ِإىَل‬، ‫اهلل‬
َْ ََ
ِ ‫ُتبنَا ِإىَل‬
ْ
Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan

Cara mudah melaksanakan solat taubat


Cara solat taubat sama sahaja seperti solat sunat yang lain. Solat taubat boleh dilakukan dua,
empat atau enam rakaat pada bila-bila masa sahaja dengan memberi salam di setiap dua rakaat.
Adalah disarankan solat sunat taubat dilakukan pada waktu tengah malam atau sepertiga malam
ketika suasananya lebih sunyi dan tenang.

1)Lafaz Niat:
“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala”

2)Bacaan ketika solat:

Pada rakaat pertama: Baca Surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun

Pada rakaat kedua: Baca Surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas

Banyakkan berdoa setiap kali anda bersujud. 

“Yang paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya adalah ketika ia sujud, maka
perbanyaklah do’a ketika itu.” (HR. Muslim no. 482, dari Abu Hurairah)

3)Bertasbih:

Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua iaitu selepas membaca tasbih biasa, sebelum tahiyat
akhir, bacalah Tasbih berikut sebanyak 40 kali:

“Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk
di dalam golongan orang-orang yang zalim”

4)Memberi salam.
5)Beristighfar:

Bacalah istighfar di bawah ini sebanyak 10 atau 100 kali

“Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang
Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.”

Bacalah istighfar Tauhid di bawah ini sebanyak 10 atau 100 kali

“Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang
Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba
yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak
mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.”

Bacalah Penghulu istighfar sebanyak 3 kali

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan
aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian
setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui atas segala
nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah
aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. ”

6)Membaca doa taubat:


Baca doa memohon keampunan dari Allah SWT, berdoalah dengan bersungguh-sungguh untuk
meminta diberi keampunan sepenuhnya oleh Allah SWT terhadap segala dosa yang telah kita
lakukan. Berdoalah dengan menaruh seluruh harapan kita di dalam taubat ini. Berdoa agar kita
diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam melakukan ibadah kita dan jangan mengulangi dosa
lampau.

=====

Cara nak melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat:-

1) Sebelum sembahyang, istighfar 70x.


Astagfirullah..boleh. Nak panjang lagi, Astagfirullahala'zim pun boleh....Nak panjangkanlah
lagi istighfar -Astaghfirullahal ‘adzim al-ladzii laailaaha illa huwal hayyul qayyuumu wa
atuubu ilaih pun boleh.

2) Boleh dilakukan bila-bila masa cuma bukan waktu tahrim (waktu dilarang) solat. Tiada
jumlah yang khusus. Namun menurut Ustaz, waktu terbaik ialah pada tengah malam.

3) Sah solat sunat taubat sambil duduk (walaupun kita mampu berdiri) kerana ini ialah solat
sunat. Namun sembahyang berdiri itu lebih baik dari sembahyang duduk.

4) Lafaz niat solat sunat taubat

َ ‫سنَّةَ التَوبَ ِة َر َك َعتَ ْي ِن هلِل ِ ت‬


‫َعالى‬ ُ ‫صلِّي‬
َ ‫أ‬
Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala

5) Bacaan yang disyorkan selepas Al Fatihah:


i. Rakaat pertama : surah Al Kafirun
ii. Rakaat kedua   : surah Al Ikhlas
@
i. Rakaat pertama : surah Ayatul Kursi 11x
ii. Rakaat kedua   : surah Al Ikhlas 11x
@ ayat terpilih(yang paling baik)
i. Rakaat pertama : ayat 135-138 surah Al Imran
ii. Rakaat kedua   : ayat 110-113 surah An Nisa'

6) Sewaktu rukuk...lebihkan bacaan tasbih. Begitu juga sewaktu sujud. Kalau sebelum ini kita
baca 3x sahaja..tambah jadi 11x.

