Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN SOLAT-SOLAT SUNAT

1) SOLAT TAHAJJUD.

Niat

Usolli Sunnatal Tahajjud Rakataini Lilaahi Taala, Allahu Akbar. Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

Bacaan ketika solat sunat tahajjud itu: rakaat pertama : Fatihah dan Surah Al-Kafirun atau surah2 lain yang anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan. rakaat kedua : Surah Fatihah bacalah Surah Al -Ikhlas. Selepas selesai solat bacalah doa yang khusus jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau mi ntalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri. Doa Selepas Memberi Salam.

SOLAT TAUBAT

Waktu di lakukan bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail Lafaz niat: Usalli sunnatal Taubati rak'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala." Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al -Quran. (Surah Al-Kafirun). Rakaat kedua membaca surah Al -Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran. (Surah Al-Ihklas). Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Taala),

Ertinya: Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang -orang yang zalim. Selepas salam, perbanyakkan istighfar beriku t:

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah, dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba -Mu dan aku di dalam genggaman -Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada -Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Syarat-syarat taubat:
y y y y y

Ikhlas ingin bertaubat Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi , maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika be rbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

SOLAT HAJAT

2.Cara Solat Hajat yang kedua Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al Fatihah sekali dan surah Al -Ikhlas 10 kali. Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak 10 kali: "Allaahumma sholli alaa habiibika sayyidinaa Muhammadi n wa aalihi wa shohbihi wa sallim". Kemudian membaca Tasbih 10 kali: "Subhaanallah walhamdu lil -laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil aliyyil azhiim." Kemudian Doa ini 10 kali: "Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa adzaaban naar." Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.

DOA Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah Ar -Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar -Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama Allah Ar -Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama Allah Ar -Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar -Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar -Rahman dan Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar -Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanl ah urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku

SOLAT DHUHA
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW: "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." Rasulullah SAW bersabda lagi, "Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat." Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

": :
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda: "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang -orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al -Tabrani Lafaz Niat Solat Dhuha:

ala'Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta kali 10hendaklah baca tasbih ini sebanyak ,Selesai solat

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"
Doa:

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha -Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka tu runkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba -hambaMu yang soleh.

SOLAT WITIR i antara fadhilat solat witir ialah :


1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya. 2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al -Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi. Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala" Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala" Zikir Selepas Solat Witir

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa : Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2010/10/solat-sunat-witir.html#ixzz1VTlM5rT7

Anda mungkin juga menyukai