7) Di rakaat ke2, sewaktu sujud akhir baca lah doa di bawah sebanyak 40x

 *Biarlah dahi tersentuh di bumi Allah dengan merendah diri, dengan rasa bersalah, mudah-
mudahan Allah SWT gugurkan dosa-dosa kita"
8) Selepas salam, kita beristighfar dan berdoalah. Ustaz beritahu di bawah ini disebut Penghulu

Istighfar (Ya Allah, Engkaulah


Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku
sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku.
Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan
kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan
dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa
kecuali Engkau). 

-------

3. Solat Sunat Hajat


Cara Solat Hajat. Ada ketikanya kita leka dan terlupa untuk memohon hajat kepada yang
sepatutnya sedangkan kita betul-betul berhajat kepada perkara tersebut.
Apa kata kita memohon hajat kepada Allah SWT di samping usaha yang telah dibuat. Memohon
hajat yang boleh dibuat melalui solat hajat dengan memperbanyakkannya, mudah-mudahan hajat
kita dimakbulkan-Nya.

Solat hajat iaitu solat untuk memohon sesuatu hajat yang tertentu kepada Allah SWT, sama ada
semasa senang, lebih-lebih lagi ketika mengalami kesulitan dan kesukaran.

Solat sunat hajat boleh dikerjakan secara ringkas sebanyak dua rakaat. Bagi mereka yang ingin
memanjangkannya sehingga 12 rakaat. Setiap 2 rakaat dengan 1 salam.

Ia boleh dilakukan secara bersendirian mengikut keperluan hajat masing-masing dan juga boleh
juga dilakukan secara berjemaah jika mempunyai hajat atau niat yang sama.

Waktu solat hajat ketika ingin mengerjakan ialah pada bila-bila masa sama siang atau malam,
kecuali waktu yang diharamkan solat.

Namun begitu dianjurkan untuk memilih waktu yang sesuai, contohnya selepas tengah malam
atau selepas 2/3 malam. Ini kerana suasana ketika itu yang boleh mendatangkan kekusyukkan,
Insha Allah…

Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat

Berikut cara solat hajat yang boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat sehingga dua belas
rakaat.

Lafaz niat solat Hajat:

Maksudnya – “Sahaja aku


sembahyang sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan

Rakaat pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Rakaat kedua – Surah al-


Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Doa Solat Sunat Hajat


Setelah memberi salam, bacalah doa di bawah.

Kemudian pohonlah apa-


apa yang dihajati, boleh diulangi doa tersebut dan setelah selesai berdoa hendaklah diakhiri

dengan selawat iaitu: Insya


Allah, mudah-mudahan segala apa yang dihajati, yang telah dipohon di samping usaha gigih
serta tepat yang telah dilakukan akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Wallahua’lam…

Panduan solat hajat di atas dipetik dari Panduan Qiamullail, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM).

======

DOA ini dipetik daripada sesi tazkirah Pegawai Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Hulu
Langat, Al Fadil Ustaz Mohd Fauzi Mohd Yatin.

Beliau turut mengetuai solat hajat buat ibu bapa dan murid tahun enam bagi menghadapi UPSR,
di dewan Sekolah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang, minggu lalu.

Ya Allah, Ya Tuhan kami


Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu
ya Allah

Ya Allah, Ya Tuhan kami

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa saudara
mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan
muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami

Ikhlaskan hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar
apa yang mereka lakukan semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka
ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya
Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak-anak kami akan menduduki peperiksaan (UPSR/PMR/SPM/STPM). Kami
mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi ya
Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka


menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan
peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema
jawapan.

Ya Allah, Ya Tuhan kami

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah
hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak-anak kami. Tutuplah matanya daripada
melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Alah,

Berikanlah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan


keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi,
semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan
menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang
di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka
pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamkanlah sihat mahmunah
dalam diri dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertaqwa

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan
ini juga untuk anak-anak sahabat kami ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di
dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang mahu mereka berjaya ya Allah. Kami
mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang
berkekalan ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka dariapda melakukan amalan-amalan yang membawa ke neraka Mu ya


Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka
dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami
untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah
hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada
berada di tempat yang Engkau murkai.

Ya Alah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkau tuhan kami. Kami
meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang mencipta kami. Kami merayu kepada Mu kerana
Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau
tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya
Rahman. Ya Rabbul Alamin

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 6:00 PM

====
APA YANG IBU BAPA PERLU BUAT KETIKA ANAK2 SEDANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN...

Amboi....panjangnya tajuk blog hari ni...


he..he..he...
Hari ni...lagi 6 minit..anak Lin akan memghadapi peperiksaan percubaan spm...mak nya yang lebih
takut...takut tau bila anak periksa ni...lg takut masa nak ambil keputusan periksa ..macam ni lah agaknya
perasaan mak2 kita dl...bapa2 risau tak????macam tak jea...tak pe lah...biar mak2 jea yang risau...kalau
dedua risau..lagi haru jadinya...mak ni lebih emosional..nak bagi amanat terakhir kat anak pun dah
meleleh air mata...belum lagi anak tu kahwin...oh...tak terbayang lagi situasi tu...

ok...ni Lin kongsikan serba banyak tips untuk ibu bapa...lin "copy paste" jea...jom kita lakukan
bersama2..semoga anak 2 kita berasa kita sentiasa berada dengan mereka ketika mereka susah dan
senang...

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya
Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami,
dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa
bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah,
jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

 Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang
mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata
kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika
mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-
peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan
yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab
soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,
jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia
untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat
kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan
keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi,
semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri
mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di
akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar
yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka
dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga
untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di
akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka
mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah.
Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan
yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya
Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan
perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami
untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati
mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di
tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami
meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana
Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak
mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya
Rabbul Alamin.

Ketika anak-anak sedang menghadapi ujian besar amali atau menjawab kertas soalan di dewan
peperiksaan, pada masa yang sama ibubapa dan penjaga boleh melakukan amalan berikut: 
.
1.  Ambil wuduk

2.  Menghadap kiblat

3.  Membaca Kalimah Syahadah (3 kali)

“Daku mengakui bahawa tiada tuhan yang


sebenarnya melainkan Allah
dan daku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah!”

 .

4.  Membaca Surah Al-Fatihah (10 kali)

.
5.  Baca Surah 3 Qul (1 kali)

.
6.  Baca Surah Insyirah (1 kali)

7.  Membaca Selawat (10 kali)

.
8.  Baca Surah Yaasin (1 kali)

9.  Baca Surah Insyirah (100 kali)


.

10.  Niatkan di dalam hati supaya Allah SWT mempermudahkan anak-anak menjawab soalan dengan
tenang, betul, tepat dan sempurna.

 .

Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-
anak sedang berada di dewan peperiksaan. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dan anak-anak akan
dapat menjawab dengan tenang dan menepati kehendak soalan dengan mudah dan baik.

Bila anak-anak sedang menduduki peperiksaan, ibubapa juga turut terheret sama. Resah gelisah, risau
takut anak tak dapat jawab soalan dan sebagainya sering menghantui.

Ada ibubapa yang mengambil cuti daripada kerja kerana untuk memberi sokongan moral kepada anak-
anak yang sedang menduduki peperiksaan ini. Banyak dilihat di dalam status Facebook dan Twitter
ibubapa yang berkongsi perasaan gementar dan takut mereka. Seolah-olah ibubapa pula yang
menduduki peperiksaan.

Sebenarnya selain daripada sokongan moral, sokongan dalam bentuk spiritual juga boleh membantu
anak-anak kita menduduki peperiksaan dengan tenang. Kita juga insyaAllah akan terasa tenang kerana
sokongan spiritual ini adalah dalam bentuk kita berusaha meminta doa daripada Allah.

Ia juga adalah bentuk tawakkal setelah usaha kita membantu anak kita belajar dan usaha anak kita
belajar dengan bersungguh. Apa-apa yang berlaku sebagai natijah kita serahkan semuanya kepada Allah.
Sesungguhnya Dialah yang maha merancang dan maha mengetahui atas segala sesuatu.

Antara sokongan spiritual dan amalan yang boleh ibubapa lakukan semasa anak – anak di dalam dewan
peperiksaan tidak kiralah peperiksaan UPSR, PMR, SPM ataupun peperiksaan-peperiksaan lain yang
penting untuk anak-anak  ialah:

1. Berpuasa sunat pada hari anak-anak menduduki peperiksaan.

Antara doa yang paling dimakbulkan oleh Allah ialah doa ibubapa. Doa orang yang berpuasa juga amat
mudah dimakbulkan oleh Allah. Jadi jika ibubapa yang berpuasa dan mendoakan kejayaan untuk anak-
anaknya pastilah lebih makbul.

2. Lakukan solat taubat dan solat hajat.


Lakukan solat sunat taubat dan solat hajat memohon agar anak tenang serta dapat jawab semua soalan
peperiksaan dengan cemerlang.

Allah amat suka hambaNya yang seringkali bertaubat. Jadi pastinya doa yang tulus ikhlas daripada orang
yang bertaubat akan mudah diperkenankan Allah.

3. Baca Quran dan hadiahkan pahala kepada anak.

Baca Quran dan pahalanya diniatkan untuk dihadiahkan kepada anak-anak yang sedang menduduki
peperiksaan agar terang hati dan tenang fikiran.

4. Lakukan solat Dhuha

Lakukan solat dhuha di pejabat, di rumah ataupun di surau sekolah sewaktu menunggu anak-anak yang
sedang berjuang di dewan peperiksaan. Doalah untuk kejayaan anak di dalam solat dan selesai solat.

5. Sedekah di masjid, rumah anak yatim dan hadiahkan pahala untuk anak.

Semoga amalan ini akan memudahkan doa ibubapa untuk kejayaan anak-anak dalam peperiksaan akan
mudah termakbul. Ini adalah kerana amalan sedeqah amat disukai Allah. Orang yang menerima sedeqah
ini juga mungkin akan mendoakan kejayaan dan kesejahteraan pemberi sedeqah.

6. Berterusan berzikir dan berdoa.

Samada anda berada di pejabat, di rumah ataupun di sekolah menunggu anak-anak yang sedang berada
di dewan peperiksaan, jangan putus-putus berzikir dan berdoa kepada Allah untuk kejayaan anak-anak
di dewan peperiksaan.

Allah akan mengingati kepada hambaNya yang mengingati lebih daripada hambaNya mengingatiNya.
Moga amalan berzikir dan berdoa dengan berterusan ini akan memudahkan Allah memakbulkan doa
kita supaya anak-anak berjaya dalam peperiksaan.

7. Hantar gelombang positif kepada anak.

Ini adalah law of attraction dan law of vibration. Kita yakin dan bayangkan yang positif. Bayangkan wajah
anak dan yakin dia dapat jawab semua soalan dengan tepat. InsyaAllah mereka berjaya di dewan
peperiksaan.
Hadith Qudsi, Allah berfirman:

“Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku.
Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam
khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu
jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat
kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari”.
(HR. Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)

8. Benar-benar bertawakkal kepada Allah dan redha dengan segala ketentuanNya.

Setelah segala usaha kita dan anak kita buat sepanjang tahun sebagai usaha untuk menghadapi
peperiksaan ini, inilah masanya kita bertawakkal kepada Allah yang maha mengetahui.

Moga amalan oleh ibubapa semasa anak di dalam dewan peperiksaan ini ataupun peperiksaan-
peperiksaan lain akan memberi kejayaan yang didambakan. Ia juga akan dapat memberi ketenangan
kepada anak yang sedang berjuang di dalam dewan peperiksaan dan juga kepada ibubapa yang
menunggu di luar.

Segala hasilnya nanti kita serahkan kepada Allah jua. Moga Allah jayakan semua anak-anak yang sedang
meduduki peperiksaan. Aameen,

====

Anda mungkin juga menyukai